nota dan strategi menjawab kritikan sastera
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
1/46
NOTA DAN STRATEGI MENJAWAB
GENRE KRITIKAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Sukatan Pelajaran Kritikan
1.2 Analisa Soalan Genre Kritikan 1998 2007
1.3 Kelemahan dan Kekuatan Calon dalam Peperiksaan STPM
1.4 Strategi Menjawab
2.0 NOTA KOMPREHENSIF
2.1 Pengenalan Kritikan
2.1.1 Sejarah Awal Kritikan
2.1.2 Definisi Kritikan (Tanggapan Awal dan Kini)2.1.3 Fungsi Kritikan
2.1.4 Ciri-ciri Kritikan
2.2 Sejarah Ringkas
2.2.1 Tahap
i. Bermula pada 1949
ii. Sebelum Perang dan ASAS 50
iii. Selepas Perang
2.2.2 Tokoh
i. Asraf
ii. Hamzah
iii. Yahya Ismail
iv. Kassim Ahmad
v. Hashim Awang
vi. Shahnon Ahmad
vii. Sahlan Mohd. Saman
viii. Abdul Rahman Hanafiah
ix. Ramli Isin
x. Mohd. Yusof Hassan
2.2.3 Isui. Konsep Pertentangan Fungsi Seni
ii. Idealisme Formalistik
iii. Kaitan sastera dengan masyarakat
iv. Konsep sastera Islam / murni
v. Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
2/46
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
3/46
- Pengertian
- Unsur
- Fungsi pendekatan kemanusiaan.
1999
2. Kesusasteraan dianggap sebagai Cermin Masyarakat. Justeru itu, kesusasteraan
diterima sebagai satu dokumen sosial bagi masyarakat yang melahirkannya.a). Huraikan maksud penerimaan kesusasteraan sebagai satu dokumen sosial. (9 M)
b). Jelaskan bagaimana peristiwa atau latarbelakang masyarakat dapat menjadi bahan
bagi seseorang pengarang berkarya. (16 M)
Pendekatan Sosiologi.
(a).Dokumen sosial
(b)latarbelakang masyarakat
2000 Kritikan sastera di Malaysia ialah satu bidang yang baru dalam duniaKesusasteraan Melayu. Jelaskan tahap-tahap awal perkembangan kritikan sastera di
Malaysia, iaitu;
a). Sebelum perang dunia kedua (9 M)
b). Pada tahun-tahun 50-an (16 M)
Tahap (Sejarah Kritikan)
- Sebelum perang dunia
- tahun 50-an
2001
;2. Hashim Awang ialah salah seorang pengkritik dan penulis esei kesusasteraan
Melayu yang bergiat dalam bidang kritikan sastera pada tahun 1970-an. Kini beliau
adalah pengkritik sastera yang berwibawa. Merujuk kepada ketokohan beliau itu,
jelaskan perkara yang berikut
a). Lima aspek latarbelakang dan pendidikan beliau.(10 M)
b).Tiga sumbangan beliau kepada perkembangan ktirikan sastera di Malaysia. (15 M)
- latarbelakang dan pendidikan
- sumbangan2002
2. Pendekatan moral merupakan pendekatan yang tertua dalam dunia kritikan sastera.
a).Jelaskan maksud pendekatan moral [ 9]
b).Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan moral [16]
Pendekatan moral
-maksud
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
4/46
- prinsip
2003
Sahlan Mohd. Saman merupakan antara tokoh kritikan sastera tanah air Yang
terkemuka Huraikan pernyataan ini daripada aspek
a)Latar belakang beliau, dan [ 5]b).Empat sumbangan beliau terhadap dunia kritikan sastera [20]
Tokoh
Sahlan Mohd. Saman
- Latar belakang
- sumbangan
2004
Salah satu ciri kritikan sastera terawal di Malaysia ialah pujian dan Sanjungan
manakala dalam zaman moden, ciri kritikan telah dialihkan arahnya kepada teguran
dan saranan
(a)Huraikan lima alasan mengapa ciri-ciri pujian dan sanjungan dikatakan berkait rapat
dengan budaya Melayu itu sendiri .[10]
(b) Bincangkan lima kelebihan ciri kritikan teguran dan saranan [15]
Ciri Kritikan
- lima alasan mengapa ciri-ciri pujian dan sanjungan
- kelebihan ciri kritikan teguran dan saranan
2005
2. Bincangkan lima bentuk kritikan sastera sebelum era kritikan yang dirintis oleh
Aminuddin Baki. [25]
Tahap era sebelum zaman Aminuddin Baki
- lima bentuk kritikan sastera
2006
2. Pendekatan psikologi dikatakan memiliki keistemewaan tersendiri untuk berdiri
sebagai salah satu pendekatan kritikan sastera yang penting dan dinamis.
Berdasarkan penyataan ini, bincangkan unsur-unsur yang diberikan penekanan oleh
pengkritik dengan mengaitkan aspek pengarang, karya dan khalayak. [25] Pendekatan
psikologi
- unsur-unsur yang diberikan penekanan oleh pengkritik dengan mengaitkan aspekpengarang, karya dan khalayak.
2007
2.Kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1935.
Berdasarkan penyataan ini.
(a). Nyatakan penulis dan tajuk kritikan tersebut. [4]
(b). Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kritikan itu dianggap sebagai kritikan
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
5/46
kesusasteraan. [6]
(c). Huraikan tiga isi kandungan kritikan tersebut[9]
(d). Jelaskan dua kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan
Melayu [6] Tahap tahun 1935
- penulis dan tajuk kritikan- dua faktor
- isi kandungan kritikan
- kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu
KELEMAHAN DAN KEKUATAN CALON
1.0 Kelemahan Calon
Keseluruhan calon untuk peperiksaan STPM tidak berminat menjawab soalan genre
kritikan. Anggapan genre kritikan merupakan bahagian yang sukar menjadi kelaziman
di kalangan pelajar . Buktinya bilangan calon yang menjawab genre kritikan sastera
pada setiap kali peperiksaan STPM jumlahnya sangat kecil berbanding dengan soalan
sejarah perkembangan kesusasteraan melayu moden. Hasil analisa yang dibuat
berdasarkan jawapan calon pada setiap kali peperiksaan telah dikenalpasti kelemahan
lazim dalam jawapan calon antaranya.
1.1 Fakta jawapan yang diberikan tidak menepati skema jawapan yang disediakan oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia.
1.2 Huraian terlalu dangkal serta tidak menepati kiteria yang diperlukan oleh pihak
MPM.
1.3 Calon gagal mengemukakan contoh-contoh yang releven dan signifikan dengan
skema jawpan.
1.4 Jawapan yang diberikan terlalu dangkal, membuktikan calon tidak mempunyai
maklumat yang sepatutnya.
1.5 Jawapan calon tidak memperlihatkan kematangan menjawab terutama dari aspek
teknikal dimana jawapan tidak menepati kiteria jawapan yang melibatkan Fakta,
Huraian serta contoh.
1.6 Calon gagal memahami kehendak soalan, soalan yang dikemukakan agar mecabar
pemikiran calon.
2.0 Kekuatan Calon
Walaupun bilangan calon yang menjawab soalan genre kritikan ini kecil kuantitinya,
namun masih ada di kalangan calon yang memgemukakan jawapan yang mempunyai
kekuatan yang tersendiri. Antara kekuatan calon dalam bahagian genre kritikan ini
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
6/46
ialah,
2.1 Calon dapat mengemukakan fakta jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan.
2.2 Huraian yang diberikan detail serta menepati skema jawapan yang disediakan.
4.1 Strategi Menjawab
Bagi calon-calon yang berminat untuk menjawab soalan genre kritikan, strategi
menjawab sangat penting dikuasai calon. Jika sekiranya strategi menjawab yang
digunakan dengan betul dan tepat, maka jawapan yang di berikan akan menepati
skema jawapan yang disediakan oleh MPM. Berikut adalah maklumat penting strategi
menjawab bagi genre kritikan.
4.1.1 Asas Strategi menjawab
Jawapan yang hendak dikemukakan oleh calon dalam setiap soalan yang dikemukakanmestilah berpendukan pada
a. Fakta
b. Huraian
c. Contoh
4.1.2 Strategi Menjawab Mengikut Tajuk.
a. Ciri-ciri Kritikan
Berdasarkan soalan STPM tahun 2004, soalan yang dikemukakan memerlukan calon
mengemukakan alasan dan kelebihan ciri kritikan Pujian dan sanjungan serta ciri
kritikan teguran dan saranan.
Untuk menjawabnya calon mesti memahami budaya orang Melayu yang sering
menggunakan pujian dan sanjungan dalam kehidupan mereka. Justeru itu bagi
menjawab soalan ini calon mesti berfikiran kritis dimana calon perlu mengaitkan dengan
budaya orang Melayu seperi
b. Tahap Perkembangan Kritikan
Berdasarkan soalan STPM tahun 2000 dan 2005 calon dikehendaki mengemukakan
tahap perkembangan serta bentuk kritikan berdasarkan era antaranya sebelum perang
dan selepas perang serta zaman sebelum Aminuddin Baki.
Untuk menjawab soalan ini calon mestilah mempunyai maklumat tentang sejarahperkembangan kritikan di Malaysia yang melibatkan aspek-aspek seperti;
i. Tokoh yang terlibat
ii. Ciri-ciri kritikan pada era tersebut.
iii. Alasan kenapa kritikan era tersebut memenuhi ciri-ciri kritikan.
iv. Pendekatan yang digunakan.
v. Contoh karya kritikan yang ditulis.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
7/46
c. Tokoh Kritikan
Berdasarkan soalan STPM 2001 dan 2005, soalan tokoh biasanya akan melibatkan
aspek-aspek seperti, latarbelakang serta pendidiikan dan juga aspek sumbangan tokoh
dalam genre kritikan. Untuk menjawabnya, calon seharusnya memahami kehendak
soalan agar jawapan yang diberikan akan menepati kiteria yang ditetapkan oleh MPM.i. Latarbelakang tokoh:- antara maklumat yang perlu ada dalam jawpan calon ialah:
- Nama penuh
- Tarikh dan Tempat lahir
- Pendidikan
- Anugerah yang diperolehi
- Pendekatan yang digunakan dalam kritikan
ii. Sumbangan
-
Nota Komprehensif:
Fungsi Kritikan Sastera
Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik, kritikan
juga mempunyai tujuan serta fungsi yang tertentu:
i. Proses Berkarya
a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi membantu
pengarang menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca karya
kreatif (Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri sendiri
dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai
ii. Penghayatan Karya
a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati sesebuah karya kreatif (kupasan /
analisa)
b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti (menolong membezakan karyayang baik dan yang tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi perangsang dan mendidik orang ramai
supaya lebih giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang yang tidak sempat membacanya
iii. Dunia Kritikan
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
8/46
a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan
b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan sebagai satu disiplin ilmu yang boleh
membantu percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar kesusasteraan (Menolong
menghapuskan sebarang prasangka yang buruk terhadap sastera)d. Membantu menjadi jalan tengah di antara pembaca dengan penulis (Membaiki salah
faham di antara pengarang dengan pembaca)
KRITIKAN SARANAN
Menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi unsur-
unsur membina sesebuah karya sastera atau memberi alternatif dari segi teknik dan
sebagainya.Kritikan ini jelas akan mengalirkan nilai positif dan amat signifikan kepada
khalayak pembaca, pengarang dan kritikan sastera itu sendiri. Pengkritik sewajarnya
bertindak Secara objektif, prihatin dan profesional.
KRITIKAN PENDEKATAN
Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan dengan
menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan
itu merupakan ilmu atau Teori tertentu.
KRITIKAN PENGANALISISAN
Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang
sebenar, termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam
proses ini pengkritik akan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan
mendalam sama ada tentang bahasa, tema,plot perlambangan, nilai, sudut pandangan,
aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.
KRITIKAN PENILAIAN
Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks
sastera yang menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu
dapat ditentukan mutunya melalui kekuatan dan kelemahan yang terkandung didalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya
secara nyata.
Nota Ringkas Kritikan Sastera
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
9/46
Tajuk: Ciri-ciri Kritikan
Ciri Pendekatan
KRITIKAN PENDEKATAN
Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera Yang dilakukan denganmenggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas atau tinjauan
itu merupakan ilmu atau Teori tertentu.
Maksud:
Pendekatan bermaksud suatu proses atau cara mendekati ssesuatu.Ianya merupakan
usaha yang dirangka dalam aktiviti pengkajian atau kaedah untuk mencapai pengertian
tentang masalah penelitian.
Contoh:
1. PENDEKATAN INTRINSIK
2. PENDEKATAN EKSTRINSIK3. PENDEKATAN MORAL / AGAMA
4. PENDEKATAN PSIKOLOGI
5. PENDEKATAN SOSIOLOGI
KELEBIHAN / PERANAN
1. KAJIAN LEBIH BERVARIASI
Penggunaan pendekatan akan memudahkan pembaca memahami kritikan
2. MUDAH DIFAHAMI
Memungkinkan teks dikaji daripada beberapa aspek dengan kepelbagaian.
3. LEBIH WAJAR
Pendekatan memudahkan kajian dilakukan dan jelas.
4. PEMAHAMAN YANG BERKESAN
Pendekatan yang digunakan akan memberi kesan yang lebih mendalam
Ciri Penganalisisan
KRITIKAN PENGANALISISAN
Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang
sebenar, termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam
proses ini pengkritik akan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan
mendalam sama ada tentang bahasa, tema,plot perlambangan, nilai, sudut pandangan,
aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.
Maksud:
Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan
sebenarnya, termasuk menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian. Ianya juga
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
10/46
bererti pengkritik melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan.
KELEBIHAN / PERANAN
1. Pengkritik melihat sesuatu aspek secara rinci /mendalam
2. Pengkritik melihat teknik penulisan yang digunakan3. Pengkritik akan meninjau kepengarangan
4. Meneliti kecenderungan karya
Ciri Penilaian
KRITIKAN PENILAIAN
Kritikan yang dibuat dengan melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks
sastera yang menyangkut tentang mutu. Dalam kritikan ini sesuatu teks sastera itu
dapat ditentukan mutunya melalui kekuatan dan kelemahan yang terkandung didalamnya. Apa
Pun pengkritik tidak boleh bersikap bias / emosional atau memihak kepada mana-mana
Individu. Pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan dan kelemahan karya
secara nyata.
Maksud:
Kritikan yang dibuat dengan melakukan Pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks
Sastera yang menyangkut tentang mutu.
KELEBIHAN / PERANAN
1. Menentukan kekauatan atau kelemahan sesuatu karya sastera
2. mengetahui dan memahami banyak aspek
3. mengemukakan hujah dalam memberi justifikasi
4. jujur dan tidak bersikap bias
Sejarah Perkembangan Kritikan:
Kritikan Tahun 1950-an (Corak Kritikan ASAS 50)
Fakta 1: Kritikan berasaskan percanggahan falsafah berkarya.
H/C : Falsafah seni di antara Seni untuk masyarakat dengan Seni untuk seni telahmenambahkan kerancakkan dalam bidang kritikan kesusasteraan.
Seni untuk masyarakat telah didukungi oleh Asraf, A.Samad Ismail, Keris Mas
manakala seni untuk seni pula dianuti oleh Hamzah.
Fakta 2: Kritikan lebih mementingkan mesej,persoalan,pengajaran dan memberi
kesedaran.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
11/46
H/C : Kebanyakkan karya sastera yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50
inginkan karya sastera berarah,berfalsafah dan bermatlamatkan kesedaran masyarakat
pembaca.
Fakta 3: Kritikan turut menekankan Fungsi sosial
H/C : Karya sastera yang memberi tumpuan dan penekanan pada fungsi sosial akandilihat sebagai karya yang berjaya dan jika sebaliknya ianya akan di anggap
gagal.Kiteria inilah yang tidak dipersetujui oleh Hamzah, kerana baginya sastera
mestilah berfungsi mendidik dan menghiburkan.
Fakta 4: Kritikan menggunakan pendekatan Formalistik
H/C : Aspek-aspek gaya bahasa, plot dan perwatakan turut menjadi tumpuan untuk
dianalisis dalam kebanyakan kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50.
Fakta 5: Kritikan berkisar kepada pemasalahan keunggulan karya sastera.
H/C : Karya-karya sastera yang paling unggul ialah karya sastera yang secara totalnyamemihak dan membangunkan rakyat. Ini jelas dalam esei asraf yang berjudul Mencari
Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu (Mastika, Mei 1950).
Fakta 6: Kecenderungan bentuk kritikan kepada sesuatu ideologi atau pegangan
tertentu.
H/C : Kebanyakan esei kritikan yang ditulis berkisar pada ideologi tertentu iaitu sama
ada ideologi Seni untuk masyarakat ataupun Seni untuk seni.
Fakta 7: Kritikan-kritikan teori yang menintikberatkan permasalahan estetik sastera
tidak diterima.
H/C : Kritikan-kritikan yang agak terbuka dan membicarakan soal estetika karya sastera
tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana slogan ASAS 50 yang
lebih dominan telah menyebabkan kritikan tersebut ditolak. Dimana Hamzah yang
banyak membicarakan soal estetika karya sastera tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya dan kemudiannya dia telah disingkirkan daripada pertubuhan ASAS 50.
Fakta 8: Kritikan sastera tidak begitu tersusun dengan baik .
H/C :Persoalan dan idea tentang sastera sering dicampuradukkan dengan soal-soal
peribadi sehingga kritikan-kritikan sastera yang terhasil menjadi lebih bersifat krisis
peribadi.
SEJARAH PERKEMBANGAN KRITIKAN
ZAMAN SELEPAS PERANG (1960-1970 an)
Latarbelakang:
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
12/46
Kritikan sastera bertambah baik dan maju (walaupun sebenarnya ianya agak perlahan)
Namun jika diteliti menerusi aspek-aspek tertentu jelas
Kritikan sudah mulai diterima sebagai salah salah satu genre sastera.
Kritikan sastera pada era ini lebih bersifat teoritikal sudah ada arah tuju dan lebih
berdisiplin.
Aspek-aspek yang dinilai
1.Pertambahan bilangan penulis
Latarbelakang:
Terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidikan, profesion, ilmu dan pengalaman.
Golongan Pertama:
Golongan ini mendapat pendidikan secara formal dalam bidang
Kesusasteraan (termasuk bidang Kritikan)
Ciri-ciri Kritikan golongan pertama
Bersifat ilmiah (Kajian & Penelitian terperinci)
Dihasilkan dalam bentuk tesis, disertasi dan monografMerangkumi banyak genre
Lebih beragam
Menggunakan pendekatan Formalistik / struktural
Golongan kedua:
Golongan peminat sastera & Kritikan (tidak mendapat pendidikan secara formal dalam
bidang Kesusasteraan)
Ciri-ciri Kritikan golongan kedua
Dihasilkan dalam bentuk karangan pendek yang kurang penelitian
Kebanyakan dalam bentuk esei
Kurang daya analisis Disiarkan dalam majalah dan akhbar
Pendekatan terlalu subjektif / tidak bersifat impresionis
2.Keragaman/Variasi pendekatan
2.1 Pendekatan Sosiologi (warisan ASAS 50)
2.2 Pendekatan Formalistik
2.3 Pendekatan Struktural
2.4 Pendekatan Psikologi
Antara tokoh-tokoh kritikan yang menggunakan
Pendekatan di atas ialah:
Kassim Ahmad, Baharudin Zainal,Umar Junus ,Shahnon Ahmad, Hashim Awang,
Yahya Ismail, Ramli Isin.
3.Memiliki ilmu Kritikan khusus
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
13/46
3.1 Esei Kritikan Lebih teliti
3.2 Kebanyakkan kritikan bersifat kajian
3.3 Kritikan lebih terarah kerana terdapatnya penggunaan
pendekatan tertentu
3.4 Huraian / Analisis bersifat objektif
4.Ketelitian Kritikan yang ditulis
Memiliki Ilmu Kritikan Secara khusus
Ilmu Kritikan diajar diperingkat Universiti
(Universiti Malaya 1952 Singapura)
Universiti Malaya pindah ke Kuala Lumpur
Jabatan Pengajian Melayu.
DBP turut mengeluarkan majalah berkaitan dengan sastera.
5.Esei kritikan dibukukan
Karya kritikan dibukukan untuk bahan rujukan pelajar universiti menjadikannya sebagaitesis
Contoh:
Yahya Ismail (Menggunakan Pendekatan Sosiologi & Formalistik)
1. Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritikan 1 1967
2. Mengkaji Fiksyen 1967
3. Kesusasteraan Moden dalam Esei dan Kritikan 11 1968
Kassim Ahmad
1. Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah 1964
2. Jalan Pulang, Ranjau Sepanjang Jalan & Salina
2. Kritikan sastera di Malaysia pada tahap selepas kemerdekaan lebih maju dan tinggi
perkembangannya , berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan kritikan
sastera, iaitu
Skema Soalan 2.
Ceraian (a) Tahun-tahun 1960-an [16]
Fakta 1: Kritikan bertambah baik dan maju berbanding sebelumnya.
Huraian/Contoh: Pertambahan bilangan penulis yang semakin ramai terlibat dalam
penulisan kritikan menjelaskan yang bidang ini semakin maju.
Antaranya ialah Yahya Ismail yang tampil dengan pendekatan yang dikenali sebagai
pendekatan New Criticsm.
Fakta 2: Berlaku pertambahan bilangan penulis / pengkritik
Huraian/Contoh: Kebanyakan penulis/pengkritik datang dari pelbagai latarbelakang
sama ada yang mendapat pendidikan formal dalam bidang kesusasteraan ataupun
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
14/46
tidak.
Fakta 3: Keragaman dan variasi pendekatan yang digunakan dalam kritikan
Huraian/Contoh: Selain daripada penerusan / kesinambungan pendekatan sosiologi
yang digunakan sejak zaman ASAS 50 muncul beberapa pendekatan lain yang turutdigunakan oleh pengkritik yang mendapat ilmu dari Universiti tempatan mahupun luar
negeri.
Yahya Ismail tampil dengan pendekatan Formalistik, Hashim Awang pula dengan
pendekatan struktural.
Fakta 4: Ketelitian penulisan kritikan
Huraian/Contoh: Penulisan kritikan lebih teliti dan terperinci kerana bersifat kajian
kritikan lebih tersusun dan jelas serta bersifat objektif.
Umar Junus menggunakan Pendekatan Formalistik di mana beliau mengkritik puisi-
puisi melayu yang termuat dalam bukunya yang berjudul Perkembangan puisi Melayumoden.
Fakta 5: Pengkritik kebanyakkannya memiliki ilmu kritikan secara khusus.
Huraian/Contoh: Pembukaan Universiti Malaya dan perpindahannya ke Kuala Lumpur
membuka ruang kepada ramai pelajar mendapat ilmu berkaitan dengan kritikan.
Antaranya ialah Kassim Ahmad yang merupakan antara pengkritik yang cukup dominan
dalam tahun 1960-an.
Fakta 6: Karya/Esei kritikan yang ditulis oleh pengkritik mulai dibukukan /
didokumentasikan.
Huraian/Contoh: Karya/Esei yang dihasilkan oleh mahasiswa/siswi dibukukan untuk
tujuan rujukan yang kebanyakkannya dalam bentuk latihan ilmiah ataupun tesis.
Yahya Ismail menggunakan pendekatan formalistik dan sosiologi menghasilkan karya
yang berjudul Kesusasteraan Moden Dalam Esei dan Kritikan 1 tahun 1967.
Taburan markah:
1 isi = 4 markah (Fakta =2 markah, Huraian/Contoh = 2 markah)
4 isi x 4 markah = 16 markah
Skima ceraian (b) Pada tahun 1970-an [ 9]
Fakta 1:Pengkritik muncul dengan pendekatan baru
Huraian/Contoh: Terdapat diantara pengkritik yang berpeluang melanjutkan pelajaran
ke luar negara di peringkat sarjana. Kritikan di barat sudah berada pada tahap yang
maju dan berkembang serta diterima sebagai satu disiplin ilmu.
Hashim Awang tampil dengan pendekatan Psikoanalisis kerana terpengaruh dengan
teori yang dikemukakan oleh pakar psikologi Sigmund Freud.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
15/46
Fakta 2: Terdapat pengkritik yang menerapkan nilai-nilai agama
Huraian/Contoh Agama yang merupakan sebahagian sastera kerana ianya pernah
menjadi wahana dalam penyaluran nilai-nilai agama.
Kitab suci al-Quran merupakan karya sastera yang terlalu agung dan tinggi nilainya
yang tidak termampu untuk ditandingi manusia.
Fakta 3: Tercetusnya polemik di antara pengkritik
Huraian/Contoh Polemik tercetus akibat daripada para sarjana tidak bersetuju dengan
idea dan pendapat yang disuarakan berhubung dengan doktrin, falsafah dan teologi.
Antara polemik yang mencetus kontroversi dan berpanjangan ialah polemik antara
Shahnon Ahmad dengan Kassim Ahmad sekitar tahun 1982 berhubung dengan konsep
sastera Islam yang disiarkan dalam majalah Dewan sastera.
Fakta 4: Kritikan yang dihasilkan mulai terikat dengan etika.
Huraian/Contoh Pengkritik yang menghasilkan kritikan mulai memperlihatkan etikakritikan dengan bersifat jujur dan ikhlas. Kritikan tidak lagi menyentuh soal peribadi,
lebih bertanggungjawab, setiap pernyataan diikuti dengan hujah dan bukti-bukti yang
jelas dan kukuh.Antara karya kritikan yang dapat dilihat ialah karya Dharmawijaya iaitu
Nasionalisme dalam puisi-puisi melayu.
Fakta 5:Ilmu kritikan diterima sebagai satu cabang ilmu Kesusasteraan Melayu.
Huraian/Contoh: Ilmu kritikan diterima dan mulai diajar sebagai satu disiplin ilmu dalam
kesusasteraan melayu di Institutsi Pengajian Tinggi.
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan dan Universiti Sains Malaysia telah
memperkenalkan kritikan sebagai satu cabang ilmu.
Fakta 6: Penggunaan pendekatan-pendekatan baru.
Huraian/Contoh: Ramai pengkritik tampil dengan pendekatan-pendekatan baru yang
lebih tepat dan kegiatannya juga semakin berkembang.
Antara tokoh pengkritik baru yang tampil dengan pendekatan baru ialah Muhammad Hj.
Salleh dengan pendekatan puitika, Hashim Awang dengan pendekatan Estetika.
Fakta 7: Kritikan telah diperkatakan secara meluas dan mendapat perhatian pihak-pihak
tertentu.
Huraian/Contoh: Kegiatan kritikan telah menjadi bahan yang turut diperkatakan dalam
seminar dan juga mendapat perhatian daripada pihak-pihak tertentu.Pada tahun 1973 Seminar Kritikan Sastera telah diadakan di Johor Baharu yang
dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan.
Taburan markah:
1 isi = 3 markah (Fakta = 1 markah dan Huraian/Contoh = 2 markah)
3 isi x 3 markah = 9 markah
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
16/46
Perkembangan Tahun 1960-an
Skema cadangan:
Ceraian (a) Tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan kritikan sastera.
F1: Faktor penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Huraian/contoh: Telah melahirkan ramai tokoh-tokoh akademik dan pengkritik muda
yang menerima ilmu kritikan secara formal. Antaranya ialah Kassim Ahmad, Umar
Junus dsb.(m.s 698 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F2: Faktor perkembangan media massa dan media elektronik
Huraian/contoh: Kebanyakan akhbar dan majalah pada era ini menyediakan ruangan
khas untuk kritikan. Antara akhbar dan majalah yang prolifik menyiarkan kritikan ialah
Utusan Melayu, Berita Harian, Mastika dsb. .(m.s 698 Sejarah Kesusasteraan MelayuModen)
F3: Faktor Peningkatan sistem pendidikan
Huraian/contoh: perkembangan sistem pendidikan selepas negara mencapai
kemerdekaan telah menambah bilangan pembaca dan seterusnya melahirkan generasi
yang berminat dalam kritikan antaranya golongan pendidik, polis, kerani dsb. .(m.s 699
Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden)
F4: Faktor kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu
Huraian/contoh: Kritikan sastera mulai diterima sebagai satu disiplin ilmu yang tidak
kreatif tetapi deskriptif dan ilmiah sifatnya. Ini mendorong pihak universiti
memperkenalkannya sebagai satu kursus dalam pengajian. .(m.s 699 Sejarah
Kesusasteraan Melayu Moden)
F5: Faktor Pendekatan kritikan mula diamalkan
Huraian/contoh: Kritikan mulai dikerjakan secara formal dan ilmiah dengan pelbagai
pendekatan, dan ini membolehkan kritikan memiliki arah dengan natijah tertentu. Antara
pendekatan kritikan yang digunapakai seperti pendekatan Formalistik, Sosiologi danpendekatan moral.
F6: Kemunculan ramai penulis-penulis muda / perkembangan dalam bidang penulisan /
karya sastera yang dihasilkan semakin bertambah.
Huraian/contoh: Kesan langsung perkembangan sistem pendidikan, keghairahan
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
17/46
golongan muda berkarya, membuka ruang kepada perkembangan kritikan. Sebagai
contoh genre novel sekitar tahun 1960-64 yang diterbitkan hanya 31 buah, telah
meningkat menjadi 187 buah di sekitar tahun 1965 69. (m.s 70 Teori dan Pendekatan
Kritikan Sastera Moden oleh Mana Sikana)
F7: Pendedahan meluas terhadap kritikan sastera di peringkat antarabangsa / barat
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah
maksimum 9 markah
Ceraian (b) empat ciri Kritikan jurnalistik (m.s 699 -701 Sejarah Kesusasteraan Melayu
Moden)
F1: Kritikan yang belum cukup serius pengolahannya/ tidak cukup ilmiah
Huraian/contoh: Kritikan yang dilakukan hanya bersifat selenjang terbang tidak lengkap
dengan catatan atau catatan kaki serta bibliografi sebagai rujukan.
F2: Kebanyakkan disiarkan dalam ruang khas dalam akhbar dan majalah.
Huraian/contoh: Kebanyakan kritikan jurnalistik mendapat tempat dalam ruangan
sastera yang disediakan oleh kebanyakkan akhbar dan majalah antara suratkhabar dan
majalah yang menyiarkan kritikan jurnalistik ialah Utusan Melayu, Berita Minggu
F3: Tidak menggunakan pendekatan tertentu
Huraian/contoh:Pengkritik yang terlibat dalam menghasilkan kritikan pada era ini
kebanyakan tidak terdedah dengan teori dan pendekatan tertentu. Mereka terdiri
daripada peminat kesusasteraan yang kebanyakannya penulis lepasan sekolah
menengah. Antaranya seperti Keris Mas, A. Samad Said, M.Noor Azam.
F 4: Kritikan tidak analitis / pendek / kurang daya analitis
Huraian/contoh: Kritikan yang dihasilkan adalah dalam bentuk esei-esei pendek yang
yang disiarkan dalam suratkhabar. Ini kerana mereka belum didedahkan kepada teori,
pendekatan dan amalan kritikan secara formal.
F5: Pengkritik yang terlibat tidak menerima pendidikan secara formal.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
18/46
Huraian/contoh:Mereka terdiri dari kalangan peminat kesusasteraan Melayu yang
menulis hasil daripada pembacaan buku. Ada diantaranya bekerja sebagai kerani,
anggota polis, tentera. editor, pemberita dan pegawai tadbir.
F6: Kritikan jurnalistik ditulis dalam bentuk mudah seperti ulasan / resensi danpengenalan.
Huraian/contoh: Ianya berpunca kerana rangsangan yang kuat daripada editor akhbar
dan majalah demi memenuhi tuntutan selera pembaca semasa. Di samping wujudnya
persaingan dari segi pertambahan bilangan akhbar dan majalah berbahasa Melayu.
F7: Kritikan jurnalistik tidak memperincikan sesuatu hal perbincangan secara kritis.
Huraian/contoh:Bentuk kritikan sebegini memaparkan buah fikiran tentang karya atau
pandangan yang mereka tulis sesuai dengan tuntutan dan kehendak ruang akhbar yangterhad, begitu juga dengan jumlah audiensnya.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah huraian/contoh)
4 isi x 2 markah = 8 markah
maksimum 8 markah
Ceraian (c) dua pendekatan kritikan yang digunakan oleh pengkritik pada era
F1: Pendekatan Formalistik
Huraian/contoh: Pendekatan ini memberikan penekanan terhadap isi dan bentuk karya
sastera, dengan kata lain perhatian formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur
karya seperti plot, perwatakan, latar sudut pandangan dan lain-lain.
Yahya Ismail Kesusasteraan Melayu dalam Esei Kritikan I dan II
Mengkritik novel Rentung karya Shahnon Ahmad, Sisa
Laut oleh Wijaya Mala, Tak Ada Jalan Keluar oleh Suratman Markasan.
Hashim Awang - Cerpen Melayu Sebelum Perang Satu analisa tentang tema dan
struktur.
F2: Pendekatan Sosiologi
Huraian/contoh: Satu cara melihat karya sastera dengan mengaitkannya dengan
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
19/46
masyarakat. Mementingkan masyarakat kerana sastera adalah cerminan masyarakat.
Kassim Ahmad - Esei Kesusasteraan Melayu Baru dalam Masyarakatnya(Majalah
Bahasa) Beliau telah mengkritik novel Musafir karya Hassan Muhamad Ali.
Ramli Isin - Riak dan gelombang
F3: Pendekatan Moral
Huraian/contoh: Ukuran moral paling asas yang digunakan dalam kritikan sastera
adalah menolak karya-karya tidak bermoral dan sebaliknya menggalakkan pengolahan
dan penghasilan karya-karya bermoral sebagai contoh dan teladan kepada pembaca.
Baharuddin Zainal - mengkritik sajak Sidang Roh dan Penyairmu karya Kassim
Ahmad.
Mohd. Noor Azam - mengkritik cerpen Rindu Anak Pada Ayah karya Rokiah AbuBakar.
Pendekatan Estetika :
Definisi
Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan
Tentang teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam
Pengolahan dan persembahan khususnya kemahiran mencipta
Dan melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.
Tumpuan/Penekanan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam
pengolahan karya.
Ciri-ciri Karya Sastera sebagai karya Seni:
1. Menerangkan keindahan Sastera berdasarkan ciri-ciri keindahan bahasa.
2. Kesatuan karya Sastera itu dibina Atau dianyam Secara tersusun
3. Kerumitan karya Sastera itu berasaskan Isi dan unsur-unsur Bahasa yang digunakan
4. Karya sastera Yang baik atau bermutu Harus memiliki Kualiti dari Aspek
Gaya bahasa.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
20/46
Rumusan:
Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan
tafsiran pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan
atau disalingbaurkan dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan
pengalaman atau pendidikan Pengarang menghasilkan karya sastera yang indah dan
menarik.
Contoh & Karya:
Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah novel biasa
yang memaparkan Persoalan kemiskinan hidup petani menerusi watak Lahuma dan
Jeha, tetapi ianya menjadi indah dan menarik ditangan Shahnon Ahmad kerana
pengarangnya berupaya meninggalkan impak (kesan) kepada emosi, imaginasi dan
pengalaman pembacaan tentang nasib keluarga Lahuma dan Jeha. Shahnon juga
berupaya menguasai laras bahasa petani-mudah, tepu dengan perulangan dan ianya
adalah stail pengarang.
Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan
sebuah karya seni yang indah dan menarik. Antara penyair yang mendapat perhatian
Ialah: Usman Awang, Rahman Shaari, Lim Swee Tin, Kemala dan T. Alias Taib.mereka
amat prihatin dalam pemilihan diksi bagi memperoleh kepersisan, teliti dalam
pembinaan kalimat dan penggunaan simbol serta citra, di samping unsur rima dan
Ritmanya.
2. Mana Sikana merupakan tokoh kritikan tanah air yang yang terkenal
Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan sastera tanah air. [25]
Skema Jawapan
(a) Latar belakang
F1 : Nama sebenar Abdul Rahman Napiah.
F2 : Lahir pada 9 Oktober / 1945 di Bagan Serai Perak.
F3 : Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum, Bukit Chandan / Kuala Kangsar,
Perak.
F4 : Meyambung pelajaran di SM Izzuddin Shah, Ipoh (1959 1967)
F5 : Giat menulis sejak dibangku sekolah / pernah dilantik sebagai pengarang majalah
sekolah.
F6 : Mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1967-
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
21/46
1968)
F7 : Pernah mengajar di beberapa buah sekolah di Johor Baharu.
F8 : Aktif menulis skrip drama radio / TV ketika mengajar di Johor Baharu.
F9 : Melanjutkan pelajaran ke UKM / memperoleh Ijazah Sarjana Muda, Kelas Pertama
dalam bidang Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.
F10 : Menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.
F11 : Pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah / pensyarah drama di -Jabatan
Persuratan Melayu, UKM.
F12 : Kini bertugas di Universiti Nanyang, Singapura.
Pilih 5 isi sahaja.
1 isi = 1 markah.
5 isi X 1 markah = 5 markah.
(b) Sumbangan Karya
F1 :Mana Sikana banyak menulis kajian / kritikan sastera
Contoh:
Dalam Tema Kewujudan, dalam Dewan Sastera. Julai 1976
Sastera Islam dan Hubungannya dengan Sastera Melayu, dalam Dewan Bahasa,
Ogos 1976
Pengakuan dan Penyanggahan Resensi dan Kritikan, dalam Dewan Bahasa, April
1977.
Penyair-penyair Muktahir Malaysia Terbaik, dalam Sewan Bahasa, April 1978.
Kaktus-kaktus karya Kemala, dalam Dewan Bahasa, Disember 1979.
F2 : Banyak terlibat dengan polimik contohnya tentang sastera Islam / perkembangan
drama mutakhir / aliran sastera / karya-karya bercorak eksperimental.
Contoh
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
22/46
Pemikiran Islam dalam Sastera Melayu (1983)
Aliran dalam Sastera Melayu (1983)
F3 : Giat menulis drama pada awal 1975 hingga kini.Contoh
Apa-Apa (1981)
Jejak-jejak yang Hilang (1982)
F4 : Beliau juga aktif menulis karya kreatif
Contoh
Api di Lembah Ketibung (1981)
Api di Lembah Kecubung (1981)
Santau (1981)
F5 : Mana Sikana banyak menulis esei yang bersifat akademik
Contoh
Abzyz (1986)
Kritikan Sastera: Teori dan Kaedah (1986)
Perkembangan dan Perubahan Drama Melayu Moden (1989)
Teori Kesusasteraan Moden: Strukturlisme, Samaiotik, Stilistik, Psikoanalisis, Resepsi
dan Intertekstualiti (1990)
Sastera Melayu Moden: perubahan dan Tamadun (1991)
Pilih 5 isi sahaja.
1 isi = 4markah (2 markah Fakta, 2 markah contoh)5 isi X 4 markah = 20 markah.
ISU
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
23/46
Elemen-elemen yang akan diteliti :
1. Latar belakang (Sejarah)
Bila
Siapa
Di mana
2. Isu (Topik) Definisi
Tokoh yang terlibat
3. Contoh karya yang dihasilkan
1. PERTENTANGAN FUNGSI SENI
Latar belakang:
Tahun 1950-an / Era ASAS 50 wujud 2 kelompok yang memperjuangkan
konsep / falsafah Seni yang berbeza antara Seni untuk masyarakat seni untuk seni.
Di antara tokoh yang Terlibat:
Asraf dan rakan-rakan dengan Hamzah (wujud polemik antara mereka)Isu / Topik
Pertentangan konsep atau falsafah seni:(antara 2 falsafah seni)
Seni Untuk Masyarakat
Mementingkan fungsi sosial dan menekankan persoalan perutusan unsur didaktik dan
sastera harus berupaya menyedarkan masyarakat.
Seni untuk seni
Sastera adalah wahana yang berfungsi untuk mendidik serta memberi
Hiburan kepada khalayak pembaca. Dalam tradisi Yunani ianya
Menekankan keperluan keindahan atau estetika sama pentingnya
Dengan fungsi sosial, persoalan, mesej dan didaktik.
CONTOH:
Esei dan Kritikan
Asraf Disiarkan dalam Utusan Zaman &Majalah Mastika
Kritikan Sastera Hamzah disiarkan dalam Majalah Hiboran.
Kesusasteraan adalah cermin yang membayangkan masyarakat...
Sudah tiba masanya sekarang bagi angkatan Sasterawan tahun
50-an untuk menggambarkan dalam tiap karangan yang ditulisnya
Akan segala yang nyata sebagaimana yang terdapat dalam kalangan
Rakyat purba (Asraf, 1950:27-30)Gambaran-gambaran yang nyata tentang keadaan sehari-hari dan
Tentang dunia umumnya harus disertai dengan kupasan yang konkrit
Dan saintifik (Asraf, 1950:31-36)
Gambaran-gambaran yang nyata tentang keadaan sehari-hari dan
Tentang dunia umumnya harus disertai dengan kupasan yang konkrit
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
24/46
Dan saintifik (Asraf, 1950:31-36)
Dalam makalah yang bertajuk Dalam Memajukan Sastera, Hiburan
Bil. 159, 2 September 1950. Hamzah memperkuatkan pendirian dan
Sikapnya tentang kepentingan nilai estetik di samping nilai sosial dalam
Karya sastera,Sastera mempunyai bentuk, bentuk itu mengambil rupa sajak, cerita
Pendek, rencana dan lain-lainnya. Apabila mempunyai bentuk, bentuk
Ini berkehendakkan atau berhajat pada irama. Umpamanya irama
Sajak itu berlainan dengan irama cerita pendek, irama karangan yang
Romantik berlainan pada irama cerita-cerita realisme dan lain-lain lagi.
Kemudian di dalam tiap-tiap sastera pula mestilah mempunyai pengaruh
Pengaruh ini lahir dari pembawaan dan jiwa pengarang ini melahirkan
Isme-isme di dalam karangan mengadakan bentuk, irama dan karangan
...
Daripada 501 buah esei kritikan yang dihasilkan oleh pengarang ASAS 50,hampir 75 %
daripadanya membincangkan tentang fungsi seni sastera. Kebanyakkannya berpihak
kepada Seni untuk Masyarakat. Hamzah dan kelompok kecilnya terpinggir.
Isu ini cukup signifikan dalam jagat Kritikan Kesusasteraan Melayu dan ianya sama
penting dengan penubuhan ASAS 50 itu sendiri.
Kesan percanggahan falsafah seni ini menyebabkan penulisan esei dan kritikan yang
menggunakan teori kesusasteraan bertambah rancak dan dihasilkan dalam jumlah
yang banyak. Mutu eseinya juga meningkat.
IDEALISME FORMALISTIK
Latar belakang
Pendekatan yang tertua digunakan dalam jagat kritikan di Malaysia
Iaitu menerusi tulisan Keris Melayu tahun 1935. Ada pula pendapat
Yang menyatakan bahawa Aminuddin Baki yang memulakan kritikan
Formalistik apabila beliau mengkritik novel Korban Kesuciannya
Karya Keris Mas tahun 1949.
Penubuhan UM 1952 di Singapura turut menyumbangkan
Perkembangan penggunaan pendekatan Formalistik sabagai satuPendekatan dalam kritikan.
Pendekatan ini digunapakai secara serius dalam kritikan pada
1960-an.
Prof. Hashim Awang
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
25/46
Menamakan pendekatan Ini sebagai pendekatan Struktur:
Iaitu menilai aspek-aspek Formal yang terdapat dalam sesebuah karya
Sastera, seperti tema,Plot,watak, latar,s.pandangan dan G.bahasa.
Prof. Rahman Shaari
Dalam karya prosa Formalistik melihat perwatakan, plot,Gaya bahasa, nada danlatar.Bagi karya puisi pula aspek Bunyi, rentak dan gaya bahasa.
Yahya Ismail:
Pendekatan ini disebut juga Ontological criticism beliau adalah pendukung New
Criticsm Kritikan yang melihat karya Sastera sebagai karya sastera.
TOKOH & KARYA
Prof. Hashim Awang membicarakan novel Keluarga Gerilya Karya Pramodeya
Anantatur dengan penelitian rinci melihat unsur plot atau alur
Novel ini. Aspek plot yang dibicarakannya itu mencakupi aspek pemulaan,perumitan,Perkembangan, ketegangan, memuncak dan Peleraian. Perbincangannya
mantap sesuai dengan Konsep Formalistik.
Beliau turut menggunakan pendekatan Formalistik dalam kajiannya yang
bertajukcerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua. Satu Kajian Tentang
Tema dan Struktur.
Mohd. Affandi Hassan
Mengkritik novel Seroja Masih di Kolam oleh Adibah Amin beliau menyorot dari
persepektif watak. Beliau menganggap watak-wataknya lemah. Semasa membicarakan
jalinan plot novel Pertentangan karya S.Othman Kelantan, beliau menyatakan bahawa
pengemukaan peristiwanya melompat-lompat, tidak ada perpaduan yang rapat antara
satu sama lain. Jelas beliau menggunakan aspek intrinsik dalam tulisannya yang
berkaitan dengan struktur dalam Karya.
KAITAN SASTERA DENGAN MASYARAKAT
Dari perspektif sejarah, isu ini mula menyerlah dalam jagat kritikan Kesusasteraan di
tanah air kita seawal dekad 1950-an. Ianya ditandai dengan kemunculan ASAS 50.
Sasterawan yang mengasaskan ASAS 50 bergerak berteraskan Moto Seni untuk
Masyarakat.Isu perkaitan sastera dengan masyarakat menjadi semakin mantap dan
serius dalam dekad 1960-an terutamanya di tangan Kassim Ahmad, di mana beliaumemperlihatkan kemantapan dalam pengemukaan isi dan istilah dari aliran realisme
sosialis.Kesusasteraan merupakan wahana konkrit dalam bentuk dokumentasi yang
berupaya memberikan senario atau gambaran peristiwa masyarakat
Pada era mana pun.Sastera merakamkan segala aktiviti kegiatan manusia atau
masyarakat.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
26/46
Berbicara tentang kaitan sastera dan hubungannya dengan masyarakat bermaksud kita
meneliti karya sastera dan hubungannya dengan masyarakat
sama ada masyarakat tempat karya itu dilahirkan atau masyarakat yang menghasilkan
karya itu.
(Mastika, Julai-Ogos 1950)
Asraf:Kesusasteraan ialah lebih dari hanya bayangan sesuatu masyarakat
kesusasteraan tidak terpencil sendiri dalam suatu menara gading
yangIndah.Kesusasteraan dan masyarakat, kedua-duanya mempunyai pertalian yang
rapat dan tidak terpisah antara satu sama lainnya.
Kassim Ahmad:
Mengkritik novel Musafir karya Hasan Ali, Kassim Ahmad banyak memakai istilah
Sosiologi seperti kelas, Radikal, kapitalis, borjuis,Progresif dan proletaris.
Contoh Soalan:
2. Terdapat pelbagai isu dibicarakan dalam tulisan kritikan sastera.
(a) Nyatakan lima isu tersebut [10m]
(b) Huraikan tiga isu tersebut beserta peranannya. [15m]
Skema Jawapan
(a) Isu-isu
F1 : Konsep Pertentangan Fungsi Seni.
F2 : Idealisme Formalistik.
F3 : Kaitan Sastera dengan Masyarakat.
F4 : Konsep Sastera Islam.
F5 : Penggunaan Pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu.
Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 2 markah.
5 isi X 2 markah = 10 markah.
(b) Huraian isu
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
27/46
i. Isu Konsep Pertentangan Fungsi Seni
F1 : Isu ini bermula pada tahun 50-an ketika ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang
penulisan.
F2 : Pertentangan konsep ini adalah antara konsep Seni Untuk Masyarakat dan Seni
Untuk Seni.
F3 : Konsep Seni Untuk Masyarakat didukung oleh Ashraf manakala Hamzah Hussain
memperjuangkan Seni Untuk Seni. Hamzah dikatakan gagal dalam perjuangannya.
F4 : Konsep Seni Untuk Masyarakat merupakan hasil karya yang berlandaskan
masyarakat, memandangkan masyarakat ketika itu hidup miskin / tertindas.
F5 : Karya-karya yang memperkatakan tentang masyarakat disanjung tinggi keranakandungannya memperjuangkan cita-cita masyarakat.
F6 : Konsep Seni Untuk Seni menekankan keindahan dalam karya-karya.
F7 : Isu ini memainkan peranan penting dalam perkembangan sastera tanah air kerana
dengan adanya isu ini karya-karya betambah dan kedua-dua pihak bersaing untuk
menghasilkan karya yang terbaik.
ii. Isu Idealisme Formalistik
F1 : Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya menjadikan kritikan lebih
berdisiplin dan berilmu seperti Syed Husin, Ali Ahmad, Hassan Ahmad dan juga Baha
Zain.
F2 : Kritikan ini dimantapkan lagi dengan kemunculan Hashim Awang, Shahnon
Ahmad, dan Yahya Ismail yang mirip kritikan ala barat.
F3 : Kritikan lebih menitikberatkan keseimbangan antara persoalan dan estetik.
F4 : Peranan penting kritikan yang membabitkan isu ini ialah kritikan yang dilakukan
dengan lebih mendalam jika dibandingkan dengan kritikan zaman Aminuddin Baki pada
tahun 40-an.
F5 : Kritikan ini tertumpu kepada intrinsik seperti tema / persoalan/ watak / latar dsb.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
28/46
F6 : Kritikan ini bersifat objektif / tidak dipengaruhi unsur lain seperti latar belakang
pengarang.
iii. Isu Kaitan Sastera Dengan Masyarakat
F1: Bermula ketika perjuangan ASAS 50.
F2 : Slogan Seni Untuk Masyarakat lebih mementingkan masyarakat dalam karya.
F3 : Contoh tulisan Ashraf ialah Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu.
F4 : Kassim Ahmad mengkritik Ranjau Sepanjang Jalan, dan Meditasi. Kassim
Ahmad menganggap Ranjau Sepanjang Jalan agak aneh kerana tidak menepati realiti
hidup petani. Beliau menganggap karya ini bernada pesimis.
F5 : Kassim Ahmad juga menganggap sajak Sungai Mekong tidak bermanfaat kepada
masyarakat.
F6 : Pengarang akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan karya-karya mereka
seterusnya. :
F7 : Isu ini lebih menekankan realiti masyarakat dan sesuai untuk membentuk corak
hidup masyarakat.
iv. Isu Konsep Sastera Islam
F1 : Isu ini ketara pada akhir tahun 1970-an dan 1980-an.
F2 : Isu ini dimulakan oleh Shahnon Ahmad dalam tahun 1977 dengan gagasan
bersastera mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah / tiada yang lain melainkan
Allah.
F3 : Shahnon berpendapat sastera merupakan salah satu amalan manusia supaya
manusia sentiasa merealisasikan dirinya sebagai hamba / khalifah Allah.
F4 : Tercetus polimik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berhubung konsep
sastera Islam; polimik tertumpu kepada sifat, definisi dan fungsi kesusasteraan Islam.
F5 : Bagi Kassim Ahmad seni sastera Islam ialah seni yang dicipta oleh manusia
dengan menggunakan bahasa dan mengandungi keindahan / kebenaran / kebaikan
serta nilai estetik.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
29/46
F6 : Isu ini penting dalam karya kerana telah mendapat reaksi dan penilaian beberapa
tokoh agama seperti Dr. Mohd Kamal Hassan dan Dr. Ismail Ibrahim.
v. Isu Penggunaan pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu
F1 : Isu ini timbul dalam arus kritikan sastera di Malaysia sekitar awal 1970-an.
F2 : Tokoh yang lantang menyuarakan pendekatan kritikan Barat ini ialah Yahya Ismail
yang baginya, sastera Melayu harus belajar dari Barat yang merupakan kerabat
kesusasteraan dunia.
F3 : Pengkritik-pengkritik yang berpegang kepada prinsip ini mahu memindahkan teknik
kritikan Barat dengan harapan mahu melihat sastera Melayu melepaskan diripada dari
cengkaman kebangsaan yang sempit.
F4 : Pendapat ini telah mendapat tentangan hebat penulis/pengkritik Malaysia dan
tokoh yang paling lantang ialah Shahnon Ahmad yang berpendapt bahawa sastera
Melayu mempunyai nilai, budaya, sejarah dan ukuran tersendiri.
F5 : Sebelum 1970-an Kassim Ahmad dan Pena Patriot cuba menggemukakan
pendekatan realisme sosialis yang menjurus kepada melahirkan sisitem masyarakat
sosialis.
F6 : Isu ini penting dalam perkembangan sastera tanah air kerana telah mencetuskan
konsep kesusasteraan nasional Malaysia seperti yang disarankan oleh Ismail Hussein.
Menurut Ismail Hussein kesusasteraan Malaysia mestilah berbahasa Malaysia dan
menunjukkan kehidupan bercorak Malaysia.
1 isu maksimum 5 markah.
1 Fakta = 1 markah
5 Fakta X 1 markah X 3 isu = 15 markah
2. Kehadiran isu kritikan dalam jagat kesusasteraan Melayu menjadikan situasikesusasteraan bangsa kita semakain rancak dan menyerlahkan petanda-petanda yang
baik dan matang. Bertitik tolak pada dekad 1950-an sehingga ke penghujung dekad
1990-an dapat dikenal pasti sekurang-kurangnya lima isu yang cukup releven dan
signifikan dalam jagat kritikan kesusasteraan. Antaranya isu pertentangan fungsi
sastera, isu idealisme formalistik dan juga isu sastera Islam.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
30/46
Berdasarkan penyatan dia atas,
(a) nyatakan tokoh-tokoh pengkritik yang terlibat dalam memperkatakan isu-isu di atas.
[6]
(b) Huraikan isu-isu di atas yang telah menjadi polemik di kalangan tokoh-tokohpengkritik di atas [12]
(c) Bincangkan kepentingan isu isu di atas dalam perkembangan kritikan sastera di
Negara kita. [7]
Skema jawapan
(a) Tokoh-tokoh pengkritik yang memperkatakan isu-isu dalam kritikan
i. Isu Pertentangan Fungsi SeniFakta 1: Asraf (1 markah)
Fakta 2: Hamzah (1 markah)
ii. Isu Idealisme Formalistik
Fakta 1: Yahya Ismail (1 markah)
Fakta 2: Hashim Awang (1 markah)
iii. Isu Sastera Islam
Fakta 1: Kassim Ahmad (1 markah)
Fakta 2: Shahnon Ahmad (1 markah)
6 isi
1 isi = 1markah
6 isi x 1 markah = 6 markah (6 markah)
(b) Huraikan isu-isu di atas yang telah menjadi polemik
i. Isu Pertentangan Fungsi Seni
Fakta 1: Asraf tampil dengan falsafah Seni Untuk Masyarakat
Huraian/Contoh: Mementingkan fungsi sosial dan menekankan persoalan / perutusan
unsur didadktik dan sastera harus berupaya menyedarkan masyarakat.
Ini terbukti menerusi esei tulisannya bertajuk Mencari Pembaharuan
dalam Kesusasteraan Melayu, Mastika , Mei 1950.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
31/46
Fakta 2: Hamzah tampil dengan falsafah Seni Untuk Seni
Huraian/Contoh : Sastera adalah wahana yang berfungsi untuk mendidik serta
memberikan hiburan kepada khalayak pembaca. Dalam tradisi Yunani
ianya menenkankan keperluan keindahan atau estetika sama pentingnyadengan fungsi sosial, persoalan, mesej dan didaktik.
Adakah Kesepian di dalam Kesusasteraan Kita, Majalah Hiboran.
ii. Isu Idealisme Formalistik
Fakta 1: Hashim Awang menamakannya sebagai pendekatan struktur
Huraian/Contoh: Kecenderungan pendekatan ini menelusuri unsur-unsur dalaman atau
struktur yang membina sesebuah karya sastera. Kenyataan ini diperjelaskan oleh beliau
dalam bukunya yang bertajuk Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah.
Fakta 2: Yahya Ismail menamakannya sebagai pendekatan ontologikal (New Criticsm)
Huraian/Contoh: Pendekatan ini melihat aspek yang membina sesuatu karya sastera
dengan memadukan unsure-unsur ekstrinsik dengan unsure-unsur
intrinsik. Kupasan beliau ini dimuatkan dalam bukunya berjudul Kesusasteraan Melayu
Dalam Esei dan Kritikan I & II.
iii. Isu Sastera Islam
Fakta 1: Sahnon menegaskan sastera Islam adalah dari segi lahiriah dan batiniah
Huraian/Contoh: Mencakupi fenomena dalam karya, latarbelakang aspirasi dan nawaitu
pengarangnya serta berpaksikan ketauhidan dan keimanan pengarang. Contohnyakertas kerja Shahnon bertajuk Kesusasteraan : Antara yang
Hak dengan Batil.
Fakta 2: Kassim memberatkan logik dan berpendapat sastera Islam bersifat sejagat
Huraian/Contoh: Sastera Islam bersifat sejagat dan ianya boleh menerima nilai-nilai
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
32/46
universal . Justeru itu, sastera Islam boleh ditampilkan oleh pengarang
bukan Islam asalkan ianya mempunyai nilai-nilai agama Islam.
Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, 1987
Polemik Sastera Islam, K.L, DBP.
6 isi1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
6 isi x 2 markah = 12 markah (12 markah)
(c) Kepentingan isu-isu di atas dalam perkembangan kritikan
Fakta 1: Melahirkan ramai golongan pengkritik baru.
Fakta 2: Merancakkan lagi dunia kritikan / jagat kritikan
Fakta 3: Menyerlahkan lagi bidang kritikan sebagai satu disiplin ilmu.
Fakta 4: Kritikan Sastera mulai mendapat tempat dalam jagat Kesusasteraan dan
diterima sebagai satu genre sastera.
Fakta 5: Membantu menjelaskan senario sebenar tentang sesuatu isu yang menjadi
polemik.
Fakta 6; Menyuburkan minat masyarakat kepada genre kritikan sastera sebagai satu
disiplin ilmu.
Fakta 7: Memupuk minat membaca di kalangan pembaca akhbar dan majalah
berhubung dengan ilmu kritikan.
Fakta 8: Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada pembaca yang berminat
dengan kesusasteraan.
Fakta 9: Membetulkan salah faham yang timbul berhubung dengan sesuatu isu yang
menjadi polemik di kalangan pengkritik.
Perlu 7 isi sahaja1 isi = 1 markah
7 isi x 1 markah = 7 markah (7 markah)
Pendekatan Agama
Pendekatan agama ialah satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada sebuah karya
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
33/46
sastera untuk dijadikan contoh dan teladan bagi Pembaca.
Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing masyarakat
Pembaca/audeins dan Memberi Pengajaran berteraskan Ajaran agama.
Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan tuhan danditurunkan melalui Kitab / sunnah nabi bagi menentukan Kebaikan dan Keburukan.
Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, Para peneliti dan Pemina sastera
meletakkan bahawa sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki
Nilai-nilai agama berdasarkan ajaran dalam kitab / sunnah nabi.
Ciri-ciri Pendekatan Agama:
Sesebuah karya sastera yang mempunyai nilai-nilai agama harus disanjung.
Mementingkan isi(berteraskan ajaran agama) daripada bentuk
Menganalisis karya dari sudut pengajaran atau didaktiksme
Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agama berteraskan
kitab al-quran dan hadis
Pendekatan ini turut mengambilkira dasar-dasar agama mementingkan nilai-nilai dan
norma masyarakat
Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman
Contoh Kritikan Pendekatan Agama:
Kritikan Suhor Antarasaudara (Dewan Sastera, Febuari 1976:33-35) Beliau mengkritik
kumpulan sajak Penemuan karya A. Wahab Ali kritikannya bukan sahaja menunjukkan
nilai-nilai positif yang berhubungan dengan Islam tetapi menegur penyairnya apabila
wujud aspek yang dianggap bertentangan atau tidak releven dengan ajaran Islam.
Shahnon Ahmad turut mengkritik menggunakan pendekatan agama Ini dapat dilihat
menerusi kritikan beliau terhadap novel Salina karya A.Samad Said. Shahnon Ahmad
berusaha menerapkan pendekatan agama dalam mengkritik watak dan perwatakan Siti
Salina sebagai insan yang ...kekosongan iman yang membiarkan dirinya berada dalam...
kemabukkan rasaa dan sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah
pelacuran di samping...menyimpan jantan iaitu Abdul Fakar.
Perbandingan antara Pendekatan Moral & Agama
Perbezaan:
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
34/46
1. Nilai dan norma moral ditentukan oleh sesuatu masyarakat
2. Nilai dan norma agama ada kaitannya dengan peraturan dan hukum-hakam agama
yang ditetapkan oleh tuhan.
3. Nilai dan norma moral tidak seragam dan berbeza-beza pula mengikut tempat,masa
dan masyarakat.
4. Nilai dan norma agama relevan pada era apa pun dan di mana sahaja.
Persamaan
1. Matlamat kedua-duanya menjurus kepada kebaikan nahi mungkar
2. Mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
3. Cenderung memberi nasihat / pengajaran kepada khalayak pembaca.
PENDEKATAN ESTETIKA/KEINDAHAN
Pendekatan estetika ini bermula sebagai satu cabang Disiplin ilmu lingkuistik yang mula
berkembang di Benua Eropah pada penghujung abad ke-19 dan Awal abad ke-20.
Dimana nilai sesebuah karya sastera dilihat dariSudut keberkesanan penggunaan stailistik atau Gaya bahasa sebagai aspek keindahan
dalam Sesebuah karya sastera.
Genre Sastera mempunyai
Nilai-nilai estetika atau keindahan
Yang tersendiri:
Sastera adalah karya seni yang mempunyai keindahan
Keindahan adalah bersifat subjektif
Pentafsiran berasaskan Perasaan & kejiwaan seseorang
Keindahan turut melibatkan Teknik dan aspek gaya Bahasa.
DEFINISI
Menurut Prof. Hashim Awang Kesusasteraan yang menggunakan PendekataN Estetika
di mana karya Sastera dianggap sebagai hasil seni Perbincangan dan penilaian
keseluruhannya berkisar pada unsur-unsur seni yang terdapat dalam karya.
Pengetahuan yang luas tentang Estetika iaitu yang membicarakan tentang teknik
penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam pengolahan dan persembahan khususnyakemahiran mencipta dan melahirkan bentuk-bentuk baru terutama dalam bahasa.
Tumpuan:
1. Kesan keindahan, pengalaman, perasaan, imaginasi dan
wawasan.
2. Memahami dan menghayati keindahan penggunaan gaya
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
35/46
bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sastera.
3. Keindahan dan keistemewaan, ketrampilan pengarang dalam
pengolahan karya.
Ciri-ciri Karya Sastera Subjektif
Menerangkan keindahan sastera berdasarkan ciri-ciri Keindahan Bahasa.
Kesatuan karya sastera itu dibina atau dianyam secara tersusun kerumitan karya
sastera itu berasaskan Isi dan unsur-unsur bahasa yang digunakan
Karya sastera yang baik atau bermutu harus memiliki kualiti dari aspek Gaya bahasa.
Karya sastera adalah rakaman pengalaman kehidupan Insan di sarwajagat ini dengan
tafsiran pengarangnya. Ianya merupakan cerita-cerita biasa. Akan tetapi ia dijanakan
atau disalingbaurkan dengan daya imaginasi, kreativiti dan disesuaikan pula dengan
pengalaman atau pendidikan Pengarang menghasilkan karya sastera yang indah dan
menarik.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah novel biasa
yang memaparkan persoalan kemiskinan hidup petani menerusi watak Lahuma dan
Jeha, tetapi ianya menjadi indah dan menarik ditangan Shahnon Ahmad kerana
pengarangnya berupaya meninggalkan impak (kesan)kepada emosi, imaginasi dan
pengalaman pembacaan tentang nasib keluarga Lahuma dan Jeha. Shahnon juga
berupaya menguasai laras bahasa petani-mudah, tepu dengan perulangan dan ianya
adalah stail pengarang.
Dalam Puisi aspek gaya bahasa dimanipulasikan dengan baiknya untuk menghasilkan
sebuah karya Seni yang indah dan menarik.antara penyair yang mendapat perhatian
Ialah:
Usman Awang, Rahman Shaari, Lim Swee Tin,Kemala dan T. Alias Taib Mereka amat
prihatin dalam pemilihan diksi bagi memperoleh kepersisan, teliti dalamPembinaan
kalimat dan penggunaan simbol serta citra, di samping unsur rima dan ritmanya.
2. Kritikan telah menjadi satu daripada genre penting dalam kesusasteraan Melayu,
dikerjakan secara formal dan ilmiah dengan pendekatan-pendekatan yang pelbagai danditentukan (juga diterima) supaya setiap tulisan memiliki arah dengan natijah tertentu
juga. Hanya dengan mengamalkan pendekatan tertentu sahaja maka kesusasteraan
kita dapat dipastikan peningkatannya. (Petikan , Sejarah Kesusasteraan Melayu, hlm.
703)
Berdasarkan petikan di atas.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
36/46
a). Namakan dua pendekatan dan nama pengkritik yang paling awal digunakan dalam
jagat kritikan di Malaysia. [4]
b). Berdasarkan salah satu pendekatan yang anda nyatakan di atas, huraikan
i. Maksud [4]
ii. Ciri-ciri [4]
iii. Tokoh dan contoh karya [4]
c). Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan jelas dapat meningkatkan lagi mutu
kesusasteraan Melayu. Buktikan. [9]
Skema pemarkahan:
a). Namakan dua pendekatan dan nama pengkritik yang paling awal digunakan dalam
jagat kritikan di Malaysia.
Pendekatan Tokoh
i. Pendekatan formalsitik Aminuddin Baki
ii. Pendekatan Sosiologi Asraf
b). Berdasarkan salah satu pendekatan yang anda nyatakan di atas, huraikan
i. Maksud [4]
ii. Ciri-ciri [4]
iii. Tokoh dan contoh karya [4]
a. Pendekatan Formalistik
i. Pendekatan Formalistik (maksud)
F1 : Kritikan yang meneliti binaan sesebuah karya dari segi aspek instrinsik.
F2 : Binaan dalamanan sesebuah karya sastera atau struktur binaan sesebuah karya
F3 : Karya prosa aspek yang diteliti melibatkan aspek latar, gaya bahasa, plot dan
tema.
F4 : Karya puisi aspek yang diteliti melibatkan aspek, rentak, gaya bahasa, bentuk dan
juga struktur.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
37/46
Pilih 2 isi sahaja.
1 isi = 2 markah
ii. Ciri-ciri Pendekatan Formalistik
F1 : Tema, rumusan atau persoalan yang dibuat selepas tamat membaca sesebuah
karya.
F2 : Memberi penekanan terhadap isi dan bentuk karya sastera yang juga dikenali
dengan istilah ekstrinsik dan intrinsik.
F3 : Perhatian pendekatan formalistik adalah terhadap persoalan dan struktur karya
seperti plot, perwatakan latar, sudut pandangan dan lain-lain.
F4 : Melihat struktur atau bentuk karya mengikut lunas-lunas tertentu seperti tema, plot,watak, gaya bahasa dan beberapa unsur lain.
F5 : Melihat keharmonian / kesesuaian aspek-aspek intrinsik yang membina sesebuah
karya sastera.
Pilih 2 isi sahaja.
1 isi = 2 markah
iii. Tokoh dan contoh karya
F1 : Yahya Ismail Mengkritik novel Lambak karya Zaid Ahmad
H/C1 : Tumpuan terhadap isi cerita, watak walau bagaimanapun ia turut menyentuh
aspek simbolisme. Beliau menganggap aspek gaya bahasa dan teknik novel ini berhasil
Teknik naratif yang digunakan lebih mudah bagi mengawal perjalanan cerita.
F2 : Hashim Awang- Mengkritik novel keluarga Gerilya oleh Pramoedeya Anantateor.
H/C2 : Struktur binaan yang menjadi tumpuan ialah aspek plot, signifikan dengan nama
pendekatan struktural. Beliau melihat sudut plot, menurut beliau novel tersebut plotnya
terbahagi kepada tujuh peringkat, peringkat-peringkatnya ialah permulaan, pertikaian,
perumitan, perkembangan, tegangan, kemuncak, tegangan akhir dan peleraian.
b. Pendekatan Sosiologi
i. Maksud pendekatan Sosiologi
F1 : Setiap hasil karya sastera mestilah bersifat cerminan masyarakat.
F2 : Karya sastera aperlu menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat tanpa
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
38/46
sebarang usaha pemalsuan.
F3 : Pendekatan ini juga melihat sastera sebagai dokumentsi sosial yang merekodkan
gegala peristiwa.
Pilih 2 isi sahaja.
ii. Ciri-ciri Pendekatan Sosiologi
F1 : Menjadikan kehidupan masyarakat dan dirinya sebagai bahan untuk berkarya.
H/C1 : Novel Empangan karya Zakaria Ali menceritakan pengalamannya semasa
belajar di Amerika Syarikat & kehidupan Masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.
F2 : Sastera merakamkan kehidupan masyarakat
H/C2 : Pengarang akan merancang dan membangunkan peristiwa dan pengalaman
yang dikutip daripada masyarakat kemudiannya dengan unsur-unsur sastera
seperti gaya bahasa, emosi, intelek, imaginasi dan teknik ianya dikembangkan menjadisebuah karya sastera.Contoh: Cerpen Perjalanan Yang Tak Direncanakan Razak
Mamat.
F3 : Penyusunan peristiwa dan pengalaman
H/C3 : Menerusi kreativiti , imaginasi dan kehendak pemikiran pengarang kehidupan
sesebuah masyarakat yang dibawa masuk ke dalam karya sastera akan ditokok
tambah dan akan disesuaikan dengan kehendak pengarang contoh:Drama Lawyer
Dahlan karya: Shahrom Hussein
F4 : Pengarang tidak boleh menghasilkan karya hanya menerusi imaginasi/ khayalan
sahaja.
H/C4 : Pengarang seharusnya merujuk kepada masyarakat yang akan menjadi latar
cerita barulah karya yang dihasilkan akan menjadi lebih realistik dan menarik.
Contoh: Cerpen Nagasaki Abdullah Hussein.
iii. Tokoh dan contoh karya
F1 :
c). Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan jelas dapat meningkatkan lagi mutukesusasteraan Melayu. Buktikan.
F1 : Memperbaiki atau meningkatkan mutu karya sastera
H/C1 ; Pendekatan yang digunakan yang turut melibatkan penggunaan ilmu tertentu
boleh memberi impak kepada penulis, dimana penulis boleh mengambil pengajaran
terhadap aspek-aspek yang lemah. Contohnya kritikan yang dihasilkan oleh Hashim
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
39/46
Awang menjadi rujukan kepada golomngan penulis.
F2 : Dapat mendorong / melahirkan aliran baru / menggiatkan pelbagai ragam / stail
penulisan.
H/C2 : Pengkritik bukan hanya menegur, tetapi turut memberikan saranan, senario ini
boleh membantu penulis mencuba sesuatu yang baru. Seperti kritikan yang dibuat olehYahya Ismail.
F3 : Berfungsi menganalisis, menghurai, menilai karya sastera.
H/C3 : Penggunaan pendekatan tertentu dalam kritikan akan memboleh pengkritik
menganalisis sesebuah karya dengan lebih terperinci dan ini akan membolehkan
penulis mengenalpasti kelemahan atau kekuatan sesebuah karya sastera dari setiap
aspek.
Nota: Lain-lain tokoh juga diterima.
Pilih 1 isi sahaja
1 isi = 4 markah ( 2 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
2. Pendekatan agama merupakan salah satu pendekatan yang semakin popular dalam
dunia kritikan di tanah air kita.
(a) Jelaskan maksud pendekatan agama [4]
(b) Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan agama [12]
(c) Jelaskan kepentingan pendekatan agama dalam genre kritikan [9]
______________________________________________________________________
__
Skema Jawapan:
(a) Jelaskan maksud pendekatan agama
Fakta 1: Pendekatan agama ialah Satu kaedah mencari nilai-nilai agama daripada
sesebuah karya sastera untuk dijadikan contoh dan teladan bagi pembaca.
Fakta 2: Pendekatan agama dalam Kritikan sastera bertujuan untuk membimbing
masyarakat pembaca/audeins dan memberi pengajaran berteraskan ajaran agama.
Fakta 3: Dalam pengertian Falsafah ,agama ialah satu konsep yang telah dirumuskan
tuhan dan diturunkan melalui kitab / sunnah nabi bagi menentukan kebaikan dan
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
40/46
keburukan.
Fakta 4: Apabila agama dikaitkan dengan kesusasteraan, para peneliti dan peminat
sastera meletakkan bahawa sesebuah karya yang baik itu haruslah memiliki nilai-nilai
agama berdasarkan ajaran dalam kitab / sunnah nabi
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah (2 markah fakta)
2 isi x 2 markah = 4 markah
(b) Huraikan empat prinsip kritikan pendekatan agama
Fakta 1: Sesebuah karya sastera yang mempunyai nilai-nilai agama harus disanjung
Huraian/contoh: Karya sastera yang isi ceritanya menekankan nilai-nilai agama iaitu
nilai-nilai baik yang termaktub dalam ajaran agama akan mendapat pengiktirafan
sebagai sebuah karya yang baik. Pengiktirafan panel penilai terhadap novel Mereka
Yang Tertewas karya Hasanudin Md. Isa yang mempunyai nilai-nilai agama telah
meletakkan buku itu sebagai novel bercirikan Islam.
Fakta 2: Mementingkan isi(berteraskan ajaran agama) daripada bentuk
Huraian/contoh: Aspek isi ialah cerita dan persoalan yang dipaparkan dalam karya. Isi
karya pula ditentukan oleh corak dan aliran masyarakat waktu itu, lebih-lebih lagi
persoalan yang menjadi topik semasa. Sastera yang mempunyai nilai-nilai agama
adalah sastera yang dianggap bermutu dari segi isinya.
Fakta 3: Menganalisis karya dari sudut pengajaran atau didaktiksme dalam agama
Huraian/contoh: Didaktik dalam sastera ialah karya yang mengandungi unsur-unsur
pengajaran yang boleh memandu para pembaca ke suatu arah dan tujuan yang
berguna. Dari prinsip itu, kesusasteraan mempunyai suatu tanggungjawab etika iaitu
alat untuk memperbaiki masyarakat dari sudut agama.
Fakta 4: Mempunyai dasar atau norma-norma yang ditetapkan oleh ajaran agamaberteraskan kitab al-quran dan hadis
Huraian/contoh: Karya sastera sebagai sumbangan bagi meninggikan
adab/kemanusiaan dari sudut agama.
Fakta 5: Pendekatan ini turut mengambilkira dasar-dasar agama
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
41/46
Huraian/Contoh: Dalam kritikan tempatan ajaran agama islam turut diberi penekanan,
elemen-elemen yang berkaitan dengan dasar-dasar agama seperti yang termaktub
dalam kitab.
Fakta 6: Nilai-nilai agama tidak statik dan bersifat dinamis sesuai sepanjang zaman
Huraian/Contoh: Perubahan nilai masyarakat terus terjadi dan ianya turut
mempengaruhi karya-karya sastera yang mana didalamnya turut memuatkan nilai-nilai
agama yang sesuai sepanjang zaman.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta dan 2 markah huraian / contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah (12 markah)
(c) Jelaskan kepentingan pendekatan agama dalam genre kritikan
Skema Jawapan:
Fakta 1 : Menjurus kepada kebaikan / nahi mungkar dan kesejahteraan hidup
masyarakat.
Huraian/contoh: Pengkritik yang menggunakan pendekatan agama akan menjurus /
menilai aspek yang dianggap bertentangan atau tidak releven dengan ajaran
Islam.Contoh Kritikan oleh Suhor Antarasaudara yang menegur penyair-penyair yang
tidak menunjukkan nilai-nilai positif menurut ajaran Islam.
Fakta 2: Memberi nasihat kepada khalayak masyarakat
Huraian/contoh: Nasihat yang berteraskan ajaran agama agar para penulis tidak
terpesong dari segi akidah dan pegangannya. Contohnya Shahnon Ahmad yang pernah
mengkritik sajak-sajak Kassim Ahmad yang bertajuk Sidang Roh dan Iman.
Fakta 3: Menentukan karya sastera yang mempunyai elemen-elemen agama.
Huraian/contoh: Pendekatan agama penting bagi menetukan jalur tulisan sesuatu karya
sastera berada pada landasan yang betul. Contoh Shahnon Ahmad pernah mengkritiknovel Salina karya A.Samad Said dengan tajuk kritikannya Siti Salina: Sebuah
Renungan Kembali Beliau mengkritik perwatakan Salina sebagai insane yang
kekosongan iman kerana menjuruskan dirinya ke lembah pelacuran.
Pilih 3 isi sahaja
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
42/46
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah.
2. Pendekatan Keindahan (Stilitik) merupakan pendekatan yang sering digunakan
dalam kegiatan kritikan sastera.
a) Jelaskan pengertian pendekatan tersebut [4]
b) Huraikan TIGA unsur yang ditekankan dalam pendekatan itu. [9] c) Nyatakan TIGA
sebab pendekatan ini penting digunakan dalam kritikan
sastera. [12]
Skema jawapan
a) Pengertian Pendekatan Keindahan (Stilistik)
Fakta 1: Kajian yang berkaitan dengan usaha mendapatkanatau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal
dalam sesebuah karya.
Fakta 2: Kajian kepada stail dan teknik dalam konteks fungsi keindahan dan
dan intelektual
Fakta 3: Kajian yang melihat karya sastera sebagai hasil seni.
Perbincangan dan penilaiannya berkisar kepada unsur-unsur seni
yang terkandung dalam karya sastera.
Pilih 2 isi
1isi = 2 markah
2 isi X 2 markah = 4 markah
b) Tiga unsur dalam Pendekatan Keindahan (Stilistik)
Fakta 1 Mencari keindahan bahasa
H/C - Memperlihatkan keserasian kekerapan pemakaian bentuk-bentuk
linguistik tertentu seperti ayat-ayat, kata-kata, dan bunyi-bunyi huruf
tertentu.
- Memahami dan menghayati keindahan penggunaan bahasa dalam
karya
Fakta 2 Keragaman bahasa
H/C - Menilai keindahan melalui keragaman bahasa dengan
keserasiannya
- Dapat menunjukkan kebenaran yang dihasratkan penulis
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
43/46
Fakta 3 Menilai kesan keindahan secara menyeluruh
H/C - Memeriksa sastera dengan tumpuan utama kepada gaya dan
teknik penulisan dalam konteks fungsi / makna dalam system nilai
tertentu.
- Menilai keindahan karya dari segi pengalaman, perasaan,
imaginasi, dan wawasan.
Fakta 4 Keindahan dan keistimewaan karya
H/C - Menilai keindahan dan keistimewaan pengolahan karya
- Membicarakan teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam
persembahan karya
- Membincangkan unsur-unsur seni yang terkandung dalam karya
sastera.
Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah
(1markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)3 isi X 3 markah = 9 markah
c) Tiga sebab pendekatan Keindahan (Stilistik)
Fakta 1 Menerangkan keindahan
H/C - Dapat menerangkan keindahan karya sastera itu dengan lebih
baik
- Menunjukkan keselarasan pemakaian ciri-ciri keindahan bahasa
yang universal dan yang tertentu dalam karya sastera
Fakta 2 Membimbing pembaca
H/C - Membantu pembaca menikmati karya sastera dengan lebih baik.
- Unsur keindahan dalam karya dicungkil untuk dibaca dan dihayati
pembaca.
- Membantu pembaca memilih karya / merangsang minat membaca
karya sastera.
Fakta 3 Membimbing penulis
H/C - Membantu penulis membaiki atau meninggikan mutu karyanya
- Membantu penulis memahami kemahuan pembaca.- Memberi panduan dan merangsang penulis menghasilkan karya
yang baik
Fakta 4 Menilai karya sebagai sebuah hasil seni
H/C - Untuk menentukan sesebuah karya mempunyai unsur-unsur
keindahan
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
44/46
- Membezakan antara teks yang baik dengan teks yang tidak
Bermutu dari segi kepuitisan / keindahan bahasa
- Menyumbang / menyampai pengetahuan melaui tafsiran
tentang karya tersebut.
Pilih 3 isi
1 isi = 4 markah(2 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi X 4 markah = 12 markah
Soalan 2
Ceraian (a) Konsep Pendekatan Sosiologi [ 4 ]
F1: Pendekatan Sosiologi merupakan satu cara mengaitkan sastera dengan
masyarakat.
F2: Perkaitan sastera dengan masyarakat dalam pendekatan sosiologi dilihat menerusi
tempat karya sastera itu dihasilkan.
F3: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai cerminan masyrakat.
F4: Pendekatan sosiologi juga melihat karya sastera sebagai satu dokumen sosial.
1 isi = 1 markah
4 isi x 1 markah = 4 markah.
Ceraian (b) Tiga Unsur Dalam Pendekatan Sosiologi. [ 9 ]
F1 : Unsur Perkaitan antara karya sastera dengan masyarakat karya itu dihasilkan.
H1 : Pandangan pengkritik sosiologi terdapat perkaitan/perhubungan yang rapat antara
karya sastera dengan masyarakat karya itu dihasilkan. Ini kerana pengarang adalah
anggota sesuatu masyarakat tidak dapat mengelak daripada menjadikan kehidupan
masyarakatnya dan dirinya sebagai bahan utama untuk menghasilkan karya sastera.
C1 : Novel Empangan , karya Zakaria Ali menceritakan pengalamannya semasa belajardi Amerika Syarikat dan kehidupan masyarakatnya yang mengamalkan adat Pepatih di
Negeri Sembilan.
F2 :Unsur karya sastera sebagai cermin masyarakat.
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
45/46
H2 : Pengkritik Sosiologi beranggapan bahawa sesuatu karya sastera itu merupakan
bayangan atau refleksi dari kehidupan sesuatu masyarakat. Ini disebabkan sesuatu
karya sastera itu seakan-akan boleh menggambarkan gambaran kehidupan sebenar
pada masa karya itu di hasilkan.
C2 : Novel Salina , karya A. Samad Said dapat menggambarkan penderitaan hidupsegelintir masyarakat Melayu di kota di zaman perang.
F3 :Unsur karya sastera sebagai dokumentasi sosial.
H3 : Pengkritik Pendekatan Sosiologi percaya bahawa sesuatu karya sastera adalah
alat perakam atau rekod peristiwa yang boleh dijadikan dokumen sosial sesuatu
masyarakat. Ini kerana karya sastera itu berupaya merakam peristiwa dan nilai-nilai
masyarakat pada satu-satu waktu tertentu.
C2 : Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur , karya Keris Mas merupakan
dokumentasi masyarakat golongan koperat Melayu di era selepas merdeka.
Ceraian ( c ) Empat tokoh Pengkritik Sosiologi dan tulisannya, [12]
F1 : Asraf (Asraf Haji Abdul Wahab)
H/C1 : Berpegang kepada fahaman , kesusasteraan dan masyarakat mempunyai
perkaitan yang amat rapat. Mempelopori slogan Seni Untuk Masyarakat .Karya
sastera dengan masyarakat tiada terpisah antara satu sama lain.Masyarakat dan
sastera adalah satu.Kajian ke atas karya sastera sama dengan kajian ke atas
masyarakat di mana karya itu dihasilkan kerana sastera adalah cermin masyarakat.
Tulisan kritikan Asraf : Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu.dlm.
Mastika, Mei 1950.
F2 : Kassim Ahmad
H/C2 : Berpegang kepada fahaman realisme sosialis dalam menghasilkan karya
terdapat kecenderungan yang besar memuatkan masyarakat.menerapkan istilah
sosialis dalam kritikan seperti kapitalis, proletar , borjuis , reaksioner , revolusioner ,
kelas , progresif dan radikal. karya yang bermutu adalah kesepaduan antara persolan-
persolan masyarakat dengan nilai estetika/keindahan. menyanjung tinggi karya Masuri
SN, Keris Mas dan Usman Awang kerana disamping persoalan masyarakat tidakmengetepikan keindahan karya.Tulisan kritikan Kassim Ahmad, Kesusasteraan Melayu
Baru dalam Masyarakatnya. dlm. Bahasa, Januari 1957.
F3 : Ismail Hussein
H/C3 : Berpegang kepada fahaman akar umbi (tradisi) terdapat perkaitan antara
karya dengan masyarakat sesuatu tempat/sejarah tradisinya.mengaitkan teori(ilmu)
-
8/6/2019 Nota Dan Strategi Menjawab Kritikan Sastera
46/46
sastera Melayu dengan dengan tradisi atau akar umbinya.kritikannya bersifat
nasionalistik dalam konsep Melayu dan gagasan Nusantara segala penderitaan dan
pergolakan yang digambarkan dalam karya seharusnya dikaikan dengan sejarah,
politik, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat Melayu.Tulisan kritikan Ismail Hussein,
Sastera dan Masyarakat Kuala Lumpur, Pustaka Zakry Abadi : 1974.
F4 : M. Noor Azam.
H/C4 : Berpegang kepada fahaman bahawa proses penghasilan karya sastera terbit
daripada masyarakat.cenderung memperkatakan tema dan persoalan dalam karya ada
hubungannya dengan kehidupan masyarakat tersebut.mengupas karya sastera dalam
hubunganya dengan kehidupan dan masyarakat yang melahirkan karya berkenaan.
Tulisan kritikan M. Noor Azam , Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu 1957
-1972 (antologi bersama) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
F5 : Ramli Isin
H/C5 : Berpegang kepada fahaman bahawa terdapat hubung kait sosial karya denganrealiti semasa tumpuan tulisan kritikan terhadap keadaan sosial serta kemanusiaan
orang- orang kota dan desa.Isu utama karya adalah penderitaan yang dipancarkan oleh
masyarakat kota atau desa melalui karya sastera. Tulisan kritikan Ramli Isin , Riak dan
Gelombang Sastera Melayu. Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka : 1984.
F6 : Pena Patriot (Abdul Rahman Embong)
H/C5 : Berpegang kepada fahaman bahawa situasi masyarakat dalam memahami
milieu sebenar karya sastera.Tidak menyalahkan sistem-sistem yang ada dalam
masyarakat Malaysia.Masyarakat Malaysia tahun 70-an berbentuk neokolonialis
penjajahan bentuk baru di segi ekonomi, politik dan sosial maka lahirlah karya-karya
daripada ahli masyarakat yang tidak menentang sistemnya sendiri. Tulisan kritikan
Pena Patriot, tulisan nya dalam majalah Truth Mei-Jun. Julai- Ogos , September-
Oktober : 1973.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah.
at 11:01 PM |
1 comments: