minit mesyuarat jawatankuasa penilaian … mesyuarat jkpk... · 3.5.4 pelantikan peneraju rumah...

15
1 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN KEPATUHAN (JKPK) SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) BIL. 3/2016 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ______________________________________________ Tarikh : 15 Disember 2016 (Khamis) Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Wacana Putra 3, Tingkat 2, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Kehadiran : Seperti di Lampiran A ______________________________________________ MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN 3.1 Kata Aluan Pengerusi Pengerusi: (a) memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. (b) mengalu-alukan ahli yang hadir termasuk peneraju di Kampus Bintulu. Makluman Makluman 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas Ahli mesyuarat meneliti Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kepatuhan (JKPK) Bil. 1/2016 dan mengesahkan minit dengan pindaan iaitu: 3.2.1 Pada minit 2.3 (b) i - pindaan pada ayat “penjimatan kertas dikeluarkan daripada pelaporan JKPK akan datang kerana tidak mempunyai peruntukan perundang- undangan” ditukar kepada “penjimatan kertas dikeluarkan daripada pelaporan JKPK akan datang kerana tidak mempunyai peruntukan perundangan yang spesifik”. Tindakan: Setiausaha JKPK 3.2.2 Pada minit 2.3 (b) (ii) – tambahan ayat “Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset dikekalkan sebagai Peneraju Penjimatan Elektrik”. Tindakan: Setiausaha JKPK 3.2.3 Pada minit 2.3 (d) – tambahan ayat “Pejabat Pendaftar dikekalkan dalam keahlian mesyuarat JKPK kerana berurusan dengan sumber manusia”. Tindakan: Setiausaha JKPK

Upload: lytruc

Post on 31-Mar-2019

300 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN KEPATUHAN (JKPK)

SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) BIL. 3/2016 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

______________________________________________

Tarikh : 15 Disember 2016 (Khamis) Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Wacana Putra 3, Tingkat 2,

Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Kehadiran : Seperti di Lampiran A ______________________________________________

MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN

3.1

Kata Aluan Pengerusi Pengerusi: (a) memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab

Al-Fatihah.

(b) mengalu-alukan ahli yang hadir termasuk peneraju di Kampus Bintulu.

Makluman

Makluman

3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas Ahli mesyuarat meneliti Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kepatuhan (JKPK) Bil. 1/2016 dan mengesahkan minit dengan pindaan iaitu: 3.2.1 Pada minit 2.3 (b) i - pindaan pada ayat

“penjimatan kertas dikeluarkan daripada pelaporan JKPK akan datang kerana tidak mempunyai peruntukan perundang-undangan” ditukar kepada “penjimatan kertas dikeluarkan daripada pelaporan JKPK akan datang kerana tidak mempunyai peruntukan perundangan yang spesifik”.

Tindakan: Setiausaha JKPK

3.2.2 Pada minit 2.3 (b) (ii) – tambahan ayat “Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset dikekalkan sebagai Peneraju Penjimatan Elektrik”.

Tindakan: Setiausaha JKPK

3.2.3 Pada minit 2.3 (d) – tambahan ayat “Pejabat Pendaftar dikekalkan dalam keahlian mesyuarat JKPK kerana berurusan dengan sumber manusia”.

Tindakan: Setiausaha JKPK

2

MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN

3.2.4 Pada minit 2.4.1 (a) – Gugurkan perkataan “Act 1994” dan betulkan perkataan “Regulation” kepada “Regulations”. Mesyuarat meminta pembetulan dalam Legal Register dan checkpoint Pengurusan Kimia iaitu Occupational Safety & Health (Use and Standards of Exposure of Chemical Hazardous To Health) Regulations 2000.

Tindakan: Setiausaha JKPK

& Pejabat Penasihat Undang-Undang

3.3 Perkara-perkara Berbangkit

Mesyuarat mengambil maklum perkara-perkara berbangkit daripada minit mesyuarat JKPK Bil. 2/2016, iaitu:

3.3.1 Pada minit 2.3 (b) (ii), mesyuarat dimaklumkan Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) dalam proses penelitian klausa yang berkenaan dengan universiti dalam Efficient Management of Electrical Energy Regulations 2008 untuk dimasukkan dalam Senarai Daftar Undang-Undang. Mesyuarat meminta PPUU meneliti penggunaan nama peneraju yang bersesuaian sama ada Efficient Management atau Penjimatan Elektrik.

Makluman & Tindakan: Pejabat Penasihat Undang-

Undang

3.3.2 Pada minit 2.4.3 (c), mesyuarat mengambil perhatian Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) dalam proses penelitian klausa dan akan membuat pindaan checkpoint Bahan Beracun untuk tindakan Taman Pertanian universiti berkuatkuasa Januari 2017.

Tindakan: Pejabat Penasihat Undang-

Undang

3.3.3 Pada minit 2.4.3 (d), mesyuarat mengambil perhatian Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) dan Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) akan bersama membuat penelitian klausa ‘Poison Act’ yang berkaitan dengan universiti bagi tujuan penyediaan checkpoint Bahan Beracun.

Tindakan: Pejabat Penasihat Undang-Undang & Timbalan Wakil Pengurusan

FPV

3

MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN

3.3.4 Pada minit 2.5.2 (d), mesyuarat mengambil maklum surat pelantikan peneraju operasi EMS telah dikeluarkan bertarikh 27/11/2016, iaitu: (a) Encik Mohd. Fuad Mahmood, Pejabat

Pembangunan dan Pengurusan Aset - Peneraju Generator Set;

(b) Puan Nor Adida Abd Khalid, Pejabat Pendaftar - Peneraju sumber manusia dan kompetensi staf;

(c) Encik Sudirman Asmadi, Fakulti Sains Pertanian Makanan, Bintulu - Peneraju Insinerator;

(d) Dr. Zaidi Suif Fakulti Sains Pertanian Makanan, Bintulu - Peneraju Rumah Sembelihan (Abbatoir);

(e) Encik Ludinata Misnun, Fakulti Perubatan Veterinar – Peneraju Terrestrial Animal Health Code;

(f) Puan Zainaf Udin, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan – Peneraju Boiler.

Makluman

3.3.5 Pada minit 2.5.2 (d), mesyuarat mengambil perhatian surat pelantikan keahlian pakar alam sekitar akan dikeluarkan mulai bulan Januari 2017, iaitu: (a) Prof. Madya Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim,

Fakulti kejuruteraan; (b) Dr. Faradiella Mohd. Kusin, Fakulti Pengajian

Alam Sekitar; (c) Dr. Elistina Abu Bakar, Fakulti Ekologi

Manusia.

Tindakan: Pusat Jaminan Kualiti

(CQA)

3.3.6 Pada minit 2.5.3 (b), mesyuarat mengambil maklum penilaian bagi penjimatan elektrik akan dimasukkan dalam Fasa 4 bagi penilaian tahun 2017.

Makluman

4

MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN

3.4 Penilaian Kepatuhan terhadap Laporan Pemeriksaan Skop Penilaian Kepatuhan Sistem Pengurusan Alam Sekitar bagi Keperluan Lain dalam Daftar Undang-Undang

3.4.1 Rumah Sembelihan (Abbatoir) – Peneraju UPM Kampus Bintulu

Ahli mesyuarat: (a) menerima laporan daripada UPM Kampus

Bintulu dan meneliti Checkpoint Rumah sembelihan berdasarkan Licence for Abbatoir.

Makluman

(b) membuat penilaian kepatuhan keatas lima (5) checkpoint yang tersenarai sebagaimana Lampiran 1. Mesyuarat: i. mengambil perhatian pertukaran ayat

pada Checkpoint 1 (CP1) iaitu “Do not direct discharge of abbatoir wastes and untreated effluent into rivers, streams, lakes or area outside the premise are totally prohibited”.

Tindakan: Ahli Mesyuarat

Tindakan: PPUU

ii. mengambil perhatian berhubung Veterinary Public Health Ordinance 1999 yang dinyatakan dalam Licence for Abbatoir. Mesyuarat bersetuju supaya penilaian kepatuhan kekal hanya berdasarkan Licence for Abbatoir. Walaubagaimanapun mesyuarat meminta PPUU meneliti sekiranya terdapat keperluan yang berkaitan dengan UPM dalam Veterinary Public Health Ordinance 1999.

