modul kssr

Upload: aenszanidris

Post on 07-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 modul kssr

    1/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 1

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    1. Tahukah anda apa itu KSSR?

    TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan

    dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini padatahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah.

    Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

    diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah (KSSR).

    KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

    Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan

    menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR.

    Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah

    khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

    Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia

    melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi

    guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan

    matlamat kerajaan.

    2. Mengapa Transformasi?

    Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan

    menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi

    menghadapi cabaran abad ke-21.

    Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan

    kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

  • 8/6/2019 modul kssr

    2/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 2

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSRKBSR KSSR

    Reka bentuk kurikulum berasaskan tigabidang:

    Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembangan diri individu

    Reka bentuk kurikulum berasaskan enamtunjang:

    Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai

    Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan

    estetika

    Sains dan teknologi Keterampilan diri

    Bahan kurikulum: Sukatan Pelajaran Bahan kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

    Reka bentuk kurikulum:

    Linear Reka bentuk kurikulum: Modular

    Organisasi kuriikulum:

    Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

    Mata pelajaran Teras, Wajib danTambahan

    Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

    Mata pelajaran Teras, Wajib danTambahan

    Organisasi kurikulum:

    Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

    Modul Teras Asas, Modul Teras Temadan Modul Elektif

    Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

    Mata pelajaran Teras dan Elektif

    Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

    Kreatif

    Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan

    serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    (lCT) secara eksplisit

    Fokus:

    3M (Membaca, menulis, mengira)

    Fokus:

    4M (Membaca, menulis, mengira dan

    menaakul)

  • 8/6/2019 modul kssr

    3/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    4. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan KhasKURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah

    Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal ber-

    dasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran

    bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati

    keperluan murid-murid berkeperluan khas ini.

    Bagi Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah

    ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran

    yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual

    Suaian.

    Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran

    Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris

    dan Pendidikan Islam yang diubahsuai.

    Sementara bagi Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya dibuahsuai

    termasuklah:

    Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku,

    Kemahiran Manipulatif)

    Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia,bahasa Inggeris dan matematik

    Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani.

    Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti

    pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak

    ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh

    kerajaan.

    Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan

    awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan

    khas ini.

    Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka

    seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses

    pembelajaran.

  • 8/6/2019 modul kssr

    4/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    5. Kurikulum terbaik sekolah rendah.Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin

    ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik,

    menyeronokkan dan bermakna.KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan

    standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh

    persekolahan yang ditetapkan.

    Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci

    mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh

    persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atauindikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard

    kandungan.

    KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan

    pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained)

    yang dinamakan sebagai modul.

    Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan

    nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid.

    Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas,

    modul teras to dan modul elektif.

    Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1

    Modul Teras Asas

    Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Gina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

  • 8/6/2019 modul kssr

    5/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Modul. Teras Tema

    Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains danTeknologi

    Modul Elektif

    Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK) Bahasa Iban Bahasa KadazandusunManakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata

    pelajaran teras dan mata pelajaran elektif.

    Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk murid-

    murid tahun empat.

    Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2

    Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi

    Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Modul Sains dan Teknologi Matematik Sains Reka Bentuk dan Teknologi / ICT

    Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani

    Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual

    Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai

    Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

  • 8/6/2019 modul kssr

    6/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Modul Kemanusiaan

    SejarahMata Pelajaran Elektif

    Modul Komunikasi Elektif

    Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun

    6. PentaksiranKSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan

    sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan

    kepada peperiksaan.

    Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang

    lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan

    dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid

    dalam pembelajaran.

    Aktivit i pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan

    mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapaisandard

    yang dite tapkan.

    7. Tiga Kemahiran baru merentas subjek.Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu

    membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta

    penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi

    memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa

    dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

    Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah

    diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10

    tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah t elah di tukar k e p a d a

    K u r i k u l u m Bersepadu Sekolah Rendah se be lu m Ke me nt er ia n Pelajaran

    menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003.

  • 8/6/2019 modul kssr

    7/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 7

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,

    kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

    kurikulum di sekolah.

    Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen

    kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang

    bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang

    holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi

    serta berkeperibadian mulia.

    Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah

    langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untukmerealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21,

    dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.

    Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan

    inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk

    berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan

    pembangunan (R&D) dalam bidang sains.

    Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elementersebut dalam proses pengaja ran dan pembe la jaran (P&P), namun masih terdapat

    banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya

    saing biarpun di peringkat global.

    Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor-

    masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan

    untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

    Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif daninovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana

    bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk

    membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.

    Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh

    disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa.

    Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki

    menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspekpembangunan negara.

  • 8/6/2019 modul kssr

    8/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 8

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR

    bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya

    mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat

    mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa

    hadapan.

    Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni-

    aga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum

    ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang

    keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang

    perniagaan.

    Sudah sampai masa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir-kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi

    tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada

    perkembangan ekonomi negara di masa hadapan.

    Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang

    perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns

    dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan

    global.Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan

    komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak-

    sanaan KSSR pada tahun hadapan.

    Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat

    meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan

    berkesan.

    Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu

    membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam

    mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di

    dalam bilik darjah sahaja.

  • 8/6/2019 modul kssr

    9/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 9

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    8. Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSRTRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi

    memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan

    yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan.

    Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah

    Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum

    Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif,

    para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi.

    Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran

    melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri

    oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran.Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi penge-

    tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid

    sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di

    bangku sekolah rendah.

    Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang

    berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu

    dan bahasa pengantar rasmi.

    Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk

    memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;

    1. Standard kandungan

    Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam

    suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    2. Standard pembelajaran

    Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti p e m b e l a j a r a n d a n pencapaian

    yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

  • 8/6/2019 modul kssr

    10/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 10

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    3. Pendekatan modular

    Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang

    diorganisasikan dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk

    modul iaitu:

    i. Modul Dengar Tuturii. Modul Membacaiii. Modul Menulisiv. Modul Seni Bahasav. Modul Tatabahasa

    4. Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur

    Berbentuk serampang dua mata:

    i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakanii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah

    pengajaran.

    Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah r e n d a h y a n g t e l a h

    ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berb ahasa khusus nya murid tahap

    satu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan

    berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial.

    Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah

    merangka beberapa strategi pengajaran dan

    pembelajaran untuk dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah;

    i. Berpusatkan muridi. Kepelbagaian teknik pengajaranii.

    Kepelbagaian sumber bahan

    iii. Penggunaan tatabahasa, yangtepativ. Memperkayakan bahan bacaan

    Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam

    pengajran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan

    lama. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan;

    i. Kemahiran berfikirii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

  • 8/6/2019 modul kssr

    11/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 11

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    iii. Kemahiran belajar cara belajariv. Kajian masa depanv. Kecerdasan pelbagaivi. Pembelajaran konstruktivismavii.Pembelajaran kontekstualviii. Kreativiti dan inovasiix. Keusahawanan

    Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan,

    pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia

    sekolah rendah tercapai.

    Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi

    dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat

    menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya;

    i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis,iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.

    Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan

    oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya;

    1.Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum Baca perkataan demi perkataan dalam setiap pernyataan untuk memahami

    maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara

    tersurat dan tersirat.

    Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. S e t i a p k e m a h i r a n utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan

    kemahiran sam pi ngan da lam setiap aktiviti;

    Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilihdan kehendak kurikulum.

  • 8/6/2019 modul kssr

    12/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 12

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    2. Peringkat perancangan pengajaran

    Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlahkemahiran fokus dan kemahiran sampingan;

    Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuaidengan kemahiran yang dipilih;

    Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiranyang dip i l i h ber sesuaian dengan masa pengajaran;

    Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja r a n d a np e m belajaran tersebut;

    Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajarandan pembelajaran yang sesuai dengan murid.

    3. Peringkat penyampaian pengajaran

    Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarikminat murid

    Bahan bantu mengajar yang sesuai; Aspek kawalan kelas; Aspek komunikasi; Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan

    ilmu yang disampaikan;

    Berlakunya pemulihan dan penggayaan.4. Aktiviti pengajaran yang sesuai

    Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasaikemahiran;

    Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arahmelahi rkan murid kreatif' dan inovatif;

    Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan; Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti

    murid menguasai kemahiran yang diperlukan.

  • 8/6/2019 modul kssr

    13/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 13

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    5. Penyampaian berkesan

    Mestilah mudah difahami oleh murid; Aktiviti mudah dilaksanakan; Aktiviti yang menarik dan di su ka i ol eh murid; Dapat menarik tumpuan murid.

    6. Peringkat Selepas Pengajaran

    A d an ya pr os es refleksi. Mengapa perlu refleksi? Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai

    mengapa?

    Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan? Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan? Adakah aktiviti dan kemah i ran ya ng dipihh tidak sesuai? Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi

    pengajaran berikutnya.

    9. Kemahiran mendengar dan bertutur.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat

    mulai 2011 bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah

    memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran (P&P).

    Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan objektif standard pembelajaran bagi

    kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi memasti keberkesanan KSSR ini.

    Antara objektif tersebut adalah;

    i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitarandengan teliti dan betul;

    ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;iii. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi

    dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan

    bergabung dengan betul dan tepat;

    iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dantepat;

  • 8/6/2019 modul kssr

    14/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 14

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    v. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lakeberdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;

    vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yangmengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua

    dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;

    vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yangdidengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan

    intonasi yang betul; dan

    viii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengantepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

    10. Terdapat 10 prinsip kemahiran mendengari. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran

    berbahasa;

    ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan. jelas;iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai

    kemahiran mendengar dan bertutur;

    iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkanpenguasaan kemahiran;

    v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa;vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep;

    vii. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain;viii. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa

    kepada sesuatu aktiviti;

    ix. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan murid menunjukkan kefahamanmereka melalui bahasa, aksi atau cara -cara la in yang berkesan;

    x.

    Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyakyang mungkin dan berserta dengan motivasi.

  • 8/6/2019 modul kssr

    15/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 15

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    11. Kemahiran mendengarKemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti,

    memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai

    situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula

    mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses penguasaan

    bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa.

    Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya,

    dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kah apa yang didengar daripada orang

    yang berada disekelilingnya.

    Perkembangan kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada tiga

    peringkat, iaitu

    1. Peringkat Awal

    i. Mengecam, mengajuk memilih bunyi;ii. Mendengar dan mengecam, makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;

    iii. Melakukan sesuatu yang disuruh;iv. Menjalankan perintah dan permintaan;v. Bertindak terhadap soalansoalan mudah;

    vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

    2. Peringkat Pertengahan

    i. Mengecam, dan mengingat fakta;ii. Mengenal maklumat khusus;

    iii. Mengesan urutan maklumat;iv. Mengenal sebab dan akibat;v. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi;

    vi. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap.

  • 8/6/2019 modul kssr

    16/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 16

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    3. Peringkat Maju

    i. Mengenal isi-isi penting;ii. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap;

    iii. Mentafsir maksud orang yang bercakap;iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;v. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar;

    vi. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan;vii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu.

    12. Kemahiran bertuturKemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama

    serta merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-

    kanak sebelum mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran membaca,dan menulis.

    Lisan adalah percakapan atau pertuturanyang merupakan kegiatan melahirkan

    bahasa melalui suara atau sebutan. Apabila mempunyai keinginan mempelajari

    sesuatu bahasa, keupayaan bercakap akan berlaku. Begitu juga apabila mahu

    membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain, keupayaan bertutur

    akan terjadi.

    Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat

    mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi.

    Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin

    hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif

    dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan ertatasusila. Penekanan

    juga diberi epada penggunaan tatabahasa yang betul.

    Perkembangan kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga pe-

    ringkat, iaitu

    1. Peringkat Awal

    i. Melafazkan, mengajuk, perkataan dan ayat yang yang didengar;

  • 8/6/2019 modul kssr

    17/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 17

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    ii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat;iii. Bertindak terhadap soalan mullah;iv. Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar.

    2. Peringkat Pertengahan.

    i. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar;ii. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman;

    iii. Menyoal dan menjawab soalan;iv. Memberi ucapan pendek;v. Perbualan mudah;

    vi. Memberi komen mudah;vii. Memberi ulasan, pendapat atau pandangan mudah.

    3. Peringkat Maju

    i. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,objek dan lain-lain;ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;iv. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan;v. Mendeklamasi puisi;

    vi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

  • 8/6/2019 modul kssr

    18/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 18

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    13. Pengajaran dan Pembelajaran menarik, pentaksiran holistik

    KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan

    pelbagai pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih

    penekanan serta kesan terhadap murid-murid.

    Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan,

    pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme,

    pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar

    bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P

    yang lebih menarik.

    Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang

    berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang

    pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka.

    Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang

    menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid

    tersebut.

    Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedahpentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan

    tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan.

    Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang

    lebih autentik dan holistik.

    Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara

    berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

    pembelajaran.Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut

    keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.

    Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua

    pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak

    berkepentingan.

  • 8/6/2019 modul kssr

    19/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 19

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    14. Bekalan buku teks selesai Disember 2010.PEMBEKALAN buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    (KSSR) 2011 ke sekolah-sekolah telah melebihi 80 peratus selesai di

    Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah

    Persekutuan Labuan sebanyak 30 peratus proses pembekalan telah berjaya

    diselesaikan.

    Proses pembekalan untuk kesemua negeri dijangka selesai pada minggu

    kedua Disember ini. Buku teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. la

    melibatkan Japan penerbit swasta dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang

    merangkumi 22 judul buku tahun satu.

    Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan

    pembekalan buku teks berkenaan sampai dan diterima oleh semua sekolah di

    seluruh negara supaya is dapat digunakan pada hari pertama sesi

    persekolahan tahun 2011.

    Senarai buku teks KSSR kegunaan tahun satu mulai 2011

    Ciri-ciri buku teks KSSR

    Terdapat dalam dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti Mengandungi nota guru untuk membantu cikgu menjalankan pengajaran danpembelajaran (P&P) dengan berkesan Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks kebuku aktiviti

    Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan

    aktiviti pemulihan

    Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiranpsikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagimemudahkan guru membuat rujukan

    Setiap kemahiran barn yang diperkenalkan akan diikuti dengan

    penilaian mudah untuk menaakul atau membuka kepada perbincangan

    Penulisan berbentuk modular di mans persembahan kandungan

    berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi subjek yang

    berkaitan

  • 8/6/2019 modul kssr

    20/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 20

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    15. Terdapat 1,380 minit semingguKEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah (KSSR) di sekolah rendah seluruh negara mulai 2011 ini.

    Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010 telah dikeluarkan bagi

    memaklumkan kepada guru besar dan guru-guru mengenai perlaksanaan KSSR

    itu. Menurut kementerian, KSSR telah melalui proses transformasi dan surat

    pekeliling mengenainya telah diedarkan. Setiap kandungan kurikulum telah

    diperkukuh dan ditambah baik.

    Mulai 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan

    pelajar sekolah tahun satu.

    Semua sekolah diwajibkan untuk mengikuti dokumen standard bagi setiap kurikulum

    KSSR.

    Sehubungan itu, jumlah masa yang diperuntukkan pula ialah selama 1,380 minit

    seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) 30 minit.

    Semua sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa ditetapkan

    KSSR. la juga meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul

    efektif mengikut kesediaan sekolah terutama dalam penyediaan guru, permintaan

    daripada murid dan prasarana sekolah.

    Dalam KSSR, beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk menjadikan pengajaran

    dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

    Pada tahap satu, kurikulum disusun dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul

    Teras Tema dan Modul Elektif.

    Modul Teras Asas merangkumi sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa

    Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Pendidikan

    Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

    Manakala Modul Teras Tema melibatkan Dunia Kesenian, Dunia Seni

    Visual, Dunia Muzik, Dunia Sains dan Teknologi.

    Modul Elektif pula ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

    (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa

    Kadazandusun.

  • 8/6/2019 modul kssr

    21/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 21

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    16.Peruntukan masa KSSR

    BIL MODULMASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

    SK SJKC SJKT

    MODUL TERUS ASAS

    1 Bahasa Malaysia 360 300 300

    2 Bahasa Inggeris 300 150 150

    3 Bahasa Cina - 360 -

    Bahasa Tamil 360

    4 Pendidikan Islam 180 120 120

    5 Pendidikan Moral 180 120 120

    6 Pendidikan Jasmani 60 60 60

    7 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

    8 Matematik 180 180 180

    MODUL TERUS TEMA

    9 Dunia Seni Visual 60 60 60

    Dunia Muzik 30 30 30

    Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

    10 B.Arab/BCSK/BTSK/B. 90 - -

    lban/B. Kadazandusun

    Perhimpunan 30 30 30

    Jumlah 1380 1380 1380

  • 8/6/2019 modul kssr

    22/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 22

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    17. Soal jawab mengenai KSSRMengapa KSSR perlu diperkenalkan ? Adakah kurikulum yang sedia ada tidak

    cukup baik?

    Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula

    dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada.

    Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan round. dibekalkan dengan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi

    menghadapi cabaran abad ke-21.

    Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah (KSSR). KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta

    mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek

    reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,

    bahan dan pengurusan kunkulum di sekolah.

    KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti

    kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan

    penekanan kepada kecemerlangan akademik.

    KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan

    bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskansekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan

    kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan,

    alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan.

    Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan

    mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga

    memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan

    inovasi, keusahawanan, dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi

    (TMK). Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika,

    mempunyai keyakinan dm, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan

    semangat perpaduan dan cintakan negara.

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang

    dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu

    yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21.

  • 8/6/2019 modul kssr

    23/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 23

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Bagaimana pihak sekolah akan menilai inovasi dan kreativiti pelajar di luar

    konteks Buku Teks? Adakah guru diberi kebebasan untuk mentafsir KSSR

    menurut fahaman masing-masing?KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif diamalkan dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah supaya menjadi amalan dan budaya dalam

    kalangan murid.

    Antara ciri murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan inovatif adalah

    seperti berikut:

    kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalahdan mencapai sesuatu objektif

    kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikirankreatif

    kebolehan untuk menghasilkan idea yang tulen, ash atau baru kebolehan meneroka bidang & teknologi baru kebolehan mencari jawapan

    yang bukan konvensional

    kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi &

    visualisasi

    Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan

    menterjemahkan kandungan kurikulum sewaktu proses P&P. Dalam konteks ini,

    guru perlu mengambil kira keperluan murid yang mempunyai Tatar belakang

    berbeza, kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan

    kandungan kurikulum. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagimemastikan murid mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata

    pelajaran.

  • 8/6/2019 modul kssr

    24/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 24

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Dalam KSSR, bagaimana guru dapat menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar

    melalui P&P?

    Guru perlu menggunakan pendekatan seperti berikut:

    Inkuiri penemuan Penyelesaian. masalah Konstruktivisme Kontekstual Pengajaran Berasaskan Masa Depan Pembelajaran Berasaskan ProjekPendekatan pengajaran. bersifat 'hands-on" dan "experiencial learning" yang

    dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul untuk

    meningkatkan keberkesanan murid membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian,

    pengitlakan dan kesimpulan serta, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    Apakah kriteria yang digunakan untuk mengukur kreativiti pelajar?

    Antara, kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif

    adalah seperti;

    kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapaisesuatu objektif

    kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif kebolehan untuk menghasilkan idea, yang tulen, ash atau baru kebolehan meneroka bidang & teknologi baru kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi

  • 8/6/2019 modul kssr

    25/26

    Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 25

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Bagaimana KSSR dapat memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama ada

    melalui kurikulum mahupun kokurikulum?

    Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR)

    memastikan murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang

    tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

    Gambarajah Reka Bentuk KSSR

    6 Tunjang

  • 8/6/2019 modul kssr

    26/26

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011KSSR

    Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah

    guru-guru yang terbabit dilatih?

    KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan

    sebagaimana dihasratkan. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:-

    A. Kursus Orientasi KSSR kepada:

    Jurulatih Utama - semua mata pelajaran Guru mata pelajaran

    B. Kursus Pendedahan KSSR

    Guru Besar dan pentadbir sekolah Jabatan Pelajaran Negeri, PPD Bahagian KPMIPGM, BPG, BPSH, JNJK, IAB, LPM, BBT

    C. Penyebaran Umum kepada; ibu bapa, masyarakat, NGO & Warga Pendidik.

    Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum, ialah:

    Interaksi bersemuka: Perayaan Hari Guru, Perhimpunan Kebangsaan Guru1Malaysia, Hari temu Pelanggan, Program Jom Heboh TV3, pameran, taklimat

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR, laman web BPK Media Cetak: akhbar, majalah, iklan Media Elektronik: ASTRO, RTM, TV3 Penerbitan bahan: brosur, buku penerangan, cd