modul sains tingkatan 3 - bab 1
DESCRIPTION
Modul Sains Tingkatan 3 - Bab 1TRANSCRIPT
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
1
BAB 1 : RESPIRASI
1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia
1. Manusia bernafas dengan menggunakan udara disekeliling kita melalui proses respirasi.
2. Respirasi merupakan satu proses dimana organisma hidup memperoleh oksigen dan menyingkirkan
karbon dioksida serta wap air.
3. Rajah di bawah menunjukkan struktur asas serta organ untuk sistem respirasi manusia.
Organ Pernafasan Fungsi
Lubang hidung Membolehkan udara tarikan nafas dan hembusan nafas melaluinya
Rongga nasal Apabila udara melalui rongga nasal, udara dipanaskan dan dilembapkan serta debu-debu diperangkap oleh bulu hidung
Trakea Dinding trakea mempunyai gegelang rawan berbentuk C yang menyokong dan mencegah trakea daripada runtuh semasa menarik nafas
Bronkus Cabang trakea berpecah kepada dua bronkus, iaitu satu bronkus memasuki peparu kanan manakala bronkus yang satu lagi memasuki peparu kiri
Bronkiol Setiap bronkus bercabang kepada tiub-tiub kecil yang diberi nama bronkiol untuk menambahkan penempatan alveolus dihujungnya
Alveolus Tempat pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah
Sangkar rusuk Melindungi peparu
Diafragma Satu kepingan otot yang memisahkan rongga toraks dengan abdomen serta mengawal isipadu udara rongga toraks
Otot interkosta Terdiri daripada otot interkosta luar dan dalam untuk mengangkat dan menurunkan sangkar rusuk semasa bernafas
Peparu Terbina daripada bronkiol, alveolus dan kapilari darah serta terletak di dalam ruang rongga toraks
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
2
4. Semasa menarik nafas, udara masuk melalui:
5. Semasa menghembus nafas, udara keluar melalui:
6. Penyesuaian alveolus untuk pertukaran gas yang cekap adalah seperti berikut;
HidungRongga nasal
Trakes Bronkus Bronkiol Alveolus
Alveolus Bronkiol Bronkus TrakeaRongga nasal
Hidung
Luas permukaan yang besar
- peparu mempuyai berjuta-juta alveolus untuk menyediakan luas permukaan yang besar supaya pertukaran gas dapat berlaku dengan lebih berkesan
Dinding yang sangat nipis
-dinding alveolus adalah setebal satu sel supaya jarak untuk peresapan gas adalah pendek
Permukaan yang lembap
- supaya oksigen dapat melarut sebelum meresap dan merentasi dinding alveolus
Kapilari darah yang banyak
- membantu pertukaran gas berlaku antara alveolus dan kapilari darah berlaku dengan lebih cepat
Penyesuaian alveolus
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
3
7. Mekanisme pernafasan melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas yang berlaku
secara berterusan untuk membekalkan oksigen keseluruh badan.
8. Jadual di bawah menunjukkan komposisi udara sedutan, udara hembusan dan udara alveolus;
Kandunagn Udara sedutan Udara hembusan Udara alveolus
Oksigen 21% 16% 14%
Karbon dioksida 0.04% 4% 6%
Nitrogen 79% 79% 80%
Wap air Berubah-ubah Tepu Tepu
Suhu Berubah-ubah 34C 37C
Tarik Nafas Mekanisme Pernafasan
Hembus Nafas
Bergerak ke atas dan ke depan
Sangkar rusuk Bergerak ke bawah dan ke dalam
Otot mengecut dan diafragma mendatar
Diafragma Otot mengendur dan diafragma melengkung ke atas
Luar - mengecut Dalam - mengendur
Otot interkosta Luar mengendur Dalam - mengecut
Bertambah
Isipadu rongga toraks
Berkurangan
Rendah atau berkurangan Tekanan udara dalam rongga toraks
Tinggi atau bertambah
Mengalir masuk ke dalam peparu
Aliran udara Mengalir keluar peparu
Tekanan di luar lebih tinggi daripada di dalam peparu
Perbezaan tekanan Tekanan di dalam peparu lebih tinggi daripada di luar
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
4
Membina model sistem respirasi manusia untuk menunjukkan hubungan antara tekanan udara dalam rongga toraks dengan proses tarikan dan hembusan nafas Radas dan bahan: Serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, penutup getah, kepingan getah nipis dan belon.
Fokus Mawar 23 : Lakukan simulasi seperti berikut: Prosedur:
1. Bina satu model system respirasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di atas. 2. Tarik kepingan getah ke bawah. Perhatikan perubahan yang berlaku pada belon di dalam serkup
kaca. 3. Tolak kepingan getah ke atas dan ke dalam serkup kaca. Perhatikan perubahan yang berlaku.
Soalan:
1. Namakan bahagian sistem respirasi yang diwakili oleh serkup kaca, tiub kaca berbentuk Y, belon dan kepingan getah.
2. Lengkapkan jadual berikut untuk menunjukkan perubahan yang berlaku pada belon dan nyatakan perubahan tekanan udara di dalam serkup kaca
Tindakan yang dilakukan Perubahan pada belon Tekanan udara di dalam serkup kaca
Kepingan getah ditarik ke bawah
Kepingan getah ditolak ke atas
3. Apakah hubungan antara tekanan udara di dalam rongga toraks dengan mekanisme pernafasan
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
5
1.2 Pengangkutan Oksigen dalam Badan Manusia
1. Oksigen dibawa masuk dan karbon dioksida dibawa keluar dari peparu melalui alveolus.
2. Proses ini dikenali sebagai pertukaran gas melalui proses resapan.
3. Rajah di bawah menunjukkan pertukaran gas di peparu dan sel-sel badan;
Kepekatan oksigen lebih tinggi di dalam alveolus menyebabkan resapan oksigen ke dalam kapilari darah dan seterusnya ke dalam sel darah merah
Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin
Menarik nafas
Darah beroksigen dihantar ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah
Kapilari mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi berbanding dengan sel-sel badan
Sel-sel badan pula mempunyai kepekatan karbon dioksida yang lebih tinggi berbanding dengan kapilari
Oksihemoglobin di dalam sel darah merah membebaskan oksigen untuk meresap ke dalam sel-sel badan
Karbon dioksida dari sel-sel badan pula meresap masuk ke dalam sel darah merah pada masa yang sama
Darah ke seluruh badan
Darah terdeoksigen dibawa pulang ke alveolus menyebabkan kepekatan karbon dioksida adalah tinggi dalam kapilari darah
Karbon dioksida meresap melalui dinding alveolus lalu disingkirkan melalui hembusan nafas
Menghembus nafas
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
6
1.3 Kepentingan Sistem Respirasi yang Sihat
1. Kualiti udara mempunyai kesan yang ketara terhadap system respirasi.
2. Apabila kita menyedut udara yang tercemar, ia boleh membahayakan kesihatan
manusia dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
3. Jadual di bawah menunjukkan bahan pencemar di udara dan kesannya terhadap
manusia;
Bahan pencemar Sumber Kesan
Tar Asap rokok - Mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan kanser peparu
- Mengurangkan kecekapan resapan oksigen ke dalam alveolus
Nikotina Asap rokok - Menyebabkan ketagihan pada penghisap rokok - Menjadikan denyutan jantung menjadi pantas,
meningkatkan tekanan darah dan pernafasan yang pantas
- Menyebabkan emfisema iaitu alveolus pecah semasa batuk serta penyakit jantung dan strok
Karbon monoksida
Asap kenderaan
- Gas beracun yang berupaya untuk bergabung dengan haemoglobin dengan lebih cepat berbanding oksigen
- Mengurangkan bekalan oksigen dalam badan dan menyebabkan kematiaon
Sulfur dioksida Asap kilang - Bersifat asid yang boleh memusnahkan tisu-tisu peparu dan menyebabkan keradangan
Jerebu (asap, debu dan zarah halus seperti nitrogen dioksida)
Asap kilang, asap kenderaan, pembakaran terbuka
- Menyebabkan asma dan kesesakan nafas akibat penyempitan laluan udara seperti bronkus dan bronkiol
- Juga boleh menyebabkan bronchitis iaitu batuk kronik disebabkan keradangan pada lapisan bronkiol
4. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kualiti udara seperti;
Berhenti merokokMengelakkan
pembakaran terbuka
Menyelenggara kendaraan mengikut
jadual
Kilang menggunakan penapis pada cerobong
asap
Melaksanakan undang-undang untuk
mengawal pencemaran udara
Mengurangkan menggunakan
kenderaan bermotor (basikal, berjalan, kenderaan awam)
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
7
Mengkaji kesan rokok kepada peparu Radas dan bahan: Rokok, kapas penunjuk semesta, tiub getah, thermometer, pam sedut, tiub-U dan tabung didih.
Fokus Mawar 23 : Lakukan eksperimen seperti berikut: Prosedur:
1. Radas disusun seperti dalam rajah di atas. 2. Tanpa menyalakan rokok, pam sedut dihidupkan selama beberapa minit. 3. Termometer, warna kapas dan penunjuk semesta diperhatikan. 4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menyalakan rokok. 5. Pemerhatian dicatatkan.
Keputusan:
Bahan Pemerhatian Inferens
Termometer
Kapas
Penunjuk semesta
Soalan:
1. Apakah yang diwakili oleh kapas di dalam tiub-U
2. Apakah fungsi larutan penunjuk semesta?
3. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari eksperimen tersebut?
-
MAWAR 23 : MODUL SAINS TINGKATAN 3 (BAB 1) LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US
8