mll 209 kuliah 3
DESCRIPTION
MLL 209 KULIAH 3. Objektif: 1. Menganalisa gaya pengulangan 2. Menilai unsur penyimpangan yang terkesan. 3. Menilai kepentingan mendedahkan jenis gaya pengulangan kepada pelajar. Gaya Pengulangan. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
MLL 209MLL 209KULIAH 3KULIAH 3
Objektif:Objektif:
1. Menganalisa gaya 1. Menganalisa gaya pengulangan pengulangan 2. Menilai unsur penyimpangan 2. Menilai unsur penyimpangan yang terkesan.yang terkesan.3. Menilai kepentingan 3. Menilai kepentingan mendedahkan jenis gaya mendedahkan jenis gaya pengulangan kepada pengulangan kepada pelajar pelajar
Gaya Gaya PengulanganPengulanganGaya bahasa pengulangan ialah gaya
bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata,
frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan
kesan dan memberi tekanan dalam konteks yang sesuai
Gaya Gaya PengulanganPengulangan1. Aliiterasi 2. Anafora 3.
Asonansi
4. Epifora 5. Rima 6. Anadiplosis
7. Antanaklasis 8. Asindeton 9. Epanelepsi
10. Epanortesis 11. Epizeukis 12. Erotesis
13. Gradasi 14. Kiasmus
ALITERASIALITERASI
Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan.
ALITERASIALITERASI
Dara damba dakuDatang dari danauDuga dua dukaDiam di diriku
(Taringan, H.G, 1985)
ANAFORAANAFORA
Pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat biasanya berurutan.
ANAFORAANAFORA
Dengan giat belajar kau boleh memasuki politeknik. Dengan giat belajar segala ujian dapat kau selesaikan. Dengan giat belajar kau dapat menjadi sarjana. Dengan giat belajar kau dapat mencapai cita-cita.
ASONANSASONANSII
Pengulangan bunyi vokal yang sama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan.
EPIFORAEPIFORA
Pengulangan kata, frasa, beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang berturut-turutan.
EPIFORAEPIFORA
Kelmarin adalah hari iniBesok adalah hari iniHidup adalah hari iniSegala sesuatu buat hari ini
RIMARIMA
Bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir dalam sesuatu rangkap.
aaaa, abab, abcbc, aabb, abba dsb
RIMARIMA
Tenang-tenang air laut,Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut menyebut,Budi sedikit rasa nak junjung.
ANADIPLOSIANADIPLOSISS
Kata atau frasa terakhir dalam satu klausa atay ayat diulang menjadi kata atau frasa pertama pada klausa atau ayat berikutnya,
ANADIPLOSISANADIPLOSIS
Dalam hati ada jiwa.Dalam jiwa ada rasa.Dalam rasa ada pahit dan manisnya.
ANTANAKLASISANTANAKLASIS
Pengulangan kata yang sama bentuknya dalam ayat tetapi mempunyai makna yang berbeza.
ANTANAKLASIANTANAKLASISS
Abu telah membersihkan abu yang bertaburan di lantai dapur.
Addi jarang minum air jarang.
ASINDETONASINDETON
Tanda baca yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat.
Tanda koma sering digunakan.
ASINDETONASINDETON
Tanda baca yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat.
Tanda koma sering digunakan.
ASINDETONASINDETON
Pihak sekolah yang dipimpin oleh pengetua sekolah, bersama-sama mengadakan satu pungutan derma, sebagaimana yang telah direncanakan, untuk membantu para pelajar miskin.
EPANALEPSIEPANALEPSI
Pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam klausa atau ayat.
EPANALEPSIEPANALEPSI
Mereka terlupa membawa buku mereka.
Kulalui lorong-lorong hari sepiku.
EPANORTESIEPANORTESISS
Pengulangan beberapa kata yang sama dalam ayat tetapi di sebalik pengulangan itu terkandung maksud ayat yang pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang salah.
EPANORTESIEPANORTESISS
Ibunya bekerja sebagai guru, eh bukan ibunya bekerja sebagai pensyarah.
EPIZEUKISEPIZEUKIS
Pengulangan kata atau frasa yang dipentingkan atau yan ditekankan itu diulang beberapa kali berturut-turut dalam satu ayat.
EPIZEUKISEPIZEUKIS
Ya Allah, ampunilah dosa ibuku, dosa ayahku, dosa adikku, dosa sahabatku dan dosa muslim muslimat sekalian.
EROTESISEROTESIS
Pengulangan yang berupa pertanyaan atau persoalan.
EROTESISEROTESIS
Kenapa dia berdendam? Kenapa dia tergamak menganiaya orang lain? Kenapa dia bertopengkan syaitan?
KIASMUSKIASMUS
Gaya bahasa yang mengandungi kata-kata yang berunsur pengulangan yang sekaligus merupakan inversi hubungan antara dua kata dalam satu ayat.
KIASMUSKIASMUS
Kenapa pihak berkuasa menyalahkan yang benar, kemudian membenarkan yang salah?
MESODILOPSISMESODILOPSIS
Pengulangan kata atau frasa yang berada di tengah-tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.
MESODILOPSISMESODILOPSIS
Bagus rupanya bunga melor,Putih rupanya bunga pinang( Kerusi, 2002:4)
PARALELISMEPARALELISME
Gaya bahasa yag berusaha mencapai keselarian dalam penggunaan kata-kata atau beberapa frasa yang menduduki fungsi yang sama dalam bentuk kenahuan yang sama.
PARALELISMEPARALELISME
Fitnah bukan sahaja patut dikutuk tetapi patut diperangi habis-habisan.
POLISINDETONPOLISINDETON
Pengulangan kata hubung yang sama untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa dalam ayat.
POLISINDETONPOLISINDETON
Bapa memelihara ayam dan burung dan kambing dan lembu dan kerbau di sebuah ladang.
PUN/PARONOMASIAPUN/PARONOMASIA
Pengulangan beberapa kata yang serupa bunyinya tetapi memiliki makna yang berbeza dalam baris atau ayat.
( serupa dengan ANTANAKLASIS)
PUN/PARONOMASIAPUN/PARONOMASIA
Mereka dikehendaki mereka baju pengantin yang terkini.
Ayah terpaku apabila tercucuk paku.
SIMPLOKSIMPLOK
Pengulangan yang mencampurkan gaya bahasa anafora dan epifora.
SIMPLOKSIMPLOK
Dewa besar juga namakuDewa padang pasir namaku
Sebelum lompatan terakhirSebelum degupan terakhir
TAUTOTESTAUTOTES
Pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali dalam sebuah struktur ayat.
TAUTOTESTAUTOTES
Pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali dalam sebuah struktur ayat.
TAUTOTESTAUTOTES
Pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali dalam sebuah struktur ayat.
WOORDOPNAMEWOORDOPNAME
Pengulangan perkataan yang berada pada kedudukan akhir dalam baris pertama diulang kembali pada kedudukan awal dalam baris kedua.
WOORDOPNAMEWOORDOPNAME
Malam ini sungguh sunyi. Sunyi di hatinya hanya Allah yang tahu.
Lembu baru kereta pun baru,Baru sekali massuk Melaka;Tuan baru saya pun baru,Baru sekali kenal biasa.(sekalung budi seuntai bahasa, 1990)