model ekonomi baru

29
Pendahuluan Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun dalam keadaan perubahan persekitaran persaingan global, Malaysia memerlukan model ekonomi baru untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin pertumbuhan masa lampau yang semakin lemah, negara menghadapi risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana. Kedudukan fizikal negara juga tidak lagi mampan di samping persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat pula semakin sengit. Lantas itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan merupakan satu perubahan pendekatan ketara yang bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Ia diasaskan kepada pertumbuhan yang diterajui dalam sektor swasta, di mana dijelaskan tindakan spesifik mengenai dasar dan pelaburan yang perlu, mempunyai hala tuju pelaksanaan yang telus dengan pengurusan prestasi yang mantap. Malaysia telah berada pada saat yang penting dalam menentu arus pembangunannya. Wasawan 2020 tidak dapat dicapai tanpa wujudnya transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Dalam membawa negara ke arus perubahan, kerajaan telah membina satu kerangka yang mengandungi empat tiang utama. Tidak dinafikan bahawa Wawasan 2020 bukanlah sekadar impian. Matlamat asas negara untuk mencapai taraf negara maju dalam tempoh satu dekad dari sekarang itu diyakini boleh dicapai menerusi transfomasi menyeluruh sektor ekonomi, sosial dan kerajaan. Dalam aspek ekonomi, fokus utama adalah untuk menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Strategi ini memerlukan pencapaian sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima hingga lapan peratus setahun dan pertumbuhan itu pula semestinya bersifat holistik, mapan serta mengutamakan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat.

Upload: cahayalc

Post on 27-Dec-2015

90 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Ekonomi Baru

Pendahuluan

Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun dalam keadaan perubahan persekitaran persaingan global, Malaysia memerlukan model ekonomi baru untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin pertumbuhan masa lampau yang semakin lemah, negara menghadapi risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana. Kedudukan fizikal negara juga tidak lagi mampan di samping persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat pula semakin sengit. Lantas itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan merupakan satu perubahan pendekatan ketara yang bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Ia diasaskan kepada pertumbuhan yang diterajui dalam sektor swasta, di mana dijelaskan tindakan spesifik mengenai dasar dan pelaburan yang perlu, mempunyai hala tuju pelaksanaan yang telus dengan pengurusan prestasi yang mantap.

Malaysia telah berada pada saat yang penting dalam menentu arus pembangunannya. Wasawan 2020 tidak dapat dicapai tanpa wujudnya transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Dalam membawa negara ke arus perubahan, kerajaan telah membina satu kerangka yang mengandungi empat tiang utama. Tidak dinafikan bahawa Wawasan 2020 bukanlah sekadar impian. Matlamat asas negara untuk mencapai taraf negara maju dalam tempoh satu dekad dari sekarang itu diyakini boleh dicapai menerusi transfomasi menyeluruh sektor ekonomi, sosial dan kerajaan. Dalam aspek ekonomi, fokus utama adalah untuk menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Strategi ini memerlukan pencapaian sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima hingga lapan peratus setahun dan pertumbuhan itu pula semestinya bersifat holistik, mapan serta mengutamakan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat.

Page 2: Model Ekonomi Baru

Pengenalan

Model Ekonomi Baru

Model Ekonomi Baru (NEM) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010.[1] Ia terbahagi kepada 2 fasa . Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain.

Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif di samping lebih masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku.

Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia global.

Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.[3]

Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar (external). Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.Oleh itu Malaysia terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu . Perjanjian-perjanjian antarabangsa perlu dipatuhi. Antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain.

Page 3: Model Ekonomi Baru

Elemen Model Ekonomi Baru

Antara asas utama dasar-dasar sebelum ini adalah menekankan kepada pembahagian ekonomi yang sama rata antara semua kaum melalui strategi membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan negara. Antara elemen utama model ekonomi baru ialah :

(a) Pengenalan MEB bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan menngkatkan pendapatan rakyat. Antara strategi MEB menurut Perdana Menteri adalah untuk melonjakkan kuantum pendapatan perkapita daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 ( RM49,000) setahun.

(b) Keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

(c) MEB menumpukan usaha untuk meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang berpendapatan rendah.

(d) Bertunjangkan kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi mapan yang mengambil kesan ke atas alam sekitar dan sumber alam.

