nesha;s

Upload: yusoff-zaki-juki

Post on 06-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ppoint

TRANSCRIPT

Slide 1

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS PENDIDIKAN RENDAHNESHAKESHTURIPengenalan pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar.

Kaedah Eksperimen

Memberi pengalaman amali secara langsung kepada murid.Aktiviti ini melibatkan proses merancang, menyedia dan memasang alat atau redas, merekod, membuat analisis dan menginterpretasi data.

Keadah Eksperimen

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti masalah2. Membuat hipothesis3. Merancang eksperimen:- mengawal pemboleh ubah.- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan- menentukan langkah menjalankan eksperimen- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data4. Melakukan eksperimen5. Mengumpul data6. Menganalisis data7. Mentafsirkan data8. Membuat kesimpulan9. Membuat laporan

Contoh- menentukan sama ada air diperlukan untuk percambahan biji benih.Secara keseluruhan, eksperimen membolehkan murid menguasai kemahiran asas makmal dan memperoleh pengalaman amali secara langsung

Kaedah DemonstrasiTunjuk cara adalah satu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiranguru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar, dan memberi peluang kepada pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti. Oleh itu, teknik tunjuk cara ini juga dikenali sebagai demostrasi.

PrinsipUntuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara dengan berkesan, guru haruslahmemahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjuk cara berikut:1. Sebelum demonstrasi a. Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. b. Alatan atau radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang diperlukan.

c. Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu murid tujuan2. Semasa demonstrasi a. Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi dijalankan. b. Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. c. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

3. Selepas demonstrasi a. Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul. b. Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.

Jenis-jenis Demonstrasi1. Model hidup.Model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Model hidup ini termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktivit yang berkenaan. Model-model seperti ini akan menjadi contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang lain. Di antara contoh-contoh model hidup ialah: - Tingkah laku guru yang baik, termasuk pertuturan yang bersopan santun

2. Model simbolik.Model ini adalah secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar. Misalnya:Semasa waktu pelajaran sains, murid-murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah