mutiara kata 1
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
1/26
MUTIARA KATA 1
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
*Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya
,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup
berani untuk membetulkan kesilapannya*
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita
inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita
tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita
menjadi lebih bahagia.Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat
kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu
kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu
lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu
melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak
percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan
putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah
ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
2/26
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat
binatang tidak ada satu pun manusia jalang -AristotleSahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu
memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempatlain yang lebih menyeronokkan.Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum danorang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat
berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima
kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri
ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap
adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik MarwanSupaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari
kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri
mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu
kekuatan pun yang boleh menghentikannya -VoltaireSemoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat
kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
3/26
kamu positif terhadap kehidupan.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanyasekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk
meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan
perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda
bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap
lama dengannya.Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu
tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana
membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
4/26
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi
pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak
boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam
yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -VoltaireSetiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat
menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih
bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan
banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju
kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan
harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
5/26
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu
diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang
yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.
-Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan
membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang
barulah manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan
wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada
seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti
singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripadamengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu
dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng
yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
6/26
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainanorang.
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,
tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka
dia seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidakmelihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras
dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan
dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap
menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka
memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita
miliki sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang
sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus
melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
7/26
diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan
kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah
keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan
barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang
besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus
hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya
-Khong Hu CuOrang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang
dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas,
sehingga anda sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah
ucapannya.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
8/26
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu
menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang
diberikan Tuhan.Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan
tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui
nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk
mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kaliMenikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati
kehidupanTidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan
yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu
menguasai rahsianya.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
9/26
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah
banyak lagi berharga
Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga
papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti
durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di
dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana
orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan
nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir
dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-
kadang menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akandibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini
adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
10/26
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak
cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu
dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang
yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu
membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-
rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan.
Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan
dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus
sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia
mula bercakap kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan
ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri
-Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua
yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
11/26
nasihat dengan perbuatanmu.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti
yang nyata.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan
masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi
pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapaikeunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk
lutut, tetapi mampu melantun kembali.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
12/26
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanyasekadar senyuman.
Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda
fikirkan itulah anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-
lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia
menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu
terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
13/26
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya
sesudah tua seperti menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
14/26
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang MahaBerkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya
pasir itu -Pepatah ArabPerjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula
anda menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untukbertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum
bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
15/26
dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada
teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untukmenghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah
menyembah TuhannyaSahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selaludan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lainlebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati...
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
16/26
Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan
dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas
umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan
akan selalu bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka,
dan itulah yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang
lainnya.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik
dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
17/26
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah
hari esok kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang
lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -EmersonOrang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam
jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang
terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.JHari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan
semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga
sedikit pun.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
18/26
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia
harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun
Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali
sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkatadisinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita
ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah
merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak
disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu
untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya -Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa
yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah
merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu..
-Whittier
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
19/26
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya
-John PetitsennOrang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa
kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada
menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang
(Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
20/26
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan
manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan
menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman..
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yangmengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti
mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati
bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkandaripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu
miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu
semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali
ingat apa yang orang lain ada.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
21/26
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang
kita berikan padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri
ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan
karib kita suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita
terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka adakelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak
yang penuh muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah
bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar danberdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
kepada Ilahi.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
22/26
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika
disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang keranamereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina
Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti
bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-
bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kernaselalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang
kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi
sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang darisemangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
23/26
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum
kerana sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka
tenanglah batinnya.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah
ke pelabuhanUkuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh
perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
- AflatunJambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan
menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara
ibu dan ayahTiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu
alasan untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang
besar.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang
yang jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya
cuba membuat mereka meminati anda
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
24/26
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)
sebelum memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh
dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya
berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan
lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B MunabinSahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan
kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada
(bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre ColinBangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa,
tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -SoekarnoSemiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
-HukamaCiri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu
belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya - Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yangboleh kamu buat untuk negara -Abraham LincolnJangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan
kebaikan dari kamu.Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
25/26
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng TjuAgama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert
EinsteinTeman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahilMemohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai
setiap sudut pantai keperluan hidup manusiaSesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika
tiada agama? -Benjamin FranklinJika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran- Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung
orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada
perubahan - Mognon Me LauhlinNilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia.-Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang -Pepatah
inggerisKita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah -Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lainIkhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamananKecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk
lutut, tetapi mampu melantun kembali.
-
8/7/2019 Mutiara Kata 1
26/26
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang
insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui
orang lain.