motor penghidup
DESCRIPTION
nota automotifTRANSCRIPT
M3K2.3Periksa fungsi solenoid motor penghidup
M3K2.3.3E1Menerangkan fungsi suis solenoidM3K2.3.3E2 Menerangkan kendalian suis solenoidM3K2.3.3E3Melakukan ujian Pull-In, Hold-In dan Pinion return testM3K2.3.3E4Mengamalakn prosedur keselamatan bengkel
M3K2.4Periksa keadaan motor penghidup
M3K2.4.4E1Menerangkan jenis dan fungsi motor penghidupM3K2.4.4E2Menerangkan fungsi, binaan dan kendalian komponen motor penghidupM3K2.4.4E3Menguji motor penghidup mengikut manual servis :
Menceraikan motor penghidup Melakukan ujian beban motor penghidup Menceraikan komponen motor penghidup Menguji gelung angker Menguji litar terbuka komutator Menguji litar terbuka gelung medan Menguji litar terbumi Menguji berus karbon dan pemegang berus karbon Menguji keadaan bushing and bearing Menguji fungsi keupayaan Overrunning Clutch Memasang semula komponen motor penghidup Memasang motor penghidup
M3K2.4.4E4Mengamalkan prosedur keselamatan bengkel
Motor penghidup merupakan suatu motor elektrik arus terus yang boleh mengeluarkan kuasa kuda yang
tinggi dalam masa yang singkat.
Fungsi Motor Penghidup
o Berfungsi untuk mengengkolkan enjin bagi menghidupkannya.
Binaan Motor Penghidup
Motor penghidup mengandungi bahagian-bahagian yang berikut :
1. Angker (armature)
Ianya terdiri daripada aci angker,
lapisan teras besi lembut, penukar
tertib dan lingkaran dawai angker.
Tiap-tiap lingkaran dawai
disambungkan pada penukar
tertib.
Suis penghidup
2. Sarung (yoke)
o Terdiri daripada dua atau lebih belitan dawai medan, kekasut kutub dan kerangka besi
3. Kerangka Hujung (rear cover & front cover - housing)
o Kerangka hujung hadapan (housing) mencagakkan gear pemacu.
o Kerangka hujung belakang (rear cover) terdapat set berus karbon dan alas untuk aci angker.
4. Gelung Medan (field coil)
o Terdiri daripada belitan dawai yang melingkari kekasut kutub.
o Jumlah belitan gelung medan begantung kepada jumlah kekasut kutub.
5. Berus karbon (carbon brush)
o Berus karbon dipasang pada pemegang berus dan didudukkan menentang penukar tertib
(komutator).
o Bilangan berus karbon bergantung kepada jumlah kekasut kutub dan gelung medan.
o Ianya didudukkan secara condong agar dapat memberi sentuhan yang baik dan meminimumkan
percikan diantara berus dengan penukar tertib
o Satu set berus karbon disambungkan ke punca positif dan satu set lagi disambungkan ke punca
negatif.
Solenoid Pelocok Angker
Perumah hadapanSarungPemegang berus Perumah belakang
Mekanisme Pemacu
o Angker direka untuk berpusing pada kelajuan tinggi di samping meminimumkan ampere.
o Nisbah gear pacuan ialah di antara 15 : 1 hingga 20 : 1.
o Terdapat dua jenis pacuan iaitu
i. Pacuan Klac Putaran Lampau
Gambar foto ceraian motor penghidup
GalasPenukar tertib
Teras angkerGelung angker Gear pinan
Aci angker
Gambar foto bahagian-bahagian angker
ii. Pacuan Bendix
Asas Kendalian Motor Penghidup
Ketika suis penghidup dikendalikan
Apabila suis penghidup dikendalikan,
arus dari bateri mengalir ke gegelung
tarik masuk gegelung pemegang di suis
magnet, dengan itu pelocok akan ditarik.
Pelocok akan menggerakkan tuil pacuan
untuk menolak pinan keluar dan
membuat cantuman dengan gigi gear di
roda tenaga
Ketika suis penghidup dilepaskan
Apabila suis penghidup dilepaskan denga serta
merta, arus mengalir melalui gegelung tarik dan
masuk dalam arah yang bertentangan.
Pelocok akan kembali ke tempat asal oleh daya
pegas pembalik. Pada masa yang sama pinan
akan teranjak dari gigi
gear roda tenaga dan plat sesentuh akan
terbuka.
Apbila plat sesentuh rapat, arus
tinggi akan mengalir ke motor.
Motor akan memacu enjin
dengan kuasa putaran yang
kuat. Pada masa ini juga pinan
dianjakkan oleh pergerakan
gelugur sehingga membuat
cantuman penuh dengan gigi
gear roda tenaga.
Solenoid
o Solenoid merupakan satu alat elektromagnet yang berfungsi membuka dan menutup litar dari
bateri ke motor penghidup.
o Terdapat dua jenis solenoid motor
penghidiup iaitu
i. Solenoid berasingan – mempunyai suis batang
tekan bagi kegunaan pacuan sisipan.
ii. Solenoid berkerangka kamilan dengan motor
penghidup – berfungsi untuk menggerakkan gear pemacu bercantum dengan gigi gear roda
tenaga.
Binaan Solenoid
o Terdapat dua gegelung di dalam solenoid iaitu
i. Satu siri belitan dawai kasar
ii. Satu siri belitan dawai pirau terdiri daripada dawai halus.
o Belitan dawai kasar ini disambungkan secara bersiri di anatara tamatan suis bsolenoid dan
tamatan berat ke motor penghidup.
o Belitan pirau disambungkan di antara tamatan suis solenoid dan bumi.
Ujian yang dijalankan pada komponen Motor Penghidup
1. Ujian keterusan pada angker (armature)
2. Ujian litar pintas mennggunakan mesin Growler
3. Ujian keterusan pada gelung medan
4. Ujian litar pintas gelung medan
5. Ujian litar pintas pada pemegang berus karbon
6. Ujian keterusan pada solenoid
Bil Kerosakan Punca Penyelesaian
1Gear pinan sukar bercantum dengan gear roda tenaga
a. Bush pada perumah hadapan atau belakang hausb. Gigi gear pinan rosak
c. Litar pintas pada solenoid
a. Ganti bush
b. Gantikan motor penghidupc. Ganti solenoid
2Pusing angker perlahan
a. Terjadi litar pintas pada angkerb. Berus karbon pendek
c. Permukaan penukar tertib kotor
a. Periksa atau gantib. Ganti karbon berus baruc. Bersihkan