model penggenap di antara sektor pertanian dengan an
TRANSCRIPT
Hubungan antara sektor pertanian dan
sektor perindustrian
• Transformasi pertanian menyebabkan sektor
pertanian dapat berubah daripada pertanian
sara diri kepada sektor pertanian komersial
yang khusus dalam pengeluaran tanaman
untuk pasaran export.
• Perkembangan ini memberi kesan kepada
sektor industri sebagai pergantungan.
• Pekembangan sektor pertanian menyediakan
pasaran bagi output industri dan berlakunya
pindahan sumber-sumber termasuk modal dan
buruh.
• Perkembangan sektor industri telah
meningkatkan permintaan untuk output
pertanian dan menyerap lebihan buruh dalam
sektor pertanian.
gA
Pertumbuhan
Kadar Syarat
Perdagangan
1.Pertumbuhan Sektor Pertanian
• Semakin tinggi harga barangan pertanian, semakin besar kuasa beli pertanian.
• Harga makanan tinggi baik untuk permintaanindustri.
• Kadar pertumbuhan pertanian bergantungkepada kadar syarat perdagangan industry (SPI)
• Perlukan SPI yang lebih rendah supayapertumbuhan sektor pertanian meningkat.
• Hubungan adalah negatif dengan syaratperdagangan industry.
2. Pertumbuhan Sektor Perindustrian
gI
Pertumbuhan
Kadar syarat
Perdagangan
min
max
• Harga makanan rendah baik untuk penawaranindustri
• Perlukan harga makanan yang murah supayadapat lebihan pendapatan yang dapat ditabunguntuk pembetukan modal bagi menampungperkembangan sektor industry yang rendah.
• Pada tahap SPI minimum, pertumbuhanperindustrian adalah kosong.
• Pertumbuhan perindustrian tidak boleh melebihitahap maksimum supaya harga baranganperindutrian tidak terlalu tinggi berbanding hargamakanan.
3. Penetuan Tingkat Keseimbangan
gI
gA
g1 g2 g*
Kadar Syarat
Perdagangan
Pertumbuhan
P1
P*
P2
• Pada peringkat pertumbuhan yang minimum, sector perindustrian tidak mampu belimakanan sektor pertanian.
• Pada tahap pertumbuhan yang maksimum, upah sektor pertanian tidak mampu beli output industri.
• Mengandaikan keanjalan pendapatan daripadapermintaan untuk barangan pertanian danperindustrian adalah sama.
• Kadar pertumbuhan output pertanian mewakilikadar pertumbuhan permintaan untukbarangan perindustrian.
• Kadar pertumbuhan output perindustrian
mewakili kadar pertumbuhan permintaan
kepada output pertanian.
• Pada P1(harga makanan rendah) kadar
pertumbuhan DD untuk barangan perindustrian
adalah g1.
• Pada P2 (harga makanan tinggi) kadar
pertumbuhan SS untuk barang perindustrian
adalah g2.
• Tingkat keseimbangan dicapai apabila gA
bersilang dengan gI, harga keseimbangan pada
P* dan pertumbuhan maksimun pada g*.
• Titik persilangan gA dan gI, pada tingkat P*
dan G* merupakan tingkat keseimbangan yang
boleh dicapai oleh kedua-dua sektor tanpa
menjejaskan pertumbuhan mana-mana sektor.
• Pada P1, gA kurang daripada gI menyebabkan
berlaku lebihan SS output industri.
• Pada P2, gA lebih daripada gI, menyebabkan
sektor industri tidak dapat berkembang kerana
output pertanian sangat mahal.
Kajian Kes
• Kes 1: industri – India
• Negara India memberi perhatian kepadaperkembangan sektor perindustrian dan ia beridua kesan.
1. Tukaran asingnya merosot kerana terpaksaimport lebih banyak makanan. 60% daripadabijirin terpaksa diimport, jentera yang banyaktidak dapat dibeli untuk modenkan sektorpertanian.
2. Sektor pertanian tidak dapat jadi dorongan
yang kuat bagi perkembangan sektor
perindustrian menyebabkan pasaran domestik
untuk keluaran industri tidak dapat
berkembang.
3. Maka kerajaan india terpaksa membangunkan
semula sektor pertanian.
Kes 2: Pertanian – Sri Lanka
• Sri Lanka lebih fokus kepada pengeluaran padi
di bawah dasar penggantian import.
• Kerajaannya banyak menjalankan usaha
dalam sistem pengairan, harga minimum padi
dan peruntukan baja.
• Kesannya, pengeluaran pertanian meningkat
dan pendapatan penduduk luar bandar
meningkat.
• Import barang-barang pembuatan juga
meningkat dangan banyak menyebabkan
simpanan rizab asing telah menurun.
• Bagi mengatasi masalah ini, kerajaannya
menjalankan dasar penggantian import
terhadap barang-barang pengguna.
Kes 3:Pembangunan seimbang antara s
indusrti dan pertanian – Malaysia
• Negara kita lebih menekankan strategi
pertumbuhan seimbang di semua sektor.
• Perkembangan dalam sektor pertanian
diasaskan daripada jenis tanam dan ternakan
yang ada pasaran di luar Negara.
• Kesannya, pendapatan luar Bandar meningkat.
• Sektor industri dapat dibangunkan dengan
berasaskan input daripada sektor pertanian.
• Contohnya kilang-kilang mengetin buah-
buahan, sayur-sayuran untuk pasaran tempatan
dan dieksport.
• Kesimpulannya, Pertumbuhan sektor pertanian
berjalan seiring dengan sektor industri.
1. Berupaya ubah sikap petani
2. Berupaya sumbang kepada pertumbuhan
ekonomi keseluruhan
3. Berupaya meningkatkan daya pengeluaran
4. Tingkat kebajikan penduduk mesti dapat
ditingkatkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
DEB (1970) pula telah dilaksanakan untuk tujuan menyusun semula kegiatanekonomi antara kaum dan kemajuan sektor pertanian.
Matlamat –matlamat berikut terdapat dalam kerangka DEB :
a) Menambahkan peluang pekerjaan –menambahkan penggunaan sumberpengeluaran.
b) Menambahkan pendapatan petani – berinsentifkan alat pertanian modendan membesarkan saiz pengusahaan.
c) Memperbanyakkan saiz , jenis, kuantiti keluaran serta memperbaikimutu keluaran pertanian.
d) Memperkukuhkan institusi –institusi seperti persatuan peladang-penduduk diberi peluang mengambil bahagian dalam kehidupan ekonomi dansoial negara.
e) Membasmi kemiskinan dan pengenalan ekonomi mengikut kaum.
1. MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN SEKTOR PERTANIAN
Melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan
berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan
ekonomi dapat dipertingkatkan semula.
2. MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN PENGUSAHA/PEKEBUN
KECIL
Melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat
dikurangkan dan kualiti hidup keluarga dapat diperbaiki.
3. MEMAJU DAN MENINGKATKAN HASIL SERTA MUTU KOMODITI
Komoditi pertanian yang mempunyai potensi besar akan dieksport atau
digunakan sebagai bahan gantian serta komoditi yang terpilih akan
dijadikan sebagai bahan makanan dan perindustrian.
Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakanpada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada tanamankomoditi seperti kelapa sawit dan koko.
Melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalampembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ danpembukaan tanah-tanah baru.
Objektif DPN1 : memaksimumkan pendapatan petani melaluipenggunaan sumber-sumber negara secara cekap.
Usaha ini dilakukan menerusi :o penyusunan semula pekebun kecil dan
o pembukaan tanah baru,
o penyerapan teknologi,
o sekuriti makanan,
o pembekalan subsidi, insentif harga
o pengembangan industri asas tani.
Perluasan konsep penswastaan dijalankan dengan mengalakkanpenyertaan aktif daripada sektor swasta dalam pembangunanpertanian dengan menekankan projek yang lebih besar dan ekonomi.
Kegiatan perladangan secara berkelompok dengan menggunakansistem pengurusan moden dan jentera secara intensif digalakkan.
Galakan-galakan fiskal tertentu dan pengecualian duti, tarif danperlindungan telah diberikan juga oleh kerajaan.
Masalah dihadapi :
-kelambatan sektor swasta bertindak balas terhadap galakan inimenyebabkan kerajaan terus memikul beban utama ini.
-sektor pertanian juga mengalami penurunan dari segisumbangan kepada KDNK, guna tenaga dan mengalamipenurunan nilai ditambah.
Maka, DPN2 pun diwujudkan sebagai penerusan danpenambahbaikan daripada DPN1.
• Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberipenekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan.
• Strategi baru diberikan kepada penglibatan sektor swasta , reformasi pemasarandan pembangunan sumber manusia.
• DPN2 juga telah membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani.
Tujuan :
o untuk menambah peluang-peluang pekerjaan,
o menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui peningkatan produktiviti
o menambah hasil pertukaran asing negara.
• Masalah dihadapi :
kekurangan tenaga buruh, kadar upah yang meningkat berbanding produktivtipekerja dan sumber tanah dan air yang semakin terhad disebabkan persaingankegunaannya oleh sektor perindustrian, perumahan dan perbandaran.
• Berdasarkan kepada pertimbangan di atas, pada tahun 1999, Kerajaan telahmelancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara.
Objektif:
1. meningkatkan sekuriti makanan
2. Mengukuhkan pertalian sektor pertanian dengan
sektor-sektor lain bagi mewujudkan kesinambungan
3. Meningkatkan produktiviti dan daya saing
4. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli
secara mapan
5. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru
• Dua pendekatan utama telah diberi tumpuan dalam DPN 3 iaitu pendekatanperhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk.
Pertanian dan perhutanan harus berjalan seiring dan menjadi pelengkap antara satu samalain. Ini bermakna aktiviti perhutanan dan pertanian harus diintegrasikan melaluipembangunan usahasama (joint development) bagi memaksimumkan pulanganpelaburan. Tujuan seperti :
(a) menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan pelaburanperhutanan tani.
(b) membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru.
© menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesisperhutanan bersama tanaman industri (sawit, getah, koko) bagi memaksimumkanpulangan pelaburan tanah.
(d) menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; iniakan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.
Pendekatan ini mengambil kira kehendak sesebuah pasaran dan pengguna. Sebelum pengeluaran, produk dan pasaran dikenal pasti terlebih dahuluyang berdasarkan kehendak pasaran, cita rasa dan potensi. Tujuannyaseperti :
(a) dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana iaberasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna.
(b) menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsungmeningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian.
© menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan danpertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.
(d) meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, danmengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan.
(e) menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan, pembungkusan, pemprosesan diperingkat ladang, yang secara tak langsungdapat meninggikan pendapatan ladang.
Dasar pembangunan luar bandar
Beberapa dasar yang dilaksanakan seperti :
1) Program pembangunan komuniti
-Program industri kecil dan latihan /kemahiran (MARA)
- insentif kepada golongan petani
-penawaran biasiswa khusus untuk pelajar
-Peruntukan untuk program penyelidikan
-Program kesedaran
2) Program pembukaan tanah
- Melibatkan juga inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan,
penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA .
-Agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan
tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi
kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
-menggemblengkan semula sektor pertanian dengan memajukan tanah pertanian
terbiar.
-Tanah dibebaskan dan diagihkan semula kepada petani yang berminat.
3) Program pendekatan pembangunan bersepadu
• Seperti dalam RMK-3 dan RM-4, penekanan telah diberikan dalam projek
pembangunan pertanian bersepadu (IADP). Program ini menekankan
penyerangan serentak dan bersepadu kepada masalah seperti kemiskinan,
daya pengeluaran yang rendah dan sosioekonomi.
• Penyediaan infrastruktur yang lengkap (pengairan, jalan raya dan bekalan
kemudahan asas).
• Teknologi dan input moden disediakan melalui subsidi dan institusi
sokongan.
• Penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia
(BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)
(1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
(1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi
kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan
kepada kumpulan sasar.
• Contoh projek berjaya : Muda, Kemubu, Barat Laut Selangor.
• Dasar pertanian negara merupakan sebahagian daripada wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
• Dasar yang diwujudkan bertujuan untuk mewujudkan sektor pertanian yang maju,
matang, berdaya tahan dan berdaya saing.
• Penekanan keluaran pertanian dilihat dari sudut peningkatan produktiviti dengan
kualiti yang tinggi dari penggunaan teknologi moden dan hasil daripada R& D
yang mantap.
• Maka, bolehlah kita merumuskan bahawa masa depan sektor pertanian adalah
cerah. Semua negara di dunia bergantung kepada sektor pertanian kerana peranan
utamanya menyediakan makanan, sama ada mengeluarkan sendiri atau
mengimport.
• Walaupun sektor pembuatan dan perkilangan adalah penyumbang terbesar ekonomi
negara . Tetapi sektor pertanian tetap berperanan penting kerana membekalkan
input pertanian bagi membolehkan kilang dan jentera terus beroperasi.