modul 1.0 240215b
DESCRIPTION
Modul 1.0 240215bTRANSCRIPT
-
Draf 240215
1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KSSR
-
Draf 240215
2
Standard
kandungan:
1.0 Memahami Pengaturcaraan
Standard
pembelajaran:
1.1 Menyatakan kegunaan atur cara komputer
dalam perkakasan harian.
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
Atur cara adalah satu senarai arahan atau tatacara
untuk diikuti supaya sesuatu matlamat tercapai.
MODUL P1
Apa itu atur cara?
-
Draf 240215
3
Contoh 1 : Set atur cara memain DVD
Pilih DVD yang ingin ditonton.
Pastikan televisyen dan pemain DVD telah dipasang.
Klik pada butang open untuk mengeluarkan tray DVD.
Letakkan DVD pada tray dan klik butang close.
Pilih play pada paparan menu.
Jika semua langkah-langkah untuk memainkan DVD telah
diikuti, tetapi masih gagal untuk ditontoni. Mengapa?
Bincangkan.
-
Draf 240215
4
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
Murid biasa menggunakan perkakasan digital dalam aktiviti seharian
KEPERLUAN PERKAKASAN
1) Model mesin basuh 5) sticky note
2) Model televisyen 6) manila kad
3) Model microwave
4) Model DVD
-
Draf 240215
5
AKTIVITI 1
Dunia Mesin
Aktiviti drama/ main peranan
Arahan: Murid dipilih untuk melakonkan watak yang berikut:
i) Watak utama ( Amir )
ii) Watak kedua (Ibu Amir)
iii) Mesin basuh
iv) Televisyen
v) Ketuhar gelombang mikro
vi) DVD
Contoh situasi :
Pada suatu hari, ibu Amir meminta Amir untuk melaksanakan kerja rumah
iaitu membasuh kain dan memanaskan makanan. Ibu Amir hendak pergi
menziarahi jiran yang kurang sihat.
Contoh dialog:
Ibu: Amir..Amirbangun nak.
Amir: Awalnya ibu kejutkan Amir. Kenapa ibu?
Ibu: Amir.ibu nak pergi melawat makcik Kiah sebentar. Amir tolong
basuhkan kain dan panaskan lauk untuk makan tengahari nanti ye.
Amir : Baiklah ibunanti amir buat ya.
-
Draf 240215
6
(Ibu pun pergi menziarahi makcik Kiah. Amir terus bangun dan bersiap.
Setelah menikmati sarapan pagi, Amir mula melaksanakan tugas yang
telah dipesan oleh ibu.)
Amir: Hurmmmbanyak sungguh baju yang hendak dibasuh hari ini.
(Amir pun memasukkan baju ke dalam mesin basuh.Tiba-tiba)
Amir: Aikkk.kenapa dengan mesin basuh ni? Tak boleh berfungsi seperti
biasa. Apa masalahnya pula? Terpaksalah membasuh dengan
tangan.
(Amir pun membasuh semua kain tersebut dengan menggunakan
tangan. Setelah selesai membasuh dan menyidai baju, perut Amir terasa
lapar. Amir segera pergi ke dapur untuk memanaskan lauk)
Amir: Laaakenapa pula dengan microwave ni? rosak juga ke? makan
makanan sejuk la nampak gayanya hari ini.
(Selesai makan tengahari, Amir ingin merehatkan badan dengan
menonton televisyen)
Amir: Eh! Eh!...kenapa dengan tv ni pula? Malam tadi elok je terpasang,
tengahari ni dah rosak pula. Huhuapa la nasib saya hari ini.
Langkah 1 : Murid yang telah dikenalpasti melakonkan watak dalam
situasi tersebut.
Langkah 2 : Setelah selesai lakonan, murid dikehendaki memberikan
pengajaran / moral daripada cerita tersebut.
(Moral: Peralatan digital yang mengandungi atur cara
komputer sangat penting dalam membantu memudahkan
tugasan seharian)
-
Draf 240215
7
Langkah 3 : Dalam kumpulan, murid membincangkan kesan jika tiada
atur cara komputer di dalam perkakasan harian yang
terdapat dalam lakonan tadi.
Langkah 4: Murid menulis kesan jika tiada atur cara komputer dalam
perkakasan harian atas kertas pelekat dan tampal di atas kad
manila di papan kenyataan.
Contoh jawapan murid:
Mesin basuh automatik membantu memudahkan kerja
manusia untuk membasuh, membilas dan mengeringkan
pakaian.
Sekiranya tiada arahan komputer dalam mesin basuh
automatik tersebut, manusia perlu melakukan semua kerja
tersebut secara manual.
-
Draf 240215
8
PENILAIAN 1
Telefon bimbit Mesin Fotostat
Senaraikan fungsi peralatan digital tersebut
-
Draf 240215
9
Standard
kandungan:
1.0 Memahami Pengaturcaraan
Standard
pembelajaran:
Masa:
1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah
aktiviti harian dengan satu set arahan dalam
atur cara komputer.
1.3 Menulis satu set arahan yang
menggambarkan aktiviti harian
60 minit
NOTA RUJUKAN
Atur cara komputer adalah satu set arahan bertertib
yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara
komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.
Apa itu aturcara komputer? Atur cara Komputer
MODUL P2
-
Draf 240215
10
Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai
pengaturcaraan komputer.
Contoh 1 : Masuk ke makmal komputer
Situasi:
Amin ingin mencetak tugasan yang telah diberikan kepadanya di
makmal komputer sekolah.
Tanda tangan pada buku log
Hidupkan komputer
Cari dokumen yang dikehendaki
Hidupkan pencetak
Cetak dokumen
Matikan pencetak
Matikan komputer
Atur cara komputer berlaku di sini
Pencetak menerima arahan
mencetak
Pencetak melakukan tindakan
mencetak
-
Draf 240215
11
Contoh 2: Atur cara mencuci pakaian menggunakan mesin basuh
Kumpul pakaian yang ingin dicuci
Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh
Masukkan serbuk pencuci ke dalam bekas cucian
Hidupkan mesin basuh
Timbang berat pakaian
Anggar tahap air yang diperlukan
Anggar masa cucian yang diambil
Masukkan air ke dalam mesin basuh
Lakukan kerja cucian
Membilas
Keringkan pakaian
Masukkan air ke dalam mesin basuh
Lakukan kerja cucian
Membilas
Keringkan pakaian
Matikan suis mesin basuh
Keluarkan pakaian yang telah dicuci
Sidai pakaian yang telah siap dicuci
Atur cara komputer
dalam mesin basuh
-
Draf 240215
12
Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita
perlu mengikut set arahan (langkah-langkah yang tertib) dan ini
mempunyai persamaan dengan set arahan dalam atur cara komputer.
Contoh Set Arahan Aktiviti Harian : Perhimpunan Pagi
Beratur mengikut kelas
Luruskan barisan
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu negeri
Nyanyian lagu sekolah
Doa
Ucapan guru bertugas
Berbaris masuk ke kelas
Set Arahan Aktiviti Harian
-
Draf 240215
13
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
Murid telah mempelajari kegunaan atur cara komputer dalam
perkakasan harian
KEPERLUAN PERKAKASAN
1)Life wheel
2)Sampul soalan
3)Kertas mahjong
4)Pen marker
5)Stop watch
-
Draf 240215
14
AKTIVITI 1
Roda Kehidupan
Aktiviti kumpulan
Arahan : Murid mendengar penerangan guru berkaitan perkaitan antara
langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam komputer. Kemudian,
murid dibahagikan mengikut kumpulan.
Langkah 1: Setiap kumpulan akan tampil ke hadapan dan memutar roda
kehidupan.
Langkah 2: Setiap kumpulan akan kembali ke kumpulan bersama dengan
tugasan yang terdapat di dalam sampul.
Langkah 3: Setiap kumpulan akan mula menyusun langkah aktiviti harian
dan set arahan dalam komputer. Guru akan merekod waktu tugasan
dilaksanakan.
Langkah 4: Kumpulan yang paling pantas menyelesaikan tugasan, dikira
sebagai pemenang.
Contoh Life Wheel:
Membeli tiket lrt
Memanaskan lauk
menggunakan ketuhar
gelombang mikro
Membeli air dari
mesin penjualan
air
Membuat kopi
menggunakan
mesin pembancuh
kopi
-
Draf 240215
15
Contoh soalan tugasan:
Membeli tiket LRT
1) Anda hendak pergi ke KLCC untuk menonton wayang bersama rakan-
rakan. Anda merancang untuk pergi ke KLCC dengan menaiki LRT.
Senaraikan langkah untuk membeli tiket lrt dari rumah anda yang terletak
di stesen LRT Damai ke stesen lrt KLCC.
2) Tuliskan set arahan komputer untuk tugasan tersebut.
Contoh penyelesaian tugasan:
Langkah-langkah aktiviti harian Set arahan komputer
Saya bersiap awal untuk
menontong wayang di KLCC.
Kemudian saya berjalan kaki ke
stesen lrt. Sampai sahaja di stesen
lrt, saya terus membeli tiket untuk ke
KLCC. Setelah membeli tiket, saya
menaiki lrt ke stesen KLCC.
Setibanya di stesen KLCC, saya
turun menuju ke panggung
wayang.
Berjalan ke stesen lrt
Naik lif/tangga/eskelator ke tempat
penjualan tiket
Pilih stesen yang hendak dituju
(stesen KLCC)
Masukkan wang
Ambil tiket
Naik lrt
Turun di stesen KLCC
-
Draf 240215
16
PENILAIAN 1
Arahan: Sila isi ruang kosong persamaan dan perbezaan antara atur cara
dengan atur cara komputer
Persamaan
Perbezaan
Atur cara Atur cara komputer
Membezakan di antara atur cara
dengan atur cara komputer
-
Draf 240215
17
PENILAIAN 2
Situasi: Alexandar mengajak kawan-kawannya bermain konda kondi di
taman.
Arahan: Anda dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah aktiviti
tersebut mengikut tertib.
1. ___________________________________________________________
2. ___________________________________________________________
3. ___________________________________________________________
4. ___________________________________________________________
5. ___________________________________________________________
6. ___________________________________________________________
7. ___________________________________________________________
8. ___________________________________________________________
9. ___________________________________________________________
Menyenaraikan langkah-langkah aktiviti harian
-
Draf 240215
18
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Pengaturcaraan
Standard
Kandungan:
1.0 Memahami Pengaturcaraan.
Standard
Pembelajaran: 1.1 Menyatakan kegunaan atur cara komputer
dalam perkakasan harian.
1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah
aktiviti harian dengan set arahan dalam atur
cara komputer.
1.3 Menulis satu set arahan yang mengambarkan
aktiviti harian.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Murid dapat membezakan atur
cara dengan atur cara komputer
2 Murid dapat menyenaraikan
langkah-langkah aktiviti harian
mengikut tertib
3 Murid dapat menyusun semula
set arahan dan atur cara
komputer
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh
-
Draf 240215
19
Standard Kandungan: 1.0 Memahami pengaturcaraan
Standard Pembelajaran: 1.4 Menulis satu set arahan bagi satu
peralatan digital dalam melakukan
tugasan
1.5 Membina arahan-arahan tambahan
dalam atur cara bagi menambah fungsi
sesuatu peralatan digital
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
Contoh set arahan peralatan digital dalam melakukan tugasan:
Pembersih hampagas robotik
Mula
Mesin pembersih hampagas bergerak
Mesin pembersih hampagas menyedut
Jika tiada permukaan lantai di hadapan
Mesin pembersih hampagas akan berundur
Mesin pembersih hampagas menyedut
Tamat
MODUL P3
-
Draf 240215
20
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
Murid telah mempelajari langkah aktiviti harian dan set arahan dalam
atur cara komputer
KEPERLUAN PERKAKASAN
1. Radio
2. Kotak beracun
3. Kertas mahjong
4. Pen marker
-
Draf 240215
21
AKTIVITI 1
Kotak Arahan Beracun
Langkah 1: Murid mendengar penerangan guru berkaitan set arahan
komputer dalam peralatan digital.
Langkah 2: Murid duduk di dalam bulatan untuk permainan kotak
arahan beracun.
Langkah 3: Guru akan memasangkan muzik. Kotak arahan beracun
akan diedarkan sehingga muzik diberhentikan.
Langkah 4: Murid yang memegang kotak arahan beracun akan
mengambil satu kertas dari kotak tersebut.
Langkah 5: Murid akan menulis set arahan komputer untuk peralatan
digital yang tertera pada kertas tersebut di papan putih.
Langkah 6: Murid lain akan memberi pendapat tentang set arahan
tambahan untuk menambah fungsi peralatan digital tersebut.
-
Draf 240215
22
Contoh hasil aktiviti:
Pembersih hampagas robotik
Mula
Mesin pembersih hampagas bergerak
Mesin pembersih hampagas menyedut
Jika tiada permukaan lantai di hadapan
Mesin pembersih hampagas akan berundur
Mesin pembersih hampagas menyedut
Jika ada permukaan yang basah
Mesin pembersih hampagas keringkan
Tamat
arahan tambahan
-
Draf 240215
23
Mari kita kaji.
Senaraikan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh
dilakukan ke atas perkakasan harian tersebut.
Contoh:
Self-timer untuk off bagi
tempoh masa yang
tertentu
Pengesan eye contact
akan off televisyen
sekiranya tiada lagi eye
contact
Touch screen kaca
televisyen
Televisyen
-
Draf 240215
24
PENILAIAN 1
Situasi: Puan Wong ingin mencetak dokumen penting dari komputer
peribadinya.
Arahan: Anda diminta menyusun semula set arahan dengan betul
mengikut situasi di atas ke dalam jadual yang disediakan di
bawah.
Matikan pencetak
Cari dokumen
Cetak
Matikan komputer
Hidupkan komputer
Hidupkan pencetak
Membezakan di antara atur cara dengan atur cara
komputer
-
Draf 240215
25
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Pengaturcaraan
Standard
Kandungan:
1.0 Memahami Pengaturcaraan.
Standard
Pembelajaran: 1.4 Menulis satu set arahan atur cara komputer dalam
melakukan tugasan.
1.5 Mencadangkan penambahbaikan arahan-arahan dalam atur cara bagi sesuatu peralatan
dalam melaksanakan tugas.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Murid boleh menulis satu set
arahan atur cara komputer
dalam melakukan tugasan
2 Murid boleh mencadangkan
penambahbaikan arahan-
arahan dalam atur cara bagi
sesuatu peralatan dalam
melaksanakan tugas
3 Murid boleh menjelaskan
kegunaan pengatur caraan
dalam kehidupan seharian
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh