nota - analisis kesalahan bahasa
DESCRIPTION
BMTRANSCRIPT
1
Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)
“Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan
yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku mungkin kerana kealpaan, ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap peraturan atau tatabahasa yang dipelajarinya atau yang dituturkannya." - Ahmad Khair Mohd Nor, dll., Tatabahasa Asas, Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (2012:522).
2.1 Kesalahan Ejaan
(a) Mengeja imbuhan
(i) Menambahkan huruf k pada akhiran -i dan -an yang bercantum dengan kata dasar yang
diakhiri oleh huruf k
Aspek Salah Sepatutnya
k pada akhiran
-i
menaikki
dijejakki menaiki
dijejaki
k pada akhiran
-an
lambakkan
bertempikkan lambakan
bertempikan
(ii) Memisahkan imbuhan awalan dengan kata dasar
Aspek Salah Sepatutnya
Imbuhan asli di kawal
ke tua dikawal
ketua
Imbuhan
pinjaman
anti dadah
ko akademik
pasca merdeka
antidadah
koakademik
pascamerdeka
(b) Mengeja kata klitik (Kata ganti nama diri singkatan)
(i) Memisahkan kata klitik daripada kata dasar
Aspek Salah Sepatutnya
Di hadapan kata
dasar
kau tarik
ku buat
kautarik
kubuat
Di belakang
kata dasar
adik ku
senyuman mu
kata nya
adikku
senyumanmu
katanya
(ii) Tidak menggunakan huruf besar pada huruf awal kata klitik -nya, -mu, dan -ku yang
merujuk kepada Allah
Salah Sepatutnya
kehendaknya kehendak-Nya
ayatku ayat-Ku
rahmatmu rahmat-Mu
Nota PENGGAL
2 ANALISIS KESALAHAN BAHASA
1. KONSEP KESALAHAN BAHASA
2. JENIS KESALAHAN BAHASA
2
(c) Menggunakan gabungan huruf dh bagi kata pinjaman daripada bahasa Arab
Salah Sepatutnya
Ramadhan
redha
wudhuk
Ramadan
Reda
wuduk
(d) Menggunakan huruf kecil bagi kata nama khas
Salah Sepatutnya
norhayati
peradaban arab
timbalan pengerusi
Norhayati
peradaban Arab
Timbalan Pengerusi
(e) Mengeja kata pinjaman daripada bahasa Indonesia atau Eropah mengikut pola keselarasan
huruf vokal bahasa Melayu
Aspek Salah Sepatutnya
Bahasa Indonesia anih
perabut
aneh
perabot
Bahasa Eropah tikit
bonos
tiket
bonus
(f) Mengeja kata majmuk
Aspek Salah Sepatutnya
Ejaan yang
sepatutnya
bercantum
suruhan jaya
barang kali
warga negara
suruhanjaya
barangkali
warganegara
Ejaan yang
sepatutnya terpisah
tengahari
bandaraya
alatulis
tengah hari
bandar raya
alat tulis
2.2 Kesalahan Kosa Kata
(a) Menggunakan perkataan yang tidak mengikut konteks walaupun sama erti (sinonim)
Salah Sepatutnya
dekat dilanggar
lukisan ayu
nyaris/ hampir dilanggar
lukisan indah/cantik
(b) Menggunakan perkataan yang tidak menepati maksud yang hendak disampaikan
Salah Sepatutnya
pengumuman resmi
amat mujarad (berkesan)
berteriak tersedu-sedu
pengumuman rasmi
amat mujarab
menangis tersedu-sedu
(c) Menggunakan penjodoh bilangan yang tidak perlu dan tidak tepat
Aspek Salah Sepatutnya
Bagi kata nama abstrak
tiga buah keinginan
sebuah cinta
sebutir impian
tiga keinginan
satu cinta
satu impian
3
Bagi kata bilangan yang
tidak memerlukannya
semua orang peserta
tiap-tiap/setiap buah rumah
sesetengah batang jalan
semua peserta
setiap/tiap-tiap rumah
