modul esei 4 penggal 3 2103
TRANSCRIPT
103
TAJUK 51: Seiring dengan masyarakat antarabangsa, Malaysia turut mengambil
pelbagai mekanisme dalam melindungi alam sekitar daripada kewujudan
unsur karbon berlebihan. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Isu pemanasan global bukan sekadar isu cuaca, tetapi melibatkan isu ekonomi, politik
dan sosial. Seiring dengan tindakan masyarakat antarabangsa, Malaysia juga mengambil
pendekatan tertentu bagi menangani isu ini.
A) Langkah Masyarakat Antarabangsa
Idea 1
Protokol Kyoto dan Montreal
Langkah awal masyarakat antarabangsa untuk menangani perubahan suhu bumi
dirangka menerusi Protokol Kyoto 1988 yang menetapkan kadar penurunan gas
rumah hijau sekitar 12% menjelang tahun 2009
Protokol ini diteguhkan dengan mekanisme Protokol Montreal yang mengawal
pelepasan gas kloroflorokarbon (CFC) dan bahan kimia lain
Kedua-dua protokol ini membentuk mekanisme kawalan melalui insentif
kewangan dan insentif teknologi mesra alam
Idea 2
Persidangan inisiatif global
Persidangan yang mengumpulkan negara dunia dalam menangani kesan
pemanasan global. Kesepakatan negara yang terlibat untuk melindungi alam
sekitar masing-masing dengan penekanan kepada pengaplikasian teknologi hijau
Tabung hijau dengan dana sebanyak AS$1 bilion dilancarkan untuk
membangunkan teknologi tenaga lestari
Tumpuan tabung adalah untuk mencari langkah untuk mengurangkan
kebergantungan kepada bahan api fosil, mengurangkan impak pencemaran dan
mengurangkan peningkatan suhu bumi
Idea 3
Inisiatif pengeluar kereta antarabangsa
Pengangkutan dikatakan antara penyumbang besar kepada pelepasan gas karbon.
Gas ini dikatakan sebagai „gangguan awam‟ yang banyak dilepaskan oleh
kenderaan persendirian, iaitu kereta
• Pengeluar kereta mengeluarkan kenyataan secara kolektif untuk raemfokuskan pengeluaran model baru kenderaan kepada yang tidak menghasilkan gas rumah kaca dan mengeluarkan enjin yang lebih efisien dalam penggunaan bahan api
104
B) Mekanisme Malaysia
Idea 4
Mewartakan hutan simpan
• Hutan sebagai agen menyimbang gas dengan membekalkan oksigen dan menyerap unsur karbon Penyerapan karbon akan mengurangkan lebihan unsur ini sekali gus mengurangkan kuantiti gas pembentuk rumah hijau
• Dengan mengekalkan kawasan hutan, agen penyerap karbon akan terpelihara agar fungsinya tidak berkurang. Mengekalkan kawasan hutan sebagai sumbangan kepada usaha mengekalkan suhu agar tidak semakin serius
Idea 5
Mempromosikan teknologi hijau
• Malaysia mula mempromosikan teknologi hijau sebagai satu cara hidup dan juga
pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu. Malaysia juga bersedia menjadi
hab rantaian teknologi hijau memandangkan permintaan global bagi produk lestari
semakin meningkat • Industri teknologi hijau negara telah meningkat sebanyak enam peratus pada tahun
2010 daripada RM67 bilion tahun sebelumnya
• Dengan peningkatan penggunaan teknologi hijau ini, Malaysia bersama pihak antarabangsa berusaha mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40% pada tahun 2012 sebagai kepatuhan kepada Sidang Kemuncak Copenhagen Idea 6
Menghasilkan biodisel
• Penghasilan biodisel sebagai sumber tenaga bagi menyahut seruan mengurangkan pelepasan karbon
• Biodisel daripada kelapa sawit contohnya lebih efisien berbanding penggunaan sumber tenaga petrol
• Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini juga mesra alam kerana
kandungan karbon yang dilepaskan terlalu kecil berbanding pembakaran
menggunakan tenaga fuel
Kesimpulan
Isu peningkatan suhu ialah isu global. Oleh itu, tanpa kerjasama masyarakat
antarabangsa, isu ini gagal ditangani hanya dengan tindakan beberapa buah negara.
Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B
105
TAJUK 52: Malaysia mencadangkan agar penggunaan kuasa veto dalam kalangan
anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikaji semula.
Jelaskan rasional cadangan Malaysia dan langkah-langkah yang diambil
bagi mencapai hasrat tersebut.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Tujuan diwujudkan kuasa veto adalah untuk melindungi kepentingan kuasa besar, tetapi
penggunaannya telah dipanjangkan kepada melindungi sekutu setiap kuasa besar
berkenaan. Suatu amalan yang tidak lagi demokratik. Sehubungan itu, Malaysia
mencadangkan penggunaannya dikaji semula dengan mencadangkan langkah tertentu.
A) Rasional cadangan Malaysia
Idea 1
Lambang tidak demokratik
• Struktur Majlis Keselamatan yang memberi kuasa kepada lima negara anggota tetap
(P5) Majlis Keselamatan PBB menyebabkan PBB tidak demokratik
• Dengan wujud kuasa veto kepada P5, Majlis Keselamatan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik kerana jika hanya satu P5 yang tidak bersetuju dengan keputusan 14 ahli lain, maka resolusi PBB tidak akan dapat dikeluarkan Idea 2
Pencerobohan undang-undang antarabangsa
• Pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq tanpa kelulusan PBB. Kemasukan tentera Perancis ke Mai. juga tanpa persetujuan PBB. Keberanian knasa besar ini bersandar kepada keupayaan melindungi din sendiri sekiranya tindakan diambil oleh PBB ke atas mereka dengan menvetokan keputusan PBB berkenaan
• Kewujudan kuasa veto, mewujudkan kekebalan kepada negara P5 ini dari tindakan sebarang undang-undang antarabangsa
Idea 3
Tiada prinsip kesamarataan
• Dengan kuasa veto yang dimiliki, P5 sering mengambil tindakan secara terpilih. Keputusan PBB dikuatkuasakan secara terpilih kerana tidak menghormati prinsip kesamarataan kedaulatan
• Resolusi PBB 1948 ke atas Israel tinggal resolusi tanpa tindakan
106
Idea 4
Penyalahgunaan kuasa veto
• Kuasa veto diwujudkan untuk melindungi kepentingan kuasa pemiliknya bukan melindungi sekutu mereka
• Keputusan Majlis Keselamatan PBB ke atas Israel sering kali divetokan oleh Amerika
Syarikat, Begitu juga Rusia akan menvetokan sebarang resolusi oleh PBB ke atas Iran
atau Syria
• Situasi yang gagal membawa kepada kesepakatan dalam PBB kesan penyalahgunaan
kuasa veto
B) Cadangan Malaysia
Idea 5
Hadkan penggunaan
• Malaysia mencadangkan agar dikekang penggunaan kuasa veto sekiranya melibatkan
jenayat kemanusiaan, jenayah perang, jenayah pembunuhan kaum dan pencabulan secara
serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hak asasi manusia
• Oleh itu, sebarang resolusi yang melibatkan jenayah kemanusiaan oleh mana-mana
negara boleh dikuatkuasakan tanpa bimbang akan divetokan oleh Majlis PBB
Idea 6
Takrifan semula pemilikan kuasa veto
• Kuasa veto bukan keistimewaan tetapi merupakan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan secara
• Tujuan asal kewujudan kuasa veto juga perlu ditakrif semula. Sebarang kes yang tidak
memejaskar kepentingan secara langsung mana-mana kuasa P5, maka resolusi yang
diambil bergantung sepenuhnya kepada persetujuan 15 ahli Majlis Keselamatan PBB
• Kedudukan ini mewujudkan kembali demokrasi dalam PBB dan dapat mengelak
tindakar melindungi sesebuah negara yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan
Idea 7
Ketegasan PBB • Malaysia menegaskan tiada mana-mana pihak yang mengatasi undang-undang
• PBB mesti mengambil keputusan terhadap ketidakpatuhan dan menguatkuasakan resolusi yang telah diputuskan sebelum ini tanpa mengira pihak yang terlibat
• Ketegasan PBB akan meningkatkan keupayaan dan imej PBB dan menolak tanggapan Presiden Iran bahawa Majlis Keselamatan PBB dikuasai oleh kuasa besar dan bersifat diktator
Kesimpulan
Ketidakadilan kuasa besar jelas terbukti daripada cara mereka menggunakan kuasa veto
yang tidak lagi selari dengan rujuan asal kewujudan kuasa veto. Kesepakatan dalam
menyuarakan isu ini akan mengubah kepincangan dalam penggunaan kuas veto.
Format jawapan: 3A + 2B atau sebaliknya
1. “Malaysia boleh mengalami gempa bumi kerana lingkaran luar yang mengelilinginya”.
Jabatan Meteorologi, Berita harian, 13 Februari 2013. Memandang risiko di atas,
Malaysia mengambil langkah perlu bagi menghadapinya. Ulas pernyataan di atas.
107
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Walaupun Malaysia terkeluar daripada lingkaran kawasan gempa sebagaimana yang
dihadapi negara jiran, namun kejadian gempa bumi juga berisiko turut berlaku ke atas
Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah telah digerakkan oleh kerajaan Malaysia bagi
menghadapinya.
A) Risiko ke atas Malaysia Idea 1
Kedudukan yang hampir dengan lingkaran gempa besar
• Berjiran dengan dua negara yang aktif berlaku gempa bumi, iaitu Indonesia dan
Filipina
• Kedudukan yang menjadikan Malaysia berisiko merasai gegaran bermagnitud rendah
apabila gempa bumi berskala kuat melanda kedua-dua negara jiran berkenaan
Idea 2
Sejarah gempa yang pernah melanda
• Pada tahun 1976, dengan bermagnitud 5.8 skala Richter pernah melanda Lahad Datu
• Pada tahun 2012, Jabatan Meteorologi mengesan lapan gempa bumi, iaitu enam di
Sabah, dengan magnitud antara 2 hingga 4.5 skala Richter serta dua di Belaga, Sarawak
• Sejarah ini boleh berulang dengan magnitud yang lebih besar
Idea 3
Dapatan kajian
• Sekiranya berlaku gempa yang kuat di zon pertembungan plat tektonik di antara Laut
Andaman, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi boleh mencetuskan tsunami
• Risiko pertembungan boleh sampai ke perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak
B) Langkah Malaysia
Idea 4
Penubuhan 17 stesen pengesan
• 17 stesen untuk mengesan gerakan yang boleh membawa kejadian gempa bumi berlaku.
Sistem amaran awal Tsunami Nasional Malaysia mula beroperasi pada tahun 2005
• Stesen ini mampu mengesan pergerakan plat tektonik bumi dalam tempoh seminit
selepas berlaku gempa, selain mengesan gelombang tsunami
• Dilengkapi dengan peralatan tercanggih, termasuk kamera dan siren
108
Idea 5
Kerjasama serantau dan antarabangsa
• Melibatkan kerja sama dengan agensi antarabangsa, iaitu International Tsunami
Warning Centei yang berpusat di Hawaii yang mampu memberi amaran awal sekiranya
berlaku gempa
• Malaysia juga menjalin kerjasama dengan agensi meteorologi di Indonesia dan Filipina
dalam mendapat maklumat awal suatu kejadian yang mungkin melanda
Idea 6
Kerjasama pakar antarabangsa
• Melibatkan pakar dari negara-negara berpengalaman dan mengalami gempa seperti
Amerika Syarikat dan Jepun
• Tunjuk ajar dan pengalaman menghadapi gempa dan tsunami membantu negara
menghadapi kecemasan
• Persediaan awal boleh dilakukan bagi meminimumkan kesan
Kesimpulan
Walau bagaimanapun persediaan kerajaan, peranan masyarakat juga perlu dengan mengetahui can menghadapi bencana. Seharusnya wujud akses dan hubungan antara masyarakat dengan jabatar meteorologi.
Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B
109
TAJUK 53: Amerika Syarikat memberi isyarat yang jelas bahawa pengaruh China di
rantau Asia Pasifik „mesti berada pada tahap yang boleh dikawal‟.
Pendirian ini menjadi cabaran kepada kestabilan ASEAN. Jelaskan
pernyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Amerika Syarikat (AS) meletak sasaran sendin dalam penglibatannya di Asm Pasifik
khususnya diRantau ASEAN Sasaran AS mi boleh menimbu.kan ancaman besar kepada
rantau in, sekiranya Lnina bertmdak melebihi standard yang ditetapkan oleh AS
A) Mesej Penglibatan Amerika Syarikat (AS)
Idea 1
Strategi Pangsi Pasifik
• Satu strategi untuk menjadikan Asia Pasifik sebagai pangkalan tumpuan kekuatan ketenteraan AS. Dengan strategi ini bermakna kekuatan tentera laut AS (USN) akan meningkat di Lautan Pasifik kepada 60:40 berbanding Lautan Atlantik
• Lebih separuh armada perang AS akan ditempatkan di Asia Pasifik dan kapal penggempur pesisir pantai akan ditempatkan di Singapura Idea 2
Penglibatan meluas dalam hal ehwal ASEAN
• Konflik China dan Filipina telah 'mengheret' AS secara tidak langsung. Tragedi Pulau Scarborough Shoal menunjukkan tentera laut Filipina terpaksa berundur setelah diuji oleh kapal perang China. • Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan peranannya membantu pertahanan Filipina dengan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada negara berkenaan • Amerika Syarikat juga mempunyai hubungan dengan Singapura melalui persetujuan Singapura menyedia kemudahan logistik kepada tentera AS Idea 3 Kesanggupan mempertahankan sekutu • AS juga melengkapkan pertahanan negara Jepun dengan radar berkuasa tinggi bagi meningkatkan pertahanan peluru berpandu negara berkenaan • Radar X-band yang dibekalkan kepada Jepun dapat menangkis peluru berpandu China atau Korea
110
B) Cabaran kepada ASEAN
Idea 4
Ancaman kepada konsep ZOPFAN
• Perubahan dasar AS ini mengancam kestabilan ASEAN. Konsep ZOPFAN yang menjadi
pegangan
anggota ASEAN selama ini turut tercabar
• Tindakan Filipina dan Singapura jelas mencabul konsep yang dimuafakatkan dan menjadi
pegangan ASEAN
• Kesediaan China 'berperang' dengan Filipina sebagaimana laporan akhbar utama China,
akan meningkatkan ketegangan di rantau ini apabila AS sedia memainkan peranan
mempertahankan kepentingan Filipina
Idea 5
Zon bebas nuklear ASEAN
• ASEAN turut menghadapi cabaran apabila berlaku perubahan dasar luar AS sehingga
berlaku perlumbaan senjata di rantau ini
• Memandangkan Korea Utara dan China juga memiliki senjata nuklear, AS pasti turut bersedia dengan keupayaan senjata berkenaan
• Pertembungan ini pastinya mencabar pegangan ASEAN agar rantau ini bebas daripada pengaruh senjata nuklear Idea 6
Kewujudan Zon Tentera
• Dengan kehadiran sejumlah besar tentera AS di rantau sebelah sini yang berpangkalan di Singapura, Filipina dan Australia, maka akan berlaku perubahan kepada komposisi kekuatan tentera di Laut China Selatan dan Selat Melaka
• China yang bergerak di sekitar Laut China Selatan bagi mengawal Pulau Spratly dan Paracel yang didakwa sebagai wilayahnya akan menjadikan persekitaran laut negara ASEAN sebagai zon pergerakan tentera. Satu yang amat ditolak oleh ASEAN
Kesimpulan
Pendekatan diplomasi dan bersederhana dalam tindakan mesti menjadi pegangan ASEAN. Negara ASEAN seharusnya tidak menunjukkan kedudukan 'terlalu berpihak' dan menuntut status quo dikekalkan sekiranya isu gagal disepakati.
Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B
111
TAJUK 54: Langkah dan pendekatan Malaysia telah meningkatkan kesedaran
antarabangsa dalam meningkatkan keamanan global. Bincangkan
pernyataan di atas.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Iraq dan Afganistan telah menjadi mangsa ketidakadilan kuasa besar, manakala Iran dan
Korea Utara sedang dihukum dengan sekatan ekonomi. Semua peristiwa ini ialah
gambaran tindakan ekstrem yang menjadi pegangan dalam menyelesaikan konflik.
Malaysia „mendesak‟ agak pendekatan ini diubah.
