muka 3 muka 5 muka 7 sabak bernam - selangorkini.my · yang timbul dalam kalangan pen-duduk dapat...

23
PERCUMA 8 - 14 November 2018, 30 Safar - 6 Rabiul Awal 1440 SELANGOR PERINTIS muka 3 RMS MERIAHKAN SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT SELANGOR muka 5 FTZ DI PULAU INDAH LANGKAH POSITIF TARIK FDI muka 7 selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor OLEH ZAREEF MUZAMMIL SABAK BERNAM - Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam mengalu- alukan kunjungan Dato’ Menteri Be- sar, Amirudin Shari, termasuk bari- san kepimpinan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sempena Jelajah Maju Bersama yang dijadual ber- langsung, pada 9 November ini. Pegawai Daerahnya, Nasir Mamat berkata, pihaknya sudah bermesyu- arat dan membuat perbincangan terperinci dengan menyelaras setiap tindakan bagi memastikan agenda program berjalan sempurna. Katanya, ia disifatkan sebagai satu kunjungan berprestij dan is- timewa bagi daerah berkenaan. “Kita memanggil semua jabatan di daerah ini supaya turut serta menjayakan setiap program diatur bersama Dato’ Menteri Besar dan EXCO terbabit. “Banyak program sudah diran- cang dalam tempoh singkat ini, sekali gus memberi peluang kepa- da penjawat awam daerah Sabak Bernam untuk berinteraksi bersa- ma pimpinan Kerajaan Negeri,” ka- tanya kepada SelangorKini, baru- baru ini. Pada masa sama, katanya, la- watan turun padang itu adalah saat paling dinantikan setiap lapisan ma- syarakat, di daerah terbabit. “Ini kesempatan yang baik un- tuk masyarakat setempat berjum- pa, mengadu hal atau masalah dan memberi cadangan yang boleh memberi manfaat, pada masa akan datang. “Kita mahu membawa misi Kera- jaan Negeri bahawa setiap masalah yang timbul dalam kalangan pen- duduk dapat diselesaikan,” katanya. Difahamkan, Amirudin akan menghadiri perhimpunan pagi ber- sama kira-kira 450 penjawat awam daerah Sabak Bernam, di Dewan Seri Bernam, sebelum mempengerusi- kan Mesyuarat EXCO, pada sebelah pagi. Selepas itu, beliau dijangka me- nunaikan solat Jumaat di Masjid Padu Permai sebelum menyantuni masyarakat pada jamuan rakyat se- terusnya mengadakan lawatan di be- berapa kawasan, sekitar daerah Sa- bak Bernam. SABAK BERNAM PRESTIJ DAN ISTIMEWA

Upload: hoangcong

Post on 09-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 8 - 14 November 2018, 30 Safar - 6 Rabiul Awal 1440

SELANGOR PERINTIS

muka 3

RMS MERIAHKAN SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT SELANGORmuka 5

FTZ DI PULAU INDAHLANGKAH POSITIF TARIK FDImuka 7

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SABAK BERNAM - Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam mengalu-alukan kunjungan Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari, termasuk bari-san kepimpinan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sempena Jelajah Maju Bersama yang dijadual ber-langsung, pada 9 November ini.

Pegawai Daerahnya, Nasir Mamat berkata, pihaknya sudah bermesyu-arat dan membuat perbincangan terperinci dengan menyelaras setiap tindakan bagi memastikan agenda program berjalan sempurna.

Katanya, ia disifatkan sebagai satu kunjungan berprestij dan is-timewa bagi daerah berkenaan.

“Kita memanggil semua jabatan di daerah ini supaya turut serta menjayakan setiap program diatur bersama Dato’ Menteri Besar dan EXCO terbabit.

“Banyak program sudah diran-cang dalam tempoh singkat ini, sekali gus memberi peluang kepa-da penjawat awam daerah Sabak Bernam untuk berinteraksi bersa-ma pimpinan Kerajaan Negeri,” ka-tanya kepada SelangorKini, baru-baru ini.

Pada masa sama, katanya, la-watan turun padang itu adalah saat paling dinantikan setiap lapisan ma-syarakat, di daerah terbabit.

“Ini kesempatan yang baik un-tuk masyarakat setempat berjum-pa, mengadu hal atau masalah dan memberi cadangan yang boleh memberi manfaat, pada masa akan datang.

“Kita mahu membawa misi Kera-jaan Negeri bahawa setiap masalah yang timbul dalam kalangan pen-duduk dapat diselesaikan,” katanya.

Difahamkan, Amirudin akan menghadiri perhimpunan pagi ber-

sama kira-kira 450 penjawat awam daerah Sabak Bernam, di Dewan Seri Bernam, sebelum mempengerusi-kan Mesyuarat EXCO, pada sebelah pagi.

Selepas itu, beliau dijangka me-nunaikan solat Jumaat di Masjid Padu Permai sebelum menyantuni masyarakat pada jamuan rakyat se-terusnya mengadakan lawatan di be-berapa kawasan, sekitar daerah Sa-bak Bernam.

SABAK BERNAM PRESTIJ DAN ISTIMEWA

2Utama

SelangorKini 8 - 14 November 2018

Belanjawan 2019

Pendidikan terima peruntukan terbesarOLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menerima peruntu-kan terbesar menerusi Belanjawan 2019 iaitu kira-kira RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keselu-ruhan perbelanjaan kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau berang-gapan perkara itu antara yang ter-baik dilakukan kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, pelajar masa kini per-

lu mendalami pelbagai ilmu baru termasuk teknologi, sains dan matematik.

“Jika dulu, pelajar memaha-mi ilmu penjajahan British di Ta-nah Melayu dan geografi, namun sekarang situasinya sudah ber-lainan,” katanya dalam sidang me-dia selepas pembentangan Be-lanjawan 2019, di Dewan Rakyat, pada 2 November lalu.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pendidikan berkualiti adalah mekanisme terja-

min dan mampan bagi mencapai pertumbuhan pendapatan lebih tinggi.

Antara inisiatif itu termasuk me-nyediakan peruntukan bagi pendi-dikan berjumlah RM2.9 bilion un-tuk membantu golongan miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

Kerajaan juga akan menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta, tahun ini.

Selari manifesto PAKATAN, kurang beban rakyatKUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyi-fatkan, Belanjawan 2019 mem-bantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, ia dapat dili-hat menerusi subsidi bersasar antaranya Bantuan Sara Hidup dan RON95 seperti dibangkitkan dalam manifesto Pakatan Hara-pan (PAKATAN), sebelum ini.

“Saya anggap belanjawan ini melegakan kerana ada keupaya-an menampung susutan ekoran ketiadaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Walaupun dalam bentuk dividen khas Petronas tetapi jum-lah sebesar RM35 bilion itu ke-mudian digunakan untuk mem-bayar balik hutang GST dan cukai pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdul-lah menyifatkan, Belanjawan 2019 sebagai komprehensif merangku-mi semua masyarakat di Malaysia termasuk kumpulan berpendapa-tan rendah (B40), pertengahan (M40) dan Orang Asal.

“Belanjawan ini juga selari dengan janji manifesto PAKATAN sebelum pilihan raya antaranya subsidi petrol,” katanya.

Belanjawan dinamik jamin kesejahteraan rakyat – MBSHAH ALAM - Belanjawan 2019 dilihat sebagai bertang-gungjawab dan dinamik, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Menerusi Twitter, Amirudin berkata, pembentangan be-lanjawan kali ini juga berasas-kan keadaan kewangan serta kesejahteraan rakyat.

“Belanjawan Selangor 2019 mengambil pendekatan se-rupa dalam merancakkan eko-nomi dan memperkukuh ke-wangan negeri,” tulisnya.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2019 oleh Men-teri Kewangan, Lim Guan Eng, Selangor turut menjadi salah satu fokus belanjawan kali ini.

Ia dilihat melalui Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0, diumumkan Khazanah Nasi-onal Berhad akan memban-gun-kan 32.375 hektar tanah di Subang sebagai hab aero-angkasa bertaraf dunia.

Melaluinya, Khazanah akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutama MARA dalam melahirkan tenaga kerja berkemahi-ran tinggi untuk memenuhi keperluan industri.

Pada masa sama, kerajaan turut bercadang menjadikan tanah seluas 153.781 hektar di Pulau Indah sebagai Zon Perdagangan Bebas untuk me-nyokong dan memangkin ak-tiviti perkapalan dan logistik, di Pelabuhan Klang.

Zon Bebas baru itu akan menjadi sambungan kepada Port Klang Free Zone (PKFZ).

Terakhir, kerajaan me-ngambil langkah memastikan Taman Hutan Selangor FRIM disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Belanjawan Selangor 2019 mengambil pendekatan serupa dalam merancakkan ekonomi dan memperkukuh kewangan negeriAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

PM terima ijazah kehormat di TokyoTOKYO - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dia-nugerahi ijazah kehormat dok-tor falsafah oleh University of Tsukuba, pada 5 November lalu.

Penganugerahan ijazah ke-hormat itu adalah pengiktirafan tertinggi universiti berkenaan terhadap sumbangan Dr Maha-thir dalam mempertingkatkan pertukaran dalam bidang pe-

nyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa ketika lawatan beliau ke kampus Tok-yo universiti itu, di sini.

Ijazah kehormat itu disampai-kan presiden universiti berke-naan, Prof Kyosuke Nagata.

Terdahulu, sebelum majlis penyampaian anugerah itu ber-langsung, Dr Mahathir menga-dakan pertemuan dengan Na-

gata.Perdana Menteri memulakan

lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun dan antara kemuncaknya adalah pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Je-pun ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ oleh Maharaja Jepun, Maharaja Akihito, di Imperial Palace, pada 6 November lalu.

Utama3SelangorKini 8 - 14 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Seiring negara maju

Selangor perintis ‘veggie factory’OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR - Selangor maju setapak lagi di hadapan apabila bersedia membuka ta-nah baru bagi merintis projek pertanian berteknologi moden yang tidak memerlukan peng-gunaan tanah yang luas.

Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari berkata, kaedah yang dinamakan sebagai ‘veg-gie factory’ atau ‘plant factory’ itu adalah teknologi yang su-dah dimulakan dan semakin mendapat tempat dalam kala-ngan negara maju seperti Je-pun, Taiwan dan Eropah terma-suk Singapura.

“Konsep ‘food belt’ dan ‘food priority’ terus menjadi asas kepa-da Dasar Pertanian Negeri Sela- ngor dan pada ketika ini Revo-lusi Industri 4.0 (IR4.0) mula di-perkatakan sebagai hala tuju

sektor pertanian yang lebih jitu dengan menitik beratkan peng-gunaan teknologi moden dan menjadi lebih sesuai dengan keadaan Selangor yang mem-punyai keluasan kawasan amat terhad.

“Bagi mencapai hasrat ini, pembukaan tanah baharu akan terus dilaksanakan tetapi ha-rus berkonsepkan pertanian moden dan berteknologi tinggi memandangkan tanah un-tuk sektor pertanian semakin mengecil atas desakan pem-bangunan dengan pembukaan kawasan perumahan serta per-industrian, amalan penggunaan tanah luas untuk menjalankan projek pertanian bukan lagi menjadi amalan khususnya, di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka merasmikan Selangor Agro-fest, di Kompleks Sukan Kuala

Selangor, pada 3 November lalu.

Amirudin berkata, Jabatan Pertanian Negeri Selangor su-dah memulakan langkah awal berorientasikan IR4.0 dengan melaksanakan penyelidikan.

Katanya, penyelidi-kan projek perin-tis berkenaan m e m b a b i t -kan penggu-naan kaedah p e n a n a -man secara t e r t u t u p yang tidak membabitkan tanah subur dan luas serta penggunaan cahaya matahari yang maksimum.

Katanya, kaedah penana-man yang menggunakan sistem pencahayaan diod pancaran

cahaya (LED) se-bagai media fo-

tosintesis dan mam-pu mempercepatkan

tempoh tuaian hasil.“Penggunaan teknologi ini

juga mampu menghasilkan tana-man makanan yang berkualiti,

segar dan selamat dimakan de-ngan pengawalan cahaya, kar-bon dioksida, kelembapan suhu, kebersihan ruang dan sistem pengudaraan yang baik kerana ia dibuat dalam persekitaran yang terkawal atau secara penanaman dalaman,” katanya.

Tekad martabat sektor pertanian

KUALA SELANGOR - Kera-jaan Negeri memperuntuk-kan RM32.6 juta pada tahun ini bagi hasil dan pendapatan ag-ropreneur di dalam sektor per-tanian meliputi bidang tana-man, penternakan, nelayan dan juga akuakultur serta Industri Asas Tani (IAT) yang mening- kat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri tekad untuk memartabatkan sek-tor pertanian sebagai salah satu sumber ekonomi utama negeri.

“Sudah pasti, golongan petani, penternak dan nelayan seluruh Selangor tidak akan dilupakan jasa serta sumbangan mereka di dalam menyediakan bekalan makanan kepada seluruh rakyat akan sentiasa dibela.

“Kerajaan Negeri amat komi-ted menjadikan sektor pertanian bukan sekadar sumber ekonomi

sampingan tetapi memartabat-kannya sebagai peneraju ke arah menjadikan Selangor gedung kuasa ekonomi serantau,” kata-nya.

Beliau berkata demikian ke-tika merasmikan Selangor Agro-fest 2018, di Kompleks Sukan Kuala Selangor, pada 3 Novem-ber lalu.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri mengambil pelbagai langkah termasuk memberi fokus pembangunan pertanian di kawasan Utara Selangor yang kaya dengan pengeluaran hasil pertanian.

Katanya, Kerajaan Nege-ri akan terus memberi soko- ngan melalui insentif dan projek pertanian berimpak tinggi dan dalam masa sama boleh mening- katkan hasil serta pendapatan golongan agropreneur dan me-narik minat lebih ramai genera-

si muda berkecimpung dalam sektor pertanian dengan men-jadikannya sebagai sumber pendapatan utama.

“Jika di negara luar, agro pelancongan adalah salah satu penyumbang pendapatan ke-pada masyarakat luar bandar dan di daerah ini khususnya ada bahan dan infrastruktur yang lengkap selain strategik untuk memungkinkan ia menjadi ke-nyataan.

“Pada masa ini, Sekinchan dikenali sebagai kawasan pelan-congan untuk pananaman padi melalui kewujudan muzium padi, manakala Hulu Selangor pula dengan Selangor Fruit Val-ley. Kuala Selangor juga ber-potensi untuk menjadi tarikan pelancong selain daripada tari-kan utama sedia ada iaitu ka-wasan kelip-kelip dan Sky Mir-ror,” katanya.

Lembu Sado ‘Made In Selangor’ mampu cecah satu tanKUALA SELANGOR - Program penternakan Lembu Sado oleh Ja-batan Perkhidmatan Veterinar Se-langor mula menampakkan hasil apabila program itu berjaya mela-hirkan baka terbabit.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, berat Lembu Sado ‘Made In Selangor’ itu mampu mencecah sehingga satu tan.

“Lembu ini dikatakan boleh mencecah berat sehingga satu tan seekor dan ia adalah hasil teknologi pembiakan secara permanian ber-hadas (artificial insemination – AI) iaitu ibu lembu tempatan seperti Kedah, Kelantan atau ‘Local Indian Dairy’ disuntik dengan semen atau benih yang diimport dari luar ne-gara.

“Hasil daripada kaedah ters-babit, lembu lebih bermutu de-ngan tubuh yang besar dapat mengeluarkan hasil daging lebih banyak,” katanya.

Amirudin berkata, semen pe-

jantanan yang sering digunakan di Selangor adalah seperti ‘Charo-lais’, ‘Limousin’ dan ‘Belgian Blue’.

Katanya, projek dan program Jabatan Perikanan Selangor se-perti kajian untuk meningkatkan hasil kerang dan juga ternakan ikan air tawar turut menghasil-kan pulangan tinggi seperti ikan ketutu, ikan ternakan air masin yang bernilai tinggi serta ikan hiasan.

