modul 2 pengajian am penggal 2 2013_jpn kelantan
DESCRIPTION
Soalan_K2 Set 2TRANSCRIPT
SET 2 JPN Kelantan
1
No Kad Pengenalan……………………… Nombor pusat /Angka Giliran………………………
900/2 STPM
PENGAJIAN AM
KERTAS 2
( 1 jam 30 minit)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013
Arahan kepada calon:
Untuk kegunaan pemeriksa
Bahagian A
1
2
3
4
Bahagian B
Bahagian C
Jumlah
Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN.
Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,
Bahagian B, dan Bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A
dan satu soalan dalam Bahagian B dan dua Bahagian C.
Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada
ruang yang disediakan..
Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam
bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas
yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat helaian
jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan
dalam tanda kurung [ ]
SET 2 JPN Kelantan
2
Bahagian A
[15 markah]
1. Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara. (4m)
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Jelaskan strategi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.
(4m)
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Jelaskan dua bentuk penswastaan. (4m)
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Cadangkan empat petunjuk yang boleh dirujuk untuk mengukur pencapaian usaha
meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia.
(4m)
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_______________________________________________________ ______________
______________________________________________________________________
SET 2 JPN Kelantan
3
Bahagian B
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai bagi menunjukkan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan mengikut jenis
stesen di Semenanjung Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk menghasilkan tenaga elektrik. Negara melalui
kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R & D) telah menemukan beberapa cara yang
sesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kaedah wap, diesel, hidro, gas,
dan lain-lain.
Pada tahun 2006, stesen diesel telah menjana sebanyak 500.5 juta kilowatt (kw)
berbanding dengan hanya 416.5 juta kilowatt yang dihasilkan oleh stesen hidro atau 12.1
peratus. Turbin gas pula menjanakan tenaga elektrik paling banyak, iaitu 2 142.7 juta kilowatt
atau lebih 60 peratus daripada jumlah tenaga elektrik yang telah dijanakan. Jumlah tenaga
elektrik yang dijanakan pada tahun 2006 ialah 3 454.7 juta kilowatt.
Pada tahun 2007 pula, jumlah tenaga elektrik yang dijanakan telah meningkat sebanyak
198.5 juta kilowatt berbanding dengan tahun sebelumnya. Stesen diesel menjanakan
sebanyak 284.3 juta kilowatt lebih rendah sebanyak 219.3 juta kilowatt berbanding dengan
stesen hidro yang menjanakan tenaga elektrik sebanyak 503.6 juta kilowatt atau 13.8 peratus.
Stesen turbin gas menjanakan sebanyak 2 384.6 juta kilowatt daripada keseluruhan jumlah
tenaga elektrik pada tahun tersebut.
Penjanaan tenaga elektrik semakin meningkat dengan penambahan jumlah stesen eletrik
yang dibina. Sebanyak 357.9 juta kilowatt dihasilkan oleh stesen diesel, manakala stesen
hidro dan turbin gas masing-masing sebanyak 417.4 juta kilowatt dan 2 669.6 juta kilowatt
pada tahun 2008. Stesen-stesen lain menghasilkan 503.1 juta kilowatt sahaja.
Pada tahun 2009, penjanaan kuasa melalui stesen hidro meningkat kepada 683 juta
kilowatt berbanding tahun sebelumnya. Kedudukan turbin gas sebagai sumber kuasa terbesar
terus bertambah kukuh dengan penjanaan kuasa sebanyak 4 000 juta kilowatt daripada
keseluruhan jumlah tenaga elektrik yang dijanakan pada tahun ini iaitu sebanyak 5817 juta
kilowatt. Penggunaan sumber-sumber lain bertambah ketara menjadi 667 juta kilowatt pada
tahun 2009 berbanding 395 juta kilowatt dan 480.7 juta kilowatt pada tahun 2006 dan 2007.
( Dipetik dan diubahsuai daripadaTenaga Nasional Berhad 2010 )
SET 2 JPN Kelantan
4
2. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
penagih dadah di negeri-negeri terpilih di Malaysia dan jumlah tanggungan
pengurusan Pusat Serenti pada tahun-tahun yang dilaporkan
Golongan masyarakat yang paling ramai terlibat dengan masalah dadah ialah golongan
belia iaitu kira-kira 65 % .Dari peratusan tersebut kaum Melayu merupakan penyumbang
yang terbesar.
Pada tahun 2009, Johor mempunyai sebanyak 2081 orang penagih dadah dan daripada
jumlah tersebut 1686 orang terdiri daripada kaum Melayu. Namun, pada tahun 2010 jumlah
penagih dadah di Johor didapati menurun sebanyak 671 orang. Pada dua tahun yang
berikutnya bilangan penagih dadah di negeri tersebut semakin menurun iaitu masing-masing
berkurang sebanyak 27 orang dan 372 orang berbanding jumlah penagih pada tahun 2010.
Pada tahun 2009 bilangan penagih di Kelantan berkurang sebanyak 650 orang
berbanding negeri Johor pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, bilangan tersebut merosot
sebanyak 33 orang berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2012, bilangannya terus
meningkat sebanyak 395 berbanding tahun 2011 yang berjumlah 1645 orang penagih.
Kawalan ketat di Perlis menjadikan jumlah penagih di negeri ini paling kecil, hanya
terdapat 142 orang penagih pada tahun 2010 dan jumlah itu meningkat sebanyak 30 orang
berbanding tahun sebelumnya. Jumlah penagih di Perlis menurun sebanyak 109 orang
menjadi 179 orang pada tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun 2009, bilangan penagih dadah di Sabah berjumlah 1242 orang. Bilangan
ini bertambah sebanyak 366 orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2012, diunjurkan
bilangan penagih di Sabah adalah seramai 1478 orang, iaitu berkurang sebanyak 421 orang
daripada tahun sebelumnya.
Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan untuk mengurus pusat-pusat
Serenti.Pada tahun 2010, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM38 170 billion untuk
tujuan tersebut dan jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM11 199 billion daripada
tahun sebelumnya. Berbanding tahun 2010, jumlah tanggungan kerajaan untuk mengurus
pusat serenti telah berkurangan menjadi RM32 525 billion pada tahun berikutnya namun
meningkat kepada RM35 421 billion pada tahun 2012.
( Sumber : Di petik dan diubahsuaikan daripada : Agensi Dadah
Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri ,2011 )
SET 2 JPN Kelantan
5
Bahagian C
[25 markah]
Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
1. Sejak akhir-akhir ini media massa sering kali memaparkan tentang kegiatan
pemerdagangan manusia yang berlaku di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
Kegiatan ini menimbulkan pelbagai kesan negatif. Huraikan.
2. Kesesakan lalulintas sentiasa menjadi isu utama di Bandar-bandar besar terutama di
waktu kemuncak. Amalan berkongsi kereta merupakan salah satu usaha untuk
mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha lain boleh dijalankan.
Bincangkan.
- TAMAT-