modul ppg bmm3101[1]
TRANSCRIPT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL BAHASA MELAYU
BMM 3101
PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2
Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
3
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan
berdisiplin.
Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
4
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru ii
Kata Alu-aluan iv
Panduan Pembelajaran v
Pengenalan vii
Agihan Tajuk viii
Tajuk Pembelajaran Tajuk 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan. 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka tajuk 1.4 Kandungan Tajuk 2. Konsep Penggabungjalinan dan Penyerapan (“ 5 P “ ) 2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka tajuk 2.4 Kandungan Tajuk 3. Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian (“5P”) 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka tajuk 3.4 Kandungan Tajuk 4. Kemahiran Bernilai Tambah : Konstruktivisme dan Konstekstual 4.1 Sinopsis 4.2 Hasil Pembelajaran 4.3 Kerangka tajuk 4.4 Kandungan Tajuk 5. Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan 5.1 Sinopsis
KANDUNGAN
MUKA SURAT
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
5
5.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka tajuk 5.4 Kandungan
Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurnian Modul
Ikon Modul
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
6
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
PANDUAN PELAJAR
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
7
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
Pengenalan
Kursus Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3101)
merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah.
Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:-
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi
Kandungan.
Konsep Penggabungjalinan dan Penyerapan ( “5P”)
Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian („5P”)
Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar Cara
Belajar
Kemahiran Bernilai Tambah: Kajian Masa Depan
Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan aktiviti bagi
setiap tajuk dan diakhirnya pula para pelajar akan melaksanakan 2 latihan utama modul
ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
8
AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran melalui modul.
Bil. Kandungan Jam
Tarikh Interaksi Bersemuka
1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan
Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran
Objektif: mendengar-bertutur, membaca, menulis
Organisasi kandungan: kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, pengisian kurikulum.
3
2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran 1.0 – 2.0
Penghuraian hasil pembelajaran
Contoh aktiviti
3
3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran 3.0 – 4.0
Penghuraian hasil pembelajaran
Contoh aktiviti
3
4 Kemahiran Membaca
Kemahiran 5.0 – 7.0
Penghuraian hasil pembelajaran
Contoh aktiviti
3
5 Kemahiran Menulis
Kemahiran 8.0 – 11.0
Penghuraian hasil pembelajaran
Contoh aktiviti
3
6 Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran Tahap 1
Hasil Pembelajaran
Aras pembelajaran
Contoh aktiviti
3
7 Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran Tahap 2
Hasil Pembelajaran
Aras pembelajaran
Contoh aktiviti
3
8 Konsep Penggabungjalinan dan Penyerapan (“5P”)
Takrifan Penggabungjalinan dan Penyerapan
Contoh aktiviti
3
9 Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian (“5P”)
Takrifan Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian
Contoh aktiviti
3
10 Pengisian Kurikulum: Ilmu, Nilai, Kewarganegaraan, 3
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
9
Peraturan Sosiobudaya
Takrifan
Contoh pengisian kurikulum
11 Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar Cara Belajar
Takrifan Contoh aktiviti dalam p & p Bahasa Melayu
3
12 Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kecerdasan Pelbagai
Takrifan
Contoh aktiviti dalam p & p Bahasa Melayu
3
13 Kemahiran Bernilai Tambah: Konstruktivisme dan Kontekstual
Takrifan
Contoh aktiviti dalam p & p Bahasa Melayu
3
14 Kemahiran Bernilai Tambah: Kajian Masa Depan
Takrifan
Aplikasi dalam langkah pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
3
15 Sistem Bahasa
Tatabahasa
Sistem ejaan, sebutan, dan intonasi
Kosa kata dan peribahasa
3
JUMLAH
45
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
10
1.1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan nya. Dalam unit
ini , pelajar akan dipandu untuk memahami bagaimana Falsafah Pendidikan Negara
mempunyai perkaitan dan dimanifestasikan dalam objektif dan sukatan pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah. Objektif Sukatan Pelajaran Bhasa Melayu juga akan
dibincangkan melibatkan empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Dalam aspek organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah, aspek kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa
dan juga pengisian kurikulum juga akan dibincangkan.
1.2 Hasil Pembelajaran
i. Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi
kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
ii. Menganalisis dan menghuraikan objektif sukatan pelajaran yang meliputi
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
iii. Menganalisis dan menghuraikan organisasi kandungan iaitu kemahiran
bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.
Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif
dan Organisasi Kandungan
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
11
1.3 Kerangka Konsep Tajuk 1
1.3.1 Falsafah Pendidikan Negara Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan,
Perkaitan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
dengan Matlamat dan
Objektif
Sukatan
Pembelajaran
Objektif:-
Mendengar
Bertutur
Membaca
Menulis
Organisasi Kandungan:-
Kemahiran bahasa
Hasil pembelajaran
Sistem bahasa
Pengisian kurikulum
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
12
Aktiviti 1 – Perbincangan
Apakah yang dimaksudkan dengan “ insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani?
Bagaimanakah aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diaplikasikan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah?
1.3.2 Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan
kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid
menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini
memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan
kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan
pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum
Bahasa Melayu.
1.3.3 Matlamat
Matlamat kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang diajarkan
kepada murid-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
berinteraksi dan mengendalikan urusan harian.
Aktiviti 2
Bentuk kumpulan dan bentangkan kepada kelas bagaimana matlamat
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi boleh dibentuk dalam
kalangan pelajar. Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan
serta pensyarah anda dan dibentangkan di hadapan kelas.
Selamat berbincang !
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
13
1.3.4 Objektif
Apakah unsur-unsur FPK yang mempunyai perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah ?
Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai perkaitan dengan objektif
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah?
Telitilah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berikut:-
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda
sepatutnya dapat:-
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
ii. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam
pelbagai situasi.
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan
untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis
v. Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya
pembelajaran berterusan
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan
berunsur pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang
sesuai dan betul;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,
dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera
dan karya berunsur ilmu; dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
14
1.3.5 Organisasi Kandungan
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal berfokuskan hasil
pembelajaran ini, adalah berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan
dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.
1.3.1 Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran bahasa juga merupakan teras penguasaan bahasa baku.
1.3.2 Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum
Bahasa Melayu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kemahiran Bahasa
Hasil Organisasi
Kandungan
Sistem Bahasa
Pengisian Kurikulum
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
15
HASIL PEMBELAJARAN
Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu
Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan
pengisian kurikulum
Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
1.3.3 Sistem Bahasa
Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa,
ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
1.4.2 Konsep Hasil Pembelajaran
Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu
Dapat dicapai dengan mengabungjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum
Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid
Tatabahasa
Morfologi
Sintaksis
Kosa Kata
Umum
Istilah
Peribahasa
Bahasa Kiasan
Simpulan Bahasa
Perumpamaan
Pepatah
Perbilangan
Sistem Ejaan
Pola keselarasan vokal
Ejaan kata pinjaman
Ejaan kata dasar dan kata pinjaman
Sebutan
Bahasa Melayu Baku
Intonasi mengikut pola
Jenis ayat
Susunan ayat
Ragam ayat
SISTEM
BAHASA
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
16
Aktiviti 3
1. Huraikan perkaitan FPN dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah.
2. Sediakan satu RPH P&P Bahasa Melayu Tahun 4 yang mengaplikasikan
konsep FPN.
Arahan
Soalan 1 dibincangkan bersama rakan anda dalam kumpulan dan
dibentangkan.
Soalan 2 dijawab dalam bentuk esei dan diserahkan kepada pensyarah
anda untuk dinilai.
Tajuk 2
Konsep Penggabungjalinan , Penyerapan dan Konsep 5P
2.1. Sinopsis
Tajuk ini membincangkan konsep dan jenis penggabungjalinan dan
menjelaskan konsep serta bentuk penyerapan yang perlu dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas KBSR.
2.2. Hasil pembelajaran.
i. Melaksanakan aktiviti gabung jalin dalam pengajaran Bahasa Melayu.
ii. Melaksanakan aktiviti penyerapan pelbagai unsur dalam pengajaran
Bahasa Melayu.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
17
2.3 KONSEP 5P Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P?. Konsep ini merupakan strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P
juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan
pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P
menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
PENGGABUNG-
JALINAN DAN
PENYERAPAN
TUJUAN
PENGGABUNG-
JALINAN
PRINSIP G/JALIN
BENTUK
AKTIVITI
KONSEP
PENYERAPAN
TUJUAN
CONTOH
AKTIVITI
LATIHAN
PEMANTAPAN
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
18
Rajah : Konsep 5P
2.4. Penggabungjalinan Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan? Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan
supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai
urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk
menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling
melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan.
2.4.1. Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:
a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
2.4.2. Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.
5P
Penggabungjalinan
Penyerapan
Pengayaan Pemulihan
Penilaian
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
19
2.4.3. Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan : 1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
i. Penggabungjalinan Kemahiran
Rajah 1: Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam Satu Mata Pelajaran
Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran
ii. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh mengabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut
keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan
kefahaman, dan tulisan.
K1
K2 K3
K1
K2 K4
BM K3
K1-Kemahiran Mendengar K2-Kemahiraan Bertutur K3-Kemahiran Membaca K4-Kemahiran Menulis BM-Bahasa Melayu
K1-Kemahiran Bahasa K2-Kemahiran Muzik K3-Kemahiran Seni BM-Bahasa Melayu
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
20
Aktiviti
Lisan
Bacaan dan Kefahaman
Tulisan
Berbual Berbincang Bertemu ramah Berbahas Berceramah Bercerita Berlakon
Memaham Mengesan isi penting Meringkas Membuat ayat Memberi makna Menghurai ungkapan
Esei Laporan Ulasan Ucapan Arahan Iklan Mencatat isi
Rajah 3: Penggabungjalinan Aktiviti
Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan
aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.
Contoh:
a. Berceramah → mencatat isi
b. Bercerita → berbincang → menulis karangan
c. Membaca → mengesan isi → mengulas → menulis ulasan
iii. Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan
keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh
digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut:
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
21
Bahan
Bahan utama (Petikan)
Bahan sokongan (Bahan rangsangan)
Bahan lisan (Rakaman)
Rencana Laporan Berita Ucapan Komentar Pengumuman Ulasan Iklan
Gambar Data Rajah Graf Carta
Ucapan Ulasan Komentar Laporan Temu bual Pengumuman Wawancara
Rajah 4: Penggabungjalinan Bahan
Anda boleh menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang
diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan yang baik.
Lihat contoh yang berikut:
1. Berita → ulasan
2. Iklan → surat permohonan → temu duga → surat jawapan.
2.4.4. Contoh penggabungjalinan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
Tajuk pelajaran : Jasa Ibu
Langkah 1 : Murid membaca sajak bertajuk “jasa ibu”.(kemahiran membaca)
Langkah II : Murid bercerita tentang jasa ibu mereka.(kemahiran lisan)
Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaiman membalas
Jasa ibu dan membuat pembentangan.(kemahiran lisan)
Langkah IV : Murid menulis ayat-ayat tentang keistimewaan ibu
mereka ( kemahiran menulis)
Langkah V : Murid mencipta kad Hari Lahir ibu dan mewarnakannya..
(kemahiran Seni Visual)
Penutup : Murid menyanyi lagu ibu dan melakukan pergerakan.
(kemahian muzik)
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
22
2.5. Penyerapan Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau
unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan
kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian
masa depan boleh diserapkan.
Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek
pembelajaran dan aspek komunikasi.
2.5.1 Tujuan Penyerapan.
Aspek ini boleh membantu murid untuk :
a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan
peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;
b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;
c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;
d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;
e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan
f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.
g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan
perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan
intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;
h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan diri; dan
i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima
oleh rakan sebaya dan masyarakat.
2.5.2. Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu :
i. Ilmu Pengetahuan.
Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti
Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian
Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
23
digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata
pelajaran lain.
Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.
Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.
Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.
ii. Nilai murni.
Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan
secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai
murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.
Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan
secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai
murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti
gerak kerja kumpulan dan kerja projek.
Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak
mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu
dengan lain.
iv. Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan
pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen
individu terhadap bangsa dan negara.
v. Peraturan sosio-budaya.
Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan
bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam nasyarakat
Malaysia.Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
24
vi. Kemahiran Bernilaian Tambah.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi
membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar
pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.
2.6. Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Subjek : Bahasa Melayu
Tahun : 4
Tema: Keluargaku Sayang
Tajuk: Keluarga Bahagia
Kemahiran: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Contoh aktiviti :
Menulis ayat tunggal
Menulis ayat majmuk
Melukis gambar aktiviti keluarga ( Pendidikan Seni)
Menyenaraikan sifat-sifat anak yang baik ( Agama Islam / Moral)
2.6.1 Aktiviti
Bincangkan bersama rakan-rakan anda bagaimanakah proses pengaplikasian
aktiviti penggabungjalinan dan penyerapan boleh membantu proses
pembelajaran pelajar secara menyeluruh.
Bentangkan dan bincangkan hasil dapatan anda.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
25
Tajuk 3
Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian
(5P)
3.1 Sinopsis
Tajuk ini akan menghuraikan konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian yang
terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu . Tiga konsep ini yang merupakan
sebahagian daripada komponen Konsep 5P akan diterangkan secara khusus dan
dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana konsep
ini diaplikasikan dalam P&P. Perbincangan, aktiviti dan latihan disediakan untuk
memantapkan pemahaman anda mengenai tajuk ini.
3.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:-
i. Menghuraikan konsep pengayaan, pemulihan dan penilaian dan hubungannya
dengan P&P Bahasa Melayu.
ii. Menghasilkan RPH yang menunjukkan konsep berkenaan dalam P&P.
3.4 Kerangka Konsep
Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian
TTaakkrriiffaann ddaann hhuurraaiiaann kkoonnsseepp
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
26
3.3 Takrifan Pengayaan
.
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,
daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid
sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan
daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid
selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan
kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan
akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan
minat mereka dalam bidang tertentu.
Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pengayaan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?
3.4 Objektif Pengayaan Di bawah ini, dicatatkan beberapa objektif pengayaan. Selepas membacanya, cuba
bincangkan dengan rakan anda:
a. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk
memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;
b. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;
c. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai
sesuatu hasil kerja sendiri;
d. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai
bahan dan sumber pengetahuan;
e. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup.
3.5 Aktiviti Pengayaan
Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
27
a. Menggunakan daya usaha sendiri;
b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan
eksperimental;
d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas; dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah:
Pembelajaran akses kendiri;
Kerja projek;
Bacaan tambahan;
Permainan dan rekreasi; dan
Pembelajaran berbantukan komputer.
3.6 Takrifan Pemulihan
Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi
kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru
lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja
masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-
murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara
mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
3.7 Objektif program pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:
a) Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan
mereka;
b) Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan
dan perkembangan mental individu;
c) Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;
d) Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang
lebih maju;
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
28
e) Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
f) Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri
dan berdikari;
g) Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang
bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pemulihan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?
3.8 Takrifan Penilaian
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of
delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik
untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian
merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan
mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.
.
Rajah 1: Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian
PENILAIAN
PEMULIHAN PENGAYAAN
PENILAIAN
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
29
3.9 Jenis-jenis Penilaian
Tahukah anda?
Nota Ringkas:-
i. Ujian Formatif
ii. Ujian Sumatif
i. Perbezaan ujian formatif dan sumatif
Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif
1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.
Fungsi
1. Pensijilan atau penggredan
2. Sepanjang pengajaran
Masa
2. Pada akhir unit/kursus
3. Kognitif, psikomotor dan afektif
Penekanan
3.Kognitif
4. Terhad kepada tugasan
Sifat
4. Beraneka jenis
5. Berubah-ubah
Kesukaran
5. Senang – sukar
6. Dibentuk khas
Alat
6. Peperiksaan akhir tahun
7. Rujukan kriteria
Jenis ujian
7.Rujukan norma
3.10 Aktiviti Penilaian Bahasa
Bagaimanakah anda hendak menilai kemahiran bahasa dalam P&P anda? Berikut
merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh anda lakukan;
Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara
kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran,
jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
30
3.11 Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod
bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat
beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain
portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan
untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
i. Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina.
Portfolio Kerja Harian
Portfolio Hasil Terbaik
Portfolio Dokumen
ii. Bagaimana menilai portfolio?
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan
kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan
dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil
pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-
balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
31
Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang
lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang
pelajar dengan pelajar lain sahaja.
3.12 Penilaian Melalui Pemerhatian.
i. Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian
Bentuk Perancangan
Jenis-jenis Pemerhatian
3.13 Aktiviti 1
1. Bincangkan bersama kumpulan anda bagaimana aktiviti pengayaan, pemulihan
dan penilaian digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah.
2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan
penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan
kaedah penilaian tersebut.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
32
Tajuk 4
Kemahiran Bernilai Tambah:
Konstruktivisme dan Kontekstual
4.1 Sinopsis
Tajuk ini akan membincangkan aspek konstruktivisme dan kontekstual dalam
Kemahiran Bernilai Tambah .KBT mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah
sesuai dengan situasi kehidupan sebenar murid serta senario dunia global. Sehubungan
dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi
keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang akan
dibincangkan dalam tajuk akan memberikan tumpuan khusus kepada sspek Kemahiran
Konstruktivisme dan Kontekstual dalam P&P Bahasa Melayu sekolah rendah.
4.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:-
i. Menghuraikan aspek-aspek dalam P&P yang boleh dikaitkan dengan
Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual.
ii. Mengaplikasikan Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual
dalam P&P.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
33
Rajah 1: Kerangka tajuk KBT : Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran
Kontekstual
4.3 Takrifan Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik
berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan daripada orang lain (Mc Brien & Brandt, 1997).
Selain itu Briner,M, 1999 juga menyatakan murid membina pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dengan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Rumusannya, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid-murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
KONSEP
KONSTEKS-
TUAL
CONTOH
AKTIVITI
P&P
KONSEP
KONSTRUK-
TIVISME
KEMAHIRAN
BERNILAI
TAMBAH
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
34
4.4 Contoh aktiviti dalam P&P Bahasa Melayu
i. Objektif : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula
dengan huruf “T” dengan imbuhan “me”
ii. Tajuk : Tatabahasa- Imbuhan Kata Kerja ( Awalan “me-“ untuk kata dasar yang
bermula dengan huruf “t”.
iii. Tahun 6
iv. BBM : Kad gambar
v. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui yang kata terbitan terdiri
daripada imbuhan dan kata dasar.
vi. Aktiviti:
Murid ditunjukkan gambar orang sedang menulis, menendang bola,
menumbuk sambal, menarik lembu dan menonton televisyen.
Pelajar menulis ayat berkaitan dengan gambar dan menggarisi kata
kerja berimbuhan seperti menulis, menendang dan sebagainya.
Murid menentukan kata dasar bagi perkataan ini dan
menyenaraikannya dalam jadual.
Kata Terbitan Kata dasar
menulis
tulis
Murid diberikan kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru.
Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan “me-“ diletakkan pada
awal kata dasar ini.
Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi.
Murid membaca ayat-ayat berikut:-
Salleh menangis apabila dimarahi gurunya.
Rosma menambah gula ke dalam minumannya.
Sambil menyelam Roslan telah mentelan air.
Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan-
perkataan yang bergaris dan memberikan sebab.
Murid merumus peraturan yang mereka gunakan apabila menghubungkan kata
dasar yang bermula dengan huruf “t” dengan imbuhan “me”
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
35
Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf “t” tetapi tidak
mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah.
4.5 Kemahiran Kontekstual
Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan
situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara
pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga,
warga masyarakat dan pekerja.
Kaedah kontekstual merupakan kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual
itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan
konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam
kehidupan seharian mereka.
Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat hubungkait antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.Hal Ini berlaku
oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan motivasi pelajar tidak tersentuh
melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak),
namun mereka perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya
dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat
mereka menjalani kehidupan dan bekerja.
Bagaimana Kemahiran Kontekstual berlaku?
Berdasarkan kemahiran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga
sesuatu ilmu itu membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan
mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka
sendiri).
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan
mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Hal Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan
yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
36
Cuba anda bincangkan faedahnya kepada pendidik?
Kemahiran kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh
termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran
yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui hubungan yang
bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam nyata.
4.6 Contoh Aktiviti Kemahiran Kontekstual dalam P&P Bahasa Melayu
Subjek : Bahasa Melayu Tahun 4
Tema: Unit 12 Keajaiban Alam
Tajuk : Sirih dan Pegaga
Kemahiran: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aktiviti:-
Lawatan ke taman herba
Mengenal pasti pokok herba terutama sirih dan pegaga
Berbincang mengenai kegunaan herba berkenaan
Membina frasa , ayat dan esei ringkas mengenai herba berkenaan.
Aktiviti memproses herba/ daun pegaga untuk minuman kesihatan
4.7 Latihan
5.7.1 Huraikan bagaimanakah kemahiran kontekstual digunakan untuk P&P karangan
Bahasa Melayu Tahun 4 yang bertajuk “ Pertanian” kepada pelajar-pelajar sekolah
orang asli di sebuah kawasan pedalaman.
5.5.2 Sediakan satu set aktiviti untuk P&P karangan Bahasa Melayu Tahun 6 yang
mengaplikasikan kemahiran kontekstual bagi tajuk-tajuk di bawah:-
Semangat patriotisme
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
37
Inginkan rujukan lanjut? Berikut ialah contoh laman web yang anda boleh
gunakan. http://www.scribd.com/doc/3951685/PENDEKATAN-KONTEKSTUAL-
DALAM-PEMBELAJARAN
Tajuk 5
Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan
5.1. Sinopsis.
Tajuk ini membantu guru memahami dan menggunakan Kajian Masa Depan di
dalam bilik darjah.
