mohd shahrul imran lim abdullah @ m'sia pusat bahasa dan terjemahan universiti sains malaysia

64
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Upload: guang

Post on 15-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. BICARA BIJAK CAKNA BAHASA. TATABAHASA BAHASA MELAYU. DIBENTANGKAN OLEH :. MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN KUBANG KERIAN, 16150 KOTA BHARU KELANTAN E-mel : [email protected]. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Page 2: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Page 3: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESALAHAN TATABAHASA

KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA

1. Kesalahan ejaan2. Kesalahan tanda baca3. Kesalahan imbuhan4. Kesalahan hukum tatabahasa 5. Kesalahan struktur ayat6. Kesalahan kata majmuk7. Kesalahan kata sendi nama8. Kesalahan ayat pasif

Page 4: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Page 5: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan dengan sebuah kawasan

perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu, tambahan pula pada masa itu hujan renyai-renyai dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar

bunyi burung hantu dan ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan dengan menggunakan tukul besi dan pahat.

Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami, ingatkan Pak cik ni hantu tadi,

Pak cik, pak cik, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah... "Bodoh betul dia orang ni !

Dia orang salah eja nama aku !"

Page 6: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1. Kata nama dan frasa nama - Ramai pelajar-pelajar ……… - Kebanyakan negara-negara……. - Pelajar-pelajar USM……. - Para-para atlet………. - Rakyat-rakyat Malaysia……….

2. Ganti nama tanya “ apa “ dalam ayat penyata. - Apa yang anda saksikan sebentar tadi……… . - Apa yang mengganggu fikirannya……………. . - Apa yang menjadi masalah …………………….. .

3. Kata ganti nama “ ia “ dan “ nya “ sebagai kata ganti nama diri yang ketiga. -terdiri daripada beberapa unsur…… .

4. Kata Pemeri - “ ialah ’’ FN + FN ( Subjek dan Predikat ) Contoh: Thailand adalah jiran Malaysia. Sepatutnya: Thailand ialah jiran Malaysia.

- “ adalah “ FN + FA dan FN + FS Contoh: a. Bangunan KOMTAR adalah tinggi. b. Surat ini adalah daripada Kementerian Kesihatan. - Kata pemeri tidak boleh dimasukkan dalam FN + FK Contoh: a. Adalah dimaklumkan bahawa pemohonan tuan telah ditolak. b. Tuan-tuan adalah dijemput untuk menikmati jamuan….

Page 7: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kata Sendi nama dan Frasa Sendi nama. a. Kata sendi nama “ di “ ( pengertian geografi dan arah sahaja tidak boleh masa) - Ahmad berada di kedai runcit itu. - Rumah Aminah terletak di kiri jalan itu. - Di zaman Jepun, ramai orang yang menderita.

b. Kata sendi nama “ pada “ ( keterangan waktu dan tempat bukan geografi/ruang ) -Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. -Notis itu ditampal pada papan kenyataan.

c. Kata sendi nama “ dari “ ( menyebut tempat, arah, masa dan waktu ) - Ayah dan ibu bari sampai dari Kota Bharu. - Bola itu ditendang dari penjuru padang. - Dia tidak berhenti menulis dari pukul 12.00 tengah malam tadi.

d. Kata sendi nama “ daripada “(menyebut asal kejadian, abstrak dan perbandingan) - Tali pinggang itu diperbuat daripada kulit buaya. - Kejayaan itu diperoleh daripada usaha yang gigih. - Kain sutera itu lebih mahal daripada kain kapas.

e. Kata sendi nama “ ke “ (menyebut tempat, arah dan waktu) - Mereka akan bertolak ke Pulau Pinang esok. - Burung-burung itu terbang ke selatan. - (Kata sendi nama “ ke“ juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama “dari” - dari hati ke hati, dari semasa ke semasa, dari penjuru kiri ke penjuru kanan.

Page 8: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

f. Kata sendi nama “ sebagai “ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hubungan antara frasa nama dengan kata kerja sebelumnya dengan menggunakan perkataan seperti “ kesan, akibat, hasil, bukti, tindak balas dan seumpamanya.

a. Ahmad dipilih sebagai ketua rombongan itu. b. Rakyat Palestin menderita sebagai akibat kekejaman Zionis. b. Penduduk dunia bertambah sebagai hasil kemajuan dalam bidang perubatan.

g. Kata sendi nama “ dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak) a. Dalam kalangan pelajar itu, dialah yang paling baik. b Dalam hal ini, kita semua telah bersepakat.

( Kata “ dalam “ juga digunakan sebgai kata adjektif ) Contoh: Sungai itu sangat dalam.

h. Kata sendi nama “ di dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit) a. Mereka belajar di dalam Makmal Bahasa 2. b. Dia kehilangan kad pengenalan semasa di dalam bas.

i. Kata sendi nama “ untuk “ ( digunakan untuk menyatakan tujuan) a. Derma untuk anak yatim itu sedang dipungut. b. Dia menelefon kepada polis untuk melaporkan kemalangan itu.

j. Kata sendi nama “ bagi “ ( menyatakan maksud bukan untuk tujuan ) a. Bagi kami, kalah menang memang adat pertandingan.

Page 9: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

j. Kata sendi nama “ akan “ ( digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang menyatakan perasaan kasih, benci, sayang, takut dan seumpamanya) Kata sendi nama “ akan “ tidak boleh disingkatkan menjadi –kan atau digabungkan dengan kata adjektif sebelumnya. a. Saya sayang akan keluarga saya. b. Orang Malaysia gemar akan buah durian.

k. Kata sendi nama “ di antara “ ( kedudukan kata arah yang ada jarak ruang fizikal ) a. Jambatan itu terletak di antara Georgetown dengan Butterworth. b. Dia duduk di antara Ahmad dan Aminah.

l. Kata sendi nama “ antara “ i. membuat perbandingan – diikuti dengan kata “dengan” bukannya “ dan “. a. Antara Johor dengan Singapura ada banyak persamaan. ii. diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. a. Antara lagu persembahannya ialah Dondang Sayang dan Joget Lambak.

iii. mengikuti kata nama yang mengalami penggandaan separa. a. Mereka berbincang antara adik beradik.

iv. diikuti oleh kata bilangan tentu dan tak tentu. a. Perhubungan antara kedua-dua negara itu bertambah baik. b. Mereka adalah antara beberapa pelajar yang cemerlang.

v. diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita, -nya. a. Antara kita semua ada banyak persamaan. b. Ramai antara mereka telah keluar daripada parti.

Page 10: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kata sendi nama “ oleh ”, “ kerana”, dan “ oleh sebab ” ( tidak boleh digunakan sebagai “ oleh kerana ”) ( “ oleh sebab ” boleh dipendekkan menjadi “oleh ” tetapi tidak boleh dipendekkan menjadi kata “ sebab ” kerana “ sebab ” ialah kata nama ). a. Dia dihukum oleh guru kerana kenakalannya. b. Oleh sebab kelaparan, dia sanggup mencuri.

Contoh ayat :

1. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti sebab kematian pesakit itu.

2. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti kerana kematian pesakit itu.

Page 11: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Page 12: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESALAHAN UMUM STRUKTUR

A. Besar kemungkinan projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan. Kemungkinan besar projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan.

B. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala RM 3000 untuk penerima hadiah khas. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala penerima hadiah khas bernilai RM 3000 .

C. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja. Soal ini juga urusan rakyat. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja. Soal ini urusan rakyat juga.

D. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos hingga 27

Nov.2006

E. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. (Engkau, kamu)Bersembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.

Page 13: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESALAHAN UMUM TANDA BACA

1. Tanda sempang ( - )

a. Awalan se – diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf awalnya huruf besar) Contohnya: se – Malaysia, se - Nusantarab. untuk menulis kata ulang ( kata Ganda ) Contohnya: anak-anak, gunung-ganangc. untuk memperjelaskan ungkapan Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi.d. untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama ( bentuk terikat diikuti dengan kata nama khas) Contohnya: anti-Amerika, hamba-Mu, pro-Iran, rahmat-Nyae. untuk merangkaikan imbuhan “ ke ” dengan angka Contohnya: ke – 20 ( kedua belas), ke- 2000 (kedua ribu)f. untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun akhiran –an Contohnya: tahun 90-an ( tahun sembilan puluhan)g. untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkaikata setara tertentu/rangkai kata istilah/kata majmuk. Contohnya: alat pandang-dengar

Page 14: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1. Bila / Apabila

2. Antara / di antara

3. Bermula / Mulai

4. Dalam / di dalam

5. Apa / apa-apa

6. Boleh / dapat

7. Berasa / merasa

8. Rindu akan / rindukan

9. Di mana / ianya

10. Di zaman / pada zaman

11. Oleh kerana / oleh sebab

12. Di kalangan / dalam kalangan

Page 15: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

13. Selain daripada itu / selain itu

14. Mengenai / tentang / terhadap

15. Ialah / adalah / merupakan

16. Suatu / sesuatu / satu

17. Menghadiahkan / menghadiahi

18. Bagi / untuk / demi

19. Berbagai / pelbagai / berbagai-bagai

20. Yang mereka hasilkan / Yang dihasilkan oleh mereka

21. Yang saya baca / Yang dibaca oleh saya

23. Kami tidak akan lupakan / Tidak akan kami lupakan

Page 16: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

24. Adakah / apakah

25. Bukan / tidak

26. pedalaman / pendalaman

27. banyak / ramai

28. Dia senyum kepada saya ../ Dia tersenyum kepada saya…..

29. Dia memberikan saya sebatang pen./ Dia memberi saya sebatang pen.

30. Saya bertemu Ali … / saya bertemu dengan Ali…

31. Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi.

32. Soalan inilah paling sukar sekali.

33. Berdasarkan pada keterangan itu.

Page 17: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

34. Jawaban / jawapan

35. semakin kecil / semakin mengecil.

36. berbanding dengan……. / jika dibandingkan dengan…..

37. Saling membantu / saling bantu -membantui

38. Merbahaya / berbahaya

39. Kamu ingin bertemu dekan esok

40. Surat itu saya akan balas

41. Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu

42. Kami membincangkan tentang masalah itu

43. Para hadirin sekalian diminta berdiri.

Page 18: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

44. Buku cerita itu ada dengan Haryati.

45. Penghawa dingin / pendingin hawa

46. Temu janji / janji temu

47. Beliau ditahan lokap untuk membantu siasatan

48. Tokoh Korporat itu mempunyai banyak kereta mewah.

49. Bintang-bintang berkerdipan di langit.

Page 19: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?".

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

Page 20: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESALAHAN UMUM TATABAHASA26 contoh kesalahan penggunaan kata

1. bila / apabila bila – Merupakan sejenis kata tanya yang merujuk kepada masa Hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sahaja Contoh ayat: Sampai bila kamu akan terus begini?

apabila – Merupakan kata hubung yang menghubungkan ayat besar dengan ayat kecil dan digunakan dalam ayat penyata sahaja. Contoh ayat: Mereka sungguh gembira apabila menerima berita itu

2. antara / di antara Antara – (i) menunjukkan perbandingan, kata nama Contoh ayat: Banyak perbezaan antara Ali dengan Abu. (ii) mengikuti kata nama yang tidak perlu diulang Contoh ayat: Antara lagu yang dipersembahkan ialah dikir barat

di antara - menunjukkan ruang / jarak yang konkrit Contohnya ayat: Bangunan itu terletak di antara bank dengan pasar.

Page 21: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

3. bermula / mulai

bermula – bentuk kata kerja tak transitif Contoh : Ekspo kampus akan diadakan bermula pada hari Ahad ini. mulai – (i). bentuk kata kerja pasif yang pelakunya terdiri daripada ganti nama diri pertama dan kedua Contoh : Dia mulai majlis ini dengan bacaan doa. (ii). Menunjukkan ayat perintah Contoh : Anda boleh mulai menjawab kertas peperiksaan sekarang.

4. dalam / di dalam

dalam – (i). kata sendi nama yang digunakan sebagai kata adjektif Contoh ayat: Lombong itu sangat dalam. (ii). Digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak Contoh: Dalam hal ini kita tidak boleh bertindak membabi buta.

di dalam - digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit Contoh: Di dalam rumah itu terdapat perabot yang mahal-mahal.

Page 22: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

5. apa / apa-apa apa – merupakan kata ganti nama tanya dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata Contoh : Apa gunanya anda datang ke sini? Apa-apa – merupakan kata nama am- sesuatu, segala apa Contoh: Mintalah apa-apa sahaja yang anda suka.

6. boleh / dapat

boleh – menyatakan keizinan atau kebenaran Contoh: Negara itu tidak boleh dilawati kerana berlaku peperangan.

Dapat – menyatakan keupayaan atau kesanggupan Contoh : Dia tidak dapat datang kerana banjir.

Page 23: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

. 7. berasa / merasa

berasa – mempunyai atau memperoleh rasa ( terutama yang dialami oleh badan) Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas.

Merasa – mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah. Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu.

8. Oleh kerana –Penggunaannya adalah salah. Kata oleh dan kata kerana ialah kata sendi dan tidak boleh digabungkan bersama-sama.

Oleh sebab –Penggunaannya adalah betul. Kerana kata oleh ialah kata sendi nama Manakala kata sebab ialah kata nama.

Page 24: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

9. di kalangan / dalam kalangan di kalangan –penggunaanya adalah salah. Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan Jadi adalah salah kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau di golongan.

dalam kalangan – penggunaannya adalah betul. Iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan

10. selain daripada itu / selain itu

selain daripada itu –Kata sendi nama ini salah kerana perkataan ‘selain’ dan ‘daripada’ kedua-duanya merupakan kata sendi nama. Begitu jugalah perkataan ‘selain’ dan ‘dari’ atau selain dari itu adalah salah.

Jadi perkataan ‘Selain itu’ adalah tepat dan gramatis

Page 25: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

11. di zaman / pada zaman

Perkataan ‘di zaman’ adalah salah dari segi tatabahasa Perkataan ini hanya digunakan dalam sastera/penulisan kreatif sahaja.

Penggunaan perkataan ‘pada zaman’ adalah tepat dan gramatis Kata sendi nama ‘pada’ merujuk kepada masa/waktu dan tempat.

12. menghadiahkan / menghadiahi

Perkataan ‘menghadiahkan’ bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah. Contoh: Bapa menghadiahkan basikal kepada adik.

Perkataan ‘menghadiahi’ bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang. Contoh: Bapa menghadiahi adik sebuah basikal.

Page 26: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

13. rindukan / rindu akan Perkataan ‘rindukan’ adalah salah sepatutnya ‘rindu akan’ kerana sebarang perkataan yang membawa maksud perasaan/emotif seperti ‘ marah’, ‘sayang’, ‘benci’,’ rindu’ perlu diikuti dengan kata sendi nama ‘akan’. Contohnya: perkataan “rindu akan’ bermaksud rindu buat, rindu pada, rindu untuk (perkataan ‘rindukan’ hanyalah bentuk bahasa lisan )

14. dari sudut / daripada sudut Perkataan ‘dari’ digunakan untuk menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contohnya: dari kanan, dari Pasir Mas, dari subuh. Perkataan ‘daripada’ digunakan untuk menyatakan punca, sumber, dan perbandingan. Contohnya: daripada beruang, daripada logam, daripada harga barangan.

Jadi perkataan ‘dari sudut’ adalah tepat dan gramatis.

Page 27: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

15. perlaksanaan / pelaksanaan Kata perlaksanaan bermaksud hasil melaksanakan. Contoh: _ _ _ _ _ meninjau perlaksanaan projek

Kata pelaksanaan bermaksud perbuatan melaksanakan. Contoh: Pelaksanaan KBSR sedang dijalankan_ _ _ _

16. ialah / adalah / merupakan

Kata ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama secara persamaan/ekuatif. Contoh: Dia ialah seorang pensyarah/ Dia pensyarah

Kata ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh: Dia adalah sangat peramah/ Dia peramah

Kata ‘merupakan’ bermaksud menggambarkan sesuatu perkara dan bukannya kata pemeri tetapi kata kerja transitif.

Page 28: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

17. mengenai / tentang/ terhadap Perkataan ‘mengenai’ bermaksud ‘kena pada’ Contoh: Bola itu mengenai tiang gol. Perkataan ‘tentang’ bermaksud ‘berkenaan dengan’ Contoh: Kuliah ini berkisar tentang tatabahasa bahasa Melayu Perkataan ‘terhadap’ bermaksud rujukan/berkenaan Contoh: Kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat

18. bagi / untuk / demi

Page 29: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYIAntara “demi”,” untuk” dan “bagi” yang mengelirukan

Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA.( MUNSYI DEWAN DBP)

1. Rakyat Malaysia mestilah bersatu padu demi untuk menjaga kestabilan negara.2. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan demi untuk mengelakkan daripada kemalangan jalan raya.

Kata sendi nama “demi” membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: 1. Demi kestabilan dan keamanan negara, marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang musuh negara. 2. Rakyat Malaysia mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain demi perpaduan dan kesejahteraan negara. Selain itu, “demi” digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan atau

ayat. Contohnya: Demi Allah, aku tidak akan berlumba haram lagi. Demi cinta suciku, akan kuserahkan jiwa dan ragaku.

“Demi” juga digunakan dalam ungkapan atau ayat untuk menghasilkan makna urutan satu atau kumpulan. Contohnya: 1. Dia menterjemah perkataan itu satu demi satu. 2. Mereka menang setelah menewaskan pasukan demi pasukan yang sememangnya kuat-kuat belaka.

Page 30: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu iaitu menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Contohnya: 1. Rumah untuk/bagi orang tua itu sudah uzur. 2. Kenderaan pacuan empat roda itu untuk/bagi kegunaan rasmi kerajaan negeri sahaja.

Selain berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu kata sendi nama “untuk” juga berfungsi menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam konteks ini kata sendi nama “untuk” tidak boleh ditukar ganti dengan kata sendi nama “bagi”. Contohnya: 1. Cenderahati itu kubeli khas untukmu. 2. Pakaian itu untuk pelarian Bosnia.

Jelaslah, kata sendi nama “untuk” dan “bagi” mempunyai makna yang sama tetapi perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Bagi penutur jati bahasa Melayu ,secara umumnya mereka tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kata sendi nama “untuk” atau “bagi”. Hal ini disebabkan oleh rasa bahasa atau intuisi seseorang penutur itu yang dapat membezakan fungsi dan penggunaannya berdasarkan kelaziman dalam pertuturan atau ujaran

Page 31: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

19. Yang mereka hasilkan / yang dihasilkan oleh mereka Yang mereka hasilkan – salah Sepatutnya mereka menghasilkan_ _ _ _ Yang dihasilkan oleh mereka – betul Kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

20. Yang saya baca / yang dibaca oleh saya

Yang saya baca – betul ( ayat pasif kata ganti nama diri pertama) Yang dibaca oleh saya – salah Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh dipasifkan Hanya kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

Page 32: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

21. kami tidak akan lupakan / tidak akan kami lupakan kami tidak akan lupakan – salah sepatutnya- kami tidak akan melupakan budi baik…(Ayat aktif) tidak akan kami lupakan – betul ( Ayat pasif )

22. berbagai / pelbagai / berbagai-bagai Perkataan ‘berbagai’ bermaksud tandingan atau saingan. Perkataan ‘pelbagai’ bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis Perkataan ‘berbagai-bagai’ bermaksud berjenis-jenis Jadi disyorkan penggunaan perkataan ‘pelbagai’ dalam kebanyakan hal dan dianggap lebih ekonomik.