sesetengah jalan
Penjodoh bilangan yang
tidak tepat
dua biji kereta
sebatang senapang
dua buah kereta
selaras senapang
2.3 Kesalahan Tanda Baca
(a) Tidak menggunakan tanda sempang (-)
Aspek Salah Sepatutnya
Bagi kata ganda yang
memerlukan tanda tersebut
menari nari
lauk pauk
umbang ambing
menari-nari
lauk-pauk
umbang-ambing
Untuk merangkaikan kata
klitik yang merujuk kepada
Allah dengan kata dasar yang
mendahuluinya
ayat-ayatKu / ayat-ayat Ku
anugerahMu / anugerah Mu
ayat-ayat-Ku
anugerah-Mu
Untuk merangkaikan angka
dengan huruf
1980an / 1980 an
60an / 60 an
ke100 / ke 100
1980-an
60-an
ke-100
(b) Menggunakan tanda noktah bagi kata singkatan gelaran, jawatan dan organisasi yang
bersifat nama khas (Gaya Dewan Edisi Ketiga, 2005:96)
Salah Sepatutnya
U.K.M
S.A.W
Y.B.M
UKM
SAW
YBM
2.3 Kesalahan Morfologi
(a) Kesalahan imbuhan
(i) Menggunakan alomorf meN- dan peN- yang tidak sesuai dengan huruf awal kata dasar
yang bergabung dengannya
Aspek Salah Sepatutnya
Alomorf meN-
mempalsukan
mensesuaikan
menyangkul
memalsukan
menyesuaikan
mencangkul
Alomorf peN-
pengembala
penyinta
pemerosesan
penggembala
pencinta
pemprosesan
(ii) Menggunakan imbuhan yang tidak menepati maksud yang hendak disampaikan
Salah Sepatutnya
menemui bangkai menemukan bangkai
kirimkan mereka kirimi mereka
4
(iii) Tidak menggunakan imbuhan yang sepatutnya
Aspek Salah Sepatutnya
Pada kata kerja
transitif
Ibu kirim surat.
Kami kerjakan sawah.
Ibu mengirim surat.
Kami mengerjakan ladang.
Pada kata kerja
tak transitif
Ketika ustaz ajar...
Dia kelip matanya.
Ketika ustaz mengajar...
Dia mengelipkan matanya.
(iv) Lewah imbuhan
Aspek Salah Sepatutnya
Menggunakan memper-...-i dan
diper-...-i dengan kata adjektif
dan kata tugas tertentu
memperindahi
diperbaiki
memperolehi
memperindah
dibaiki
memperoleh
Menggunakan imbuhan
memper-...-kan dan diper-...-
kan dengan kata adjektif
memperlicinkan
mempermerahkan
dipertinggikan
memperlicin
mempermerah
dipertinggi
(b) Kesalahan penggandaan – lewah
(i) Menggandakan kata ganda yang sudah bermaksud jamak (banyak)
Salah Sepatutnya
dedaun-dedaun
bebukit-bebukit
dedaun / daun-daun
bebukit / bukit-bukit
(ii) Menggunakan kata ganda jamak dengan kata lain yang bermaksud “jamak (banyak)”
Salah Sepatutnya
banyak budak-budak
kebanyakan gegunung
buah-buah berguguran
banyak budak / budak-budak
kebanyakan gunung / gegunung
buah berguguran / buah-buah gugur
(iii) Menggunakan kata ganda bermaksud “sangat” dengan kata penguat sangat atau amat
Salah Sepatutnya
amat kelam-kabut
amat lintang-pukang
sangat haru-biru
kelam-kabut
lintang-pukang
haru-biru
(iv) Menggunakan kata ganda yang bermakna “saling” dengan kata saling
Salah Sepatutnya
saling cabar-mencabar
saling bertolak-tolakan
saling mencabar / cabar-mencabar
saling bertolakan / bertolak-tolakan
(c) Kesalahan kata ganti nama
(i) Menggunakan kata ganti nama yang tidak sesuai dengan status individu yang terlibat
Aspek Salah Sepatutnya
Ganti nama diri terhormat
kepada orang yang tidak
dihormati dan belum sesuai
digunakan
Beliau penyeluk saku... Dia penyeluk saku...
