mutu perkhidmatan kedai mamak
DESCRIPTION
...TRANSCRIPT
MUTU PERKHIMATAN RESTOREN MAMAK DI BANDAR BARU PERMAS
JAYA
NAMA CALON AMIN HIDAYAT BIN ABU
NOMBOR IC 971114-01-5151
ANGKA GILIRAN SJ 0901565
ALAMAT SEKOLAH SMK PERMAS JAYA, JALAN PERMAS 3/10,
BANDAR BARU PERMAS JAYA
NAMA GURU EN. KEE CHUNG HAU
TANDA TANGAN GURU
TARIKH
MARKAH
TAJUK : MUTU PERKHIMATAN RESTOREN MAMAK DI BANDAR BARU
PERMAS JAYA
SINOPSIS
Kajian tindakan ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelanggan terhadap mutu
perkhidmatan makanan restoren mamak yang terletak di kawasan perindustrian Bandar
baru permas jaya. Aspek yang dikaji dari segi kebersihan premis ,harga makanan,
kebersihan makanan dan kepelbagaian menu. Seramai 30 orang pelanggan restoren
dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data diperolehi dengan mengedarkan satu set
soal selidik kepada responden. Data diananlisis dengan mengunakan perisian komputer
microsoft excel untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek kebersihan premis, harga makanan,
kebersihan makanan dan kepelbagaian menu adalah sederhana. Kajian mendapati bahawa
responden lebih gemar memilih restoren mamak sebagai tempat menjamu selera kerana
kebersihan makanan yang disediakan oleh pihak restoren adalah terjamin daripada segala
ancaman seperti keracunan makanan.
PENGHARGAAN
Segala puji kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-
Nya,saya dapat menyiapkan kajian R&D ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek R&D, En. Zambri bin Abdullah dan guru GPK tingkatan 6,Puan Hajjah Zaitun
Binti Shamsudin di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
menyiapkan kajian ini. Tidak lupa kepada guru pembimbing saya,Puan Norizan binti
Khalid,di atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih tidak terhingga
diucapkan dan hanya Allah s.w.t yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat
besar ini.
Ucapan terima kasih juga kepada ditujukan kepada keluarga dan guru-guru
tingkatan 6 yang telah memberi semangat untuk menyiapkan kajian ini. Selain itu,terima
kasih di ucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua rakan seperjuangan yang
telah sudi berbincang,memberi pandangan yang membina serta sokongan moral untuk
menghasilkan kajian ini.
Akhir sekali, perhargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjalankan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirahmati
Allah S.W.T.
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN M/S
1 Sinopsis
2 Penghargaan
3 Pengenalan
4 Objektif Kajian
5 Lokasi Kajian
6 Kaedah Kajian
7 Dapatan Kajian dan Perbincangan
8 Rumusan dan Kesimpulan
9 Rujukan
10 Lampiran
BAB 1
1.0 Pengenalan.
Pemakanan yang baik merupakan keperluan asas untuk kesihatan tubuh
badan.Makanan dapat membekalkan nutrien dan kekurangan nutrien boleh mengubah
kelakuan serta menjejaskan kerja harian individu. Kekurangan zat besi,contohnya boleh
melibatkan sintesis neurotransmitter yang mana ia boleh menjejaskan tingkah laku, daya
tumpuan, kebolehan belajar dan berfikir ( Kirshmann,1996 ). Dalam kehidupan
manusia peringkat remaja dan belia berada pada puncak pertumbuhan fizikal. Mereka
memerlukan bukan sahaja kadar nutrien yang tepat, malah aspek-aspek lain yang
berkaitan dengan makanan juga perlu diberi perhatian.
Apabila seseorang itu bekerja pula, keperluan makanan juga perlu untuk tenaga
semasa bekerja. Masa untuk menyediakan makanan amat terhad, oleh yang demikian,
mereka ini akan menikmati hidangan tengah hari ataupun malam di kedai–kedai
berhampiran. Restoran makanan mamak merupakan salah satu di antara pilihan ramai.
Kewujudan restoran kedai makanan mamak banyak memudahkan mereka yang bekerja,
menikmati hidangan dengan mudah. Restoran yang dibuka 24 jam sehari dapat menarik
minat pelanggan ke tempat mereka. Hidangan yang dihidangkan juga nampak
menyelerakan.
Untuk memastikan pelanggan datang ke kedai, pelbagai usaha dibuat seperti
menyediakan juadah yang menepati pilihan ramai, menjalankan perniagaan sehingga
dua puluh empat jam, layanan yang mesra dan menyediakan hiburan melalui media
elektronik. Ini semua dibuat khusus untuk menarik perhatian pelanggan.
2.0 Objektif kajian.
i. mengenalpasti faktor jenis makanan di kedai makanan mamak dapat
mempengaruhi orang ramai untuk makan di kedai makanan mamak.
ii. mengkaji faktor harga makanan dapat menarik minat orang ramai untuk makan di
kedai makanan mamak.
3.0 Lokasi Kajian
Lokasi kajian ini adalah di Bandar Baru Permas Jaya yang terletak di daerah Masai dalam
negeri Johor. Keluasannya sekitar 20 km persegi. Bandar ini bersempadan dengan johor
bahru. Kedai ini terletak bersebelahan kawasan perindustrian bandar baru permas jaya.
Kedai ini beralamat 136 Jalan Permas 9/7 Taman Perindustrian Permas Jaya 81750 Johor
Bahru, Johor.
3.0 kaedah kajian
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan
persoalan/ objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini
adalah menggunakan kadedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan
digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta
relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument
borang soal selidik yang mana ianya mudah untuk mendapat kerjasama daripada
responden.
3.1 Batasan kajian
Kajian ini terbatas kepada pelanggan-pelanggan yang datang makan di kedai
makanan mamak Bandar Baru Permas Jaya iaitu Restoran Ahmad Khan. Kami memilih
satu lokasi berkenaan kerana terdapat makanan mamak. Restoran ini mempunyai ramai
pelanggan terutama pada watu petang. Oleh sebab itu, kami memilih restoran tersebut
sebagai batasan kajian kami.
3.2 Persampelan
Sampel kajian terdiri daripada penduduk di sekitar Bandar Baru Permas Jaya.
Sampel dipilih secara rawak ke atas 50 orang penduduk. Sempel kajian ini ditulis oleh
penduduk dalam lingkungan usia 18 hingga 40 tahun ke atas. Kami mengedarkan sampel
kajian ini di kedai makanan mamak berkenaan.
3.3 PENGUMPULAN DATA
Pungutan data dilakukan dengan mengedarkan set borang soal selidik yang perlu
dilengkapkan dalam tempoh 3 hingga 5 minit. Set borang soal selidik yang diberi kepada
responden bagi tujuan pengumpulan maklumat akan dipungut setelah responden selesai
menjawab.
Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik ( rujuk
lampiran). Soal selidik dipilih sebagai instrument untuk mendapatkan maklumat data
daripada responden. Menurut Van Dalen (1993) soal selidik merupakan satu cara paling
mudah memperoleh maklumat. Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibanding
dengan cara-cara lain dalam usaha menyelidik mendapatkan maklumat kualitatif dan
kuantitatif. Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A
menggunakan skala norminal adalah soalan yang perlu ditanda oleh responden berkaitan
latar belakang mereka. Bahagian B pula soalan berkaitan kecenderungan responden
untuk makan di kedai makanan mamak. Skala yang digunakan untuk mengukur
pemarkahan bahagian B bagi kajian ini ialah menggunakan kaedah skala likert lima
peringkat iaitu 1, 2, 3, 4, dan 5.
Markah Maklum Balas Singkatan
5 Sangat Setuju SS
4 Setuju S
3 Tidak Pasti TP
2 Tidak Setuju TS
1 Sangat Tidak Setuju STS
Jadual 3.1 : Jadual pemarkahan untuk skala Likert.
Soalan bahagian B terdiri daripada soalan berkaitan sumber faktor penyebab
dalam lingkungan aspek-aspek:
3.4 Teknik penganalisis data.
Data yang dikumpul dari kedua-dua bahagian A dan B akan dianalisis
menggunakan perisian SPSS. Data bahagian a yang mengandungi 5 soalan berkaitan
aspek latar belakang responden iaitu data demografi digunakan sebagai mengukur
bagaimana item tersebut mempengaruhi pengetahuan respon dalam pemilihan makanan
mereka. Taburan jadual analisis data adalah berdasarkan berikut:
i. Jadual taburan mengikut bangsa.
ii. Jadual taburan mengikut jantina.
iii. Jadual taburan mengikut umur.
4.0 Dapatan Kajian Dan perbincangan
Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 responden, seramai 20 orang adalah terdiri
daripada golongan lelaki manakala 10 orang yang mengunjung kedai adalah perempuan.
Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 responden, seramai 7 orang adalah terdiri daripada
golongan berumur 11-20 tahun, manakala 6 orang adalah terdiri daripada golongan
berumur 21-30 tahun. Galongan yang paling ramai adalah terdiri daripada 31- 40 tahun
iaitu seramai 12 orang. Galongan yang paling sedikit adalah terdiri daripada golongan 40
tahun keatas iaitu seramai 5 orang.
4.1 DAPATAN KAJIAN DARIPADA KAEDAH TEMUBUAL
Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan
Restoran
Ya 20
Tidak 10
Jadual 3: Jumlah responden berdasarkan tahap Kepuasan Pelanggan
Terhadap Perkhidmatan Restoran
5.0 Rumusan Dan Kesimpulan
Pengusaha restoran seharusnya sedar bahawa kebersihan adalah penting untuk kesihatan
pelangan. Pengendalian peralatan yang lemah akan menyebabkan peralatan yang
digunakan terdedah kepada jangkitan organisma yang membawa kepada keracunan
makanan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik pelanggan mengunjungi tempat
mereka diantaranya ialah meja makan serta persekitaran premis hendaklah dijaga dengan
baik serta bersih bagi menarik lebih ramai pelajar mengunjungi premis mereka.
Pengusaha seharusnya memastikan segala kemudahan yang disediakan adalah terjaga. Ini
kerana majoriti daripada keseluruhan responden yang diselidiki menyatakan sangat tidak
berpuas hati dengan keadaan sinki yang sentiasa tersumbat sehingga menyebabkan air
yang tersumbat di dalam sinki tersebut melimpah keluar dari sinki terbabit. Ini boleh
menyebabkan risiko pelangan boleh tergelincir di atas lantai berhampiran sinki. Selain itu
juga,pihak responden daripada kalangan perempuan merungut tentang keadaan sinki yang
tidak selesa. Ini kerana keadaan sinki yang sudah pecah menyebabkan air daripada sinki
tersebut akan melimpah keluar apabila membuka pili air sinki berkenaan. Pihak
pengusaha juga seharusnya menyediakan kemudahan yang secukupnya seperti tong
sampah di tandas perempuan. Oleh itu pengusaha perlu mengambil langkah untuk
memastikan keselesaan pengunjung yang restoran kantin mereka.
Selain itu, kajian mendapati bahawa terdapat ramai responden yang merungut
tentang menu yang sama setiap hari. Ini menyebabkan pelangan tidak mempunyai banyak
pilihan untuk membeli makanan setiap hari. Ada juga di kalangan responden yang jarang
untuk membeli di restoran kerana kurangnya pilihan dalam memilih menu. Ini kerana
penyediaan menu yang terhad menyebabkan pelangan mudah jemu dan kurang berminat
untuk menjamu selera. Pihak pengusaha seharusnya melakukan penambahan bilangan
menu daripada yang disediakan sekarang seperti mi kari, laksa, bihun sup dan
sebagainya. Penambahan makanan segera seperti nuget,bebola, kuih-muih dan
sebagainya akan sedikit sebanya dapat menaikkan selera pelangan ketika
makan. Ada dikalangan responden mencadangkan agar pihak pengusaha melakukan
penukaran menu setinp minggu agar pelangan tidak merasa jemu dengan penyediaan
menu yang sama setiap hari.
Selain itu juga terdapat juga responden merungut tentang sambal yang disediakan
oleh restoran pedas dan kurang pekat. Ini boleh menyebabkan pelangan kurang selesa
dan sedikit sebanyak mengganggu selera makan. Selain sambal,air yang disediakan oleh
pihak pengusaha kadang-kala sedikit tawar akibat kuantiti gula di dalam minuman yang
di beli pelajar dengan kuantiti yang sedikit. Ada pelangan yang merungut bahawa ayam
goreng yang disediakan oleh bersaiz kecil dan tidak berpatutan dengan harga yang
ditawarkan oleh pihak pengusaha kepada pelangan.
Walau bagaimanapun, pelangan perlu mementingkan kandungan nutrien makanan
daripada harga yang ditawarkan. Oleh itu,pihak pengusaha perlu bertimbang rasa
dan cuba memenuhi kepuasan pelangan. Menurut kirschaman dan kirschmann (1996),
makanan bukan sahaja merupakan keperluan asas malah kekurangan makanan juga akan
mempengaruhi sahsiah seseorang. Menurut teori maslow dalam hirarki keperluan
manusia, makanan dan minuman merupakan makanan keperluan yang paling asas
Bagi kebersihan pula,kajian mendapati responden setuju dengan tahap kebersihan
dan kecerian yang disediakan oleh pihak pengusaha restoran. Konsep dekorasi seperti
alas meja, bunga yang diletakkan di atas meja dan warna cat dinding yang ditunjukkan
sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan manambahkan keinginan pelangan untuk
memilih Restoran Ahmad Khan sebagai tempat bagi menjamu selera sewaktu rehat,
petang mahupun waktu malam.
RUJUKAN
Amir Awang, (1983). Memilih Perkhidmatan restoren. Dewan Masyarakat. 21(12): 4-7.
Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Majid Konting, (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Shah Burhan. 1993. “Kajian Terhadap Pemakanan di Kalangan Rakyat
Malaysia”, (Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, UKM).
Rosniza Aznie. 1993. “Kajian Terhadap Kepuasan Pelanggan terhadap Perkhidmatan
Restoren Rakyat Malaysia”, (Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, UM).
http://mbjb.gov.my/web/guest/makanan
Lampiran
SOAL SELIDIK
Kepada para pelanggan yang dihormati. Diharap tuan/puan dapat meluangkan sedikit
masa untuk menjawab soalan-soalan di dalam borang ini.
A) Latar belakang
1. Jantina Lelaki Perempuan
2. Warganegara Malaysia Bukan Warganegara
3. Bangsa Melayu Cina
India Lain-lain
4. Kumpulan 11-20 31-40
Umur
21-30 40 dan ke atas
5 Pendapatan bulanan (jika berkaitan)
Kurang daripada RM1000 Di antara RM1000 –RM2000
Di antara RM2000- RM4000 Melebihi RM5000
6. Bagaimana anda mengetahui perkhidmatan kedai mamak.
Rakan paper
Lain-lain media massa
B) Sila bulatkan jawapan mengikut skala yang dinyatakan di bawah:
1 = Lemah 2 = Kurang memuaskan
3 = Sederhana 4 = Baik
5 = Cemerlang
1. Staf yang bertugas menunjukkan sikap
mesra dan menyenangkan ketika
mengambil pesanan.
1 2 3 4 5
2. Tempoh masa bagi menunggu makanan
amat bersesuaian dan memuaskan.
1 2 3 4 5
3. Staf sentiasa bersedia membantu
pelanggan sepanjang tempoh mengunjungi
kedai.
1 2 3 4 5
4. Keterampilan diri staf yang bertugas
adalah kemas , rapi dan meyakinkan
(sesuai dengan program)
1 2 3 4 5
8. Kualiti kebersihan kedai 1 2 3 4 5
9. Kualiti dari segi penyediaan makanan 1 2 3 4 5
10. Kualiti khasiat makanan 1 2 3 4 5
11. Harga makanan 1 2 3 4 5
JJ- Jika jawapan anda 1 atau 2, sila nyatakan sebab-sebab ketidakpuasan
13. faktor pendorong kenapa pelanggan mengunjungi kedai mamak..
12. Secara keseluruhannya, sejauh manakah
anda berpuashati dengan perkhidmatan
yang telah disediakan oleh kedai mamak
1 2 3 4 5
Perbincangan bersama Prof YusoffJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak
Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah Prof Justifikasi
A Penulisan1. Sinopsis 2 2 Ada tajuk, 1 perenggan, tujuan dan lokasi
ada. Kaedah soal selidik, tiada responden dan dapatan ada. Kesimpulan diberi.Beri range 150-170pp masih diterima
2. Kandungan - - Ada 3. Penghargaan - - Ada – beri penghargaan terima kasih
kepada guru sekurang-kurangnya.
4. Pengenalan 2 2 Menyatakan isu yang ingin dikaji. Harapan lebih panjang dan mendalam terhadap paya bakau dan kesan ekopencongan terhadap . 3 -5 publication berkaitan isu tersebut – majalah. Rujukan dijadikan pengenalan dan pengolahan yang lancar setelah menggabungkan idea 3-5 artikel tersebut. Bahan “qoute” guna cara “Gaya Dewan”Istilah dan definisi boleh diberi namun perlu memaklumkan definisi sebenar yang digunakan dalam kajian calon. “Jargon” atau “Konsep kendalian kajian” boleh dimasukkan dalam pengenalan.
5. Objektif Kajian
2 2 Mengenal pasti dan mengkaji adalah berbeza.. Objektifnya jelas dan tidak perlu disatukan. Skala "Likert” sesuai digunakan kajian sains sosial. Cth: lihat persepsi.Perkataan yang sesuai seperti “untuk mengenal pasti…”
6. Lokasi Kajian 2 2 Lengkap dan jelas. Semua berkaitan dengan ekopelancongan
Cadangan jangan terlalu panjang. Sekadar untuk pembaca mengetahui tempat, ada peta dan gambaran. Cara penulisan gambar, carta, jadual dan penulisan ada pada lampiran yang disertakan dalam manual.
7. Kaedah Kajian
5 5 Persampelan 57 orang dimaklumkan iaitu berumur 21 tahun ke atas dan model saiz “Bailey” dan soalan sebelum dan selepas pembangunan. Soal selidik dan pemerhatian dilakukan. Teknik-teknik analisa data menggunakan likert skale dijelaskan.Jika calon menggunakan skala 1-3 juga boleh.
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan
15 14 Dapatan membincangkan data asas yang dikutip mengikut responden : jantina, lokasi, pekerjaan. Analisis terhadap impak ekonomi, sosial dan alam sekitar dibincangkan. Adakah perbincangan menjawab objektif kajian? Mengkaji persepsi penduduk terhadap impak secara keseluruhan? Ada dan memenuhi kehendak kajian dan membincangkan dengan rujukan kajian/penulisan lepas yang berkaitan. Kesulitan untuk reference – patut ada jadual atau gambar rajah untuk memudahkan pemahaman. Rajah untuk “Visualise” dapatan dan explain. Cara persembahan kurang (1m tolak).
9. Rumusan dan Kesimpulan
3 3 Sangat setuju diberi. Menyeluruh dan padat
10. Rujukan 2 2 Jangan guna bibliografi. Hanya semua yang dirujuk dalam teks harus ditulis dalam rujukan. Di peringkat universiti, dapat dikenal pasti orang yang meniru. Jika mengambil kerja orang lain maka perlu diiktirafkan penggunaan “quote”.
11. Lampiran -JUMLAH 32/33
Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Kebangsaan A
B Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah Prof Justifikasi
A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tiada tajuk kajian di atas sinopsis, 3
perenggan, Tujuan, Lokasi nama sekolah tidak jelas, kaedah soal-selidik, bil. Responden ada, dapatan dan kesimpulan tiada
2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada 4. Pengenalan 2 2 Walaupun hanya ada 3 perenggan namun
masih jelas untuk menerangkan kajian yang ingin dilakukan.
5. Objektif Kajian 2 1 Memupuk kesedaran bukan objektif.
6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas. Sepatutnya lokasi(peta) dan gambar sekolah untuk jadikan menarik.
7. Kaedah Kajian 5 2 Tidak menyatakan dari mana responden dan bagaimana diperolehi. Cara dapat maklumat tiada. Ting apa? Bgmn dikenalpasti orang yang ponteng sekolah.. Kaedah soal selidik dinyatakan. Sumber sekunder sepatutnya ada cth fail sekolah.
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan
15 6-7 Hasil dapatan tidak dizahirkan dari soal selidik. Perbincangan umum sahaja dari internet dan majalah. Bukan dari hasil kajian. Langkah dan cadangan untuk
menangani tidak diperlukan. Kekurangan ada dan ada dalam soal selidik tetapi dapati tidak dibincangkan dengan nyata (%).
9. Rumusan dan Kesimpulan
3 1 Markah diberi atas hasil penulisan di atas. Cara penulisan
10. Rujukan 2 1 Jangan ditulis bibliografi11. Lampiran -JUMLAH 16
KUMPULAN JPSJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak
Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah Guru / Pemeriksa
Justifikasi
A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tidak disebut kaedah, responden dan
dapatan utama dengan jelas. Lebih 150pp.2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada4. Pengenalan 2 2 Lengkap dan menepati kriteria dan aspek
yang hendak dikaji.5. Objektif Kajian 2 1 Cara penulisan objektif mengelirukan.
Kurang jitu dan boleh dibaiki. Objrktif ke-dua tidak dapat diukur.Cadangan penulisan objektif sepatutnya:Mengenal pasti persepsi penduduk di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak terhadap impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar.
6. Lokasi Kajian 2 2 LengkapCadangan penambahbaikan
Ada petunjuk arah pada peta dan berbingkaiMarkah penuh diberi sebab lokasi kajian masih jelas dan disertakan bukti.
7. Kaedah Kajian 5 4 Penulisan kurang teratur. Walau bagaimananpun, ada dinyatakan ketiga-tiga kaedah yang digunakan iaitu kaedah soal selidik, temubual dan pemerhatian.
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan
15 13 Menepati objektif yang ingin dicapai.Calon berjaya memberi lebih daripada lima isi namun pengolahan kurang kemas.Cadangan kumpulan untuk mengadakan garis panduan yang lebih objektif untuk menentukan kategori markah.Cadangan:Lima isi ke atas – (11-15 markah)3 – 4 isi (6 – 10 markah)1 – 2 isi (1- 5 markah)
9. Rumusan dan Kesimpulan
3 2 Berdasarkan pengiraan perkataan yang dibenarkan. Lantaran itu, kesimpulan di luar had 5000 patah perkataan
10. Bibliografi / Rujukan
2 2 Lengkap rujukan buku dan internet yang sah dan menepati teknik penulisan.
11. Lampiran -JUMLAH 27 / 33
Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan AB Kriteria Penilaian Marka
hPenuh
Markah Guru / Pemeriksa
Justifikasi
A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Ada kriteria tetapi tidak dijelaskan
Tidak lengkap2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada4. Pengenalan 2 1 Penerangan umum5. Objektif Kajian 2 1 Tidak jelas dan tidak wajar6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas7. Kaedah Kajian 5 4 Analisis jawapan pelajar (TR)8. Dapatan
Kajian dan Perbincangan
15 7 Kurang menepati objektif kajian dan bukti kurang kukuh.
9. Rumusan dan Kesimpulan
3 1 Kesimpulan sahaja
10. Bibliografi / Rujukan
2 1 Kurang lengkap dan tidak sistematik.
11. Lampiran -JUMLAH 17/33
Kaedah – methodologi. Kaedah yang digunakan oleh calon untuk mencapai objektif. Contoh – pemerhatian – adakah pemerhatian di dalam dapatan….? Penghuraian berdasarkan pemerhatian calon dan berbentuk kualitatif… Kaedah bagaimana kita mendapatkan responden dan berapa ramai responden. Diambil secara rawak dan bilangannya.
Calon yang spastic, rabun dan bisu… Namun ada calon buta. Calon akan membuat PBS seperti calon biasa. Penghasilannya bukan seperti calon biasa seperti keluar mendapatkan hasil kajian. Mereka boleh membuat kajian arkib sepenuhnya dan diterima. Mereka mungkin tidak akan menghasilkan graf, jadual atau gambar rajah. Jangan penalti jika keadaan tidak ada graf. Mereka akan membuat mengikut kemampuan dan huraian yang boleh dinilai.
Perbincangan bersama Prof YusoffJustifikasi Pemarkahan berdasarkan Kriteria Penilaian dan Penskoran MPM.Tajuk : Persepsi Penduduk Terhadap Pembangunan Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak
Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah Prof Justifikasi
A Penulisan1. Sinopsis 2 2 Ada tajuk, 1 perenggan, tujuan dan lokasi
ada. Kaedah soal selidik, tiada responden dan dapatan ada. Kesimpulan diberi.Beri range 150-170pp masih diterima
2. Kandungan - - Ada 3. Penghargaan - - Ada – beri penghargaan terima kasih
kepada guru sekurang-kurangnya.
4. Pengenalan 2 2 Menyatakan isu yang ingin dikaji. Harapan
lebih panjang dan mendalam terhadap paya bakau dan kesan ekopencongan terhadap . 3 -5 publication berkaitan isu tersebut – majalah. Rujukan dijadikan pengenalan dan pengolahan yang lancar setelah menggabungkan idea 3-5 artikel tersebut. Bahan “qoute” guna cara “Gaya Dewan”Istilah dan definisi boleh diberi namun perlu memaklumkan definisi sebenar yang digunakan dalam kajian calon. “Jargon” atau “Konsep kendalian kajian” boleh dimasukkan dalam pengenalan.
5. Objektif Kajian
2 2 Mengenal pasti dan mengkaji adalah berbeza.. Objektifnya jelas dan tidak perlu disatukan. Skala "Likert” sesuai digunakan kajian sains sosial. Cth: lihat persepsi.Perkataan yang sesuai seperti “untuk mengenal pasti…”
6. Lokasi Kajian 2 2 Lengkap dan jelas. Semua berkaitan dengan ekopelanconganCadangan jangan terlalu panjang. Sekadar untuk pembaca mengetahui tempat, ada peta dan gambaran. Cara penulisan gambar, carta, jadual dan penulisan ada pada lampiran yang disertakan dalam manual.
7. Kaedah Kajian
5 5 Persampelan 57 orang dimaklumkan iaitu berumur 21 tahun ke atas dan model saiz “Bailey” dan soalan sebelum dan selepas pembangunan. Soal selidik dan pemerhatian dilakukan. Teknik-teknik analisa data menggunakan likert skale dijelaskan.Jika calon menggunakan skala 1-3 juga boleh.
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan
15 14 Dapatan membincangkan data asas yang dikutip mengikut responden : jantina, lokasi, pekerjaan. Analisis terhadap impak ekonomi, sosial dan alam sekitar dibincangkan. Adakah perbincangan menjawab objektif kajian? Mengkaji persepsi penduduk terhadap impak secara keseluruhan? Ada dan memenuhi
kehendak kajian dan membincangkan dengan rujukan kajian/penulisan lepas yang berkaitan. Kesulitan untuk reference – patut ada jadual atau gambar rajah untuk memudahkan pemahaman. Rajah untuk “Visualise” dapatan dan explain. Cara persembahan kurang (1m tolak).
9. Rumusan dan Kesimpulan
3 3 Sangat setuju diberi. Menyeluruh dan padat
10. Rujukan 2 2 Jangan guna bibliografi. Hanya semua yang dirujuk dalam teks harus ditulis dalam rujukan. Di peringkat universiti, dapat dikenal pasti orang yang meniru. Jika mengambil kerja orang lain maka perlu diiktirafkan penggunaan “quote”.
11. Lampiran -JUMLAH 32/33
Gejala Ponteng Sekolah Dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Kebangsaan A
B Kriteria Penilaian Markah
Penuh
Markah Prof Justifikasi
A Penulisan1. Sinopsis 2 1 Tiada tajuk kajian di atas sinopsis, 3
perenggan, Tujuan, Lokasi nama sekolah tidak jelas, kaedah soal-selidik, bil. Responden ada, dapatan dan kesimpulan tiada
2. Kandungan - - Ada3. Penghargaan - - Ada 4. Pengenalan 2 2 Walaupun hanya ada 3 perenggan namun
masih jelas untuk menerangkan kajian yang ingin dilakukan.
5. Objektif Kajian 2 1 Memupuk kesedaran bukan objektif.
6. Lokasi Kajian 2 1 Tidak jelas. Sepatutnya lokasi(peta) dan gambar sekolah untuk jadikan menarik.
7. Kaedah Kajian 5 2 Tidak menyatakan dari mana responden dan bagaimana diperolehi. Cara dapat maklumat tiada. Ting apa? Bgmn dikenalpasti orang yang ponteng sekolah.. Kaedah soal selidik dinyatakan. Sumber sekunder sepatutnya ada cth fail sekolah.
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan
15 6-7 Hasil dapatan tidak dizahirkan dari soal selidik. Perbincangan umum sahaja dari internet dan majalah. Bukan dari hasil kajian. Langkah dan cadangan untuk menangani tidak diperlukan. Kekurangan ada dan ada dalam soal selidik tetapi dapati tidak dibincangkan dengan nyata (%).
9. Rumusan dan Kesimpulan
3 1 Markah diberi atas hasil penulisan di atas. Cara penulisan
10. Rujukan 2 1 Jangan ditulis bibliografi11. Lampiran -JUMLAH 16