muzik gerakan teori.docx
TRANSCRIPT
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 1/13
Muzik dengan Pergerakan
Pengenalan & Prinsip pergerakan (3 jam)
1. Pengenalan
2. automatis3. spontan4. terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun)
melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan/olah tubuhUnsur-unsur pergerakan ( 2 Jam)
tubuh badan
ruang
aras
arah
masa
tempo
dinamik daya komunikasi
Jenis-jenis pergerakan ( 2 jam )
Lokomotor
Bukan lokomotor Aktiviti-aktiviti pergerakan
Pergerakan Kreatif ( 2 jam )
Pengenalan Pergerakan Kreatif
Definisi
Konsep & ciri-ciri pergerakan kreatif
Tujuan pergerakan kreatif
Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dengan Pergerakan
Strategi muzik dengan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Unsur-unsur pergerakan kreatif
Secara permainan Secara eklektif
Pembelajaran secara koperatif
Penglibatan individu
mendengar
merasai (feel)
berimaginasi kuat (strong imagination)
mengintepretasi bunyi
meneroka
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 2/13
Tajuk 1
Muzik dengan Pergerakan
Pengenalan
Pergerakan berlaku semasa dalam kandungan ibu lagi.Selepas lahir
pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki. Motor
kasar berkembang dengan diikuti dengan moto halu. Pada umur 3 tahun mereka
dapat bergerak dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan
badan mereka.
Dengan pergerakan kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms seperti
bernafas, berehat, berjalan, berlari dan melompat. Dalam melakukan sesuatu aktivitikanak-kanak dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam
teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan
kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu
mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat
meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut.
Yang kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang
terakhir adalah mengimbangkan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui
pergerakan sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak sebab salah
satu keinginan kanak-kanak adalah bergerak. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat
berfikir untuk menyelesaikan masalah dan tidak secara lansung dapat meningkatkan
mindanya untuk berfikir.
DEFINISI
Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh
seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat
tersebut.
Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan.
Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-
murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang
pelbagai jenis pergerakan badan.
Pergerakan terjadi dengan cara automatis, spontan dan terurus (melibatkan perancangan
yang lebih tersusun)melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan/olahtubuh.
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 3/13
1. Pergerakan spontan bermaksud suatu permainan/pergerakan yang berlaku
secara spontan seperti contoh bila pelajar dengar lagu negara ku terus bangun
tanpa disuruh. Pergerkan yang spontan bila diransang.
Aktiviti 1 : pergerakan spontan
Bergerak dan menyanyi
menyanyikan lagu mari kita berjalan berjalan dan berhenti
Bila berhenti pelajar cuba menyentuh kawan yang berhampiran.
Kawan yang disentuh akan bergerak secara spontan dan
mengajak kawan-kawannya menyanyi
“ mari kita............. dan berhenti, mari kita......... dan berhenti.”
(kawan yang disentuh akan fikirkan pergerakan yang akan dibuat seperti bergoyang,
melompat dan sebagainya sambil menyanyi dan kawan lain akan ikut)
Aktiviti Belon.
Bayangkan kamu jadi belon kempis. Bila ditiup semua jadi besar sehabis besar yang
boleh. Kemudian melayang-layang, terbang merata-rata bersentuhan dengan belon lain
hingga meletup.
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 4/13
2. Pergerakan automatis
Pergerakan automatis adalah pergerkan yang terjadi secara automatik bila mendengar
muzik misalnya. Mengikut kaedah Dalcroze pergerakan autamatis ini berlaku selepas
enam kemahiran belajar dikuasai. 6 kemahiran belajar tersebut adalah :-
penumpuan(pay attention)
konsentrasi
mengingati
menghasilkan semula(reproduce)
menukar (change)
automate/automatis
Pergerakan harian seperti pergerakan berkerja. Pergerakan yang dilakukan dalam hidup
seperti makan, membelah kayu,menanam sayur dan sebagainya.
3. terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun)melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan/olah tubuh
Pergerakan yang dirancang seperti pergerakan dalam permainan. Aktiviti meniup lilin.Lilin di tengahorang di keliling akan meniup mengikut giliran hingga lilin padam.
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 5/13
Tubuh badan
Keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai
Memberi tumpuan gerakan kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta
keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.
Pindahan berat antara anggota badan
Pelbagai bentuk yang boleh dilakukan oleh badan.
Kesedaran Ruang
Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang
boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am.
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.
Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan
pergerakan.
Aras – tinggi, sederhana, rendah
b) Arah – hadapan, belakang, sisi atas dan sisi bawah.
d) Ekstensi – mengecil, membesar, jauh dan dekat.
c) Aliran – awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig zag
Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian seperti :-
Kesedaran Beban
Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan
keupayan otot semasa melakukan pergerakan
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan
tenang.
a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif
menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 6/13
b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas.
Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.
Kesedaran Masa
Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti
ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat,
kawal-lambat dan serta-merta.
b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat
dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagaisesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.
a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini
cepat, tegas, spontan dan dinamik.
5 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks
Gerakan mengikut lirik lagu
Gerakan asas dengan muzik
Interpretasi muzik dengan gerakan
Gerakan bebas dengan muzik
Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 7/13
DEFINISI MUZIK
Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada
bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
DEFINISI PERGERAKAN
Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “ melakukan”
(learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan
merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya
mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga
(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi
kepada muzik.
Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara
Automatis
Spontan
Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak
isyarat dan pelbagaipergerakan badan
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 8/13
KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk
penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. ia memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaanmereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal
yang bersifat „non verbal'. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam
dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat
semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP:
Emosi
- Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam
aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.
Kognitif
- Meningkatkan daya pendengaran
- Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.
Kegembiraan
- Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang
kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik
perhatian kanak-kanak.
Fizikal
- Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara
bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.
- Meningkatkan kemahiran motor.
- Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan.
Keyakinan diri.
- Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam
kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti
menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.
Kreativiti.
- Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai
seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 9/13
PENDEKATAN DALCROZE
Irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik
Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak
Elemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan
Kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando
dapat dialami,
difahami, dan diekspresikan dengan badan
PENGLIBATAN
Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan
serta emosi diri secara total di mana individu perlu
Mendengar
Merasai (feel)
Berimaginasi kuat( strong imagination)
Menginterpretasi bunyi
Bertindak/respon/bergerak
KECERDASAN MUZIK
Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta
muzik .
Sensitif dengan bunyi dipersekitaran.
Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak
muzik.
PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK
Lahir- 4 bulan (umur)
(perkembangan)
Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza
terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 10/13
4- 8 bulan (umur)
(perkembangan)
Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula
menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber
muzik.
10-18 bulan (umur)
(perkembangan)
Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia
ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik
yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.
18 bulan – 2 tahun (umur)
(perkembangan)
Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-
kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling
disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin
akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.
2 - 3 tahun (umur)
(perkembangan)
Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk „menari‟ mengikut muzik dengan menekuk lutut,
berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi
kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa
untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau
duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.
3 1/2- 4 tahun (umur)
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 11/13
(perkembangan)
Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah
tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu
dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat
apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat.
4 – 5 tahun (umur)
(perkembangan)
Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan
kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap „pendengaran aktif‟.
Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.
5 – 6 tahun (umur)
(perkembangan)
Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang
serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan
dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan
tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.
MENYANYI
Lahir – 4 bulan (peringkat umur)
Tangisan pertama bayi adalah „muzik‟: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan
dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula
melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula „bercakap yang bukan-bukan‟
mengulangi suara seperti “ba-ba-ba.”
6 – 18 bulan (peringkat umur)
Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen
dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada
suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu
mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.
18 bulan – 3 tahun (peringkat umur)
Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain.Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong
ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 12/13
meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.
3 ½ - 4 tahun (peringkat umur)
Ketepatan dalam persamaan ton bermula: sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia
mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin
sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.
4 – 5 tahun (peringkat umur)
Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada
dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian
ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi
sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.
5 tahun ke atas (peringkat umur)
Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan
lagu-lagu mudah.
BERMAIN ALAT MUZIK
6 – 9 bulan (peringkat umur)
Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka
memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan
bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk
menghasilkan bunyi.
18 bulan – 2 tahun (peringkat umur)
Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya
mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.
2- 3 ½ tahun (peringkat umur)
Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat
muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum,paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri
dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.
4- 5 tahun (peringkat umur)
Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-
bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan
muzik atau mencipta lagu sendiri.
BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN
7/27/2019 muzik gerakan teori.docx
http://slidepdf.com/reader/full/muzik-gerakan-teoridocx 13/13
SELENDANG
REBEN
GELUNG
BEANBAGS
Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan
bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut
empat jenis pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh
dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor.
Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain
seperti berjalan, berlari, berjengket dan skip.pergerakan non lokomotor pula adalah
pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada ataupun berdiri di satu tempat
sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini
tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada
pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini
selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan
bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak
irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari.
Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik muzik dan
kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian,
pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan
juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.