modul 4 jenis boss

11
MODUL 4 : JENIS-JENIS BOSS.

Upload: khairi-rahman

Post on 06-Jul-2015

158 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 4 jenis boss

MODUL 4 : JENIS-JENIS BOSS.

Page 2: Modul 4 jenis boss

Jenis-jenis Boss..

Boss jenis "yes boss"Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apayang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu takbetul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kenapulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tusemuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.

Boss jenis tak percaya anak buahConfirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghhstress....

Boss jenis manjang nak cepatMemanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerjadengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siapbelum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit duadah siap.

Page 3: Modul 4 jenis boss

Boss yang kita tak faham apa yang dia nakHaaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kitaseolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haamacam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.

Boss jenis tak konsistenBoss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruhbuat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dialepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elokdikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiapkali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.

Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegurdengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenisbos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikultanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia talakita. Bestt kan....

Page 4: Modul 4 jenis boss

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuatBoss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategiktengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memangcepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerjatak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takdemeeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnyameeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakatcukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar diabercakap, tu jer matlamat dia.

BOS HITAM PUTIH.Bos dalam kategori ini berada dalam kekeliruan dan sukar memahami sesuatu. Diatidak memahami konteks sesuatu perkara dan idea-idea yang sukar. Jika demikiankeadaannya, layanilah bos sebegini seperti mana kita melayani anak-anak kecil.Berikan dia maklumat-maklumat yang mudah berserta sokongan data-data yangmeyakinkan. Jangan cuba memaksanya memahami perkara-perkara yang sukar danmemeningkan kepalanya sahaja.

Page 5: Modul 4 jenis boss

BOS YANG LEMAH.Bos seperti ini hakikatnya tidak berminat sama sekali menjadi bos. Kelakuannya beragam-ragam. Dia mahu di-sukai oleh orang lain dan bencikan konflik serta risiko. Dia amat lemahdalam kemahiran mengurus, tetapi tidak bersedia mempelajarinya. Berdepan dengan bossebegini memerlukan kita mengenal pasti masalah-masalah yang ada dan menghindarkandiri daripada memperkatakan apa yang menjadi kebenciannya. Jika dia tidak mahumengambil peranan kepimpinan, berhubunglah dengan bos kepada bos itu. Ambil inisiatifbagi melaksanakan kerja-kerja yang perlu, tetapi jangan lupa memaklumkannyaperkembangan yang berlaku dalam organisasi. Jadikan hidupnya menyenangkan. Dia tetapperlu dimaklumkan dengan isu-isu kritikal sahaja supaya tindakan anda mendapatsokongannya apabila timbul apa-apa pertelingkahan di kemudian hari.

BOS YANG SUKA BERPOLITIK.Bos sebegini selalunya mempunyai agenda tertentu dan hanya merujuk kepada andasekiranya anda mampu me-nyempurnakan agendanya. Dia juga tidak teragak-agakmengorbankan anda sebagai ‘kambing hitamnya’ apabila matlamatnya terjejas. Kepada bossebegini, penuhilah impiannya dengan menjadikan mereka kelihatan hebat dengan kejayaanprojek-projek yang strategik. Anda pula, hanya perlu memfokuskan kepada kerja-kerja yangmempunyai nilai yang tinggi sahaja, tetapi kurang glamor. Anda juga perlu ingat bos sebeginipasti bertindak balas hatta sanggup menghapuskan anda jika kedudukan dan agendanyadiancam. Jika perlu, maklumkan ke pengetahuan pihak atasan peranan penting bos sebeginikepada kejayaan sesebuah projek supaya dia merasa bangga dengan tindakan kitamengharumkan namanya. Anda tidak rugi berbuat demikian kerana masa anda naik pastitiba juga apabila bos sebegini naik kerana kejayaannya bergantung pada anda.

Page 6: Modul 4 jenis boss

BOS YANG GHAIRAH PADA PERKARA-PERKARA KECIL.Biar betapa kerap dan baik pun anda melakukan sesuatu, bos sebegini sentiasa mencarikesalahan anda. Anda tentu merasa sangat kecewa dan hilang upaya berdepan dengan bossebegini. Mengapa dia begitu tidak mempercayai anda? Ini mungkin disebabkan dia tidaksanggup menerima kegagalan. Bagi bos sebegini, berilah maklumat yang lengkap danyakinkan dirinya yang anda mengambil langkah-langkah yang berhati-hati ketikamelaksanakan kerja-kerja anda.

BOS YANG HALIMUNAN.Anda tentu menjadi tidak tentu hala kerana bos ini tidak memandu anda dalammelaksanakan sesuatu kerja. Wujud ataupun tidak wujudnya bos ini tidakmembantu anda kerana dia adalah halimunan. Halimunan mungkin kerana diasentiasa sibuk dengan urusan lain, tidak mahu mengambil tahu ataupun tidakmahir dalam sesuatu perkara dan hanya membiarkan anda sahaja bergelutdengannya.Bagi bos ini, anda perlulah menggunakan kemahiran komunikasi andadengan memberikannya maklumat yang lengkap, ringkas dan mudah sahaja.Mudahkan dia supaya dapat memberikan keputusan yang anda mahukan.Tunjukkan kepadanya arah tuju, perancangan dan matlamat kerja anda. Ikatlahdirinya dengan komitmen secara berkala.

Page 7: Modul 4 jenis boss

BOS YANG HANYA MEMENTINGKAN KERJA SAHAJA.Bos ini memerah keringat dan idea anda semaksima mungkin sehingga anda mungkinterpaksa melupakan dunia sebenar anda di luar pejabat. Anda mungkin tidak dapatbertahan lama dengan bos sebegini. Cubalah cari peluang menerangkan kepadanyabahawa anda memerlukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.

Howard Eisner (2001) menerusi artikelnya bertajuk “Bad Bosses:How to Cope if You Get Stuck With One” di dalam Majalah TechManager menyenaraikan 6 jenis bos yang teruk, iaitu:

-Bos yang tidak mendengar dengan baik.-Bos yang bersifat autokratik.-Bos yang enggan membuat sebarang keputusan.-Bos yang cenderung mengambil kisah dan men-campuri perkara-perkarayang kecil dan remeh temeh.-Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja.-Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai.

Page 8: Modul 4 jenis boss

Walau bagaimanapun rupa dan perangai bos, anda sebenarnya mempunyai dua pilihan. Samaada anda berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkananda pula bergelar bos ataupun anda mengangkat kaki meninggalkan organisasi itu. Pilihan ditangan anda. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalahsama beratnya kepada sesebuah organisasi mencari pekerja yang terbaik. Peranan anda adalahbekerja dengan baik, cekap, mencapai matlamat anda serta memajukan diri anda. Jika bosanda gagal membantu anda mencapai hasrat itu, apalah gunanya lagi anda terus berhempaspulas bersama-sama organisasi sebegini.

Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika andamempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pastiberjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkanumur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.

Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, menititangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terussahaja menjadi bos, biarpun umur dan pengalaman baru setahun jagung. Ada juga yangmenjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi caraseseorang itu mendapat gelaran bos.

Page 9: Modul 4 jenis boss

Pengurus Penyelesai Masalah.Pengurus sebegini biasanya amat fokus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Lebih gemarmengetahui apakah tindakan-tindakan yang dilakukan dan hanya ingin melihat hasratnyatercapai. Pengurus sebegini tidak suka mendengar alasan-alasan atau pandangan-pandanganyang melambatkan proses-proses tindakan.

Pengurus Pengugut.Pengurus jenis ini suka kakitangannya untuk melakukan sesuatu kerja mengikutkehendaknya dengan cara memaksa dan dituruti dengan elemen-elemen ugutan. Diantara ayat-ayat yang berbaur ugutan yang pernah terpacul dari mulut pengurusseperti ini ialah:

“Kalau kerja itu tidak siap minggu ini, bonus awak akan dipotong”.“If you think you can’t do it, you are not belonged here”.“You need to buck up! Otherwise, I’ll replace you with somebody else”.“Saya lihat awak tidak banyak menyumbang untuk jabatan ini tidak seperti pekerja-pekerja lain. Bagaimana saya hendak naikkan pangkat awak? Elok awak cari kerja lain sahajalah”.

Page 10: Modul 4 jenis boss

Pengurus Kaki Bodek.Biasanya pengurus seperti ini mengakui bahawa dia tidak berpihak kepada mana-mana parti didalam sesebuah organisasi. Macam “lalang” dan mengikut arah pengurus atasan untukmemastikan jawatannya terjamin dan mungkin pangkatnya dinaikkan.Kadangkalanya, pengurusini menghadapi masalah sekiranya berlaku apa-apa situasi yang dia tidak terfikirkan atau tidakbersedia. Jarang sekali mahu membuat keputusan dan lebih suka menyuruh orang lainmembuatnya tetapi mahukan merit sekiranya keputusan tersebut membuahkan hasil yang baik.Jika sebaliknya, padahlah orang yang membuat keputusan tersebut.

Pengurus Ego.Pengurus seperti ini hanya fokus untuk diri sendiri sahaja. Baginya, semuahasil kerja yang telah dilakukan oleh pekerja-pekerjanya adalahtanggungjawab pekerja-pekerja tersebut tetapi semua penghargaan-penghargaan yang diterima termasuklah bonus dan kenaikan pangkathanyalah untuk dia seorang.Pengurus seperti ini biasanya meletakkanmatlamat hidupnya sendiri sebagai yang paling utama melebihi matlamatjabatannya.

Pengurus Terlalu Sempurna.Pada pandangan ramai, pengurus seperti ini mempunyai kualiti diri yang amat bagus.Walaubagaimanapun, kerana inginkan kesempurnaan sentiasa dan takut untuk menghadapi atauberlakunya kesilapan, tindakan-tindakannya banyak yang menjurus kepada kelewatan di dalammembuat keputusan-keputusan kerana terlalu mementingkan dan mencari fakta-fakta tambahan.

Page 11: Modul 4 jenis boss

Pengurus Pasif.Pengurus seperti ini menganggap menjaga hati para pekerjanya sebagai suatu kemestian. Hanyamembuat keputusan-keputusan setelah pasti bahawa kakitangannya boleh menerima akankeputusannya. Dia hanya bertindak jika sesuatu kejadian itu telah berlaku dan biasanya telahterlambat.Mungkin pengurus seperti ini mudah disayangi oleh pekerjanya tetapi juga bolehmendatangkan masalah sekiranya ingin menjalankan dasar-dasar baru syarikat yang mungkin tidakdisukai oleh para pekerjanya.

Pengurus Proaktif.Pengurus Proaktif pula adalah seorang pengurus yang memiliki kesemuaelemen-elemen yang baik dan ideal daripada semua jenis-jenis pengurusyang aku sebutkan di atas dan tanpa apa-apa cacat celanya. Pengurus pro-aktif adalah jenis pengurus yang terbaik yang diperlukan oleh sesebuahorganisasi atau syarikat yang mahukan kejayaan yang cemerlang.