Fasa Ekonomi Baru

Model Ekonomi Baru dibahagikan kepada dua fasa utama, iaitu :

(a) Fasa 1 – bermula 30 Mac 2010 (b) Fasa 2 – bermula selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)

Page 4: Model Ekonomi Baru

Toggak Utama Model Ekonomi Baru

MEB sebenarnya diperkenalkan selari dengan pengenalan empat tonggak utama yang akan mendorong perubahan bagi mencapai Wawasan 2020. Tonggak-tonggak tersebut adalah : (RAJAH A)

(a) Konsep 1 Malaysia(b) Program Transformasi Kerajaan ( PTK )(c) Program Transformasi Ekonomi ( PTE )(d) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10);2011-2015

Page 5: Model Ekonomi Baru

Matlamat MEB

Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020. Pencapaian sesuatu matlamat tidak seharusnya menjejaskan yang lain. Dalam usaha gigih untuk mencapai matlamat tersebut, Malaysia tidak boleh berbelanja lebih atas kekayaan sumber asli yang sememangnya tidak kekal. Malaysia juga tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran dan mengabaikan keperluan untuk memelihara keharmonian social. Setelah mencapai status negara maju, usaha perlu diteruskan untuk mengekalkan kedudukan tersebut meskipun selepas tahun 2020.

Namun begitu, kemajuan yang kita capai dalam separuh abad yang lalu, kini menjadi perlahan dan prospek pertumbuhan ekonomi pula menjadi lembap. Kita tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana – kita tidak tergolong dalam kalangan ekonomi global berpencapaian unggul. Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar, kebanyakan dasar dan strategi yang kita gunakan untuk mencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masa sekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkat seterusnya. Malah pertumbuhan ekonomi kita ini dicapai dengan menanggung kos alam sekitar yang besar dan juga tidak memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Hakikatnya, Kerajaan mesti berdepan dengan realiti ini dan perlu membuat keputusan yang sukar.Kita memerlukan satu perubahan radikal dengan segera dalam pendekatan kita supaya pembangunan ekonomi akan terus mampan dalam jangka panjang dan dinikmati oleh setiap rakyat serta membolehkan Malaysia meraih status negara berpendapatan tinggi. MEB akan menjadi pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan, keluar daripada keadaan lembap sekarang supaya dapat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan (Rajah B). Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yakin bahawa melalui pelaksanaan konsisten dasar berani yang merentasi lapan IPS, asas menjalankan perniagaan di Malaysia akan berubah daripada pendekatan lama. Ini akan membolehkan sektor swasta cerdas dan memberikan sumbangan penuh kepada pertumbuhan.

Namun begitu, MEB berusaha gigih ke arah mencapai matlamat yang lebih luas, bukan sekadar merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan swasta. MEB mengambil pendekatan holistik, dengan turut memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan manusia dan menyedari bahawa meskipun kita berjaya mengurangkan kemiskinan dengan banyaknya, namun peratusan yang besar, iaitu 40% daripada isi rumah Malaysia masih memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Ketaksamaan pendapatan masih perlu ditangani dengan giat. Langkah diperlukan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan luar bandar di Semenanjung.

Page 6: Model Ekonomi Baru

RAJAH B

Page 7: Model Ekonomi Baru

DI MANAKAH KEDUDUKAN KITA?

Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan akan kekal demikian walau apa pun yang berlaku. Keterbukaan kepada ekonomi dunia membolehkan pembangunan ekonomi yang kukuh dan pendapatan per kapita yang bertambah. Walau bagaimanapun, sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia mudah terkena kejutan luar sebagaimana yang disaksikan ketika berlakunya krisis yang lalu. Kenaikan harga komoditi antarabangsa, seperti bahan api atau makanan telah memberikan impak langsung terhadap harga domestik. Begitu juga, eksport mungkin akan ketinggalan dengan membawa kesan negatif terhadap guna tenaga dan pendapatan negara melainkan kos pengeluaran dan produktiviti di Malaysia dapat bersaing dengan negara luar.

Jentera ekonomi Malaysia sedang bergerak perlahan. Sejak krisis kewangan Asia tahun 1997-1998, kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau ini semakin terhakis. Pertumbuhannya lebih rendah daripada pertumbuhan negara lain yang turut dilanda krisis, sementara pelaburannya pula belum pulih.Pelabur swasta kini memainkan peranan yang kurang menggalakkan. Sejak krisis kewangan Asia, pelaburan agregat sebagai peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terusmenerus merosot, dengan pelaburan swasta kekal lembap disebabkan beberapa faktor. Dalam beberapa industri, penyertaan aktif Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK) telah membantutkan pelaburan swasta. Masih terlalu sukar untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Prosedur birokrasi yang rumit, lembap dan memakan masa memberikan kesan kepada kos pelaburan dan potensi pulangan pelaburan. Menurut laporan Global Competitiveness Index tahun 2010, kedudukan Malaysia telah jatuh ke nombor 24 dari kedudukan nombor 21 sebelumnya. Justeru itu ia menandakan bahawa negara telah hilang daya penariknya sebagai destinasi pelaburan.