Beliau kanak-kanak... Dia kanak-kanak...
Ganti nama yang tidak sepadan
dengan orang yang dihormati Dia ketua di jabatan...
Beliau ketua di
jabatan...
5
(ii) Menggunakan kata ganti nama khusus untuk orang kepada binatang atau benda
Salah Sepatutnya
Dia kucing yang disayangi.
Kotak-kotak itu sudah siap. Mereka
akan dihantar.
Binatang itu kucing yang disayangi.
Kotak-kotak itu sudah siap. Semuanya akan
dihantar.
(iii) Menggandakan kata ganti nama diri yang sudah bermaksud “jamak (banyak)”
Salah Sepatutnya
mereka-mereka
kalian-kalian
para-para pelatih
mereka
kalian
para pelatih
(iv) Menggunakan kata ganti nama tak tentu sebagai kata ganti nama tanya
Salah Sepatutnya
Carilah siapa yang sanggup...
Tunjukkan apa yang kamu...
Pilihlah mana yang perlu.
Carilah siapa-siapa yang sanggup...
Tunjukkan apa-apa yang kamu...
Pilihlah mana-mana yang perlu.
(d) Kesalahan kata hubung
(i) Menggunakan bentuk daripada bahasa Inggeris sebagai kata hubung
Salah Sepatutnya
Dia yang mana sangat disayangi...
Seperti mana yang anda...
Dia yang sangat disayangi...
Seperti hal yang anda...
(ii) Menggunakan golongan kata lain sebagai kata hubung
Aspek Salah Sepatutnya
Kata tanya
Kata nama
Frasa sendi nama tanya
Dia marah bila...
...sungguh sedih sebab...
...hal ini di mana...
Dia marah apabila...
...sungguh sedih kerana...
...hal ini kerana....
(iii) Menggunakan dua kata hubung yang sama makna secara bersama-sama
Salah Sepatutnya
Kalau sekiranya dia...
...tetapi sungguhpun...
Seandainya kalau mereka...
Kalau / Sekiranya dia...
...tetapi... / sungguhpun...
Seandainya / Kalau mereka...
(e) Kesalahan kata sendi nama
(i) Kesalahan kerana menggunakan kata sendi nama di bagi konteks yang bermaksud
“arah tuju”, “tempat sesuatu diletakkan” dan “menunjukkan waktu kejadian”
Aspek Salah Sepatutnya
Arah tuju jatuh di gaung
berpindah di bandar
jatuh ke gaung
berpindah ke bandar
Tempat sesuatu
diletakkan
melekat di dinding
tersangkut di tiang
melekat pada dinding
tersangkut pada tiang
Menunjukkan
waktu kejadian
di ketika itu
di petangnya
pada ketika itu
pada petangnya
6
(ii) Menggunakan kata sendi nama ke dan frasa sendi nama ke atas bagi konteks yang
bermaksud “sasaran”
Aspek Salah Sepatutnya
ke sebagai
kepada
serah ke ketua
tukarkan ke bentuk prosa
serah kepada ketua
tukarkan kepada bentuk prosa
ke atas sebagai
kepada
implikasi ke atas negara
fitnah ke atas pemimpin
implikasi kepada negara
fitnah kepada pemimpin
(iii) Menggunakan kata sendi nama daripada bagi konteks yang bermaksud “tempat” dan
“waktu”
Aspek Salah Sepatutnya
Tempat kiriman daripada kota
air daripada sungai
kiriman dari kota
air dari sungai
Waktu daripada awal
daripada pukul 9:30 pagi
dari awal
