modul 1 kaedah bunyi kata
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
1/25
Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK): Latar belakang dan Prinsip
Objektif:
supaya guru mengetahui latar belakang danprinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK)sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonikdan kaedah Seluruh Perkataan.
Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 8.
Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4,terdapat dua mazhab dan pendekatan besar dalampengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitupendekatan fonik dan pendekatan seluruhperkataan. Pendekatan fonik bermula dengan
mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya,kemudian baru membaca perkataan. Pendekatanseluruh perkataan pula terbalik: ia bermula darimengajar perkataan kemudian analisis perkataansupaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya.Salah satu sebab pengajaran awal membaca danmenulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannyacelaru dan tidak fonemik. Jadi sebenarnya terdapatsekumpulan perkataan yang mudah diajar dalamkaedah fonik, dan sekumpulan lagi lebih berkesandiajar secara seluruh perkataan melalui pandangdan sebut.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
2/25
Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagipengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan
pendekatan fonik/abjad atau seluruh perkataandalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepadaciri-ciri istimewa yang terdapat dalam BahasaMelayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris,Bahasa Arab atau Bahasa Cina.
a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu
yang sistematik dan
fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satubunyi, kecuali huruf e, di
mana terdapat dua bunyi.
Misalnya, huruf a bunyinya aa, huruf b bunyinyabh, c bunyinya ch, d
bunyinya dh, m bunyi mm dan sebagainya.Hanya e mempunyai dua
bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataanemak, enam dan e pepet
seperti dalam ekor dan elok.
Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaanBahasa Melayu (Rumi) rujuk,
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
3/25
Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedomanumum ejaan rumi Bahasa
Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya batu,ka ki, ma kan, ka kak, i tu, i tik, se ko lah,jam ba tan, bu nga, ta nya pe nyu su ngai pantai, kam pung, per ja la nan dan sebagainya.
c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudahberbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris danBahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidakada perbezaan bentuk bagi gender (laki- laki atauperempuan) untuk menyatakan banyak (plural),untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense,
present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.
Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayuperingkat awal untuk kanak-kanak (atau kepadasesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) bolehdibuat dengan menggabungkan
a) pengajaran bunyi asas (fonem) beberapa hurufvokal a i u dan bunyi satu atau dua hurufkonsonan, misalnya bunyi b, untuk membentukbunyi suku kata ba bi bu, dan
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
4/25
b) terus membaca perkataan mudah baba, bibi,bubu, ubi, ibu abu, dan frasa seperti bubu baba,ibu abu yang bermakna, dalam satu atau duapelajaran saja.
Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas,iaitu mengabung bunyi
dengan terus membentuk perkataan danmembacanya, kita sudah
mengguna apa yang dipanggil kaedahGabungan Bunyi-Kata (KGBK),
Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam
satu set pengajaran-pembelajaran, bunyi hurufdan suku kata terus
digabung menjadi perkataan dan dibaca.
Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiranuntuk
a) mengesan (attack) sesuatu perkataan, denganmelihat bunyi hurufnya dan suku katanya, jika iatidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberikemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiriperkataan baru. Misalnya setelah murid bolehmembaca suku kata ba bi bu dan ca ci cu dan
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
5/25
boleh membaca perkataan cucu, baca, cuci merekasendiri akan boleh membaca cuba dan bucu.
b) membaca perkataan yang bermakna serentak
dalam suatu pelajaran. Dengan ini merekamendapati proses belajar membaca itu memberimakna dan berguna. Kajian kami menunjukkankebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagimembaca setelah mereka mula tahu membacabeberapa patah perkataan begini.
Dalam KGBK
1. murid tidak perlu diajar mengenal danmenghafal semua huruf abjad secara berturutandari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedahabjad/fonik. Ini mengambil masa panjang (2, 3bulan di setengah sekolah). Murid juga tidakperlu diajar semua suku kata terbua seperti ba
bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co, dsb yangmengambil masa sebulan lagi, sebelum muridboleh diajar membaca perkataan dan ayat.
2. murid tidak perlu diajar mengecam seluruhperkataan (pandang dan sebut perkataan) danmenghafal bentuknya, kemudian cerakinperkataan untuk mengenal huruf dan bunyihuruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan.
Dalam KGBK kanak-kanak terus membina danmembaca perkataan berdasarkan suku katayang mereka belajar dalam satu pelajaran itu.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
6/25
3. Perkembangan unit-unit pengajaran danpembelajaran boleh dibuat secara
sistematik berturutan (sequential) berkembang, di
mana pelajaran yang
lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaranyang baru.
Setiap unit baru berkembang berasaskan unitsebelumnya. Misalnya,
setelah murid belajar membaca b dan ba bi budan perkataan-perkataan
daripada suku kata ini seperti ibu baba, ubi abu,murid boleh disambung
berikutnya untuk belajar bunyi konsonan k pula;membentuk dan
membunyikan suku kata ka ki ku dan terusmembaca perkataan atau
frasa kuku kaki aki. Jika dicantum pula dengansuku kata ba bi bu
yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membinadan membaca
perkataan dan ayat seperti buku abu; abu bukabuku.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
7/25
Fasa pertama kanak-kanak menguasai membinadan membaca perktaan
suku kata terbuka; fasa kedua membina perkataan
suku kata tertutup
(kv +kvk seperti ka sut, bu kit atau kvk+kv)seperti lam pu lembu dan
sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku
katanya diftong (seperti sungai, pulau) dan
imbuhan seperti ber me, mem
seperti berjalan, memberi, melawan dansebagainya.
4. Murid juga terus membaca ayat mudah dalamsesuatu pelajaran itu.
Langkah-langkah asas dalam pengajaranmembaca dan menulis KGBK.
1. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara
menulisnya
2. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti bdan cara menulisnya
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
8/25
3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supayamenjadi ba bi bu dan cara menulisnya.
4. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti
baba bibi bubu babu, ibu
5. Bina rangkai kata atau ayat, seperti ibu abu,babu baba
6. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca:huruf, suku kata dan perkataan.
Pelajaran berikutnya
Ulang pelajaran unit yang lalu
1. Perkenalkan huruf konsonan baru, misalnya c2.Bina suku kata ca ci cu3. Bina perkataan kvkv seperti caca cucu cuci
aci acu
4. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu,untuk membina lagi perkataan seperti bacabucu cuba
5. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuciubi, dsb
6. Murid salin apa yang dibaca.
Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-
Kata, kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, bunyi huruf dan suku kata terusdigabung menjadi perkataan dan dibaca.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
9/25
Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secaraterperinci seterusnya, diberi dalam Modul 4, 5, 6 dan7.
Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau duapelajaran saja. Ini bererti unsur membunyikan hurufdengan membina dan membaca perkataan bolehdigabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Pada akhir setiap pelajarankanak-kanak boleh membaca perkataan, frasaatau ayat bermakna. Ini didapati lebih mudah dancepat untuk murid belajar membaca dan menulis,
iaitu murid menulis apa yang dibaca. Murid tidakperlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelumbelajar membaca.
Pendekatan ini membolehkan pembinaan dansusunan bahan pengajaran-pembelajaran danpeningkatan kemahiran membaca dibuat secara
berturutan (sequential) dan berkembang(developmental). Contohnya adalah seperti dalambuku saya Mari Membaca, Utusan Publications, 1982,dan Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar Bakti,1990; dan buku Bahasa Malaysia, siri Genius, besertaPanduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk pra sekolah,dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti.
Dari kajian kami, susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara berturutan (sequential) dandevelopmental, kumulatif dan sistematik inimemudahkan guru mengajar 2M dan memudah
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
10/25
murid belajar 2M bahasa Melayu. Dari pemerhatiandan laporan guru, murid boleh membaca denganlancar cerita mudah dalam tempoh kurang dari tigabulan, jika diajar sejam sehari, lima hari seminggu
mengikut susunan KGBK dalam buku itu.
Pendekatan gabungan dan susunan bahan secarakumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkinberlaku dalam pendekatan abjad/fonik, pendekatanseluruh perkataan, atau pendekatan eklektik yangdiguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris.
Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perludipisahkan sequenceantara mengenal bunyi-huruf dengan membina-dan-membaca perkataan.Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakanpengajaran membaca dengan memperkenalkan
perkataan (whole word) dahulu dan kemudianmencerakinkannya menjadi suku kata dan bunyisetiap huruf. Ini menyusahkan dan melambatkankebolehan kanak-kanak membaca . Dalam kaedahabajd / fonik, murid perlu belajar dahulu nama hurufdan bunyi semua huruf a b csampai x y zsebelum mereka diajar membaca perkataan, frasaatau ayat. Ini juga melambatkan dan menyusahkan
setengah murid dan mereka akan tercicir.
Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau muridtidak kenal huruf abjad, murid itu tidak boleh diajarmembaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
11/25
mengajar Bahasa Inggeris. Kepercayaan inididasarkan kepada pengalaman mereka diajar danbelajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu, iaitumengenal huruf abjad a, b, c ..x, y, z dahulu sebelum
membaca.
Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar ab c dahulu sebelum boleh diajar membaca. Makakadang-kadang timbul konflik di antara guru tadikayang mengajar kanak-kanak membaca menggunaKGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ), tetapiibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anakmereka diajar a b c. sampai.....x y z mengikutsusunan dalam abjad.
Nota
Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajarkemahiran berbahasa lain, iaitu mendengar danbertutur. Guru hendaklah membina keempat-empatkemahiran berbahasa ini.
Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagaipendekatan am untuk mengajar bahasa, ada
kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajarkanak-kanak membaca dan menulis pada peringkatpermulaan. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK)digubal secara sistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M, supaya mereka mudah membaca.Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
12/25
secara informal semasa guru dan murid, murid danmurid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentusekali harus mengajar murid menyebut sesuatuperkataan itu dengan sebutan standard. Guru
hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaranmembaca dengan membaca kuat (read aloud) bukukepada murid, atau menyanyi semasa mengajar 2M,supaya murid seronok belajar.
Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku AwalMembaca Siri Genius Fajar Bakti 2006 atau bukuyang umpama dalam pengajaran mereka, danmenokok tambah aktiviti untuk memperkayakanpembelajaran. Ini amat digalakkan. Sejakkebelakangan ini, ada pengarang yang mengarangdan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini,dengan memberi berbagai nama untuknya.
Ringkasnya
Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK)menyatakan bahawa kita boleh menggabungkanproses mengajar mengenal bunyi-huruf denganmembina-dan-membaca perkataan dalam satu ataudua pelajaran, dan kanak-kanak terus membacaperkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
13/25
keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaanBahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemikdan sistematik, suku katanya jelas, dantatabahasanya yang mudah berbanding dengan
sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebihkompleks dalam Bahasa Inggeris.
Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasapertama untuk memudahkan murid mulabelajar membaca. Setelah asas awal membacadikuasai oleh murid, dan murid boleh membacasendiri ayat dan cerita mudah, maka fasaseterusnya ialah murid diberi dorongan danpeluang membaca berbagai bahan bacaan:cerita, puisi, dan buku pilihan, supaya merekaterus membaca sendiri, dan tertanam tabiatdan minat membaca. Jika ini berlaku, ia akanmenjadi bekalan dan asas untuk pendidikansepanjang hayat.
Sedikit tentang latar belakang dan sejarahKGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal?
Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah
dan asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini, dandakwaan orang lain yang mereka mencipta ataumenggubah kaedah KGBK ini, saya perturunkansedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitanbuku-buku saya tentang kaedah ini.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
14/25
Setelah membaca laporan dalam akhbar, dalamtahun 1979, bahawa 30 - 40% murid di sekolah
rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidakboleh membaca, saya pun berfikir bagaimanakah iniboleh terjadi, kerana pada pendapat saya bahasaMelayu sangat mudah untuk diajar membaca danmenulisnya, terutama huruf tulisan rumi. Dari tijauansaya saya dapati kebanyakan guru menggunakaedah abjad. Sebahagian kecil mengguna kaedahpandang dan sebut (look and say), iaitu kaedah
seluruh perkataan yang popular di kalangan guruyang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal.
Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenaparamai murid tidak boleh membaca ialah keranakaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan, dankurang latihan. Maka dengan mengguna
pengetahuan teori dan amalan pengajaran BahasaMelayu yang saya ada untuk menggubal satu kaedahyang boleh menggabung pendekatan fonik(berasaskan bunyi) dan pendekatan seluruhperkataan.
Pada 8 10 Disember 1979 saya membentang satukertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan SuluhBudiman di Kuantan, Kertas bertajuk BeberapaKaedah Mengajar Murid-Murid Membaca BahasaMalaysia di Peringkat Awal,. Dalam kertas ini sayameninjau beberapa kaedah mengajar membaca BM
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
15/25
di peringkat awal, dan memperkenalkan KaedahGabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadanganuntuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah,terutama di Sekolah Kebangsaan, yang tidak boleh
membaca.
Kertas kerja ini diterbit dalamJurnal Dewan BahasaJilid 24 Bil. 7, Julai 1980.
( lihat Lampiran 1).
Pada Februari 1980 satu bengkel diadakanbersama guru-guru sekolah kebangsaan di Kuala
Terengganu, untuk membina bahanpengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini,untuk dicuba di sekolah kebangsaan. Pemerhatianrambang guru mendapati kaedah ini berkesan. Guru
mendapati ia mudah diguna, dan murid mudahbelajar 2M.
Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di PusatPerkembangan Kurikulum (PPK), di Jalan Duta.Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salahsatu kaedah pilihan (ke-4) dalam Buku Panduan Am,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) terbitanKementerian Pelajaran Malaysia, 1981, ms. 63 69.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
16/25
* Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untukPanduan Guru Bahasa Malaysia KBSR Tahun I (Jun1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil.
Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR)Tahun 1 (1981) bagi Sekolah
Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajarBahasa Malaysia Tahun 1. Kaedah yang menjadipegangan ialah Kaedah Cerakin (yang dianggapsebagai kaedah PPK) dan Kaedah Abjad, sebagai
panduan guru mengajar.
1982 Utusan Publications menerbitkan buku sayaMari Membacayang mengguna kaedah KGBK ini(lihat contoh Lampiran 2). Buku ini digunakan disetengah Sekolah SRJK Cina dan Tamil.
* 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya KegiatanTadika 2: Mari Membaca untuk tadika. Buku inibanyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar.
1990 buku Mudah MembacaBahasa Malaysiaditerbitkan oleh Fajar Bakti, sebagai lanjutan kepadabuku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas,untuk murid Tahun 1. (Lihat contoh Lampiran 3).
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
17/25
* 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbitoleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar Bakti, dengan
jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2.
* 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yangdiedit dari buku asal pada 1990, juga diterbitkanoleh Fajar Bakti
* 2003 buku Bahasa Malaysia 1 6 Siri Genius
(beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti,untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4)
* 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan bukusaya Bahasa Malaysia Tahun 1, menggunakankaedah ini.
Pelajar boleh merujuk artikel dan buku-buku di atasuntuk melihat contoh-contoh bahan p & p dan alatujian.
Rujukan tambahan
* Isahak Haron (1990), Mengajar MembacaPeringkat Awal. Dalam Safiah Osman (ed).Membaca : Satu Pengenalan, Berita Publishing, KualaLumpur.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
18/25
Untuk mengetahui sistem ejaan Bahasa Melayu(Rumi) rujuk,
Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umumejaan rumi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa danPustaka, Kuala Lumpur.
Beberapa kajian dibuat tentang keberkesanankaedah KGBK (untuk huruf rumi dan jawi) oleh
pelajar disertasi sarjana pendidikan. Kajian jugadibuat di UPSI misalnya kajian (Laporan, 2004),yang bertajuk dan abstraknya di bawah.
Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu: KeberkesananKaedah Gabungan Bunyi-Kata untuk Prasekolah danuntuk Pemulihan (2004)
Abstrak
Kajian ini menyemukakan pendekatan KaedahGabungan Bunyi-Kata (KGBK) untuk pengajaran-
pembelajaran membaca dan menulis Bahasa Melayuperingkat awal (early reading and writing), sebagaialternatif kepada model atau pendektanAbjad/Fonik dan pendekatan Seluruh Perkataan( whole word), yang banyak diperkatakan dalampengajaran membaca Bahasa Inggeris sejak lebih
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
19/25
lima puluh tahun lalu. Pendekatan KGBKmenyatakan bahawa pengajaran membaca BM bolehdibuat dengan mengajar kanak-kanak bunyibeberapa huruf vokal dan konsonan, menjadikannya
suku kata dan terus membina dan membacaperkataan atau frasa atau ayat, dalam satu duapelajaran saja. KGBK ini diasaskan kepada ciri-ciriistimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu, iaitusistem ejaannya fonemik (terdapat hubungan yang
jelas antara bunyi dan simbol (huruf) (sound-simbolrelationship), suku kata perkataan bahasa Melayuyang jelas, dan tatabahasa Melayu agak mudah
berbanding dengan sistem ejaan dan tatabahasabahasa Inggeris. Kanak-kanak prasekolah dan muridpemulihan dengan mudah boleh diajar membacaBahasa Melayu dalam jangka masa yang pendek.
Kajian empirikal, untuk menguji keberkesananmodel atau pendektan KGBK, dibuat dalam dua
konteks:pertama, konteks pengajaran kanak-kanakprasekolah di 12 tadika Kemas di Hulu Selangor.Setelah tiga bulan guru tadika Kemas mengajarkanak-kanak membaca dan menulis menggunaKGBK, kemajuan kebolehan membaca 326 orangmurid di tadika ini agak ketara.
Konteks kedua ialah di mana KGBK digunakan oleh
guru-guru pendidikan khas untuk memulihkanmurid sekolah rendah di Perak dan Pulau Pinangyang tidak boleh membaca atau lemahmembaca. Soalselidik survey digunakan untukmendapat repons dan penilaian tentangkeberkesanan KGBK daripada sampel 75 orang guru
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
20/25
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
21/25
memulihkan masalah tidak boleh membacapelajar sekolah rendah dengan berkesan
Kaedah Pengajaran Bacaan
KAEDAH ABJAD
1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjaddianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang
http://www.cikgufais.net/2009/09/kaedah-pengajaran-bacaan/http://www.cikgufais.net/2009/09/kaedah-pengajaran-bacaan/ -
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
22/25
digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, hingga Z.2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama hurufsecara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan gurumenunjukkan kad abjad kepada murid dan gurumenyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untukmemperkenalkannya kepada murid.4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kadabjad tersebut dan meminta murid untukmengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yangditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutanmurid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.6. Proses ini diulang sehingga murid mampumengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telahdiajar.7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjadtersebut di papan hitam. Guru akan memilih muridsecara rawak dan meminta murid tersebut
mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apayang disebut oleh guru.8. Selepas itu, murid diminta membuat latihanbertulis dalam buku masing-masing. Guru akanmenyebut abjad manakala murid perlu mendengardengan teliti dan menulisnya dalam buku.
KAEDAH SUKU KATA
1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskankehadiran vokal.2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujudsebagai satu vokal atau bersama-sama dengan
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
23/25
konsonan.3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola sukukata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokaldipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutupkerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa
jenis suku kata :(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu,ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV(anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK(bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV(biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV+ KV + KV (panorama)
KAEDAH PANDANG SEBUT
1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kadperkataan boleh digunakan di peringkat awal
pengajaran untuk memperkembangkan kemahiranmembaca.2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebutdan menyusunnya supaya menjadi perkataan yangbermakna.3. Sentuhan secara fizikal mendorong muridmengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kataberdasarkan pengalaman melalui gambar; dan(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang adacerita.5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakanbagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
24/25
dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepatdan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Inibagi mempertingkatkan keupayaan murid untukmembaca.
KAEDAH FONIK
1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalahuntuk mengajar murid melihat hubungan antarasimbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudianmereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang hurufterus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : adibunyikan aaaa.., u dibunyikan uuuu..3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf denganbunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da,tu dan sebagainya.4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadiperkataan seperti baba, batu, ibu dansebagainya.
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyibeberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan,rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu ataudua pelajaran.2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.
3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansurmemperkembangkan kemahiran sebelumnya.4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataandan rangkai kata yang mudah. Contohnya muridboleh membaca sendiri buku-buku cerita.
-
8/3/2019 Modul 1 Kaedah Bunyi Kata
25/25
RujukanAzman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.