5.2. Hasil Pembelajaran.
i. Memahami konsep utama kajian masa depan.
ii. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran kajian masa
depan
iii. Mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
38
Rajah : KBT : Kajian Masa Depan
5.3 Konsep
Kajian masa depan merupakan satu pendekatan pengajaran untuk mendidik
murid agar lebih prihatin terhadap sesuatau perkara atau isu yang berlaku pada
masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal Ini bermakna, murid akan
membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengandaikan perubahan yang
akan berlaku supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Kajian masa
depan juga akan menyediakan generasi baru dengan bekalan ilmu untuk
menghadapi cabaran, dugaan dan perubahan. Pelajar boleh merancang masa
depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
berwawasan, rasional, kreatif serta bersifat dinamik yang boleh menerima serta
menangani perubahan. Situasi masa depan sukar diramal kerana perubahan
sentiasa berlaku. Justeru, kita perlu tahu bagaimana meramal dan menangani
masa depan.
KONSEP-
KONSEP
KAJIAN MASA
DEPAN & HURAIAN
AKTIVITI
P&P
LATIHAN
TAKRIFAN
KAJIAN
MASA
DEPAN
KEMAHIRAN
BERNILAI
TAMBAH
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
39
5.4. Proses Pengajaran Kajian Masa Depan.
i. Mengenal pasti isu-isu.
ii. Mengetahui dan mengamalkan kemahiran
ii. Meneroka pilihan dan strategi alternatif
iii. Memahami apa yang dibuat atau difikir boleh memberi pengaruh.
iv. Meningkat keupayaan diri.
v. Mengenal pasti dan menghasilkan inovasi dan citaan sosial.
vi. Memahami bahawa kita hidup di dunia untuk melakukan amalan yang
baik.
vii. Menghubungkaitkan sistem nilai masyarakat Malaysia dalam usaha
menangani isu
5.5. Objektif Pengajaran Kajian Masa Depan.
i. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
ii. Membina sikap dan nilai masa depan.
iii. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian nasa depan.
iv. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal nasa depan
v. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal
masa depan
vi. Menyemai semangat optimistik tentang masa depan.
vii. Menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.
viii. Melatih untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
ix. Menentukan hala tuju
5.6. Kemahiran dan Aplikasi P&P Kajian Masa Depan.
Kemahiran
khusus kajian
masa depan
Penjelasan
Aplikasi P&P
Pemahaman
konsep kajian
masa depan
Masa lalu,masa kini dan masa depan
saling berkaitan antara satu sama lain.
Segala tindakan dan peristiwa semasa
ada kaitan dengan masa lalu. Masa
depan dibina oleh tindakan, keputusan
dan peristiwa yang berlaku sekarang.
Proses mengenal pasti pilihan dengan
i. Membuat metafora masa
depan
ii. Membandingkan aspek
peredaran masa
iii. Membandingkan budaya
yang kekal dan budaya
yang berubah
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
40
alternatif memerlukan pemahaman
tentang trend ekonomi, teknologi baru
dan perubahan sosial, persekitaran
setempat negara dan peringkat
antarabangsa.
iv. Meninjau perhubungan
dan perkaitan antara masa
lalu,masa kini dan masa
depan,
Pengumpulan
maklumat
Pengumpulan dan analisis maklumat
membolehkan kita memahami data
masa lalu dan masa kini untuk
menentukan trend masa depan serta
membuat keputusan tentang sesuatu
perkara.
Maklumat akan dipilih,ditapis dan dinilai
untuk menghasilkan sesuatu yang
releven dan sesuai
i.Menyediakan dan
menyimpan fail
berdasarkan tema yang
dipilih.
ii. Folio kajian masa depan.
Maklumat terkini bagi isu-
isu yang berkaitan dengan
perkembangan sains dan
teknologi. Bahan diperoleh
daripada surat khabar,
majalah, CD, internet dan
pengkalan data.
Ramalan dan
analisis
Teknik ramalan dan analisis melibatkan
proses mengenal pasti kesan atau
akibat sesuatu perubahan berdasarkan
pengetahuan dan maklumat sedia ada.
Teknik ramalan dan analisis cuba
membuat bayangan dan andaian
tentang sesuatu perubahan atau
perkembangan teknologi
Mengambil kira implikasi perubahan
luaran sesuatu masalah, idea
baru,konflik yang mungkin timbul untuk
membuat pilihan dan mencari
penyelesaian.
i.Peta minda
ii. Roda masa depan.
iii. Garis masa
iv. Kitaran perubahan
v. Memberi pandangan
tentang sesuatu
pembaharuan dan
membuat pilihan berhubung
dengan penemuan baru.
vi. Menggunakan imaginasi
untuk menggambarkan
sesuatu keadaan masa
depan dan mengemukakan
pendekatan dan analisis
untuk membina agenda alaf
baru.
Imaginasi dan
kreativiti
Pencetusan dan pencambahan idea
baru ini membantu kita ke arah
i. Berita masa depan
menggabungjalinkan
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
41
mengasilkan idea inovatif untuk
meneroka dan membina masa depan
Kemahiran imaginasi dan kreativiti yang
tidak ada had, bebas dan melangkaui
batasan pemikiran.
proses penaakulan dan
kreativiti dengan lebih
mementingkan kemahiran
asas
Main peranan dalam
pelbagai situasi.Guru
menyediakan murid dengan
konsep,pemahaman dan
senario masa depan.
ii.Lembaran tugasan-
menentukan isu dan
mengumpul item bahan
daripada
internet,majalah,surat
khabar.
iii. Jenaka,kartun dan
simbol melalui
lukisan,simbol dan tanda
tanpa perkataan bagi
menyampaikan idea dan
isu penting masa depan.
iv.Fantasi dan fiksyen
sains.
Melalui penulisan fantasi
dapat merangsang
pemikiran kreatif dan kritis
Strategi
mengatasi
cabaran
Remaja selalu menunjukkan sifat
prihatin dan kebimbangan tentang masa
depan
Strategi mengatasi cabaran membantu
membina rasa optimis dan keyakinan
diri serta menangani masalah untuk
mengurangkan kebimbangan
Membantu seseorang memfokuskan
pandangan dan respon terhadap masa
depan.
i. Aktiviti persediaan
membolehkan murd berani
menyatakan pandangan.
ii. Memberi pandangan dan
respon terhadap peristiwa,
perubahan dan
pembaharuan.
iii. Pandangan terhadap
masa depan
iv. Strategi mengatasi
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
42
Murid membina kemahiran berikut :
Mengemukakan idea den
perasaan.
Berkomunikasi
Isu,masalah dan peluang
Menyatakan kebimbangan
Menangani masalah
cabaran.
Membina keyakinan diri
dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi
Proses inovasi
sosial
Merupakan cara baru untuk
menyelesaikan masalah sosial atau
meningkatkan kualiti hidup.
Teknik ini untuk mengajar kemahiran
penyelesaian masalah.
Ketidakseimbangan kesan
pekembangan teknologi.
Dengan penggunaan teknik ini manusia
dapat meningkatkan kualiti hidup pada
masa hadapan.Teknik ini juga memberi
respon terhadap masalah utama dan
dilema dalam hidup.Teknik ini
membolehkan manusia menangani
masalah sosial sebelum masalah itu
menjadi satu krisis.
Penghijrahan ke bandar mewujudkan
proses inovasi sosial.Hal ini
menyebabkan manusia menggunakan
pelbagai inovasi dalam kehidupan bagi
menyelesaikan masalah tersebut,
contohnya inovasi sistem
pengangkutan, bangunan pencakar
langit dan proses pelupusan sampah.
Menjalankan peringkat
dalam proses berdasarkan
peringkat berikut :
Menyoal untuk
menentukan
masalah
Sumbang saran
untuk penyelesaian
masalah
Menilai
kebolehlaksanaan
idea.
Merancang pelan
tindakan
Menjalankan proses
inovasi
Mengenal pasti contoh
inovasi sosial dalam
negara.
Aktiviti:
Mengenal pasti
proses inovasi
Melibatkan proses
inovasi
Membina
senario
Senario ialah satu gambaran dalaman
yang jelas tentang masa depan.
Membantu pelajar membina gambaran
i. Cara membina senario
ii. Perbahasan kelebihan
dan kelemahan senario
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
43
jelas tentang situasi masa depan.
Senario ini boleh dibina dalam benuk
tulisan, cerita, lukisan atau pun puisi.
Senario juga boleh disampaikan dalam
bentuk bukan tulisan seperti
lukisan,rajah,graf,carta,carta pai,jadual
dan statistik
dalam pelbagai situasi
Penjelasan
nilai dan masa
depan.
Penjelasan nilai dan masa depan
melibatkan murid mengkaji tanggung
jawab masyarakat dan sekolah tentang
hak dan keperluan generasi akan
datang.
Proses ini mengajar murid berfikir dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang
boleh memandu tindakan atau pilihan
masa sekarang supaya meninggalkan
kesan positif pada generasi akan
datang.
Murid akan memllih nilai yang memberi
keyakinan kepada mereka untuk
memilih masa depan yang diingini
Bagi membolehkan murid berfikr
tentang nilai murni yang diamalkan
sekarang akan memberi kesan positif
kepada masyarakat akan datang.
Aktiviti persediaan.
-Murid memahami
kedudukan diri dalam
keluarga dan menjalankan
nilai-nilai yang dihargai
dalam keluarga.
Ingatkan konsep perkara
yang kekal dan yang
berubah dalam kehidupan.
Membuat pilihan nilai
sebagai respon kepada
perubahan persekitaran
sosial dan fizikal.
Menyedari dunia bukan
sahaja milik kita tetapi juga
milik generasi akan datang.
Dimensi
Kemapanan
Bermaksud memberi
kesedaran,menghargai dan menilai
semula serta mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam meneroka jalan ke-
arah mewujudkan negara maju dan
masyarakat yang mapan.Setiap pihak
Nikmat alam
Memelihara dan memahami
persekitaran.
ii. Menjana sumber
kehidupan
iii. Pemilihan had
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
44
perlu mengekalkan kesejahteraan hidup
Keupayaan kita mencorak dan
membentuk masa depan dunia dan
kesejahteraan hidp.Memberi kesedaran
supaya menghargai dan menilai semula
dan mengambil tindak sewajarnya
dalam meneroka hala tuju supaya
dihargai oleh genarasi sekarang dan
akan datang.
perkembangan
Menentukan penggunaan
sumber alam untuk
mengurangkan pembaziran
supaya tidak pupus.
iv. Mengekalkan keamanan
dunia.
Mencari langkah dan
tanggungjawab
mengekalkan keamanan
5.7. Pengajaran dan pembelajaran kajian masa depan.
Pengajaran dan pembelajaran penyerapan unsur kajian masa depan dijalan
melalui 3 cara :
i. Menggunakan matrik sepenuhnya.
ii. Menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran.
iii. Mengunakan unsur-unsur kajian masa depan sebagai set induksi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5.7.1. Perancangan pengajaran berasaskan kajian masa depan
i. Pilih isu atau tema yang releven.
ii. Menyediakan satu perancangan yang strategik
iv. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
v. Boleh diaplikasikan sebagai projek kerja ko-kurikulum
vi. Peranan guru sebagai fasilitator.
Aktiviti 1.
1. Senaraikan satu set aktiviti berasaskan KBT: Kajian Masa Depan
mengenai tajuk “ Keburukan Merokok” untuk Bahasa Melayu Tahun
6.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
45
Tahniah !
Anda telah berjaya menamatkan Modul Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah dengan jayanya. Untuk memastikan anda benar-benar menguasai
modul ini, berikut disediakan 2 soalan untuk anda jawab.
1. Apakah yang anda faham mengenai maksud sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran?
2. Pilih salah satu tajuk daripada modul ini dan buat satu esei
mengenai tajuk berkenaan. Huraian anda dalam esei berkenaan
hendaklah dikaitkan dengan proses P&P Bahasa Melayu di sekolah
rendah.
Arahan:-
Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.
Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada
pensyarah/tutor anda.
________________________________MODUL TAMAT_________________________
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
46
RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood. (2006). “Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu”dalam Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu: Kemahiran bernilai Tambah. Tanjung Malim: Penerbit UPSI. Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 – Tahun 6)
Kamarudin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998). Pengajian Melayu 5 dan 6 (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Nik Safiah Karim et. al. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Semakan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. Sabran ( 1985 ). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
47
PANEL PENGGUBALAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
PN. AMINAH BT. OTHMAN
Pensyarah,
IPGM Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur
Kelulusan:
B.Litt.Hons.(Linguistik/Sastera) UKM
Diploma Pendidikan -UKM
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Melayu (18 tahun)
Guru Sekolah Menengah (10 tahun)
EN. NORDIN BIN SHAARI
Pensyarah,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPGM Kampus Dato‟ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu.
Kelulusan:
M.Ed. ( Psikologi Pendidikan ) USM
Sarjana Muda Pengajian Melayu ( Bahasa
Melayu / Sosio-Budaya Melayu ) UM
Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu) MPKB
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Melayu ( 3 tahun)
Guru Bahasa Melayu ( 26 tahun)
CIK NORLIZA BINTI YUSOF
Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (dengan kepujian) UPSI
Sijil Perguruan Pengajian Melayu PSR-PM IPSI Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (14 Tahun)
BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
48