myrokan buku bergambar percuma 1
TRANSCRIPT
Mungkin ia merupakan perkara yang
agak pelik, dan bukanlah tujuan kita
melihat perkara ini sebagai perkara yang
pelik pula, tetapi ingin melihat bagaimana
ianya dilakukan. Sebatang pokok dengan
7 jenis buah sememangnya tidak akan
berlaku secara semula jadi, jadi ia perlu
dihasilkan dengan teknik pertanian yang
dikuasai oleh manusia. Ketahui
bagaimana pokok-pokok ini boleh
dihasilkan. (baca seterusnya..)
Teh merupakan antara minuman penting
semenjak ianya mula diperkembangkan
di China sebagai tumbuhan ubatan dan
kemudiannya dijadikan minuman harian.
Ia terus diperkembangkan ke seluruh
dunia bagi mengatasi monopoli China.
Harga teh berbeza-beza mengikut jenis
dan anda tidak percaya ada diantaranya
mencapai harga lebih mahal dari emas.
Ketahui juga cara menyediakan teh
terbaik. (baca seterusnya..)
Kopi merupakan minuman yang paling
popular di dunia. Ikuti bagaimana kopi
mula ditemui dan bagaimana ianya
tersebar ke seluruh dunia. Bagaimana
kopi diproses untuk menghasilkan
minuman kegemaran ramai dan kaedah
yang betul menghasilkan jenis-jenis
kopi popular. Apakah yang
menjadikannya Americano, Espresso,
Cappuccino dan lain-lain lagi. (baca
seterusnya..)
Kopi Black Ivory dihasilkan di Thailand
merupakan kopi yang paling mahal di
dunia menggunakan kaedah yang
sama seperti kopi Luwak iaitu satu lagi
kopi eksotik yang berasal dari
Indonesia. Sejak sekian lama kopi
merupakan produk terbesar dari
Indonesia walaupun pengeluar utama
kopi adalah Brazil. Bagaimana ia
dihasilkan? (baca seterusnya..)
Makanan merupakan sumber penting
khasiat untuk menjamin kesihatan tubuh
badan dan juga fungsi organ-organ
penting termasuk otak. Otak
memerlukan zat yang berbeza daripada
bahagian-bahagian lain badan kerana ia
dibina daripada bahan yang berbeza
pula. Ketahui makanan yang baik untuk
otak anda dan juga keluarga anda.
(baca seterusnya..)
Omega-3 merupakan asid lemak yang
penting untuk otak. Ia boleh diperolehi
daripada sumber makanan laut dan juga
sayur-sayuran serta kekacang.
Mengenali sumber Omega-3 dapat
mengelakkan anda berbelanja besar
untuk mendapatkan khasiat penting ini
dengan membeli makanan tambahan
yang mahal. Ia juga membantuk anda
mengekalkan kesihatan yang lebih baik.
(baca seterusnya..)
Apakah yang membezakan antara
kacang (nut) dan kekacang (legume)?.
Mungkin kita tidak mengambilnya
secara serius, namun ia penting bagi
memastikan kita mendapat zat
pemakanan yang betul. Walaupun
keduanya berasal daripada tumbuhan
zat pemakanan dari kacang dan
kekacang mempunyai khasiat yang
berbeza dan anda memerlukan
keduanya. (baca seterusnya..)
Pemilihan makanan yang menyihatkan
membantu anda mengekalkan tahap
kesihatan yang optimum. Namun
bagaimakah mengenalpasti sumber
makanan yang menyihatkan ini?
Walaupun makanan berasaskan
tumbuhan adalah lebih mudah untuk
didapati, namun bagaimanakah anda
boleh mendapatkan khasiat yang
secukupnya? (baca seterusnya..)
Semenjak beberapa tahun lalu, populasi
lebah dikatakan semakin berkurangan.
Walaupun racun serangga dikatakan
menjadi punca kepupusan lebah, namun
tiada bukti yang kukuh didapati.
Sebaliknya punca kehilangan lebah
adalah disebabkan oleh ancaman yang
disebabkan oleh hama yang dikenali
sebagai Varroa destructor. Bagaimana
ia bermula? (baca seterusnya..)
Tahukah anda sesetengah spesis begitu
penting kedapa alam kerana ia
melakukan fungsi-fungsi keseimbangan
alam dengan mengembalikan semula
bahan organik melalui proses
penguraian. Selain itu juga organisma
lain turut membantu dalam proses
pendebungaan dan penyebaran biji
benih. (baca seterusnya..)
Sejenis semut yang menyimpan madu di
dalam badannya untuk digunakan pada
musim makanan sukar didapati. Semut
yang dikenali sebagai Honeypot ant ini
merupakan sumber manisan bagi
penduduk asli di Australia. Bukan
semua semut di dalam kumpulan
tersebut perlu menyimpan madu dan
penyimpan madu tidak dapat mencari
makanan sebaliknya duduk di dalam
sarang sahaja. (baca seterusnya..)
Tahukah anda bagaimana lebah
menghasilkan madu? Selain daripada
memerlukan madu dari ribuan bunga,
madu adalah pekatan daripada madu
yang dikumpulkan. Bukan itu sahaja, ia
turut dibantu dengan proses penukaran
gula semasa ianya disimpan di dalam
“perut madu” sebelum dibawa ke
sarangnya. (baca seterusnya..)
Benarkah permainan hanya
melalaikan? Sebaliknya kebanyakan
permainan adalah untuk membantu
kanak-kanak mengembangkan tahap
kemahiran mereka untuk menempa
pengalaman dalam pendidikan
dengan lebih menyeronokkan. Ketahui
permainan yang baik untuk anak-anak
anda. (baca seterusnya..)
Sesetengah permainan dan perhiasan
direka berdasarkan prinsip sains yang
menakjubkan. Bebola plasma
merupakan salah satu contoh
perhiasan yang direka untuk
menerangkan bagaimana plasma
dihasilkan, untuk anda melihat
bagaimana plasma dihasilkan di
dalam alam. (baca seterusnya..)
Lava lamp merupakan lampu
perhiasan yang unik direka
berdasarkan prinsip ketumpatan
bahan dan bagaimana ketumpatan ini
boleh berubah dengan suhu. Lava
lamp boleh direka sendiri, namun
memahami bagaimana ia berfungsi
adalah lebih penting. (baca
seterusnya..)