Page 33: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

23. mengandungi banyak protein / banyak mengandungi protein

mengandungi banyak protein – salah mengandungi protein yang banyak – betul banyak mengandungi protein - betul

24. penggunaan kata majmuk Kata majmuk mengandungi dua kata dasar atau dua morfem bebas atau lebih. Namun begitu terdapat beberapa kata majmuk yang utuh dan mantap dan dieja sabagai satu perkataan. Contohnya: antarabangsa bumiputera beritahu sukacita dukacita sukarela kakitangan kerjasama warganegara pesuruhjaya setiausaha tanggungjawab suruhanjaya tandatangan matahari jawatankuasa

Page 34: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI" Di manakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ?

Hukum Aneksi Persona Bahasa Melayu Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA(Munsyi Dewan DBP)

Salam bicara bersama Munsyi, Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah Munsyi merenung seketika, teringatlah Munsyi akan beberapa peristiwa bahasa yang tidak dapat Munsyi lupakan. Namun begitu, pada kali ini Munsyi ingin berkongsi satu peristiwa yang Munsyi alami sendiri ketika bersama-sama pelajar asing dari luar negara yang begitu berminat belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu. Katanya " Dimanakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ? Tersentak juga Munsyi apabila mendengar soalan yang sedemikian apatah lagi pertanyaan itu datangnya daripada pelajar asing yang tidak Munsyi sangka-sangkakan tahu akan adanya hukum aneksi persona dalam bahasa Melayu.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada beberapa hukum tatabahasa yang begitu penting dalam bidang sintaksis atau binaan ayat. Namun begitu terdapat dua hukum yang sering digunakan iaitu hukum DM ( diterangkan dan menerangkan) dan hukum aneksi persona.

Hukum DM merujuk kepada frasa atau struktur sesuatu perkataan atau ayat iaitu 'diterangkan' mendahului 'menerangkan' Sebagai contohnya dalam frasa “buku tebal”, “rumah panjang” atau “kereta besar”. Kata adjektif atau kata sifat ‘teba’l, ‘panjang’ atau ‘besar’ yang menerangkan kata nama ‘buku’, ‘rumah’ atau ‘kereta’ tidak boleh didahulukan menjadi ‘tebal buku’, ‘panjang rumah’ atau ‘besar kereta’ seperti struktur bahasa Inggeris.

Page 35: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Hukum aneksi persona pula ialah hukum pembentukan frasa dengan kata kerja pasif yang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan dengan sesuatu kata yang lain. Sebagai contohnya:

a. Buku itu kamu sudah baca ( x ) Buku itu sudah kamu baca. ( / ) b. Alasan itu saya tidak dapat terima ( x ) Alasan itu tidak dapat saya terima ( / )

Dari segi hukum aneksi persona, dua patah kata iaitu ‘kamu baca’ dan ‘saya terima’. merupakan bentuk paduan aneksi atau bentuk frasa yang terikat erat tidak boleh terpecah ikatannya oleh sebarang sisipan seperti ‘sudah’ dalam ayat a. atau ‘dapat’ dalam ayat b. Sekiranya ayat a. dan b. diterima sebagai ayat yang betul maka kita sudah melanggar hukum tatabahasa dan ayat tersebut juga tidak gramatis atau sempurna kerana ayat atau ujaran yang gramatis dan sempurna mestilah suatu binaan yang terjadi oleh sebab adanya susunan atau struktur tertentu yang menurut ketetapan yang dikenali sebagai sistem atau hukum bahasa.

Di sinilah indahnya dan terpesonanya bahasa Melayu kerana tidak mengambil bulat-bulat struktur bahasa lain malah sederhana dalam mengambil kira aspek-aspek yang dapat meningkatkan lagi susunan dan struktur bahasa sehingga menjadi sistem atau hukum bahasa yang mantap, utuh dan berwibawa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa sejagat. Diharapkan sidang pembaca dan pelajar tadi ( dari negara matahari terbit) faham dan bertambah faham dengan hukum aneksi persona dan terus terpesona dengan bahasa Melayu yang mempesonakan.

Nota: (Perkamusan) persona - istilah bahasa mempesona - menggoda, mengagumkan

Page 36: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Page 37: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Nyatakan dengan jelas perbezaan ayat-ayat di bawah ini.

1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana tanah runtuh.2. Jalan itu tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh.

