norliza bt. abdullah 83_24
DESCRIPTION
lizaTRANSCRIPT
PP00002317
INSTITUT TEKNOLOGI MARA KAJIAN SENIBINA, PERANCANGAN & UKUR JABATAN PERANCANG BANDAR & WILAYAH
5 ; -A '; ̂ •"°t ̂ EF^A"
, Tckndogi MAS S b a h Alanffi
Adalah disyorkan bahawa kajian akhir ini yang disediakan
HORLI&S. HP. ABDULLAH o l e h
b e r t a j u k ?kSAR MALM i LOKASI MIT PROSPEK
K3S KJkJIAE TQlK KA1P01G PAflBftN MLzlM. F M T SRI
g&HAHQj B&MQ3AR M l MMMSABA UTAISA.
d ibawah p e n y e l i a a n s a y a / k a m i d i t e r i m a s e b a g a i memenuhi
s e b a h a g i a n d a r i s y a r a t u n t u k Dip loma P e r a n c a n g B a n d a r
d a n W i l a y a h .
D i l u l u s k a n o l e h :
( PUAH UTAMA
\h Lb M-d OS>3
PENYELIA MADYA
PiiSAR MALAM : LOKASI DAN PROSPSK
KES KAJIAN j KAMPONG PANDAN DALAM
P U T SRI PAHANG, BANGSAR
DAMANSARA UTAMA
OLEH
NORLIZA BT. ABDULLAH
Satu Kajian Akhir Yang Disediakan Untuk Memenuhi
Sebahgian Dari Syarat Untuk Penganugerahan
DIPLOM& PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH
Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah
Kajian Senibena, Perancang dan Ukur
Institu$ Teknologi MARA
Shah Alam
APRIL 1983
COPYRIGHT © UiTM
PENGHARGAAN
Ingin saya mengambil kesenpatan disini untuk mengucapkan ribuan
terimakasih kepada Puan Noor Hadjar Iskandar, penyelia didalam
penyediaan laporan kajian akhir ini terhadap bimbingan dan
nasihat yang telah beliau berikan. Begitu juga kepada rakan-
rakan yang telah membantu menjalankan kajian-kajian dipasar-
pasar malam yang terlibat. Tanpa bantuan mereka, nescaya
kajian ini tidak dapat disediakan selengkapnya.
Kepada Abah, Emak dan khasnya kepada kakak saya, Nona, saya amat
menyanjungi sumbangan dan kata-kata perangsang yang telah diberi
kan untuk saya melengkapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga
bantuan yang telah diberikan oleh Ayah Da dan Mak Da. Saya amat
berterimakasih kepada Cik Laifah bt. Ibrahim kerana telah sudi
menaipkan laporan ini dengan penuh kesabaran dan dedikasi.
Saya juga berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung didalam penyediaan kajian ini. Diantara pihak-pihak
yang terlibat didalam memberi penerangan dan bantuan berkaitan
dengan kajian ini ialah:-
Bahagian Penjaja dan Perlesenan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Majlis Daerah Ulu Langat, Kajang, Selangor.
Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Ahli Jawatan Kuasa PersatUan Belia Umno, Cawangan Kampong
Pandan Dalam.
Ahli Jawatan Kuasa Pihak Penguasa Flat Sri Pahang, Bangsar
Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Terimakasih.
o
o
o
o
o
o
COPYRIGHT © UiTM
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0.0 PENGENALAN
1.1.0 Objektif Kajian
1.2.0 Sekop Kajian
1.2.1 Kajian dari segi ekonomi
1.2.2 Kajian dari segi sosial
1.2.3 Kajian dari segi fizikal
1.3.0 Haipotesis
1.4.0 Metodologi Kerja
1.4.1 Peringkat Pertama
1.4.2 Peringkat Kedua
1.4.3 Peringkat Ketiga
1.4.4 Peringkat Keempat
1.4.5 Peringkat Kelima
2.0.0 Permulaan Pasar Malam
2.1.0 Pentadbiran Pasar-Pasar Malam
2.1.1 Pentadbiran Secara Terus
2.1.2 Pentadbiran oleh badan pertubuhan
atau persatuan
2.2.0 Objektif Pasar Malam
2.3.0 Tarikan Pasar Malam
2.4.0 Pemilihan Kawasan Perniagaan
atau penjajaan .
2.5.0 Lokasi Pasar Malam
2.6.0 Jenis-jenis penjajaan.
COPYRIGHT © UiTM
ISI KANDUNGAN
Muka surat
2.6.1 Penjajaan Bergerak 46
2.6.2 Penjajaan tetap-sementara 47
2.6.3 Penjajaan Tetap 48
2.6.4 Penjajaan diwaktu malam 49
2.6.5 Penjajaan diwaktu siang 51
2.6.6 Penjajaan bermusim 51
3.0.0 Lokasi dan Pentadbiran pasar nalam 53
3.0.1 Pasar malam Kampong Pandan Dalam 53
3.0.2 Pasar Malam Flat Sri Pahang, Bangsar 59
3.0.3 Pasar Malam Damansara Utama 64
3.1.0 Pentadbiran 69
3.1.1 Pasar malam Kampong Pandan Dalam 69
3.1.2 Pasar malam Flat Sri Pahang, Bangsar 72
3.1.3 Pasar malam Damansara Utama 74
4.0.0 Analisa Kajiselidik 80
4.1.0 Analisa Fizikal 83
4.1.1 Lokasi 84
4.1.2 Jarak Perjalanan 85
4.1.3 Kemudahan Sis tern Sirkulasi - ' 86
4.1.4 Jalan 87
4.1.5 Larnpu Ja lan 87
4 .1 .6 Perpari tan 88
4.1.7 Keluasan 88
4*1.8 Keadaan kawasan sekeliling . 89
4.1.9 Masalah pasar-pasar malam 90
4.2.0 Analisa Pengunjung 99
4.2.1 Bangsa 99
4.2.2 Umur 101
4.2.3 Pekerjaan • - , 103
COPYRIGHT © UiTM
ISI KANDUNGAN
Muka surat
4.2.4 Pendapatan 105
4.2.5 Kawasan kediaman/Kawasan Pengaruh 107
4.2.6 Pengangkutan 109
4.2.7 Sebab Berkunjung 111
4.2.8 Waktu Berkunjung 113
4.2.9 Barang yang hendak dibeli 115
4.2.10 Rumusan Pengunjung 117
4.3.0 Analisa Peniaga 126
4.3.1 Bangsa Peniaga 126
4.3.2 Umur Peniaga 128
4.3.3 Tempat Kediaman Peniaga 131
4.3.4 Pengangkutan Peniaga 133
4.3.5 Pekerjaan Peniaga 136
4.3.6 Waktu Dimulakan Perniagaan 140
4.3.7 Waktu ditutup perniagaan 140
4.3.8 Sumber Kewangan 142
4.3.9 Fendapatan Peniaga 143
4.3.10 Bilangan Jenis Perniagaan 144
4.3.11 Rumusan Peniaga 146
5 .0 .0 Cadangan 155
5 . 1 . 1 Kampong Pandan Dalam 156
5 . 1 . 2 F l a t S r i Pahang, Bangsar 159
5 . 1 . 3 Damansara Utama 161
5 . 2 . 0 Rumusan 162
COPYRIGHT © UiTM
ISI KANDUNGAN Muka surat
Jadual 1 - Carta Kerja
Jadual 2 - Catalir dan Methodologi
Kajian Akhir
Jadual 3 -
Jadual 4
Jadual 5
Jadual 6
Jadual 7
Jadual 8
Jadual 9
Jadual 10
Jadual 11
Jadual 12
Jadual 13
Jadual 14
Jadual 15
Jadual 16
Jadual 17
Jadual 18
Jadual 19
Jadual 20
Jadual 21
Catalir Permohonan Untuk
Mengadakan Pasar Malam
Memohon Kelulusan Untuk
mengadakan Pasar Malam
Analisa Fizikal
Bangsa Pengunjung
Umur Pengunjung
Pekerjaan Pengunjung
Pendapatan
Tempat Kediaman
Pengangkutan
Sebab berkunjung
Waktu berkunjung
Barang yang hendak dibeli
Bangsa Peniaga
Umur Peniaga
Tempat kediaman peniaga
Pengangkutan Peniaga
Pekerjaan Peniaga
Waktu dimulakan pemiagaan
Waktu ditutup pemiagaan
Sumber kewangan
13
14
31
32
83
101
103
105
107
109
111
112
114
116
128
130
133
136
139
140
141
142
COPYRIGHT © UiTM
IS I KANDUNGAN
Muka s u r a t
J a d u a l 22 - Pendapatan peniaga 143
J a d u a l 23 - J e n i s P e m i a g a a n 144
COPYRIGHT © UiTM
ISI KMDUNGAN
Rajah 1 Bangsa Pengunjung
Rajah 2 Umur Pengunjung
Rajah 3 Pendapatan Pengunjung
Rajah 4 Kawasan Kediaman Pengunjung
(Kawasan Penggaruh Pasar Malam)
Rajah 5 Peratus Jenis Pengangkutan Yang Dugunakan
oleh Pengunjung Pasar Malam
Tujuan Pengunjung Ke Pasar Malam
tfaktu Kunjungan Ke Pasar Malam
Peratus Permintaan Jenis Jenis Barang
Oleh Pengunjung
Bangsa Peniaga
Umur Para Peniaga
Tempat Kediaman Para Peniaga
Jenis Pengangkutan Yang Digunakan Oleh
Peniaga
Waktu Diiaulakan Perniagaan
Sumher Kewangan
Pendapatan Peniaga Semalam
Jenis Perniagaan Yang Terdapat diPasar
Malam
Rajah 6
Rajah 7
Rajah 8
Rajah 9
Rajah 10
Rajah 11
Rajah 12
Rajah 13
Rajah 14
Rajah 15
Rajah 16
COPYRIGHT © UiTM
I SI KANDUNGAH
Bilangan Pelan
Pelan 1
Pelan 2
Pelan 3
Pelan 4
Pelan 5
Pelan 6
Pelan 7
Pelan 8
Pelan 9
Pelan 10
Pelan 11
Pelan 12
Pelan 13
Pelan 14
Pelan Lokasi Pasar Malam Kampong Pandan
Dalam
Pasar Malam Kampong Pandan Dalam
Pelan Lokasi Pasar Halam Plat Sri Pahang,
Bangsar
Pasar Malam Plat Sri Pahang, Bangsar
Pelan Lokasi Pasar Malam Damansara Utama
Pasar Malam Damansara Utama
Sistem Sirkulasi Pasar Malam Kampong
Pandan Dalam
Sistem Sirkulasi Pasar Malam Plat Sri
Pahang, Bangsar
Sistem Sirkulasi Pasar Malam Damansara
Utama
Cadangan Pengzonan Jenis Perniagaan di
Pasar Malam Kampong Pandan Dalam
Cadangan Saiz Petak Perniagaan di Jalan
Pandan Molek
j Cadangan Saiz Petak Perniagaan di alan
Pandan Rata
Cadangan Sistem Sirkulasi Di Pasar ̂ alam
Plat Sri Pahang, Bangsar
Cadangan Pengzonan Jenis Pernigaan dan
Saiz Petak Perniagaan di Pasar Malam
Plat Sri Pahang, Bangsar
COPYRIGHT © UiTM
ISI KANDUNGaN
Bjlangan Pelan
Pelan 15 Cadangan Sisten Slrkulasi Pasar Malam
Damansara Utama
Pelan 16 Pengzonan Jenis Pemiagaan dan Saiz Petak
Pemiagaan Di Pasar Halam Damansara Utama
COPYRIGHT © UiTM
- -. "\ •'• " ] . "* <*
Appendix
Appendix A - Kajisoal Pengunjung
Appendix B - Kajisoal Peniaga
Appendix C - Penjaja-penjaja Pasar Malam di Wilayah
Persekutuan
Appendix D - Penjaja-penjaja Pasar Malam di Petaling Jaya
COPYRIGHT © UiTM
BAB 1.0.0
COPYRIGHT © UiTM
1
1.0.0 PENGENALAN
Kajian «Pasar malam : Lokasi dan Prospek' ini meliputi tiga
pasar malam yang terletak dikawasan perumahan yang berlalnan.
Perbezaan ini adalah dari segi taraf kehidupan masyarakat yang
dikategorikan kepada tiga, iaitu pendapatan rendah, pendapatan
sederhana dan pendapatan tinggi. Penentuan kategori ini
berdasarkan kepada bentuk fizikal kehidupan mereka dan perletak-
kan kawasan perumahan perumahan tersebut.
Pasar malam merupakan satu aktiviti mingguan yang memainkan
peranan penting didalam kehidupan masyarakat bandar dewasa ini.
la memberi peluang kepada surirumah-surirumah untuk mendapatkan
keperluan harian mereka dengan harga yang lebih murah dan jarak
yang berdekatan dengan fcumah mereka. la juga memberi peluang
kepada peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan mereka.
Menjual dipasar-pasar malam tidak memerlukan modal yang besar.
la boleh dimulakan dengan wang simpanan.sendiri. Perniagaan
dipasar malam juga boleh dijadikan sebagai hobi untuk mendapat
kan wang tambahan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan kawasan
sekitarnya, pasar malam telah menjadi sebahagian daripada
aktiviti didalam kehidupan harian masyarakatnya. Pasar-pasar
malam diadakan sekali dalam seminggu disesuatu kawasan tersebut
dan ia diadakan ditempat yang sama pada setiap malam diadakan.
Barang-barang jualan yang beraneka jenis ini menjadi sebagai
COPYRIGHT © UiTM
2
satu daya tarikan kepada penduduk yang tinggal dikawasan
perumahan yang berdekatan. Pasar malam menjadi kedai runcit,
pasar, kedai pakaian, kedai permainan dan sebagainya. Xa boleh
disifatkan sebagai 'supermarket terbuka ditepi jalan'.
Memandangkan kepada kepentingan pasar malam terhadap masyarakat
sekitar, satu perancangan yang teratur adalah perlu untuk
meningkatkan mutu atau taraf pasar malam dan memberikan kesele-
saan kepada para penjaja, pengunjung dan penduduk disekitar.
Laporan ini merupakan satu kajian untuk mengenal pasti akan
corak pasar malam tersebut, mengenal akan aktiviti yang terdapat
dan kepentingannya kepada masyarakat dikawasan sekitar, lokasi
yang sesuai dan prospek pasar-pasar malam didalam kehidupan
harian masyarakat.
Disebabkan tiada kajian yang telah dijalankan oleh mana-mana
jabatan atau perseorangan mengenai pasar-pasar malam ini dan
juga bilangan buku-buku rujuan yang terhad, laporan ini pada
keseluruhannya berdasarkari kepada kajian-kajian yang dijalankan
melalui temubual dengan para peniaga dan pengunjung pasar malam,
pengamatan sendiri dan juga daripada jabatan-jabatan yang
terlibat.
COPYRIGHT © UiTM
3
1.1.0 Objektif Kajian
1. Untuk mengetahui pencapalan sesebuah pasar
malam berdasarkan kepada lokaslnya dikawasan
perumahan yang berbeza dan prospeknya berdasar
kan kepada sambutan para pengunjung.
2. Mengetahui sejauh manakah pengaruh ekonomi
atau bentuk aktiviti yang terdapat dipasar-
pasar malam dltiga kawasan kediaman yang
berbeza.
3. Mengkaji dari aspek fizikal, ekonomi dan
sosial dikawasan perumahan yang berbeza
terhadap pasar malam, memberikan garis-garis
panduan didalam perancangan kawasan yang
sesuai untuk menjalankan aktiviti pasar malam.
1.2.0 Sekop Kajian
Bidang kajian ini akan meliputi dua aspek utama iaitu aspek
ekonomi dan fizikal diikuti oleh aspek sosial. Dengan pengkajian
terhadap aspek-aspek ini dapat memberi maklumat mengenai sejauh
manakah ketiga-tiga aspek ini mempengaruhi kejayaan sesebuah
pasar malam yang dljalankan sekali didalam seminggu disesuatu
kawasan tersebut.
COPYRIGHT © UiTM
4
Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan dapat dlrumuskan
langkah-langkah untuk meninggikan lag! mutu pencapaian pasar
malam.
Kajian ini juga secara tidak langsung merupakan kajian mengenai
penglibatan para peniaga kecil khususnya para peniaga bumiputra
didalam menjayakan Dasar Ekonomi Baru untuk menambahkan
penglibatan peniaga bumiputra dibandar-bandar. Aspek ini dapat
diketahui melalui temubual dan pengamatan dengan para peniaga
dipasar-pasar malam tersebut.
Temubual juga akan dilakukan terhadap para pengunjung. Golongan
ini memainkan peranan utama kerana merekalah yang menentukan
kejayaan sesebuah pasar malam tersebut.
Perletakkan atau lokasi pasar malam mempengaruhi kedatangan
para pengunjung. Lokasinya yang berdekatan dengan kawasan
perumahan adalah balk dan sesuai kerana ia member! kemudahan
kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan mereka dengan
jarak yang dekat. Tetapi ini mungkin menimbulkan masalah-
masalah lain seperti kesesakan lalulintas kerana kebanyakan
daripada pasar malam terletak ditepi-tepi jalan.
COPYRIGHT © UiTM
5
1.2.1 Kajian dari segi ekonomi
Didalam kajian ini aspek-aspek seperti pendapatan para pengun
jung dan keuntungan para penjual akan dicatit. Dengan melaku-
kan kajian ini dapatlah diketahui sambutan orang ramai terhadap
pasar-pasar malam.
Sambutan terhadap penjualan dipasar-pasar malam berkemungkinan
besar dipengaruhi oleh latar belakang ekonomi para pengunjung.
Daripada temubual yang akan dijalankan, dapatlah diketahui
samada modal yang diperlukan untuk memulakan pemiagaan tersebut
memerlukan belanja yang tinggi atau rendah. Ini mungkin merupa-
kan salah satu faktor mengenai sambutan peniaga terhadap pasar-
pasar malam.
1.2.2 Kajian dari segi sosial
Ini adalah untuk mengetahui samada status kehidupan penduduk
disekitar mempengaruhi sambutan terhadap pasar-pasar malam dan
jenis barangan yang dijual. Kemajuan pasar-pasar malam tersebut
mungkin disebabkan oleh bentuk pentadbirannya. Terdapat pasar-
pasar malam yang ditadbirkan oleh persatuan atau pertubuhan
dikawasan itu dan juga terdapat pasar malam yang ditadbir terus
oleh pihak penguasa kerajaan tempatan. Interaksi masyarakat
akan diperhatikan. Iaitu interaksi diantara pengunjung dengan
pengunjung, pengunjung dengan peniaga dan peniaga dengan peniaga.
COPYRIGHT © UiTM
1.2.3 Kajian dari segi fizlkal
Lokasi pasar malam dan keadaan sekltaxmya iaitu sistem lalu-
lintas, perletakan tempat letak kereta, keluasan petak-petak
pemiagaan dan sebagainya akan dikaji. Tanpa mengambil berat
akan sebab-sebab ini akan mengakibatkan masalah-masalah yang
menyesakkan lagi merbahaya.
COPYRIGHT © UiTM
7
1.3.0 Haipotesis
Tarikan pasar-pasar malam terhadap para pengunjung bergantung
kepada beberapa faktor. Kebanyakan daripada pasar malam di-
bandaraya atau dlsekitar adalah terletak didalam kawasan
perumahan. Pasar-pasar malam yang diadakan ini akan menimbulkan
beberapa masalah dan sebaliknya member! beberapa faedah kepada
penduduk disekitar. Diantara masalah yang timbul ialah, pasar
malam merupakan satu saingan kepada para peniaga yang sediada
dikawasan tersebut. la juga menimbulkan masalah kebisingan dan
Iain-lain. Faedahnya pula ia menawarkan bahyak pilihan kepada
para pembeli dengan harga yang lebih murah daripada kedai-kedai
biasa dan Iain-lain.
Dengan itu dianggarkan:-
1. Sambutan terhadap pasar malam adalah menggalakkan daripada
orang ramai khasnya penduduk-penduduk yang tinggal berdekat-
an yang terdiri daripada berbagai golongan. Ini disebabkan
pasar malam menawarkan bahan-bahan jualan yang bermacam-
macam jenis.
2. Disebabkan pasar malam diadakan sekali didalam seminggu
disesuatu kawasan perumahan tersebut ia member! peluang
kepada penghuni-penghuni berdekatan mendapatkan wang
pendapatan sampingan dengan berniaga secara kecil-kecilan
seperti menjual kueh-mueh dan sayur-sayuran. Kebanyakan
daripada pasar-pasar malam tidak memerlukan lesen untuk
COPYRIGHT © UiTM
8
menjaja. Mereka hanya diperlukan membayar wang sewaan
petak perniagaan yang digunakan.
3« Kemungkinan hanya terdapat golongan-golongan tertentu yang
akan mengunjung pasar malam. Golongan ini terdiri daripada
mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sementara
mereka yang berpendapatan tinggi lebih suka membelibelah
disupermarket-supermarket atau kompleks membelibelah yang
besar.
4. Lokasi pasar-pasar malam adalah sesuai diadakan ditepi-
tepi jalan yang ditutup kepada kenderaan daripada kawasan
lain. Ini memudahkan para peniaga mengangkut barang
jualan mereka.
COPYRIGHT © UiTM
9
1.4.0 Metodologi Kerja
1.4.1 Peringkat pertama
Peringkat pertama untuk kajian 'Pasar Malam: Lokasi dan Prospek1
ialah menetapkan beberapa pasar malam untuk dijadikan kawasan
kajian. Tiga kawasan yang berlainan dari segi ekonomi, lokasi
dan sosial ditetapkan. Kawasan-kawasan tersebut merangkumi
(a) pasar malam dikawasan perumahan pendapatan rendah (b) pasar
malam dikawasan perumahan pendapatan sederhana (c) pasar malam
dikawasan perumahan pendapatan tinggi.
Pemilihan tiga pasar malam yang berbeza ini adalah bertujuan
untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan pasar-
pasar malam yang terdapat disekitar kawasan perumahan di-
bandaraya. Kawasan-kawasan yang dipilih tidak semestinya
terletak dibawah satu pentadbiran ataupun didalam satu negeri.
Yang perlu dipertekankan ialah perletakannya dikawasan perumahan
yang berbeza dan fungsinya terhadap para penghuni disitu.
Tetapi dengan pemilihan tiga kawasan dibawah pentadbiran yang
berlainan dapat diketahui bagaimana bentuk pasar-pasar malam
tersebut dan kawalan-kawalan yang dikenakan terhadap perkembangan
pasar-pasar malam disesuatu kawasan tersebut»
COPYRIGHT © UiTM
10
Pasar-pasar malam yang dipilih ialah:-
1. Pasar malam Kampung Pandan Dalam - kawasan pendapatan
rendah.
2. Pasar malam Flat Sri Pahang, Bangsar - kawasan pendapatan
sederhana,
3* Pasar malam Damansara Utama (Kawasan Mewah) - kawasan
pendapatan tinggi.
Secara kebetulan, ketiga-tiga kawasan ini terletak dibawah tiga
pentadbiran yang berlainan. Kampong Pandan Dalam adalah dibawah
pentadbiran Majlis Daerah Ulu Langat, Kajang. Kawasan pasar
malam di Flat Sri Pahang, Bangsar adalah dibawah pentadbiran
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pasar malam dikawasan Damansara
Utama adalah dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Petaling
Jaya.
1.4.2 Peringkat Kedua
Peringkat ini merupakan kajiselidik ilmiah mengenai penjajaan
yang terlibat dengan pasar-pasar malam (desk study). Masalah
yang timbul diperingkat ini ialah kekurangan bahan-bahan
rujukan dan kajian-kajian yang dijalankan berkenaan dengan
pasar-pasar malam. Disebabkan kesukaran ini, analisa laporan
diperingkat ini berdasarkan kepada kajian-kajian temusoal dan
COPYRIGHT © UiTM
11
pengamatan dipasar-pasar malam tersebut dan maklumat yang di-
kumpulkan daripada jabatan-jabatan yang tertentu. Antaranya
ialah mendapatkan pelan-pelan yang berkaitan dengan kawasan
kajian.
1.4.3 Peringkat Ketiga
Diperingkat ini kajian (kajiselidik) dijalankan terhadap para
peniaga dan pengunjung dipasar-pasar malam yang telah ditetapkan.
Kajian dilakukan pada sebelah petang dan malam pada tarikh yang
berbeza. Sekurang-kurangnya dua kajian perlu dilakukan disetiap
pasar malam. Dua waktu yang berbeza iaitu pada awal bulan dan
pertengahan bulan untuk mengetahui sambutan orang ramai pada
masa yang berlainan. Pasar malam dikawasan-kawasan kajian ini
diadakan. pada malam-malam yang berasingan kecuali dipasar malam
Damansara Utama dan di Flat Sri Pahang dimana pasar malam di
adakan pada malam yang sama.
Pasar malam Malam diadakan
Kampong Pandan Dalam Malam Rabu
Flat Sri Pahang, Bangsar . Malam Sabtu
Damansara Utama Malam Sabtu
Masalah-masalah yang timbul akan dicatit khasnya masalah fizikal
seperti masalah lalulintas, kemudahan infrastruktur, bekalan
COPYRIGHT © UiTM