Eksport kita masih teguh tetapi tidak menjanakan nilai tambah yang cukup. Ekonomi kita sangat bergantung pada pasaran luar, dengan nisbah eksport kepada KDNK sebanyak 1.2 dan nisbah perdagangan kepada KDNK, sebanyak 2.2 pada tahun 2008. Struktur eksport Malaysia tertumpu kebanyakannya pada produk elektrik dan elektronik (E&E) dan pada komoditi utama, seperti petroleum dan minyak sawit. Walau bagaimanapun, dengan kandungan import yang banyak dalam eksport pembuatan, nilai tambah kepada produk akhir adalah rendah. Pekerjaan berkemahiran rendah merujuk kepada upah yang rendah. Pekerjaan mahir bersinonim dengan upah yang lebih tinggi. Di Malaysia, kewujudan pekerjaan upah tinggi masih tidak mencukupi manakala sumbangan pekerja mahir masih merosot merentasi industri. Kebanyakan kes menunjukkan bahawa majikan tidak membayar untuk kemahiran sebaliknya bergantung pada bekalan pekerja asing tidak mahir yang mudah diperolehi dan sumber terkurang harga – direalisasikan oleh dasar kerajaan – untuk menjanakan keuntungan daripada pengeluaran produk dan perkhidmatan nilai tambah yang rendah. Faktor ini juga sebahagian besarnya memalapkan pertumbuhan upah. Produktiviti sedang tumbuh tetapi terlalu perlahan. Sebelum krisis kewangan Asia, Malaysia menerajui rantau ini dari segi pertumbuhan produktiviti pekerja. Namun sejak itu, ia hilang kedudukan unggul ini. Pertumbuhan produktiviti yang lemah mendedahkan hakikat nyata bahawa Malaysia masih kurang dari segi kreativiti dan inovasi – sebagaimana yang ditunjukkan dari segi sumbangan yang lembap oleh jumlah produktiviti faktor dan pendidikan terhadap pertumbuhan output. Usaha untuk menginovasi dan mereka cipta tidak memadai. Rekod prestasi yang lemah bagi inovasi domestik di Malaysia dicerminkan oleh bilangan penyelidik yang secara perbandingannya adalah

Page 8: Model Ekonomi Baru

rendah. Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) yang rendah menyebabkan kurangnya inovasi dalam sektor perindustrian dan sektor eksport. Kita tidak membangunkan bakat dan apa yang dimiliki pula pergi meninggalkan kita. Situasi modal insan di Malaysia kini sampai ke tahap yang kritikal. Kadar penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang mahir meningkat dengan pantas. Yang juga serius ialah hakikat bahawa bilangan ekspatriat yang bekerja di negara ini semakin merosot. Pada masa yang sama, sistem pendidikan kita tidak menghasilkan kemahiran yang dikehendaki oleh firma. Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa pada tahun 2007, 80% daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut kajian tentang iklim pelaburan Malaysia, kekurangan kemahiran berserta rungutan tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran berbahasa Inggeris, secara konsistennya ianya adalah rintangan utama yang dihadapi oleh firma. Jurang di antara penduduk kaya dan miskin semakin lebar. Dalam beberapa dekad yang lalu, berlatarkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Malaysia dengan ketara berjaya mengurangkan paras kemiskinan keseluruhan merentasi semua kumpulan etnik. Meskipun pertumbuhan lebih perlahan selepas krisis kewangan Asia namun insiden kemiskinan terus-menerus menurun kepada 3.6% pada tahun 2007.

Walau bagaimanapun, ketaksamaan kekal menjadi cabaran nyata bagi Malaysia. Di samping itu, hasil kaji selidik pendapatan isi rumah menunjukkan bahawa pertumbuhan pendapatan hanya kukuh bagi isi rumah Malaysia yang tergolong dalam kumpulan 20% teratas manakala isi rumah dalam kumpulan 40% terendah mengalami pertumbuhan pendapatan purata yang paling perlahan, dengan meraih kurang daripada RM1,500 sebulan pada tahun 2008. Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana. Malaysia dengan pantas menaiki tangga untuk mencapai status pendapatan sederhana atas menjelang tahun 1992 tetapi ekonominya menjadi lembap sejak itu (Rajah C). Dari segi sejarah, negara pendapatan rendah begitu mudah untuk beranjak kepada status pendapatan sederhana apabila mereka memanfaatkan sumber asli atau kelebihan kos rendah mereka untuk menarik pelaburan. Namun kelebihan kos rendah ini berlaku buat seketika dan akan berakhir apabila pusat kos rendah yang lain mula muncul. Tanpa bitara (niche) yang baru dan rancangan pembaharuan strategik, banyak negara tidak berupaya keluar daripada kategori pendapatan sederhana – suatu fenomena yang diistilahkan sebagai ‘perangkap pendapatan sederhana’. Kelemahan ini menghalang kita untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana. Hampir semua ekonomi Asia Timur kini bersedia untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam dekad ini. Namun begitu, Malaysia mengalami risiko penurunan berterusan yang memungkinkan berlakunya kelembapan yang memeritkan. Dasar ekonomi berasaskan etnik berkesan tetapi pada masa yang sama, isu pelaksanaannya mencetuskan masalah. DEB mengurangkan kemiskinan dan banyak menangani ketakseimbangan ekonomi antara etnik. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya juga semakin dan secara tidak langsung meningkatkan kos menjalankan perniagaan disebabkan merentir (rent-seeking), kuasa naungan (patronage) dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus. Hal ini mengakibatkan rasuah menular, justeru perlu ditangani dengan serius.

Sistem penentuan harga yang dikawal dan subsidi mengakibatkan berlakunya penyalahuntukan sumber. Penentuan harga bagi barangan dan perkhidmatan keperluan di Malaysia tidak mencerminkan harga pasaran. Penentuan harga yang menyimpang ini membawa kepada penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Pada masa yang sama, perbelanjaan kerajaan yang besar ke atas subsidi – kebanyakannya dibiayai oleh perolehan petroleum – tidak dapat diteruskan. Subsidi bertujuan untuk membantu

Page 9: Model Ekonomi Baru

kumpulan berpendapatan rendah tetapi manfaatnya juga dinikmati oleh kumpulan lain, termasuk kumpulan berpendapatan tinggi. Sudah sampai masanya untuk kita mengambil pendekatan yang lebih menjurus, bukannya subsidi yang meluas asasnya.Model perniagaan kos rendah yang dapat dipenuhi melalui pemesongan harga dan dasar menggalakkan sektor swasta memberikan tumpuan kepada untung jangka pendek. Sektor swasta tidak melabur dalam produk dan perkhidmatan yang akan mendorong pertumbuhan masa depan. Hal ini dicerminkan oleh pelaburan yang rendah dalam P&P, kurangnya minat dalam menginovasi produk dan proses untuk meningkatkan rantaian nilai, justeru mempamerkan sikap tidak berminat yang kuat untuk membina kemahiran dan membayar upah yang lebih tinggi demi produktiviti yang lebih baik. Kita mesti bertindak sekarang sebelum keadaan lebih merosot.

RAJAH C

Page 10: Model Ekonomi Baru

KEADAAN YANG BERLAKU

Kita perlu memahami dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling supaya kita dapat bertindak dengan berkesan. Disebabkan krisis kewangan global, pada masa terdekat ini negara maju akan mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan banyak negara sedang mengkaji semula strategi pertumbuhan mereka. Peneraju global yang baru sedang muncul dan Malaysia mesti menjadi salah satu daripada mereka. Krisis kewangan global secara kreatif memusnahkan order lama dan membuka pula peluang dalam order baru. Era sebelum krisis yang menyaksikan penguasaan besar ekonomi G7 sudah berakhir. Jentera pertumbuhan dunia yang baru, seperti ‘BRIC’ (Brazil, Rusia, India dan China) dan ekonomi baru muncul yang lain, seperti Indonesia, akan tumbuh dengan lebih pantas dan menjadi lebih kaya. Suara mereka semakin kuat dalam G20 dan kini bersedia untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam pentas dunia.

Globalisasi mewujudkan persaingan yang sengit untuk mendapatkan bakat dan memaksa syarikat dan kerajaan supaya mengakui bahawa manusia merupakan aset yang paling berharga. Malaysia mesti memelihara dan menarik bakat supaya dapat bersaing pada skala serantau dan global. Malaysia mesti dipandang oleh rakyatnya dan oleh orang luar sebagai bumi yang memberikan peluang yang sama untuk memperolehi pendapatan yang lumayan serta memberikan kehidupan yang bahagia lagi terjamin untuk setiap individu dan keluarga.

Page 11: Model Ekonomi Baru

KELEBIHAN MALAYSIA

Malaysia berhadapan dengan cabaran yang menggentarkan di tengah-tengah perubahan global yang pesat. Walau bagaimanapun, kita boleh memanfaatkan sebilangan keunikan kekuatan dan kelebihan yang kita miliki dalam melaksanakan tindakan dasar penuh tekad untuk bergerak ke hadapan. Kita tidak miskin dan kita memiliki infrastruktur yang baik. Sebagai sebuah negara, Malaysia telah berjaya membasmi kemiskinan dengan banyaknya dan menganjak masuk ke dalam kategori pendapatan sederhana atas pada awal tahun 1990-an. Pelaburan yang besar telah menghasilkan pembinaan infrastruktur bertaraf dunia di Malaysia. Infrastruktur yang baik telah menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang pembuatan E&E dan eksport sumber asli utama yang dapat dimanfaatkan ke arah lebih aktiviti nilai tambah tinggi. Malaysia juga dibekalkan potensi untuk memajukan lagi sektor logistiknya.Kita berjaya mewujudkan asas pembuatan bertaraf dunia. Pembuatan merupakan sektor yang mengalami pertumbuhan terpantas dalam ekonomi pada masa lalu. Pembuatan yang tertumpu pada sektor E&E, menarik pelaburan masuk yang besar daripada firma multinasional. Sektor E&E menggandakan pertumbuhan sektor lain dalam bidang pembekalan, logistik dan perkhidmatan.

Malaysia menjadi pengeksport utama produk pengguna dan elektronik perindustrian. Ia kini bersedia untuk lompatan teknologi ke arah industri teknologi termaju yang lebih berinovatif dan memiliki nilai tambah yang lebih tinggi. Malaysia terletak di tengah-tengah rantau yang rancak berkembang. Lokasi Malaysia yang strategik ini akan berupaya menarik pelaburan untuk mewujudkan hab pengangkutan dan logistik. Anugerah Malaysia yang kaya akan membantu menarik Pelaburan Langsung Asing (PLA) dan Pelaburan Portfolio Asing (PPA) dari China, India dan Asia Timur kerana negara ini berusaha mendapatkan kestabilan mata wang melalui kepelbagaian, akses terhadap sumber asli dan pasaran bitara (niche) yang mengukuhkan ikatan dua hala. Malaysia merupakan model kepelbagaian budaya, etnik dan biologi. Warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik – malah sejarah kolonialnya juga merupakan aset untuk menjalinkan hubungan dengan banyak negara, terutamanya dengan ekonomi pertumbuhan tinggi seperti China, India, Asia Barat dan Indonesia. Di samping itu, kepelbagaian rangkaian bahasa di Malaysia membantu untuk menyokong pembangunan pelancongan dan hubungan industri dalam pasaran yang sama. Biodiversiti kaya yang ada pada Malaysia boleh dimanfaatkan untuk menjana faedah ekonomi daripada pelancongan, rekreasi, penggunaan farmaseutikal dan produk nutrisi.

Page 12: Model Ekonomi Baru

KE MANAKAH TUJUAN KITA?

Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020 (Rajah D). Pencapaian satu-satu matlamat tidak seharusnya menjejaskan yang lain. Dalam usaha gigih untuk mencapai matlamat tersebut, kita tidak boleh mengambil jalan pintas dengan berbelanja lebih atas kekayaan daripada sumber asli yang sememangnya tidak kekal. Kita juga tidak boleh menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran dan mengabaikan keperluan untuk memelihara keharmonian sosial. Setelah mencapai status negara maju, usaha perlu diteruskan untuk mengekalkan kedudukan tersebut meskipun selepas tahun 2020.

Melonjak ke arah status berpendapatan tinggiPelaksanaan penuh dan mampan bagi langkah pembaharuan yang disarankan oleh MPEN akan mendorong transformasi Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MPEN menjangka langkah pembaharuan yang berani akan menambahgiat pelaburan, mendorong produktiviti buruh dan merangsang kecekapan, lalu menaikkan kadar pertumbuhan benar kepada purata 6.5% setahun dalam tempoh 2011-2020. Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita akan meningkat kepada kira-kira AS$17,700 menjelang tahun 2020. Senario ini mengandaikan bahawa tidak berlaku satu lagi krisis ekonomi yang besar di peringkat global yang boleh menggelincirkan ekonomi Malaysia keluar dari landasan pertumbuhan ini. Jika sasaran pertumbuhan KDNK hendak dicapai, maka permintaan agregat juga perlu tumbuh pada kadar yang bertenaga. Pelaburan akan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi melepasi tahun 2020. Sumbangan daripada pelaburan swasta mesti kembali kepada paras bermakna seperti yang dicapai pada tahun 1997, iaitu mencecah hampir satu per lima daripada KDNK menjelang tahun 2020 berbanding dengan kira-kira satu per sepuluh pada tahun 2010.