Makluman & Tindakan: PPUU

(c) mengambil maklum sebanyak lima (5) checkpoint Rumah Sembelihan (Abbatoir) mematuhi perundangan yang ditetapkan.

(d) meminta peneraju untuk memajukan bukti pelaksanaan tindakan yang telah dibuat berdasarkan checkpoint Rumah Sembelihan (Abbatoir).

Makluman

Tindakan: Peneraju Operasi (Rumah

Sembelihan)

5

MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN

3.4.2 Terrestrial Animal Health Code – Peneraju Fakulti Perubatan Veterinar

Ahli mesyuarat – (a) menerima laporan daripada Fakulti Perubatan

Veterinar dan meneliti Checkpoint Terrestrial Animal Health Code berdasarkan peruntukan perundangan yang berkaitan iaitu Terrestrial Animal Health Code 2013.

Makluman

(b) membuat penilaian kepatuhan keatas lapan (8) checkpoint yang tersenarai sebagaimana Lampiran 2. Mesyuarat: i. mengambil perhatian berhubung

Checkpoint 7 (CP7) yang mana kurang daripada 50% proses menanam haiwan yang telah mati dilaksanakan di kawasan jauh daripada tadahan air. Mesyuarat meminta Peneraju melaporkan statistik kematian haiwan dan menyenaraikan bilangan haiwan yang ditanam dan dibawa balik oleh pemilik haiwan.

Tindakan: Ahli Mesyuarat

Tindakan: Peneraju Operasi (Terrestrial Animal Health Code)

ii. mengambil maklum kaedah kawalan lain adalah membawa balik haiwan yang telah mati oleh pemilik.

Makluman

iii. mengambil maklum ujian air dibuat secara berkala setiap sukuan di tasik berdekatan. Walaubagaimanapun mesyuarat meminta peneraju mengambil sampel air di discaj point.

Makluman & Tindakan: Peneraju Operasi (Terrestrial Animal Health Code)

(c) mengambil maklum sebanyak satu (1) checkpoint mematuhi perundangan yang ditetapkan, manakala sebanyak tujuh (7) checpoint tidak berkaitan.

Makluman

(d) meminta peneraju untuk memajukan bukti pelaksanaan tindakan yang telah dibuat berdasarkan checkpoint yang berkaitan.

Tindakan: Peneraju Operasi (Terrestrial Animal Health Code)

6

MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN

3.5 Hal-Hal Lain

3.5.1 Status Penilaian Kepatuhan Terhadap Laporan Pemeriksaan Skop Penilaian Kepatuhan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) Universiti Putra Malaysia Bagi Tahun 2016

Mesyuarat–

(a) mengambil maklum penilaian kepatuhan bagi

tahun 2016 telah lengkap berdasarkan fasa penilaian yang ditetapkan sebagaimana lampiran 3.

Makluman

(b) bersetuju penilaian bagi pelepasan asap bas menggunapakai laporan yang dikeluarkan oleh PUSPAKOM.

Makluman & Tindakan: Bahagian

Hal Ehwal Pelajar

3.5.2 Penyediaan Checkpoint untuk Peneraju baharu

Mesyuarat mengambil maklum beberapa peneraju baharu telah dilantik. Sehubungan itu, mesyuarat meminta supaya PPUU menyediakan checkpoint yang diperlukan iaitu berdasarkan fasa penilaian kepatuhan tahun 2017.

Tindakan: PPUU

3.5.3 Bajet Pelaksanaan Penilaian Kepatuhan Tahun 2017

Mesyuarat mengambil mengambil perhatian keperluan bajet untuk melaksanakan penilaian kepatuhan terutama pada fasa 2 dan 3 akan datang. Mesyuarat meminta melihat bersama bajet yang diperlukan untuk pengekalan pensijilan EMS termasuk pematuhan undang-undang dan membentangkan kepada Pengurusan Universiti.

Tindakan: Pusat Jaminan Kualiti dan

Peneraju Operasi

3.5.4 Pelantikan Peneraju Rumah Sembelihan di Kampus Serdang

Mesyuarat mengambil perhatian rumah sembelihan juga terdapat di kampus Serdang. Mesyuarat bersetuju mengenal pasti Pusat Tanggungjawab yang mempunyai rumah sembelihan yang berkaitan dengan skop pengajaran dan membuat pelantikan sebagai Peneraju Operasi Rumah Sembelihan kampus Serdang.

Tindakan: Pusat Jaminan Kualiti

7

MINIT AGENDA/ISU TINDAKAN/ MAKLUMAN

Minit 3.6 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Makluman

8

LAMPIRAN A

SENARAI KEHADIRAN JAWATANKUASA PENILAIAN KEPATUHAN (JKPK) SISTEM PENGURUSAN ALAM

SEKITAR (EMS) BIL. 3/2016 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Hadir: 1. Dr. Mariani binti Ho Nyuk Onn@Ariffin - Pengerusi

Fakulti Pengajian Alam Sekitar 2. Prof. Madya Dr. Rozanah Ab Rahman

Pejabat Penasihat Undang-Undang 3. Dr. Mohd Rafee Baharudin

Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan –

[Peneraju Pengurusan Bahan Kimia, Sisa terjadual, dan Bahan Radioaktif dan

Radas Sinaran]

4. Tuan Hj. Abdul Ghaffar Othman

Taman Pertanian Universiti [Peneraju Bahan Beracun]

5. Puan Zainaf Udin

Timbalan Wakil Pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan [Peneraju Operasi Boiler]

6. Encik Mohd Fuad Mahmood

Ketua Zon Akademik, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset [Peneraju Operasi Generator Set]

7. Dr. Zaidi Suif

Pegawai Pertanian, Fakulti Sains Pertanian Makanan, Kampus Bintulu [Peneraju Rumah Sembelihan (Abbatoir)]

8. Encik Ludinata Misnun

Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Perubatan Veterinar [Peneraju Terresterial Animal Health Code]

9. Puan Noorizai Mohamad Noor

Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Pusat Jaminan Kualiti

10. Puan Rozi Tamin - Setiausaha

Pusat Jaminan Kualiti

9

Tidak Hadir: 1. Prof. Madya Dr. Mohd Bakri Ishak

Fakulti Pengajian Alam Sekitar

2. Tuan Hj. Mohd Nizan Jaffar Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset [Peneraju Penjimatan Elektrik]

3. Encik Sudirman Asmadi

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Kampus Bintulu

[Peneraju Incinerator]

4. Timbalan Wakil Pengurusan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni)

[Peneraju Asap Bas]

5. Puan Nor Adida Abd Khalid

Timbalan Wakil Pengurusan Pejabat Pendaftar Turut Hadir:

1. Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohamad Salleh

Fakulti Kejuruteraan

[Timbalan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Alam Sekitar]

MINIT MESYUARAT JKPK BIL. 3/2016 | LAMPIRAN 1

1/2

CHECKPOINT RUMAH SEMBELIHAN (ABBATOIR) Tarikh Penilaian: 15 Disember 2016 OTHER REQUIREMENTS

LICENCE FOR ABBATOIR CHECKPOINT (CP)

Conditions of licence: (i) Direct discharge of abattoir wastes and untreated

effluent into rivers, streams, lakes or area outside the premise are totally prohibited.

CP 1 / Yes No NA

Remarks: Ada kolam takungan. Sistem perparitan tertutup dan terkawal melalui 4 peringkat kolam yang merawat sisa. Tidak melepaskan sisa terus ke sungai.

(ii) No animals such as dogs and cats are allowed in the processing area. Rodents and birds should be kept under control.

CP 2 / Yes No NA

Remarks: Pintu tertutup dan mempunyai cermin yang kekal. Terdapat ruang pintu masuk sahaja yang terbuka.

(iii) For storing of meat and meat products adequate refrigeration facilities should be provided at a stipulated temperatures.

CP 3 / Yes No NA

Remarks: Terdapat chiller yang masih berfungsi

MINIT MESYUARAT JKPK BIL. 3/2016 | LAMPIRAN 1

2/2

LICENCE FOR ABBATOIR CHECKPOINT (CP)

(iv) Standard sanitary operation procedure should be

adhered at all times.

CP 4 / Yes No NA

Remarks: Membuat pembersihan mengikut prosedur setiap kali membuat proses sembelihan

(v) The abattoir should be operated and managed in

accordance with the provisions of the Veterinary Public Health Ordinance 1999.

CP 5 / Yes No NA

Remarks: Mendapat lesen sembelihan daripada Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Jabatan Pertanian Negeri Sarawak. Tempoh lessen adalah 4 hingga 5 tahun.

MESYUARAT JKPK BIL. 3/2016 | LAMPIRAN 2

1/3

CHECKPOINT TERRESTRIAL ANIMAL HEALTH CODE Tarikh Penilaian: 15 Disember 2016 OTHER REQUIREMENTS

1. TERRESTRIAL ANIMAL HEALTH CODE 2013 CHECKPOINT

Chapter 4.12. - Disposal Of Dead Animals

Article 4.12.6. - Recommended methods for the disposal of dead animals

are-

1. Rendering CP 1 YES NO / NA

Remarks

2. Incineration in a dedicated facility CP 2 YES NO / NA

Remarks

3. Rendering and incineration CP 3 YES NO / NA

Remarks

MESYUARAT JKPK BIL. 3/2016 | LAMPIRAN 2

2/3

1. TERRESTRIAL ANIMAL HEALTH CODE 2013 CHECKPOINT

4. Air curtain incineration CP 4 YES NO / NA

Remarks

5. Pyre burning CP 5 YES NO / NA

Remarks

6. Composting CP 6 YES NO / NA

Remarks

7. Burial CP 7 / YES NO NA

Remarks

Tanam di lokasi jauh dari kawasan tadahan air. Merujuk

Arahan Kerja Pengurusan Karkas

(UPM/OPR/FPV/AK14).

MESYUARAT JKPK BIL. 3/2016 | LAMPIRAN 2

3/3

1. TERRESTRIAL ANIMAL HEALTH CODE 2013 CHECKPOINT

8. Biogas production CP 8 YES NO / NA

Remarks

MINIT MESYUARAT JKPK BIL. 3/2016 | LAMPIRAN 3

Bil

.Skop Penilaian Peneraju Operasi

Perundangan dan Keperluan

lain yang Berkaitan

Tarikh

Penilaian

Mesyuarat

JKPK

Jumlah

Checkpoint

Bil.

Patuh

Bil.

Tidak

Patuh

Bil.

NACatatan

1Pelepasan Asap Bas

Bahan Bakar Diesel

Bahagian Hal Ehwal

Pelajar- 17/05/2016 Bil. 1/2016 Tiada Patuh - -

Berdasarkan

Laporan

Pemeriksaan

PUSPAKOM

2Pengurusan Bahan

Kimia

Pejabat Pengurusan

keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan

Occupational Safety & Health Act

1994 (Use and Standards of

Exposure of Chemical Hazardous

To Health) Regulation 2000

15/11/2016 Bil. 2/2016 35 11 24 -

3Pengurusan Sisa

Terjadual

Pejabat Pengurusan

keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan

Environmental Quality (Scheduled

Wastes) Regulations 2005

[P.U.(A) 158/2007].

15/11/2016 Bil. 2/2016 16 9 7 -

i. Environmental Quality

(Scheduled Wastes) Regulations

2005 [P.U.(A) 158/2007];

ii. Poisons Regulations, 1952;

iii. Pesticides Act 1974 [ACT 149].

i. Atomic Energy Licensing 1984;

ii. Atomic Energy Licensing (Basic

Safety Radiation Protection)

Regulations 2010

6Rumah Sembelihan

(Abbatoir)

Fakulti Sains Pertanian

dan Makanan, BintuluLicence for Abbatoir 15/12/2016 Bil. 3/2016 5 5 - -

7Terrestrial Animal

Health Code

Fakulti Perubatan

Veterinar

Terrestrial Animal Health Code

201315/12/2016 Bil. 3/2016 8 1 - 7

SENARAI UTAMA STATUS PENILAIAN KEPATUHAN TERHADAP LAPORAN PEMERIKSAAN SKOP PENILAIAN KEPATUHAN

SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAGI TAHUN 2016

4Pengendalian Bahan

Beracun

5Bahan Radioaktif

dan Radas Sinaran

15/11/2016 Bil. 2/2016 12 11Taman Pertanian

Universiti

Pejabat Pengurusan

keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan

- 1

15/11/2016 Bil. 2/2016 38 28 - 10

1