newsletter - sabah state railway · dur kerja dan fail meja tarikh akhir pada 29 febru-ari 2012....
TRANSCRIPT
memberi faedah kepada rakyat
keseluruhannya. Untuk itu,
saya ingin menyeru kepada
semua kakitangan jabatan ini
supaya melipatgandakan
usaha, komitment dan seman-
gat kerja yang tinggi tanpa
mengenal erti putus asa demi
menjadikan JKNS sebagai
jabatan yang ulung dan ber-
prestasi tinggi. Dengan bermu-
lanya tahun 2012 ini, marilah
kita sama-sama bertekad un-
tuk meningkatkan semangat
kerja berpasukan, disiplin,
produktiviti dan berganding
bahu bersama-sama mencapai
hasrat ini.
Akhir kalam, pergunakanlah
sepenuhnya Newsletter ini
sebagai bahan maklumat
JKNS, dan jutaan terima kasih
di atas kerjsama yang diberi-
kan kepada saya sepanjang
perkhidmatan saya di JKNS ini.
Sekian.
(Hj Mohd Zain Hj Mohd Said)
Asalamualaikumwarahmatulla-
hi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera. Pertama sekali, saya
ingin mengucap syukur
kepada Ilahi kerana dengan
limpah dan kurniaNya lahirlah
Newsletter pertama JKNS
sebagai wadah bagi
memaparkan segala
maklumat, program dan
kegiatan di JKNS bagi
hebahan warga JKNS yang
tercinta. Tidak lupa, saya juga
ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada
AJK ICT & Multimedia di atas
kerjasama dan komitment
mereka dalam menjayakan
penerbitan Newsletter sulung
ini. Harapan saya agar usaha
ini diteruskan dan mendapat
kerjasama dari semua
bahagian di JKNS. Saya
percaya, setiap bulan kita
mempunyai banyak program
dan aktiviti yang ingin
dikongsi bersama semua
kakitangan di jabatan ini. Oleh
itu, penerbitan Newsletter ini
memang tepat pada masanya.
Seperti yang kita maklum,
JKNS pada masa kini sedang
menuju ke arah pemodenan
perkhidmatan keretapi yang
lebih baik demi memenuhi
kehendak dan keperluan
rakyat, terutama di kawasan
luar bandar. Sehubungan den-
gan itu, kita sebagai kakitan-
gan JKNS juga harus berubah
dan ‘transform’ ke arah pengu-
rusan kerja yang lebih
berkualiti dan berinnovatif
demi untuk mencapai visi dan
misi jabatan ke arah pembe-
rian perkhidmatan keretapi
yang bermutu dan cekap serta
P e r u t u s a n P e n g u r u s B e s a r Majlis Amanat Tahun Baru
Pengurus Besar Jabatan
Keretapi NegerI Sabah pada
22 Februari 2012, Dewan
Serbaguna, JKNS
Perhimpunan Patr iot ik
Peringkat K.P.I ditunda pada
tarikh yang dimaklumkan
kelak
Majlis Pecah Tanah Projek
Aeropod@Tanjung Aru pada
25 Feb 2012
Dokumentasi Manual Prose-
dur Kerja dan Fail Meja
tarikh akhir pada 29 Febru-
ari 2012.
Kursus Innovasi pada bulan
Mac 2012, Bilik Kuliah Unit
Latihan JKNS
Bengkel Teknikal Pen-
yediaan Sistem Komunikasi
(Radio Phone/Radio Trans-
ceiver bermula pada bulan
Mac, 2012
Lawatan Kelab Sukan dan
Rekreasi Jabatan Keretapi
(KESURI) Negeri Sabah Ke
Jakarta dan Bandung pada
26 — 30 Jun 2012
Pada 30 Januari - 02 Februari 2012 lepas,
Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan
Fail Meja (FM) peringkat JKNS telah
diadakan selama 4 hari di Dream World
Resort Mesilau, Kundasang.
Tujuan bengkel di adakan untuk memberi
pendedahan/mempela ja r i for mat
penyediaan MPK/FM mengikut garis
panduan yang disediakan, mengumpul dan
mengemaskini maklumat berkaitan
penubuhan JKNS, Objektif, Visi, Misi, Carta
Fungsi, Proses Kerja dan mengkaji semula
Fungsi JKNS dan Dokumentasi semula
MPK/FM. Bengkel ini disertai oleh 30
orang termasuk pengurusan atasan,
pegawai dan kakitangan JKNS.
Edisi Januari Volume 01/2012
Gambar Berkumpulan Peserta Bengkel MPK & FM
Para peserta sedang mendengar taklimat daripada
Pengurus Besar
B e n g k e l M P K & F M d i
D r e a m w o r l d
Jabatan Keretapi Negeri Sabah ‘Rail The Better Way To Travel’
Newsletter
Pada 4 Feb, 2012 lepas, Majlis Pelancaran semula
perkhidmatan keretapi wap NBR telah diadakan di JKNS
setelah tidak beroperasi selama enam tahun. Majlis ini
disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan
dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, dengan dihadiri
oleh Mayor Datuk Abidin Madingkir, Pengerusi Sutera
Harbor Tan Sri Ahmad Kamil Jaffar, SUT KPI Datuk Felix
Madan dan Pengurus Besar JKNS, Hj Mohd Zain Hj Mohd
Said.
PELANCARAN SEMULA NORTH BORNEO RAILWAY (NBR)
PENGUMUMAN
Penubuhan kumpulan (FIRST)
juga dikenali sebagai Fleet Inter-
nal Response Specialist Team
hasil buah fikiran kakitangan Keju-
ruteraan Jentara semasa majlis
Railway Gala Nite 2011 pada 20
Desember 2011 di Shangri-La’s
Tanjung Aru Resort & Spa, Kota
Kinabalu.
Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan oleh : Jawatankuasa ICT&Multimedia JKNS,
Segala Pandangan/kritikan sila emailkan kepada [email protected]
Setelah operasi perkhidmatan keretapi disambung semula
pada Februari 2011, beberapa masalah telah dikenalpasti
berlaku dan antaranya adalah masalah tiadanya lintasan rata.
Ekoran dengan masalah tersebut, Bahagian Kejuruteraan
Awam telah mengambil langkah untuk membuat penelitian dan
kajian mengenai masalah ini. Kajian mendapati beberapa
laluan yang sangat perlu, sesuai dan selamat dibina Lintasan
Rata telah terlepas pandang dan terabai dari dibina.
Perancangan dan kajian dijalankan untuk pembinaan Lintasan
Rata di laluan tersebut dengan mengambilkira maklumbalas
Lintasan Rata yang sedia ada mengenai keberkesanan dan
keupayaan Lintasan Rata yang sedia ada tersebut. Hasil
daripada kajian ini, maka Pemilihan Jenis Sistem dan Design
Lintasan Rata telah ditentukan dengan bantuan Konsultant
yang arif dengan perkara ini. Pembinaan dimulakan pada
penghujung tahun 2010 Di Lintasan Rata Jalan Binaie by
Pass, Tenom, Lintasan Rata Kimanis Power dan di susuli
dengan pembinaan lintasan Rata di Tenom, Bongawan dan
Takis, Papar. Lintasan Rata yang dilengkapi sepenuhnya
dengan sistem otomatik sepenuhnya ini telah memenuhi dan
menjawab segala permasalahan yang timbul di lintasan rata
yang yang lain.
“ Walaupun lintasan rata ini kelihatan baik dan telah menjawab
segala permasalahan yang timbul, namun kita masih meletak-
kan status Lintasan Rata ini dalam pemerhatian, dan sekiranya
Sistem dan Lintasan Rata ini terbukti sedemikian kita akan
cuba untuk menggantikan kesemua Sistem dan Lintasan Rata
yang ada kepada Sistem dan Lintasan Rata yang baru.” ulas
Jurutera Awam 2, Raymie Azlan Amin mengenai isu Lintasan
Rata di JKNS.
Oleh: Ichik Syawal
P e n u b u h a n f i r s t j k n s
Persembahan pada malam terse-
but bukanlah gimik semata-mata
kerana ia merupakan titik permu-
laan penubuhan kumpulan FIRST.
Keanggotaan kumpulan ini adalah
dikalangan semua kakitangan
Bahagian Kejuruteraan Jentera
yang dipengerusikan oleh, Ketua
Jurutera Jentera Gred J44, En.Md
Zainin Bin Md Layer dan diketuai
oleh Jurutera Jentera 2 Gred J41
En.Wellson Bahoi.
Fungsi utama kumpulan FIRST
ialah bertanggungjawab memberi
bantuan teknikal dan kepakaran
mengendalikan kes-kes kemalan-
gan dan kegelinciran keretapi di
Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Oleh: Pitung Samsuddin
AKTIVITI KERJA BHG KEJURUTERAAN AWAM
MAJLIS HITAM & PUTIH SEMPENA
RAILWAY GALA NITE
KOLEKSI BERITA SANA SINI
Majlis Bersama Jabatan telah diada-kan pada 29 November 2011 di Hotel Waterfront, W.P. Labuan di antara pihak Pengurusan bersama dengan Staf JKNS. Acara lain yang diadakan ialah kunjungan hormat ke Jabatan Pelabuhan & Dermaga, W.P. Labuan dan aktiviti permainan bowling.
14 Disember 2011, Lawatan Kerja oleh YB Tuan Jelaing Anak Mersat Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia 1 ke Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Railway GALANITE
Anjuran bersama
KESURI & JKNS
telah diadakan pada
20 Dis 2012 bertem-
pat di Shangri-La’s
Tanjung Aru Resort,
Kota Kinabalu