Langkah-langkah Meningkatkan Keamanan Global Idea 1
Melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM)
• Bertujuan memerangi ekstremisme dengan mengutamakan rundingan, diplomasi dan
pendekatan sederhana
• Malaysia menekankan orientasi semula dalam pendekatan menghadapi konflik sama ada
terhadap negara lain atau terhadap krisis dalam negara
• Melalui gerakan ini, Malaysia menolak fahaman ekstrem. Pegangan Malaysia bahawa
keganasan tidak boleh didepani dengan keganasan kerana ia akan mengakibatkan lebih
banyak kerosakan dan penentangan
Idea 2
Penubuhan Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLWCC)
• Malaysia mengajak masyarakat dunia agar menolak perang dan pendekatan militer
sebagai penyelesaian kepada sebarang konflik antara negara
• Walaupun tribunal ini tiada kuasa melaksanakan keputusannya, namun' kuasa untuk
mempengaruhi pemikiran masyarakat' antarabangsa mampu digerakkan
• Penubuhan tribunal ini diharap akan mempengaruhi masyarakat antarabangsa untuk
menolak pemimpin yang cenderung memilih penyelesaian melalui peperangan
Idea 3
Seruan kepada pendemokrasian PBB
• Malaysia menekankan kepada penstrukturan semula PBB agar wujud demokrasi dalam membuai keputusan
• Resolusi yang diambil bergantung sepenuhnya kepada persetujuan 15 ahli Majlis
Keselamatar PBB, bukannya bergantung kepada persetujuan setiap lima anggota kuasa
tetap yang mempunyai kuasa veto
• Kedudukan ini mewujudkan kembali demokrasi dalam PBB dan dapat mengelak tindakar
melindungi sesebuah negara yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan
112
Idea 4
Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam
• Dialog ini membuka mata dan fikiran sebahagian masyarakat Barat bahawa setiap agama
termasuk agama Islam menyeru dan menganjur kepada kebaikan dan amalan baik
• Keganasan yang melibatkan orang Islam bukan kerana ajaran agama, tetapi bawaan
ekstrem dalam diri kumpulan berkenaan. Semua keganasan yang berlaku, tidak
semuanya melibatkan orang Islam
• Siri dialog ini termasuk siri ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur bagi meningkatkan
kefahaman Barat terhadap Islam
Idea 5
Merundingi konflik Selatan Filipina
• Dengan berakhirnya konflik Selatan Filipina yang memberi kuasa autonomi kepada
Bangsamoro, meningkatkan kestabilan di rantau ASEAN
• Kedamaian yang diusahakan oleh Malaysia ini memberi kesan berganda kepada rantau
ini dari segi penamatan gerakan pengganas yang turut merentas sempadan
• Perdamaian ini juga menutup ruang kawasan berkenaan menjadi pusat latihan
pengganas
Kesimpulan • Malaysia menolak pendekatan keganasan ditangani dengan keganasan kerana cara ini akan membesarkan lagi konflik dan meningkatkan lagi penentangan. Bersederhana dan pembelaan terhadap mangsa membantu menyelesaikan konflik. Format jawapan: Lima idea diperlukan
113
TAJUK 55: Berlaku perubahan besar dalam amalan dasar luar negara semasa
kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Perdana Menteri kedua
ini mempunyai alasan sendiri melakukan perubahan tersebut. Ulaskan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Dasar luar dibina mengikut tuntutan dan keperluan semasa. Pemimpin Malaysia
mencorakkan dasar luar bagi memastikan negara terus maju dalam pelbagai aspek dan
bidang. Tun Abdul Razak telah membuka dimensi baru dalam mencorakkan dasar luar
Malaysia.
Dasar Luar Semasa Era Tun Abdul Razak
Idea 1
Dasar luar yang terbuka dan berkecuali
• Dari dasar yang condong ke Barat semasa Yang Mulia Tunku Abdul Rahman kepada
dasar yang lebih terbuka dengan mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa
mengira ideologi
• Memulakan hubungan dengan China dan negara komunis yang lain termasuk Rusia dan
Jerman Timur • Mendukung kuat hubungan dengan negara-negara Islam
Idea 2
Meluaskan rakan dagangan
• Negara moden memerlukan negara lain untuk menampung keperluan dalam negara atau
mendapat pendapatan dengan wujudnya lebihan bekalan dalam negara
• Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara termasuk negara
komunis untuk bagi tujuan mengadakan perdagangan dengan negara tersebut
• Malaysia dari awal merdeka telah mengeluarkan getah dan tanaman komoditi lain.
Mempunyai hubungan dengan negara lain akan meningkatkan eksport
Idea 3
Mendukung dasar berkecuali
• Selaras dengan sokongan kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang
dibentuk pada tahun 1955, Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik tanpa
mengira anutan ideologi negara berkenaan
• Mengadakan hubungan dengan negara anggota NAM sebagai bukti menyokong
pergerakan berkenaan
114
Idea 4
Meluaskan peranan Malaysia
• Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dibentuk pada tahun 1971 di Morocco, dan
Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung yang pertama
• Hubungan dengan negara Islam sebagai meluaskan peranan anggota Pertubuhan
Persidangan Negara-negara Islam
• Bagi memenuhi tuntutan sebagai Setiausaha Agung yang diserah kepada Malaysia,
hubungan dengan semua negara Islam khususnya dan negara lain amnya membantu
dalam menjalankan tugas
Idea 5
Jaminan keselamatan
• Hubungan menggambarkan kesediaan bersahabat dan sedia membantu dalam pelbagai
aspek termasuk pembangunan ekonomi
• Dengan hubungan diplomatik yang wujud, sebarang konflik yang berbangkit dapat
dimmta penjelasan dan rundingan dapat diadakan
• Pergerakan rakyat antara dua negara dapat dilakukan dan keselamatan dapat dipastikan
Kesimpulan
Dasar luar dicorakkan bagi membentuk sebuah negara yang diterima pada peringkat
antarabangsa. Pemimpin Malaysia berjaya melakukan tuntutan bagi memenuhi
kewujudan sebuah negara moden.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
115
TAJUK 56: Antara kesan kewujudan komuniti ASEAN yang akan dimaktubkan pada
tahun 2015 ialah perkembangan dalam bidang pendidikan intra ASEAN.
Oleh itu, Malaysia perlu bersedia menyahut cabaran tersebut. Bincangkan
pernyataan di atas.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan Komuniti ASEAN dirangka dan akan dimuktamadkan pada tahun 2015. Komuniti ini akan menjadikan anggota negara ASEAN sebagai satu komuniti yang berdiri dalam satu kerangka yang diterima bersama. Malaysia perlu membuat persediaan menghadapi situasi yang merubah paradigma sebuat negara kepada satu penyatuan yang besar.
Perkembangan Bidang Pendidikan
Idea 1
Merombak sistem pendidikan tinggi
• Malaysia harus merombak sistem pendidikan tinggi negara agar selaras dengan standard negara maju atau sekurang-kurangnya menyamai standard dengan anggota yang maju dalam kalangar negara ASEAN
• Perubahan ini melibatkan cuti yang selaras, jam pembelajaran yang selaras dan juga aspek-aspek lain bagi mengelak berlaku defisit pembelajaran di IPT Malaysia
• Perubahan juga melibat kerjasama dengan industri bagi meningkatkan keupayaan pelajai mendalami kursus yang diikuti Idea 2
Mengatur strategi dan promosi
• Strategi bagi menarik lebih ramai pelajar dari ASEAN merentasi sempadan bagi mengikuti kursus pengajian di Malaysia
• Strategi bagi menonjolkan keupayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia dalam memenuhi standard dan piawaian antarabangsa dalam menyediakan peluang terbaik bagi mengikuti pelbagai kursus
• Promosi perlu dilakukan bagi mengelak pengaliran keluar pelajar ke luar ASEAN Idea 3 Idea 3
Memantapkan peranan negara
• Langkah memantapkan peranan Malaysia dalam menempatkan keupayaan negara menawarkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
• Kejayaan Universiti Malaya melaksanakan agenda Jangkauan Global Malaysia (JGM) di Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam akan meningkatkan lagi persepsi terhadap kemampuan negara menjadi pusat pendidikan ASEAN
• Asia e-Universiti yang dtubuhkan oleh 31 buah negara Asia ditempatkan di Kuala Lumpur. Penempatan e-pendidikan ini memberi kelebihan kepada Malaysia menjelang pengisytiharan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang tahun 2015 melalui komuniti sosiobudaya.