Hasil daripada kaedah terbabit, lembu lebih bermutu dengan tubuh yang besar dapat mengeluarkan hasil daging lebih banyakAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

4Utama

SelangorKini 8 - 14 November 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Belanjawan Selangor 2019

Fokus perkasa ekonomi rakyat OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Belanjawan Negeri 2019 yang akan dibentangkan hujung bulan ini dijangka memfokuskan kepada pemerkasaan ekonomi rakyat termasuk golongan muda.

EXCO Pemberdayaan, Pemba-ngunan Sosioekonomi dan Kera-jaan Prihatin, V Ganabatirau ber-kata, bantuan pendidikan juga dijangka bertambah.

“Sudah tentu bantuan ini ditingkatkan, namun kita per-lu sedar dan mengambil kira pendapatan negeri.

“Belanjawan 2019 kali ini mungkin perlu lebih berhemah dan menjaga simpanan, apa yang penting adalah mengang-kat semua kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Justeru, program pemer-

kasaan dan pemberdayaan eko-nomi perlu diteruskan. Namun, program bersifat ‘goodies’ tidak seharusnya diteruskan kerana adalah lebih baik kita memper-kasakan golongan ini,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Ganabatirau

berkata, Kerajaan Negeri perlu mengutamakan peruntukkan infrastruktur selaras dengan ne-geri maju.

“Ini termasuk menangani ma-salah banjir dan jalan rosak yang masih membelenggu rakyat ne-geri ini,” katanya.

Terdahulu, Belanjawan 2019 Selangor dijangka memberikan tumpuan kepada potensi pem-bangunan di semua peringkat, di samping menilai serta memper-kasakan semua program Inisiatif Peduli Rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, selepas 10 tahun tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri berubah, maka pendeka-tan baharu perlu dilakukan su-paya semua perancangan dapat dilaksanakan dengan baik serta sampai kepada rakyat.

Tutup kilang plastik haram sepenuhnyaKUALA LANGAT - Kerajaan Ne-geri akan melaksanakan peman-tauan berterusan bagi memasti-kan kilang haram yang mengitar semula sisa plastik dari luar ne-gara ditutup sepenuhnya, di se-luruh negeri.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pe-ngangkutan Awam dan Pemba-ngunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri tu-rut mengarahkan Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar sentiasa meman-tau kilang berlesen diteruskan supaya tidak menyalahi undang-undang.

“Isu sisa plastik berkenaan bu-kan hanya di Kuala Langat, Klang dan Kuala Selangor tetapi isu, di seluruh negara.

“Kerajaan Negeri mengambil tindakan tegas dan mengarah PBT terbabit antaranya Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Maj- lis Perbandaran Klang dan Majlis Daerah Kuala Selangor meman-tau kilang berlesen juga,” kata-nya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat ke-pada pengusaha kilang dan me-ngadakan lawatan ke kilang ha-ram terbabit, di sini.

Terdahulu, stesen radio dan portal berita New Zealand, Ra-

dioNZ baru-baru ini melaporkan ribuan tan sisa plastik dari negara itu didakwa dibawa masuk ke Ma-laysia, selepas China mengharam-kan pengimportan sisa plastik.

Laporan itu menyebut, ham-pir 40 kilang haram beroperasi di Jenjarom membakar dan mem-buang air tercemar selepas mem-proses sisa plastik itu.

Manakala, Kerajaan Negeri mengambil tindakan tegas de-ngan melakukan tiga operasi ber-sepadu ke atas kilang haram itu selepas menerima banyak aduan daripada orang awam.

Pada masa sama, Sze Han ber-kata, satu mesyuarat sudah dia-dakan untuk memutuskan sisa plastik berkenaan dibersihkan secara mungkin.

“MDKL turut membuka tender selama seminggu bermula hari ini kepada mana-mana kilang berlesen yang mahu membersih-kan kawasan terbabit,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan hampir 300,000 pen-duduk di Kuala Langat terutama di Telok Panglima Garang dekat sini kini terdedah dengan risiko pelbagai jenis pe nyakit terma-suk kanser apabila daerah terba-bit dijadikan tempat longgokan plastik kitar semula dari serata dunia.

Kemuka permohonan jika pembinaan di lereng bukit

JAS galak masyarakat utama e-WasteKLANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menggalakkan masyarakat menitikberatkan pengurusan e-Waste seperti ba-rangan buangan elektrik dan elek- tronik yang sudah digunakan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

Pengarah JAS Selangor, Siti Za-leha Ibrahim berkata, antara ba- han buangan termasuk dalam kategori e-Waste adalah televi-syen, mesin basuh, peti sejuk, telefon bimbit, komputer dan penghawa dingin.

“Ia boleh dikategorikan se-bagai bahan buangan terjadual, ‘electrical and electronic waste’, kod SW 110 yang perlu diuruskan mengikut Peraturan Buangan Terjadual di bawah Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974.“Pengurusan e-Waste harus

dikendalikan syarikat yang mem-punyai lesen daripada JAS ke-rana ia tidak boleh dilupuskan di tapak biasa kerana kita bimbang jika berlaku perkara tidak diingini terhadap alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara pe-ringkat Selangor 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perem-puan) Bukit Kuda, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan mengenalpasti Pusat Kitar Semula di kawasan ma-sing-masing, sekali gus bertin-dak sebagai pusat pengumpulan buangan E-Waste yang diterima

daripada orang ramai.Katanya, usaha itu mendapat

sokongan daripada premis pe-merolehan kembali buangan e-Waste yang dilesenkan JAS bagi menjayakan program melalui kempen kutipan e-Waste seperti dilaksanakan syarikat T-Pot Elec-trical & Electronics Sdn Bhd.

“Kita semua perlu berganding bahu dalam merealisasikan ob-jektif tema sambutan Hari Alam Sekitar pada kali ini dengan ak-tiviti kesedaran penjagaan dan pemeliharaan membabitkan pel-bagai lapisan masyarakat.

“Melalui program keseda-ran seperti ini, maka kita semua dapat menghargai keindahan dan keunikan alam, sekali gus memelihara serta mengekalkan kecantikan juga kebersihan ka-wasan masing-masing,”katanya.

V Ganabatirau

SHAH ALAM - Pemaju diingat-kan supaya mengemukakan per-mohonan jika terdapat pembi-naan di lereng bukit melebihi 25 peratus tahap kecerunan.

Pengarah Jabatan Peranca-ngan Bandar dan Desa Selangor, Muhammad Ridzuan Arshad ber-kata, permohonan itu perlu dike-mukakan kepada Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar negeri sebelum diserahkan kepa-da Pihak Berkuasa Tempatan.

“Melalui jawatankuasa berke-

naan, pakar berkaitan anta-ranya Jabatan Kerja Raya, Pertubuhan IKRAM Ma-laysia, Jabatan Alam Seki-tar dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan bersidang bagi memperincikan semua permohonan berkenaan.

“Kita akan melihat sama ada perlu atau tidak pemaju melaku-kan kerja mitigasi jika ada pem-binaan, di lereng bukit,” katanya dalam sidang media.

Beliau yang juga Pengarah

Jawatankuasa Kawasan Sensi-tif Alam Sekitar Selangor ber-kata, pihaknya

kini menerima kira-kira empat

permohonan lereng bukit, dalam tempoh sebulan.

“Selain lereng bukit, kawasan sensitif lain yang turut dibin-cangkan melalui jawatankuasa ini ialah tanah gambut dan tasik,” katanya.

Utama5SelangorKini 8 - 14 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Sultan Selangor berkenan rasmi Hari Perancangan Bandar SeduniaSHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedu-nia, di Pusat Konvensyen Setia City, pada 30 Oktober lalu.

Keberangkatan tiba baginda disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari; Penga-rah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Muhammad Ridzuan Arshad dan EXCO Kerajaan Negeri.

Turut berangkat DYMM Tengku Permai-suri Selangor, Tengku Permaisuri Norashi-kin.

Baginda berdua kemudiannya dibawa melawat ke bahagian pameran perumahan antaranya Rumah SelangorKu, Perbadanan

Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Eco-World.

Amirudin dalam ucapannya berkata, se-jak 1988, sambutan Hari Perancangan Ban-dar Sedunia disambut hampir 30 negara, di seluruh dunia.

Katanya, ia bagi menghargai peranan ahli perancang bandar yang dikenali seba-gai ‘urban planner’ bertujuan untuk mewu-judkan persekitaran kehidupan berkualiti dan membentuk masyarakat sejahtera.

“Sempena tema sambutan, ‘Selangor Ke Arah Bandar Berdaya Huni’, marilah kita merakamkan penghargaan buat seluruh perancang bandar yang sudah lama me-nabur bakti membangunkan negeri ini,” ka-tanya.

Lebih bermakna

RMS meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Sambutan Deepavali pe-ringkat negeri lebih bermakna apa-bila Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat meraikan pe-rayaan itu dengan masyarakat se-tempat, di Jalan Tengku Kelana, di sini, pada 4 November lalu.

Dalam majlis penuh meriah di kawasan yang lebih dikenali seba-gai Little India itu, baginda turut berkenan merasmikannya dengan memalu gendang tradisi masyara-kat India.

Selain dihidangkan dengan pel-bagai juadah tradisi masyarakat In-dia, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ketika me-nyembahkan ucapannya berka-ta, keberangkatan Tengku Amir mencerminkan perasaan kasih ba-ginda terhadap rakyat Selangor.

“Sesungguhnya dengan ke-berangkatan tuanku menzahirkan sikap keprihatinan dan kepedulian terhadap perpaduan serta pem-bangunan masyarakat majmuk di Selangor khususnya komuniti India.

“Ini sekali gus memastikan se-genap jentera Kerajaan Negeri dan rakyat bekerja sebagai satu pasukan membangunkan negeri, memb-ingkai muafakat seterusnya me-mastikan Selangor berada dalam keadaan aman, baik juga sentosa,” katanya.

Program usahawan India lahir ramai usahawan baharuKLANG - Selangor muncul negeri pertama menyediakan program khas pembangunan usahawan muda dalam kalangan masyara-kat India dengan peruntukan RM4 juta, bagi tempoh 2017 dan 2018.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Program Pemba-ngunan Keusahawanan itu ber-jaya membantu kira-kira 450 usa-hawan baharu anak muda India pada 2017 sebelum meningkat kepada lebih 1,000, pada 2018.

“Kerajaan Negeri memulakan langkah baharu dengan mem-beri peruntukan RM1 juta un-tuk memperkasakan usahawan baharu, pada 2017 dan menjadi negeri pertama yang mempu-

nyai program khusus seperti ini.“Dengan peruntukan RM3 juta

pada 2018, suka saya melapor-kan bahawa kita membantu lebih 1,000 usahawan baharu dalam ka-langan masyarakat India,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika menyembah ucapan di ha-dapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, pada Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri, di Jalan Tengku Kelana, pada 4 No-vember lalu.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan masyarakat India termasuk golongan muda mendapat faedah atas kemak-muran ekonomi negeri.

Katanya, selain menjadi negeri pertama membantu golongan muda yang berminat menceburi perniagaan, Kerajaan Negeri juga yang pertama memberi pengik-tirafan kepada pemimpin ma-syarakat kaum itu.

“Bermula dengan 25 hingga 27 pengerusi dan ketua komu-niti masyarakat India. Jumlah itu kemudian meningkat kepada 48 atas kerana kita ingin memas-tikan setiap mereka mendapat perhatian serta pembelaan.

“Kita adalah negeri pertama di Malaysia yang bersedia mem-berikan elaun, sumbangan dan penghargaan kepada pemimpin masyarakat India,” katanya.

Tiga lokasi bakal diiktiraf tapak warisan duniaSHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengenal pasti tiga lokasi di Selangor untuk diwartakan se-bagai Tapak Warisan Semulajadi Dunia.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, lokasi itu ialah Permatang Kuartza, Gombak; Penyelidikan Perhutanan Ma-laysia (FRIM), Kepong dan Kuala Kubu Bharu.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah memberi persetujuan bagi lokasi berkenaan untuk diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertu-buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kawasan Permatang Kuartza,

Gombak mempunyai keluasan 2,157.51 hektar, FRIM (544.3 hek-tar) dan Kuala Kubu Bharu seba-gai bandar terancang pertama dikenali sebagai ‘First Garden City Of Malaya’ yang dibangun-kan, pada 1925,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap pada Majlis Sambu-tan Hari Perancangan Bandar Se-dunia Peringkat Selangor 2018, di Pusat Konvensyen Setia City, baru-baru ini.

Turut mencemar duli, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sul-tan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Per-maisuri Norashikin.

6ADN

SelangorKini 8 - 14 November 2018

OLEH NADIAH ZAMLUS

SERDANG - Kemudahan parkir kereta bertingkat di Hospital Ser-dang sudah dikemukakan bagi menangani masalah kekurangan parkir, sekali gus mengatasi ma-salah parkir, di bahu jalan.

Ahli Dewan Negeri Seri Kem-bangan, Ean Yong Hian Wah ber-kata, bagaimanapun cadangan itu masih belum mendapat ke-lulusan dan pihaknya berharap Menteri Kesihatan memberi keu-tamaan untuk pembangunan ke-mudahan itu.

“Pengunjung Hospital Ser-dang kerap mengadu disaman

CHERAS - Perpustakaan baru yang bakal dibuka di Taman Mawar, di sini, dijangka memban-tu golongan belia dari keluarga kurang berkemampuan.

Ahli Dewan Negeri Teratai, Bryan Lai berkata, cadangan pembinaan perpustakaan itu adalah idea asal bekas ADN DUN itu, Tiew Way King dan disokong ADN Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong.

Katanya, perpustakaan yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu turut mengalu-alukan pelajar sekolah untuk datang menyiap-kan kerja sekolah masing-ma-sing.

“Saya juga berharap supa-ya perhentian bas akan dibina berdekatan bagi membolehkan orang awam lebih mudah ke perpustakaan ini.

“Antara perkara baru yang akan kita tambah baik ialah talian jalur lebar tan-pa wayar kerana ia masih lagi lemah, setakat ini,” ka- tanya ketika mengadakan lawatan ke Perpustakaan Taman Mawar, baru-baru ini.

Sementara itu, Penga-rah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Mu-

KUALA SELANGOR - Bagi me- ngelakkan kejadian banjir kilat sepanjang perayaan Deepavali kali ini, longkang dan parit di-selenggara dengan kadar se- gera.

Ahli Dewan Negeri Bukit Mela-wati, Juwairiya Zulkifli berkata, pihaknya meminta Jabatan Kerja Raya dan kontraktor menyeleng-gara longkang dan parit luar, di Taman Rajawali, di sini.

Katanya, beliau turut me-minta pemasangan ‘blinkers’ dibuat bagi kawasan Bukit Ro-tan ekoran jalan yang terlalu gelap.

Cadangan sudah dikemukakan

Hospital Serdang perlukan parkir bertingkat polis kerana meletakkan ken-

deraan di bahu jalan raya ekoran tidak mempunyai tempat letak kereta.

“Isu ini sudah lama dibangkit-kan penduduk dan pesakit yang mendapatkan rawatan di hos-pital ini. Mereka menghadapi masalah mencari tempat letak kereta dan terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan luar, dari kawasan hospital.

“Justeru itu, saya berharap su-paya Menteri Kesihatan memberi keutamaan kepada Hospital Ser-dang untuk membina tempat le-tak bertingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Jalan Hospital Serdang bersama penduduk setempat.

Hian Wah berkata, cadangan itu memerlukan peruntukan lebih kurang RM84 juta dan dijangka bo-leh memuatkan 2,000 kenderaan.

“Saya amat berharap supaya kemudahan ini segera dilak-sanakan, sekali gus memudah-kan orang awam,” katanya.

Perpustakaan baru Taman Mawar bakal dibuka hammad berkata, pembinaan

perpustakaan itu dianggap pen-ting bagi membolehkan kanak-kanak di kawasan sekitar mem-punyai tingkah laku sosial yang lebih baik.

Katanya, pada masa sama, ia membantu kanak-kanak lebih bersemangat untuk belajar, seka-li gus membuatkan perkemba-ngan diri bertambah baik.

“Kami turut mengalu-alukan orang ramai yang mahu mender-makan buku lama kepada kepa-da perpustakaan ini dan mereka boleh terus datang ke Jalan Bu-nga Cempaka 5a, Taman Mawar, Cheras.

