modul 3 hikmah bm

Upload: shah-bin-om

Post on 12-Oct-2015

105 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modul 3

TRANSCRIPT

MODUL PENGAJARAN HIKMAH 2014

MODUL PENGAJARAN HIKMAH 2014

MODUL 3 : MORFOLOGI DAN PEMAHAMAN

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

Soalan 1 hingga 15Isikan tempat kosong bergaris di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1. Hakisan tanah dapat dielakkan jika _________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan. A penghapusanC penerokaan B pembersihanD pembasmian

2. Gelang lama itu perlu _________ sebelum dibentuk menjadi gelang baru. A digilisC dikerat B dileburD dilentur

3. Kami terpaksa _________ sungai itu kerana titi yang ada telah reput. A melaluiC memasuki B mengharungiD menjalani

4. Kawasan tasik yang indah itu _________ kabus tebal. A dibalutiC dikelilingi B dilingkariD diselubungi

5. Keindahan alam sekeliling di sekitar puncak gunung itu akan _________ pada ketika cuaca baik. A terserlahC tergambar B ternampakD terbuka

6. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _________ sauh yang berat itu di muara sungai. A menghulurkanC meletakkan B melontarkanD melabuhkan

7. Pekerja restoran itu berjalan sambil _________ sedulang hidangan. A mengandar C mengangkat B membimbit D menatang

8. Pemuda itu _________ batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. A mengikisC meraut B menarah D mengupas

9. Ravi telah _________ lembunya pada sebatang pokok di belakang rumahnya. A melilitC menyimpul B membelitD menambat

10. Pelancaran kereta Perodua Rusa __________ dalam Berita Perdana TV 1 sebentar tadi. A dikisahkanC dihebohkan B diceritakanD diilhamkan

11. Kakak tidak menyangka adik bongsunya yang masih kecil itu sudah pandai __________ padi. A mencantasC mengopek B menumbukD mengupas

12. Puan Rabiah __________ tepung itu bulat-bulat sebelum dimasukkan ke dalam air yang mendidih. A menguliC mencanai B menggentelD mengisar

13.Lada di dalam mesin pengisar itu masih belum ___________ lagi.A berkisarC bertumbukB bermesin D bercanai

14.Cita - citanya yang sedang ___________ selama ini, masih belum tercapai lagi.A terbukuC tersiratB terpendam D terserlah

15.Para pelancong begitu asyik memerhatikan penyu _____________ lubang untuk bertelur.A menimbus C menutupB mengorek D mengalas

PENJODOH BILANGAN

Soalan 1 hingga 15Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Se ________ kain dan beberapa ________ pakaian telah didermakan kepada anak-anak mangsa kebakaran itu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.Akajang ... kepingCbidang ... helai

Bgulung ... helaiDbuku ... cebis

2. Cikgu Suhaimi menyuruh murid-muridnya menandakan kedudukan beberapa _________ gunung di dalam peta dengan se_________ pensel.Abuah ... batangCketul ... biji

Bbiji ... bilahDbatang ... biji

3. Kek itu dihiasi dengan beberapa _________ ceri dan beberapa ________ bunga krim yang berwarna-warni.Apotong ... ketulChiris ... potong

Bhiris ... kuntumDbilah ... dahan

4. Se________ cincin perkahwinan dan dua ________ rantai emas telah dicuri dari rumah Puan Nor Arida.Apasang ... ulasCbentuk ... utas

Bketul ... ulasDbiji ... urat

5. Ayah mengerat ________ rebung dari tebing sungai dengan se________ parang yang tajam.Asetongkol ... bilahCsebilah ... bilah

Bseketul ... bijiDsepucuk ... bilah

6. Mak Leha memberi se_________ nasi dan se________ gulai kepada peminta sedekah itu.Apinggan ... mangkukCmangkuk ... cawan

Btempayan ... gelasDsudu ... senduk

7. Abang disuruh memasang se________ ubat nyamuk sebelum tidur.AkepingCgulung

BlingkarDgelung

8. Mak Limah mengait _______ kelapa dan memetik _______ buah langsat di kebunnya. A sebuah setangkai C sebiji setandan B setandan segugus D sebutir selonggok

9. Ah Seng menggunakan beberapa ________ kayu dan beberapa ________ daun kering untuk menghidupkan api. A puntung helai C ranting carik B rumpun lembar D bilah cebis

10. Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah ________ pulut dan memakan ________ sirih. A seketul sekeping C segenggam sehelai B sepotong selembar D secubit sekapur

11. Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa ________ penggali dan beberapa ________ dawai seorang. A sebatang gulung C sebatang gelung B sekerat lembar D sebilah utas

12. Kak Hasnah menggunakan beberapa _________ benang untuk menjahit kain. A utasC gemal B lembarD helai

13. Pak Abu telah membawa pulang dua _________ rebung dan tiga _________ tebu dari kebunnya. A batang rumpunC pucuk ruas B pucuk batangD batang batang

14. Walaupun tergesa-gesa hendak pergi kerja, Hassan sempat meminum dua _________ air kopi dan _________ roti. A cawan sebungkusC teguk sekeping B cawan sekepingD teguk cubit

15. Pada malam yang cerah itu kelihatan beribu-ribu ________ bintang di langit. A rangkaianC biji B butirD kumpulan

SIMPULAN BAHASA / PERIBAHASA

Soalan 1 hingga 15Pilih simpulan bahasa atau peribahasa yang betul.

1. Kumar menjadi ___________ pasukan sekolahnya dalam perlawanan hoki pada petang itu.A anak didikC kaki ayamB ayam tambatanD anak emas

2. Pegawai tentera yang ___________ itu telah dihukum penjara seumur hidup.A bertegang leherC berpaling tadahB berat sebelahD pisau cukur

3. Puan Kamariah sentiasa ___________ dengan sikap suaminya yang curang itu.A makan dalamC makan suapB makan hatiD makan ulam

4. Sejak Pak Husin jatuh sakit, keluarganya terpaksa ___________ .A makan hatiC makan suapB ikat perut D bersusah payah

5. Dia dan keluarganya __________ apabila pekedai itu tidak menghiraukan kedatangan mereka.A langkah seribuC berpatah arangB angkat kakiD berpaling tadah

6. Hamidah __________ apabila melihat berbagai-bagai jenis kain baju yang dijual di kedai itu.A ada hatiC rambang mataB sakit mataD sejuk mata

7. Pegawai itu menuduh kami dengan ___________ tanpa menyiasat terlebih dulu.A bulat fikiranC hentam sajaB membabi butaD serkap jarang

8. Sikap Encik Zaini yang menghadiahi Mak Munah sehelai kain kerana Mak Munah menjaga rumahnya adalah seperti ___________ .A ada gula ada semut C beri betis, hendak pahaB alah bisa, tegal biasa D ada ubi, ada batas, ada budi, ada balas

9. Sejak mendapat keuntungan menjual saham, Haron bagai ____________ .A kucing kehilangan anakC tikus jatuh ke berasB tikus membaiki labuD kacang lupakan kulit

10. Nasib Budin sungguh malang kerana ____________ .A bagaimana acuan, begitulah kuihnyaB siapa makan lada, dia terasa pedasnyaC masuk telinga kiri, keluar telinga kananD lepas mulut buaya, masuk mulut harimau

11. Kerja itu tidak sempurna dilakukan kerana ia bagai ___________ .A melepaskan batuk di tanggaC rumput di tepi jalanB bumi dengan langitD gergaji dua mata

12. Keluarga Encik Murad dan Encik Hassan seperti ___________ .A ular kena paluC aur dengan tebingB anak ayam kehilangan ibuD cincin dengan permata

13.Disebabkan sikap Ali yang sombong, saya tidak akan berkawan dengannya lagi.AMenanam tebu di tepi bibirC Melukut di tepi gantangBAlang-alang mandi biar basahDBerpatah arang berkerat rotan

14.Kamal sentiasa mengikut sahaja semua kata dan arahan ketuanya itu tanpa sebarang bantahan.ABagai katak di bawah tempurungBSeperti kerbau dicucuk hidungCSeperti abu di atas tunggulDUmpama galah di tengah arus

15.Walaupun Rosli yang berbuat bising, namun kami turut didenda oleh Cikgu Kalsom.ASeekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalitBRambut sama hitam, hati masing-masing berlainanCSepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugaDLembu punya susu, sapi dapat nama

IMBUHAN

Soalan 1 hingga 10

1. Ahmad melihat rakannya yang sedang ___________ anak sungai. A mengharungiC diharungi B terharungD harungi

2. Keris yang hulunya ___________ suasa itu ditempah khas dari Kelantan. A disadurkanC bersadur B menyadurD saduran

3 . Amin __________ anak ikan di dalam paya di belakang rumahnya. A menyaukkanC penyauk B menyaukD disauk