116
Idea 4
Menyediakan pelan pilihan
• Meningkatkan lagi keupayaan IPTA dan juga IPTS negara agar mampu bersaing dengan universiti terbaik ASEAN malah universiti terbaik Asia. Menawarkan pilihan terbaik dalam kalangan IPTA mahupun IPTS
• Pilihan mengikuti kursus juga melalui penubuhan cawangan universiti-universiti terkemuka dunia di Malaysia atau mengadakan kerjasama dengan universiti terkemuka dunia
Idea 5
Menarik pembukaan universiti terkemuka dunia
• Kejayaan menarik lapan universiti antarabangsa membina kampus di negara ini
merupakan persediaan penting negara bagi menarik pelajar ASEAN merentas sempadan
mendapat ijazah di Malaysia
• Contohnya, kemasukan Universiti Curtin, Universiti Monash, Universiti Nottingham dan
Universiti Swinburne (universiti lain termasuk Universiti Perubatan Newcastle, Universiti
Southampton, Universiti Raffles, dan Institut Teknologi Maritim Netherland).
• Universiti ini akan membuka peluang ke arah program pendidikan kompetitif sama ada
kepada pelajar tempatan mahupun kepada pelajar antarabangsa
Kesimpulan
Persediaan negara akan memastikan keupayaan negara bersaing dan kekal dalam
persaingan serantau mahupun global. Komuniti ASEAN mewujudkan satu dimensi baru
dalam ikatan permuafakatan ASEAN.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
117
TAJUK 57: Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah jerebu dan pencemaran
udara merentasi sempadan adalah dengan meningkatkan kuantiti pokok
dalam negara. Namun begitu, kejayaan usaha ini memerlukan tindakan
bersama daripada pelbagai pihak di luar negara. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Isu pencemaran merentasi sempadan menjadi sebahagian permasalahan kepada banyak negara. Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini, namun kejayaan menangani isu ini turut dipengaruhi oleh faktor luar negara.
Usaha-usahayangDijalankan
Idea 1
Peningkatan kuantiti pokok
• Kuantiti pokok yang banyak melembapkan udara persekitaran. Kelembapan udara akan menjadikan habuk dalam udara menjadi berat dan memendapkannya ke bawah daripada laluan angin
Pokok juga dapat memerangkap partikel halus daripada tersebar luas sebagai jerebu. Dengan ini akan mengurangkan kandungan partikel dalam udara, dan seterusnya mengurangkan kuantiti pencemaran
• Pokok juga dapat memperlahankan pergerakan angin yang membawa jerebu Idea 2
Menghentikan pembakaran terbuka
• Pembakaran terbuka di ladang-ladang untuk tujuan membersihkan sisa tanaman bagi
tanaman semula. Aktiviti begini sering dilakukan di Kalimantan kerana teknologi
penanaman yang masih rendah
• Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah. Teknologi yang rendah membuatkan
kaedah pembakaran raerupakan kaedah terpilih. Asap daripada aktiviti pembakaran ini
merentasi sempadan yang tentunya sukar dikawal • Oleh itu, kerja sama dari negara jiran amat diperlukan bagi menghentikan tindakan ini Idea 3 Melindungi kebakaran hutan
• Kebakaran hutan juga sering berlaku di negara jiran sehingga memakan masa berminggu-
minggu. Kebakaran ini berpunca daripada cuaca yang kering yang ada kaitan dengan al-
nino
• Kebakaran hutan yang besar telah menyebabkan serakan asap yang meliputi kawasan yang
luas termasuklah sehingga ke Malaysia
• Oleh itu, kerja sama negara jiran untuk bertindak melindungi kebakaran hutan yang serius
dapat mengelak punca jerebu
118
Idea 4
Industri negara jiran
• Peningkatan unsur karbon merentasi sempadan yang berpunca daripada kegiatan industri
negara jiran. Industri pengangkutan yang membebaskan asap, karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, serta habuk dan jelaga juga menyumbang kepada kemerosotan
kualiti udara
• Teknologi yang rendah dalam mengawal pelepasan asap kilang dan kelemahan
pemantauan juga menjadi faktor. Oleh itu, kerjasama negara jiran dengan bertindak
meningkatkan pemantauan dan kawalan pelepasan asap serta karbon dapat mengelakkan
pencemaran merentasi sempadan
Idea 5
Penerokaan hutan negara jiran
• Penerokaan hutan bukan sahaja mengurang agen pembebasan oksigen yang mampu
menstabilkan suhu dan membekalkan udara bersih, juga mengurang agen untuk menyerap
karbon dioksida
• Negara membangun masih bergantung kepada sebahagian hutan untuk kegiatan
ekonomi mereka
• Dengan kawalan penerokaan hutan oleh negara jiran sekurang-kurangnya dapat
memerangkap pencemaran sebelum berlaku pergerakan udara merentasi sempadan
Kesimpulan
Kerjasama antara negara berjiran amat penting dalam menangani isu pencemaran merentasi sempadan. Walaupun permasalahan tidak sampai ke tahap di luar kawalan, namun kesepakatan perlu dibentuk untuk mengatasi masalah ini.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
119
TAJUK 58: Semasa awal kemerdekaan, Malaysia belum bebas dalam membentuk
dasar luarnya. Ulaskan pernyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Pembentukan dasar luar sesebuah negara dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada faktor dalaman mahupun faktor luar. Dasar luar Malaysia dicorakkan oleh Perdana Menteri pertama bagi memenuhi keperluan negara yang baru mencapai kemerdekaan.
A) Dasar Luar yang Terbentuk
Idea 1
Dasar yang condong ke Barat
• Selepas mendapat kemerdekaan, dasar luar Malaysia lebih kepada mengadakan hubungan
dengan negara Barat khususnya British
• Tiada hubungan dengan negara blok sosialis dan juga komunis. Hubungan yang erat
dengan British seolah-olah mengikat negara dalam menentukan dasar luar yang terbuka
• Pergantungan kepada Barat ini berterusan sehingga berlaku pertukaran kepada
kepimpinan negara
B) Ulasan Dasar yang Condong ke Barat
Idea 2
Hubungan sejarah
• Situasi yang baharu mencapai kemerdekaan mewujudkan unsur pergantungan dengan
British
• Hubungan sejarah dengan British mengikat Malaysia untuk menentukan dasar sendiri
pada peringkat permulaan. Wujud satu hubungan bersifat pergantungan kepada British
sebagai Tuan" yang lebih dihormati
• Bukti kewujudan hubungan begini dapat dilihat pada sistem kehakiman negara yang
rayuan akhirnya masih boleh diputuskan oleh Majlis Privy di London
Idea 3
Melindungi keselamatan negara
• Menyekat pengaruh dan ancaman komunis daripada merebak masuk ke Malaysia
• Bagi melindungi negara, Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) 1957
ditandatangani
• Selain ancaman komunis, ancaman konfrontasi dengan Indonesia juga menyebabkan
Malaysia bergantung kepada negara Barat untuk melindungi negara
120
Idea 4
Mendapat bantuan kepakaran dan teknikal
• Hanya pihak Barat mampu menawarkan bantuan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kos
pembinaan. Melalui Rancangan Colombo, Malaysia menikmati bantuan kewangan,
teknikal, dan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjut pelajaran ke luar negara
• Membiayai projek-projek ekonomi negara anggota. Sebagai contoh, pembiayaan Lebuh
Raya Timur-Barat, jambatan serta beberapa institusi pendidikan di Sabah
Idea 5 Hubungan dagangan komoditi utama
• Negara Barat ialah negara industri. Malaysia dapat menyumbangkan bekalan getah kepada
perkembangan industri Barat
• Dengan menjalin hubungan dengan negara Barat, komoditi utama negara semasa awal
kemerdekaan dapat didagangkan
• Malaysia juga dapat menarik pelaburan dari negara Barat
Kesimpulan Tunku Abdul Rahman berjaya membawa negara dalam membentuk dasar luar yang memenuhi kehendak dan tuntutan semasa. Kejayaannya mencorakkan dasar luar, turut mempengaruhi kejayaan ekonomi negara.
Format jawapan: Idea 1 wajib + empat idea lain
121
TAJUK 59: Tanpa kekuatan, idae Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tidak
mampu mempengaruhi masyarakat antarabangsa. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
GMM satu cetusan pemikiran yang berani dan bertanggungjawab dalam memastikan
berlaku perubahan dalam pendekatan menangani ekstremisme. Orientasi semula
pendekatan global amat dituntut dalam meningkatkan kesejahteraan global.
Idea 1
Kekuatan pada imej Malaysia
• Imej Malaysia dalam kalangan masyarakat antarabangsa amat positif. Malaysia
menghadapi tuntutan bertindih dengan lima negara jiran tetapi semuanya dapat
diselesaikan secara baik tanpa melibatkan kekuatan ketenteraan
• Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi mengamalkannya secara sederhana tanpa
taksub dan 'menggerunkan' negara lain. Walaupun Malaysia paling strategik sebagai laluan
dan transit pengedaran dadah, pemerdagangan orang dan penyusupan pengganas tetapi
Malaysia tetap selamat dan aman untuk dikunjungi
• Inilah keupayaan yang dimiliki negara sehingga mempunyai kekuatan untuk melontarkan
idea hebat bagi mempromosikan kehidupan global yang selamat
Idea 2
Bukti keupayaan Malaysia
• Malaysia diiktiraf sebagai negara pelbagai etnik, adat dan anutan agama. Negara ini tinggi
kadar multietniknya dengan komposisi kaum yang tidak jauh berbeza. Suatu kaum sukar
untuk mengasimilasikan kaum lain sebagaimana komposisi kaum di Indonesia dan
Thailand yang mengasimilasikan rakyat keturunan Cina negara berkenaan
• Malaysia membuktikan keupayaan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuknya. Perbezaan mewujudkan kekuatan dan penyatuan, bukan perpecahan.
Keupayaan membina perpaduan tanpa melalui unsur 'paksaan' ini memberi kekuatan
kepada negara mencetus gagasan GMM
Idea 3
Keupayaan menyelesaikan konflik
• Malaysia dipuji dalam menyelesaikan konflik bukan sahaja dalam negara tetapi juga
konflik di negara lain. Pendekatan diplomasi dan rundingan yang menjadi pegangan
Malaysia telah menyelesaikan banyak konflik dalaman dan serantau. Keupayaan Malaysia
dalam rundingan menyelesakan konflik Selatan Filipina menjadi sanjungan dan ingin
dipelajari oleh negara lain
• Perdana Menteri Thailand berusaha mendapatkan pandangan Malaysia dalam menghadapi
konflik di Selatan Thailand
122
Idea 4
Keadilan dan kejayaan Malaysia
• Malaysia dilihat bersikap adil dan seimbang dalam melayani kaum minoriti seperti orang
Asl dan kaum terpencil di Sabah dan Sarawak. Kumpulan masyarakat ini tidak
dipinggirkan dari seg pembangunan dan mendapat kemudahan infrastruktur. Mereka diberi
layanan yang sama sebaga warganegara
• Keadaan ini tidak berlaku walaupun di negara maju seperti ketidakadilan terhadap kaum
Asli d Australia dan masyarakat peribumi di Amerika Syarikat
• Amalan ini memberi kredit kepada negara untuk dijadikan orang tengah dalam sebarang
rundingai dan menjadi kekuatan kepada Malaysia dalam mempengaruhi pihak lain
Idea 5
Peranan Malaysia pada peringkat antarabangsa
• Penglibatan dan kecemerlangan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan serantau dan
antarabangs juga meletak satu kekuatan kepada Malaysia
• Dilihat sebagai pemimpin kepada pakatan ASEAN, kecemerlangan semasa memimpin
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
meletakkan Malaysia di hadapan dalam mendapat kepercayaan pihak lain
• Malaysia juga terpilih menganggotai pelbagai jawatankuasa PBB. Kepercayaan
masyarakat antarabangsa ini memberi kekuatan kepada Malaysia untuk mengorientasikan
semula pendekatan menghadapi konflik
Kesimpulan
Tanpa kekuatan yang jitu, Malaysia tidak akan berjaya mempengaruhi pemikiran global untuk mengubah pendekatan menghadapi ekstremisme. Keganasan mesti dihentikan, namun kebijaksanaan dituntut dalam menamatkannya.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
123
TAJUK 60: Dengan termeterai perjanjian damai Selatan Filipina, bermakna berakhirnya
banyak isu dan konflik. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Perjanjian Selatan Filipina menjadi satu kebanggaan kepada tahap dan keupayaan diplomasi negara. Tamatnya pemberontakan menuntut kemerdekaan di kawasan berkenaan, mewujudkan lembaran baru yang menamatkan kesan daripada kewujudan konflik.
Idea 1
Isu kebanjiran pendatang asing
• Dengan termeterai perjanjian damai berkenaan bermakna isu kebanjiran pendatang dari
Selatan Filipina dapat ditamatkan. Pendatang tanpa izin yang ditahan di Sabah dapat
dihantar balik ke negara asal mereka
• Sebanyak RM0.5 bilion dibelanjakan kerajaan dalam tempoh enam tahun bagi membiayai
makan minum, rawatan dan penjagaan pendatang tanpa izin di Sabah
• Selain itu, penyakit berjangkit seperti batuk kering dan kusta mula merebak semula
dengan kehadiran mereka
Idea 2
Isu pencerobohan sempadan
• Isu ini dapat dikurangkan dengan berakhirnya konflik ini. Kehidupan penduduk di Selatan
Filipina menjadi lebih aman
• Pencerobohan sempadan kerana ingin mencari kehidupan yang lebih baik akan berkurang.
Masalah kawalan sempadan dan kos kawalan dapat diminimumkan
• Konflik pencerobohan sempadan dan kelemahan kawalan bagi pihak Filipina dapat
dihindari
Idea 3
Isu penyusupan 'pengganas'
• Kemelut berdarah di Selatan Filipina turut terhenti dgn termeterai perjanjian ini
• Kumpulan pejuang yang lari daripada buruan kerajaan Filipina yang sering mencari
peluang menyusup masuk ke sempadan negara. Gerakan pejuang ini dapat dihindari
daripada terus menceroboh
Idea 4
Pemberontakan dan pertumpahan darah
• Termeterai perjanjian menghentikan sengketa berdarah selama 40 tahun yang telah
mengorbankan 120 000 nyawa
• Era baru kehidupan penduduk Selatan Filipina akan bermula. Kesediaan yang berstatus
pelarian di Sabah bersedia kembali ke tanah air mereka untuk meneruskan kehidupan,
menamatkan zaman kehidupan yang penuh konflik dan pemberontakan
124
Idea 5 Berakhir kemiskinan dan kedaifan
• Keamanan akan membawa kehidupan yang lebih baik, menandakan berakhirnya kemiskinan dan kedaifan
• Sistem kehidupan yang mula tersusun akan menggerakkan aktiviti ekonomi masyarakat dengan lebih baik
• Kegiatan ekonomi akhirnya akan turut mengundang kemasukan pelabur termasuk pelabur dari Malaysia
Kesimpulan Konflik berdarah selama empat dekad di Selatan Filipina telah berjaya dirungkai dengan
keupayaan diplomasi Malaysia. Rundingan tersebut juga menandakan berakhirnya banyak episod sedih kepada rakyat Selatan Filipina berkenaan.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
125
TAJUK 61: Pulau Senkaku atau Diaoyu menjadi punca konflik China-Jepun. Konflik
ini berisiko mengganggu kestabilan rantau ini termasuk ekonomi
Malaysia. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan Konflik dua kuasa ekonomi dunia pastinya akan membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi serantau. Kemelesetan ekonomi Jepun turut dipengaruhi oleh tindak balas ekonomi China terhadap Jepun. Tempias kesan pertembungan dua negara maju ini turut menimpa Malaysia dan rantau ASEAN.
Idea 1 Konflik ketenteraan
• Ketegasan China yang sanggup berperang demi menguasai wilayah yang dituntut
sebagaimana laporan akhbar utama di China semasa kemuncak konflik tidak boleh
dipandang ringan
• Sebanyak 80 orang tentera Vietnam terbunuh semasa kedua-dua negara bertembung
merebut Kepulauan Spratly dan Paracel membuktikan tekad China
• Jika isu ini gagal ditangani dengan sebaik mungkin, Laut China Selatan akan menyaksikan
pertembungan tentera
Idea 2 Pertembungan kuasa besar
• Amerika Syarikat telah meningkatkan keupayaan pertahanan Jepun apabila negara
berkenaan diasak oleh China atas konflik perebutan Pulau Senkaku
• Radar berkuasa tinggi dibekalkan kepada Jepun untuk mengesan kehadiran peluru
berpandu China
• Latihan bersama tentera Amerika Syarikat dan Jepun juga telah ditingkatkan. Satu situasi
yang jelas telah mengheret sama Amerika Syarikat dalam sengketa Senkaku ini
Idea 3
Kestabilan ekonomi
• Tindak balas China ke atas tindakan Jepun memiliknegarakan Pulau Senkaku telah
menjejaskan proses pemulihan ekonomi Jepun. Proses pemulihan ekonomi yang perlahan
turut dipengaruhi oleh kelembapan eksport Jepun
• Pasaran barangan Jepun di China terhenti dengan banyaknya. Sentimen anti Jepun
membuatkan masyarakat China menolak barangan Jepun. Dalam tempoh 10 tahun, nilai
eksport Jepun jatuh mendadak ke tahap paling rendah
• Kemelesetan ekonomi Jepun turut menjejaskan ekonomi negara serantau ASEAN kerana
Jepun merupakan antara rakan dagangan terbesar ASEAN
126
Idea 4
Kejatuhan nilai pelaburan (FDI)
• Pelaburan dari Jepun (FDI) telah merosot ekoran kemerosotan ekonomi Jepun. Selagi
Jepun tidak pulih daripada kemelesetan ekonomi, FDI dari negara berkenaan gagal untuk
ditingkatkan
• Kekurangan FDI akan turut membantutkan pertumbuhan ekonomi negara anggota
ASEAN sekiranya gagal menarik FDI dari negara lain bagi memenuhi ruang pelaburan
Idea 5
Menjejaskan industri pelancong
• Kemerosotan ekonomi Jepun turut membawa kemerosotan kepada kehadiran pelancong
dari negara berkenaan sama ada ke Malaysia mahupun ke negara anggota ASEAN yang
lain
• Pakej pelancongan dari Jepun yang berkurangan menurunkan permintaan untuk
tempahan hotel dan penerbangan
Kesimpulan
China dan Jepun amat penting kepada rantau ASEAN khususnya dalam aspek
perdagangan. Kemelut dua negara ini akan menarik sama negara serantau.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
127
TAJUK 62: Banyak catatan tentang keupayaan Malaysia dalam menyelesaikan konflik
serantau dan antarabangsa. Ulaskan pernyataan ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Malaysia mendapat pengiktirafan dunia dalam banyak aspek. Malaysia bukan sahaja
menjadi contoh kepada negara dalam menghadapi konflik dalaman, malah keupayaan
dalam menyelesaikan konflik negara lain. Banyak contoh melibatkan kejayaan Malaysia.
Idea 1
Perang dan krisis Kemboja
• Malaysia memainkan peranan menjadi orang tengah menamatkan konflik perang di
Kemboja. Kuala Lumpur menjadi saksi kepada penyelesaian krisis Kemboja dengan
menemukan pihak-pihak yang bertelagah
• Perang di Kemboja ditamatkan melalui perjanjian perdamaian yang ditandatangani semasa
pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Idea 2
Krisis Selatan Filipina
• Sekali lagi kekuatan diplomasi kepimpinan Malaysia diiktiraf sehingga termaktub
perjanjian damai Kerajaan Filipina dan Bangsamoro
• Peranan Malaysia yang memulakan rundingan sejak 10 tahun lalu semasa Dato Sri Najib
Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pertahanan lagi
• Kini setelah Dato Sri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, perjanjian damai
dimeterai setelah mengorbankan 120 000 rakyat Filipina
Idea 3
Menghubungkan Fatah dan Hamas
• Dua pihak yang berkuasa di Palestin sering berkonflik walaupun menghadapi musuh yang
sama, iaitu Israel
• Perdana Menteri Malaysia telah mengunjungi Gaza yang dikuasai Hamas antara lainnya
bagi raenyatakan kesediaan menjadi orang tengah antara dua pihak berkuasa Palestin
berkenaan
• Pengaruh Malaysia meletakkan dua kumpulan ini dalam keadaan lebih bersedia untuk
berdamai dan bekerjasama yang akhirnya menghalakan perjuangan untuk kemerdekaan
Palestin
128
Idea 4
Isu Antartika
• Malaysia juga berani menyuarakan isu Antartika yang akhirnya dipersetujui antarabangsa
bahawa Antartika merupakan hak warisan sejagat
• Malaysia membantah kuasa besar yang cuba memonopoli sumber galian yang mahal di
kawasan berkenaan selain memonopoli usaha membuat penyelidikan
• Peranan Malaysia dalam mengetengahkan dan mengubah 'penguasaan' kuasa besar ke atas
Antartika mendapat sanjungan banyak pihak
Idea 5
Ekstremisme dan perang keganasan
• Kuasa besar menyalahgunakan kuasa dalam melindungi kepentingan mereka. Atas alasan
memerangi keganasan, Iraq dan Afganistan 'dimusnah' dan diserang. Mangsa kerakusan
kuasa besar ini tidak terbela
• Malaysia dengan berani berusaha 'mengubat' rasa kecewa masyarakat dunia yang melihat
kerakusan pemimpin Amerika Syarikat dan Britain dengan menubuhkan Tribunal Jenayah
Perang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLWCC) bagi membicarakan dua pemimpin
berkenaan
• Riak masyarakat global juga telah dapat dikesan dengan usaha Malaysia mengorientasikan
pemikiran masyarakat dalam tindakan terhadap ekstremisme
Kesimpulan
Keupayaan Malaysia telah banyak mempengaruhi keamanan serantau dan mempengaruhi
pemikiran masyarakat global. Kejayaan Malaysia bukan sahaja diiktiraf, malah dipelajari
oleh sebahagian besar negara
Format jawapan: Lima idea diperlukan
129
TAJUK 63: China dan Malaysia mempunyai hubungan yang istimewa sehingga China
menganggap Malaysia sebagai „saudara baik serta jiran yang akrab‟.
Ulaskan hubungan terebut.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Malaysia telah meningkatkan hubungan dengan China kepada hubungan strategik.
Hubungan istimewa dengan China ini memasuki fasa baru apabila banyak persefahaman
dan perjanjian ditandatangani antara dua negara. Hubungan ini tidak berlaku antara China
dengan negara lain.
Idea 1
Menyokong pencalonan China
• Hubungan Malaysia-China mula terjalin semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia
yang kedua, Tun Abdul Razak
• Hubungan yang dibina oleh Malaysia amat dihormati oleh China. Keistimewaan hubungan
dua negara ini terbukti apabila Malaysia dengan berani menyokong penyertaan China
sebagai anggota kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1971
Idea 2
Mengadakan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi
• Malaysia juga dihormati kerana dari mengamalkan dasar yang tertutup dengan
bergantung kepada
Barat sama ada dari segi keselamatan mahupun bantuan modal dan teknikal, Malaysia beralih kepada dasar yang lebih terbuka • Malaysia mengadakan hubungan dengan China walaupun negara berkenaan
mengamalkan ideologi komunis dan Malaysia negara yang mendukung Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC)
Hubungan yang dimulakan Malaysia ini akhirnya diikuti negara lain di rantau ASEAN
Idea 3
Melonggarkan pergerakan rakyat China
• Malaysia berjaya memnding pergerakan dan kemasukan rakyat China ke Malaysia dengan
cara yang mudah
• Visa selepas ketibaan antaranya diberi kepada pelancong China menj adi pergerakan
pelancong dari negara ini menjadi mudah. Keistimewaan ini menjadikan hubungan dua
negara bertambah erat
• Kini, seramai tiga juta rakyat China melawat Malaysia dalam masa setahun dan dijangka
meningkat kepada enam hingga tujuh juta setahun menjelang tahun 2015. Malaysia
menerima kemasukan rakyat China sama ada sebagai pelancong mahupun sebagai pelajar
130
Idea 4
Kemasukan pelaburan yang besar
• Keistimewaan hubungan Malaysia-China tergambar jelas melalui persefahaman
menubuhkan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Kuantan
• MCKIP merupakan zon pembangunan ekonomi yang melibatkan pelaburan untuk
pembangunan industri, kediaman, perkhidmatan tambahan, pengeluaran dan pusat hidupan
dan saintifik serta perkhidmatan teknologi
• Selain itu, China juga bersetuju membuat pelaburan bagi membesarkan pelabuhan Kuantan selain cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Xiamen
Idea 5
Rakan dagangan yang besar
• Di sebalik keadaan ekonomi global yang meleset dan tidak menentu, cukup luar biasa
apabila jumlah dagangan China dan Malaysia mencecah ASS94.8 bilion, iaitu peningkatan
sebanyak 5.3 peratus berbanding tahun 2011. Lebihan dagangan Malaysia adalah sebanyak
AS$21.7 bilion
• China merupakan rakan dagangan terbesar bagi Malaysia. Kesuraman dagangan dengan
Jepun dapat ditampung dengan meningkatnya hubungan dagangan dengan China
Kesimpulan
Hubungan dengan China membawa nilai tambah yang besar kepada Malaysia. Kesediaan
pemimpin dua negara memudahkan peningkatan hubungan yang terjalin.
Format jawapan: lima idea diperlukan
131
TAJUK 64: Malaysia telah melepasi beberapa tahap dalam pembinaan dasar luarnya
sebelum mencapai tahap kematangan dan pragmatik. Ulaskan
perkembangan tersebut.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Dasar luar yang dibentuk membantu kedudukan negara baik dalam aspek keselamatan,
mahupun aspek ekonomi. Dasar luar Malaysia terbina dengan cemerlangnya oleh
pemimpin-pemimpin negara. Kekuatan dasar luar ialah kekuatan kepada negara dalam
menghadapi cabaran luar.
Idea 1
Permulaan dasar tertutup dan bergantung kepada Barat
• Malaysia melalui proses pembinaan dasar luar yang berubah dan pragmatik. Bermula
dengan dasar yang tertutup dan banyak bergantung kepada Barat dalam banyak hal sama
ada dari segi keselamatan mahupun bantuan ekonomi dan teknikal
• Situasi ini disebabkan negara baru mendapat kemerdekaan dan masih diancam komunis
dan juga konfrontasi dengan Indonesia
Idea 2
Dasar berkecuali dan bersahabat dengan negara Islam
• Selepas melepasi tahap pertama, Malaysia bergerak dari dasar yang berpihak kepada dasar
lebih terbuka dan berkecuali
• Dengan menyokong kuat Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Malaysia beralih kepada
dasar yang lebih terbuka dengan mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa
mengira ideologi
• Frasa hubungan dengan China dan dengan negara komunis yang lain bermula
• Meningkatkan hubungan dengan negara Islam dan mendukung kuat Pertubuhan
Persidangan Negara Islam (OIC) dengan menjadi Setiausaha Agung pertama
Idea 3
Mementingkan hubungan serantau dan setaraf dan berfokus kepada hubungan ekonomi
• Fasa seterusnya dasar luar Malaysia diarah kepada mengeratkan hubungan serantau
dengan menjadi penggerak utama kepada pertubuhan serantau ASEAN bagi memacu
ekonomi
• Memandangkan usaha meningkatkan ekonomi melalui hubungan dengan negara maju
agak terbatas, Malaysia menekankan hubungan sesama negara membangun dan negara
Islam
• Kekuatan dibina bagi membetulkan ketidakadilan dunia baik dari sudut ekonomi,
perdagangan dan penguasaan kuasa besar
132
Idea 4
Dasar yang lebih berani dan membentuk kepimpinan
• Malaysia mula menunjukkan ketegasan dalam menentang keganasan antarabangsa dan
menolak keganasan yang dikaitkan dengan agama, bangsa dan warna kulit
• Mempengerusikan OIC dan NAM, memperjuangkan pendekatan multilateral dan bersuara
lantang membetul kepincangan PBB. Pendemokrasian PBB menjadi agenda dalam
membetulkan ketidakadilan dunia
• Mendukung kedudukan sebagai negara Islam contoh, progresif serta mendukung
kesederhanaan dalam tindakan
Idea 5
Dasar yang lebih pragmatik dan diplomatik
• Mengadakan hubungan strategik dengan banyak negara. Memacu pertumbuhan ekonomi
ke arah negara berpendapatan tinggi. Menandatangani pelbagai perjanjian ke arah
mencapai hasrat tersebut
• Komited dengan usaha mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dunia. Mempelopori
Gerakan kesederhanaan Global (GMM) yang berusaha mengubah pendekatan masyarakat
global menghadapi keganasan. Menegak keadilan dengan menubuhkan tribunal (KLWCC)
mengadili penjenayah perang
• Berusaha (berupaya) menyelesaikan konflik negara lain khususnya di selatan Filipina. Dasar yang pragmatik dan diplomatik ini mendapat pengiktirafan dunia
Kesimpulan
Susur galur dasar luar yang dibentuk oleh pemimpin negara membantu meningkatkan
kecemerlangan negara khususnya pada pandangan masyarakat luar.
Format jawapan: Lima idea diperlukan
133
TAJUK 65: Pada 8 Ogos 2012 lepas, genaplah 45 tahun usia ASEAN. Namun,
ASEAN harus melepasi cabaran politik semasa untuk terus kekal
cemerlang. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
ASEAN kukuh dan cemerlang atas semangat permuafakatan ASEAN. Namun isu-isu bersifat
dalaman dan luaran mencabar keutuhan ASEAN. Oleh itu, ASEAN perlu meningkatkan lagi
kematangan dalam menghadapi cabaran khususnya melibatkan politik.
Idea 1
Isu etnik Rohingya
• Isu etnik Rohingya boleh mempengaruhi hubungan mesra antara negara ASEAN. Sebarang
keputusan yang dibuat oleh kerajaan Myanmar perlu mengambil kira perasaan tiga negara
anggota yang beragama Islam
• Tiga anggota berkenaan juga tidak boleh 'tersalah langkah' mengambil tindak balas terhadap
sebarang tindakan yang dibuat oleh Myanmar bagi menangani konflik masyarakat Rohingya • Situasi ini menjadi cabaran kepada ASEAN untuk mempengaruhi Myanmar agar berlaku adil
mengikut standard antarabangsa
Idea 2
Isu Kepulauan Spratly
• Buat pertama kali anggota ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu yang dihadapi.
Malaysia, Vietnam, Brunei dan Filipina menuntut diselesaikan secara multilateral. Manakala
negara China menuntut agar diselesaikan secara bilateral dengan negara yang terlibat
• Singapura, Myanmar dan Laos kelihatan berkecuali sementara Kemboja menyokong
pendekatan yang dikehendaki China
• Untuk meneruskan momentum kesepakatan, maka isu Kepulauan Sparatly dan Paracel ini
hendaklah dikompromikan dengan berkesan dalam kalangan anggota ASEAN. Mengekalkan
status quo lebih baik daripada memanjangkan krisis
Idea 3
Jenayah merentasi sempadan
• Walaupun jenayah merentasi sempadan ini telah terkawal sejak Malaysia dan Indonesia
berserta Australia menandatangani persefahaman perkongsian maklumat dan risikan, namun
ASEAN masih perlu berwaspada tentang risiko yang masih dihadapi
• Penahanan dua rakyat Malaysia di Lubnan menunjukkan masih ada kumpulan yang
mengambil pendekatan sendiri dalam menangani konflik. Pencerobohan askar Kesultanan
Sulu di Sabah juga menyebabkan tindakan keras terpaksa diambil untuk menangani masalah
ini
• Tragedi pengeboman Hotel Marriott di Bali perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama
ASEAN
134
Idea 4
Tuntutan pertindihan wilayah antara negara anggota
• Walau tuntutan antara Malaysia dengan Singapura, Malaysia dan Indonesia selesai
dimuktamadkan, namun pertindihan tuntutan masih lagi berlaku
• Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Brunei dan Malaysia dengan Indonesia di
Kepulauan Sulawesi masih belum dimuktamadkan
• ASEAN perlu ada mekanisme pilihan tindakan dalam memutuskan isu pertindihan tuntutan
ini. Cabaran kepada ASEAN menentukan mekanisme terbaik
Idea 5
Strategi terbaru Amerika Syarikat (AS)
• Penglibatan AS di rantau Asia Pasifik semakin ditingkatkan melalui strategi pangsi Pasifik.
AS mempertahankan pendirian bahawa kedudukan China dalam 'keadaan yang masih boleh
dikawal'
• Pendirian AS ini membuatkan negara berkenaan menggandakan penglibatan mereka di
rantau ASEAN bagi mengimbangi kedudukan China
• Cabaran ini perlu ditangani oleh ASEAN dengan penuh berhemah. Permuafakatan yang
cemerlang sebelum ini tidak boleh diketepikan kerana kepentingan negara sendiri
Format jawapan: Lima idea diperlukan
135
TAJUK 66: Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dicetuskan oleh Malaysia
merupakan pendekatan untuk mengubah cara menangani konflik
peringkat global. Bincangkan rasional Malaysia mahu masyarakat
antarabangsa mengaplikasikan pendekatan ini dan cadangkan cara-cara
mencapai hasrat ini.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Melihat kepada banyak peristiwa berlaku selepas perang Iraq, serangan ke atas Pusat Dagangan
Dunia (WTC) Amerika Syarikat dan rentetan banyak peristiwa lain yang menggambarkan satu
tindakan bersifat ekstrem. Maka, Malaysia menganjurkan satu transformasi dalam bertindak
melalui Gerakan Kesederhanaan Global. Langkah-langkah berkaitan juga diambil negara
memastikan penerimaan gagasan ini dalam kalangan masyarakat global.
A) Rasional
Idea 1
Berleluasa tindakan ekstremisme
* Tindakan ekstremisme semakin berleluasa. Perang terhadap Iraq dan Afganistan merupakan satu keganasan
* Tindakan kerajaan Thailand ke atas kebangkitan rakyatnya di selatan negara berkenaan sehingga meragut banyak nyawa secara tragis juga satu tindakan ekstrem. Tragedi pengeboman Hotel Marriott di Bali, Indonesia juga satu tindakan ekstrem.
• Oleh itu, Malaysia menganjurkan satu gerakan yang berusaha mengorientasikan semula cara bertindak masyarakat global dalam menghadapi ekstremisme
Idea 2
Tanggapan yang salah terhadap keganasan
• Berleluasanya Islamofobia juga menjadi kewajaran pada Malaysia untuk menonjolkan
pendekatan berkenaan. Diskriminasi terhadap agama Islam semakin berleluasa
• Kemenangan parti sayap kiri dalam kebanyakan negara Barat yang bersikap anti Islam
merupakan satu perkembangan yang boleh meningkatkan ekstremisme
• Malaysia berusaha meyakinkan dunia bahawa sebarang keganasan tidak boleh didepani
dengan keganasan. Keadaan ini akan menambah lagi ketegangan dan tindak balas yang
berpanjangan.
Idea 3
Kaedah menangani konflik yang tidak berkesan
• Perang Iraq—Iran merupakan kaedah yang ekstrem dalam menangani konflik antara
kedua-dua negara berkenaan. Konflik Azerbaijan dan Armenia yang berakhir dengan
peperangan juga menggambarkan kaedah penyelesaian konflik yang tidak berkesan
• Oleh itu, Malaysia mempunyai alasan untuk menonjolkan kaedah mengurus konflik secara
berhemah dan berdiplomasi
136
Idea 4
Kajian pakar atas kemerdekaan banyak negara
• Dapatan daripada kajian oleh bekas Pengarah Agensi Perisikan Amerika Syarikat,
Laksamana Dennis C. Blair bahawa peralihan kuasa di 67 buah negara autokratik, didapati
sebanyak 70% atau 47 buah negara mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan
keganasan.
• Daripada 30% peralihan kuasa yang dicapai melalui keganasan, hanya empat buah negara
mencapai kebebasan. Oleh itu, pendekatan tanpa keganasan lebih membawa kejayaan
berbanding keganasan
B) Usaha Mencapai Hasrat
Idea 5 MenganjurPersidanganAntarabangsa
. Malaysia telah menganjurkan satu persidangan antarabangsa bagi meletak titik mula
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM). Persidangan berlangsung di Kuala Lumpur.
. GMM mempromosikan pendekatan kesederhanaan atau jalan tengah bagi menangani
konflik. Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global ditubuhkan untuk berperanan
menyatukan gerakan menentang keganasan dan ekstrem sama ada yang digerakkan oleh
agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan
Idea 6
Gerakan serantau
. Melalui ASEAN, Malaysia cuba menerap penerimaan anggota ASEAN terhadap perlunya
sikap berkecuali bagi mengekal keamanan dan keharmonian
ASEAN juga berusaha mengelakkan berlakunya persaingan senjata dengan menjadikan agenda bersama dan serantau sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)
• Pendekatan berkecuali dan tidak berpihak ini merupakan satu kesederhanaan dalam
tindakan
Idea 7
Manifestasi melalui tindakan-rundingan di selatan Filipina
• Malaysia membuktikan pendekatan sederhana dan diplomasi lebih berjaya tanpa
melalui keganasan dan kekerasan
• Kejayaan dalam rundingan menamatkan konflik berdarah di Selatan Filipina yang
berlarutan selama empat dekad membuktikan pendekatan wasatiah yang dicanangkan
oleh Malaysia lebih berkesan
137
Idea 8
Orientasi semula fahaman terhadap Islam
• Malaysia menganjurkan dialog Islam Barat bagi meningkatkan kefahaman terhadap
Islam. Sentimen Islamofobia mesti ditamatkan. Dialog telah membolehkan
masyarakat Barat menilai semula persepsi mereka terhadap Islam
• Malaysia menekankan tidak semua keganasan dimulakan oleh penganut agama Islam.
Penganut agama lain juga terlibat dengan keganasan. Setiap agama menganjurkan
kepada kebaikan.
Idea 9
Meuar-uarkan amalan di Malaysia
• Malaysia mengisytiharkan diri sebagai negara Islam yang mengamalkan pendekatan
sederhana. Amalan Islam di Malaysia tidak mengganggu gugat kedudukan dan
amalan agama lain. Masyarakat Malaysia boleh berkongsi hidup dengan penganut
agama lain atas sifat toleransi yang dimiliki
• Malaysia juga sebagai negara majmuk paling menepati kemajmukannya atas
komposisi antara kaum yang tidak jauh berbeza. Namun Malaysia berjaya
mengekalkan keharmonian tersebut melalui pendekatan kesederhanaan
Format jawapan: 3A + 2B/2A + 3B
138
TAJUK 67: Kesepakatan dan semangat ASEAN telah menjadi formula kepada
penyelesaian konflik serantau. Bincangkan.
RANGKA JAWAPAN
Pengenalan
Banyak isu dan konflik serantau diselesaikan melalui semangat ASEAN. Ada pendekatan
yang diambil secara kelompok seperti isu demokrasi dan sekatan ke atas Myanmur oleh
kuasa besar. Ada isu yang diselesaikan secara muafakat dua hala sebagai anggota kepada
ASEAN.
Idea 1
Penyelesaian konflik sempadan mengikut undang-undang antarabangsa
• Konflik pertindihan sempadan antara Malaysia dengan Singapura telah dirujuk
kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Begitu juga dengan pertindihan
sempadan antara Malaysia dengan Indonesia
• Atas semangat ASEAN, kedua-dua pihak telah bersetuj u untuk menerima sebarang
keputusan yang dibuat oleh ICJ. Atas kesepakatan yang telah dipupuk, syarat
sebelum dirujuk kepada ICJ yang mengehendaki kedua-dua buah negara bersetuju
untuk memilih penyelesaian mengikut undang-undang antarabangsa juga dapat
dipatuhi
Idea 2
Projek usaha sama cari gali minyak
• Malaysia dan Thailand menghadapi isu pertindihan sempadan di kawasan yang
memiliki sumber galian yang bernilai tinggi. Begitu juga kemelut Malaysia dengan
Brunei di kawasan yang dikenali sebagai Blok 18
• Atas semangat ASEAN, konflik dengan Thailand di kawasan yang dinamakan Teluk
Siam diselesaikan melalui kaedah muafakat yang melibatkan dua tahap, iaitu
menjalankan usaha cari gali secara bersama dan menikmati hasil secara bersama.
Penyelesaian yang hampir sama juga dimuafakatkan bersama Brunei
Idea 3
Rundingan kedamaian Selatan Filipina
• Konflik di Selatan Filipina juga menjadikan Malaysia turut terlibat sama. Malaysia terpaksa
menanggung kos menjaga pelarian, kos kawalan sempadan dan kes peningkatan
penyeludupan senjata
• Atas semangat dan tolak ansur sebagai anggota ASEAN, konflik berkenaan telah berjaya
dirunding dan ditamatkan. Kesediaan pemimpin Filipinamelihat isu berkaitan sebagai 'kudis'
kepadaASEAN telah membawa kejayaan dalam rundingan
139
Idea 4
Pendemokrasian Myanmar
• Myanmar telah dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat dan sebahagian negara Eropah.
Atas semangat ASEAN, negara anggota ASEAN lain menolak sekatan yang dikenakan,
akhirnya sekatan berkenaan kurang berjaya dilaksanakan
• Myanmar bersedia berunding berkaitan dengan penerimaan amalan demokrasi di negara
berkenaan atas semangat ASEAN. Tanda muafakat juga ditunjukkan semasa Myanmar
dilanda Taufan Nagis yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Negara ini hanya
bersedia menerima bantuan dari rakan dalam kalangan negara ASEAN
Idea 5
Konflik Stesen Kereta Api Tanjung Pagar
• Atas semangat dan muafakat ASEAN, Malaysia rela menyerahkan kawasan Stesen Kereta
Api Tanjung Pagar kepada Singapura untuk keperluan dimajukan dalam bidang lain
• Kesan daripada semangat ASEAN yang dipupuk, Singapura menggantikan kawasan stesen
yang diambil dengan kawasan lain di negara berkenaan
• Semangat ASEAN juga membuat Singapura menyerahkan sebahagian projek pembangunan di
kawasan stesen kereta api tersebut kepada Malaysia
Format jawapan: Lima idea diperlukan