my yesterday dream

9
SEBUAH MIMPI TENTANG PENGANGKATAN Mimpi adalah dunia khayalan alam tidur. Demikian beberapa orang bingkas memberikan jawaban atau pendapat bila bercakap perihal mimpi. Memang kita sudah dibiasakan dengan pendapat seperti itu. Ketika kita masih kecil, bila kita bermimpi dan menceritakan kisah mimpi itu kepada kedua orang tua kita, lantas mereka cuba mengalihkan perhatian kita dengan berkata bahawa semua itu hanyalah perasaan dan sebagai dunia alam tidur. Tidur dengan ditemani keindahan mimpi memang seronok. Tetapi bila kita tidur ditemani mimpi yang menakutkan, ia akan menjadi mimpi dan igauan buruk yang kadang-kadang akan menghantui kita dalam beberapa ketika. Saat kita bingkas bangun, kita menggeletar kerana ketakutan, bermandi peluh dan ramai yang akan berjaga sampai pagi kerana takut dengan mimpi ngeri yang baru sahaja menunjukkan sisi kekuatan gelapnya. Menjelang dewasa, dengan pengetahuan kita tentang alkitab, kita telah membuat satu tafsiran baru tentang mimpi. Bagi saya secara perbadi, saya mengasingkan mimpi ini dalam dua kategori. Pertama, mimpi yang saya kategorikan sebagai mainan mimpi. Mainan mimpi adalah mimpi yang tiba-tiba menjelma sewaktu kita sedang nyenyek tidur. Adakalanya ia penuh dengan misteri, fantasi dan sangat menyeronokkan. Saya pernah bermimpi terbang di langit, saya pernah bermimpi melompat dari satu batu ke batu yang lain. Bahkan, saya pernah bermimpi sedang memakan sesuatu yang sangat sedap tetapi kemudian terjaga apabila saya sebenarnya sedang melahap tangan saya. Tetapi, jika mimpi sebaliknya, ia meragut keindahan menjadi mimpi buruk yang sangat menakutkan. Kita akan menarik selimut menutupi seluruh badan kita walaupun cuaca malam sangat panas. Dalam bab lain, ada satu mimipi yang kita anggap nyata. Saya anggap ia sebagai mimpi rohani. Mimpi-mimpi rohani ini bersangkut paut dengan Tuhan dan biasanya mengandung Pesan atau peringatan. Mimpi sebegini bukanlah mainan fantasi alam tidur. AKAN TERJADI PADA HARI-HARI TERAKHIR DEMIKINLAH FIRMAN TUHAN, BAHAWA AKU AKAN MENCURAHKAN ROHKU KE ATAS SEMUA MANUSIA, MAKA ANAK-ANAKMU LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN AKAN BERNUBUAT DAN TERUNA-TERUNAMU AKAN MENDAPAT PENGLIHATAN-PENGLIHATAN DAN ORANG-ORANGMU YANG TUA AKAN MENDAPAT MIMPI”. 1 THE RAPTURE : Dream From Last Night

Upload: gillig-santiago

Post on 07-Jul-2016

212 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gv

TRANSCRIPT

Page 1: My Yesterday Dream

SEBUAH MIMPI TENTANG PENGANGKATANMimpi adalah dunia khayalan alam tidur. Demikian beberapa orang bingkas

memberikan jawaban atau pendapat bila bercakap perihal mimpi. Memang kita sudah dibiasakan dengan pendapat seperti itu. Ketika kita masih kecil, bila kita bermimpi dan menceritakan kisah mimpi itu kepada kedua orang tua kita, lantas mereka cuba mengalihkan perhatian kita dengan berkata bahawa semua itu hanyalah perasaan dan sebagai dunia alam tidur.

Tidur dengan ditemani keindahan mimpi memang seronok. Tetapi bila kita tidur ditemani mimpi yang menakutkan, ia akan menjadi mimpi dan igauan buruk yang kadang-kadang akan menghantui kita dalam beberapa ketika. Saat kita bingkas bangun, kita menggeletar kerana ketakutan, bermandi peluh dan ramai yang akan berjaga sampai pagi kerana takut dengan mimpi ngeri yang baru sahaja menunjukkan sisi kekuatan gelapnya. Menjelang dewasa, dengan pengetahuan kita tentang alkitab, kita telah membuat satu tafsiran baru tentang mimpi. Bagi saya secara perbadi, saya mengasingkan mimpi ini dalam dua kategori. Pertama, mimpi yang saya kategorikan sebagai mainan mimpi. Mainan mimpi adalah mimpi yang tiba-tiba menjelma sewaktu kita sedang nyenyek tidur. Adakalanya ia penuh dengan misteri, fantasi dan sangat menyeronokkan. Saya pernah bermimpi terbang di langit, saya pernah bermimpi melompat dari satu batu ke batu yang lain. Bahkan, saya pernah bermimpi sedang memakan sesuatu yang sangat sedap tetapi kemudian terjaga apabila saya sebenarnya sedang melahap tangan saya. Tetapi, jika mimpi sebaliknya, ia meragut keindahan menjadi mimpi buruk yang sangat menakutkan. Kita akan menarik selimut menutupi seluruh badan kita walaupun cuaca malam sangat panas.

Dalam bab lain, ada satu mimipi yang kita anggap nyata. Saya anggap ia sebagai mimpi rohani. Mimpi-mimpi rohani ini bersangkut paut dengan Tuhan dan biasanya mengandung Pesan atau peringatan. Mimpi sebegini bukanlah mainan fantasi alam tidur.

“AKAN TERJADI PADA HARI-HARI TERAKHIR DEMIKINLAH FIRMAN TUHAN, BAHAWA AKU AKAN MENCURAHKAN ROHKU KE ATAS SEMUA MANUSIA, MAKA ANAK-ANAKMU LAKI-LAKI DAN

PEREMPUAN AKAN BERNUBUAT DAN TERUNA-TERUNAMU AKAN MENDAPAT PENGLIHATAN-PENGLIHATAN DAN ORANG-ORANGMU YANG TUA AKAN MENDAPAT MIMPI”.

KISAH PARA RASUL 2 : 17

1THE RAPTURE : Dream From Last Night

Page 2: My Yesterday Dream

Salah satu fungsi mimpi yang rohani ini adalah untuk memberi pesan dan juga peringatan. Banyak kisah dalam alkitab yang kita baca diperingatkan oleh Tuhan dan juga menerima pesan Tuhan melalui mimpi. Misalnya Abimelekh yang diperingatkan oleh Tuhan agar tidak mengambil Sara sebagai isterinya melalui mimpi.

Ini adalah kisah pendek mimpi saya pada 09 Mac 2015........-------------------------------------------------------------------------------------

-------------------

Tiba-tiba saya melihat langit menjadi gelap. Saya mendengar bunyi yang boleh didengari oleh semua orang yang ada di atas permukaan bumi. Bunyinya amat menakutkan kerana gema bunyi itu seperti gema bunyi peperangan. Saat mendongak ke langit dan saya melihat ada garis cahaya dimana bunyi itu berasal. Satu demi satu kenderaan yang tak kelihatan bergerak di atas langit yang samar-samar ditutupi oleh awan mendung tetapi sangat besar dengan bunyi gahnya seperti yang saya pernah dengar dalam satu filem suatu ketika dulu. Ia bunyi kenderaan besi yang gah dan besar seperti bunyi sebuah raksaksa robot dalam filem “ Battle : Los Angelas” Ia seperti satu persediaan akan hari besar. Bunyinya seperti kenderaan perang sedang bersiap sedia.

2THE RAPTURE : Dream From Last Night

Page 3: My Yesterday Dream

Sedang saya melihat beberapa orang di bumi kehairanan akan fenomena itu, saya melihat awan makin tebal dan semakin gelap dan bergerak seperti ombak ganas di atas langit. Awan itu semakin menakutkan dan berkepul-kepul menutupi bumi. Kemudian, sebuah lubang terbentuk di permukaan awan dan memancarkan sinar emas kekuningan.

Saya melihat banyak burung berwarna putih terbang dalam jumlah yang banyak menuju ke lubang awan di langit yang bersinar itu. Semakin lama semakin banyak jumlahnya seperti burung berebut-rebut hendak pulang ke sarang. Ia datang dari seluruh penjuru dunia sebelum akhirnya saya tahu bahawa ia bukannya burung-burung yang berterbangan.

3THE RAPTURE : Dream From Last Night

Filem Battle : Los Angeles

Kelihatan seorang tentera sedang berhadapan dengan sebuah mesin raksaksa yang menghasilkan bunyi dentuman dan ngauman perang.

Lubang awan yang saya maksudkan adalah Seakan-akan dalam gambar sebelah kiri.

Page 4: My Yesterday Dream

Saya pernah berdoa dan memohon kepada Tuhan untuk melihat malaikat-malaikatnya samada dalam mimpi atau alam nyata. Saya pernah sekali dibangunkan oleh malaikat untuk berdoa pada jam 4.00 pagi ketika saya sedang berdoa dan berpuasa pada tahun 2003/2004. Walau bagaimanapun saya tidak pernah meihat susuk tubuh yang dipanggil malaikat. Saya pasti itu adalah malaikat yang menepuk belakang saya dua kali kerana saya meminta Tuhan mengutus malaikatnya membangunkan saya pada jam tersebut. Saya terjaga bila saya merasa ia menepuk belakang saya dua kali dan mata saya tertuju tepat pada jam meja saya. Ia tidak kurang seminit atau lebih seminit. Jam menunjukkan jam 4.00 pagi. Saya hanya didedahkan waktu kecil bahawa malaikat itu bersayap dan gagah perkasa.

Bila makhluk yang saya anggap burung-burung itu menghampiri lubang awan yang bersinar emas kekuningan itu, saya lihat bahawa yang terbang itu bukanlah burung-burung bersayap putih. Saya melihat kumpulan malaikat dalam jumlah yang besar dan berambut keemasan dan semuanya berpakaian jubah putih dan bersayap. jumlahnya sangat banyak menuju ke lubang yang bersinar itu. Ada yang terus masuk ke lubang awan yang bersinar itu dan ada juga yang berhenti sambil memperhatikan bumi dari gerbang lubang awan itu.

Akhirnya saya menyedari bahawa mereka semua adalah malaikat yang diutus kedunia dan semuanya baru sahaja dipanggil pulang dari menjalankan tugas dibumi. Tidak ada satu pun yang tertinggal dan jumlahnya sangat banyak memenuhi lubang awan yang bersinar itu.

4THE RAPTURE : Dream From Last Night

Ilustrasi kumpulan malaikat yang berterbangan menuju lubang awan yang bercahaya. Semua malaikat di dunia terbang dalam jumlah yang sangat banyak menuju lubang awan yang bersinar itu.

Gambaran burung-burung berwarna putih berterbangan pulang.

Page 5: My Yesterday Dream

Kemudian, saya sedar bahawa pada saat itu ada satu kejadian besar bakal berlaku dan ia adalah waktu PENGANGKATAN. Jantung saya berdegup deras. Airmata saya mengalir penuh penyesalan dan berdoa saat itu juga taktala melihat jutaan malaikat kembali ke surga. Di pintu gerbang lubang yang bersinar dan dipenuhi malaikat itu, saya melihat ada satu malaikat yang jauh lebih besar dan gagah perkasa dari malaikat lain sedang berdiri dengan sayapnya yang gah bersiap sedia untuk meniup trompet. Malaikat yang jauh lebih besar itu bukan hanya memegang trompet itu tetapi hujung trompet itu sudah diletakkan ke mulutnya. Semasa saya sedang menulis mimpi saya ini, saya dalam sedikit agak gemuruh dan gementar seperti ada sesuatu yang bakal berlaku dalam berberapa waktu lagi.

KEMUDIAN SAYA TERJAGA.....

Saya bergegas bangun pagi itu dan mengambil buku yang baru saya beli beberapa bulan lepas bertajuk “ TIME IS UP” atau waktunya sudah habis tulisan Gilbert Lumoindong. Saya membuka muka surat 213 dimana bab itu bertajuk SIAPAKAH YANG AKAN DIANGKAT? Saya belek lagi ke muka surat berikutnya atau lebih tepat lagi muka surat 215. Dan saya melihat satu ilustrasi lukisan yang hampir sama dengan kejadian yang baru berlaku dalam mimpi saya. Cuma perbezaannya adalah, dalam lubang awan yang saya nampak itu dipenuhi malaikat dan yang berterbangan masuk ke lubang awan itu adalah semua malaikat yang baru dipanggil pulang.

5THE RAPTURE : Dream From Last Night

Saya melihat sesusuk malaikat yang jauh lebih besar dari malaikat-malaikat yang lain sedang bersiap sedia meniup trompet.

Page 6: My Yesterday Dream

Sesungguhnya, bagi saya mimpi ini adalah satu pesan dan peringatan kepada saya secara individu bahawa masa Pengangkatan tidak lagi ditunda. Masanya sudah dekat dan lebih dekat dari yang kita pernah pikirkan. Teka teki yang berlegar dalam kepala kita tentang pengangkatan bakal terungap tidak lama lagi. Bersiap sedialah. Sekarang bukan lagi waktu untuk menunda pertobatan anda. Pertobatan itu bukan kerana kita telah menjadi orang Kristen. Banyak orang yang mengaku kristen dan sudah lahir baru tetapi kenyataannya, perbuatan mereka tidak sama dengan pengakuan pertobatannya.

Saya tidak mereka cerita mimpi ini. Saya menulis apa yang saya nampak dan saksikan dalam mimpi saya. Samada mimpi ini dipercayai atau tidak, itu terpulang kepada semua pembaca. Bagi saya, ini adalah peringatan peribadi yang Tuhan khususkan kepada saya melalui mimpi.

Fridly Gillig Bandal 09 April 2015

Sumber ilustrasi : google

6THE RAPTURE : Dream From Last Night

Sebuah ilustrasi dalam buku Gilbert Lumoindong. Ilustrasi ini saya berjaya temukan di

google.

Page 7: My Yesterday Dream

7THE RAPTURE : Dream From Last Night

Page 8: My Yesterday Dream

8THE RAPTURE : Dream From Last Night

Page 9: My Yesterday Dream

9THE RAPTURE : Dream From Last Night