nota bahan mentah
TRANSCRIPT
RBT 3118 Bahan Mentah
Tajuk 1 JENIS BAHAN MENTAH
SINOPSIS
Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi bahan dan pembuatan; jenis
bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca, simen, komposit, kayu dan
getah.
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan jenis bahan.
2. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan bahan mentah
3. Menjelaskan jenis bahan mentah yang berkaitan dengan bidang pengajian.
4. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang
pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.
KERANGKA KONSEP TAJUK JENIS BAHAN MENTAH
1.0 JENIS BAHAN MENTAH
1
RBT 3118 Bahan Mentah
Pada masa ini terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan
buatan yang telah dihasilkan oleh manusia. Untuk memudahkan penerangan, pelbagai
bahan mentah dibahagikan kepada enam kumpulan utama iaitu logam,polimer, kaca,
komposit, kayu dan getah.
1.1 LOGAM
Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan
yang penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama
yang digunakan ialah kuprum, gangsa dan besi.
Tahukah anda??
'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang
kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam).
1.2 BAHAN LOGAM
2
3 jenis bahan logam
Logam ferus
Logam bukan ferus
Aloi
RBT 3118 Bahan Mentah
Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus digunakan
dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati, ekonomi dan mempunyai sifat-
sifat magnetik yang unik di samping sifat fizikal yang lain.
Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan
kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan
seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijaadikan alat
gerudi.
Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi
waja), besi tempawan dan besi tuang.
Penghasilan logam
”secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada
dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain”
3
Bahan Logam
Aloi
• Loyang • Gangsa
Logam Bukan
Ferus
• Timah• Aluminium• kuprum
Logam Ferus
Aloi
• Kromium• Vanadium• Krom-nikel
• Molibdenum• Keluli Tahan Lasak
Besi Tempawan
Berkarbon
• Rendah• Sederhana• Tinggi
Besi Tuang
• Besi Kelabu• Besi Putih• Besi Aloi
Keluli
RBT 3118 Bahan Mentah
1.2.1 KELULI
Keluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia.
Keluli adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Keluli dihasilkan
melalui proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon, silikon, mangan,
fosforus dn sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap.
1.2.1.1 Keluli karbon
Klasifikasi Dan Kegunaan Keluli Karbon Biasa.
Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan brbanding
dengan jenis-jenis yang lain. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi dan
karbon.
Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan,
fosforus, sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan
menjadikan lebih keras. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon
yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan
karbon.
Keluli karbon biasa dikelaskan kepada 3 kumpulan.
i. Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %C
ii. Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 - 0.8 %C.
iii. Keluli karbon tinggi mengandungi lebih dari 0.8%C.
1.2.1. 2 Keluli aloi
Keluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur
pengaloian seperti mangan, silicon, sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan
yang tinggi antara 0.5% hingga 2%. Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu
dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifat-sifat
khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna.
4
RBT 3118 Bahan Mentah
Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium,
mangenese, molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur, kuprum,
aluminium, tungsten dan vanadium boleh memberikan sifat-sifat kekuatan, kemuluran
dan keliatan yang lebih baik berbanding dengan keluli karbon. Oleh sebab banyak
unsur yang terlibat sesetengahnya adalah mahal maka keluli jenis ini menjadi lebih
mahal.
Keluli aloi boleh dikelaskan kepada dua bahagian dengan mengikut penggunaan
dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsur-unsur mengaloian
yang utama.
i. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels)
ii. Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels)
1.2.1.3 Keluli Alat
Keluli alat merupakan keluli aloi yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi
berbanding dengan jenis keluli yang lain. Keluli alat juga menggabungkan beberapa
unsure dengan besi dalam peratusan tertentu. Keluli alat dikelaskan berdasarkan
kandungan kimia atau cara pengerasan dan sifat-sifat mekanikal utama unsure
pengaloian yang terdapat pada keluli tersebut.
1.2.2 BESI TUANG (CAST IRON)
Besi tuang mengandungi karbon antara 2 % hingga 4.5% karbon. Selain
daripada itu besi tuang juga lazimnya mengandungi silicon sebanyak 3.5%. Oleh sebab
kandungan karbon dan silicon yang tinggi, besi tuang mempunyai cirri tuangan yang
sangant baik dan boleh dileburkan dengan lebih mudah berbanding dengan keluli. Besi
tuang lebur juga boleh mengalir dengan baik berbanding keluli lebur.
Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana
suhu penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak
begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai
bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang
sangat baik .
5
RBT 3118 Bahan Mentah
1.2.2.1Jenis-Jenis Besi Tuang
Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya,
bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam,
komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan
sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana
ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah.
Carta 1 : Jenis-jenis besi tuang
1.2.2.2 Besi tuang kelabu
Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai
besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat
kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang
tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan
dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai
barangan industri yang lain.
6
Besi TuangBesi Tuang
KelabuKelabu Putih Putih Boleh TempaBoleh Tempa
RBT 3118 Bahan Mentah
1.2.2.3 Besi tuang putih
Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan
karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih
dengan perqtus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai.
Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini
dihasilkan dengan menggunakan logam dingin.
Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan
merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian
dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam
penghasilan besi tuang boleh tempa.
1.2.2.4 Besi BolehTempa
Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih
dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara
sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan.
Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan
disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak
tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip
dan peralatan industri pertanian.
Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum.
7
RBT 3118 Bahan Mentah
1.2.3 BESI TEMPA
Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan
jenis-jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan
kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-
zarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan
teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan
pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.
1.3LOGAM BUKAN FERUS
Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan
keluli. Logam ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen
ataupun aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus
apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba
dan tidak mudah berkarat.
Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di
dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di
dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :-
a) Aluminium b) Perak c) Kuprum
d) Plumbum e) Timah f) Nikel
g) Zink h) Kromium i) Emas
j) Molydenum k) Magnesium l) Kobalt
m) Manganese n) Tembaga
1.3.1 ALUMINIUM
Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah
digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat
meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi
logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan,
pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir
separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen
berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai.
8
RBT 3118 Bahan Mentah
1.3.2 KUPRUM
Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun
digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam
industry elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen. Kuprum juga menjadi
unsure penting di dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang.
Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah
bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah
pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan
pembersihan.
1.3.3 LOYANG
Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning
mengikut sukatan tertentu. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya.
Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi
zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. Sedikit penambahan
unsure-unsur lain seperti plumbum, timah, silicon, aluminium, nikel, fosforus dan
arsenic, boleh mengawal sifat-sifat loyang.
1.3.4 ALOI
Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih
kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi
tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen
adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan
membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya
lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang
lebih baik. Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink. Kuprum boleh
dialoikan denganbanyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus,
silikon, tellerium dan arsenik. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Aloi nya
tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan
haba dan diikuti dengan lindapkejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan
9
RBT 3118 Bahan Mentah
sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran
semula.
1.4 KACA
Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian kimia serupa
dengan kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen
mempunyai tahap lebur 20000C. Dua bahan lain yang sering
dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca ialah
Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang
akan menurunkan tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Namun begitu kapur
(Kalsium oksida) perlu ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.
1.4.1 Proses penghasilan kaca
Silika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan
bagi tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Sumber utama soda ialah
Natrium karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat. Batu kapur atau kapur mati
digunakan sebagai agen kapur. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses
penghasilan kaca borosilikat. Bahan binaan berdawai atau berlapis pula
digunakandalam proses pembuatan kaca keselamatan. Ia berfungsi untuk memegang
serpihan kaca jika kaca tersebut pecah. Kaca lapis pula dihasilkan dengan car a
meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang bersalut simen, ianya seterusnya
digelek untuk membuang gelembung udara. Kaca lapis ini banyak digunakan sebagai
cermin kenderaan. Proses penghasilan gentian kaca pula adalah dengan
menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar mengikut
saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam
proses pembinaan dan kaca gentian.
Kaca ialah “bahan lutsinar yang dihasilkan dari
pemanasan pasir silika atau bahan silikon dioksida yang
wujud secara semulajadi dalam pasir menerusi proses
pemanasan melebihi 2000 C.”
10
RBT 3118 Bahan Mentah
1.5 Polimer
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2,
terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun
penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah
kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang
diperlukan.. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik
selain dari plastik.
Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang
memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan
polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
i Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain
bahan organik dan bukan organik.
ii Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
Iii Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam.
Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma,
elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian
atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom
pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai
bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.
Polimer termasuklah;
“plastik, getah, beberapa jenis perekat dan lain-lain.”
11
RBT 3118 Bahan Mentah
1.5.1 Plastik
Apa itu bahan Plastik ? Plastik
adalah polimer tetapi polimer tidak
semestinya plastik. Secara semulajadinya
plastic diperoleh daripada pemprosesan
arang, petroleum ataupun tumbuhan
sehingga terhasil sifat plastic apabila
dipanaskan.
Plastik juga boleh didapati secara
sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau unsur lain untuk
menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. Hasil kajian dan penyelidikan,
plastic terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang besar untuk
mengambil alih tempat logam dalam industri pembuatan.
Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-
rigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses
pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan
lembut.
Tahukah anda bagaimana plastik dihasilkan?
Tahukah anda bahawa polimer telah dapat menggantikan komponen yang
dahulunya diperbuat daripada logam dalam penggunaan seperti pada
automobil, pesawat terbang, kelengkapan rumah dan kelengkapan
pejabat. Fikirkan contoh-contoh yang ada disekeliling anda.
Carta 2 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik.
12
RBT 3118 Bahan Mentah
Carta 2 : Jenis-jenis plastik
KEBAIKAN PLASTIK KELEMAHAN PLASTIK
Harga murah Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan
Tahan lama Suhu operasi yang rendah
Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah rapuh pada suhu yang rendah
Mudah untuk dibentuk Lembut dan kurang anjal berbanding logam
Penebat elektrik yang baik Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu
Sebahagian kalis air Sebahagian plastik amat mudah terbakar
Rayapan pada semua keadaan suhu
13
RBT 3118 Bahan Mentah
Plastik Termo ialah
“Plastik yang boleh dileburkan semula dan boleh digunakan berulangkali.”
Manakala Plastik Termoset ialah
“plastik yang boleh dileburkan sekali sahaja dan ia terus mengeras mengikut acuan.”
Dan Akrilik ialah
“sejenis polimer yang bersifat lut cahaya dan tidak boleh dijadikan legap.
Renung sejenak!
Pernahkah anda terfikir bahawa lensa dibuat daripada akrilik?
14
RBT 3118 Bahan Mentah
1.6 Komposit
Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan yang berbeza di
sambungkan atau diikat samada secara mekanikal atau metalurgi untuk
mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. Komposit
mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer,
seramik-polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer. Komposit dikelaskan
kepada beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan.
i. Komposit lamina atau lapisan
ii. Komposit zarahan
iii. Komposit bertetulang gentian
1.6.1 Komposit lamina
Bahan rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis,
permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis,
apitan dan berbagai-bagai lagi. Papan lapis ialah contoh komposit lamina.
Komposit lamina boleh dihasilkan dengan cara:
i. Menggelek
ii. Ikatan letupan
iii. Penyemperitan bersama
iv. Menekan
v. Pateri keras
1.6.1.1. Menggelek
Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam
dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah
bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida–
oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan
atom ke atom.
15
RBT 3118 Bahan Mentah
1.6.1.2 Ikatan letupan
Proses dilakukan melalui cas letupan. Tekanan yang secukupnya dapat
menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan
dua kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin
penggelek.
1.6.1.3 Penyemperitan bersama
Bahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan
dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan.
Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi
bahan yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi
mengelilingi dawai pengalir.
1.6.1.4 Menekan
Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas. Bagi komponen yang
kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya
kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet
perekat di dalam lamina.
1.6.1.5 Pateri keras
Pateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan logam
dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan
hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur
akan tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan
rerambut.
1.6.2 Komposit zarahan
Bahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang
lazimnya lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang
lebih lembut dan mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar
16
RBT 3118 Bahan Mentah
misalnya konkrit atau sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses
metalurgi serbuk.
1.6.3 Komposit gentian bertetulang
Bahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. Bahan gentian
yang kuat, tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan
mulur. Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan
kemuluran dan keliatan, manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya
yang dikenakan. Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi.
Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Jerami
telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bata
bertetulang keluli menguatkan struktur konkrit. Gentian kaca di dalam matriks
polimer menghasilkan gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan
dan angkasa lepas.
1.6.4 Aplikasi Komposit:
• Porsche membina cakera brek komposit silikat gentian karbon prestasi tinggi
Pengurangan berat 50%, kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat
Tahan lama-rintangan haus tinggi
Rajah 3 : Cakera brek komposit
17
RBT 3118 Bahan Mentah
Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan
salutan komposit seramik keras
Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim
diguna dalam enjin jet
Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan.
Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan
Rajah 4 : Penggunaan komposit : Pemukul kayu besbol
Cuba fikirkan apakah bahan komposit yang terdapat dikeliling anda?
18
RBT 3118 Bahan Mentah
1.7 KAYU
Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat
secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti. Kayu
merupakan bahan binaan yang paling meluas digunakan
dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika. Kayu
merupakan sejenis bahan binaan paling meluas digunakan
dalam pembinaan di kawasan tropika.
Penggunaannya berkembang sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka terutamanya dalam pembinaan
istana dan kediaman. Pada masa kini kayu balak telah berkurangan disebabkan
permintaan yang tinggi terutamanya di luar negara, aktiviti pembalakan haram dan
pembukaan kawasan pertanian dan penempatan barn.
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus
suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti
berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi
mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di
dunia di masa hadapan.
Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis
sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan.
Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang,
turpentine, dan lain-lain.
19
RBT 3118 Bahan Mentah
1.7.1 PENGKELASAN KAYU
Di Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying
Timber For Building Constructions" kayu di kelas kepada empat kumpulan utama iaitu:
KUMPULAN JENIS
Kumpulan kayu keras yang berat
( HHW-Heavy Hardwood);
Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong,
Merbau, Tembusu dan Resak.
Kumpulan kayu keras yang sederhana
berat
(MHW-Medium Hardwood);
Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang.
Kumpulan kayu keras yang ringan
(LHW-Light Hardwood)
Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir
dan Kayu Getah.
Kumpulan kayu yang lembut
(SW-softwood)
Damar Minyak, Geronggang, Jelutong,
Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan
Terentang.
1.7.2 Kegunaan Kayu
KUMPULAN NAMA KEGUNAAN
KERAS DAN BERAT CENGAL Kapal, rangka, ukiran
BALAU Jambatan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot
KEKATUNG Rasuk, rangka pintu/ tingkap, pemegang alat, lantai, parket dan panel
MERBAU Kerja hiasan, parket, perabot, venire dan pemegang alat
RESAK Pembinaan berat, tiang rasuk, corocok, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu / tingkap
TEMBUSU Pembinaan berat, lantai, parket dan perabot
20
RBT 3118 Bahan Mentah
KERAS DAN
SEDERHANA BERAT
KEMPAS Pembinaan berat, tiang gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerocok dan pemegang alat
KERUING Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori
KAPUR Kekuda, rasuk dan tiang
TUALANG Tiang rasuk, lantai, perabot
KERAS DAN RINGAN NYATUH Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, perabot
MERANTI Pembinaan, lantai, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel
RAMIN Hiasan perabot, binding dalam dan panel
SEPETIR Gerobok, panel dan perabot
KAYU GETAH Perabot, panel, susur tangga dan parket
1.7.3 Kebaikan dan kelemahan kayu
KEBAIKAN KAYU KELEMAHAN KAYUMempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi:
i. Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm2.
i i . Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg /m3.
Mudah terbakar dan api mudah merebak
dengan cepat.
Senang dikerjakan berbanding dengan
bahan lain seperti besi.
la cepat mengecut dan meleding
kerana perubahan cuaca yang
drastik dan merosakan mutu kayu.
Mempunyai rupabentuk kemasan yang
menarik.
Kos penyelenggaraan bangunan
lebih tinggi kerana mudah reput,
lembab dan berkulat serta'ianya mudah
diserang serangga perosakKelasakan yang tinggi jika diawetkan.
Kepelbagaian penggunaannya
1.7.4 Bahagian kayu dan fungsinya
21
RBT 3118 Bahan Mentah
Rajah 5 : Keratan rentas kayu
1.7.5 PENGERINGAN KAYU
Pengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair
yang terdapat dalam rongga sel dan Binding kayu. lanya dapat
menurunkan peratus lembapan Bari 8% hingga 15%. Jika
kelembapan lebih kayu akan mudah rosak atau reput basah.
“Carikan maklumat kaedah yang digunakan untuk mengeringkan kayu”
1.7.6 TUJUAN PENGERINGAN
a) Menambahkan kekuatan, ketahanlasakan dan
senang dikerjakan.
22
RBT 3118 Bahan Mentah
b) Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut
dan meleding.
c) Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap.
d) Menjadikan kayu lebih mudah terbakar, jika digunakan sebagai.
e) Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.
1.7.7 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PENGERINGAN
a) Jenis kayu.
b) Cara susunan kayu.
c) Saiz kayu.
d) Keadaan cuaca dan lokasi.
e) Cara pengeringan dijalankan.
1.7.8 CARA PENGERINGAN KAYU
a) Cara semulajadi.
b) Pengeringan bertanur/ relau.
c) Pengeringan air.
1.7.9 KECACATAN KAYU
Kecacatan kayu adalah dipengaruhi oleh faktor semulajadi, kecuaian
semasa menebang dan semasa proses menggergaji atau membelah, serangan
serangga, lumut dan lembapan.
1.7.10 JENIS KECACATAN SEMULAJADI
a) Dipengaruhi oleh Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang
dialami di sepanjang pertumbuhannya.
23
RBT 3118 Bahan Mentah
b) Jenis kecacatan yang sering berlaku ialah
i. Gerigis.
ii. Buku.
iii. Parut.
iv. Berongga( teras rosak).
i. Ira berpintal.
Rajah 2 : Kecacatan jenis buku
1.7.11 Jenis kecacatan semasa menebang dan mengeluarkan kayu
balak dari hutan ialah:
i. Rekah cincin/gelang.
ii. Rekah bintang.
iii. Rekah kipas.
iv. Rekah bulat
1.7.12 Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami
proses pengeringan ialah:
i. Pecah.
ii. Retak.
iii. Terpiuh.
iv. Keras meleding.
V. Melengkung/Meleper/relangan.
vi. Wen atau sisian wen.
24
RBT 3118 Bahan Mentah
Rajah 6 : Kecacatan kayu
1.8 GETAH
Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkan
daripada susu getah ( kulit pokok getah ). Susu getah
mengandungi molekul-molekul getah ( C5H8 ), cecair
dan resin. Getah diasingkan secara pembekuan
menggunakan asid formik atau asid asetik. Susu getah
ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai
kepekatan sebelum dicampur asid. Getah beku seterus digelek – (mesin gelek)
jadi kepingan nipis. Kepingan getah ini dibasuh, dikeringkan dan dijemurkan
( getah mentah ). Getah mentah adalah melekit dan lemah dan mempunyai sifat
lain yang tidak dikehendaki. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-
sifatnya. Proses membaiki ini dinamakan pemvulkanan ( vulcanization ) dan
biasanya melibatkan pencampuran 7 % - 42 % sulfur kepada getah itu. Getah
25
RBT 3118 Bahan Mentah
mentah dihiris-hiriskan, kemudian dicampurkan dengan sulfur dan bahan pelikat
pada suhu vulkan 140 dar C. Seterusnya dibentuk dgn cara menggulung atau
menekannya pd tekanan 2.5 – 12.5 N / mm2
LATIHAN 1
Berikan sepuluh rekabentuk yang berasaskan plastik termosett dan termoplastik.
Berdasarkan kepada rekabentuk yang anda pilih, jelaskan secara terperinci ciri-ciri
keselamatan dan reka bentuknya. Dari perspektif anda sebagai seorang pengguna,
berikan komen anda dalam rekabentuk produk tersebut.
LATIHAN 2
Sesebuah rumah diperbuat daripada bahan kayu terdapat beberapa struktur saperti
rangka bumbung, pintu, tingkap, tangga, lantai dan dinding.
Berdasarkan struktur rumah tersebut ;
i. Anda dikehendaki mengenal pasti jenis-jenis kayu mengikut pengkelasannya bagi
setiap pembinaan struktur rumah tersebut
ii Berdasarkan soalan diatas, anda perlu melakarkan secara terperinci struktur
pembinaan tersebut
26
RBT 3118 Bahan Mentah
Tajuk 2 SIFAT BAHAN MENTAH
SINOPSIS
Topik ini mendedahkan sifat bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca,
simen, komposit, kayu dan getah.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan sifat bahan mentah.
2. Menjelaskan sifat-sifat bahan mentah yang berkaitan dengan bidang pengajian.
KERANGKA KONSEP TAJUK SIFAT BAHAN MENTAH
27
RBT 3118 Bahan Mentah
2.0 SIFAT BAHAN MENTAH
Terdapat banyak jenis bahan yang dapat digunakan dalam kejuruteraan dan
pembuatan barangan. Pengetahuan tentang sifat bahan penting supaya bahan dapat
berfungsi dengan baik seterusnya dapat menghasilkan produk yang bermutu.
2.1 LOGAM
Tahukah anda bahawa logam dan aloinya seperti besi tuang, keluli, aluminium,
magnesium, zink, titanium dan nikel mempunyai sifat umum antaranya keberaliran haba
dan elektrik yang baik, kekuatan dan ketegaran yang tinggi, mulur atau mudah dibentuk
dan merintangi kejutan. Logam digunakan meluas sebagai bahan struktur dan bahan
galas beban. Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan
logam lain yang dinamai aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau
berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki. Logam
yang mengandungi besi dikenali sebagai logam ferus, manakala logam yang tidak
mengandungi besi dikenali sebagai logam bukan ferus.
2.2.1 Sifat-sifat Keluli Aloi:
i. Menambahkan kekuatan tegangan.
ii. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.
iii. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah suhu
maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses
pengerasan.
iv. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan.
v. Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness).
vi. Meninggalkan rintangan terhadap kakisan.
vii. Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di samping
mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.
28
RBT 3118 Bahan Mentah
2.2.2 Sifat Besi Tuang
Besi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di relau
kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli. Mempunyai takat lebur di
antara 1150C -1250C dan jongkong lebur ini lebih cair dan menghasilkan tuangan
yang baik. Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan
yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang
penting dalam besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi
sesuatu sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan
karbon. Kandungan karbon lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli.
2.2.3 Sifat-sifat utama Logam Bukan Ferus
Sifat Aluminium Kuprum
Kekuatan tegangan 100 N/mm2 215 N/mm2
Kekuatan mampatan 100 N/mm2 300 N/mm2
Kekerasan 40 (NKB) 80 NKB ( jenis tuangan )90 NKB ( kerja sejuk )66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap )
Takat lebur 660o C 1083 oC
Kemuluran 30% pemanjangan 25% (jenis tuangan )
55% ( sepuh-lindap )
3% (kerja sejuk )
Ketumpatan 2.6 g/cm3 8.9g/cm3
i. Tahan kakisan atmosfera dan airii. Pengalir haba dan elektrik. Pembalik haba dan cahaya.
i. Tahan kakisan atmosfera dan air.
ii. Pengalir elektrik yang amat baik
NKB = Nombor kekerasan Brinell
29
RBT 3118 Bahan Mentah
2.3 SIFAT KACA
a. Mudah pecah
b. Keras
c. Lutsinar dan lutcahaya
d. Bahan biasan.
e. Boleh dibentuk dengan cara meniup, pengacuan, menekan, menarik atau
menggulung.
f. Penyejukan serta merta meningkatkan kekuatan sebanyak 400%.
g. Takat lebur yang rendah dan lebih stabil dari segi fizikal dan kimia.
2.4 SIFAT POLIMER
Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang, dihasilkan
daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomer-
monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan
kimia yang diganti.
Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti
keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaan-
perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi
lingkaran rawak. Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga
polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.
Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan
gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan polimer
daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam
rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul
monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan
polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.
Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal
daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna
"bahagian". Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer
utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak
seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molekul relatif yang
30
RBT 3118 Bahan Mentah
sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran
selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.
Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen
sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis,
membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti
protein yang terbentuk. Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta
dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopolimer seperti protein dan asid
nukleik memerlukan mangkin.
Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik
berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan
sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat
dihasilkan.
Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Peter Stensel, Andrew Tung and Soh
Beng Seng. (2000). Keeping Up With Design and Technology For Upper Secondary.
Singapore: Pearson Education Asia Pte. Ltd; 381 -389.
2.5 SIFAT PLASTIK
Plastik mempunyai sifat-sifat seperti nisbah kekuatan-berat yang tinggi,
ketumpatan yang rendah, kekuatan dan ketegaran yang rendah dan keberaliran haba
dan elektrik yang rendah. Disamping itu, plastik juga dapat merintangi bahan kimia
dengan baik dan mempunyai pekali pengembangan haba yang tinggi.
Plastik juga memberi pilihan yang luas terhadap warna, lutsinaran atau
lutcahaya, mudah untuk dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan kos yang agak rendah.
Tahukah anda plastik terbahagi kepada dua kategori utama iaitu plastik termo
dan plastik termoset? Kedua-dua kategori ini mempunyai ciri-ciri yang
berbeza. Dapatkan maklumat mengenainya.
31
RBT 3118 Bahan Mentah
2.5.1 Sifat-sifat Am Plastik
i. Graviti tentunya rendah.
ii. Perintang haba dan elektrik yang baik.
iii. Kemasan muka yang baik.
iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.
v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.
vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.
vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.
2.6 SIFAT KOMPOSIT
a. Kekuatannya tinggi
b. Ketegarannya tinggi
c. Kurang berat
d. Prestasi pada suhu tinggi
e. Rintangan pada lelasan
f. Kekerasan yang tinggi
g. Keberaliran yang baik
h. Kos yang rendah
2.7 SIFAT KAYU
Sifat-sifat kayu berbeza diantara satu jenis dengan jenis yang lain daripada
aspek berikut:
a. Rupa bentuk
b. Kekerasan
c. Berat
d. Kekuatan
e. Kecacatan
f. Penebat haba dan elektrik yang baik
32
RBT 3118 Bahan Mentah
2.7.1 SIFAT-SIFAT UTAMA KAYU
2.7.1.1 Kekuatan
a) la bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira kayu,
kecacatan kayu dan modulus keanjalan kayu.
b) Kayu berketumpatan tinggi lebih kuat dari berketumpatan rendah.
c) Dinding sel yang tumpat menghasilkan kayu yang kuat.
d) Sel ini sediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula, garam
dan resin.
Ketahanlasakan kayu bergantung pada kandungan lembapan. Kayu yang
mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan
menari
2.7.1.2 Kekuatan Tegangan
a) Sifat rintangan terhadap daya yang menarik kayu ini.
b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.
c) Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan
tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali ganda pada keadaan kering
udara.
2.7.1.3 Kekuatan Mampatan
a) Diperhatikan dalam arah selari dan tegak kepada ira.
b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.
c) Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih
kurang ½ hingga kekuatan tegangan selari dengan iranya.
d) Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaitan rapat dengan
kekerasan kayu itu.
2.7.1.4 Kekuatan Ricih
a ) S i f a t r i n t a n g a n k a y u i t u t e r h a d a p d a y a y a n g c u b a
menggelangsarkan sebahagian dari atas bahagian yang lain.
b ) Daya ini dinamakan daya ricih.
c ) 4 jenis ricihan ; ricihan selari dengan ira, ricih tegak dengan ira,
33
RBT 3118 Bahan Mentah
ricihan serong, ricihan gelek.
d ) Ricihan tegak kepada ira dan ricihan serong berlaku kepada
anggota kayu yang ditegaskan berlebihan.
e ) Ricihan gelek disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu.
Ricihan gelek biasanya berlaku pada binaan yang diperbuat
daripada papan lapis.
2.7.1.5 Kekuatan Lenturan Statik
a) Ukuran kekuatan bahan ini (sebatang rasuk) yang ditentukan
melalui ujian lenturan statik.
b) Ujian ini mengira tegasan serat, modula kekenyalan dan kerja melentur.
c) Modula patah adalah tegasan yang terbentuk dalam serat. Contoh kayu,
ketika ia, gagal atau patah ia dianggap bahawa teori lenturan mudah
berlaku.
d) Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur
contoh rasuk kayu itu sehingga ke peringkat tertentu.
2.7.1.6 Kekerasan Kayu
a) Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya.
b) Kekerasan kayu mempunyai kaitan rapat dengan kekuatan
mampatan tegak kepada iranya.
c) Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan; bergantung kepada
ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel kayu.
2.7 SIFAT GETAH
Sifat-sifat getah bergantung kpd darjah pemvulkanan
Getah tidak mengandungi sulfur peka terhadap perubahan suhu, larut dalam sebilangan bahan uji, mempunyai kecenderungan menjadi lekit dan lemah
Getah – 7 % sulfur –lebih kuat dan diregang 8-10 kali ganda panjang asalnya tanpa putus, tidak mudah larut dalam pelarut getah
34
RBT 3118 Bahan Mentah
Kurang peka terhadap perubahan suhu
Getah yg mengandungi sulfur dengan peratusan lebih tinggi adalah keras dan rapuh
Sifat getah boleh diubah dengan mencampurkan bahan pelikat dan mengubah darjah suhu dalam proses pemvulkanan
Kesan bahan pelikat bergantung kpd kehalusan dan banyaknya bahan tersebut.