dari pukul 9:30 pagi
(iv) Menggunakan kata sendi nama dari bagi konteks yang bermaksud “punca” dan
“sumber kejadian”
Aspek Salah Sepatutnya
Punca dari keluarga
dari pihak tertentu
daripada keluarga
daripada pihak tertentu
Sumber
kejadian
dari galakan keluarga
dibuat dari ubi
daripada galakan keluarga
dibuat daripada ubi
(v) Menggunakan kata sendi nama dengan bagi konteks yang bermaksud “pelaku
perbuatan pasif” dan “sebab sesuatu terjadi”
Aspek Salah Sepatutnya
Pelaku
perbuatan pasif
disusuli dengan ibunya
disertai dengan kumpulan lain
disusuli oleh ibunya
disertai oleh kumpulan lain
Sebab sesuatu
terjadi
terpesona dengan keindahan
menggigil dengan ketakutan
terpesona oleh keindahan
menggigil oleh ketakutan
(vi) Kesalahan kerana menggunakan kata sendi nama dengan dan di pada konteks yang
bermaksud “keterangan tempat yang didahului perkataan ada”
Salah Sepatutnya
ada dengan kakitangannya
ada dengan haiwan ternakan
ada di budak baharu
ada pada kakitangannya
ada pada haiwan ternakan
ada pada budak baharu
(vii) Menggunakan kata sendi nama di untuk maksud “selain tempat”
Salah Sepatutnya
di kalangan peniaga
di kalangan ibu bapa
dalam kalangan peniaga
dalam kalangan ibu bapa
di antara kita
di antara hal
antara kita
antara hal
di dalam kegelisahan
di dalam mesyuarat dalam kegelisahan
dalam mesyuarat
7
(viii) Lewah – menggunakan dua kata sendi nama yang sama fungsi atau makna secara
berturutan dalam satu frasa
Salah Sepatutnya
demi untuk pertiwi
hingga ke peringkat atasan
berkaitan mengenai dengan hal itu
semenjak dari kecil lagi
demi/untuk pertiwi
hingga/ke peringkat atasan
berkaitan mengenai/dengan hal itu
semenjak/dari kecil lagi
(f) Kesalahan kata pemeri
(i) Menggunakan kata pemeri bersama-sama dengan kata nafi dan kata kerja
Aspek Salah Sepatutnya
Dengan
kata nafi
adalah bukan dia
adalah tidak tentu
ialah bukan mereka
bukan dia
tidak tentu
bukan mereka
Dengan
kata kerja
ialah melaksanakan
ialah berdasarkan
melaksanakan
berdasarkan
(ii) Menggunakan kata pemeri ialah dengan kata adjektif dan frasa sendi nama
Aspek Salah Sepatutnya
Dengan kata
adjektif
ialah sungguh enak
ialah kuning
adalah sungguh enak
adalah kuning
Dengan frasa
sendi nama
ialah ke pedalaman
ialah mengenai kami
adalah ke pedalaman
adalah mengenai kami
(iii) Menggunakan kata pemeri adalah dengan kata nama
Salah Sepatutnya
adalah kehendaknya
adalah kampungku
adalah pertembungan
ialah kehendaknya
ialah kampungku
ialah pertembungan
(iv) Menggunakan kata pemeri dengan perkataan merupakan yang dapat berfungsi sebagai
kata pemeri juga
Salah Sepatutnya
adalah/ialah merupakan perkembangan
adalah/ialah merupakan hal...
ialah/merupakan perkembangan
ialah/merupakan hal...
(g) Kesalahan kata bilangan
(i) Menempatkan kata bilangan pecahan selepas kata bilangan tentu
Salah Sepatutnya
empat setengah kilogram
satu suku minit
dua setengah pusingan
empat kilogram setengah
satu minit suku
dua pusingan setengah
(ii) Kesalahan kerana menggandakan kata bilangan tak tentu yang sudah bermakna “jamak
(banyak)”
Salah Sepatutnya
beberapa-beberapa laluan
para-para pembantu
beberapa laluan / laluan-laluan
para pembantu / pembantu-pembantu
8
(iii) Menggunakan kata bilangan yang bermaksud “jamak” pada kata ganda yang sudah
bermakna “jamak”
Salah Sepatutnya
banyak pilihan-pilihan
para pelabur-pelabur
ratusan penduduk
semua kandang
pilihan-pilihan
pelabur-pelabur
penduduk-penduduk
kandang-kandang
Kata bilangan
tidak perlu
digunakan lagi
(iv) Tidak menggunakan bentuk gandaan bagi kata bilangan tak tentu, kata bilangan
himpunan, dan kata bilangan pisahan
Aspek Salah Sepatutnya
Kata bilangan
tak tentu
setengah hal
setengah murid
setengah-setengah/sesetengah hal
setengah-setengah/sesetengah murid
Kata bilangan
himpunan
kedua balang
berpuluh cadangan
kedua-dua balang
berpuluh-puluh cadangan
Kata bilangan
pisahan
tiap kali
tiap hasrat
tiap-tiap/setiap kali
tiap-tiap/setiap hasrat
2.4 Kesalahan Sintaksis
(a) Kesalahan frasa
(i) Lewah – menggunakan dua kata penguat darjah penghabisan yang bermaksud “paling”
secara serentak pada satu frasa adjektif
Salah Sepatutnya
paling manis sekali
terkuat sekali
paling terbaik sekali
paling manis / manis sekali
terkuat / kuat sekali
paling baik / terbaik / baik sekali
(ii) Menggunakan struktur frasa bahasa Inggeris
Salah Sepatutnya
memastikan lebih banyak memastikan sokongan dengan lebih banyak
lain-lain sumber sumber-sumber lain
(iii) Tidak menggunakan kata tugas akan dalam peluasan frasa adjektif yang bersifat
perasaan
Salah Sepatutnya
terkenang nenek
sayang kami / sayangkan kami
malu mentuanya
terkenang akan nenek
sayang akan kami
malu akan mentuanya
(iv) Membina struktur atau susunan yang tidak gramatis
Salah Sepatutnya
Memutarbelitkan berita yang orang
lain telah ketahui
Memutarbelitkan berita yang telah
diketahui oleh orang lain
Kemudahan itu yang baharu
diperlukan untuk aktiviti itu.
Kemudahan yang baharu itu diperlukan
untuk aktiviti itu.
9
(v) Lewah – mengulang dua unsur kata atau frasa yang membawa makna atau fungsi yang
sama dalam satu ayat
Salah Sepatutnya
Kami yakin dan percaya bahawa ...
Barangan eksport yang dihantar ke
luar negara...
Kami yakin/percaya bahawa...
Barangan yang dieksport/yang dihantar
ke luar negara...
(vi) Kesalahan kerana tidak mematuhi hukum D-M dalam binaan frasa nama
Salah Sepatutnya
goreng pisang
penghawa dingin
mini estet
tomato sos
pisang goreng
pendingin hawa
estet mini
sos tomato
2.5 Kesalahan Ayat
(a) Menggunakan pasangan yang salah untuk membentuk kata hubung berpasangan dalam ayat
majmuk gabungan
Salah Sepatutnya
Kejadian itu benar baik dahulu baik
sekarang ini.
Dia bukan sahaja peramah tetapi suka
membantu orang susah.
Kejadian itu tidak benar baik dahulu
mahupun sekarang ini.
Dia bukan sahaja peramah tetapi juga
suka membantu orang susah.
(b) Tidak menggunakan pasangan bagi kata hubung berpasangan dalam ayat majmuk gabungan
Salah Sepatutnya
Awak mahu terus bekerja atau dipecat
daripada jawatan ini.
Awak buatlah pilihan sama ada mahu
terus bekerja atau dipecat daripada jawatan
ini.
(c) Tidak menggunakan penegas -lah pada predikat ayat majmuk relatif yang mengalami
pendepanan (bersusunan songsang)
Salah Sepatutnya
Saya yang memintanya supaya datang.
Semangat sahaja yang ada pada kita.
Sayalah yang memintanya supaya datang.
Semangat sahajalah yang ada pada kita.
(d) Menggunakan partikel penegas pada akhir ayat
Salah Sepatutnya
Dia tidak datang mengapakah?
Yang nenyulitkan kami keadaan itulah.
Mengapakah dia tidak datang?
Keadaan itulah yang menyulitkan kami.
(e) Tidak menggunakan kata hubung relatif untuk menerangkan frasa nama dalam ayat majmuk
relatif
Salah Sepatutnya
Pemain dikehendaki sudah dihubungi.
Pokok ditebang itu sungguh besar.
Pemain yang dikehendaki sudah dihubungi.
Pokok yang ditebang itu sungguh besar.
10
(f) Tidak menggunakan kata hubung pancangan komplemen dalam binaan ayat majmuk
komplemen
Salah Sepatutnya
Kami beranggapan dia tidak mesra.
Sungguh sukar pasukan itu sampai.
Dia berkata dia orang kampung itu.
Kami beranggapan bahawa dia tidak mesra.
Sungguh sukar untuk pasukan itu sampai.
Dia berkata bahawa dia orang kampung itu.
(g) Menggunakan kata hubung relatif dalam ayat majmuk komplemen
Salah Sepatutnya
Menteri Pendidikan mengumumkan yang
permulaan persekolahan dilewatkan
selama seminggu.
Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa
permulaan persekolahan dilewatkan selama
seminggu.
(h) Tidak menggunakan kata hubung keterangan dalam ayat majmuk pancangan keterangan
Salah Sepatutnya
Adi berhajat bersara tahun depan.
Mereka berlatih sesungguh hati.
Adi berhajat untuk bersara tahun depan.
Mereka berlatih dengan sesungguh hati.
(i) Menggunakan kata hubung keterangan yang tidak tepat untuk ayat majmuk keterangan
Salah Sepatutnya
Saya tidak berselera oleh kerana terlalu
penat.
Saya tidak berselera oleh sebab / kerana
terlalu penat
(j) Menggunakan bentuk imbuhan pasif orang ketiga (di + oleh) untuk membina ayat pasif kata
ganti nama diri orang pertama dan kedua
Aspek Salah Sepatutnya
Kata ganti
nama diri
pertama
Bil ini perlu dibayar oleh kami.
Hasratnya diperkenankan oleh beta.
Bil ini perlu kami bayar.
Hasratnya beta perkenankan.
Kata ganti
nama diri
kedua
Gelas itu dipecahkan oleh awak.
Hal itu wajar diselesaikan oleh tuan.
Gelas itu awak pecahkan.
Hal itu wajar tuan selesaikan.
(k) Memisahkan kata ganti nama daripada kata kerja pasif dalam binaan ayat pasif kata ganti
nama diri orang pertama dan kedua
Aspek Salah Sepatutnya
Kata ganti
nama diri
pertama
Ujian ini kita perlu duduki juga.
Titah tuanku patik akan
laksanakan.
Ujian ini perlu kita duduki juga.
Titah tuanku akan patik
laksanakan.
Kata ganti
nama diri
kedua
Mesyuarat itu kita perlu adakan.
Syaratnya anda belum penuhi.
Mesyuarat itu perlu kita adakan.
Syaratnya belum anda penuhi.
(l) Menggunakan struktur ayat pasif kata ganti nama diri ketiga secara tidak tepat
Salah Sepatutnya
Teh yang dia sediakan terlalu manis.
Beg yang kakak beli telah adik
basahkan.
Teh yang disediakan oleh dia terlalu manis.
Beg yang dibeli oleh kakak telah dibasahkan
oleh adik.
11
(m) Menggugurkan pelengkap dalam ayat aktif tak transitif berpelengkap
Salah Sepatutnya
Harapan tersebut tidak menjadi.
Usahlah kamu berbuat.
Kita perlu membelok.
Harapan tersebut tidak menjadi kenyataan.
Usahlah kamu berbuat curang.
Kita perlu membelok ke kiri.
(n) Membina ayat yang tidak lengkap atau ayat tergantung
(i) Tidak mengandungi subjek
Salah Sepatutnya
Amat panik apabila air naik dengan
tiba-tiba.
Sungguh meremukkan hati kami.
Patut diadili dengan saksama.
Amat panik penduduk di situ apabila air naik
dengan tiba-tiba.
Hal itu sungguh meremukkan hati kami.
Yang terlibat patut diadili dengan saksama.
(ii) Tidak mengandungi predikat atau binaan predikatnya terdiri daripada klausa tak bebas
sahaja
Salah Sepatutnya
Ketamakan yang menguasai diri.
Sesiapa yang di situ sejak tadi.
Peserta-peserta dari seluruh Asia
yang baru tiba di Malaysia.
Ketamakan yang menguasai diri telah
menyusahkan hidupnya sendiri.
Sesiapa yang di situ sejak tadi perlu dicari.
Peserta-peserta dari seluruh Asia yang baru
tiba di Malaysia kelihatan sangat kagum.
(iii) Ayat yang berbelit-belit dan maksudnya kabur
Salah Sepatutnya
Walaupun sering menerima pelbagai
cemuhan, tetapi dia dengan dorongan
kuat seperti orang-orang lain yang rapat
dengannya, dia berusaha gigih, tidak
mengira waktu, akhirnya dia berjaya.
Walaupun sering menerima pelbagai
cemuhan, dengan dorongan kuat daripada
orang-orang yang rapat dengannya, dia
berusaha dengan gigih sehingga dia
berjaya.
(o) Kesalahan lewah – menggunakan unsur jamak dalam subjek dan predikat yang merujuk
kepada perkara yang sama
Salah Sepatutnya
Pelanggan-pelanggannya kaya-
raya.
Banyak kemalangan yang terjadi
teruk-teruk.
Murid-murid sekolah itu bijak-
bijak dan ramah-tamah.
Pelanggan-pelanggannya kaya. / Pelanggannya
kaya-raya.
Banyak kemalangan yang terjadi teruk. /
Kemalangan yang terjadi teruk-teruk.
Murid-murid sekolah itu bijak dan ramah. /
Murid sekolah bijak-bijak dan ramah-tamah.
2.6 Kesalahan Penanda Wacana
(a) Menggunakan penanda wacana yang tidak lengkap
Salah Sepatutnya
Sehubungan itu, mereka akan ke sini.
Oleh demikian, kami tidak mahu
bertanggungjawab.
Sehubungan dengan itu, mereka akan ke sini.
Oleh hal yang demikian, kami tidak mahu
bertanggungjawab.
12
(b) Menggunakan dua unsur yang tidak sesuai dalam sesuatu penanda wacana
Salah Sepatutnya
Selain dari/daripada itu, Ali hendak
menyelesaikan kes lain.
Manakala dengan itu, dia juga sudah
melunaskan semua hutangnya.
Selain itu, Ali hendak menyelesaikan kes
lain.
Selain itu, dia juga sudah melunaskan semua
hutangnya.
(c) Kesalahan kerana menggunakan kata hubung sebagai penanda wacana
Salah Sepatutnya
Namun, perbuatannya dihalang.
Malah, dia menjadi lebih tabah .
Tetapi, yang ditunggu belum sampai.
Namun begitu/Namun demikian,
perbuatannya dihalang.
Sebaliknya/Sungguhpun begitu, dia menjadi
lebih tabah.
Akan tetapi, yang ditunggu belum sampai.
Calon diberikan satu perenggan petikan dengan peruntukan sembilan markah.
Daripada petikan tersebut, calon perlu mengenal pasti tiga kesalahan bahasa.
3.1 Bahagian Analisis
Calon perlu menjawab tiga bahagian berdasarkan petikan.
(a) Kesalahan
Calon mengenal pasti tiga kesalahan bahasa
Kesalahan bahasa ditunjukkan dengan jelas secara memetik kata, frasa atau bahagian
ayat yang perlu
(b) Sebab kesalahan
Sebab atau alasan kesalahan dinyatakan dengan ringkas tetapi jelas
Boleh dinyatakan dalam satu atau beberapa ayat
(c) Pembetulan
Membetulkan kata, frasa atau bahagian ayat yang salah
Tidak perlu membuat ulasan atau penjelasan
3.2 Cara Menulis Jawapan
Calon perlu menulis jawapan pada jadual disediakan selepas petikan.
Bil Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan
(a)
(b)
(c)
3.3 Pemarkahan
Setiap jawapan yang betul dari mana-mana bahagian diberikan satu markah.
Tiada (0) markah bagi ketiga-tiga bahagian jikalau jawapan bagi bahagian kesalahan tidak jelas
atau salah.
Jika lebih daripada tiga kesalahan diberikan, pemeriksaan dibuat bagi tiga kesalahan yang
pertama sahaja. Oleh itu, jawapan yang keempat dan seterusnya tidak diberikan markah.
3. FORMAT ANALISIS KESALAHAN BAHASA