Pertumbuhan mampan juga akan disokong oleh hemat fiskal. MEB mahukan supaya defisit fiskal dikurangkan lagi ke paras hampir seimbang menjelang tahun 2020. Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan, iaitu kira-kira 7.4% daripada KDNK, mencecah paras puncak dalam tahun 2009 dan dijangka menurun kepada 5.6% daripada KDNK dalam tahun 2010. Sentimen pasaran akan bertambah baik lagi sekiranya defisit fiskal ini dikurangkan lagi.

Page 13: Model Ekonomi Baru

RAJAH D

Page 14: Model Ekonomi Baru

Menjanakan manfaat untuk semua rakyat Malaysia

Keterangkuman merupakan matlamat kedua dan merupakan komponen utama bagi MEB. Ini menjadi prasyarat untuk memupuk perasaan kekitaan. Pertumbuhan yang menyokong golongan miskin akan memastikan bahawa tiada kumpulan yang akan dipinggirkan dan keperluan asas rakyat akan dipenuhi. Keluarga akan diberikan peluang dan keupayaan untuk memburu impian mereka di bandar, pekan dan kampung yang moden, canggih dan mudahhubung. Mereka akan tinggal, bekerja dan belajar di tempat yang bebas daripada rasa bimbang terhadap jenayah, penghinaan diskriminasi dan kekurangan keperluan. Keterangkuman akan membolehkan semua komuniti menyumbang dan berkongsi kekayaan negara. Meskipun kesaksamaan yang sempurna itu mustahil dicapai, namun masyarakat yang terangkum akan memastikan masalah ketaksamaan ini tidak akan menjadi lebih buruk. Masyarakat yang berpecah-belah dari segi etnik lebih cenderung mencetuskan konflik ganas.

Komposisi penduduk Malaysia yang berbilang bangsa masih merupakan satu ciri unggulnya dan kepelbagaian etnik ini akan kekal bersama kita. Namun begitu, tumpuan berlebihan pada pengagihan sumber berasaskan etnik, akan menimbulkan jurang keterpisahan dan pertelingkahan yang semakin buruk.Cabaran utama pertumbuhan terangkum ialah pembentukan langkah berkesan yang mencapai keseimbangan antara kedudukan istimewa kaum bumiputera dengan kepentingan sah kumpulan yang lain. Justeru, program tindakan afirmatif yang mesra pasaran yang seiring dengan prinsip keterangkuman akan:

- Menyasarkan bantuan kepada isi rumah dalam kumpulan 40% terendah – yang 77.2% daripada mereka ialah kaum bumiputera dan ramai yang berada di Sabah dan Sarawak

- Memastikan peluang yang saksama dan adil melalui proses yang telus

- Menyediakan akses kepada sumber berasaskan keperluan dan merit bagi menambahbaik keupayaan, pendapatan dan kesejahteraan

- Mempunyai rangka kerja institusi yang mantap demi pemantauan yang lebih baik dan pelaksanaan yang berkesan

Program tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran adalah tertumpu pada pembinaan keupayaan dan kemampuan isi rumah berpendapatan rendah dan perniagaan kecil, bukannya memenuhi syarat dalam mencapai kuota atau sasaran tertentu. PTE akan mewujudkan mekanisme untukmengukuhkan keupayaan isi rumah dalam kumpulan 40% terendah supaya mereka dapat mengambil kesempatan daripada peluang yang ada untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, meningkatkan produktiviti dan menambahkan pendapatan mereka. Kumpulan ini akan dibantu dengan program untuk membina kemahiran supaya mereka dapat menggunakan naluri keusahawanan bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan. Ini akan menambahbaikkan taraf, peluang dan prospek kehidupan mereka. Amalan dahulu yang membiakkan aktiviti merentir (rent-seeking) dan kuasa naungan (patronage) yang tidak sihat serta menular akan dihentikan.

Page 15: Model Ekonomi Baru

Penyelesaian yang mampu bertahan lama dari segi ekonomi dan alam sekitar

Komponen kebolehmampanan dalam MEB bertujuan untuk memastikan bahawa semua langkah saranan yang diutarakan di bawah model baru tersebut mestilah mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Kebergantungan Malaysia pada penggunaan sumber asli sebagai jentera utama pertumbuhan ternyata tidak mampan dalam kedua-dua aspek berkenaan. Ini tidaklah bermaksud untuk mencadangkan bahawa penggunaan sumber asli tidak harus menjadi komponen utama pengeluaran negara. Namun, ini bererti bahawa di bawah model baru, keputusan pelaburan dan dasar hanya akan dibuat setelah mempertimbangkan keseluruhan impak jangka panjang terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.Kebolehmampanan ekonomi akan dipastikan melalui pembentukan disiplin fiskal yang diperlukan bagi melindungi keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan. Pembaharuan sektor awam merupakan komponen penting bagi kebolehmampanan fiskal jangka panjang dan menjadi komponen utama MEB. Pembaharuan perkhidmatan awam yang berterusan, termasuk peningkatan kemahiran dan latihan semula kakitangan, akan menjadi kunci kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan awam dan menjadikannya lebih fokus pelanggan.Kebolehmampanan alam sekitar akan dicapai dengan menolak pendekatan tradisional terhadap pertumbuhan ekonomi yang terlampau mengabaikan alam sekitar. Sungguhpun telah wujud sedikit keprihatinan mengenai alam sekitar, namun dasar lalu tertumpu pada isu penyampaian pertumbuhan yang kemudiannya diikuti dengan langkah menangani isu alam sekitar. Pada masa depan, penekanan yang sama mesti diberikan kepada soal perlindungan alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Pengukuran KDNK konvensional bagi pertumbuhan ekonomi tidak mengambil kira kos terhadap masyarakat yang timbul akibat kemerosotan alam sekitar. Perkembangan terbaru konsep ‘KDNK Hijau’ akan memungkinkan pertimbangan wajar diberikan mengenai impak pertumbuhan terhadap alam sekitar dan pembentukan langkah yang sesuai bagi menangani masalah alam sekitar. MEB berusaha mewujudkan pertumbuhan mampan yang memenuhi keperluan berterusan penduduk tanpa menjejaskan generasi akan datang melalui pengawasan dan pemuliharaan berkesan alam semula jadi dan sumber mudah lupus. Pendekatan baru ini sangat relevan dengan pengurusan air serta sumber minyak dan gas.

Penerima manfaat mutlak: Rakyat dan perniagaan

MPEN menjangkakan suatu siri manfaat yang akan sampai kepada semua rakyat jika langkah dasar MEB dilaksanakan dengan konsisten dan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kita mesti menyedari bahawa penyampaian pelbagai manfaat ini memerlukan masa. Sementara itu, beberapa segmen penduduk mungkin melihat impak negatif lebih daripada manfaat ataupun mereka mendapat manfaat yang kurang berbanding orang lain. Kerajaan mesti berupaya menyampaikan kesaksamaan hakiki manfaat ini pada kemudian hari, menggesa komitmen diberikan kepada proses dan mewujudkan visi kebaikan bersama jangka panjang. Disebabkan keperluan terhadap ketepatan masa dan urutan tindakan dasar yang betul, PTE akan menyediakan jaring keselamatan yang lebih baik dan dana transformasi untuk melindungi pelbagai komuniti semasa tempoh peralihan sebelum manfaat direalisasikan sepenuhnya. Orang ramai

Page 16: Model Ekonomi Baru

perlu lebih memahami bahawa penyelarasan dan perubahan secara teratur diperlukan jika mahu melihat matlamat MEB tercapai. Manfaat bagi rakyat hasil daripada MEB disenaraikan dalam Jadual A.

Manfaat bagi perniagaan akan diperolehi daripada kesaksamaan alam sekitar yang lebih baik, ekosistem yang lebih berkesan dan pasaran yang lebih cekap bagi memudahkan pelaburan ada pada jadual B.

Page 17: Model Ekonomi Baru
Page 18: Model Ekonomi Baru

Ciri Teras MEB

Bagaimanakah keadaan Malaysia pada tahun 2020? Pada masa depan MEB akan melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh, hasil daripada kepintaran rakyatnya yang ditunjukkan oleh kepelbagaiannya yang harmoni dan tradisi budayanya yang kaya. Ekonominya kelak adalah berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau, berorientasikan keusahawanan dan inovatif.Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran dan pengeluaran semakin dikuasai oleh barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam persekitaran yang bersaingan. Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu pasaran. Kerajaan akan terus berperanan untuk menangani gangguan daripada kegagalan pasaran yang tidak dapat dielakkan. Institusi kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap dipertanggungjawabkan terhadap hasil berasaskan pencapaian selaras dengan PTK dan memiliki kakitangan berkelayakan tinggi dengan keupayaan melaksanakan pelbagai tugas dan pada masa yang sama, mempamerkan fleksibiliti serta dinamisme. Firma swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil akan menaruh hasrat untuk mencapai standard tadbir urus yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan bagi memanfaatkan sebaik-baiknya peluang pertumbuhan daripada pembiayaan yang tersedia. Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena teknikal, sosial dan institusi. Kesemuanya ini akan menyumbang kepada perluasan pasaran melalui integrasi serantau dalam perdagangan dan perkhidmatan serta melalui pembentukan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas sempadan.

Page 19: Model Ekonomi Baru

MEB – Cara baru ‘menjalankan perniagaan’ di Malaysia

Dalam menggerakkan Malaysia ke arah ciri teras MEB, MPEN mendukung suatu pendekatan yang baru dan berani untuk merealisasikan potensi pertumbuhan negara. Pendekatan baru ini digambarkan dengan jelas dari sudut perbezaan beberapa elemen dalam pendekatan yang lama (Jadual C)

Page 20: Model Ekonomi Baru
Page 21: Model Ekonomi Baru

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK KITA

SAMPAI KE SANA?

Malaysia memerlukan transformasi segera. Ini akan diberikan oleh MEB melalui lapan IPS dan PTE. Pemungkin terpenting MEB ialah keazaman dan kepimpinan politik untuk memecahkan kebuntuan hasil rintangan daripada kumpulan berkepentingan dan menyediakan rakyat untuk menyokong perubahan berbentuk akar umbi dalam hala tuju dasar (Rajah E). Dengan adanya pemungkin ini, suatu ‘tolakan besar’ dalam tindakan dan inisiatif dasar diperlukan untuk memulakan proses transformasi. Tolakan ini mestilah mencetuskan momentum yang mencukupi untuk mengatasi rintangan yang boleh membantutkan kemajuan. Apabila sahaja pembaharuan bermula, maklum balas berterusan adalah perlu bagi menyelaraskan dasar dan mengekalkan landasannya.

Kepimpinan mantap dan keazaman politik

Keazaman dan kepimpinan politik mesti memberikan penekanan kepada penjelasan yang koheren tentang visi dan agenda MEB serta proses transformasi. Ini memerlukan rancangan MEB dibentangkan secara terperinci, termasuk indikator yang memperlihatkan tindakan yang mungkin membawa kesan negatif kepada beberapa lapisan masyarakat. Tujuannya adalah untuk mencetuskan gelombang sokongan yang tidak dapat disekat yang muncul daripada semua lapisan masyarakat terhadap visi ini. Namun begitu, untuk memulakan proses ini, kerajaan sedar bahawa keputusan yang sangat sukar perlu dibuat secara serentak. Kepimpinan politik mesti jelas mengenai kesan timbal balik apabila sesetengah keputusan yang sukar ini dibuat.

Page 22: Model Ekonomi Baru

RAJAH E

Page 23: Model Ekonomi Baru

SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH –

ITULAH YANG MALAYSIA PERLUKAN

Perbincangan di atas menggariskan unsurunsur utama MEB yang disarankan. IPS membentangkan perubahan utama yang diperlukan untuk menggerakkan Malaysia ke arah menjadi negara maju. Namun begitu, ini bukan tanda tamatnya perjalanan kita, sebaliknya tanda bermulanya perjalanan kita. Walau bagaimanapun, jalan di hadapan adalah jelas tetapi Malaysia akan tersesat sekiranya tindakan segera tidak diambil. Sesungguhnya, usaha MPEN ini belum sempurna. Langkah seterusnya adalah untuk MPEN membantu merumuskan dasar terperinci bersama pihak berkepentingan dalam menyokong IPS yang disarankan. Butiran langkah dasar akan dibentangkan dalam laporan Model Ekonomi Baru untuk MalaysiaBahagian ke-2 yang akan dikemukakan kepada Kerajaan pada hujung tahun ini.

Page 24: Model Ekonomi Baru

RUJUKAN

http://www.epu.gov.my/new-economic-model

http://ms.wikipedia.org/wiki/Model_Ekonomi_Baru

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/8069-model-ekonomi-baru.html

http://www.slideshare.net/impak/model-ekonomi-baru

Pengajian Malaysia – Oxford Fajar