moral rph pbs

10
Halaman Pengakuan Saya mengakui bahawa laporan ini merupakan hasil kerja saya kecuali artikel dan sumber yang diterangkan daripada sumber diterangkan. ………………………………………………………. (R.PUNITA A/P RAMAKRISHNAN) 870119-06-5434

Upload: punita-rama

Post on 28-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Halaman Pengakuan

Saya mengakui bahawa laporan ini merupakan hasil kerja saya kecuali artikel dan sumber yang diterangkan daripada sumber diterangkan.

.(R.PUNITA A/P RAMAKRISHNAN) 870119-06-5434

ISI KANDUNGAN

Halaman Pengakuan iSenarai Kandungan iiPenghargaan ..................... iiiSoalan Tugasan 1- 4Refleksi 5-6

PENGHARGAAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Uztaz Yusri Bin Bakar Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral. iaitu pensyarah matapelajaran Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral. Beliau telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sebaya dalam matapelajaran ini. Dengan mempelajari teknologi saya dapat banyak input. Oleh sebab itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau, saya tidak mungkin memperolehi maklumat sebegini ini. Maklumat- maklumat yang diberikan oleh beliau yang semuanya kita boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. Beliau selalu menghubungkaitkan semua maklumat dengan keadaan sekarang. Pengalaman beliau dalam pengajaran matapelajaran ini menjadi kekuatan kepada saya supaya boleh meneroka pelbagai maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Moral. Pemberian ilmu beliau kepada kami menjadikan diri kita untuk bersedia mengahadapi cabaran. Matapelajaran ini memberi sumbangan yang amat berharga kepada saya supaya dapat mengenali banyak maklumat tentang pengajaran morsl dan jug acara munulis buku rekod dengan baik. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Uztaz Yusri Bin Bakar kerana tanpa bimbingan beliau saya tidak dapat mengenali bagaimana menggunakan Teknologi Maklumat. Matapelajaran amat memberi banyak maklumat kepada saya dan berjanji akan mengikut apa yang diajar oleh beliau.

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran Pendidikan Moral

Kelas4 Maju

Bil Murid2

Masa10.05-11.05 pagi

Tarikh25 / 3 / 2015

Tema Bergotong Royong

TajukBergotong Royong Meningkatkan Kerjasama

Standard Kandungan12.1 Bekerjasama dengan Jiran

Standard Pembelajaran12.1.112.1.212.1.312.1.4

Hasil PembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:i. Menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran.ii. Menerangkan kesan yang akan dapat jika melakukan aktiviti bersama jiran.

Pendekatani. Analisis Nilaiii. Penyelasan Nilaiiii. Tindakan Sosial

EMKNilai Murni - Bersyukur, kerjasama dalam kumpulan, rajin berusaha.Teknologi Maklumat ( TMK ) - Belajar melalui TMK

Bahan Bantu BelajarBuku Teks, Komputer Riba, LCD, DVD, Kertas Mahjong, Gambar-gambar yang berkaitan.

Aktiviti PembelajaranBilProsedur PerlaksanaanKemahiran GenerikCATATAN

Set Induksi ( 10 Minit )

1. Guru akan memperkenalkan mata pelajaran hari itu dengan menayangkan suatu video klip dari You Tube.2. Murid akan menonton tayangan video klip yang bertajuk Kerjasama Membawa Kejayaan3. Guru akan bertanya soalan kepada murid berkaitan video klip yang ditayangkan:.4. Murid akan memberi jawapan.5. Guru akan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini.Nilai Murni-Bersyukur-Kasih sayang-Berkerjasama

EMK-TMK

KB-Menjana Idea

Bahan Bantu Mengajar

Komputer ribaLCDVideo klip

Langkah 1 ( 15 Minit )

1. Guru akan memaparkan beberapa gambar yang berkaitan dengan kerjasama dan akan mengadakan perbincangan dalam kumpulan dengan murid.2. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan memberi penjelasan ataupun jawapan berkaitan dengan tajuk perbincangkan di hadapan kelas.Nilai Muri-Rajin

EMK-Keusahawanan

KB-Menjana Idea

Bahan dari sumber sesawang ( Gambar- gambar tentang kerjasama)

Langkah 2 ( 15 Minit )

1. Guru menggunakan buku teks sebagai rujukan untuk menggambarkan nilai kerjasama.Guru akan membahagikan murid kepada kumpulan.2. Secara berpasangan mereka akan melakonkan peristiwa tersebut secara kerjasama.3. Guru akan merakamkan lakonan murid.4. Selepas berlakon murid menyatakan pengalaman berlakon dan keberkesanan nilai berkerjasama.Nilai Murni-Rajin-Kerjasama pasukanKB-Menjana IdeaEMK-TMK

Bahan Bantu MengajarBuku Teks

Langkah 3 ( 15 Minit )

1. Guru akan menggunakan permainan Matchig Matching untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid.2. Permainan ini dimainkan secara individu.3. Setiap murid akan mendapat kertas, soalan dan alat bertulis. 4. Mereka akan diberikan 10 minit untuk menjalankan aktivit.5. Murid yang dapat menjawap semua soalan dikira sebagai pemenang.

Nilai Murni-Rajin-Hormat-menghormati-KerjasamaKB -Menjana IdeaBahan Bantu Mengajar1.Kertas 2. Alat tulis3. Soalan4.Gambar

Penutup ( 5 Minit )

1. Guru menunjukkan semula gambar-gambar yang berkaitan dengan nilai kerjasama.2. Murid diminta menyatakan kebaikan menjalinkan hubungan kerjasama dengan antara satu sama lain.3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.Nilai Murni KerjasamaLembaran kerja

RefleksiDaripada 2 murid seorang dapat mencapai hasil pembelajaran pada hari ini. Murid yang lemah memerlukan latihan yang berlebihan untuk mengkuhkan lagi pengetahuan mereka.

RefleksiNAMA : R.PUNITA A/P RAMAKRISHNANNO.K/P : 870119-06-5434NO. MATRIK : 28656 Sebagai seorang pelatih guru, banyak ilmu yang telah saya pelajari sehingga hari ini bagi subjek yang telah dikendalikan oleh Uztaz Mohamad Yusri Bin Bakar dalam Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral. Melalui ilmu yang dicurahkan beliau, ia membekalkan saya dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek pengajaran Mikro. Ini kerana pengajaran mikro dalam Pendidikan Moral merupakan salah satu aspek yang rumit bagi menjalankan dalam suasana bilik darjah yang sebenar dan memang mencabar seseorang bakal guru. Tugasan ini perlu dilaksanakan dalam suasana pembelajaran yang sebenar di mana semasa saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor.Tugasan ini dikehendaki menyiapkannya secara individu. Selepas mendapat tugasan ini, saya mula mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini. Di sini saya mengucapakan terima kasih kepada perpustakaan IPG Ipoh kerana membekalkan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Semasa membuat tugasan ini, saya mendapat banyak input yang berkaitan dengan Pendidikan Moral. Semasa membuat tugasan ini, saya mendapat tahu bagaimana mengapliksikan pengajaran Mikro pada sesi pengajaran di bilik darjah. Ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira semasa membuat pengajaran Mikro. Antaranya ialah keadaan bilik darjah, pengalaman sedia ada murid, penglibatan murid dan juga sumber yang kita gunakan dalam sesi pengajaran. Bagi menjalankan tugasan ini, saya telah memilih set induksi untuk pengajaran Mikro. Dalam set induksi saya menggunakan video sebagai permulaan sesi pengajaran saya dalam kelas 4 Maju dan mempunyai tiga orang para murid. Saya memilih video sebagai alat bantu mengajar dalam kelas Pendidikan Moral kerana dalam penggunaan video kita boleh menggabungan audio, video dan juga animasi. Penggabungan seperti ini dapat menarik perhatian para murid dan juga mereka akan menumpukan seluruh perhatian kepada tajuk yang akan dibelajar. Disamping itu, guru juga boleh membantu para murid mencapai objektif pembelajaran pada hari itu dengan bantuan video. Seperti mana dijelaskan penggunaan video dalam set induksi sebagai alat bantu mengajar memang berkesan kepada para murid untuk menyampaikan isi pengajaran dengan begitu jelas. Selain itu, sepanjang berada di sekolah tersebut saya mendapat banyak maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Moral. Antaranya ialah penulisan Rancangan Harian Pengajaran yang betul mengikut kehendak kementerian dan juga cara mengajar kepada murid dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Guru-guru di sekolah tersebut memberi penerangan yang baik dan jelas tentang bagaimana mengajar Pendidikan Moral mengikut Kurikulum Stardant Sekolah Rendah.Akhirnya ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan tugasan ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.