"Kata bantu "boleh" bermakna "diizinkan atau dibenarkan". Kata bantu "dapat" bermaksud "berupaya atau berpotensi". Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud yang sama sehingga ketepatan makna terjejas.

Misalnya tidak betul jika kita mengatakan:

* Adik saya yang berumur tiga belas tahun "'boleh" memandu kereta, tetapi betul jika kita mengatakan: Adik saya yang berumur tiga belas tahun "dapat" memandu kereta.

Page 38: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

26. penggunaan imbuhan menge- ( kata ekasuku)

Terdapat banyak kata ekasuku (satu sukukata) dalam bahasa Melayu. Kesemua perkataan ini menerima imbuhan ‘menge-’ Contohnya: cat - mengecat bukannya mencat cas - mengecas bukannya mencas bom - mengebom bukannya membom pos - mengepos bukannya mempos pin - mengepin bukannya menpin pam - mengepam bukannya mempam

* terdapat 118 kata ekasuku dalam perkamusan bahasa Melayu yang aktif dan efektif digunakan secara meluas.

Page 39: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.

Kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikutdianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:

(i). "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). "Adalah" diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:

(i). Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya puasa jatuh pada han Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh: (i). Gadis yang pintar itu ialah anak Pak Ahmad. (ii). Pakaian yang dipakai oleh artis itu adalah terlalu mahal.

Page 40: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

APAKAH PERBEZAANNYA ANTARA ‘DI ANTARA’ DENGAN ‘ANTARA’,?

A.    Perkataan ‘antara’ dapat berfungsi sebagai kata sendi nama.

  ...antara adik beradik         ...antara sektor awam dengan sektor swasta         ...antara mereka

B. Perkataan ‘antara’ yang menunjukkan arah atau kedudukan seperti ‘atas, bawah, tengah, depan, belakang, luar,dalam, antara dan seumpamanya.’ Kata arah ‘antara’ hanya dapat bergandingan dengan kata sendi nama

dalam pembentukan frasanya. i. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

ii. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkat tiga.

C.  Frasa-frasa ‘Johor Bahru dan Kota Bharu’, tingkat dua dengan tingkat lima’, ‘Shahrul dengan Shahril ’, kedua-dua ibu bapanya’, boleh mengikuti kata sendi nama antara di dalam ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: i. Antara Johor Bahru dengan Kota Bharu, banyak perbezaannya.

ii. Antara tingkat dua dengan tingkat lima,tingkat lima lebih baik kedudukannya. iii. Banyak persamaannya antara Shahrul dengan Shahril. iv. Antara kedua-dua ibu bapanya sudah tidak ada persefahaman lagi.

Page 41: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BETUL

1. ...hubungan antara kedua-dua insan istimewa yang penuh bermakna. 

2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya. 

3. Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga... 

SALAH

1. Hubungan politik, ekonomi, kebudayaan dan keagungan wujud di antara wilayah-wilayah ini terus berkekalan sehingga ke hari ini. 

2. Di antara jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh USM pada sesi 2004/2005 ialah Bijak Cakna Bahasa. 

3. Antara lagu-lagu persembahannya ialah ’Sayang-Sayang’, Getaran Jiwa’, Engkau Laksana Bulan’...

D. Kata sendi nama ‘antara’ yang biasanya diikuti oleh kata nama am tidak perlu diulang. Kesilapan yang selalu berlaku ialah kata nama am yang mengikutinya diulang. Contohnya:

Page 42: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BETUL

1. ...hubungan antara kedua-dua insan istimewa yang penuh bermakna. 

2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya. 

3. Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga... 

SALAH

1. ...hubungan antara kedua insan istimewa yang penuh bermakna. 

2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara keduanya. 

3. Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga... 

F. kata sendi nama ‘antara’ boleh juga diikuti oleh kata bilangan tentu (seperti ‘dua, tiga, sepuluh, seribu dan seumpamanya.’), kata bilangan tidak tentu (seperti ‘beberapa, semua dan seumpamanya.’), dan kata bilangan himpunan (seperti ‘kedua-dua, keenam-enam, beratus- ratus, berjuta-juta dan seumpamanya').

Page 43: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa-apa yang ada, dengan apa-apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah.

ii. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial yang melampau sehingga ada yang dibuang daripada parti.

iii. Antara kita, sememangnya banyak yang sama.

G. Kata sendi nama ‘antara’ juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti ‘mereka, kita dan -nya’. Contohnya:

Page 44: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

1. HUKUM DM ( Diterangkan dan Menerangkan) Hukum ini mestilah dimulakan oleh inti yang bertindak sebagai unsur yang diterangkan” manakala “menerangkan” bertindak sebagai penerang kepada inti.

SALAH BETUL a. cili sos b. Jaya Klinik c. lain-lain hal

2. KATA PENGUAT SALAH BETUL

a. sangat tinggi sekali b. paling indah sekali c. amat menakutkan sekali d. terbesar sekali

Page 45: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

3. KATA BILANGAN SALAH

1. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.2. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

4. PENGGUNAAN “ di “ SALAH BETUL

a. diSarawak b. di makan

5. PENGGUNAAN “ ke “SALAH BETUL

a. Imran mendapat tempat ke tiga b. Imran mendapat tempat ke 3 c. Kearah melahirkan masyarakat cakna.. d. Kedua ibu bapa saya telah tiada

Page 46: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

6.PENGGUNAAN “adakah”/ “apakah “

Adakah - untuk mendapat jawapan Ya atau Tidak Contoh ayat: Adakah benar cerita awak itu ? Adakah kamu sakit ? Apakah _ untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang khusus. Contoh ayat: Apakah nama haiwan dua alam ? Apakah benda di atas meja itu ?

7. PENGGUNAAN “ bukan “/ “ tidak “ bukan - diikuti oleh kata nama atau frasa nama sahaja Contoh ayat: Dia bukan adik saya : Lili bukan anak perempuan En. Ahmad tidak – diikuti oleh frasa kerja dan frasa adjektif Contoh ayat: Saya tidak pergi ke kuliah hari ini. : Beg itu tidak berat

Page 47: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

8. “Pedalaman”/ “Pendalaman“

pedalaman – pendalaman –

9. Penggunaan Kata Adjektif pada bentuk jamak

SALAH (a). Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka. (b). Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka.

Page 48: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

10. Penggunaan kata sendi nama pada imbuhan “ber___an” SALAH (a). Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan…………. (b). Bertanyakan tentang khabar berita di kampung………….

11. SALAH BETUL

a. Hasil daripada kajian ini… b. Akibat daripada peristiwa itu.. c. Ekoran daripada kejadian tersebut.. d. Susulan daripada penemuan itu.. e. Kesan daripada penyelidikan ini..

Page 49: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAHAGIAN B : MEMBETULKAN AYAT ( 30 MARKAH )

Arahan: Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek imbuhan, ejaan

kata dan struktur ayat.

1. Krisis ekonomi yang sedang Malaysia dan lain-lain negara Asia hadapi pada masa kini amat memeritkan sekali. Ini kerana pembangunan negara yang terlibat tersebut terbantut.

Krisis ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia dan

negara Asia yang lain pada masa ini amat memeritkan. Hal ini kerana pembangunan negara yang terlibat turut terbantut.

2. Akibat daripada tabiat merokok yang kerap, masalah yang lebih serius seperti kanser paru-paru yang boleh membawa maut akan timbul.

Sebagai akibat tabiat merokok yang kerap menyebabkan penyakit kanser paru-paru akan menjadi lebih serius atau membawa maut.

1/5

Page 50: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

3. Sebagai seorang kanak-kanak saya amat takut sekali dengan mati terutama sekali bila memikirkan tentang ajal saya nanti, hinggakan ini menyebabkan saya mengigau di waktu tidur. Sebagai kanak-kanak, saya amat takut mati terutamanya apabila saya memikirkan ajal hingga menyebabkan saya mengigau pada waktu malam. 4. Kita pernah kemukakan memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan Jun lalu dan kita telah rangka memorandum itu hasil daripada pandangan mereka yang pakar dalam ekonomi yang dibincangkan bersama.

Kita telah mengemukakan memorandum itu berdasarkan pandangan pakar ekonomi yang berbincang bersama-sama dan kita merangka memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan Jun lalu.

2/5

Page 51: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

5. Perpindahan kampus USM Perak ke tapak baru itu dijangka membawa kepada banyak perubahan sosio-ekonomi di kawasan itu yang bersempadan dengan tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Pemindahan kampus USM Perak ke tapak baru itu dijangka menyebabkan perubahan sosioekonomi yang banyak di kawasan itu yang bersempadan dengan tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah

6. Keputusan yang kerajaan ambil untuk memindahkan pusat

pentadbiran negara daripada ibukota Kuala Lumpur berpindah ke Putra Jaya akan secara automatiknya menjadikan Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang mana akan hanya menumpukan kepada kegiatan-kegiatan dagangan semata-mata.

Keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk memindahkan

pusat pentadbiran negara dari ibu kota Kuala Lumpur berpindah ke Putrajaya akan secara automatiknya menjadikan Kuala Lumpur sebuah kota raya yang hanya menumpukan kepada kegiatan dagangan semata-mata.

3/5

Page 52: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

7. Mulai daripada sekarang kita tidak lagi akan menggunakan penyataan ” hujahan yang baik “ dan “ hujahan yang tidak baik ‘‘ sebaliknya kita memakai guna hujahan yang sah atau tidak sah.

Bermula dari sekarang kita tidak lagi menggunakan penyataan “hujahan yang baik” dan “hujahan yang tidak baik” sebaliknya kita akan menggunakan hujahan yang sah atau tidak sah.

8. Anugerah skrin adalah merupakan anugerah yang terbaik sekali anjuran akhbar Berita Harian dan TV3. Ianya dianugerahi kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syarat-syarat yang di senaraikan.

Anugerah skrin merupakan anugerah yang terbaik anjuran Berita Harian dan TV3. Ia dianugerahkan kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syarat yang disenaraikan 4/5

Page 53: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

9. Kepimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat. Apa yang amat membimbangkan adalah masalah yang dihadapi golongan ini akan memberi impak ke atas keselamatan dan kemakmuran negara.

Kepemimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Yang amat membimbangkan ialah masalah yang dihadapi oleh golongan ini akan memberikan impak/kesan terhadap keselamatan dan kemakmuran negara.

10. Mengikut penulis, ramai yang menyalah tanggapan erti globalisasi dimana mereka mengganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah pasaran besar yang tidak bersempadan dan oleh kerana itu batasan politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran.

Mengikut penulis, ramai memberikan tanggapan yang salah tentang erti globalisasi iaitu mereka menganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah pasaran besar yang tidak bersempadan. Oleh sebab itu batasan politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran. 5/5

Page 54: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PILIH SALAH SATU PERKATAAN YANG BETUL

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

1. ekabahasa eka bahasa

2. engkar ingkar

3. e-mail e-mel

4. dailog dialog

5. delegasi deligasi

6. deraf draf

7. pada alaf di alaf

8. cahaya mata cahayamata

9. catitan catatan

10. cendikiawan cendekiawan

m/s : 1/9

Page 55: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

m/s : 2/9

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

11. baik pulih baikpulih

12. barangkali barang kali

13. baucer baucar

14. beli-belah beli belah

15. 1800 an 1800- an

16. acapkali acap kali

17. ada pun adapun

18. algebra aljebra

19. ambil alih ambil- alih

20. adakala ada kala

Page 56: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

m/s : 3/9

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

31. faksimile faksimili

32. fax faxs

33. fotostat fotostet

34. gambar rajah gambarajah

35. gelak- ketawa gelak ketawa

36. gembleng gembeleng

37. gotong royong gotong- royong

38. gunatanah guna tanah

39. gilang-gemilang gilang gemilang

40. gantirugi ganti rugi

Page 57: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

41. hakmilik hak milik

42. hamba Mu hamba-Mu

43. hapus kira hapuskira

44. hipotesis hipotisis

45. hirarki hierarki

46. engkar ingkar

47. ibubapa ibu bapa

48. iktizam iltizam

49. insuran insurans

50. istirehat istirahat

m/s : 4/9

Page 58: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

51. jana kuasa janakuasa

52. jawatan kuasa jawatankuasa

53. jeket jaket

54. jurukur juruukur

55. justru justeru

56. juita juwita

57. kadangkala kadang kala

58. komersil komersial

59. karenah kerenah

60. ke 2 ke- 2

m/s : 5/9

Page 59: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

61. lagi pun lagipun

62. lalulintas lalu lintas

63. bihun mihun

64. manfaat manafaat

65. mustika mestika

66. memperolehi memperoleh

67. mengkagumkan mengagumkan

68. marhaen marhain

69. nasionalisme nasionalisma

70. organisma organisme

m/s : 6/9

Page 60: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

71. pantomim pantomin

72. pasca merdeka pascamerdeka

73. rahmatnya rahmat-Nya

74. raksasa raksaksa

75. ramah-tamah ramah tamah

76. rebat rebet

77. rekabina reka bina

78. reket raket

79. sedia kala sediakala

80. seyogia sayugia

m/s : 7/9

Page 61: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

81. tak berlampu tidak berlampu

82. tali temali tali –temali

83. tatanama tata nama

84. tatasusila tata susila

85. taugeh tauge

86. tauke taukeh

87. ulang-alik ulang alik

88. urus setia urusetia

89. usaha sama usahasama

90. pakej pekej

m/s : 8/9

Page 62: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BIL. KATA ( A ) KATA ( B ) JAWAPAN RUJUKAN

91. ruang- niaga ruang niaga

92. ramah- tamah ramah tamah

93. sastria sateria

94. sandwic sanwic

95. tata-tertib tatatertib

96. vokasional vokasyenal

97. walaupun walau pun

98. ke – X ke X

99. Yang Dipertua Yang Di Pertua

100. zuhur zohor

m/s : 9/9

Page 63: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Sejarah Ringkas Bahasa MelayuMorfologi Bahasa Melayu Golongan Kata Bahasa MelayuSintaksis Bahasa MelayuPembentukan Ayat

( Ketebalan 582 muka surat )

PERMASALAHAN BAHASA

a. Kesalahan bahasab. Kesalahan ayatc. Kesalahan kata

Kamus Dewan Edisi ke – 4 (2005)

82900 kata masukan (entri)5848 kata masukan baru1817 muka suratCetakan pertama 1970

Page 64: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA