minit rmt 2
TRANSCRIPT
PK 07-Pengurusan MesyuaratPK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 1
JOHOR BAHRU
MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BIL 2/2015
Tarikh : 12 November 2015
Masa : 1.30 Tengahari
Tempat : Kelas 1 Efisien
Pengerusi : Pn . Zaleha Binti Karim
Kehadiran : Rujuk lampiran
Turut Hadir : Pn Hayati bt Azhar Othman
Agenda:
1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa dalam
mesyuarat RMT kali kedua.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang
pelaksanaan RMT yang dijalankan sepanjang tahun 2014 ini.
1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat pada kali ini lebih tertumpu kepada
pelaksanaan Program Susu Sekolah.
Tindakan : Makluman
2 PENGURUSAN RMT/ PSS2.1 Pengerusi menjelaskan bahawa fail untuk RMT dan PSS berbeza antara satu sama
lain.
2.2 Calon RMT untuk tahun 2016 akan dinilai berdasarkan kepada borang yang akan
diedarkan pada awal persekolahan tahun 2015 nanti.
2.3 Disebabkan sekolah kita dikategorikan sebagai sekolah Bandar, hanya murid RMT
sahaja yang layak menerima bantuan susu sekolah.
2.4 Pada tahun hadapan, sekiranya bekalan susu sampai ke sekolah untuk murid yang
layak menerimanya, penyelaras susu dikehendaki memasang CD yang dibekalkan
sebagai tontonan murid yang menerima bantuan susu dan seluruh warga sekolah
kerana sekiranya berlaku pemantauan, Pegawai yang dipertanggungjawabkan akan
menyoal sama ada guru, murid bantuan PSS atau sesiapa sahaja warga sekolah
tentang isi kandungan CD tersebut.
Tindakan : Makluman
Hak Cipta Terpelihara@Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00
PK 07-Pengurusan MesyuaratPK 07/3
3 PENJELASAN TENTANG FAIL PSSIsi kandungan yang mesti ada di dalam fail PSS ialah :
a) Surat (keluar- masuk)
b) Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah.
c) CD Panduan Minum Susu Kotak
d) Borang Kebenaran ibubapa
e) Salinan Sijil Akuan Penerimaan
Tindakan: Pengerusi
4 HAL-HAL LAIN 4.1 Kos untuk seorang murid pada tahun hadapan ialah RM 2.50.
Tindakan : Pengerusi dan AJK
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
............................ ........................ .......................................... ( PN NONI BT ABU BAKAR) (PN SALWA BT ALI) ( PN HAYATI BT AZHAR OTHMAN) Setiausaha RMT Pengerusi RMT GPK HEM, SKTU 1
Hak Cipta Terpelihara@Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor19 Mac 2012 – Keluaran 03 l Pindaan 00