minit pengurusan 4 2015

Upload: ars

Post on 03-Mar-2016

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANAJALAN TROPICANA SELATAN

47410 PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL. 4/2015Tarikh: 24 Jun 2015 (Rabu)

Masa: 12.15 tengah hariTempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran:1. Puan Norhayati Binti Bakri (Guru Besar)

2. Encik Arshad Bin Mat Isa @ Ramli (PK)3. Puan Rosmaniah Binti Awang Ibrahim (PK HEM)4. Puan Siti Nor Binti Razak (PK Kokurikulum)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Puan Guru Besar memaklumkan bahawa perjumpaakn kali ini berkaitan dengan pemantauan dan juga perjalanan program sekolah.2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Dicadangkan oleh Puan Rosmaniah dan disokong oleh Puan Siti Nor.3. Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.4. Perkara-perkara Baharu

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa fail yang berkaitan dengan mesyuarat perlu ada, surat panggilan mesyuarat, kehadiran mesyuarat (tanda tangan), minit mesyuarat dan maklum balas.

Makluman / tindakan: Semua PK4.2 Pengerusi meminta dalam pentadbiran sekolah perlu pelarasan semula LDP, peperiksaan, program ko akademik, pra sekolah dan aktiviti yang melibatkan murid.Makluman / tindakan: Semua PK4.3 Bagi pengurusan VLE frog perlu diadakan LDP, begitu juga dengan pelaksanaan PROTIM di peringkat sekolah yang belum menampakkan perubahan yang positif. Program pemulihan yang dikendalikan oleh Puan Medilan belum menampakkan kesannya kepada murid-murid. Pemantauan pra sekolah akan dibuat dalam Masa yang terdekat tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi. Program GROW di bawah tanggungjawab Encik Abu Hanafi perlu lebih aktif untuk bertindak bersama-sama JK Kecermerlangan Sekolah. Kutipan wang sumbangan tahun 6 tidak begitu berkesan, guru kelas diminta agar lebih aktif untuk meminta wang bagi bayaran akhbar didik dan sebagainya. Makluman / tindakan: PK dan guru tahun 64.4 Pengurusan dan pembelian alat pemadam api perlu diuruskan dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buru yang timbul. Makluman / tindakan: PK HEM4.5 Surat aduan baikpulih dan gantian alat pendingin hawa sekolah telah dihantar oleh pihak sekolah ke PPD untuk tindakan selanjutnya . Makluman / tindakan: Semua PK4.6 Sukan sekolah akan diadakan pada 16 Ogos 2015 (Ahad) dan sukantara akan diadakan pada awal Ogos. Perancangan awal telah dibuat oleh unit kokurikulum.Makluman / tindakan: PK Kokurikulum

4.7 Perancangan Bulan Panitia perlu dibuat dengan lebih rapi dengan memasukkan pertandingan antara murid dan juga kelas di mana satu panitia perlu mengadakan satu aktiviti atau pertandingan di kalangan murid.

Makluman / tindakan: PK dan semua KP

4.8 Puan Pengerusi mengingatkan guru-guru agar mengisi minit curai bagi guru yang menghadiri mesyuarat atau kursus. Ini bagi mengelakkan keciciran maklumat di peringkat sekolah.

Makluman / tindakan: Semua PK dan semua guru

4.9 Pencerapan oleh Guru Besar dan dibantu oleh barisan pentadbir sekolah perlu dilaksanakan 100% hingga bulan Oktober tahun semasa.Makluman / tindakan: Guru Besar dan semua PK 5. Hal-hal Lain5.1 Program berbuka puasa dan penyampaian bantuan dan sumbangan Hari Raya akan diadakan seperti mana tahun-tahun lepas.

Makluman / tindakan: Semua PK dan semua guru

5.2 Dapatan sarana ibubapa perlu dibuat bagi setiap program yang melibatkan kehadiran ibubapa ke sekolah.Makluman / tindakan: Semua PK dan semua guru6. Penutup

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.05 petang.

Disediakan oleh,___________________________

(ARSHAD BIN MAT ISA @ RAMLI)

3