Karbon hitam, zink oksida, magnesium karbonat asas dan tanah liat ( 30 % m’ikut isipadu ) akan meningkat kekuatan dan ketegangan dan keliatan getah
Masa pemvulkanan dipanjangkan sehingga suatu nilai had – kekuatan tegangan mutamad akan bertambah tetapi pemanjangannya b’kurangan
Jika masa melampaui nilai had – kekuatan tegangan muktamad getah dan pemanjangannya berkurangan
Oleh sebab itu getah boleh berubah bentuk dgn had atau limit yg besar sebelum pecah, putus atau sebagainya, maka satu nilai tegasan mesti diberi
Getah lembut mempunyai keupayaan menyerap tenaga per unit isipadu yang terbesar
Oleh itu getah banyak digunakan utk membuat tayar, penyerap kejutan dan penimbal
Perbandingan sifat getah asli dengan sifat getah asli tervulkan
Getah asli Getah asli tervulkan Lembut Lebih keras Tidak tahan tindakan haba Lebih tahan tindakan haba Kenyal Lebih kenyal Mudah dioksidakan oleh oksigen Lebih tahan terhadap pengoksidaan
Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Mat Lazim Zakaria (1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka;
ms. 110 - 162
35
RBT 3118 Bahan Mentah
2.8 SIFAT KERTAS
Kertas bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian
Biasanya gentian yg digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa
Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada kayu pulpa ( kayu lembut ) spt : spruce, bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen dan hem boleh digunakan
Ianya seperti gergaji halus dan nipis hingga meyebabkan luka
Dihasilkan dengan tangan atau mesin
Tahukah anda?
Kertas dibuat daripada pulpa kayu dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga menjadi pulpa. Secara purata 17 pokok berdiameter 20 cm pada paras dada
lelaki dewasa untuk menghasilkan 1 tan kertas.
LATIHAN 1
Sifat bahan kadang-kadang dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama sifat yang sensitif kepada struktur dikenali sebagai sifat mekanikal sementara sifat yang tidak sensitif kepada sruktur dikenali sebagai sifat fizik.
Huraikan perbezaan antara sifat mekanikal dan sifat fizikal strukruk bahan dengan memberikan beberapa contoh.
LATIHAN 2
Sifat-sifat utama logam aluminium ialah ringan kuat secara relatif, tahan karat daripada tindakan udara keliling dan merupakan pengalir eletrik yang terbaik. Ada kalanya logam ini mudah dirosakkan.
Anda dikehendaki mencari punca utama mengapakah berlakunya kerosakan pada bahan tersebut dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut.
36
RBT 3118 Bahan Mentah
Tajuk 3 ASAS PEMBINAAN PRODUK
SINOPSIS
Modul ini mendedahkan tentang Asas Pembinaan Produk yang melibatkan
peringkat-peringkat pembinaan produk dalam proses pembuatan yang bermula dengan
peeringkat menentukan tujuan dan fungsi kerja, perkembangan idea, penyusunan idea,
membina lakaran dan lukisan kerja dan diakhiri dengan peringkat pembinaan projek.
Hasil Pembelajaran
5. Menghuraikan setiap peringkat pembinaan projek.
6. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan peringkat pembinaan produk.
7. Menjelaskan kepentingan setiap peringkat pembinaan produk yang berkaitan
dengan bidang pengajian.
KERANGKA KONSEP PEMBINAAN PRODUK
TUJUAN / FUNGSI KERJA
↓
PERKEMBANGAN IDEA
↓
PENYUSUNAN IDEA
↓
LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA
↓
PEMBINAAN PROJEK
37
RBT 3118 Bahan Mentah
3.0 PENGENALAN
Mereka bentuk dan merancang memerlukan pemikiran dan penyelesaian kepada
semua masalah berhubung dengan pembinaan dan penggunaan untuk masa depan
sesuatu benda kerja itu. Ianya bukan sahaja untuk menambahkan kehalusan atau
perhiasan kepada sesuatu benda kerja yang telah siap atau separa siap.
Asas bagi pembinaan sesuatu produk adalah perancangan yang teliti dan
tersusun yang perlu dilakukan peringkat demi peringkat. Perancangan yang rapi ini
akan dapat menjamin hasil akhir sesuatu produk yang berkualiti dan dapat berfungsi
seperti mana yang dimahukan.
Jika satu daripada masalah reka bentuk utama itu dapat difikirkan berasingan,
maka jika ada perkara-perkara penting akan tertinggal dalam reka bentuk akhir.
Perancangan sekeping kerja kayu dapat dibahagikan kepada empat peringkat utama.
Dalam peringkat 1 dan 2 kita bertanya kepada diri kita beberapa soalan. Jawapan
kepada soalan-soalan itu digunakan dalam peringkat 3 dan 4 untuk membolehkan kita
menyelesaikan masalah reka bentuk itu secara menyeluruh.
Peringkat 1 – Tujuan dan fungsi kerja
Contoh soalan-soalan:
Apakah yang akan disimpan di dalam? Berapa luaskah kawasan yang
diperlukan? Berapa tinggi, lebar dan tebalnya? Adakah ia memerlukan cermin muka?
Adakah ia digantung pada dinding atau didirikan atas rak?
Peringkat 2 – Perkembangan pendapat dari Peringkat 1
Contoh soalan-soalan:
i. Nisbah (keseimbangan reka bentuk)
Contoh soalan-soalan:
38
RBT 3118 Bahan Mentah
Adakah bentuk atau rupanya kelihatan betul? Adakah ia terlalu tinggi, tidak
seimbang dengan lebarnya? Adakah bingkai pintu itu terlalu berat berbanding dengan
tepi-tepi rangka?
ii. Bahan-bahan
Kayu keras atau kayu lembut? Papan lapis atau belakang papan keras? Engsel
tembaga atau engsel keluli? Pengunci bebola atau kunci?
iii. Pembinaan
Tanggam penjuru rangka? Tanggam bajang? Tanggam berparit? Rak terpasang
atau boleh laras? Bagaimana cerminnya dipasang? Bagaimana tombol pintunya
dipasang?
iv. Menghias dan menyudah
Adakah hiasan tambahan pada permukaan? Venier? Ukiran? Bentukkan?
Penyudah merintang wap diperlukan? Penyudah hening untuk menampakkan urat
kayu? Penyudah warna untuk melindungi urat kayu biasa pada kayu lembut?
v. Keselarasan
Adakah gayanya sesuai? Adakah ia sesuai atau secocok dengan perabot bilik
mandi yang lain? Adakah warna atau urat kayunya bertentangan dengan lain-lain
benda di sekelilingnya?
Peringkat 3 – Pendapat
Buatkan catatan ringkas dan lakaran berdimensi bagi:-
i. kerja yang lengkap
ii. perincian bagi bahagian-bahagian yang memerlukan perhatian yang lebih.
Peringkat 4- Lukisan Kerja
Reka bentuk yang telah siap dan peringkat perancangan.
39
RBT 3118 Bahan Mentah
3.1 PERINGKAT 1 : TUJUAN ATAU FUNGSI KERJA
Soalan ’Apakah tujuan (guna atau fungsi) kerja yang telah siap?’, kelihatan
seperti satu soalan yang mudah dijawab tetapi bagi sesuatu kemajuan yang berguna
yang akan dibuat, jawapannya mestilah cukup terang dan lengkap.
Fungsi bagfi sebarang kepingan kerja boleh jadi untuk menyimpan benda,
bertindak sebagai permukaan kerja dan seterusnya – atau boleh digabungkan fungsi-
fungsi itu (seperti satu meja dipasang dengan satu laci).
3.1.1 Ukuran Standard
Sebarang perabot yang digunakan untuk kita duduk atau berdiri di atasnya
mestilah berukuran betul dan bentuknya hendaklah selesa digunakan. Sebagai contoh
kerusi bagi meja makan mestilah lebih kurang 420 mm hingga 440 mm tingginya
supaya orang boleh duduk dengan selesa menghadap meja makan.
Permukaan bekerja bagi orang dewasa ialah 825 mm hingga 900 mm tinggi. Jika
ia duduk, tingginya 720 mm hingga 750 mm dan ini adalah sangat sesuai bagi menulis
atau makan. Bolehkah anda fikirkan lain-lain ukuran standard?
3.1.2 Lain-lain ukuran standard
Panjang, lebar dan tinggi sesuatu kerja itu (atau lain-lain bahagiannya) akan
ditentukan oleh kegunaan tertentunya, sama ada ia permukaan kerja atau tempat
penyimpanan barang-barang, pendakap lampu atau pintu bagi rumah simpanan arang
batu. sebagai contoh, ukuran bahagian dalam bagi gerobok piring hitam bagi piring
hitam yang besar berkehendakkan sekurang-kurangnya 325 mm tinggi dan 315 mm
lebar supaya piring hitam itu boleh disimpan tegak. Panjang gerobok itu bergantung
pada banyaknya piring hitam yang hendak disimpan.
Ruang di antara rak-rak bagi rak buku mestilah mencukupi bagi meletakkan buku
itu menegak dan buku itu mudah digerak-gerakkan, tetapi tidak terlalu lebar kerana ini
akan membazir ruang. mungkin dalam hal ini, rak-rak boleh laras adalah sesuai.
40
RBT 3118 Bahan Mentah
3.2 PERINGKAT 2 : PERKEMBANGAN IDEA
3.2.1 Nisbah
Setelah memutuskan fungsi-fungsi yang tepat bagi kerja yang telah siap dan
setelah menimbangkan sebarang ukuran tertentu atau ukuran standard yang terlibat,
hendaklah difikirkan pula, nisbahnya. (Nisbah ialah kadar atau keseimbangan di antara
panjang, tinggi dan lebar). ’Adakah ia kelihatan sesuai?’ Adalah satu soalan yang baik
disoalkan pada peringkat ini. Kesimpulan kepada masalah ini ialah dengan
menggunakan kayu yang cukup tebal atau cukup lebar supaya ia cukup kuat untuk
membuat sesuatu kerja itu.
3.2.2 Bahan-bahan
Pemilihan bahan-bahan tertentu untuk sesuatu kerja bergantung pada dua
faktor utama:
3.2.2.1 Tujuan atau fungsi kerja yang siap (seseorang tidak akan menggunakan
kayu mahogany untuk membuat pagar taman dan juga tidak menggunakan kayu
lembut bergred murah di mana kemasan bergilap terhias dengan cantik)
3.2.2.2 Kesesuaian fizikal bahan-bahan. Papan blok mungkin sesuai untuk
dibuat bahagian atas meja tetapi tidak sesuai untuk kaki meja atau bingkai pintu.
Kayu padu adalah sesuai untuk membuat rel dan sebagainya tetapi tidaklah
sebaik papan lapis jika berkehendakkan sekeping bahagian atas meja yang yang
besar dan ringan. Papan lapis bergred kalis air boleh digunakan bagi membuat
sampan, tetapi papan keras bergred standard yang kalis air tidak boleh
digunakan.
3.2.2.3 Pembinaan
Kaedah pembinaan – tanggam atau pemasangan semua bahagian kerja
itu bergantung pada:
i. Bahan yang digunakan. Biasanya digunakan tanggam tradisional (standard)
bagi kayu-kayu semulajadi, tetapi kadang-kadang teknik dan perekat khas
diperlukan untuk mengeluarkan papan.
ii. Jenis kerja kayu – membina almari, menanggam atau kerja-kerja kayu kasar.
Anda boleh menanggam bajang (tetapi jangan dipakukan) sisi-sisi almari kayu
yang digilap. Paku hanya sesuai digunakan bagi membuat kotak.
41
RBT 3118 Bahan Mentah
3.2.2.4 Hiasan dan kemasan
Kerap kali rupa benda kerja yang direkabentuk dengan baik menjadi rosak
kerana hiasan-hiasan yang tidak bersesuaian. Jika bahagian atas sebuah meja
diperbuat daripada kayu yang mempunyai hiasan yang cantik, adalah tidak
sesuai jika kita terlalu banyak mengukir, memvenir atau menatah, untuk
mewarnanya atau cuba mengubah rupa bentuk asal yang menarik itu.
3.2.2.5 Harmoni
Walaubagaimana berguna dan menarik sesuatu benda kerja yang siap,
perlu diingat bahawa ia hendaklah selaras dengan lain-lain benda dan mestilah sesuai
dengan keadaan sekelilingnya. Sebuah almari yang dicat warna hijau terang atau
kuning misalnya akan kelihatan menarik jika diletakkan di dinding dapur tetapi ia akan
tidak seimbang jika dipadankan dengan hamparan berwarna biru dan bersama perabot
dari bahan kayu mahogany.
3.3 PERINGKAT 3 : PENYUSUNAN IDEA
Setelah kerja menganalisis idea terpilih dijalankan, proses penghalusan perlu
Dijalankan sebelum mengambil keputusan memilih idea yang terbaik. Contoh-contoh
lakaran produk akan dilukiskan semula mengikut ukuran berskala. Tujuan dilukis
semula adalah untuk menganalisis spesifikasi sebenar produk, ukuran dimensi kritikal,
pengiraan ukuran serta pemasangan bahagian-bahagian yang kritikal. Idea yang terpilih
seterusnya diperhalus dengan mengambilkira faktor-faktor seperti kaedah pemasangan,
bahan yang digunakan, saiz serta ciri-ciri keselamatan.
3.4 PERINGKAT 4 : LAKARAN KERJA DAN LUKISAN KERJA
Peringkat ini adalah proses akhir dalam kerja mereka bentuk. Pada peringkat ini,
reka bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan. Bagi mendapatkan
spesifikasi produk yang lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek
mestilah dibuat. Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan
dan fungsinya.
42
RBT 3118 Bahan Mentah
3.4.1 Lukisan ortografik – lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk
merekodkan dan menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang
menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu objek yang mengandungi
pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.
Contoh lukisan ortografik
3.4.2 Lukisan isometrik – Satu lukisan pandangan yang dilukis bagi
menunjukkan keadaan sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah
difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak
dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala penuh.
Contoh lukisan isometrik
3.4.3 Lukisan perspektif – Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis
dengan cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai
43
RBT 3118 Bahan Mentah
bentuk atau rupa sebenar produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam
perspektif, kita akan nampak :
Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh
daripada kita.
Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya
apabila semakin jauh daripada kita.
Contoh lukisan perspektif
3.4.4 Lukisan persembahan - Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir
penyampaian idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar
rupa bentuk sesuatu produk. Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh
memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan seperti bahan dan
jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga digunakan dalam
mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan
dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.
Contoh lukisan persembahan
44
RBT 3118 Bahan Mentah
3.5 PERINGKAT 5 : PEMBINAAN PROJEK
Peringkat terakhir dalam pembinaan produk yang melibatkan perancangan dan
penyusunan langkah-langkah kerja membuat atau menghasilkan produk dari awal
sehingga terhasil produk yang dikehendaki.
3.5.1 Merancang kerja – Suatu langkah yang penting dan perlu dilaksanakan
sebelum sesuatu proses pembinaan produk dimulakan. Ia bertujuan untuk
mengelakkan berlakunya kehilangan masa dan kos akibat dari kesilapan dalam
penyusunan langkah kerja. Merancang kerja juga dapat membantu untuk
penetapan masa sesuatu produk dapat disiapkan. Terdapat berbagai kaedah
merancang kerja, antara kaedah yang selalu digunakan adalah dengan
pembinaan Carta Gantt.
3.5.2 Carta Gant – merupakan salah satu teknik kawalan masa dan kos yang
sering digunakan untuk pembuatan produk. Carta ini digunakan kerana mudah
disediakan serta mudah difahami. Ia terdiri dari satu lajur aktiviti pada sebelah kiri
dan lajur tempoh masa pada sebelah kanan. Unit masa boleh menggunakan hari
atau minggu. Carta ini disediakan terlebih dahulu dengan menyenaraikan semua
aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek mengikut turutan yang betul.
Pembahagian jangka masa bagi setiap aktiviti dilukis dalam bentuk bar dari kiri
ke kanan.
3.5.3 Bahan – Pemilihan bahan untuk sesuatu pembuatan produk dilakukan
semasa peringkat perkembangan idea. Dalam peringkat merancang kerja,
semua bahan yang diperlukan perlu didapatkan sebelum projek dapat
dimulakan. Jumlah atau kuantiti bahan yang diperlukan juga ditetapkan pada
peringkat ini. Penyediaan awal bahan akan mengelakkan masa melahu yang
panjang akibat menunggu ketibaan pesanan.
3.5.4 Kemasan – Dalam pembinaan produk, proses kemasan yang dipilih
hendaklah merangkumi kaedah membuat kemasan. Ini bermaksud persediaan
prasarana yang sesuai untuk kerja kemasan perlu disediakan awal dan sesuai
dengan produk. Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran, menjamin kualiti
kemasan dan menjimatkan masa.
45
RBT 3118 Bahan Mentah
Tajuk 4 BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN
SINOPSIS
Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja
kayu merangkumi kertas las, bahan penyumbat dan jenis bahan kemasan seperti lilin,
minyak linsid, syelek, lekar, cat, varnish dan timbertone. Tajuk ini merupakan
sebahagian daripada tajuk empat dalam pro forma meliputi sebahagian bab barangan
logam dan kelengkapan
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan
Kerangka konsep Jenis bahan mentah
46
RBT 3118 Bahan Mentah
4.0 PENGENALAN
Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir
dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Keadah kemasan yang
betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja.
Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau projek
perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan
menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut.
Antara langkah dalam kerja kemasan ialah:
Memilih cat atau kemasan yang sesuai
Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat ( Filler power )
Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand paper )
Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada mengunakan berus atau spray
Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik
Menghilangkan kesan calar atau cacat
Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga
Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama
Tahukah anda mengapa kerja kemasanperlu dilakukan ?
4.1 Jenis Bahan Kemasan
Lilin
Minyak Linsid
Syelek atau sampang syelek
Cat
47
RBT 3118 Bahan Mentah
Lekar
Varnis
Stain
Timber tone
JENIS BAHAN JENIS KEMASAN YANG SESUAI
Kayu
Cat minyakSyelek
SampangLekarLilin
Lekar plasticvinil
KeluliCat minyakCat bitumen
lekar
Lepa simen/gypsiumCat distemper
Cat air / cat emulasiCat minyak
4.1.1 Kemasan Lilin
Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut.
Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan
menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira
kayu.
48
RBT 3118 Bahan Mentah
Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika
warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh
dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.
Rajah 1 : Antara kemasan lilin
4.1.2 Syelek
Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu.
Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang
hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.
Resin syelek larut di dalam alkohol – methylated spirit.
Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur
atau sapu dengan berus.
Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan atau dibeli secara bancuh siap.
Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau
bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.
4.1.3 Sampang (Varnis)
Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau
resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung)
49
RBT 3118 Bahan Mentah
dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah
digunakan secara sapu atai sembur.
Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa
selama 12 hingga 24 jam.
Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan
pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.
4.1.4 Cat minyak
Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.
Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan
pengoksidaan.
Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas,
lapisan alas dan lapisan kemasan.
Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan
minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine.
Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.
4.1.5 Cat air atau cat emulsi.
Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan
dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan.
Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan
memerlukan air sebagai agen pencair.
Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk
mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok
luar.
Pengeringanya ialah melalui sejatan dan resapan.
50
RBT 3118 Bahan Mentah
Cat ini mudah digunakan samada disapu dengan berus, digelek dengan
penggelek ataupun disembur.
Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru..
4.1.6 Lekar (lacquer)
Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose).
Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering.
Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.
4.1.7 Venier Kayu
Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan
kayu.
Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada
permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.
Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:
a. Kayu Cengal
b. Kayu Nyatoh
c. Kayu Balau
d. Kayu Meranti
e. Kayu Sepetir
LATIHAN 1
Nyatakan sebab-sebab utama kenapa kita perlu membuat kerja-kerja kemasan selepas kita menyiapkan hasil projek.
LATIHAN 2
Dengan ringkasnya terangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk kerja-kerja satu bahan pengemasan projek perabot.
Langkah kerja yang perlu dilakukan mesti mengikut peraturan dan mempunyai nilai-nilai murni serta mendapat hasil yang berkualiti.
51
RBT 3118 Bahan Mentah
4.2 Barangan logam dan kelengkapan
4.2.1 Jenis-jenis paku
Paku biasa (common nail) – berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.
Paku kotak (box nail) – serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil.
Paku kemasan (finishing nail) – digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku.
Paku panel (casing nail) – sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu.Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakandalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu.
Paku venir – Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadang-kadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis.
Paku payung – kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.
52
RBT 3118 Bahan Mentah
Paku berkepala dua – mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku.
Paku konkrit – diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.
Paku bergelugur (berangkai) – sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.
4.2.2 Jenis skru
Skru kepala rata (countersunk) – diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.
Skru kepala bulat – mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau tembaga dan digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan Nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.
53
RBT 3118 Bahan Mentah
Skru kepala timbul – Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat, diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.
Skru kepala segiempat – merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.
4.2.3 Cara Memasang Skru
Lubang hendaklah dibuat dengan gerudi untuk menerima batang bajak skru.
Bagi kayu lembut, lubang hanya perlu dibuat pada kepingan kayu atas sahaja tetapi untuk kayu keras lubang hendaklah dibuat pada kepingan kayu atas dan lubang panduan diperlukan pada kepingan kayu bawah. Buat lubang benam untuk kepala skru jika diperlukan.
Skru mestilah dipasang dengan pemutar skru yang sesuai dan tidak boleh diketuk dengan tukul besi kerana gentian kayu akan terputus menyebabkan daya pegangannya pada kayu berkurangan.
Skru boleh dipasangkan dengan lebih mudah jika hujungnya direndam di dalam lilin atau sabun.
4.2.4 Engsel
Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya.
54
RBT 3118 Bahan Mentah
Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun tingkap.
Engsel T – Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat ditanggung dengan lebih baik.
Engsel cangkuk dan simpai – Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan pintu garaj.
Engsel spring – Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar. Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat yang terhad.
Engsel perabot – terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge, butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.
4.2.5 Tombol penarik
Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk memudahkan nya dibuka dan ditutup.
Diperbuat daripada bahan seperti plastic, Loyang, tembaga, gangsa, nikalam, besi tuangan, aluminium dan kayu.
Terdapat dalam berbagai bentuk.
Pemasangannya dengan menggunakan skru.
4.2.6 Pendakap
Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang.
55
RBT 3118 Bahan Mentah
Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok atau dinding.
Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa.
Dipasang dengan menggunakan skru.
4.2.7 Kuku
Terdapat dalam pelbagai rekabentuk.
Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot.
Diperbuat daripada keluli, besi, Loyang, gangsa dan plastik.
Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari dan kuku Peranchis.
4.2.8 Selak
Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam.
Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut.
Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.
4.2.9 Kunci
Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu.
Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting Jenis Selinder.
4.2.10 Penahan Pintu Hidraulik
Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka.
Mekanismanya menggunakan system hidraulik.
Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel.
LATIHAN 1
56
RBT 3118 Bahan Mentah
Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci Puting Jenis Selinder pada pintu.
Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengan kunci jenis lain.
Tajuk 5 BAHAN HIASAN DALAMAN DAN LUARAN
57
RBT 3118 Bahan Mentah
SINOPSIS
Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi dalam penghasilan bahan-
bahan untuk kerja-kerja hiasan dalaman dan luaran bangunan. Ia adalah juga berkaitan
dengan pemilihan bahan yang sesuai dengan keadaan bangunan serta pemilihan
warna yang sesuai dengan sesuatu situasi bilik dan bangunan.
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan pengertian dan perlambangan sesuatu warna dan menyenaraikan
faktor pemilihan sesuatu warna mengikut keperluan bangunan dan situasi.
2. Menghuraikan keperluan pemilihan bahan yang bersesuaian untuk tujuan
hiasan dalaman dan luaran.
3. Menjelaskan jenis bahan hiasan dalaman yang berkaitan dengan bidang
pengajian.
4. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang
pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.
5.1 PSIKOLOGI PEMILIHAN WARNA DALAM HIASAN DALAMAN
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Warna tersebut
memberi kesan terhadap perasaan dan menghasilkan respon secara fizikal kepada
manusia. Terdapat pelbagai jenis warna yang boleh dihasilkan melalui perkembangan
teknologi masa kini. Penggunaan warna-warna banyak diaplikasikan dengan
penggunaan cat untuk hiasan dalaman. Antara warna-warna yang biasa digunakan
ialah biru, kuning, hijau, merah, ungu, merah jambu, jingga, coklat, hitam, putih dan
kelabu.
Biru - mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Warnanya
tenang dan nyaman menggambarkan keamanan, kesejahteraan dan selamat.
Kuning - menyerlahkan riang dan kegembiraan dan lebih terserlah berbanding
warna lain di sekelilingnya.
58
RBT 3118 Bahan Mentah
Hijau – bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Ia memperlihatkan rasa
segar dan nyaman. secara tradisi warna hijau dikenali sebagai warna keamanan.
Merah – warna paling hangat dalam spektrum warna, digunakan untuk
merangsang badan dan pemikiran serta memperbaiki peredarannya. Merah juga
boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema
warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.
Ungu - dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam
semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian dan misteri. Dengan
unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan.
Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah.
Merah jambu - dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Merah jambu
ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada
sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa
kelembutan.
Jingga - Warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang
bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya. Warna tersebut
mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya
pada tema tradisional.
Coklat - Menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang
didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur
semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa.
Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.
Hitam - Adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri dan mewah. Ia
juga warna untuk kebijaksanaan dan satu warna penegasan yang cantik untuk
hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan
emosi yang kuat.
Putih - Menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna
yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan
kesan 'tanpa warna', atau neutral.
59
RBT 3118 Bahan Mentah
Kelabu - Warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan
sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih
bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap
sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di
antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna.
5.2 Simen Fero (ferosimen)
Simen Ferro bermaksud kombinasi simen dengan besi (ferus). Ia juga merupakan
sejenis struktur yang terdiri daripada campuran pasir, simen, air yang dilepa nipis pada
jejaring dawai keluli.
Sejarah - Simen Ferro di pelopori oleh Joseph Louis Lombot 1848. Di Malaysia ia
diperkenalkan pada tahun 1979 oleh Universiti Pertanian Malaysia. Teknik
ferosimen banyak digunakan dalam lanskap keras seperti untuk membuat kerusi
dan meja taman, kolam ikan dan sebagainya. Bagi sector pembinaan bangunan,
rumah-rumah dan binaan yang lain, penggunaan kaedah ini masih lagi berada
ditahap permulaan.
Kelebihan Simen Fero
1. Mudah dibentuk
2. Kukuh dan mudah diperbaiki
3. Kos binaan yang murah
4. Tidak memerlukan teknologi tinggi
5. Tahan kepada cuaca panas dan sejuk
Keburukan Simen Fero
1. Terlalu berat untuk di ubah
2. Kos mengupahnya mahal
60
RBT 3118 Bahan Mentah
3. Perlu kemahiran melorek
4. Perlu kemahiran mengecat
5. Perlu kreatif
Bahan-bahan yang digunakan
1. Simen
2. Pasir
3. Dawai BRC
4. Dawai mata punai
5. Dawai halus
6. Rod besi
7. Cat
8. Pengilat
9. Air
Alatan
1. Perata simen
2. Sudip simen
3. Pemotong besi
4. Gunting zink
5. Playar gabung
6. Pemotong jarring
7. Sekup mata rata
8. Cangkul
9. Baldi simen
10. Paku
11. Berus cat
12. Berus syelek
Aliran Proses Membina Simen Fero
1. Membuat lakaran objek
61
RBT 3118 Bahan Mentah
2. Tentukan jenis dan saiz objek
3. Tentukan anggaran kuantiti bahan binaan
4. Membuat rangka
5. Membancuh mortar
6. Melepa lapisan mortar pertama – nipis
7. Melepa lapisan kedua mortar – tebal
8. Melorek atau mengukir
9. Mengecat atau mewarna
10. Mengilat
Contoh-Contoh Binaan Simen Fero
5.3 Memvenir dan Menatah
62
RBT 3118 Bahan Mentah
Memvenir – proses kemasan perabot dengan menggunakan kepingan kayu nipis
atau venir dari kayu mahal dan cantik untuk dilekatkan kepada permukaan kayu
atau papan lapis yang permukaannya tidak cantik. Proses melekatkan vernir
menggunakan glu atau perekat khas.
Alat-alat yang digunakan dalam proses memvenir adalah – Tolok lurus, pisau
vernir, pahat, apit venir, gergaji venir, ketam rata, ketam venir, tukul venir,
seterika, tolok pemotong, kayu penekan dan ketam pelicin.
Menatah – proses membina corak atau hiasan di atas permukaan kayu dengan
tujuan mencantikkan lagi permukaan kayu tersebut.
Antara kaedah menatah adalah dengan menampal vernir yang berlaianan warna
yang dipotong mengikut corak tertentu dan dilekatkan diatas permukaan kayu
yang hendak ditatah.
Permukaan yang dipasang vernir dan ditatah perlu disapu bahan kemasan
setelah kerja-kerja menghias selesai,
5.4 Kemasan Lantai
Terdapat banyak jenis kemasan lantai yang digunakan untuk tujuan menambah
kecantikan permukaan lantai asas yang dibina. Antara kemasan lantai yang selalu
digunakan adalah jalur kayu atau lantai kayu, jubin, marmar, mozek, terazo dan parket.
Jubin – terdapat dalam berbagai jenis untuk berbagai kegunaan. Diperbuat
daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses
pembakaran. Sifatnya keras, kalis air serta sifat khas yang lain mengikut jenis
dan fungsinya seperti sifat merintang gelincir, tahan lasak dan sebagainya.
Jubin ini dihasilkan dalam berbagai saiz, warna dan corak hiasan serta licin pada
permukaan atasnya sahaja. Saiz yang biasa diperolehi adalah 110 mm x 110
mm, 150 mm x 150 mm, 200 mm x 200 mm, 200 mm x 100 mm, 200 mm x 300
mm, 300 mm x 300, mm 450 m x 450 mm, 450 mm x 600 m dan 600 mm x 600
63
RBT 3118 Bahan Mentah
mm. Pemasangan jubin dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan
adunan simen.
Kelebihan kemasan jenis simen dan konkrit.
• Mudah diselenggara kerana kesan daripada bahan yang digunakan tidak
mahal
• Boleh digabung berbagai corak menarik pada lantai dengan berbagai corak
susunan batu.
• Kemasan simen bepasir lebih halus amat pada ruang dalaman berbandingan
kemasan simen berbatu kerana selesa dipijak.
• Oleh kerana permukaan yang kasar maka amat sesuai untuk permukaan
luaran yang memerlukan tahap geseran yang tinggi.
• Simen berjalinan tekstur sangat popular pada ruang berkonsepkan
mediteranean dan ala Mexico.
Papan lantai – Terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beroti
kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun gelegar lantai kayu. Lebar
papan jalur tidak melebihi 100 mm dan diperbuat daripada jenis kayu keras
seperti jati, cengal dan kempas. Lantai papan jalur ini dikemaskan dengan
menggunakan lekar atau syelek.
Kelebihan kemasan Jenis lantai kayu
• Tahan calar dan padat, sesuai untuk kegunaan seharian terutama sekali
pada ruang kediaman.
• Lebih kukuh, tahan cuaca panas sejuk.
• Senang digandingkan dengan pelbagai gaya penataan.
• Tidak sejuk pada kaki dan memberikan langkah yang selesa.
• Risiko terjadinya kecederaan adalah rendah sekiranya terjatuh atas lantai
kayu kerana lantai kayu menyerap hentakan dan tidak terlalu.
Kemasan lantai dari bahan polimer mempunyai keistimewaan dari segi warna,
corak serta lebih mudah digantikan berbanding dari bahan seramik. Terdapat
berbagai jenis dipasaran seperti linoleum, tikar PVC, getah asbestos PVC dan
Jubin PVC.
64
RBT 3118 Bahan Mentah
Linoleum – dibuat dengan .menekan lapisan plastic ke atas guni jut, kain
kanvas atau kerajang felt tepu bitumen. Bahan plastic terdiri daripada
minyak kering daripada biji-bijian, damr dan bahan yang terdapat dalam
cat. Boleh diperolehi dalm bentuk gulung yang panjangnya 27 m, tebalnya
antara 2 mm hingga 6mm dan lebarnya 1.83 m Dibekalkan mengikut
berbagai warna dan reka bentuk seperti bentuk jubin, panel, selitan dan
sebagainya.
Tikar PVC (polivinil klorida )
Biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan dikilangkan daripada dammar
PVC sebagai bahan utama bersama dengan pelekat dan pewarna. Ia
dihasilkan dalam bentuk gulung sepanjang 27 m, tebal 2 mm dan lebar
1.83 m. Terdapat dalm bentuk licin berkilat (gloss) dan kesat (flat),
berwarna dari warna biasa sehinngga kepada warna seperti marmar.
Getah – getah dengan campuran sedikit sulfur untuk
pemvulkanan dihasilkan dengan ketebalan 3.2 mm, 4.8 mm
dan 6.3 mm, dalam bentuk gulung sehingga kepada 1.83 m
lebar dan 30.5 m panjang dan boleh didapati dalam
berbagai warna dan corak menarik.
Pemvulkanan adalah proses memanaskan getah yang dicampur
Dengan sulfur pada tekanan tinggi
Gentian kaca - Bahan Gentian kaca banyak digunakan dalam hiasan
dalaman dan luaran bangunan komersil kerana sifatnya yang ringan,
lutsinar, tidak mudah pecah atau caalar, permukaannya bercorak dan
berwarna warni. Gentian kaca boleh didapati dalam bentuk panel hiasan,
kepingan bumbung dan lain-lain lagi. Penggunaan bumbung dari bahan
gentian kaca dapat menstabil pancaran ultra violet dan menimbulkan
suasana lebih selesa. Pada waktu siang Ia juga menjimatkan tenaga
65
RBT 3118 Bahan Mentah
elektrik kerana tidak memerlukan banyak lampu untuk pencahayaan kerana
sifat lutsinarnya. Saiz yang boleh didapati adalah panjang sehingga 20 kaki,
lebar sehingga 5 kaki dan tebal antara 1 mm dan 5 mm.
Contoh penggunaan bahan berasaskan gentian kaca
Mural – kaedah menghias bahagian dalam atau luar permukaan yang luas
seperti dinding dan siling dengan menggunakan grafik lukisan atau corak
yang menarik. Ia disediakan dengan kaedah lukisan terus atau
menggunakan cat atau cetakan imej yang dilekatkan pada dinding.
Terdapat juga mural yang menggunakan kaedah menampal jubin yang
mempunyai motif lukisan yang telah disediakan.
66
RBT 3118 Bahan Mentah
Contoh-contoh mural
Arca atau ‘sculpture’ berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna
satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan mengguris. Arca adalah
suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat
dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Secara umumnya, arca adalah
karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka
bentuk pentas. Namun, arca juga ada ada keistimewaannya yang tersendiri.
Arca perlulah diletakkan di kawasan yang mudah dilihat kerana ia tarikan
utama ke laman. Ringkasnya, arca juga boleh dijadikan titik tumpu laman
yang menarik.
Arca yang benar-benar menyerlah memberi nilai estetika pada laman.
dan boleh menaikkan mood dan keunikan kepada laman dan dalam masa
yang sama melambangkan cita rasa individu atau pemilik laman.
Ada pelbagai jenis bahan yang sesuai untuk membentuk arca laman
daripada batu, besi hinggalah bahan polimer. Pilihan bahan arca yang mahu
ditampilkan di laman kediaman bergantung kepada cita rasa selain
kedudukan, suasana dan kos untuk membeli atau membinanya.
67
RBT 3118 Bahan Mentah
Contoh-contoh arca
Kolaj - Kolaj bermakna potong, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas
suatu permukaan. Kerja-kerja kolaj ini dibuat dengan menampalkan cebisan
kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D.
Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea
kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu.
Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan
juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj.
Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan
kolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan kerja-kerja kolaj.
Kadangkala kerja- kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat
tetapi skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahan ke atas kolaj.
68
RBT 3118 Bahan Mentah
TAJUK 6PERKEMBANGAN INDUSTRI PEMBUATAN
TEMPATAN
SINOPSIS
Tajuk ini menjelaskan perkembangan industri tempatan; peranan, fungsi, proses
pembuatan dan kepentingan industri tempatan.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengkaji konsep daripada perspektif perkembangan industri pembuatan
tempatan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk teknologi.
2. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi
pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.
3. Memodeli dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dan koperatif serta
menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri.
KERANGKA KONSEP PERKEMBANGAN INDUSTRI TEMPATAN
69
RBT 3118 Bahan Mentah
6.1 PENGENALAN
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Teknologi ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Istilah teknologi selalunya
berkait rapat dengan rekaan menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun,
rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Selain daripada itu teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Secara ringkas istilah teknologi membawa maksud penggunaan alat, bahan dan
proses oleh manusia untuk membolehkan mereka melakukan atau menghasilkan
sesuatu, Contohnya, makanan yang kita makan itu telah dihasilkan, dibungkus dan
diedarkan dengan menggunakan teknologi tertentu. Begitu juga dengan rumah yang
kita diami, kenderaan dan lain-lain barang, yang semuanya dihasilkan dengan teknologi
tertentu.
70
RBT 3118 Bahan Mentah
Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. Oleh sebab manusia
sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk memudahkan
kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan berlaku
perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia.
Istilah pembuatan telah diambil dari perkataan Latin iaitu manu factus, yang
membawa maksud ‘ diperbuat dengan tangan ‘. Perkataan ‘ pembuatan ‘ telah
digunakan pada kurun ke 16. Istilah ini membawa maksud penghasilan barangan
daripada bahan mentah menggunakan pelbagai proses, mesin dan operasi, dan
menurut suatu aktiviti yang tersusun serta dirancangkan terlebih dahulu.
6.2 TEKNOLOGI PEMBUATAN
Pembuatan ialah suatu proses yang mengkoordinasikan kebolehan manusia,
alatan dan mesin untuk mengubah bahan mentah menjadi barangan berguna.
Teknologi pembuatan telah menjadi teras kepada pembangunann manusia di
negara maju.
Pembuatan adalah suatu aktiviti ekonomi yang penting.
Hampir sepertiga daripada nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh
negara perindustian adalah hasil daripada bidang pembuatan.
6.3 Peranan dan Fungsi Industri Pembuatan Tempatan
Tahukah anda apakah peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan? Mari kita teliti maklumat berikut.
71
RBT 3118 Bahan Mentah
Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke
arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gentian - import. Bagaimanapun strategi ini telah
mula berubah dalam tahun 1970, di mana lebih banyak tumpuan telah di buat terhadap
kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport. Memandangkan kegiatan
berorientasikan gentian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana
Malaysia di anggap mempunyai skop pasaran yang kecil.
Matlamat pembangunan perindustrian ini telah menghasilkan kemajuan yang pesat
dalam tahun 70-an. Peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan adalah seperti
berikut:
a. Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru;
b. Mempelbagaikan industri dan mengembangkannya keseluruh negara;
c. Menambahkan tukaran asing menerusi penwujudan industri berteknologi
tinggi dan memupuk kemahiran bagi pekerja Malaysia;
d. Menambahkan lagi industri kecil dan sederhana;
e. Mengurangkan import barangan jentera, mengeksploitasi pertalian
pengeluaran dan pemprosesan;
f. Menguatkan lagi keupayaan teknologi dalam sektor pembuatan.
Huraikankan bagaimana industri pembuatan dapat membantu penduduk negara ini memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
6.4 KEPENTINGAN INDUSTRI PEMBUATAN TEMPATAN
6.4.1 Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
6.4.2 Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk
gantikan barangan import.
6.4.3 Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan
dan perikanan - sumber bahan mentah industri.
72
RBT 3118 Bahan Mentah
6.4.4 Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan.
6.4.5 Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu
bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan
kayu-kayan.
6.4.6 Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara
sumber pertukaran wang asing.
6.5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA
a. Modal Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)
b. Sumber tenaga Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang.
Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)
c. Banyak kemudahan asas
Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).
d. Bekalan bahan mentah
Banyak, mudah didapati dan mencukupi.
e. Pasaran Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.
f. Dasar kerajaan Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan
73
RBT 3118 Bahan Mentah
pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.
Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :
a. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.
b. Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.
c. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang
Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.
g. Tenaga buruh Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.
h. Sistem pengangkutan
Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.
6.6 GALAKAN DAN PERANAN KERAJAAN DALAM MEMAJUKAN
LAGI BIDANG INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA
1. Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan,
kemudahan elektrik dsbnya.
2. Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-sumber
lain (Bank Perdagangan dan MARA).
74
RBT 3118 Bahan Mentah
3. Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional untuk
melatih pekerja mahir.
4. Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk bantu
pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan
dorongan.
5. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru
(beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa
tertentu).
6. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan
industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon
perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan
Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa
keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian
cukai eksport dan import.
7. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil
pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu
barangan.
8. Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan
Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (mmbuat
kereta dll).
9. Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-bangunan
untuk
disewa / jual
kepada
pengusaha-
pengusaha
kilang.
75
RBT 3118 Bahan Mentah
Rajah 1 : Kilang proton merupakan antara industri pembuatan tempatan yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia
Fikirkan sejenak! Apakah yang terkandung dalamPelan Induk Perindustrian Malaysia? Kenapa ia dilancarkan?
LATIHAN 1
Terangkan peranan dan fungsi indusri pembuatan tempatan automatif dalam menjana ekonomi negara dan menurunkan kadar inflasi negara.
LATIHAN 2
Teknologi pembuatan telah diciptakan atau dibangunkan dan diigunakan dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Umpamanya bidang komunikasi yang berkaitan penghantaran dan penerimaan maklumat melalui bahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
76
RBT 3118 Bahan Mentah
Anda dikehendaki mencipta satu bentuk perkakasan komputer bidang komunikasi dengan membuat ilustrasi berserta dengan butirannya cara penggunaannya.
Tajuk 7 PENGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA
Sipnosis
Tajuk ini mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan bahan kitar semula
melibatkan bahan kertas, plastik, kaca, logam dan kayu.
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan jenis dan sifat bahan.
77
RBT 3118 Bahan Mentah
2. Mengaplikasikan teknik pembuatan produk berasaskan kayu dan logam dalam
pengajaran dan pembelajaran anda disekolah.
3. Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan, barangan logam dan
kelengkapan.
4. Menghuraikan perkembangan industri pembuatan tempatan
5. Menjelaskan penggunaan bahan kitar semula
Kerangka konsep Jenis bahan mentah
Industrialisasi banyak menghasilkan sisa buangan. Pelupusan sisa buangan ini melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, sisa-sisa ini boleh mendatangkan hasil
pulangan yang baik jika ianya dikitar semua
7.1Pengenalan
78
RBT 3118 Bahan Mentah
Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini
terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap
satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, ia bergantung
kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja
sebuah tapak pelupusan dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka.
Lambat laun tapak-tapak ini akan berkembang dan menular
mencerobohi hidup kita.
7.2 Tujuan kitar semula ialah:
a. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan
bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan
gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang
dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
b. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan udara.
c. Kitar semula untuk menjimatkan kos
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan
berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem
yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu
dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda
kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.
d. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang
amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan
kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi
79
RBT 3118 Bahan Mentah
menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain
untuk industri pengeluaran yang lain.
e. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium
adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama
3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil
menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
f. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa
ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang
perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru
yang memberi kita oksigen dan udara bersih.
Bahan kitar semula seperti kertas, plastik, kaca, logam (seperti aluminum, besi keluli dll) dan kayu dapat membantu industri pembuatan tempatan untuk menghasilkan produk seperti kertas surat khabar, kertas tisu, botol plastik, botol kaca dan bahan binaan berasaskan logam.
Tahukah anda proses kitar semula bahan dapat membantu
membantu menjanakan ekonomi negara
7.3 Bahan yang boleh dikitar semula
ALUMINIUM KERTAS PLASTIK
80
RBT 3118 Bahan Mentah
Semua jenis kaca
termasuklah botol
minuman, bekas
makanan, botol
vitamin dan bekas
kosmetik
Semua jenis barang
yang diperbuat
daripada aluminium
seperti tin-tin
minuman boleh
dikitar semula.
Semua jenis kertas
sama ada yang
berwarna ataupun
yang tidak
berwarna, seperti
suratkhabar lama,
majalah lama,
buku, katalog,
risalah, kalendar,
kad, sampul surat
dan kotak boleh
dikitar semula.
Beg-beg membeli
belah plastik, beg
plastik dari
pasaraya, botol
minuman plastik,
botol air mineral
dan bekas
makanan yang
diperbuat daripada
plastik boleh
diproses untuk
dikitar semula.
Kayu-kayu terpakai
Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah
atau meja burung. Juga boleh digunakan sebagai kayu api.
81
RBT 3118 Bahan Mentah
Rajah 1 : Antara kegunaan kayu yang dikitar semula
7.4 Kebaikan Kitar Semula
Dengan menggunakan bahan kitar semula dapat menjimatkan kos
berbanding dengan bahan mentah yang asal.
Kerajaan terpaksa mengimport bahan kitar semula dari luar untuk
menampung permintaan yang tinggi dari industri menyebabkan kerajaan
kerugian bernilai berbillion ringgit hasil daripada pertukaran wang asing.
Kira-kira 40% daripada sisa pepejal merupakan bahan kitar semula.
Sekiranya sebahagian daripada bahan kitar semula ini dapat diasingkan
( segregation ) dan disisihkan ( diversion ), Kerajaan dapat menjimatkan kos
pelupusan sisa pepejal untuk disalurkan kepada projek-projek yang lebih
bermanfaat untuk rakyat. Tapak-tapak pelupusan sanitari dan loji rawatan
termal dapat dikurangkan.
kitar semula adalah strategi pengurangan sisa pepejal yang paling ‘ cost
effective ’ dimana bahan kitar semula yang diasingkan tidak perlu dilupuskan
– menjimatkan kos pelupusan – dan dapat digunakan sebagai bahan sumber
untuk industri pembuatan tempatan dan eksport
Kempen kitar semula kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan
melibatkan segenap lapisan masyarakat termasuk Pihak berkuasa Tempatan,
Jabatan-Jabatan Kerajaan, NGO, syaraikat-syarikat swasta, institusi-institusi
pendidikan awal, menengah dan tinggi serta orang ramai termasuk di rumah,
pejabat dan tempat-tempat awam.
7.5 Proses kitar semula
a. Plastik
Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut
kategori.
82
RBT 3118 Bahan Mentah
Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah
dan ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi
serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter.
Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan
yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.
Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk
serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru
b. Kaca
Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya
masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat
akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca
jernih
Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan
dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk
dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair
dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk
untuk dijadikan botol.
Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang
keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan
dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi
dengan makanan dan minuman
Tahukah anda
Bagi setiap 10 suratkhabar yang dibeli di Malaysia, hanya 6 suratkhabar yang dikitar semula.
Setiap bulan, 57,000 tan kertas dibuang ke dalam tapak perlupusan sampah di negara ini. Ianya
seperti memotong 680,000 pokok dewasa.
83
RBT 3118 Bahan Mentah
c. Kertas
Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh
negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.
Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana
pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan
untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada
kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang
terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya,
proses penapisan dan pencerahan.
Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air
lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas
kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi
satu gulungan kertas yang besar.
Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung
kepada kehendak pelanggan
d. Aluminium
Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk
diangkut ke pusat kitar semula.
Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan
bendasing.
Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin
yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding
memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.
Terdapat banyak computer riba yang menggunakan bateri Nickel
84
RBT 3118 Bahan Mentah
Metal Hydride atau Litium-Ion, yang mana boleh di kitar semula. Bagaimanakah
proses kitar semula bahan ini?.
LATIHAN 1
Industrialisasi banyak menghasilkan sisa buangan. Pelupusan sisa buangan ini melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, sisa-sisa ini boleh mendatangkan hasil pulangan yang baik jika ianya dikitar semua
Huraikan sumbangan anda dalam menangani bahan-bahan terbuang dalam kehidupan harian anda berpandukan pernyataan di atas.
LATIHAN 2
Hasilkan satu projek kitar semula bertema kertas atau plastik yang diintergasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terapkan nilai-nilai kepentingan kitar semula, penjimatan dan sebagainya.
85