4. Keputusan perlawanan bola sepak itu seri tanpa sebarang __________ gol. A jaringkanC penjaring B jaringanD menjaringkan

5. Penjaja minuman dikehendaki __________ daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A berhentiC berhentikan B memberhentiD memberhentikan

6. Emak pergi ke rumah Mak Cik Yam untuk ____________ .AberurutCmenurut

BmenuntutDdiurut

7. Pesalah itu memerlukan seorang ____________ kerana tidak tahu berbahasa Melayu.AjurucakapCjuruhebah

BjurubahasaDjurutulis

8. Pengalaman sebagai seorang ____________ sungguh menyeronokkan terutama semasa berada di dasar lautan dalam.AjurukapalCjuruselam

BjuruselidikDjururenang

9. Fikiran Puan Ashika ____________ memikirkan masa depan anak-anaknya.Abolak-balikCkacau-bilau

Bhuru-haraDdegap-degup

10. Bapa saya seorang ____________ yang akan bersara tidak lama lagi.AjuruteknikCmahasiswa

BsenimanDbangsawan

KATA GANDA

Soalan 1 hingga 10

1. Pasukan pengawal itu ____________ menjalankan tugas.Aberganti-gantiCbertukar-tukar

Bbergilir-gilirDberjalan-jalan

2. Azman selalu kelihatan ____________ sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya dua bulan lalu.Akebingung - bingunganCkepahit - pahitan

Bkecemas - cemasanDkelemas - lemasan

3. Suzaidi memaut dahan pokok itu ____________ supaya dia tidak terjatuh. A kemas-kemas C erat-erat B ketat-ketat D rapat-rapat

4. Peserta ekspedisi itu akan mengkaji ____________ sejarah penciptaan Jalur Gemilang.Ahal-ehwalCsusur-galur

Bsuku-sakatDsusup-sasap

5. Untuk mendapat markah yang tinggi dalam bidang penulisan, kita mestilah mempunyai ___________ yang baik.Acita-citaCidea-idea

Bkata-kataDaktiviti-aktiviti

6. Daun-daun lalang itu ____________ ditiup angin. A meronta-ronta C menari-nari B melambai-lambai D melompat-lompat

7. Hentakan kaki pasukan kadet sekolah SK Datuk Usman Awang itu ____________ ketika mereka menjalani latihan kawad.Aberdetup-detapCberdegup-degap

Bberderup-derapDberdentam-dentum

8. Suasana riuh-rendah itu menjadi ____________ apabila Cikgu Suhaimi melangkah masuk ke dalam kelas. A hingar-bingar C kacau-bilau B hiruk-pikuk D sunyi-sepi

9. Izzah dan Anis ___________ menyiapkan kerja sekolah mereka sebelum keluar bermain badminton. A berdolak-dalikC bertungkus-lumus B bertindih-tindanD bersusup-sasap

10. ______________ lagi Cikgu Mariam telah pergi ke sekolah untuk mengajar. A Terang-terangC Pagi-pagi B Gelap-gelapD Siang-siang

KATA MAJMUK

Soalan 1 hingga Soalan 10

1.__________ syarikat itu bercuti pada hari Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga.ASuruhanjaya CKakitanganBUrus setia DUrus niaga

2.Guru besar terpaksa mengadakan sesi __________ dengan wartawan untuk menjelaskan perkara yang sebenar.Atemu bual Culang kajiBkenal pasti Dkemas kini

3.Penduduk di kawasan hulu sungai itu mendapat bekalan air daripada __________ yang terdapat di kaki bukit.Aair mataCmata airBkaca mataDperigi buta

4.Pemain bola keranjang yang __________ itu kini telah bersara.Akurus keringCtinggi lampaiBgagah perkasaDcerdik pandai

5.Pihak penganjur __________ untuk memastikan keselamatan peserta yang mengikut perkhemahan itu.AbarangkaliCusul periksaBtimbang taraDbertanggungjawab

6.Faruk menyimpan __________ yang diberi oleh ibunya sebelum ke sekolah.Awang simpananCwang belanjaBwang sakuDwang lebih

7.Murid-murid Tahun Enam Mawar menjalani ujian akhir tahun di __________.Adewan periksaCdewan peperiksaanBdewan memeriksaDdewan pemeriksa

8.Kita janganlah mengikut __________ supaya tidak menyesal pada kemudian hari.Adarah mudaCdarah rajaBdarah manisDdarah panas

9.En. Azizi mengarahkan pekerjanya menurunkan suhu ____________ di pejabat untuk mengurangkan kos elektrik.Apenghawa dinginCpendingin hawaBpenghawa sejukDpendingin beku

10.Sekumpulan tentera sedang berlatih menembak di ___________ di PULADA Ulu Tiram.Apadang menembakCpadang tembakanBlapang sasarDlapang sukan

KATA ADJEKTIF

Soalan 1 hingga 15

1. Buah mangga muda biasanya sangat __________ . A masamC pedas B masinD pahit

2. Pertarungan __________ antara kedua-dua pendekar itu telah menggegarkan stadium. A kerasC sengit B hangatD gemuruh

3. Perdana Menteri akan mengadakan lawatan __________ ke negara Jepun. A singkatC seketika B sekejapD sebentar

4. Semua yang hadir dalam majlis itu telah dilayan dengan __________ oleh abang. A gagahC mesra B manjaD erat

5. Warna kain langsir itu semakin __________ selepas dicuci beberapa kali. A kecutC lusuh B lunturD susut

6. Semua pihak perlu memberi sokongan __________ kepada aktiviti-aktiviti persatuan belia yang dijalankan di kampung. A kukuhC gagah B teguhD padu

7. Penduduk Taman Kurnia __________ mendengar ceramah. A khusyukC asyik B ghairahD leka

8.Kain selendang yang __________ buatannya itu hasil tenunan tangan.A licinC kecilB halusD lembut9.Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa sejak semalam.A kuatC lekasB lahapD cemas

10.Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun Lebai Malau.A muatC ketatB beratD sarat

11.Dino membuang ke dalam tong sampah buah jambu yang __________ dan hampir busuk itu.A kembangC lembamB lebamD kusam

12.Jiwa dan perasaannya lebih __________ setelah pulang dari Mekah.A tenangC terharuB gembiraD bimbang

13.Jari tangan Encik Meor __________ setelah terlalu lama menggunakan kapak untuk memotong kayu.A melekitC melecetB melecitD melecek

14.Cabaran Wawasan 2020 yang keempat ialah membina masyarakat yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai kenegaraan yang __________.A kuatC tinggiB ringanD rendah

15.Wajah perempuan muda itu kelihatan __________ apabila mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa suaminya.A hitamC kelamB muramD masam

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

TELUK INTAN, 8 Februari 2006 Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak telah menganjurkan Bengkel Portal Pendidikan. Bengkel tiga hari itu telah dihadiri oleh 50 orang guru sekolah menengah dan guru sekolah rendah di daerah ini. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peranan internet dalam pendidikan kepada para peserta kursus. Setiap orang peserta diminta untuk membina atau menghasilkan bahan bagi dimuatkan ke dalam portal tersebut.

Pada dasarnya, penerokaan melalui internet ini adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini telah terbukti berkesan dan sangat diperlukan bagi melahirkan murid-murid yang bermaklumat. Justeru itu, penerokaan ilmu melalui internet perlu diperluaskan kepada murid-murid di luar bandar serta di kawasan pedalaman. Arus kemajuan globalisasi ini telah mewarnai corak pendidikan di negara kita.

Menurut seorang peserta bengkel, Cikgu Ahmad Jafaar bin Kasim berpendapat bahawa bengkel teknologi maklumat dan komunikasi itu telah memberi satu pengalaman baru buatnya. Bengkel ini juga dapat membimbing para guru untuk mencari dan meneroka maklumat dengan cepat dan mudah. Selain itu, kaedah penerokaan ilmu ini dapat mengelakkan rasa bosan di kalangan murid. Guru pula akan menjadi lebih kreatif semasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh memandu murid-muridnya bagi meneroka maklumat berpandukan alamat-alamat portal pendidikan yang telah disediakan.

Walaupun pada hari terakhir bengkel tersebut, para peserta masih menampakkan minat dan kesungguhan untuk menghasilkan bahan ilmiah bagi dimuatkan ke dalam Portal PPD Hilir Perak. Semua peserta berharap agar bengkel seperti ini dapat diadakan lagi kerana terbukti sangat berguna dan berkesan. Para peserta juga dapat mempelajari cara meneroka ilmu dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

1.

Kita perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi supaya ...

Adapat menyelesaikan masalah dengan baik.

Bboleh meneroka ilmu dengan mudah dan cepat.

Cmahir menggunakan semua peralatan komputer.

Dmudah untuk menjawab semua soalan peperiksaan.

2.

