ndfasdfadsdf hw

6
Tan Xin Yu (G1.5) 17.1.2013 SOALAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK Secara jelasnya, empat Falsafah Pendidikan Muzik yang asas ialah naturalisme, idealisme, realisme dan pragmatisme. Naturalisme merupakan falsafah yang tertua di dunia Barat yang telah wujud pada abad ke-6 S.M. di Yunani. Falsafah tersebut telah menjelaskan bahawa segala-galanya dalam alam boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu ruang dan atom. Mengikut pandangan falsafah naturalism, pendidikan muzik haruslah seimbang dengan perkembangan fizikal dan mental semula jadi pelajar. Dalam konteks ini, kurikulum sekolah hendaklah bersesuaian dengan tahap para pelajar dan bukan hanya memberi penekanan terhadap sesuatu subjek atau aspek sahaja. Perkembangan fizikal, mental, rohani dan muzik haruslah selaras supaya dapat melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang. Di samping itu, pelajar turut digalakkan belajar tanpa gangguan guru. Peranan guru hanyalah sebagai pembantu dan bukan pemberi maklumat. Dengan ini, murid akan mencari sumber dan maklumat sendiri sama ada di pusat sumber atau secara online. Pelajar dapat belajar untuk berdikari kerana apa maklumat yang hendak dipelajari hendaklah dicari sendiri dan guru hanya

Upload: yu-tan

Post on 01-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sdfds

TRANSCRIPT

Tan Xin Yu (G1.5) 17.1.2013SOALAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK

Secara jelasnya, empat Falsafah Pendidikan Muzik yang asas ialah naturalisme, idealisme, realisme dan pragmatisme. Naturalisme merupakan falsafah yang tertua di dunia Barat yang telah wujud pada abad ke-6 S.M. di Yunani. Falsafah tersebut telah menjelaskan bahawa segala-galanya dalam alam boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu ruang dan atom. Mengikut pandangan falsafah naturalism, pendidikan muzik haruslah seimbang dengan perkembangan fizikal dan mental semula jadi pelajar. Dalam konteks ini, kurikulum sekolah hendaklah bersesuaian dengan tahap para pelajar dan bukan hanya memberi penekanan terhadap sesuatu subjek atau aspek sahaja. Perkembangan fizikal, mental, rohani dan muzik haruslah selaras supaya dapat melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang. Di samping itu, pelajar turut digalakkan belajar tanpa gangguan guru. Peranan guru hanyalah sebagai pembantu dan bukan pemberi maklumat. Dengan ini, murid akan mencari sumber dan maklumat sendiri sama ada di pusat sumber atau secara online. Pelajar dapat belajar untuk berdikari kerana apa maklumat yang hendak dipelajari hendaklah dicari sendiri dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja. Sikap pelajar terhadap apa yang dipelajarinya amat penting bagi pendidik-pendidik naturalis, maka, kandunagn pelajaran tidak begitu dipentingkan. Bagi mereka, seseorang pelajar boleh belajar dengan baik sekali tentang perkara yang diminati atau dihayatinya dan mereka tidak begitu mementingkan satu kurikulum yang terlalu formal dan terkongkong.Soal penilaian juga tidak dipentingkan oleh pendidik naturalis. Bagi mereka matlamat dan objektif mengadakan apa juga bentuk penilaian adalah lebih untuk kepentingan masyarakat dan bukan untuk para pelajar. Penilaian juga dianggap sebagai sesuatu yang mengurangkan keindividuan di kalangan pelajar. Kebanyakkan ciri dan sifat pemikiran yang diutamakan dalam dunia pendidikan semasa tidak bercanggah dengan konsep naturalism. Mengikut pandangan naturalism, peranan guru dalam proses pembesaran ini adalah lebih sebagai seorang penolong dan pendorong dan bukan sebagai seorang pengedar maklumat. Pendidik-pendidik idealism sangat mementingkan aspek nilai yang tinggi dalam muzik. Hanya muzik yang bermutu harus dipelajari oleh semua pelajar kerana nilai muzik itu dianggap sebagai kekal. Pendidik idealism memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap perancangan dan pembentukan kurikulum. Kurikulum yang berpandukan falsafah idealisme sudah tentu akan mengandungi amta-mata pelajaran pengetahuan am, moral dan sains. Pemikiran kritis dan logic juga diberi penekanan dalam pandangan ini. Penilaian dalam pendidikan juga diberi keutamaan kerana perkara ini dianggap sebagai satu aspek penting dalam proses pendidikan. Pelajar harus boleh menganalisis dan menggunakan pengetahuan mereka itu dalam proses sintesis juga. Dalam konteks muzik, ini bererti pelajar harus boleh memahami bentuk dan struktur muzik serta mencipta muzik sendiri. Pendidik idealism telah menggunakan kaedah Socrates untuk melakukan pembelajaran. Mengikut pandangan ini, pelajar-pelajar dikehendaki mempelajari apa yang dianggap benar dan kekal melalui sebarang kaedah yagn boleh melengkapkan mereka dengan maklumat. Secara tuntasnya, ini bermaksud mereka mempelajari sesuatu dengan cara berkuliah dan melalui buku. Konsep belajar sendiri oleh pelajar-pelajar hanya boleh diterima jika mereka dianggap sudah mempunyai tahap kemahiran dan kematangan fikiran yang tinggi.Peranan pendidik-pendidik diutamakan dalam falsafah idealism. Mereka dikehendaki berakhlak tinggi supaya boleh dicontohi oleh pelajar. Mereka juga harus berpengetahuan tinggi, maka, dengan bersifat demikian mereka dianggap boleh mendidik dengan lebih baik dan disegani oleh masyarakat dan pelajar sendiri. Pendidik-pendidik juga harus mencapai tahap kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing agar dengan itu mereka dapat menarik dan menimbulkan minat atau selera para pelajar untuk belajar. Walau bagaimanapun, pandangan falsafah idealism mengakui bahawa keinginan untuk belajar terpulanglah kepada para pelajar. Soal disiplin dipentingkan juga dalam pandangan idealism dan dianggap sebagai sebahagian daripada kaedah mengajar.Di samping itu, pendidik-pendidik realism mengutamakan hubungan yang rapat antara akal manusia dengan objek-objek di luar alam fikirannys. Oleh itu, pembelajaran kandungan sesuatu mata pelajaran diberi penekanan yang kuat. Bagi mereka proses persepsi tidak boleh berlaku melainkan ada sesuatu konsep atau benda untuk dipersepsikan Begitu juga dengan ingatan. Proses mengingati sesuatu hanya boleh berlaku jika terdapat sesuatu untuk diingati. Maka, kandungan pelajaran amat mustahak. Di negara-negara sosialis dan komunis, kandungan pelajaran dikawal rapid an ditetapkan oleh kerajaan. Kandungan seperti itu dianggap paling sesuai bagi para pelajar kerana ia bersesuaian dengan reality dan falsafah hidup masyarakat-masyarakat seperti itu. Di negara-negara demokrasi pula, kandungan kurikulum ditentukan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun proses memperoleh maklumat dipandang berat dalam kedua-dua sistem pemerintahan. Pengalaman secara langsung dianggap cara yang baik sekali untuk memperoleh kemahiran, ilmu, dan pengetahuan. Dalam konteks pendidikan muzik, ini bererti adalah lebih baik menyanyikan sebuah lagu daripada hanya membindangkan atau membaca tentang lagu tersebut. Dari segi kaedah mengajar, pendapat falsafah realism adalah seakan-akan pendapat falsafah idealism. Sebarang kaedah yang boleh menyampaikan meklumat, kemahiran dan pengetahuan kepada para pelajar boleh diterima. Oleh itu, peranan pendidik realism adalah untuk menyampaikan maklumat, kemahiran, dan pengetahuan kepada para pelajar. Selain itu, seorang pendidik harus melibatkan diri secara aktif dalam membentuk peribadi yang baik di kalangan pelajar. Pendidik harus menjadi contoh kepada para murid di samping memberi maklumat yang diperlukan oleh pelajar. Biasanya, ini bererti pembelajaran adalah melalui sistem kuliah dan pembacaan. Pada zaman sekarang, mempelajari sesuatu dengan menggunakan teknologi moden seperti computer juga boleh diterima. Maka, pembelajaran yang berasaskan sumber adalah digalakkan. Disiplin pelajar ditegaskan dan tugas ini merupakan peranan dan kewajipan tambahan bagi pendidik.Pragmatisme meletakkan penekanan yang kuat terhadap proses bagaimana para pelajar boleh mendapat kemahiran dan maklumat. Pengalaman dan aktiviti pelajar-pelajar dianggap amat penting untuk pembelajaran dan pengajaran .Oleh kerana segala pengetahuan manusia kurang stabil dan sentiasa berubah dalam pandangan falsafah ini, maka, apa yang ditegaskan dalam pragmatism ialah proses mencari kemahiran, maklumat dan pengetahuan. Dalam pendidikan muzik, objektif-objektif pembelajaran boleh merupakan sesuatu yang bukan muzikal atau kesan-kesan tambahan seperti kesihatan atau sahsiah yang baik. Oleh yang demikian, proses pendidikan muzik boleh digabung jalin dengan mata pelajaran yang lain seperti Matematik. Penilaian diberi pemberatan yang lebih dalam falsafah pragmatism. Penilaian dalam falsafah ini lebih mementingkan hasil atau keputusan, sama seperti dalam kaedah saintifik yang lebih mengutamakan hasil atau keputusan bagi satu-satu eksperimen itu. Walau bagaimanapun, penilaian dari perspektif pragmatism bukan sahaja tertumpu kepada kandungan yang dipelajari malah penekanan juga diberikan kepada cara-cara atau proses yang digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan sesuatu jawapan seperti pemikiran kritis atau analitis. Pemikiran seperti ini sangat perlu dalam penyelidikan. Maka kedua-dua penilaian, iaitu formatif dan sumatif diberi keutamaan. Setiap pelajar ialah insan yang unik dari segi biologi, sosiologi dan psikologi. Oleh itu ia harus dihormati dan patut diberi keutamaan. Golongan pendidik pula dianggap sebagai ejen-ejen yang memberi maklumat dan pengetahuan. Kedua-dua pihak tersebut memainkan peranan masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran.