minit mesyuarat pergerakan puteri islam malaysia 2015

Upload: rnajua2

Post on 06-Mar-2016

631 views

Category:

Documents


91 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat kali pertama PPIM 2015 SK Taman Rinting 1

TRANSCRIPT

user

MINIT MESYUARAT PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

SK TAMAN RINTING 1KALI PERTAMA BIL.1/2015Tarikh : 7 JANUARI 2015Masa : 12.40 T/HARI - 1.40 PETANGTempat : SURAU AL-HIDAYAH, SK TAMAN RINTING 1Pengerusi: PUAN RABBIATUL NAJUA ROSMAN

Kehadiran:

Pn. Jamilah SayutiPn. Kelsom SulaimanPn. Marzirah Mat DinPn. Samsiah SamionPn. Noor Azean Sikh MaidinPn. Norasikin HussainCik Wan Hirni Marlina Wan MahmoodTurut hadir:

-

Tidak Hadir ( bersebab)

Agenda:

Ucapan pengerusi

Pembubaran AJK Tahun 2014 dan Perlantikan AJK Tahun 2015Jadual Bertugas Mingguan

Yuran

Hal-hal lain

Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru. Beliau mengucapkan selamat bertugas dan menyeru agar semua guru berusaha meningkatkan kualiti aktiviti perjumpaan PPIM serta memikirkan aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat dan menambahkan kehadiran murid. Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya dapat memastikan aktiviti dapat dijalankan mengikut masa yang dirancang dengan sebaiknya

Pembubaran AJK Tahun 2015 Dan Perlatikan AJK Tahun 2014Pengerusi mengumumkan pembubaran ahlijawatankuasa bagi tahun 2014 secara rasminya dan membuat sesi perlantikan bagi ahlijawatankuasa tahun 2015.

Pengerusi mencadangkan Pn. Norasikin Hussain dilantik sebagai penolong pengerusi dan Pn. Samsiah Samion sebagai setiausaha dan disokong sebulat suara oleh ahli-ahli yang lain.

Pn. Noor Azean Sikh Maidin dicadangkan sebagai bendahari dan disokong oleh semua ahli-ahli yang lain.

Jadual Bertugas Mingguan

Mesyuarat seterusnya membincangkan tentang jadual bertugas setiap guru mengikut minggu yang telah ditetapkan.

Pengerusi memberi penerangan ringkas tugas guru mengikut tema mingguan dan pembahagian tugas yang perlu dibuat sepanjang aktiviti perjumpaan diadakan.

Yuran

Pengerusi memaklumkan tentang bayaran yuran keahlian bagi setiap murid adalah RM2.00 seorang manakala yuran bagi guru pula adalah RM7.00 seorang

Hal-hal Lain

Pn.Rabbiatul Najua Rosman memberi cadangan menjemput agensi kerajaan atau badan NGO untuk mengadakan ceramah atau pameran di sekolah. Contohnya ceramah kesihatan oleh Jabatan Kesihatan. Cadangan disokong oleh ahli yang lain

Pn. Jamilah Sayuti pula mencadangkan supaya persatuan menyediakan bendera yang mempunyai logo untuk digunakan semasa aktiviti perbarisan. Pn. Najua meminta supaya dikemukankan surat permohonan membeli bendera kepada pihak pentadbiran.

Pengerusi menbincangkan aktiviti kawad kaki sebagai persediaan untuk perbarisan hari sukan dan juga pertandingan kawad kaki peringkat zon.

Pengerusi juga memaklumkan bahawa pendaftaran keahlian bagi guru dan murid serta penilaian bagi murid juga perlu dibuat.

Pengerusi memaklumkan minggu ketiga setiap hari Isnin murid perlu berpakaian mengikut badan uniform masing-masing begitu juga pada setiap hari Rabu adalah wajib bagi guru dan murid. Pengerusi juga mengingatkan supaya memastikan murid berpakaian lengkap bagi yang mampu atau sekurang-kurangnya t-shirt Puteri Islam setiap kali hadir perjumpaan.

Pengerusi berharap supaya semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah supaya aktiviti badan beruniform ini dapat memberikan manfaat kepada setiap murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang. Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

-

----------------------- ---------------------------

(PUAN SAMSIAH SAMION) (RABBIATUL NAJUA BINTI ROSMAN)

Setiausaha Pengerusi

Persatuan Puteri Islam Malaysia Persatuan Puteri Islam Malaysia

Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1 Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1