Bengkel ini dianggap berjaya mencapai objektifnya kerana para peserta ...

Atelah memperoleh sebahagian maklumat yang baharu dan terkini.

Bberjaya sampai ke hari terakhir bengkel portal pendidikan tersebut.

Cmenampakkan minat dan kesungguhan untuk menghasilkan bahan.

Ddapat mengumpulkan beberapa alamat portal pendidkan di internet.

3.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.

ABahan yang dihasilkan oleh para peserta kursus sangat berkualiti.

BPara peserta kursus telah didedahkan tentang penggunaan internet.

CPortal pendidikan merupakan salah satu sumber ilmu yang boleh dilayari.

DBengkel Portal Pendidikan dihadiri oleh guru sekolah menengah dan rendah.

4.

Apakah kepentingan pengajaran dan pembelajaran melalui internet?

AMemperoleh ilmu yang baharu dan terkini.

BSentiasa berasa seronok dan gembira semasa belajar.

CDapat menghasilkan portal pendidikan yang cantik dan menarik.

DMampu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

5.

Perkataan kreatif dalam petikan bermaksud ...

Amelahirkan.

Bmenyediakan.

Cmenghasilkan.

Dmempelbagaikan.

Sejenak bersamamu perpustakaanSelautan ilmu terbentangDi sini tersemai wadah pendidikanBersama bibit-bibit pengetahuan Yang menumbuhkan pepohon kehidupan

PerpustakaanLadang pembacaan, teman ketika kesunyianYang mengukir segala bicara, tentang sains dan teknologiTentang sejarah dan kebudayaan, tentang falsafah dan sosiologi

PerpustakaanDi sini pembinaan jasmani dan kerohanianYang mengasuh sejuta pendidik, saintis dan politikusYang melahirkan sejuta ahli korporat, pemimpin dan budayawanYang membina mahkota kesejahteraan ummahPerpustakaanPembina mahligai kesejahteraan rakyatTelaahlah buku-buku, majalah dan akhbarPergunakanlah CD, video dan mikrofilemBerkerlipan permata menyinari kehidupan.

6.

Apakah jenis puisi di atas?

ASyairCPantun

BSajakDGurindam

7.

Mengapakah perpustakaan penting dalam hidup kita?

AKerana perpustakaan sesuai dijadikan tempat mengulang kaji.

BKerana perpustakaan mempunyai pelbagai sumber ilmu.

CKerana perpustakaan menyediakan banyak buku cerita.

DKerana perpustakaan melahirkan sejuta korporat.

8.

Yang berikut adalah tugas pustakawan, kecuali ...

Amenyusun buku di rak mengikut sistem perpuluhan Dewey.

Bmemilih bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk dibeli.

Cmenguruskan peminjaman dan pemulangan buku.

Dmemasang alat pendingin udara di perpustakaan.

9.

Frasa berkerlipan permata menyinari kehidupan dalam petikan bermaksud

Ahidup kita akan sejahtera menjadi politikus.

Bhidup kita akan sejahtera menjadi budayawan.

Chidup kita akan sejahtera jika mempunyai permata.

Dhidup kita akan sejahtera jika mempunyai ilmu pengetahuan.

10.

Apakah harapan pemuisi dalam rangkap yang terakhir?

AOrang ramai digalakkan pergi ke perpustakaan apabila terasa sunyi.

BOrang ramai berbincang di perpustakaan untuk memajukan masyarakat.

COrang ramai membuat penyelidikan dan menambah ilmu di perpustakaan.

DOrang ramai menyumbang kos memperbesar dan mempercantik perpustakaan.

Pesta Kanak-kanak Hulu Perak telah diadakan pada cuti pertengahan penggal pertama 2005. Pesta Kanak-kanak yang diadakan julung-julung kali ini telah berjaya menarik minat sekolah-sekolah di Daerah Hulu Perak untuk turut serta.

TARIKHACARATEMPAT/MASA

30 Mei 2005 Majlis Perasmian Oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak. Persembahan Pantomin Tsunami. Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing, Lenggong. Mulai jam 2.00 petang.

31 Mei 2005 Pertandingan Teater Kanak-kanak. Pertunjukan Permainan Tradisional.Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Lenggong. Mulai jam 8.30 pagi.

1 Jun 2005 Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Syarahan dan Melafazkan Puisi. Kuiz Bahasa Melayu.Sekolah Kebangsaan Sumpitan, Lenggong.Mulai jam 9.00 pagi.

2 Jun 2005 Persembahan Koir. Pengumuman Keputusan. Penyampaian Hadiah Oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perak.Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing, Lenggong. Mulai jam 9.00 pagi.

11.

Pernyataan berikut adalah tentang Pesta Kanak-kanak, kecuali ...

Adiadakan pada awal bulan Jun Tahun 2005.

Bdiadakan pada penghujung bulan Mei Tahun 2005.

Cdiadakan pada setiap bulan Mei dan Jun Tahun 2005.

Ddiadakan pada cuti pertengahan penggal pertama Tahun 2005.

12.

Siapakah yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah?

APegawai Pelajaran Negeri Perak.

BPengarah Pelajaran Negeri Perak.

CPegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak.

DPengarah Pelajaran Daerah Hulu Perak.

13.

Pilih pertandingan yang tidak dijalankan semasa Pesta Kanak-kanak tersebut.

APertandingan Koir.

BKuiz Bahasa Melayu.

CPertandingan Syarahan.

DPertandingan Teater Kanak-Kanak.

14.

Panel hakim tidak dijemput ke SK Banggol Belimbing, Lenggong kerana ...

Asemua hakim hadir di sekolah lain.

Btiada acara pertandingan diadakan.

Cpara hakim tidak menerima undangan.

Dpertandingan diadakan semasa cuti sekolah.

15.

Kebaikan yang boleh diperoleh daripada Pesta Kanak-kanak itu ialah ...

Adapat mewujudkan suasana pertandingan.

Bdapat memilih peserta terbaik pertandingan.

Cdapat memahami cita rasa para peserta pertandingan.

Ddapat mengasah bakat yang ada pada seseorang murid.

CUTI-CUTI MALAYSIA

Keindahanmu MempesonaPAKEJ ISTIMEWA

2 Hari Di Tasik Banding- RM300.002 Hari Di Pulau Redang- RM450.002 Hari Di Pulau Perhentian- RM450.002 Hari Di Taman Negara- RM230.003 Hari Di Kota Kinabalu- RM900.00

Pakej istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh sebulan dari tarikh iklan ini. Kadar yang berbeza akan dikenakan selepas tamat tarikh promosi.Kami menawarkan pakej percutian dan pakej pelancongan yang mudah, murah, dan meriah. Pilihlah destinasi yang menawan hati anda. Destinasi yang mengembalikan keceriaan hidup anda! Pihak kami akan menguruskan tentang pengangkutan, penginapan dan makanan.Habiskan percutian anda dan keluarga anda bersama-sama kami. Buatlah tempahan anda sekarang. (Tempahan boleh dibuat mulai 7 November 2005).

Hubungi kami di alamat berikut:Syarikat Kembara Sdn. Bhd.No. 240, Lorong Tengah,Taman Tun Dr. Ismail,54000 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-28222468/019-5432775

Pejabat cawangan kami:

Negeri Sembilan- 06-4573439Pulau Pinang - 04-7245688Johor Bahru - 07-2229770Kuala Terengganu- 09-5654422

(cuti-cuti Malaysia Keindahan Mempersona)

16.

Kos percutian di Kota Kinabalu tiga kali ganda daripada kos percutian di Tasik Banding ...

Akerana jumlah hari percutian yang berbeza.

Bkerana jarak serta tempoh bercuti yang berbeza.

Ckerana terdapat pelbagai kemudahan di Kota Kinabalu.

Dkerana tambang pesawat untuk ke Kota Kinabalu mahal.

17.Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan itu ialah ...

AMakanan, penginapan, dan perhubungan.

BPengangkutan, penginapan, dan makanan.

CPengangkutan, tempat tinggal, dan hiburan.

DTempat tinggal, makanan, dan penginapan.

18.

Perkataan keceriaan dalam petikan bermaksud ...

Akeriangan.Ckebersihan.

Bkecantikan.Dketenangan.

19.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.

APelancong dijangka akan ramai kerana tawaran yang diberikan amat istimewa.

BKebanyakan tempat pelancongan terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

CTempahan ke tempat pelancongan itu juga boleh dibuat melalui pejabat cawangan.

DPelancong bebas memilih destinasi yang diminati serta tawaran pakej yang menarik.

20.

Bagi penduduk di negeri Pahang, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi ...

A03-28222468 atau 06-4573439.

B03-28222468 atau 04-7245688.

C03-28222468 atau 07-2229770.

D03-28222468 atau 09-5654422.

KERTAS SOALAN TAMAT15