noora sinta binti abdul hadi - faculty of education ... · membangunkan sebuah laman web yang...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB BAGI
MEMPELAJARI TOPIK REKA BENTUK INTERAKSI DALAM
LAMAN WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN AKTIF
NOORA SINTA BINTI ABDUL HADI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB BAGI
MEMPELAJARI TOPIK REKA BENTUK INTERAKSI DALAM
LAMAN WEB MENGGUNAKAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN AKTIF
NOORA SINTA BINTI ABDUL HADI
Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
Buat yang teristimewa,
Abah yang dikasihi : Abdul Hadi Bin Salleh Mama yang disayangi : Hasnah Binti Ismail
K.Long dan adik- adik yang diingati : Noor Juliana, Mohd Faizol Saharuddin, Nur Ain Syuhada,
dan
Rakan-rakan yang banyak membantu
Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya, saya dapat
menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak ternilai
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan
penulisan serta pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web saya. Terima kasih
atas segala tunjuk ajar, dorongan, nasihat, juga kritikan-kritikan membina yang
menjadikan penulisan dan pembangunan saya berjalan dengan lancar dan memenuhi
kehendak banyak pihak.
Dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia yang banyak
membantu iaitu Dr Jamalludin Bin Harun atas segala nasihat dan tunjuk ajar beliau bagi
memastikan Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan menepati masa yang ditetapkan.
Juga segala idea yang telah dicurahkan bagi melengkapkan lagi kesempurnaan Sistem
Pembelajaran Menerusi Web dan penulisan yang dibangunkan ini. Semoga Allah
memberikan limpah dan kurnianya kepada beliau atas segala ilmu yang dikongsikan.
Juga kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih diucapkan. Tanpa bantuan dan
sokongan kalian, tidak mampu rasanya untuk saya menyempurnakan projek ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa serta seluruh ahli keluarga yang tersayang, terima kasih
yang tidak terhingga saya ucapkan. Sokongan, serta iringan doa kalian amat bererti buat
saya. Tanpa kalian, adalah mustahil untuk saya berpeluang belajar di UTM serta
menyiapkan projek ini. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Pembelajaran Aktif merupakan satu kaedah untuk melatih pelajar melibatkan diri
secara aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan pelajar dalam proses ini akan
memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan menjana ke arah pemikiran aras
tinggi berkaitan dengan bahan-bahan dalam kelas. Oleh itu, projek ini dibangunkan
berkenaan dengan gabungan strategi pembelajaran aktif dalam pembangunan sistem
pembelajaran menerusi web. Topik yang dipilih untuk projek ini ialah Reka Bentuk
Interaksi dalam Laman Web khusus untuk pelajar universiti. Sistem pembelajaran
mengintegrasikan beberapa strategi pembelajaran aktif untuk menyokong proses
pembelajaran. Ia juga termasuk penggunaan pelbagai jenis elemen interaktif bagi
membantu pengguna untuk membentuk konsep mental dan kemahiran dalam
membangunkan laman web yang aktif dan interaktif. Sistem pembelajaran ini juga
bersifat ramah-pengguna dan interaktif dimana maklum balas segera akan diberikan
kepada pengguna untuk setiap tindakan. Di samping itu, aktiviti seperti Eksplorasi dan
Refleksi akan disediakan untuk meningkatkan komprehensif pengguna dalam suasana
yang menyeronokkan. Proses pembangunan adalah berasaskan Model Reka Bentuk
Instruksi Hanaffin & Peck. Macromedia Dreamweaver MX dipilih sebagai perisian
pengarangan utama untuk membangunkan sistem pembelajaran menerusi web dan
disokong oleh perisian – perisian lain seperti Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop
CS dan Adobe Captivate 3. Diharapkan laman web ini dapat membantu pengguna dalam
membangunkan sebuah laman web yang mempunyai ciri - ciri Reka Bentuk Interaksi
yang baik.
vi
ABSTRACT
Active learning is a method of educating students that allow them to actively
participate in the learning process. Involving students in the process gives them a deeper
understanding of the material and leads to higher order thinking about class materials.
Based on that, this project is about the integration of active learning strategies in the
development of web based learning system. The topic selected for this project is
Interaction Design in Web for undergraduate level students. The learning system
integrates several active learning strategies to support the learning process. It also
includes various types of interactive element in order to help user to form mental-
concept and skills on developing a website in an active and interactive learning
environment. The learning system is also a user-friendly and interactive in nature as the
immediate response will be given to the user for each of their action. Besides, activities
such as Eksplorasi and Refleksi will be provided to enhance user’s comprehension in a
fun and enjoyable way. The development process was based on the Hanaffin and Peck
instructional design model. Macromedia Dreamweaver MX was chosen as the primary
authoring tool to create the web based learning system and supported by other
multimedia software such as Macromedia Flash, Adobe Photoshop and Adobe
Captivate. It is hoped that this learning system can be utilized in order to help user
developing a good website which include the characteristics of Interaction Design
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
PENGESAHAN FAKULTI
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
vii
1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Rasional Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1
1
3
7
8
8
9
viii
1.7 Skop Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Pembelajaran Aktif
1.8.2 Konstruktivisme
1.8.3 Interaktif
1.8.4 Reka Bentuk Laman Web
1.8.5 Reka Bentuk Interaksi
10
10
11
11
11
12
12
2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Kaedah Pembelajaran Konvensional & Masa
Kini
2.2.1 Kaedah Pembelajaran Konvensional
2.2.2 Kaedah Pembelajaran Masa Kini
2.2.3 Pembelajaran Berasaskan Laman Web
2.3 Reka Bentuk Laman Web
2.3.1 Rekabentuk Interaksi dalam Pembangunan
Laman Web
2.3.2 Masalah dalam mempelajari Topik Reka
Bentuk Interaksi dalam Pembangunan
Laman Web
2.4 Teori Pembelajaran
2.4.1 Teori Behaviourisme
2.4.2 Teori Kognitif
2.4.3 Teori Konstruktivisme
2.5 Pendekatan Pembelajaran Aktif
13
13
13
14
14
15
16
18
19
20
21
21
22
24
ix
2.6 Model Pembangunan Laman Web
2.6.1 Model ADDIE
2.6.2 Model ASSURE
2.6.3 Model Hanaffin & Peck
2.7 Penutup
27
27
30
32
33
3
REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran dalam
Pembangunan Laman Web
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan
3.2.2 Fasa Reka Bentuk
3.2.3 Fasa Pembangunan & Pelaksanaan
3.2.4 Fasa Penilaian & Pengulangan
3.3 Carta Alir Laman Web
3.4 Reka Bentuk Laman Web
3.4.1 Reka Bentuk Informasi
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi
3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka
3.5 Pemilihan Perisian untuk Membangunkan
Laman Web
3.5.1 Macromedia Dreamweaver MX
3.5.2 Adobe Photoshop CS
3.5.3 Macromedia Flash MX
3.5.4 Adobe Captivate 3
3.6 Penyebaran Laman Web yang Dihasilkan
35
35
35
36
38
39
39
40
42
43
45
46
47
47
47
48
48
49
x
3.7 Penutup
50
4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan
4.2 Carta Alir Pembangunan Laman Web
4.3 Perjalanan Web Secara Umum
4.4 Reka Bentuk Informasi
4.5 Reka Bentuk Interaksi
4.6 Reka Bentuk Antaramuka
4.6.1 Teks
4.6.2 Grafik
4.6.3 Video
4.7 Lain-Lain Kemudahan
4.8 Pengujian Laman Web dan Kesesuaian
4.9 Kesimpulan
51
51
51
52
54
56
59
59
59
60
60
62
63
5 PERBINCANGAN, CADANGAN & KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Teori Pembelajaran
5.2.2 Model Pembangunan Laman Web
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Laman Web
5.3.1 Kepakaran dan Pengalaman
64
64
64
64
65
66
66
xi
5.3.2 Pengurusan Masa
5.3.3 Pemindahan Strategi
Pembelajaran Aktif ke Laman Web
5.3.4 Penentuan Reka Bentuk yang
Sesuai
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.4.1 Memperbaiki Reka Bentuk Laman Web
5.4.2 Menambah Jenis Aktiviti
5.4.3 Projek Dilakukan Secara Berkumpulan
5.4.4 Mempelbagaikan Pendekatan
Pembelajaran Aktif
5.5 Penutup
67
68
68
68
69
69
69
70
70
RUJUKAN
LAMPIRAN
71
77
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK HALAMAN
3.1 Spesifikasi Perkakasan dalam
Membangunkan Laman Web
48
3.2 Spesifikasi Perkakasan Minimum dalam
Memainkan Semula Laman web
48
3.1
4.16
Spesifikasi Perkakasan dalam
Membangunkan Laman Web
Jadual Pengujian Laman Web
42
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran Kerja Model ADDIE
27
3.1
3.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
Model Rekabentuk Instruksi Hannafin &
Peck (1988)
Carta Alir Laman Web Paparan Montaj Paparan Laman Utama Paparan Pengenalan Paparan pilihan Eksplorasi Paparan Eksplorasi1-Elemen Navigasi Paparan Refleksi Paparan pilihan menu Paparan Breadcrumbs Paparan Peta Laman Paparan Maklum Balas Paparan Butang Komen Paparan Pop-up Menu Paparan Global
35
40
51
52
53
54
54
55
55
56
56
57
57
57
60
xiv
4.14
4.15
Paparan Glosari Paparan Pendapat
60
61
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju dan tidak ketinggalan
dalam mengecapi arus perdana pembangunan selaras dengan perancangan kerajaan
dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum
pendidikan sering dikemaskini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan
memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi
cabaran alaf baru. Persekitaran dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu
pembelajaran yang bersifat memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif
dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1997). Berlandaskan tanggapan ini, pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Bestari sebagai pemangkin bagi memenuhi
agenda perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super
Corridor atau MSC). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas -
luasnya kepada penggunaan teknologi komputer dan Internet dan dapat menjanakan
sistem pendidikan yang lebih komplek dan fleksibiliti (KPM, 1997). Pengluasan
penggunaan internet dalam urusan perniagaan dan komunikasi akan memudahkan
pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Perkara ini amat berkait rapat dengan
pengintegrasian aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian
ilmu ke arah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi
intelek, rohani dan jasmani.
2
Sehubungan dengan itu, perkembangan pendidikan di Malaysia harus bergerak
seiring dengan kemajuan teknologi. Perkembangan teknologi mampu mempelbagaikan
perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Salah satu peralatan teknologi
yang penting dalam bidang pendidikan ialah komputer. Dari perspektif harian,
komputer bukan sahaja mampu membantu tugas - tugas pengurusan dan pentadbiran,
malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Terciptanya mikro komputer pada
awal tahun 70-an telah memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penggunaan
teknologi dalam pendidikan di Malaysia. (Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat menyemai
dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi.
Terdapat sesetengah guru yang masih mengamalkan pengajaran secara
tradisional seperti ‘chalk and talk’, nota guru dan sebagainya walaupun telah muncul
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Walaupun demikian, masih terdapat kekurangan di dalam pengajaran yang bercorak
tradisional ini. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional
memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah secara
terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Sedangkan tujuan sesuatu pembelajaran
adalah untuk sepanjang hayat agar mereka dapat menggunakan pengetahuan tersebut
dalam mencari maklumat yang mereka perlukan, menganalisis maklumat yang
diperolehi dan menggunakan maklumat ini secara bijaksana. Kerajaan Malaysia turut
menyahut seruan dalam memastikan bidang pendidikan selaras dengan perkembangan
teknologi. Antaranya ialah dengan memberi galakan dan keistimewaan kepada guru-
guru dengan membekalkan komputer riba kepada setiap guru yang terpilih terutamanya
guru matematik dan sains. Peluang ini secara tidak langsung mengurangkan beban
guru dan pada masa yang sama memberikan cabaran yang agak besar kepada guru
untuk berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer untuk
diaplikasikan dalam P&P. Dengan adanya komputer, pelbagai kaedah dan teknik P&P
dapat diterapkan dan dipraktikkan dalam kelas. Suatu ketika dahulu komputer
3
berfungsi sebagai alat pengiraan dan boleh digunakan dalam P&P. Penggunaannya
membantu meringankan beban guru dan pelajar terutamanya dalam masalah
pembelajaran yang melibatkan pengiraan khususnya subjek matematik. Perkembangan
dunia pendidikan yang pesat memperlihatkan kemunculan alat-alat teknologi yang baru
dan memudahkan pengguna seperti disket, cd-rom dan lain-lain. Kesemua alat ini amat
berguna kepada pengguna komputer dalam aspek penyimpanan data.
Dan kini penggunaan multimedia dan laman web menunjukkan perkembangan
bidang pendidikan yang positif sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi.
Pelajar boleh belajar dalam suasana interaktif berbeza dengan kaedah penbelajaran
konvensional. Pelajar tidak perlu lagi mendengar secara pasif dalam kelas dan
mencatat nota dari papan hitam. Dengan adanya perisian multimedia dan laman web,
pelajar boleh meneroka dan menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman tanpa
sempadan. Hasilnya, pelajar menjadi semakin aktif dan boleh berusaha menambahkan
ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri. Maka guru seharusnya perlu lebih berusaha
untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan perisian
multimedia dan laman web agar seiring dengan perkembangan teknologi. Kelak guru
akan dipandang lebih tinggi kerana bukan setakat tahu menggunakan perisian
multimedia dan laman web malah mampu menghasilkannya sendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan pendidikan dan teknologi yang pesat memperlihatkan
penggunaan bahan pengajaran berbentuk pembangunan laman web dalam proses P&P
mula mendapat perhatian. Ramai yang telah mula menyedari keseronokan dan
pengalaman belajar menerusi laman web. Sehingga kini, bilangan pembangun laman
web semakin bertambah dari semasa ke semasa. Ini menunjukkan terdapat perubahan
positif berlaku terhadap penggunaan salah satu teknologi multimedia iaitu
pembangunan laman web dalam P&P.
4
Secara umumnya, penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah amat
penting kerana ia mengintegrasikan pelbagai elemen dalam satu masa. Pernyataan ini
disokong oleh Tolhurst (1995) dan Lobodzinski (1997) yang menyatakan bahawa
multimedia merangkumi intipati yang hampir sama iaitu satu teknologi yang
menggabungkan elemen-elemen teks, video, audio, grafik dan animasi di dalam
komputer di mana pengguna boleh berinteraksi dengannya. Kini dengan perkembangan
teknologi internet dan laman web, pelbagai elemen multimedia ini semakin mudah
disebarkan. Sesebuah pembangunan laman web boleh merangkumi beberapa media
teknologi seperti teks, grafik, animasi, video dan audio. Kesemua gabungan atribut
media apabila dimanfaatkan dalam proses P&P, mampu membentuk pengetahuan dan
komunikasi yang berkesan dalam kalangan pelajar.
Selain itu, pengguna laman web dalam proses P&P juga mampu meningkatkan
tahap pemahaman pembelajaran. Ini kerana ianya sangat menarik dan pelajar akan mula
menanamkan minat dan seterusnya dapat mengekalkan tumpuan pelajar. Perkembangan
positif dalam kaedah pengajaran pembangunan laman web memperlihatkan peningkatan
bilangan pembangun laman web untuk tujuan pendidikan. Pelbagai jenis teknologi dan
perisian membolehkan sesiapa sahaja membangunkan laman web dengan lebih mudah.
Namun, pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembangunan laman web
membezakan corak dan keberkesanan laman web antara satu sama lain. Antara aspek
yang penting dalam pembangunan laman web ialah isi kandungan sesuatu topik
pengajaran. Kandungan isi yang tepat dan tidak terlalu banyak boleh membantu pelajar
untuk memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. Selain isi, reka bentuk laman web
dari segi penerokaan atau interaksi juga penting. Ini bertujuan untuk mengelakkan
pengguna dari sesat semasa melayari laman web. Menurut Baharudin Aris (2001),
sesetengah pembangunan laman web yang interaktif memfokuskan kepada teknik
penerokaan. Dan kebanyakan pembangunan laman web ini mempunyai sedikit atau
tiada langsung arahan yang akhirnya mengakibatkan pengguna sesat ketika melayari
laman web tersebut. Pembelajaran menerusi laman web perlu mengandungi elemen-
elemen yang menarik dan interaktif. Aktiviti pembelajaran yang interaktif adalah suatu
5
pembaharuan di dalam cara berkomunikasi. Ianya akan berkesan sekiranya mempunyai
sistem yang membolehkan pengajaran disesuaikan dengan keupayaan dan keperluan
individu iaitu pelajar. Pembelajaran bercorak interaktif mampu menyemai minat pelajar
dalam mempelajari sesuatu topik. Menurut Thomas (1996), bahan pengajaran berbentuk
interaktif dilengkapi dengan audio, grafik dan animasi dipercayai dapat menarik minat
pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.
Namun, sejauh mana pereka bentuk laman web memahami isu reka bentuk
interaksi. Guru bertindak sebagai pembangun laman web untuk tujuan P&P,
bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan negara selari dengan perkembangan
dunia pendidikan dan teknologi. Seharusnya guru perlu bersedia dari segi pengetahuan
dan kemahiran merekabentuk laman web yang bukan sahaja menarik malah mampu
memberi kesan positif kepada pelajar serta mudah untuk digunakan. Selain itu, guru
juga perlu sentiasa didedahkan dengan perubahan baru dalam bidang teknologi
pendidikan terutamanya aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk bahan
pengajaran. Penerapan aspek reka bentuk laman web juga boleh dilakukan di peringkat
institusi pengajian tinggi. Kebanyakan institusi pengajian tinggi telah mula
menggunakan laman web untuk tujuan pembelajaran. Menurut Sims (1998), kaedah
pembelajaran menerusi laman web adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan
kaedah pembelajaran konvensional. Pembelajaran secara interaktif memberi kesan yang
mendalam di dalam pembelajaran, sekaligus meningkatkan keupayaan pelajar untuk
memahami sesuatu dengan lebih cepat dan menyimpan maklumat di dalam ingatan
jangka panjang.
Pembelajaran konvensional sinonim dengan ‘surface learning’ iaitu
pembelajaran yang hanya di tahap permukaan sahaja. Kaedah pembelajaran begini
kurang membantu meningkatkan prestasi akademik dan pengetahuan pelajar. Sistem
P&P bercorak konvensional bukanlah merupakan kaedah paling baik di zaman moden
ini memandangkan ia boleh diubahsuai kepada bentuk yang lebih canggih dan relevan
6
dengan situasi pendidikan semasa (Jonassen et al., 2003). Oleh itu pelajar perlu
didedahkan dengan teknik P&P yang lebih menarik dan berkesan seperti pelaksanaan
program Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Salah satu pendekatan
pembelajaran yang sesuai untuk merealisasikan matlamat PBK adalah pembelajaran
aktif. Pembelajaran aktif merupakan salah satu teknik pembelajaran dalam pendekatan
konstruktivisme. Pendekatan konstruktisme berorientasikan kepada pelajar di mana
pelajar mendapat pengetahuan dengan usaha sendiri dan kurang bantuan dari guru.
Guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar agar tidak sesat dalam
mencapai objektif pembelajaran (Ee Ah Meng, 2003). Paradigma pembelajaran telah
berubah dari pemindahan pengetahuan kepada suatu bentuk yang menggalakkan pelajar
untuk meneroka, membina dan menghasilkan pengetahuan melalui pelbagai aktiviti
pembelajaran (Shanti Divaharan & Philip Wong, 2003). Strategi pembelajaran aktif
yang melibatkan pelajar mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran
merupakan strategi yang memerlukan bahan pengajaran seperti pembangunan laman
web.
Oleh itu, pembelajaran secara aktif diperlukan untuk mengatasi masalah ini.
Penggunaan teknik pembelajaran menerusi laman web menunjukkan pelajar belajar
secara aktif. Pernyataan ini disokong oleh Halal & Liebowitz (1994) yang menyatakan
bahawa keupayaan pelajar untuk mengawal pembelajaran yang bersifat interaktif ini
dapat membentuk pelajar yang aktif dalam setiap tindakbalas. Selain itu, pereka laman
web perlu bijak untuk merekabentuk dan mengubahsuai laman web mengikut keperluan
pengguna. Pengguna kelak tidak setakat berkebolehan menghafal nota –nota yang
dimuatkan dalam laman web malah dapat berinteraksi dengan elemen-elemen lain
dengan lebih berkesan. Dengan adanya kaedah pembelajaran aktif, keberkesanan
pembelajaran menerusi laman web akan lebih bermakna.
7
1.3 Penyataan Masalah
Perekabentuk laman web perlu mengetahui asas reka bentuk laman web sebelum
mula membangunkannya. Perekabentuk laman web khususnya bagi tujuan P&P harus
memastikan laman web yang dibina adalah sesuai dan mengikut keperluan sesuatu
pembelajaran. Masalah mungkin akan timbul jika pereka tidak mengambil kira aspek
reka bentuk dalam membina laman web. Kesannya pengguna akan mudah sesat dan
hilang arah ketika melayari laman web. Akhirnya objektif dan matlamat P&P tidak
dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Selain itu, perekabentuk laman web perlu memastikan laman web yang dibina
mudah untuk digunakan. Pengguna gemar menggunakan laman web yang mempunyai
kepantasan pautan ke laman web atau bahagian tertentu. Perekabentuk laman web perlu
menitikberatkan perkara ini dalam membina laman web. Pautan yang dibuat mestilah
betul dan tidak menyusahkan pengguna. Penyediaan informasi yang jelas dapat
membantu memudahkan pengguna agar tidak mudah sesat semasa melayari laman web.
Reka bentuk laman web yang tidak terlalu sarat dengan informasi serta penggunaan
elemen-elemen multimedia seperti teks dan grafik seharusnya tidak mengganggu
tumpuan pengguna. Oleh itu, asas reka bentuk laman web merupakan perkara yang
penting dalam membangunkan laman web agar laman web yang dibina selari dengan
matlamat P&P dan memenuhi keperluan pengguna.
Oleh yang demikian satu pembangunan laman web berasaskan pendekatan
pembelajaran aktif bagi mempelajari topik reka bentuk interaksi dalam pembangunan
laman web dilaksanakan selari dengan objektif kajian.
8
1.4 Objektif Projek
1.4.1 Menyediakan bahan rujukan yang dapat menjelaskan kepentingan asas
rekabentuk laman web dalam sesebuah pembangunan laman web
1.4.2 Menyediakan contoh-contoh rekabentuk laman web yang berpandukan
panduan rekabentuk interaksi laman web
1.4.3 Membangunkan laman web bagi menguasai topik yang dinyatakan
berdasarkan pendekatan pembelajaran aktif seperti yang berikut :
1.4.3.1 one-minute paper
1.4.3.2 focused listing
1.4.3.3 Brainstorming
1.4.3.4 penyelesaian masalah
1.5 Rasional Kajian
Topik asas rekabentuk interaksi dalam pembangunan laman web amat penting
dalam membangunkan laman web. Semua orang boleh membina laman web sendiri
namun masih ramai yang tidak menitik beratkan aspek reka bentuk interaksi laman web.
Oleh itu, setiap perekabentuk laman web perlu memahami dan menguasai topik ini bagi
mengelakkan pembangunan laman web yang tidak menepati objektif P&P dan keperluan
pengguna khususnya pelajar. Dengan adanya pengetahuan tentang asas reka bentuk
laman web interaksi pengguna tidak akan mengalami masalah sesat atau hilang tujuan
ketika melayari laman web.