“Perpustakaan ini dijangka di-buka dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang, setiap hari,” katanya.

Selenggara longkang elak banjir kilat

“Pemasangan ini terpaksa dibuat semula kerana sebelum ini ia dicuri. Difahamkan, seba-nyak tujuh unit ‘blinkers’ sudah dicuri, pada waktu itu.

“Orang ramai dinasihatkan ti-dak mengambil peralatan atau perkakasan keselamatan trafik di sepanjang jalan ini kerana ia boleh membahayakan peng-guna jalan raya jika berlaku ke-curian.

“Semoga semua penduduk Kuala Selangor yang menyam-but Deepavali dapat berhari raya dalam keadaan tenang dan selamat,” katanya.

Isu ini sudah lama dibangkitkan penduduk dan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini, mereka menghadapi masalah mencari tempat letak kereta serta terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan luar, dari kawasan hospital

EAN YONG HIAN WAHAhli Dewan Negeri Seri Kembangan

Bahu jalan menjadi pilihan

orang ramai dan pesakit meletak

kereta ekoran kekurangan parkir,

di Hospital Serdang

Kami meminta Jabatan Kerja Raya dan kontraktor menyelenggara longkang dan parit luar, di Taman Rajawali, di sini

JUWAIRIYA ZULKIFLIAhli Dewan Negeri Bukit Melawati

Ekonomi7SelangorKini 8 - 14 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

FTZ di Pulau Indah

Langkah positif tarik FDISHAH ALAM - Cadangan kera-jaan mengkhususkan 153.78 hektar kawasan di Pulau Indah sebagai Zon Perdagangan Bebas (FTZ) merupakan langkah positif dalam usaha menarik lebih ba- nyak pelaburan daripada peser-ta global dan mentransformasi-kan Selangor kepada hab logis-tik serantau.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian, Perdagangan dan Pe-ngangkutan, Dato’ Teng Chang Kim berkata, cadangan itu lebih membantu memudahkan uru-san menjalankan perniagaan, di

Pulau Indah.“FTZ membantu menarik

pelaburan langsung asing (FDI) mewujudkan kilang pembuatan di Pulau Indah dan ini sesuatu yang disokong Kerajaan Sela-ngor,” katanya.

Chang Khim berkata, langkah itu menyokong dan memangkin aktiviti perkapalan serta logistik, di Pelabuhan Klang.

Mengulas lanjut, Chang Khim berkata, pemaju tanah perin-dustrian di Pulau Indah, Central Spectrum (M) Sdn Bhd sedang membangunkan sebahagian pu-

lau itu serta boleh meraih man-faat daripada cadangan terbabit.

Beliau berkata, cadangan itu akan membolehkan pengi-lang di pulau itu mengeksport produk mereka secara kompeti-tif ke pasaran antarabangsa, sekali gus menikmati penge-cualian cukai eksport dan cukai lain.

Chang Khim berkata, ia juga akan meningkatkan kedudu-kan Pelabuhan Klang yang pada masa ini berada di kedudukan ke-12 pelabuhan kontena terbe-sar, di dunia.

Pelancongan perubatan bantu tingkat ekonomi negaraKUALA LUMPUR - Penyedia pen-jagaan kesihatan dalam negara boleh membantu menjadikan bidang pelancongan perubatan sebagai penjana utama ekonomi.

Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad berkata, Institut Jantung Negara (IJN) adalah con-toh terbaik pemain antarabang-sa yang kompetetif dan sudah dibuktikan menerusi pelbagai pengiktirafan global yang diteri-manya, selama ini.

“Institut ini disifatkan sebagai Pusat Pakar Rawatan Pesakit Ter-baik tahun ini oleh International Medical Travel Journal (IMTJ) Medical Travel Awards 2018, ‘Best Cardiology Provider’ tiga tahun berturut-turut sejak 2016 oleh Global Healthcare Travel Council.

"CSR Malaysia Award pula me-nyanjung sumbangan IJN dalam mentransformasi sosioekonomi negara (pada tahun 2016 dan 2018),” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka majlis makan malam IJN Jubi-lant Journey Dinner 2018, di sini, pada 2 November lalu.

Dr Mahathir berkata, sektor awam akan terus menjadi asas

kepada penjagaan kesihatan negara, ketika kerajaan kekal komited sepenuhnya untuk ter-us melabur dalam bidang itu bagi memastikan perkhidmatan perubatan penting selain terus kekal boleh diakses orang ramai.

“Kerajaan akan terus me-nyokong IJN dalam usahanya menyediakan penjagaan dan rawatan kesihatan berkualiti ke-pada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang status atau ekonomi,” katanya.

Dalam nada yang lebih peri-badi, Dr Mahathir menyuarakan penghargaannya kepada IJN yang banyak menjaga dan me-ngambil berat berhubung diri beliau sebagai pesakit.

“Saya sendiri sebagai seorang doktor. Saya percaya penjagaan kesihatan adalah lebih daripa-da sekadar infrastruktur moden dan kemahiran teknikal.

“Ia juga berkenaan menye-diakan aspek sentuhan insan yang penuh dengan kebaikan dan kemanusiaan," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau juga percaya IJN akan terus meraih rekod cemerlang, pada masa hadapan.

Bantu PKS sumbang ��% KDNK menjelang ����KUALA LUMPUR - Belanjawan 2019 membantu negara me-lepasi sasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan me-nyumbang 41 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), menjelang 2020.

Menteri Pembangunan Usa-hawan, Mohd Redzuan Md Yu-sof berkata, keyakinan itu ber-dasarkan inisiatif berkenaan selain peruntukan besar, di dalam belanjawan.

“Belanjawan ini sangat me-narik dan menunjukkan baha-wa ekonomi negara ini dipacu oleh PKS,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, ini-siatif yang memberi fokus ke-pada pendigitalan dan halal juga akan membantu pemba-ngunan PKS.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, kementerian berke-naan menyatakan kegembiraan terhadap cadangan insentif cu-

kai oleh kerajaan bagi mengga-lakkan perniagaan mengguna pakai pendigitalan.

“Adalah diharapkan baha-wa PKS terutama dalam sek-tor pembuatan akan mendapat faedah daripada insentif ini,” kata kenyataan itu.

Berhubung inisiatif skim pembiayaan iaitu kerajaan memberi jaminan dan subsidi kadar faedah untuk PKS, ke-

nyataan itu menyebut bahawa pinjaman serta jaminan men-dorong pertumbuhan ekonomi PKS memandangkan perusa-haan itu berkembang juga me-ningkatkan pelaburan terhadap perniagaan mereka.

Pekebun kecil getah dan ke-lapa sawit yang kebanyakannya adalah perusahaan mikro akan mendapat faedah daripada bantuan serta kesan limpahan positif.

Pada 2 November lalu, Men-teri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belan-jawan 2019 berkata, PKS ber-jumlah 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di negara ini, malahan kerajaan akan melak-sanakan beberapa inisiatif bagi memastikan daya saing mereka.

Ia termasuk mengurangkan kadar cukai korporat, peruntu-kan untuk industri halal serta membantu transisi 500 PKS.

Mohd Redzuan

Hasil eksport negara pada ���� dijangka meningkatSHAH ALAM - Hasil eksport nega-ra dijangka meningkat pada 2019 ekoran mata wang ringgit yang masih berada di paras rendah, ber-banding mata wang utama dunia.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia, Dr Rosli Yaakob berkata, pemain industri di Malaysia wajar menggunakan kesempatan itu untuk mening-katkan lagi eksport masing-mas-ing ke luar negara.

“Ada kelebihan pada masa ini untuk meningkatkan eksport dan langkah kerajaan menggalakkan pemain industri meningkatkan eksport ekoran mata wang ren-dah pada masa ini adalah lang-

kah tepat.“Jika eksport perlahan, hasil

negara juga kurang dan minat pelabur asing boleh terbantut,” katanya.

Pada masa sama, beliau tu-rut menyambut baik langkah kerajaan memberi intensif poto-ngan cukai kepada pelabur bagi merancakkan lagi pelaburan langsung luar negara.

Katanya, intensif itu dijangka bakal menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur, di Malaysia.

“Keadaan ini akan merancakkan lagi ekonomi negara dan membu-ka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Ada kelebihan pada masa ini untuk meningkatkan eksport dan langkah kerajaan menggalakkan pemain industri meningkatkan eksport ekoran mata wang rendah, pada masa ini adalah langkah tepatDR ROSLI YAAKOBBekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia

8Nasional

SelangorKini 8 - 14 November 2018

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Menteri Ke-sihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, optimis kementerian-nya mampu melaksanakan pro-gram digariskan kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Kita ambil ini sebagai satu cabaran dan akan melaksanakan amanah sebagaimana diingin-kan.

“Seperti mana Kementerian Pendidikan, kita diberi keperca- yaan tinggi bagi memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Kementerian Kesihatan adalah kementerian kedua terting-

SHAH ALAM - Belanjawan 2019 menunjukkan usaha Kerajaan membantu rakyat di negara ini memiliki rumah dengan lebih mudah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ia me-lalui penubuhan dana RM1 bilion oleh Bank Negara khas buat golongan berpendapatan kurang RM2,300 sebulan untuk memiliki rumah buat kali per-tama.

Katanya, melalui kadar pem-biayaan terkurang serendah 3.5 peratus, sekali gus dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan pembiaya-an peminjam untuk memiliki rumah seterusnya lebih mudah mendapat pembiayaan .

“Untuk pembeli rumah perta-

Peruntukan RM29 bilion

Kementerian Kesihatan tekad penuhi keperluan rakyat

gi menerima peruntukan selepas Kementerian Pendi-dikan iaitu sebanyak RM29 bilion.

Kementerian Kesihatan akan memberi fokus bagi menambah baik perkhid-matan kesihatan di hospi-tal dan klinik kepada orang ramai dengan peruntukan RM10.8 bilion dikhususkan untuk kemudahan itu serta berkaitan.

Selain itu, Skim Perlin-dungan Kesihatan (PEKA) juga akan dilaksanakan bagi kira-kira 800,000 individu berusia 50 tahun dan ke atas

Bantu rakyat miliki rumah dengan lebih mudah

bagi kumpulan B40 dengan kos RM100 juta. Dr Dzulkefly berkata, kementerian diyakini tidak akan menghadapi masalah bagi men-jayakan program berkenaan.

ma bernilai sehingga RM500,000, kerajaan akan memberi penge-cualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan per-janjian pinjaman bagi tempoh dua tahun, sehingga Disember 2020,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung Belanjawan 2019, Zuraida berkata, kerajaan turut memandang serius isu lambakan rumah tidak terjual.

Katanya, ia melalui cadangan

pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama ber-harga antara RM300,001 sehing-ga RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan, bermula 1 Januari 2019.

“Insentif bagi memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dengan menghapuskan cukai untuk rumah bernilai di bawah RM200,000 dilihat dapat menstabilkan pasaran semasa dan ternyata Belanjawan 2019 memberi fokus kepada pemi-likan rumah golongan B40.

“Secara keseluruhan, Belan-jawan 2019 adalah perangkaan bersifat merencana pemba-ngunan secara holistik dan lebih bersasar bagi menangani per-masalahan dihadapi Malaysia,” katanya.

mengambil kira keperluan semasa dengan memberi bantuan kepada orang ramai dalam keadaan eko-nomi tidak menentu,” katanya.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan. Multimedia Ma-laysia (KKMM) menyambut baik Belanjawan 2019 dibentangkan dengan peruntukan RM1 bilion bagi pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, peruntukan itu baik bagi perkembangan perhubungan khususnya internet, di seluruh negara.

“Saya ucap tahniah kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerana memberi peruntukan baik untuk KKMM dengan fokus kepada pelaksanaan NFCP.

“Ini berita baik untuk kita dalam usaha bagi meningkatkan perkhid-matan ke seluruh negara khusus-nya luar bandar bagi mendapat ke-mudahan internet,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan itu bagus kerana tumpuan dunia kini kepada industri 4.0 dengan bidang industri dan perniagaan menjadi perhatian ramai.

Katanya, belanjawan itu me-ngambil kira keperluan semasa walaupun Guan Eng menghurai-kan pelbagai masalah ekonomi dihadapi selepas mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan ter-dahulu.

“Namun, inisiatif diberikan kera-jaan amat baik khususnya kepada golongan B40 serta pemberian subsidi ke atas petrol, elektrik dan sebagainya.

“Saya melihat belanjawan ini

RM� bilion bangunkan NFCP

Saya ucap tahniah kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerana memberi peruntukan baik untuk KKMM dengan fokus kepada pelaksanaan NFCP GOBIND SINGH DEO Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)

Kementerian Kesihatan akan memberi fokus bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik kepada orang ramai dengan peruntukan RM10.8 bilion dikhususkan untuk kemudahan itu serta berkaitan.DR DZULKEFLY AHMADMenteri Kesihatan

“Tiada masalah, kita akan la- kukan kerana kita mempunyai pegawai dan penolong pegawai persekitaran yang mencukupi untuk tujuan ini,” katanya.

Nasional9SelangorKini 8 - 14 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melak-sanakan perkongsian 50 peratus hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima dengan Kerajaan Negeri, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019, Guan Eng berkata, langkah itu ber-tujuan membolehkan Kerajaan Negeri menerima hasil tambahan yang secara agregat dianggarkan berjumlah RM50 juta apabila aktiviti pelancongan diper-giat.

Menerusi belanjawan bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, Guan Eng berkata, kerajaan juga akan menyediakan geran sepadan berjumlah RM100 juta kepada syarikat swasta untuk program promosi dan pemasaran pelancongan antara-

KUALA LUMPUR - Kementerian Perta-hanan berpuas hati dengan pengumu-man Belanjawan 2019 walaupun berha-dapan kekurangan peruntukan hampir 10 peratus berbanding, sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pengekalan jumlah emolumen bagi membolehkan gaji anggota Ang-katan Tentera Malaysia (ATM) dan ve- teran dibayar seperti biasa adalah pa-ling penting.

Katanya, ia termasuk pertambahan peruntukan kepada veteran ATM ke-pada RM20 juta yang disifatkan sebagai satu penghargaan atas jasa bakti me-reka kepada negara, selama ini.

“Memang ada sedikit pengurangan hampir 10 peratus tetapi bahagian emolumen tidak terjejas. Yang terje-jas daripada sudut aset dan peralatan, maka kita akan mencari jalan dengan amoun diberikan supaya ATM berada dalam keadaan siap siaga.

“Peruntukan untuk veteran (ATM) bertambah RM20 juta. Belanjawan

Kerajaan Negeri terima faedah

Hasil cukai pelancongan dikongsi

Dalam memastikan pelancongan ke-sihatan negara mendapat pengiktirafan negara luar, Guan Eng berkata, peruntu-kan RM20 juta diberi kepada Majlis Pelan-congan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk jalinan kerjasama dengan hospital swasta terkemuka.

Katanya, ia bertujuan menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan terpilih dan meningkatkan ka-dar pertumbuhan sektor itu sebanyak 25 peratus, tahun hadapan.

Bagi memperkasakan lagi sektor pelan-congan negara, Guan Eng berkata, taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan diperkembangkan, manakala Pulau Pangkor akan dijadikan sebagai pulau be-bas cukai.

“Kerajaan akan memberi kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bagi menggalakkan lagi sektor pelanco-ngan kapal persiaran,” katanya.

Menerusi program pemuliharaan dan pembugaran bangunan Sultan Abdul Sa-mad di ibu negara, Guan Eng berkata, Kha-zanah Nasional Bhd diberi tanggungjawab menerajui projek itu dengan kerjasama Think City dan Pertubuhan Pendidikan, Sain-tifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersa-tu (UNESCO).

Selain itu, Guan berkata, kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus untuk pinjaman Tabung Pelanco-ngan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) RM500 juta yang disediakan SME Bank.

Katanya, langkah itu akan membantu pengusaha kraftangan dan inap desa untuk meluaskan perniagaan.

2019 memberikan penghargaan teru-tama buat anggota dan bekas tentera,” katanya.

Menyentuh soal pengurangan perun-tukan beliau berkata, kementerian akan memikirkan langkah terbaik mengurus perbelanjaan tahun hadapan dan yakin ekonomi negara akan kembali pulih se-perti dihasratkan Kerajaan Persekutuan, bagi tempoh tiga tahun akan datang.

“Sedikit pengurangan itu, kami akan menyusun segala bentuk perbelanjaan dan pengurusan bagi menantikan pe-rubahan yang saya yakin (berlaku), dalam masa dua atau tiga tahun.

“Bagi saya, paling gembira bahagian emolumen tidak terusik. Itu paling pen-ting kerana tentera dan kakitangan, pe-runtukan kebajikan serta bekas anggota diutamakan,” katanya.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berterima ka-sih dan menyambut baik peruntukan RM286.8 juta untuk perbelanjaan me-ngurus serta menambah 100 pegawai pada tahun hadapan dalam pembenta-ngan Belanjawan 2019.

SPRM dalam kenyataannya berkata, perkara itu membuktikan kepercayaan kerajaan terhadap kebebasan SPRM da- lam usaha menangani jenayah rasuah serta pengubahan wang haram, dalam

SPRM sambut baik peruntukan RM���.� juta

sektor awam dan swasta.“Peruntukan diberikan kepada SPRM

adalah amanah yang harus dipikul dan akan diteruskan demi kepentingan rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, SPRM juga akan terus melaksanakan tanggungja-wab dalam menguatkuasakan undang-undang mengikut perlembagaan demi memastikan negara ini bebas daripada rasuah.

Kementerian Pertahanan lega

Kerajaan akan menitikberatkan sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negara, pada 2020LIM GUAN ENGMenteri Kewangan

“Kerajaan akan menitikberatkan sasa-ran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyum-bang RM100 bilion kepada ekonomi ne-gara, pada 2020,” katanya.

bangsa dalam usaha meningkatkan angka ketibaan pelancong.

“Industri pelancongan menyumbang 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Ne-gara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion, pada 2017.

10Nasional

SelangorKini 8 - 14 November 2018

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, langkah meng-utamakan kepentingan dan hal ehwal rakyat itu bakal memberi kesan kewangan dianggar berni-lai RM700 juta.

Beliau berkata demikian keti-ka membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wiba-wa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Se-jahtera’ di Dewan Rakyat, pada 2 November lalu.

“Kerajaan juga akan meman-suhkan tol motosikal di Jam-batan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya

KUALA LUMPUR - Penambahan 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di bangunan kerajaan mampu meningkatkan jumlah serta produktiviti wanita dalam pasaran kerja, sehingga 30 pera-tus.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhid-matan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, langkah itu bertepatan dengan usaha kera-jaan menyediakan fasiliti bagi ibu bekerja yang risau keselamatan anak mereka dalam jagaan pe-ngasuh.

“Peruntukan RM10 juta bagi menambah 50 taska diumumkan pada Belanjawan 2019 itu adalah usaha terbaik membantu mereka (wanita bekerjaya) lebih dekat dengan anak serta berupaya me-mantau anak mereka secara lebih kerap.

“Ini penting kerana kita tidak mahu prestasi golongan wanita

KUALA LUMPUR - Kerajaan da- lam pembentangan Belanja- wan 2019 mencadangkan baya- ran khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah se-bagai tanda penghargaan ke-pada usaha dan dedikasi mereka melaksanakan tugas diamanah-kan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam Pembentangan Be- lanjawan 2019 turut mengu-mumkan bayaran khas seba-

Utama hal ehwal rakyat

Kenaikan semua tol ���� dibekukan

Laluan Kedua di Johor dengan kesan kewangan dianggar RM20 juta setahun, mulai 1 Januari 2019.

“Sebagai tambahan, kerajaan akan memberi keutamaan ke-pada Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura bagi

Penambahan �� taska mampu tingkat jumlah pekerja wanita

berpotensi dalam pasaran kerja ini terjejas kerana bimbangkan keselamatan anak mereka,” ka-tanya.

Pada 2 November lalu, Men-teri Kewangan, Lim Guan Eng, menerusi Pembentangan Be-lanjawan 2019 mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk menambah 50 taska bagi me-ringankan bebanan ibu bekerja, di samping terus menggalak-kan dan memberi insentif kepa-da sektor swasta untuk tujuan sama.

Untuk rekod, kadar semasa pe-nyertaan wanita dalam tenaga kerja hanya berada pada paras 53.5 peratus bagi 2017 berban-ding 77.7 peratus bagi lelaki.

Daripada jumlah yang tidak bekerja, 60 peratus atau 2.6 juta wanita memaklumkan bahawa bebanan kerja di rumah adalah se-bab utama mereka tidak menyer- tai pasaran kerja.

Kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan kesan kewangan dianggar RM20 juta setahun, mulai 1 Januari 2019LIM GUAN ENGMenteri Kewangan

mengurangkan kesulitan diha-dapi rakyat Malaysia dan pemas-tautin yang berulang, setiap hari.

“Sebagai permulaan, RM10 juta diperuntukkan untuk menaik taraf ‘Autogate Malaysia Automa- ted Clearance System’ dan ‘M-Bike’,” katanya.

nyak RM250 kepada pesara ke-rajaan.

“Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion,” ka-tanya dalam pembentangkan be-lanjawan sulungnya.

Guan Eng berkata, berban-ding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalur-kan bayaran khas terbabit, sebe-lum hujung tahun ini.

RM��� penjawat awam, RM��� pesara KUALA LUMPUR - Lebih dari-

pada RM5 billion diperuntukkan kerajaan dalam Belanjawan 2019 bagi melonjak Industri 4.0, di Ma-laysia, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ketika membentangkan be-lanjawan pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan itu, Guan Eng berkata, RM210 juta disediakan bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 untuk menggalak peralihan kepada Industri 4.0, selaras de- ngan Pelan Tindakan Dasar In-dustri 4.0 atau ‘Industry4WRD’ yang dilancarkan, baru-baru ini.

Beliau berkata, Perbadanan Produktiviti Malaysia akan men-jalankan program ‘Readiness As-sessment’ untuk membantu 500 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada teknologi Industri 4.0.

Beliau juga berkata, sistem ruju-

Lebih RM� bilion lonjak Industri �.�kan ‘Knowledge Resource for Scien- ce and Technology Excellence’ (KRSTE.my) akan diwujudkan un- tuk memangkin perkongsian sumber penyelidikan dan pem-bangunan kerajaan antara sektor swasta serta akademik dengan sumber juga fasiliti sedia ada.

“Menjelang 2019, kerajaan a- kan memberi sektor swasta ak-ses kepada 250 fasiliti dan 1,200 peralatan saintifik serta data penyelidikan.

“Tambahan lagi, satu Program Pemetaan Pe-nyelidik akan diperkenal untuk menempatkan se- kurang-kurangnya 100 ahli penyelidik dengan sektor swasta dan kos penempa-tan akan dibiayai kerajaan,” katanya.

Guan Eng turut berka-ta, RM2 bilion akan dise-

diakan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan yang merupakan komponen Industri 4.0.

Beliau berkata, kerajaan akan memberikan jaminan pembia-yaan sehingga 70 peratus.

Sabak Bernam

HuluSelangor

KualaSelangor

Gombak

Petaling

Klang

KualaLangat

HuluLangat

Sepang

Sabak Bernam

HuluSelangor

KualaSelangor

Gombak

Petaling

Klang

KualaLangat

HuluLangat

Sepang

Dari Kaca Mata MB11SelangorKini 8 - 14 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Penambahan �� taska mampu tingkat jumlah pekerja wanita

S

Amirudin ShariDato’ Menteri Besar

esungguhnya dengan keberangkatan tuanku menzahirkan

sikap keprihatinan dan kepedulian tuanku terhadap perpaduan serta pembangunan masyarakat majmuk di Selangor khususnya komuniti India, sekali gus memastikan segenap jentera Kerajaan Negeri dan rakyat bekerja sebagai satu pasukan membangunkan negeri, membingkai muafakat seterusnya memastikan Selangor berada dalam keadaan aman, baik juga sentosa di bawah naungan pentadbiran Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Semestinya, sambutan perayaan Deepavali atau ‘Diwali’ begitu bermakna buat semua rakyat Malaysia kerana ia dianyam rapi bersama tema pengakhiran kegelapan dan kemenangan cahaya serta terbitnya sinar baharu. Ternyata agama mendorong kita untuk melakukan kebaikan.

Kebaikan mahukan

Kebersatuan bersama

DEEPAVALI KUKUHKAN PERHUBUNGAN

Patik mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor merafak sembah serta menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, yang turut berangkat mencemar duli ke Majlis Sambutan Perayaan Deepavali 2018 peringkat Selangor, di Jalan Tengku Kelana, Klang.

kita meraikan cahaya dan meninggalkan kegelapan. Begitu juga perayaan seperti ini mengingatkan kita kepada kekuatan Selangor iaitu suatu masyarakat majmuk dan rencam adat budayanya. Oleh itu, Selangor sentiasa disebut sebagai negeri emas Malaysia, ‘Golden State of Malaysia’ bukan sahaja kerana kemajuan fizikalnya tetapi sebagai negeri aman tenteram tempat rakyatnya berteduh mencari rezeki.

Deepavali juga membawa pengertian kejayaan ilmu pengetahuan serta kesedaran yang mengatasi keburukan dan keangkuhan. Kisah yang sering diceritakan berhubung sejarah Deepavali membabitkan peristiwa epik Ramayana iaitu Rama berusaha menyelamatkan isteri kesayangannya, Sita dan kembali untuk memerintah kerajaan mereka dengan prinsip ‘adil’.

Dan waktu mereka kembali, seluruh bandar Ayodhya dinyalakan dengan cahaya yang menjadikan Deepavali dikenali sebagai ‘Festival of Lights’.

Namun, tidak usah dilupakan

kisah kesetiaan Laxamana dan Hanuman yang setia bersama Rama melawan Ravana. Kisah mereka adalah pengajaran kepada kita untuk tetap setia di landasan perjuangan demi melaksanakan perubahan yang menyeluruh. Sekian lama berjuang janganlah pula kilauan kekuasaan mengelabui mata kita.

Saya berikrar bahawasanya Kerajaan Selangor akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan serta kemaslahatan seluruh masyarakat termasuk masyarakat India dijamin dan dibela. Dengan bertunjangkan cita-cita ‘Maju Bersama’, Kerajaan Negeri akan menggarap program pemerkasaan masyarakat India supaya mereka dapat bersama-sama menikmati kemakmuran negeri ini.

Seperti lazimnya di negara kita, masyarakat berbilang kaum akan berkumpul dan berkongsi hari yang penuh istimewa ini dalam suasana perayaan yang sungguh meriah dan berwarna-warni. Inilah istimewanya masyarakat kita dan uniknya negara ini. Kita mesti sentiasa berusaha untuk menyemai,

memupuk dan mempertahankan semangat murni dan kerjasama antara kaum kerana saya yakin, inilah yang akan menjadi tonggak kekuatan serta menjadi teladan, di mata dunia.

Di samping mengejar matlamat dan cita-cita peribadi, marilah kita bersatu dan bekerjasama untuk memberikan sinar kehidupan yang lebih cemerlang kepada mereka yang kurang bernasib baik supaya tidak ada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan. Kita harus memahami bahawa kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang sama. Justeru, apa jua yang dialami dan dirasai oleh sebahagian daripada masyarakat itu akan turut dirasai oleh

Marilah kita berganding bahu, menggandakan usaha dan melangkah maju ke hadapan dengan satu matlamat tanpa mengira bangsa serta agama untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang, gemilang juga terbilang.

kumpulan masyarakat yang lain.Bersama-sama kita jalinkan

semangat optimis ini, yang akan menunjangi masa hadapan kita dengan kemahuan dan komitmen sejati supaya hasrat untuk melahirkan masyarakat kelas pertama di dalam sebuah negara yang kukuh, prihatin dan membangun akan dapat dicapai. Marilah kita berganding bahu, menggandakan usaha dan melangkah maju ke hadapan dengan satu matlamat tanpa mengira bangsa serta agama untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang, gemilang juga terbilang.

Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Selangor terutama kepada mereka yang beragama Hindu. Semoga cahaya yang melambangkan perayaan Deepavali ini akan turut menyinari nilai yang mengukuhkan perhubungan dan kebersatuan kita semua. Selamat Hari Deepavali/Deepavali Nalvahtukal

Ucapan Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Selangor 2018 pada 4 November 2018

Album Album13SelangorKini 8 - 14 November 201812 SelangorKini 8 - 14 November 2018

Mohd Fakhrulrazi Mokthar turun padang memantau kerja Air Selangor bagi mengatasi masalah tekanan air rendah, di Kampung Budiman

ADN Meru

Haniza Talha turun padang ke Bengkel Menjahit Manik di Dewan Orang Ramai Taman Mulia Jaya anjuran Pusat Wanita Berdaya

ADN Lembah

Jaya

Syamsul Firdaus Mohamed Supri merasmikan penutup dan menyempurnakan penyampaian hadiah Kejohanan Badminton Tertutup H&H Badminton Club sempena Deepavali

ADN Taman Medan

Harumaini Omar turun padang pada sukaneka Persatuan Penduduk Fasa 3 Bandar Utama Batang Kali

ADN Batang

Kali

Ng Sze Han turun padang dan merasmikan Majlis perasmian Karnival SJKC Sin Ming Puchong

ADN Kirara

Mohd Khairuddin Othman Menziarah keluarga penduduk di Bandar Baru Sungai Buloh sempena Deepavali

ADN Paya Jaras

14Rencana

SelangorKini 8 - 14 November 2018

ntara nama besar yang meninggalkan legasi besar kepada masyarakatnya adalah bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson

Mandela, apabila perjuangannya berjaya menamatkan pemerintahan Apartheid, di negaranya.

Malah lebih daripada itu, beliau juga berjaya menjadikan Afrika Selatan sebagai sebuah negara yang disifatkannya sebagai negara berpelangi yang menjadi asas penting kepada kestabilan ekonomi dan politik, selepas itu.

Malaysia sendiri turut mempunyai pemimpin berjiwa besar yang meninggalkan legasi masing-masing untuk masyarakatnya.

Sebagai Perdana Menteri yang menerajui pentadbiran Kerajaan

Dikenang generasi akan datang

PEMIMPIN HEBAT MENINGGALKAN LEGASI

Seorang ketua belum tentu mampu memimpin dengan berkesan berbanding seorang pemimpin yang lazimnya mampu menjadi ketua yang baik. Lebih daripada itu, seorang pemimpin bukan sahaja mampu menjadi ketua yang baik, bahkan meninggalkan legasi yang terus dikenang dan dinikmati generasi selepas itu OLEH NAZLI IBRAHIM

APersekutuan selama 22 tahun (1981-2003), sudah tentu banyak legasi yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk rakyat negara ini.

Di era beliau, negara ini membangun dengan pesat dengan pertumbuhan ekonomi yang sangat rancak.

Legasi yang ditinggalkan Dr Mahathir bukan hanya berbentuk struktur gah dan hebat yang menjadi mercu tanda negara seperti menara berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Malah, beliau berjaya meninggalkan beberapa legasi lain lebih holistik termasuk aspek pembinaan jati diri negara ini yang berani, tegas dan lantang.

Antaranya, beliau berjaya membawa

negara ini daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada perindustrian.

Kesannya, jutaan masyarakat hari ini berpeluang menyara hidup dengan peluang kerja dalam sektor perindustrian.

Di mata dunia pula, Malaysia di era Dr Mahathir dilihat sebagai sebuah negara kecil tetapi tegas dan bersuara lantang mengecam mana-mana negara kuasa besar yang melakukan penindasan terhadap negara lain.

Kecaman ini kerap dilontarkan dalam mana-mana persidangan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Kemuncaknya, enggan melihat negara membangun khasnya Malaysia sendiri dibuli negara maju, pada 1983

Dr Mahathir melancarkan kempen ‘Buy British Last’ sebagai tindak balas terhadap negara itu menaikkan yuran pengajian pelajar luar tiga kali ganda dan tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines.

British dikatakan bertindak demikian rentetan dimalukan dengan serangan mengejut Kuala Lumpur ke atas Kota London bagi mengambil alih syarikat perladangan terbesar, Guthrie, yang dikenali sebagai ‘Dawn Raid’ pada 1981.

Dalam satu kejadian lain, pada tahun 1993, Perdana Menteri Australia ketika itu, Paul Keating menggambarkan Dr Mahathir sebagai ‘keras kepala’ selepas memboikot Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Seattle sebaliknya mahu diwujudkan East Asia Economic Caucus.

Selain bertegas supaya East Asia Economic Caucus diwujudkan, tindakan Dr Mahathir itu juga disebabkan tidak senang melihat tindak tanduk Australia membuli negara Asia khasnya Indonesia dan sikap Australia sendiri yang menganggap mereka sebagai polis Amerika.

Walaupun Keating selepas itu meminta maaf di atas kelancangannya, namun permohonan maafnya gagal menjernihkan hubungan Malaysia dan Australia.

Sementara itu di Malaysia sendiri, reaksi yang ditunjukkan rakyat terhadap ungkapan ‘keras kepala’ ke atas pemimpin mereka itu tidak seperti dijangkakan Australia.

Kebanyakan rakyat menganggapnya bukan sahaja tiada sebab untuk merasa malu, bahkan mereka merasa

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD _ Di mata dunia, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara kecil tetapi tegas dan bersuara lantang mengecam mana-mana negara kuasa besar yang melakukan penindasan terhadap negara lain.

NELSON MANDELA _ Berjaya menjadikan Afrika Selatan sebagai sebuah negara yang disifatkannya sebagai negara berpelangi yang menjadi asas penting kepada kestabilan ekonomi dan politik, selepas itu.

15SelangorKini 8 - 14 November 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

bangga dengan pendirian tegas yang ditunjukkan Dr Mahathir yang tidak tunduk kepada negara maju dan ia sangat berbeza ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun terdapat beberapa keputusan kerajaan di Dr Mahathir yang menjadi pertikaian hebat, namun tidak boleh menafikan bahawa beliau sudah meninggalkan asas yang kukuh sebagai legasi untuk kepimpinan seterusnya.

Malangnya, dua Perdana Menteri selepas beliau gagal meneruskan legasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang terus disegani di mata dunia khasnya, di Asia.

GERAKAN REFORMASI LEGASI TERBESAR ANWAR Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meninggalkan legasinya walaupun hanya menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri selama lima tahun (1993-1998) dan Menteri Kewangan selama tujuh tahun (1991-1998).

Sebelum itu, Anwar turut menjawat beberapa jawatan kabinet lain seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran.

Antara legasi yang ditinggalkan Anwar, sebagai pencinta bahasa, beliau adalah menteri yang bertanggungjawab memperkenalkan Bahasa Malaysia Baku.

Selain itu, beliau juga banyak menerapkan nilai Islam dalam sistem ekonomi dan pendidikan negara dengan idea menubuhkan Bank Islam serta Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia.Di era beliau sebagai Menteri

Kewangan juga penggunaan lambang ‘RM’ diperkenalkan bagi menggantikan simbol $ bagi mata wang Ringgit Malaysia.

Beliau juga mengarahkan supaya tiada lagi rumah kos rendah dua bilik, sebaliknya setiap projek perumahan kos rendah perlu sekurang-kurangnya tiga bilik bagi membendung kejadian sumbang mahram.

Ketika menjadi Menteri Kewangan, Malaysia menikmati kemakmuran ekonomi sehinggakan tidak lama selepas itu Euromoney menamakan beliau sebagai empat Menteri Kewangan teratas dan pada tahun 1996 Asiamoney pula menamakan beliau sebagai Menteri Kewangan Terbaik.

Selain itu, Anwar adalah Menteri Kewangan yang memulakan bayaran bonus sebagai menghargai jasa penjawat awam dan amalan memberi bonus kepada kakitangan awam itu diteruskan semua Menteri Kewangan, selepas beliau.

Lebih pada itu, legasi terbesar yang digagaskan beliau adalah menyediakan tapak perjuangan dengan melancarkan reformasi pada 1998 yang membawa kepada tumbangnya Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

LEGASI MOHAMED AZMIN DI SELANGOR

Selain Anwar, seorang lagi pendukung utama penggerak reformasi adalah bekas Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau dilantik sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-15 pada September 2014 sebelum melepaskan jawatan pada Jun 2018 apabila dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Dalam politik moden Selangor, beliau diingati sebagai satu-satunya Dato’ Menteri Besar Selangor yang melepaskan jawatan bukan disebabkan kontroversi seperti kebanyakan bekas Dato’ Menteri Besar terdahulu.

Walaupun menduduki kerusi Dato’ Menteri Besar dalam tempoh yang agak singkat, namun Mohamed Azmin berjaya memberi nafas dan imej baru kepada pentadbiran negeri dan kesannya dirasai rakyat.

Antaranya, beliau adalah Dato’ Menteri Besar yang mencetuskan idea dan meletakkan batu asas kukuh untuk membawa Selangor ke arah negeri ‘Smart State’ menjelang 2025.

Di eranya juga, Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah besar peruntukan untuk membiayai pelbagai skim di bawah Inisiatif Peduli Rakyat untuk dikongsikan dengan rakyat negeri itu.

Bagaimanapun, apa yang membanggakan, walaupun berbelanja besar tetapi pada masa sama pendapatan dan rizab Kerajaan Negeri terus menunjukkan pertambahan.

Di era Mohamed Azmin juga, beberapa inisiatif baru yang tidak dijangka diperkenalkan seperti Skim Kasih Ibu Smart Selangor dan Skim Peduli Sihat.

Manakala, projek perumahan mampu milik juga begitu rancak di bawah pentadbiran beliau selepas Kerajaan Negeri memutuskan

menyediakan beberapa skim untuk pemaju perumahan terbabit.

Rekod pentadbiran Mohamed Azmin turut menunjukkan peningkatan pelaburan luar yang agak mendadak khususnya membabitkan pelaburan berteknologi tinggi seperti perindustrian aeroangkasa.

Selain menjana pendapatan kepada negeri, keadaan ini membuka banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat negeri itu.

Walaupun selepas meletak jawatan, banyak lagi hasil bekas ‘air tangan’ Mohamed Azmin di Selangor terus dapat dinikmati rakyat negeri itu.

Selain itu, Mohamed Azmin tentunya menjadi Dato’ Menteri Besar paling diingati penjawat awam di Selangor apabila menganugerahkan bonus tiga bulan gaji pada 2017 dan ia adalah rekod pembayaran bonus tertinggi yang pernah direkodkan oleh mana-mana kerajaan, di Malaysia.

Sama seperti Anwar, pengalaman bergelumang dengan pahit getir perjuangan reformasi selama 20 tahun benar-benar mendorong Mohamed Azmin untuk memikirkan formula terbaik membela nasib rakyat.

Walaupun Dr Mahathir, Anwar dan Mohamed Azmin pernah meninggalkan legasi masing-masing, namun hari ini ketiga-tiga mereka kekal relevan dalam kancah politik arus perdana negara.

Tanpa mengenal penat, jemu dan berputus asa, ketiga-tiga mereka masih lagi mencurah bakti kepada Malaysia baharu dengan cabaran lebih hebat, sekali gus bakal meninggalkan legasi lebih besar untuk generasi akan datang.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM _ Legasi terbesar yang digagaskan beliau adalah menyediakan tapak perjuangan dengan melancarkan reformasi pada 1998 yang membawa kepada tumbangnya Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI _ Beliau adalah Dato’ Menteri Besar yang mencetuskan idea dan meletakkan batu asas yang kukuh untuk membawa Selangor ke arah negeri ‘Smart State’ menjelang 2025.

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 8 - 14 November 2018

OLEH ROSLAN JOMEL

Seo Ji-Woo tergelincir ke jalan hitam yang mere-mukkan harga dirinya. Desakan cemburu dan

rimas berada di balik topeng ikon menghasut emosi muda-nya. Suatu hari dia menjumpai manuskrip cerpen mentornya, Lee Jeok-yo, sasterawan legenda 70 tahun. Seo Ji-Woo masih hi-jau, menginginkan bakat serta namanya meniti harum dalam radius sastera. Tanpa rasa ber-salah dia menerbitkan cerita ber-tajuk Eun-Gyo di bawah nama sendiri. Pelangi melengkung di mata Seo Ji-Woo, demikian minat Eun-Gyo, gadis 17 tahun terbias kepadanya. Cerita itu menyuntik perhatian pengkritik fiksyen dan memenangkannya untuk mene-rima hadiah sastera. Kebahagiaan estetik penulis tidak bermoral itu sementara. Kereta milik mentor yang dipandunya terjerumus ke jurang dalam kemalangan maut. Namun hukuman karma itu ha-nyalah sedutan daripada kisah dari filem Eun-Gyo arahan Ji-Woo Jung, dari Korea Selatan.

Majalah Dewan Sastera suatu ketika dahulu pernah beberapa kali memfokuskan perkemba-ngan sastera Sarawak. Sejak ke-belakangan ini, jika ada pun penulisan menyorot perkem-bangan kesusasteraan Sarawak, ia sekadar laporan artifisial untuk di-selipkan dalam akhbar-akhbar. Aktiviti sastera dan bahasa ak-tif diadakan melalui majlis-maj-lis formal seperti penyampaian hadiah, forum, seminar pemiki-ran tokoh, perkampungan pen-ulis atau melalui siri pemben- tangan kertas kerja. Malahan ma-jlis memperkatakan karya-karya penyair penting mutakhir Sa-rawak, Abizai, di sekolah mene-ngah. Ini tindakan proaktif untuk

memperkenalkan kesusasteraan dan penulisnya sendiri. Di sam-ping meminimumkan kos per-belanjaan, pelajar-pelajar berke-sempatan bersemuka dengan penulis secara santai.

Barisan penulis Sarawak seper-ti Awangku Merali Pangeran Mo-hamed, Saie Driss, Jong Chian Lai, Zainal Abidin Suhaili (Abizai), Jaya Ramba, Rosani Hiplee dan bebe- rapa nama lain turut sama de-ngan sahabat-sahabat di Seme- nanjung memperkayakan khaza-nah persuratan kebangsaan. Me-reka berkarya secara serius dalam genre seperti novel, cerpen, dra-ma dan sajak sejak era mesin taip lagi. Malahan karya kreatif me-

reka diperakui apabila meraih anugerah ber-prestij kebang-saan dari dahulu sehingga kini, misalnya Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpu-lan Utusan atau pengiktirafan di peringkat nege ri. Sungguh ma- lang sebahagian penulis Sarawak menghentik an penerokaan ba- kat mereka ter-lalu awal. Bah-kan sudah tidak berupaya untuk mengadaptasi-kan diri dengan perkembangan gaya naratif masa kini. Sebaliknya semakin statik dengan ekspresi

tahun 60-an. Saya sering berasa gelisah

mengenangkan pembentang-pembentang kertas kerja yang masih dilapisi nostalgia silam. Apakah erti menyebut nama-na-ma penulis yang tidak lagi me-nyumbangkan fikiran, idea, ima-ginasi dan wawasannya di media massa semasa? Mereka dihor-mati kerana senioriti dan pe-ngalaman sebagai perintis kerja penulisan. Namun sumbangan sasterawan ditagih lebih dari-pada itu. Dan paling mengeri-kan ialah andai penulis-penulis sedia ada lebih memfokuskan kepada kejayaan peribadi de-ngan hadiah-hadiah penulisan. Karakter ini mengecewakan. Ego mengembangkan dengan sikap parokial. Besarlah pengharapan agar penulis-penulis mapan ti-dak dikendurkan oleh bakat dan darjah renungan. Namun siapak-ah pula yang membicarakan perkembangan sastera kontem-porari generasi baharu Sarawak? Apakah bakat dan kehadiran mereka dicemburui?

Saya meletakkan harapan in-telektual yang tinggi kepada generasi baharu Sarawak. Gelom-bang suara, idea, pemikiran dan naratif mereka seharusnya lebih canggih, kompleks dan mengata-si kehebatan karya-karya penulis terdahulu.

Dengan hidup di bawah ceng-kaman rejim digital dan ilmu per-cuma di skrin komputer, land-skap sastera sepatutnya lebih bertenaga dan cemerlang di ta-ngan mereka. “Waktu muda ialah tingkap untuk masa depan,” kata SN Muhammad Haji Salleh. Lebih mustahak daripada itu ialah men-taliti mereka melepasi sasaran

materialisme penulis sedia ada. Jika hadiah, gelaran, populariti membingkai dalam fikiran me-reka, tiadalah bezanya dengan sikap segelintir pengarang terna-ma yang begitu taksub dengan kejayaan personal. Tiada jalan ti-kus untuk segera menghasilkan karya mantap dan luar biasa.

Lokman Hakim, Karl Agan, Frankie Latit dan Mohammad Zakri Zakaria adalah beberapa contoh nama penulis generasi baharu yang menyegarkan nara-tif fiksyen dan sajak di peringkat nasional. Karya-karya mereka merombak orbit sastera yang ti-dak pernah dilakukan oleh penu-lis-penulis Sarawak sebelumnya. Mereka bereksperimen melawan realiti, memerdukan diksi dengan suasana urban dan menyuntik jarum perubatan dengan istilah-istilah perubatan dari makmal operasi. Inilah anjakan impresif untuk menawar kepelbagaian bi-

dang sastera yang dilihat sema-kin monotonous dalam kalangan penulis sedia ada. Saya juga me-ngenali nama-nama baharu yang berkarya dalam ruangan Wadah Bahasa dan Sastera untuk siaran akhbar Utusan Sarawak. Bahkan penulis-penulis muda Sarawak turut menyumbangkan bakat kreatif mereka dalam majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Tunas Cipta atau di akhbar-akhbar kebangsaan selain menebitkan dalam zine. Syabas.

Menoleh ke seluruh dunia demi mempertingkatkan skil dan keluasan imaginasi sesuatu tuntutan kepada penulis. Ia pela-buran artistik berharga berban-ding ganjaran di podium. Mu-hammad Asad dalam buku Islam at the Crossroads, mengatakan “ilmu pengetahuan bukanlah kepunyaan Barat atau Timur. Ia bersifat universal.” Saya sungguh kagum dengan beberapa penu-lis generasi baharu yang mene-laah buku-buku penulis besar luar negara tanpa melupakan karya-karya tempatan. Con-tohnya, Frankie Latit, yang ber- usaha menyingkap jendela sas-tera seluas mungkin. Bakat dan kerja keras seiringan. “The art-ist is nothing without the gift, but the gift is nothing withoutwork,” kata Emile Zola. Namun apa yang mustahak, mentaliti. Karak-ter penulis-penulis baharu Sara- wak perlu lebih kosmopolitan dan positif ke hadapan. Berakar di bumi namun berpandangan universal dan tidak dibius tropi serta sijil anugerah sebagai ak-sesori kebanggaan. Suatu hari nanti saya berharap mereka anta-ra creme of the creme dalam ranah sastera Malaysia.

Adalah api di ranah diri(episod perkenalan di ranah diri)

(jiwa) api yang tumbuh tidak kenal arahdari mana angin dan air datang kerana air, besarnyadan hilangnya kerana angin- atau sebaliknya?

siapa memandang api yang kecil?

walau muasalnya haba dan panashanya kerana, biar (jiwa) api kecil itumerupa semarak, besarnyaah, jangansampai memakan diri.

siapa (jiwa) yang tidak mengenal luas ranah diri lagi,ketika jiwa adalah api?

Raden Qurratu‘AiniLembah Pantai

Dan paling mengerikan ialah andai penulis- penulis sedia ada lebih memfokuskan kepada kejayaan peribadi dengan hadiah-hadiah penulisan. Karakter ini mengecewa-kan. Ego mengembangkan dengan sikap parokial. Besarlah pengharapan agar penulis-penulis mapan tidak dikendurkan oleh bakat dan darjah renungan.

17SelangorKini 8 - 14 November 2018

Pertanian MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR - Usaha keras warga Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mem-buahkan hasil apabila berjaya merangkul Anugerah ‘Gold Award Most Fastest Growing Agrotourism Park Category Platinum’ dan ‘Gold Award Agrotourism Initiative Pro-gramme’.

Sambil mengucapkan tahniah, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kejayaan itu meng-harumkan nama Selangor dalam sektor agro pelancongan.

“PKPS pada ketika ini berada pada landasan tepat menjadi se-bagai peneraju pengeluaran hasil pertanian secara komersial, di Se-langor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika merasmikan Selangor Agrofest 2018, di Kompleks Su-kan Kuala Selangor, pada 3 No-vember lalu.

KUALA SELANGOR - Seramai 326 petani dari seluruh Selangor menerima Persijilan MyGAP dan MyOrganic (2017-2018) atas komit-

men menjalankan Amalan Pertani-an Baik, di ladang masing-masing.

EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan In-dustri Asas Tani, Ir Izham Hasim berka-ta, pengiktirafan itu membolehkan ha-sil pertanian golongan petani mudah dikenali, sekali gus dapat bersaing, di pasaran domestik dan antarabangsa.

Katanya, persijilan berkenaan meng- utamakan kaedah kawalan pero-sak bersepadu dan menjamin ke-selamatan serta kebajikan pekerja ladang selain meningkatkan hasil

pengeluaran juga produk berkualiti.“Ia turut memberi faedah kepada

hasil pertanian lebih berkualiti dan

selamat dimakan kerana kandungan racun makhluk perosak, pada paras yang dibenarkan.

“Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan penggu-naan racun makhluk perosak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Persi-jilan MyGAP dan MyOrganic sempena Selangor Agrofest 2018, di Pentas Uta-ma Kompleks Sukan, pada 1 Novem-ber lalu.

Pada masa sama, Ir Izham berkata, Amalan Pertanian Baik adalah sistem pengurusan sumber dalam penge-luaran produk pertanian secara baik serta lestari.

Katanya, sistem terbabit dijang-ka dapat meningkatkan produkti-viti ladang dan menghasilkan maka-

nan selamat serta berkualiti dengan mengambil kira aspek kebajikan, ke-selamatan, kesihatan pekerja selain memelihara alam sekitar.

“Diharapkan usaha gigih ini akan menjadi landasan ke arah memacu sektor pertanian di Selangor sete-rusnya meletakkan negeri ini sebagai negeri contoh, terutama dalam peng-amalan pertanian terbaik dan lestari, di Malaysia.

“Diharapkan persijilan ini akan sen-tiasa diperbaharui bagi menjamin pengeluaran makanan yang selamat dimakan berterusan,” katanya.

MyGAP dahulunya dikenali sebagai Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dirangka dan dilaksana khusus oleh Jabatan Pertanian untuk mengik-tiraf ladang yang mengamalkan amalan ladang baik secara berterusan.

“Jabatan Pertanian dan beberapa institusi lain ba-nyak membantu kami terutama dalam mening-katkan pendapatan petani di Selangor, malahan mereka juga yang memaklumkan tentang kelayakan golongan petani untuk sijil MyGAP.“Sudah tentu saya akan menga-jak lebih ramai rakan lain untuk turut mendapatkan sijil ini, sekali gus memberi kesedaran kepada mereka supaya menitikberatkan aspek penjagaan kawasan tanaman atau ladang dengan baik,”

YAHYA JALI, 53, PESAWAH

“Saya bersyukur atas bantuan diberi oleh Jabatan Pertanian seperti kemudahan mesin untuk menjalankan kerja pengepaman air ke sawah. Kemudahan yang disediakan ini amat membantu memudahkan kerja kami di sawah yang secara tidak langsung meningkatkan jumlah pengeluaran produk melalui bidang pertanian,”

SHAHRUL EFANDY, 30, PESAWAH

MB ucap tahniah

PKPS menangdua anugerah

Amirudin berkata, selain hasil kelapa sawit, PKPS juga berjaya memperindahkan Selangor Fruit Valley (SFV) sebagai sebuah ka-wasan agro pelancongan yang menarik.

Katanya, di SFV terdapat pel-bagai aktiviti pertanian yang

merangkumi hampir kesemua jenis tanaman seperti sayuran, buah-buahan, ternakan dan pro-jek ternakan madu kelulut.

Amirudin juga sempat me-ngajak orang ramai supaya tidak melepaskan peluang melawat SFV.

Tanaman fertigasi Selangor tertinggi di Malaysia

��6 petani terima Sijil MyGAP & MyOrganic

Ir Izham menyampaikansijil MyGap dan My Organic kepada salah seorang petani sempenaSelangorAgrofest 2018

KUALA SELANGOR - Walaupun Selangor adalah sebuah negeri perindustrian, namun negeri itu mempunyai projek tanaman ferti-gasi tertinggi, di Malaysia.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia kerana seba-nyak tiga juta polibeg tanaman melon dan sayuran buah diusa-hakan, di negeri itu.

“Antara punca utama kepada faktor tersebut adalah disebab-kan pertembungan pengunaan tanah untuk kawasan kediaman berbanding dengan kawasan pertanian.

“Sehubungan dengan itu juga, rakyat Selangor menjadi semakin kreatif di dalam menceburi sektor pertanian yang tidak menggu-nakan kawasan tanah besar teta-

pi masih dapat menge-

luarkan hasil tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian ketika

merasmikan Selangor Agrofest 2018, di Kompleks Sukan Kuala Selangor, pada 3 November lalu.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri merancang membuka le-bih banyak lagi kawasan perta-nian di seluruh Selangor khusus-nya di daerah utara negeri seperti di Sabak Bernam dan Kuala Sela-ngor untuk diwartakan sebagai kawasan pertanian makanan.

Katanya, walaupun ia bukan satu kawasan yang besar teta-pi mampu mengeluarkan hasil tinggi.

Beliau berkata, selain itu, produk industri asas tani (IAT) dikeluarkan pengusaha di Se-langor juga mempunyai kualiti tinggi.

Persijilan MyGAP dan MyOrganic kepada

penggiat sektor pertanian, khususnya petani jelas membuk-

tikan segala jerih perih dan sumbangan mereka selama ini benar-benar

dihargai.

Sijil MyGAP buktisumbangan petani dihargai

APA KATA PETANI

18PBT

SelangorKini 8 - 14 November 2018

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjadi perintis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia menghasil-kan ‘Braille Tree System’ (BTS), Pusat Pembelajaran Pokok di Ta-man Bandar Diraja untuk pem-belajaran Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi cacat penglihatan.

Yang DiPertuanya, Moha- mad Yasid Bidin berkata, den-gan penggunaan ‘plate’ khas, kumpulan sasar akan mendapat maklumat asas seperti nama saintifik, nama tempatan, ke-tinggian, ukurlilit dan keluarga pokok.

Katanya, ia sekali gus, mem-bolehkan mereka merasai po-kok secara fizikal dan dapat

menggunakan deria bau bagi pokok beraroma.

“Proses pendidikan orang ca-cat penglihatan di institusi pen-didikan sememangnya meng-hadapi pelbagai masalah. Jika masalah ini tidak diberi perha-tian sewajarnya oleh kerajaan, golongan ini mungkin tidak memperoleh pendidikan kuali-tatif untuk kepentingan mereka dan masyarakat.

“Justeru, MPK mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengenali pokok dengan le-bih dekat dengan menyediakan lokasi luar bilik darjah untuk sesi pembelajaran golongan ini khususnya komuniti buta Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem-

Cakna OKU

MPK perintis ‘Braille Tree System’ di Malaysia

pengerusikan mesyuarat penuh bulanan, di Dewan Raja Mahadi, di sini.

Mohamad Yasid berkata, BTS berkenaan adalah usaha Jabatan Taman dan Rekreasi dalam meng-

hubungkan kumpulan sasar dan alam sekitar.

“MPK juga mahu menanam sikap hormat serta kasih sayang golongan normal kepada golo- ngan OKU ini dalam menyediakan

kemudahan untuk mereka.“Dengan pelaksanaan BTS ini,

maka bertambah lagi elemen pendidikan di Pusat Pembelaja-ran Pokok secara komprehensif untuk golongan ini,” katanya.

KLANG - Sejumlah RM171.8 juta berjaya dikutip Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi cukai taksiran bagi tempoh, sehingga 25 Oktober lalu.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, kutipan terbabit meningkat RM5 juta daripada RM166.8 juta pada kutipan, tahun lalu.

Katanya, jumlah keseluruhan kuti-pan itu membabitkan tiga pecahan iai-tu RM77.7 juta (cukai taksiran 1/2018), RM71.2 juta (cukai taksiran 2/2018) dan RM22.9 juta (kutipan cukai taksiran).

“Perbezaan kutipan tahun ini mening- kat berbanding tahun lalu iaitu pe- ningkatan RM0.6 juta bagi cukai taksi-ran 1/2018 dan RM4.7 juta cukai taksiran 2/2018. Manakala, tunggakan kutipan

pula menurun tahun ini sebanyak RM0.3 juta.

“Bagi membantu dan memudah-kan penduduk setempat menjelaskan bayaran dan pertanyaan, maka MPK akan mengadakan kempen kaunter van bergerak di Pasaraya NSK Meru pada 24 dan 25 November ini serta Pangsapuri Sri Proton, pada 1 hingga 2 Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan me-syuarat penuh bulanan, di Dewan Raja Mahadi, di sini.

Orang ramai boleh mendapatkan bil cukai taksiran di mana-mana kaun-ter MPK atau melalui laman sesawang www.mpklang.gov.my.

Kutip cukai taksiran RM���.� juta

KLANG - Sekurang-kurangnya enam kilang memproses plastik di Jalan Permata 8A, 9, dan 9A Perindustrian Air Hitam, disita dalam operasi bersepadu Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Se-langor, pada 1 November lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kilang berkenaan beroperasi tanpa lesen, malahan mesin di kilang itu juga pernah disita sebelum ini kerana melanggar peraturan di bawah JAS.

“Sebanyak tujuh premis menjalankan aktiviti memproses dan menyimpan plas-tik, MPK mengenakan tindakan sita kepada enam premis.

“Pemilik kilang dikenal pasti ingkar dan masih menjalankan aktiviti di premis itu tan-pa memenuhi syarat yang ditetapkan seperti kebersihan sekeliling premis.

“Operasi dijalankan selepas menerima adu- an daripada penduduk dan pengilang ber-hampiran terdapat aktiviti pembakaran ter-

buka sehingga mendatangkan pencemaran bau,” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata, MPK turut mengeluarkan enam notis di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007.

Katanya, notis penutupan serta-merta dikeluarkan dan semua premis disita serta dipasang tali kuning bagi menghalang seba-rang aktiviti, di kilang terbabit.

Pada masa sama, katanya, MPK akan terus membuat pemantauan berkala bagi memas-tikan kilang berkenaan tidak kembali berope-rasi dan menghentikan aktiviti sepenuhnya.

“Operasi seperti ini diteruskan lagi di ka-wasan lain seperti di Telok Gong, Pulau Indah dan Pandamaran bagi menghentikan aktiviti di kilang haram.

“Kita juga akan terus bekerjasama dengan agensi lain untuk menyalurkan maklumat jika terdapat perkara menyalahi undang-undang di bawah bidang kuasa setiap agensi ter-babit,” katanya.

Sita enam kilang haram

KUALA LANGAT - Sebanyak 27 kilang kitar semula plastik haram ditutup sepenuhnya oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), manakala enam lagi su-dah dikosongkan pemilik.

Setiausahanya, Mohd Yasin Alwi ber-kata, daripada 27 kilang itu, sebanyak 17, 329 tan metrik sisa plastik terkumpul dan perlu dibersihkan.

Katanya, ketika ini MDKL membuka tender pembersihan bagi kira-kira 6,000 tan metrik sisa plastik membabitkan se-buah kilang di Jenjarom selepas pemilik tanah membuat akaun sumpah dan eng-gan mengaku miliknya.

“Sebanyak 55 kilang berdasarkan adu-an diterima. Daripada jumlah itu, 10 kilang

mempunyai lesen dan empat lagi mem-punyai lesen sementara.

“Manakala, tiga kilang lagi tidak ter-babit dengan aktiviti pemprosesan plas-tik, empat lagi terbabit dengan gudang penyimpanan serta selebihnya kilang haram.

“Kita sudah mengadakan mesyua- rat bersama Ketua Setiausaha Kemen-terian Perumahan dan Kerajaan Tempa-tan untuk melaksanakan pembersihan di lapangan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui.

Mohd Yasin berkata, MDKL juga se-dang menyiapkan kertas siasatan ber-hubung isu berkenaan untuk pendak-waan.

MDKL tutup �� kilang sisa plastik haram

19SelangorKini 8 - 14 November 2018

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Majlis Perban-daran Sepang (MPSepang) ber-jaya menerima penarafan Ma-laysia Book Of Records (MBOR) menerusi pelaksanaan Taksa Free Aedes (TAFES), baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Muhammad Hafiz Shaari ber-kata, TAFES adalah silibus yang dibangunkan bagi memberi pendidikan serta pendedahan awal berhubung kawalan juga pencegahan denggi di pering-kat prasekolah.

Katanya, ia bertujuan melatih dan membimbing guru di pe-

ringkat prasekolah dengan pe- ngetahuan serta kemahiran men-dalami ilmu berkaitan denggi.

“TAFES juga mendidik dan membimbing anak di fasa prasekolah berkenaan pence-gahan serta kawalan demam denggi selain membentuk juga menzahirkan anak menjadi ge-nerasi berpengetahuan, positif dan menjadi agen perubahan dalam keluarga.

“Ia juga memastikan keadaan persekitaran taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak bersih serta bebas pembiakan nyamuk,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Hafiz mahu kakitangannya tidak

jemu untuk sentiasa berinovasi dan mencari idea baru dalam me-nyampaikan perkhidmatan lebih baik.

Beliau turut menyarankan kakitangan MPSepang supaya menanam sikap berlumba-lumba mendapatkan ilmu pengetahuan sebagai teras dalam menjayakan inovasi dan kreativiti.

“Pembudayaan inovasi ber-mula dari kefahaman pengha-yatan ilmu berkaitan inovasi, maka menjadi kewajipan kepada ketua jabatan dan Ahli Majlis un-tuk melaksanakan penghayatan ilmu dalam kalangan warga kerja bagi meningkat serta mengem-bangkannya,” katanya.

Komited cegah denggi

MBOR iktiraf TAFES MPSepang

PETALING JAYA - Kira-kira 85 pe-milik premis menerima pengik-tirafan Anugerah Premis Bersih Makanan Bersih 2018 daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, pengiktirafan itu bagi menghargai usaha pemilik pre-mis yang mematuhi piawaian ke-selamatan dan kualiti makanan.

“Kriteria pemilihan dibuat meliputi beberapa aspek terma-suk kebersihan, kawalan mutu makanan, pematuhan syarat permit, keindahan persekitaran dan mesra pelanggan.

“Ia dinilai panel juri yang terdi-ri daripada persatuan dan MBPJ,” katanya ketika berucap pada Maj- lis Anugerah Premis Bersih bagi Premis Makanan MBPJ 2018, di Dewan Sivik MBPJ, baru-baru ini.

Terdapat 10 kategori premis bersih diberi pengiktirafan anta-

ranya dapur hotel, kantin seko-lah, restoran makanan segera, restoran 24 jam, kedai bakeri dan restoran berhawa dingin.

Bagi kategori restoran maka-nan segera, McDonald, Texas Chicken dan Subway antara yang mendahului senarai, sementara dapur hotel ialah Hotel Hilton, Eastin Hotel dan Hotel Armada.

Sementara bagi restoran 24 jam pula, Restoran Kayu Origi-nal Penang Kayu Nasi Kandar, Restoran Jamal, Restoran Mariah, Restoran Subaidah dan Restoran Hayaki.

Mohd Azizi berkata, beliau berharap tahap kebersihan tem-pat makan di sekitar Petaling Jaya dapat ditingkatkan bagi memastikan kawasan itu be-bas daripada penyakit bawaan makanan.

“Apabila premis kita bersih, barulah ia akan menjadi pilihan orang ramai,” katanya.

�� pemilik terima Anugerah Premis Bersih MBPJ

KUALA LUMPUR - Majlis Per-bandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjangkakan Ampang Jaya Night Run 2018 akan terus men-jadi tumpuan dengan penyer-taan membanggakan daripada

masyarakat khususnya, di seki-tar kawasan itu.

Yang Dipertuanya, Abd Ha-mid Hussain berkata, program yang bakal diadakan di Jalan Bandar 12, Taman Melawati,

Ampang Jaya Night Run ���� jadi tumpuan pendudukpada 24 November ini men-catatkan penyertaan kira-kira 1,500 peserta yang mendaftar secara dalam talian dan manual.

“Ia adalah penganjuran keti-ga pada tahun ini, sebagai salah satu usaha MPAJ membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan mendekati pen-duduk di kawasan persekitaran secara khusus juga rakyat Se-langor.

“Acara larian kali ini menawarkan dua kategori iaitu 12 kilometer (km) dan lima km ‘fun run’,” katanya.

Bagi menggalakkan penyer- taan dalam kalangan orang awam, beliau berkata, MPAJ memberi diskaun kepada 100

penyertaan terawal kepada penduduk sekitar Taman Mela-wati dengan harga hanya RM27 bagi larian lima km, berbanding caj asal RM47.

“Tajaan dan kerjasama rakan kongsi adalah salah satu usaha MPAJ memenuhi Agenda Tem-patan 21 (LA21) dengan pihak swasta dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat khususnya kepada penduduk setempat dan rakyat Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, MPAJ turut mendapat kerjasa-ma Penguatkuasa dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang membantu sepan-jang persiapan program berke-

naan.Beliau berkata, pihaknya

juga menyediakan 44 anggota penguatkuasa MPAJ dan diban-tu anggaran 20 anggota polis serta 130 urusetia teknikal juga sukarelawan termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi tujuan berkenaan.

Ampang Jaya Night Run 2018 mendapat kerjasama dan tajaan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Sime Darby Capita-Land (Melawati Mall) Sdn Bhd, IJM Land Berhad, Projek Lin-tasan Sungai Besi–Ulu Kelang Sdn Bhd, F&N Beverages Mar-keting Sdn Bhd, Tourism Sela-ngor dan Petronas Dagangan Berhad.

20Pendidikan

SelangorKini 8 - 14 November 2018

KUALA LUMPUR - Majlis Ama-nah Rakyat (MARA) akan mempe-runtukkan RM2 bilion tahun ha-dapan bagi membiayai penuntut tajaannya yang melanjutkan pe- ngajian, di dalam dan di luar negara.

Menteri Pembangunan Luar Ban-dar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah pembiayaan berke-naan adalah sama dengan jumlah tahun ini.

“Daripada segi pendidikan, penye- larasan Maktab Rendah Sains Mara dan bajet lain kita dapat seperti di-pohon. Itu akan menambahkan lagi mutu produk MARA sendiri,” katanya

pada Majlis Malam Apresiasi MARA 2018, pada 2 November lalu.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan pesara dan warga kerja MARA yang berkhidmat antara 25 hingga 40 tahun.

Te r d a h u -lu, Rina dalam ucapannya berkata, MARA juga mem-belanjakan RM3.3 juta sehingga Ogos lalu untuk pem-biayaan kesihatan war-ga, anggota keluarga dan pesara MARA.

Beliau berkata, ia jelas menun-jukkan bahawa MARA sangat me-ngambil berat berhubung hal keba-jikan warganya termasuk golongan pesara dan anggota keluarga me-reka.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Na-sional (PTPTN) meng-hargai keputusan ke- rajaan bagi memenuhi p e r m o h o n a n n y a dalam usaha penam-bahbaikan dan me-ngurangkan beban peminjam.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan ber-kata, pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika pembentangan Be-lanjawan 2019 berkaitan PTPTN memberi implikasi positif terhadap perbadanan itu.

“Semua ini adalah sebahagian dari-pada agenda reformasi yang sedang kami usahakan di PTPTN, terutama dalam rangka memastikan be-banan hutang amat tinggi diwarisi daripada kerajaan terdahulu dapat diselesaikan.

“Penjelasan lebih ter-perinci berhubung perkara ini akan saya lakukan dalam sesi pertemuan dengan pemegang taruh di seluruh negara, dalam masa terdekat,”

MARA peruntuk RM� bilion biaya pengajian tinggi

Daripada segi pendidikan, penyelarasan Maktab Rendah Sains Mara dan bajet lain kita dapat seperti di-pohon. Itu akan menambahkan lagi mutu produk MARA sendiriRINA MOHD HARUNMenteri Pembangunan Luar Bandar

PTPTN hargai kerajaan laksana penambahbaikan

SHAH ALAM - Menggalas tanggungja-wab sebagai wakil rakyat tidak mengha-lang Mohd Najwan Halimi memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Tadbir Urus Korporat), pada Istiadat Konvokesyen ke-42 Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik berusia 33 tahun itu berka-ta, kejayaan terbabit mem-buktikan keputusan mene-rima tawaran mewakili Pakatan Harapan, pada Pi-lihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu tepat walaupun sibuk dengan ku-liah dan tugasan.

Beliau membahagikan jadual waktu belajar dan bekerja sebaik mungkin su-paya pembabitan dalam ak-tiviti politik tidak terganggu.

“Saya akan memastikan setiap tu-gasan dan kuliah disiapkan tanpa ma-salah serta tekad menghabiskan pela-jaran sehingga banyak menyertai kerja kumpulan sepanjang mengikuti penga-jian separuh masa.

“Walaupun bekerja dan belajar, saya

perlu kuatkan semangat untuk meng-habiskan pengajian di peringkat ijazah sarjana.

“Pada masa sama, saya perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga, terutama anak yang masih kecil,” kata-nya menerusi perkongsian, di Face-book.

Beliau yang turut me-wakili daerah Hulu Se-langor dalam sukan tenis ketika sekolah menengah dan bola sepak daerah Petaling (sekolah rendah) mahu memperkasakan diri dalam arena politik.

Katanya, kerjaya se-bagai wakil rakyat se-memangnya mencabar tetapi menyeronokkan kerana dapat berbakti ke-

pada masyarakat.“Saya berjinak-jinak dengan politik

selepas menjadi EXCO Persatuan Pelajar Islam, di sebuah universiti tempatan.

Pada PRU14 lalu, Najwan memena-ngi DUN Kota Anggerik dengan majoriti 17,004 undi dalam saingan tiga pen-juru.

SHAH ALAM - Pengunjung program Lorong Buku menerima kejutan apabila menerima buku secara percuma oleh penganjur, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Banda-raya Shah Alam, Mohd Zulfahmee Is-mail berkata, ia bagi memupuk budaya membaca selain menyemarakkan pro-gram kesenian, di negeri itu.

“Sejak 2015, mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, mahu mewujudkan Kota Seni Shah Alam. Jadi, program Lorong Buku ini antara salah satu landasan memperka-

sakan matlamat itu.“Program sebegini

juga memberi ruang kepada penulis buku serta pengkarya me-nampilkan bakat ma-sing-masing,” katanya.

Mohd Zulfahmee yang juga Penyelaras Kota Seni Shah Alam berkata, pihaknya me-milih Laman Seni 7 kerana ia menjadi tari-kan orang ramai, pada hujung minggu.

Justeru, beliau ber-harap program itu dapat memberi ru-ang lebih luas kepada pengkarya, sekali gus memartabatkan penu- lisan mereka ke pe-ringkat lebih tinggi.

“Bagi mereka yang ingin ikuti perkem-bangan aktiviti Kota Seni Shah Alam, anda boleh layari laman facebook dan insta-

gram kami,” katanya.

Aktif politik tak halangNajwan terima Ijazah Sarjana

Buku percuma buat pengunjung Lorong Buku

katanya dalam kenya-taan.

Mengulas lanjut, be-liau berkata, pihaknya akan mengembalikan peranan PTPTN se-bagai sebuah tabung pendidikan ber-sesuaian dengan niat

asal penubuhannya bukan lagi bagi tujuan politik hingga dikenali sebagai pemberi pinjaman serta berlaku penyelewengan.

“Kita juga akan mendidik masyarakat dengan nilai murni pernah dinyatakan Per-dana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu rajin bekerja (hardworking), amanah

(honesty) dan malu melakukan ke-salahan (honour).

“Semua ini adalah nilai diper-lukan untuk memastikan rak-yat akan bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan dan kewajipan dalam segala urusan termasuk berkaitan

PTPTN,” katanya.Beberapa langkah pelaksanaan

diambil kerajaan dalam Belanjawan 2019 adalah pembayaran balik melalui po-tongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bula-nan peminjam, bergantung kepada paras pendapatannya dan ia hanya terpakai ke-pada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Selain itu, ia termasuk pelepasan cu-kai kepada syarikat membantu menyele-saikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019 dan layanan pelepasan cu-kai pendapatan individu bagi Skim Simpa-nan Pendidikan Nasional dinaikkan daripa-da RM6,000 kepada RM8,000.

Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 mendapat kepu-tusan kelas pertama dan menghapus kira baki hutang kepada peminjam berusia 60 tahun dan ke atas serta berpendapa-tan kurang RM4,000 yang memanfaatkan lebih kurang 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.

21SelangorKini 8 - 14 November 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PARIT BUNTAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merancang menyerap antara 1,000 hingga 3,000 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat saringan ter-hadap guru berkenaan sebelum mereka diserap ke jawatan tetap.

“Proses saringan itu daripada segi prestasi, khidmat dan kelulusan dibuat oleh JAKIM dengan JPA. Kita berharap me-lalui proses ini sekurang-kurangnya 1,000 hingga 3,000 guru KAFA dapat dilantik (ke

jawatan tetap),” katanya selepas meras-mikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, pada 3 Novem-ber lalu.

Dianggarkan terdapat 31,460 guru KAFA bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis KAFA seluruh negara, ketika ini.

Mengulas berhubung Belanjawan 2019 dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada 2 November lalu, Dr Mujahid berkata, ia membuktikan kepri-hatinan kerajaan terhadap semua kaum, di negara ini.

“Selain itu, dalam kekangan hutang kita (kerajaan) cari jalan bagaimana menjana pendapatan negara supaya golongan B40 ada pendapatan boleh guna,” katanya.

SHAH ALAM - Peningkatan pe-runtukan kepada RM1.2 bilion untuk kemajuan syiar Islam di seluruh negara menerusi Belan-jawan 2019 disifatkan sebagai ‘hadiah’ bagi menggalakkan lagi perkembangan agama itu.

Pengerusi Majlis Agama Is-lam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, peruntukan terbabit diharap dapat membangunkan lebih banyak program dalam memartabatkan agama sela-ras dengan perkembangan za-man khususnya dalam bidang pendidikan Islam untuk golo-

ngan muda.Beliau berkata, dengan ada-

nya tambahan peruntukan itu, pihak berwajib diharap dapat memberi fokus kepada mem-perkemas bidang pendidikan Islam kerana keperluannya dilihat lebih mendesak, pada

masa ini.“Contohnya di Selangor, apa

diperlukan adalah lebih banyak program pendidikan Islam se- perti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kerana bilangan mu-rid yang ramai memerlukan le-bih banyak guru terlatih. Maka, pastinya ada peruntukan terten-tu yang harus diberikan.

“Nasib guru KAFA mungkin boleh ditambah baik dengan adanya peruntukan ini Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutu-an boleh membela nasib mereka seterusnya memartabatkan syiar Islam,” katanya.

Pada 2 November lalu, Men-teri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Pembentangan Belan-jawan 2019 memperuntukkan RM1.2 bilion tahun depan ber-banding RM1.1 bilion tahun ini bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas walau-pun dalam keadaan ekonomi mencabar.

Guan Eng berkata, sejum-lah RM150 juta lagi disediakan bagi melaksanakan program-program tertentu termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih

ramai profesional dalam kala-ngan huffaz dan modul pembe-lajaran agama dengan penggu-naan braille.

SHAH ALAM - Persatuan Ins-titusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) melahirkan rasa gembira apa-bila Belanjawan 2019 mengikti-raf institusi tahfiz, di negara ini.

Pengerusinya, Muhammad Hafiz Muhamad Haneefa Al-Hafiz berkata, menerusi pembentangan belanjawan itu, kerajaan melihat pendidikan tahfiz adalah salah satu pendidikan arus per-dana yang perlu diberi perhatian.

“Saya mewakili lebih 300 maahad tah-fiz di Selangor dengan bilangan pelajar lebih 17,000 ingin menzahirkan rasa syu-kur kepada Allah SWT atas nikmat ini.

“Terima kasih kepada Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas pembentangan belanjawan, sekali gus memperlihatkan kerajaan mengikti-raf bidang pendidikan ini,” katanya menerusi akaun instagramnya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim

Guan Eng mengumumkan, kerajaan akan menaikkan taraf dan menyeleng-gara semua sekolah dengan peruntu-kan RM652 juta dengan meliputi seko-lah tahfiz sebanyak RM50 juta.

Pada masa sama, sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan le-bih ramai profesional dalam kalangan huffaz dan modul pembelajaran aga-

ma dengan penggunaan braille.Mengulas lanjut, Muhammad Hafiz

berkata, beliau berharap supaya bantu-an terbabit terus sampai kepada kum-pulan sasaran dengan baik dan lancar.

“Semoga bantuan ini diteruskan pada masa akan datang secara perkapita, se-baliknya bukan secara ‘one off’ sahaja.

“Malah, saya berharap supaya ia sentiasa meningkat setiap tahun mengikut pendaftaran institusi tahfiz persendirian, seluruh negara,” katanya.

Peruntukan RM1.2 bilion

‘Hadiah’ martabatkan syiar Islam

�,��� guru KAFA ke jawatan tetap

PITAS gembira Belanjawan ���� iktiraf institusi tahfiz

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

8 - 14 November 201830 Safar - 6 Rabiulawal 1440H

08 Khamis 5:29 5:39 6:56 1:00 4:21 6:59 8:1109 Jumaat 5:29 5:39 6:57 1:00 4:21 6:59 8:1110 Sabtu 5:29 5:39 6:57 1:00 4:22 6:59 8:1111 Ahad 5:29 5:39 6:57 1:01 4:22 6:59 8:1112 Isnin 5:29 5:39 6:57 1:01 4:22 6:59 8:1113 Selasa 5:30 5:40 6:57 1:01 4:22 6:59 8:1214 Rabu 5:30 5:40 6:57 1:01 4:23 6:59 8:12

08 Khamis 5:32 5:42 6:58 1:02 4:23 7:00 8:1209 Jumaat 5:32 5:42 6:58 1:02 4:23 7:00 8:1210 Sabtu 5:32 5:42 6:58 1:02 4:23 7:00 8:1211 Ahad 5:32 5:42 6:58 1:02 4:24 7:00 8:1212 Isnin 5:32 5:42 6:58 1:02 4:24 7:00 8:1213 Selasa 5:32 5:42 6:58 1:03 4:24 7:00 8:1214 Rabu 5:32 5:42 6:59 1:03 4:24 7:00 8:12

08 Khamis 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1009 Jumaat 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1010 Sabtu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1011 Ahad 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:1012 Isnin 5:30 5:40 6:56 1:00 4:22 6:58 8:1013 Selasa 5:30 5:40 6:56 1:00 4:22 6:58 8:1114 Rabu 5:30 5:40 6:57 1:00 4:22 6:58 8:11

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 8 - 14 November 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA SELANGOR - Wanita pada masa kini digalakkan menyertai bidang pertanian, sekali gus men-jadi lebih kreatif menginovasikan tanaman dengan penghasilan pelbagai produk menarik.

EXCO Kesihatan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mari-ah Mahmud berkata, pembabitan wanita dalam sektor itu mampu meraih pendapatan lumayan jika mereka mampu variasikan sesuatu hasil tanaman.

“Apabila tanaman itu divaria-sikan, maka harga sudah pasti bo-leh menjadi lebih berganda, sekali gus golongan ini mampu menjana pendapatan walaupun dari rumah” katanya.

Selain itu, katanya, perniagaan kecil-kecilan berasaskan hasil pe- nanaman mampu menjana pen-dapatan lumayan jika wanita

Variasikan produk keluaran

Wanita digalakkan sertai pertanian

serius menceburkan diri dalam bi-dang pertanian.

“Saya akui bidang pertanian ada turun naik bergantung kepada

keadaan cuaca, namun sebab itu saya kata seseorang perlu kreatif membuat sesuatu produk yang boleh bertahan lama,” katanya.

KUALA SELANGOR - Selangor Agrofest 2018 mampu menarik golongan wanita menyertai bi-dang keusahawanan, sekali gus meningkatkan pendapatan me- reka, kata EXCO Kesihatan, Pem-berdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Katanya, beliau tertarik de-ngan festival berkenaan kerana ia sedikit sebanyak membantu-nya mencari inisiatif mengupaya golongan wanita.

“Oleh itu, golongan suri rumah perlu bijak mengatur strategi menambah pendapatan dengan hanya bekerja daripada rumah dan tidak menjadikan tiada masa sebagai satu alasan,” katanya.

Beliau berkata demikian se-lepas melawat gerai pameran

pada Selangor Agrofest 2018, di Pentas Utama Kompleks Sukan, pada 2 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, Ke-rajaan Negeri turut komited melaksanakan pelbagai inisiatif membantu golongan wanita menambahkan pendapatan, se-jak 2008.

“Adakala kebanyakan wanita mempunyai minat, namun tiada modal untuk menjalankan per-niagaan, jadi saya amat meng-galakkan mereka membuat perniagaan kecil-kecilan seperti menerima upah, dari rumah.

“Daripada situ, perniagaan mereka mungkin mampu ber-kembang ke peringkat yang le-bih jauh dan boleh menyertai festival seperti Selangor Agro-fest ini,” katanya.

Bantu tingkat pendapatan

Peserta bertungkus lumus menyiap gubahan bunga hidup dalam satu acara, di Selangor Agrofest 2018

SHAH ALAM - Pertubuhan Ke-bajikan dan Amal Wanita Se-langor (PEKAWANIS) menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Amal Isteri Wakil Rakyat Pakatan Harapan Mela-ka (HARWANIS), di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, pada 1 November lalu.

Pengerusi HARWANIS, Dali-lah Awaludin berkata, kun-jungan itu bagi merapatkan silaturahim dan menjadikan PEKAWANIS sebagai penanda aras pelaksanaan program ke-bajikan rakyat.

PEKAWANIS rujukan HARWANIS“Kita akan menjadikan PE-

KAWANIS sebagai rujukan apa- bila ingin melaksanakan pro-gram di Melaka memandang-kan HARWANIS masih terlalu baharu dan belum mempunyai ramai ahli.

“Misi HARWANIS juga sama dengan PEKAWANIS iaitu lebih memfokuskan terhadap keba-jikan rakyat di negeri masing-masing,” katanya yang juga isteri kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Sementara itu, Yang Diper-tua PEKAWANIS, Masdiana Mu-

hamad, meluahkan rasa terha- ru atas kunjungan hormat HARWANIS dan optimis ia bakal berterusan.

Beliau turut memuji usaha HARWANIS yang ingin me-ngetengahkan program me-reka lebih meluas.

“Selepas ini, kita akan ber-bincang dengan lebih men-dalam dan mungkin akan be- kerjasama melaksanakan pel-bagai program walaupun ber-lainan negeri,” katanya yang juga isteri Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

SHAH ALAM - Kerajaan Perseku-tuan disaran mewujudkan akta supaya Pihak Berkuasa Tempa-tan (PBT) mempunyai kuasa me-minta pemaju menempatkan lokasi khas bagi operasi taska, pada setiap projek pembangu-nan baharu.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Ke-luarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu boleh di-bincangkan di peringkat Kemen-terian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggalakkan lebih banyak penubuhan taska dimasukkan dalam kebenaran merancang.

“Perkara ini sudah lama di-bincangkan dan secara umum, taska yang ingin didirikan perlu memenuhi beberapa syarat ter-tentu digariskan PBT. Sekarang jika ingin menubuhkan taska, perlukan kebenaran penduduk setempat, jika tidak setuju tidak boleh buat.

“Kalau boleh, kita pinda satu undang-undang sebab jika hen-dak tunggu jumlah yang bersetu-ju, belum tentu dapat, malahan sebelum ini ada lesen pengusaha taska ditarik kerana mendapat rungutan penduduk.

“Untuk bangunan baharu, ia belum menjadi undang-undang. Justeru, kita minta ia dimasukkan dalam kebenaran merancang. Untuk bangunan baharu, hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sudah memulakan projek perintis,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada media selepas merasmikan Majlis Penutup Rejuventasi Taska Tempat Kerja Peringkat Negeri 2018, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), baru-baru ini.

Majlis taklimat disertai lebih 300 agensi persekutuan dan ne-geri itu antaranya membincang-kan hala tuju penubuhan taska baharu, di bangunan kerajaan serta swasta.

Setakat ini, terdapat 55 ja-batan kerajaan sektor awam dan 20 swatsa mempunyai taska sendiri di Selangor yang berdaf-tar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, subsidi RM180 di-berikan Kerajaan Persekutuan bagi seorang anak berusia em-pat tahun ke bawah buat ibu bapa berpendapatan RM5,000 ke bawah, manakala RM100 dari pada Kerajaan Negeri di bawah Inisiatif Peduli Rakyat Si Kembar.

Sedia lokasi khas taska

Dr Siti Mariah melihat gubahan tanaman hasil kreativiti peserta dalam satu acara, di Selangor Agrofest 2018

23SelangorKini 8 - 14 November 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

LANDASAN LUMAYAN SDN BHD (989368-H)(SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI)

(TAWARAN TERBUKA)

CADANGAN MENAIKTARAF LANDSKAP DI TAMAN PANGKALAN BATU YANG MENGANDUNGI:

DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 2195, LOT 2194, LOT 2193, LOT 2192, LOT 2191, LOT 1187 DAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB JPS, PANGKALAN BATU, MUKIM BANDAR KLANG,

DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSANNo. Tender : SMG/LLSB/TEN/DEV-PB/01/2018

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tender ini hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam G6 atau G7.

Segala butir dan dokumen tender boleh didapati dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang di Landasan Lumayan Sdn Bhd, Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, mulai dari 15/11/2018 sehingga 21/11/2018.

Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang ditauliahkan atau yang membawa surat wakil kuasa dari pegawai yang ditauliahkan. Wakil kontraktor dikehendaki membawa sijil pendaftaran asal dan salinan bagi Sijil Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Pentender yang ingin memasuki tender di atas adalah dikehendaki mengeluarkan wang pos/wang kiriman pos/draf bank berharga RM3,500.00 yang dibuat di atas nama Landasan Lumayan Sdn Bhd, sebagai bayaran dokumen tender.

Lawatan ke tapak pembinaan adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang menghadiri lawatan tapak dibenarkan membeli dan mengemukakan dokumen tender. Kontraktor hendaklah melaporkan diri pada hari Selasa, 13 November 2018 jam 10.00 pagi di Taman Pangkalan Batu, Klang (Koordinat: 3.0473° N, 101.4429° E) untuk lawatan ke tapak pembinaan tersebut.

Tender ini akan ditutup pada 30 November 2018. Dokumen tender hendaklah dihantar ke Peti Tender, Landasan Lumayan Sdn Bhd, Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada hari tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Landasan Lumayan Sdn Bhd di talian 03-5513 8898.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

(1) 2 UNIT TANDAS AWAM (3) 9 UNIT GAZEBO(2) 8 UNIT GERAI MAKAN (4) RUANG PEJALAN KAKI DAN BASIKAL

MEMPELAWA CALON BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN BERIKUT

Penolong Editor Kekosongan 1 jawatan Warganegara Malaysia Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewartawanan atau berkaitan Umur tidak lebih 35 tahun Berpangalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang editing Mahir dalam penggunaan Microsoft Office& Word Press dan In Design Mampu menulis dalam bahasa Melayudan Inggeris Berfikiran kritis dan analitikal Boleh bekerja dalam tekanan dan secara berkumpulan Berpengetahuan luas berhubung isu semasa dalam dan luar negara Mempunyai lesen memandu dan kenderaan

Kekosongan 2 jawatan Warganegara Malaysia Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewartawanan atau berkaitan Umur tidak lebih 30 tahun Berpangalaman lebih 2 tahun sebagai wartawan Graduan baru dan bukan Islam dipelawa memohon Mahir dalam penggunaan Microsoft Office Mampu menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris Berfikiran kritis dan analitikal Minat membaca dan menulis Boleh bekerja dalam tekanan dan secara berkumpulan Berpengetahuan luas berhubung isu semasa dalam dan luar negara Mempunyai lesen memandu dan kenderaan

Wartawan

BERMINAT?HANTARKAN

i. Surat Permohonan ii. Resume

+ gambar berukuran pasport terkini + gaji yang dipohon

ke alamat e-mel: [email protected] sebelum 15 November 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Penyerang sensasi Selangor, Rufi-no Segovia bolot dua anugerah pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) yang berlangsung, di Hotel Pullman, Kuala Lumpur.

Beliau memenangi Anugerah Pemain Im-port Terbaik 2018 dan Kasut Emas 2018 apa-bila berjaya menjaringkan 14 gol sepanjang Liga Super 2018 berlangsung.

Pemain berasal daripada Sepanyol itu adalah watak penting membantu pasukan jolokan ‘Red Giant’ mengharungi Liga Malaysia 2018.

Selain menjaringkan 14 gol dalam Liga Super, beliau me-mainkan peranan besar mem-bawa Selangor sehingga ke perlawanan akhir Piala FA 2018 sebelum tewas kepada Pahang 0-2.

Pemain berjersi nombor 10 itu menjaringkan lima gol sepanjang Piala FA berlangsung dan tiga gol lagi, dalam Piala Ma-laysia.

Pemain berusia 33 tahun itu mula menyertai Selangor pada musim 2017 ketika jendela perpindahan dibuka, pada pertengahan musim lalu.

SHAH ALAM - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan menggan-tikan semula trofi tidak sesuai kepada pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaaan (ABK) 2018 susulan kritikan daripada pelbagai pihak.

MFL dalam kenyataan me-ngakui kecewa dengan trofi yang tidak memenuhi standard seperti diharapkan Pengerusi-nya, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim serta disifatkan tidak layak diberi kepada pemenang yang mempamerkan persemba-han terbaik, sepanjang musim ini.

“MFL mengenal pasti kakitangan yang membuat kesilapan dalam pesanan membuat trofi itu dan beliau cuba me-nutup perkara terbabit tanpa pemberi-tahuan maklumat kepada pihak pengu-

rusan.“MFL juga mengambil inisiatif

menghubungi semua pemenang un-tuk menggantikan trofi itu sesuai dengan pencapaian mereka,” ka-tanya.

Badan pengurusan liga itu juga menjelaskan, pihaknya tidak ber-

niat melakukan perkara berkenaan dan tindakan sudah diambil ke atas me-reka yang terbabit.

Pada masa sama, katanya, MFL sentia-sa berusaha menjadikan ABK lebih besar dan megah setiap tahun, justeru menyi-

fatkan kejadian terbabit sebagai meng-hampakan.

“Dengan ini, MFL memohon maaf ke-pada semua pemenang dan komuniti bola sepak Malaysia atas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi, piawaian MFL serta tunku pengerusi kami yang sangat menekankan ‘stan-dard’ juga kualiti dalam semua aspek.

“MFL akan lebih baik pada masa hada-pan,” katanya.

Sebelum ini, ABK 2018 dihujani kriti-kan terhadap trofi kategori kasut emas yang dimenangi pemain import Sela-ngor, Rufino Segovia, yang terlalu kecil berbanding tahun lalu.

Turut dipertikaikan adalah kualiti trofi apabila salah satu trofi dimenangi pe-main Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid, yang didakwa patah sejurus keluar, dari hotel.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018

Rufino bolot dua anugerah

MFL akan ganti semula trofi ABK ���8

Anugerah Pemain Import Terbaik 2018

& Kasut Emas 2018

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor edisi ke-31 kembali untuk men-cungkil bakat baharu pemain bola sepak bawah 12 tahun, ber-mula 22 Oktober lalu, di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, di sini.

Pengerusinya, Dato’ Emran Kadir berkata, kejohanan itu berupaya menggilap bakat anak muda daripada peringkat akar umbi supaya mencapai tahap ke-mahiran lebih tinggi, dalam bola sepak.

“Pemain yang dikenal pasti mempunyai potensi berpeluang diserap ke sekolah sukan di Se-langor untuk mendapatkan lati-han dan bimbingan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan itu masih mengekalkan pembabitan 576 pemain daripada 32 pasukan, iaitu 20 sekolah rendah mewakili Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana dan 12 sekolah dari PPD Petaling Utama.

Katanya, pasukan berkenaan dibahagikan kepada lapan kum-pulan menerusi proses undian dengan perlawanan berlangsung secara liga.

“Dua pasukan terbaik daripa-da setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua seterusnya ke peringkat suku akhir, separuh akhir serta akhir yang dijang-

PETALING JAYA - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berjaya me- ngumpul dana sejumlah RM600,000 melalui penganjuran Kejohanan Golf Amal YIDE (KGA YIDE 2018), di Kelab Golf Seri Selangor, pada 3 November lalu.

Ahli Lembaga Pemegang Ama-nah YIDE, Dato’ Bakhtiar Hussin berkata, sumbangan itu diguna-kan bagi melaksanakan aktiviti termasuk bantuan malapetaka dan musibah.

Katanya, ia juga disalurkan ke-pada 12 rumah kebajikan berdaf-tar di negeri itu membabitkan 8,500 anak yatim.

“Kejohanan kali kedua ini ber-tujuan mendapatkan sumbangan dana daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan korporat dan sektor swasta yang berope-rasi di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

“Sambutan diterima amat menggalakkan dan secara tidak langsung objektif penubuhan YIDE yang berorientasi sebagai penyalur bantuan dan kebaji-

kan umat Islam di Selangor akan dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada pemberita selepas dite-mui pada Majlis Penyampaian Hadiah (KGA-YIDE 2018), di sini,

hari ini.Penyampaian replika cek tajaan

dan hadiah disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan berangkat ke majlis

berkenaan.Hadir sama, Setiausaha Kera-

jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi; Pemangku Ketua Pega-

wai Eksekutif YIDE, Nor Mohd Razali Abdullah; Penasihat Un-dang-Undang Kerajaan Negeri, Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron.

Mengulas lanjut, Bakhtiar ber- kata, sumbangan diterima itu membolehkan pihaknya untuk menyediakan perkhidmatan ra-watan hemodialisis di enam pusat dialisis yang diuruskan MAIS.

“Semua pusat dialisis ini mam-pu menampung sehingga 260 pesakit yang diberi bantuan oleh Lembaga Zakat Selangor, JPA dan jabatan lain,” katanya.

Terdahulu, KGA YIDE 2018 menawarkan hadiah ‘Novelties Hole In One’ iaitu sebuah kende-raan Proton Persona dan Piala Pusingan Raja Muda Selangor ke-pada pemenang.

Manakala, sebanyak 32 Flight ditawarkan membabitkan 128 pemain golf terdiri daripada syarikat GLC Selangor, syarikat swasta, pemaju, hartanah, anak syarikat MAIS dan orang awam.

Golf Amal YIDE ���8 kutip dana RM6��,���

Tengku Amir Shah berkenan menerima sumbangan RM80,000 daripada WorldWide Holding Berhad melalui penganjuran KGA YIDE 2018

Cungkil bakat baharu

Piala Raja MudaSelangor kembali

Atlet berbakat berpeluang diserap sebagai pemain skuad pelapis dan belia, di Selangor.

Perangsang Selangor masih kekal sebagai penaja utama kejo-hanan buat kali keenam berturut-turut dengan tajaan RM100,000.

Piala Sumbangsih sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor edisi ke-31 dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20 Shah Alam apabila berjaya menumpaskan tuan rumah SK Seksyen 18 Shah Alam, 5-0

ka berlangsung, pada 15 No-vember ini,” katanya.

Johan bakal menerima wang tunai RM4,000, piala, pingat dan sijil, manakala naib johan RM3,000, tempat ketiga dan ke-empat masing- masing RM2,000

serta RM1,000 serta pingat juga sijil.

Piala Raja Muda adalah sebaha-gian daripada inisiatif tanggung-jawab sosial korporat Perangsang Selangor di bawah program Rang-sangan Sukan Selangor bagi me-nyediakan landasan pembangu-nan sukan bola sepak.