mpw 1153

5
MPW 1153 Pendidikan Moral Pendahuluan Mata Pelajaran Pendidikan Moral hendaklah ditawarkan sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain diajarkan di IPTS. Semua pelajar bukan beragama Islam yang mengikuti pengajian di IPTS wajib mengambil mata pelajaran ini. Kelulusan dalam mata pelajaran ini menjadi prasyarat untuk penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi warganegara Malaysia. Objektif Mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk membentuk individu menyeluruh dan seimbang, matang dan bermaklumat, yang berupaya menaakul, berperasaan dan bertingkahlaku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika yang adil dan berkepedulian. Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti mata pelajaran ini, pelajar dapat: Mendefinisikan moral dan etika. Menyatakan kepentingan pendidikan moral. Menerangkan konsep-konsep asas etika. Menerangkan jenis-jenis nilai moral. Menghuraikan gagasan tentang agen moral. Menjelaskan beberapa teori etika dan kritikannya. Mengenal pasti asas moral menurut perspektif agama. Membincangkan masalah dan isu moral.

Upload: izuan21

Post on 11-Dec-2014

181 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: MPW 1153

MPW 1153

Pendidikan Moral

Pendahuluan 

Mata Pelajaran Pendidikan Moral hendaklah ditawarkan sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain diajarkan di IPTS. Semua pelajar bukan beragama Islam yang mengikuti pengajian di IPTS wajib mengambil mata pelajaran ini. Kelulusan dalam mata pelajaran ini menjadi prasyarat untuk penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi warganegara Malaysia.

Objektif

Mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk membentuk individu menyeluruh dan seimbang, matang dan bermaklumat, yang berupaya menaakul, berperasaan dan bertingkahlaku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika yang adil dan berkepedulian.

Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti mata pelajaran ini, pelajar dapat:

Mendefinisikan moral dan etika. Menyatakan kepentingan pendidikan moral. Menerangkan konsep-konsep asas etika. Menerangkan jenis-jenis nilai moral. Menghuraikan gagasan tentang agen moral. Menjelaskan beberapa teori etika dan kritikannya. Mengenal pasti asas moral menurut perspektif agama. Membincangkan masalah dan isu moral.

Page 2: MPW 1153

Definisi Moral

Maksud Etika

Asal dari perkataan Yunani iaitu ethos bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

Maksud Moral

Asal dari Bahasa Latin iaitu mores yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi.

Berdasarkan definisi ethos dan mores, tidak hairanlah jika bagi sesetengah orang kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.

Contoh; peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang, kebersihan, saling membantu, kerjasama, kesyukuran dan semangat bermasyarakat.

Pendapat Pakar

Hobbes; Kemoralan sosial biasanya mendapat sokongan kuat daripada ahli-ahli sosial sosiolagi moral dan menjadi tanggungjawab setiap orang mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral.

Weber; norma, nilai dan peraturan masyarakat yang boleh membentuk perlakuan dan seseorang lahir daripada kepatuhan orang itu kepada autoriti yang sah.

Durkheim; Etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam situasi tertentu. Bertingkah laku dengan betul merupakan pematuhan peraturan itu secara sungguh-sungguh, berhemat dan teliti.

Kepentingan Pendidikan Moral

1. Pembentukan individu menyeluruh dan seimbang.2. Matang dan bermaklumat yang berupaya menaakul.3. Berperasaan dan bertingkah laku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika yang adil dan berkepedulian.

Page 3: MPW 1153

Konsep Asas Etika dan Jenis Nilai Moral

Pernyataan Normatif

Maksudnya dijelmakan dalam bentuk atau sebagai pertimbangan nilai. Contohnya; 'Ini sebuah kolej yang bagus'. Ayat ini satu pertimbangan nilai tentang kolej yang mempunyai beberapa ciri yang dianggap baik dan ayat ini ialah pernyataan normatif kerana melibatkan pertimbangan nilai.

Pernyataan Deskriptif

Pernyataan yang merujuk kepada fakta dan tidak melibatkan pertimbangan nilai. Contohnya; 'Ini sebuah rumah pangsa'.

Dalam tajuk ini, kita akan membincangkan mengenai pernyataan normatif dan pernyataan bukan normatif. Seperti yang ditulis di atas, pernyataan normatif ialah penegasan atau pernyataan yang melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai kita. Kita selalu gunakan pernyataan normatif untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat, benar atau salah dan diterima atau ditolak.

Pernyataan Bukan Normatif

Maksudnya bebas daripada nilai iaitu tidak melahirkan pertimbangan nilai. Pernyataan ini value-neutral terdiri daripada laporan atau sesuatu yang berbentuk deskriptif untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal. Contohnya; 'Universiti Malaya terletak di Petaling Jaya', 'Motorsikal ini berwarna Hijau'.

Jelas bahawa terdapat pernyataan normatif dan bukan normatif. Pernyataan normatif pula bukan semuanya menyentuh soal moral. Namun perkara yang penting dalam etika ialah pernyataan normatif moral. Ada pernyataan normatif moral mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku. Contohnya; 'Orang yang bercakap bohong tidak akan dipercayai lagi oleh orang lain'. Keduanya, pernytaan normatif yang berbentuk arahan atau perintah. Contohnya; 'Ibu bapa mesti dihormati'.

Konsep Asas Nilai

Ciri Nilai

Moral ialah suatu nilai tetapi adakah semua nilai itu moral? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan 'nilai'. Terdapat beberapa ciri nilai iaitu nilai yang ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau kumpulan. Contohnya, seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai tersebut dalam pertuturan dan perlakuannya. Dia juga akan mempertahan nilai tanggungjawab pada dirinya serta mengkritik orang lain yang bersikap tidak bertanggunjawab.

Page 4: MPW 1153

Nilai juga merupakan satu kepercayaan yang preskriptif sama ada diharapkan atau tidak diharapkan. Contohnya, nilai rajin ialah sesuatu yang diharapkan dan positif berbanding dengan nilai malas yang tidak diharapkan serta negatif. Ada kemungkinan seseorang itu lebih mengutamakan sesuatu berbanding dengan nilai lain. Nilainya itu pula mungkin berlainan daripada nilai orang lain.

Fungsi Nilai

Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain.

Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Walaupun dalam situasi beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dihadapi. Selain itu, nilai bukan hanya merangsang malah mengehadkan perlakuan seseorang.