nota khas gtp - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notakhasgtp.pdf · nota ringkas: khas gtp...
TRANSCRIPT
Nota Khas GTP
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 2
Legal Notice
Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.pembangunanMasyarakat.com kelolaan Infokerjaya Resources (002091193-K)
Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta.
Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.pembangunanMasyarakat.com, sila laporkan kepada kami melalui email [email protected] dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda
Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa hadapan
Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources dari www.pembangunanMasyarakat.com. Ianya
diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan.
Infokerjaya Resources, JUN 2013
Edisi Pertama Januari 2010
1st revision: Mac 2010 (Gred 41) 2nd revision Oktober 2010 (PTD)
3rd revision Julai 2011 (PTD) 4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah)
5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam) 6th revison Februari 2012 (Juruaudit)
7th revision Mei 2012 (PTD) 8th revision April 2013 (PTD)
9th revision Jun 2013 (Pegawai Pembangunan Masyarakat)
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 3
Government Transformation Programme (GTP)
GTP = Program Transformasi Kerajaan
Diperkenalkan pada 27 Julai 2009 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib
ketika itu, GTP diperkenalkan dengan 6 NKRA (National Key Result Areas/ Bidang Keberhasilan
Utama Negara)
Selepas genap 2 tahun, iaitu 27 Julai 2011 satu lagi tambahan NKRA diumumkan oleh Dato’ Seri
Najib iaitu NKRA COL
Jadi semuanya dirangkum; Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara
Ianya adalah arah tuju kerajaan dalam untuk menangani permintaan rakyat (dengan pantas)
Inisiatif Kerajaan (TIMELINE)
2009
o Julai 2009: Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)
2010
o Klinik 1Malaysia
o Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M)
o Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)
o Program Susu 1Malaysia
o Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 4
2011
o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
o Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
o Menu Rakyat 1Malaysia
o Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
o Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
o Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
o Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)
2012
o Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia
o Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)
o Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M)
o Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
o Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
o Rawatan Perubatan Percuma Bagi Warga Emas
o Kad Keistimewaan 1Malaysia
o Inisiatif Kembali Ke Sekolah
o Interaktif Tuisyen 1Malaysia (i-TR1M)
o Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)
o Pusat Transformasi Bandar (UTC)
o Kedai Kain 1Malaysia(KK1M)
o Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia
2013
o Pasar Bergerak 1Malaysia
o Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 5
Inisiatif Kerajaan (*HighLight)
PR1MA
o Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
o Ia disasarkan terutamanya kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak
mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak
untuk memohon skim perumahan kos rendah.
o Permohonan hanya dibenarkan untuk bakal pemilik rumah yang memohon untuk kali
pertama
o Terbuka kepada individu/keluarga dengan pendapatan isi rumah (suami dan
isteri)bulanan antara RM2,500 – RM7,500 tidak kira sama ada mereka sedang bertugas
di sektor kerajaan, sektor swasta atau bekerja sendiri.
o Pemohon dan pasangan TIDAK BOLEH memiliki lebih dari satu hartanah
o Para pemohon yang berjaya, layak untuk menerima pinjaman 105% (tambahan lima
peratus adalah untuk perlindungan insurans dan yuran undang-undang) daripada harga
rumah dan tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.
o Namun, para pemohon tidak dibenarkan menjual rumah mereka dalam tempoh 10
tahun pertama. Mereka juga mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem. Bagi
menyokong inisiatif itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia telah ditubuhkan
bagi merancang dan menyelaras projek di bawah program PR1MA
BR1M 1.0 & 2.0
o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
o Pemberian RM500 (sekali bayar)
o Kepada yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 6
o BR1M 2.0, pemberian diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas
dengan jumlah pendapatan kasar RN2,000 sebulan. Pemberian RM250 untuk golongan
ini.
o Permohonan melalui borang yang diedarkan melalui Jabatan Pembangunan
Persekutuan dan cawangan-cawangannya, kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), dan agensi-agensi kerajaan negeri
BB1M
o Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)
o Baucar buku RM200
o Khas untuk pelajar institusi pengajian awam dan swasta termasuk Tingkatan 6, Pusat
Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi
1AZAM
o Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)
o Usaha mewujudkan peluang ekonomi yang meningkatkan keupayaan produktiviti isi
rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada
belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri.
o Rujuk NKRA LIH
KAR1SMA
o Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
o Bantuan kewangan untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU
KR1M
o Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
o Menyediakan barangan pengguna asas dengan harga 40% lebih murah
o Menyalurkan produk 1Malaysia kepada kedai runcit FELDA
o Memperluas produk 1Malaysia kepada kedai serbaneka dan stesen minyak
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 7
KIR1M
o Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia
o Unjuran daripada KR1M dengan konsep yang sama pada asas harga ikan 40% lebih
murah
o Ikan-ikan terpilih sahaja seperti kembong dan bawal
o Setakat April 2012, hanya sebuah KIR1M beroperasi di Setiawangsa
Menu Rakyat 1Malaysia
o Menawarkan sarapan pada harga maksimum RM2 dan makan tengah hari pada harga
maksimum RM4.
o Terdapat di restoren-restoren terpilih dan di institusi pengajian
o Ianya adalah hidangan yang lengkap dan berkhasiat terdiri daripada nasi, daging, sayur-
sayuran dan minuman.
o Menu Rakyat diperkenalkan untuk memberikan pilihan alternatif kepada orang ramai
dengan harga yang berpatutan bagi sarapan pagi dan makan tengah hari.
Klinik 1Malaysia
o Kos rawatan serendah RM1 kepada rakyat Malaysia
o Kos rawatan percuma kepada warga emas
o Sebanyak 100 klinik 1Malaysia dilancarkan di seluruh Negara (50 buah pada tahun 2012)
Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah
o RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah
o Yuran sekolah kerarajaan dimansuhkan (bermula tahun 2012)
eKasih
o Bank Data Kemiskinan Kebangsaan Berpusat (eKasih)
o Diigunakan oleh agensi untuk memberikan bantuan kepada orang miskin
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 8
o Orang ramai boleh mengakses portal dan mendaftarkan diri secara dalam talian (on-line)
dengan memberikan maklumat asas
o Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan melakukan verifikasi terhadap semua kes
yang didaftarkan di portal
o Hanya kes-kes yang telah diverifikasi akan didaftarkan dalam eKasih
LINUS
o Inisiatif Prasekolah dan Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
o Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan standard asas pendidikan negara dengan
memastikan bahawa setiap kanak-kanak memperoleh pendidikan awal serta berpeluang
untuk menjadi individu yang celik huruf dan angka menjelang tahun ketiga
persekolahannya
SBT
o Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
o Matlamat untuk mengenal pasti 100 SBT pada tahun 2012
o Sekolah yang beraspirasi dan mempunyai potensi tinggi untuk menjadi SBT diberi
bimbingan oleh kementerian melalui Program “Handholding” untuk melonjakkan
sekolah tersebut setaraf dengan sekolah pada peringkat antarabangsa.
o Semua sekolah yang berhasrat menjadi SBT perlu memastikan mereka tergolong dalam
sekolah berprestasi tertinggi di seluruh negara dan berada dalam Band 1 dalam ranking
Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
o Selain itu, sekolah tersebut perlu memenuhi kriteria ketat instrumen Annex Sekolah
Berprestasi Tinggi, yang menguji etos, perwatakan, alumni dan jalinan dan jaringan
antarabangsa setiap sekolah.
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 9
National Key Result Areas (NKRA)
Tunggak kepada mencapai matlamat GTP
7 NKRA
o NKRA Jenayah
Mengurangkan jenayah
Menteri Dalam Negeri
o NKRA Rasuah
Membanteras rasuah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
o NKRA Pendidikan
Mempertingkatkan pencapaian pelajar
Menteri Pelajaran
o NKRA LIH (Low Income Household)
Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendaj
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
o NKRA COL (Cost of Living)
Menangani kos sara hidup yang kian meningkat
Timbalan Perdana Menteri
o NKRA UPT (Urban Public Transport)
Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar
Menteri Pengangkutan
o NKRA RBI (Rural Basic Infrustructure)
Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 10
NKRA Jenayah
Mengurangkan jenayah, diperkenalkan pada Julai 2009
Antara pencapaian NKRA Jenayah
o Malaysia diiktiraf
#12 Paling Selamat diantara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi (World
Justice Project)
#1 Paling Selamat dan Aman di Asia Tenggara (Global Peace Index)
#4 Paling Selamat dan Aman di Asia Pasifik (Global Peace Index)
#19 Paling Selamat dan Aman di peringkat Global (Global Peace Index)
o Pengurangan Jenayah Indeks sebanyak 11.1%
o Pengurangan Jenayah Jalanan sebanyak 39.7%
o Kepuasan terhadap Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meningkat kepada 70.5%
Memperbanyakkan sukarelawan
o Lebih 3,000,000 sukarelawan berdaftar dengan RELA dan JPAM.
o 3,931 anggota RELA dilatih sebagai Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve - PVR).
o 1,607 anggota JPAM dilatih sebagai Sukarelawan Polis (PVR).
o 30,000 ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) tambahan direkrut menjadikan jumlah
keseluruhan. kepada 147,000.
Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (Customer Service Rating - CSR) dilancarkan di 82 balai
polis di Selangor dengan 95% responden melahirkan rasa puas terhadap perkhidmatan yang
diberikan oleh Anggota/Pegawai Pejabat Pertanyaan.
Program Bandar Selamat dilaksanakan di 151 PBT (Pihak Berkuasa Tempatan atau majlis
perbandaran tempatan) di seluruh negara dengan pemasangan 8,329 tiang lampu yang lebih
cerah, 1,311 cermin keselamatan, 104.3 km rel penghadang dan tonggak jalan
Lebih 8,000 rampasan dan tangkapan Gerakan Negara (Ops Lejang, Rentap, Pintu, Lusuh).
Perkhidmatan MyDistress (http://mydistress.net/background.html) dilancarkan dengan 68,925
pengguna berdaftar (Laporan Tahunan 2011 oleh PEMANDU)
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 11
NKRA Rasuah
Membanteras Rasuah diperkenal pada Julai 2009
Kempen Pencegahan Rasuah – Maskot: Ejen Lang
Antara inisiatif dan pencapaian di bawah NKRA Rasuah;
o Pakatan Integriti (Integrity Pacts)
Menangani rasuah berkaitan isu perolehan dalam kerajaan
o Ikrar Integriti Korporat (Corporate integrity Pledge, CIP)
Menangani rasuah sektor swasta
64% daripada syarikat yang diumumkan dibawah Projek Permulaan (Entry Point
Project - EPP) untuk Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation
Programme - ETP) telah menjanjikan komitmen terhadap Ikrar Integriti Korporat
(CIP).
Pada tahun 2011, sebanyak 64 syarikat telah menandatangani ikrar tersebut
o Pendakwaan dalam tempoh satu tahun
Lebih 424 kes telah diproses dan 249 kes diselesaikan oleh 14 mahkamah khas
rasuah pada tahun 2011
o Akta Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act)
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 berkuat kuasa pada 15 Disember
2011 sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk membanteras rasuah
dan amalan penipuan dengan menggalakkan dan memudahkan penzahiran
kelakuan yang salah di sektor awam dan juga swasta.
Matlamatnya adalah untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang
menyediakan maklumat yang sedemikian.
o Unit pematuhan
Unit pematuhan di kelima-lima agensi penguatkuasaan telah diwujudkan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 12
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
o masing-masing mempunyai unit khas untuk memantau dan
memastikan pegawai agensi masing-masing mematuhi tingkah
laku yang sewajarnya
o Garis panduan ganjaran dan penghargaan
Pada bulan Jun 2011, garis panduan berkaitan dengan pemberian ganjaran
kepada kakitangan awam yang melaporkan kes rasuah hingga membawa
kepada pendakwaan yang berjaya telah dikeluarkan
o Buku kecil Pembaharuan Perkhidmatan Awam
Diterbitkan pada tahun 2011, buku kecil ini merupakan pengumpulsemakan
semua perubahan yang dilakukan oleh setiap kementerian dan agensi dalam
usaha memperbaharui semula proses dan tatacara birokratik.
NKRA Pendidikan
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar – diumumkan pada Julai 2009
Merapatkan jurang pendidikan
o Pendidikan presekolah
o Meningkatkan adar literasi dan numerasi
Meningkatkan standard pendidikan
o Sekolah berprestasi tinggi (SBT)
o Program pembangunan prestasi sekolah
o ‘Tawaran Baru’ untuk guru besar dan pengetua
Insentif/ganjaran untuk meingkatkan prestasi dan pencapaian mereka sebagai
pemacu utama bagi perubahan dalam system persekolahan
Tawaran ganjaran kecemerlangan khas untuk SBT
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 13
o Guru besar dan pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi – RM7,500
o 5% guru paling cemerlang – RM1,800
o Lain-lain guru – RM900
Pada Laporan pencapaian NKRA Pendidikan, inisiatif yang diambil menunjukkan pencapaian
berikut:
o Mencapai kadar enrolmen prasekolah sebanyak 77.23% pada Disember 2011
o Melancarkan 3,089 kelas prasekolah dengan bantuan Kementerian Pelajaran, Jabatan
Kemajuan Masyarakat(KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) dan sektor swasta.
o Mencapai kadar literasi sebanyak 97.5% dan numerasi 98.6% bagi pelajar Tahun 2 dalam
program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
o Mencapai kadar literasi sebanyak 91.0% dan numerasi 95.4% bagi pelajar Tahun 1 dalam
kohort kedua program LINUS
o Menganugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 32 buah sekolah pada
2011, tambahan kepada 20 SBT yang telah dikenal pasti pada 2010
o Jumlah sekolah berprestasi terendah (Sekolah-sekolah band 6 dan 7) berkurangan
sebanyak 40.25% dari tahun sebelumnya
Tambahan beberapa inisiatif baharu pada tahun 2011;
o Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK), dibangunkan untuk mengumpul data
berkaitan dengan prasekolah dan kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ serta 5+ yang
mendaftar untuk prasekolah
o Sebuah instrumen untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai simptom
masalah pembelajaran telah dibangunkan dan sebanyak 3,916 pelajar dari kalangan
kanak-kanak Tahun 2 telah dikenal pasti
o Sebuah sistem data kebangsaan yang berasaskan laman sesawang, Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah atau SAPS telah dibangunkan untuk semua sekolah awam Malaysia
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 14
NKRA LIH
Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah – diumumkan pada Julai
2009 oleh Dato’ Najib Tun Razak
Inisiatif 1AZAM (peruntukan latihan dan pembiayaan)
o AZAM Tani
Aktiviti pertanian dan asas tani
Golonagn miskin luar Bandar melibatkan diri dalam perniagaan asas tani
(ternakan ayam iti dan akuakultur)
o AZAM Niaga
Perniagaan kecil-kecilan
Menggalakkan program keusahawanan perniagaan kecil (Gerai kecil, kedai
runcit, catering)
o AZAM Khidmat
Perkhidmatan (bekerja sendiri)
Menggalakkan perniagaan kecil inovatif (mencuci kereta, memotong rumput,
pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang tua etc)
o AZAM KERJA
Pemadanan/penempatan pekerjaan
Mendapatkan prospek kerja untuk golongan miskin (pembantu rumah, atendan
pam minyak, pengawal keselamatan, kelasi kapal dan pekerja restoran makanan
segera (KFC etc)
o AZAM Sabah
AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja
o AZAM Sarawak
AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja
Insurans 1AZAM
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 15
o Pada tahun 2011, lebih 500,000 ahli isi rumah miskin telah dapat menikmati kemudahan
skim perlindungan insurans 1AZAM yang diuruskan oleh Allianz Insurance.
o Hanya mereka yang berdaftar dengan sistem eKasih Jabatan Perdana Menteri yang
layak menyertai skim ini.
o Skim ini sah untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 Januari hinga 31 Disember 2011,
merangkumi perlindungan untuk kematian dan keilatan kekal.
Antara pencapaian NKRA LIH ini (setakat tahun 2011);
o Penyertaan 63,147 isi rumah miskin dalam program 1AZAM
o 317,359 atau 96% kes tertunggak berkaitan dengan verifikasi eKasih berjaya diproses
o 1,100 orang usahawan wanita dimajukan
NKRA UTP
Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar – diumumkan pada Julai 2009
Bidang tumpuan utama
o Keandalan dan masa perjalanan
Menitikberatkan ketepatan masa
Mengurangkan tempoh perjalanan dari pintu ke pintu
o Keselesaan dan kemudahan
Memperbaiki pengalaman perjalanan pengguna (end to end)
o Ketercapaian dan kesalinghubungan
Akses yang mudah kepada pengangkutan awam
o Ketesediaan dan keupayaan
Menyediakan kapasiti pengangkutan awam yang mengcukupi
Antara pencapaian NKRA UTP yang dilaporkan dalam Laporan GTP 2011;
o Pengenalan sejumlah 470 bas RapidKL yang meningkatkan kekerapan bas di sekitar
Lembah Klang.
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 16
o Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya
yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun
2011 daripada 254,745 penumpang pada tahun 2010.
o Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%
o Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan (dikenali juga sebagai Integrated
Transport Terminal Bandar Tasik Selatan atau ITT BTS) telah beroperasi sepenuhnya. ITT
BTS ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan
mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air memasuki pusat bandar (CBD)
o Pengubahsuaian dan naik taraf Hentian Puduraya kepada Pudu Sentral menawarkan
kemudahan moden bertaraf dunia
o Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa
perjalanan bas di tiga laluan utama
o Tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu
merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan oleh Syarikat Prasarana Nasional
Berhad (Prasarana)
o Penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan
Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana
Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi
perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011
NKRA RBI
Mempertingkatkan infrastruktur Asas luar Bandar – Julai 2009
Mencakupi peningkatan 4 perkara asas di luar Bandar
o Jalanraya
o Air
o Elektrik
o Perumahan
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 17
Antara pencapaian NKRA RBI setakat tahun 2011
o 1,796.1 km jalan raya telah dibina atau dinaik taraf
o 109,500 buah rumah telah mendapat bekalan air bersih
o 54,270 buah rumah telah menerima bekalan elektrik
o 31,327 buah rumah telah siap dibina atau dibaik pulih lebih awal dari jadual
NKRA COL
Cost of Living – untuk menyara kos sara hidup. Diperkenalkan pada Julai 2011
Fokus utama NKRA COL o Menyediakan langkah segera meringankan beban o Mengurangkan kos pengangkutan o Mengurangkan kos makanan o Menyediakan perumahan dengan harga berpatutan dan berkualiti
Lebih 5.2 juta isi rumah mendapat manfaat BR1M berupa bantuan kewangan one-off (bayaran
sekali sahaja) sebanyak RM500. Sebanyak RM2.6 bilion yang diperuntukkan untuk program ini
Di bawah inisiatif “Kembali Ke Sekolah”, kira-kira 5.3 juta pelajar rendah dan menengah
menerima bantuan RM100. Sebanyak RM530 juta diperuntukkan.
Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan bermula sesi persekolahan tahun ini (2012). Buat julung-
julung kalinya dalam sejarah negara, pendidikan awam adalah percuma
Inisiatif BB1M (baucar buku RM200), kira-kira 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, aliran matrikulasi dan Tingkatan 6 meraih manfaat. Sebanyak RM260 juta
diperuntukkan
Klinik 1Malaysia diwujudkan memberi rawatan hampir percuma kepada semua rakyat.Bayaran
RM1 untuk rawatan manakala warga emas pula layak mendapat rawatan percuma
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 18
Dengan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), rakyat Malaysia kini mampu membeli
barangan runcit pada harga penjimatan sebanyak 30-40% lebih rendah berbanding dengan
harga pasaran
Melalui pelancaran program Menu Rakyat 1Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan
sarapan dan makan tengah hari dengan harga yang berpatutan melalui pakej sarapan pagi yang
ditetapkan pada kadar standard sebanyak RM2 dan RM4 untuk makan tengah hari
Hasil dari perlaksanaan GTP, kandungan ucapan Dato’ Seri Najib Tun Razak
Antara pengiktirafan yang telah diterima daripada institusi bertaraf dunia adalah seperti berikut:
Pertama, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit
Kedua, menurut Institute of Management Development di dalam
laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, Malaysia adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia. Kedua-dua agensi tersebut juga meletakkan Malaysia di tangga keempat di dunia yang paling melindungi pelabur
Perunding pengurusan global AT Kearney mengeluarkan beberapa
indeks yang menunjukkan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-10 bagi Destinasi Menarik Pelaburan Langsung Asing dalam Indeks keyakinan Pelaburan Langsung asing 2012. Malaysia turut diiktiraf sebagai negara ketiga di dunia bagi Lokasi Menarik bagi Destinasi Penyumberan Luar 2011 selepas India dan China.
Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan
Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membelibelah kedua terbaik di Asia Pasifik.
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 19
International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.
Manakala, dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia
mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember 2012. Ia telah menyaksikan kenaikan “market capitalisation” daripada 999 bilion ringgit pada Disember 2009 kepada 1.47 trilion ringgit atau peningkatan sebanyak 47 peratus. Ini bererti, sebanyak 466 bilion ringgit kekayaan
telah berjaya dijana sejak semua inisiatif transformasi dimulakan. Sebagai peneraju kewangan Islam di dunia dan sebagai pemacu utama sukuk global pula, Malaysia juga telah menerbitkan sukuk yang bernilai 97.1 bilion dolar Amerika pada tahun 2012.
Nota Ringkas: Khas GTP 2013
Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 20
Dokumen di bawah ini adalah edaran umum yang diedarkan PERCUMA oleh Kerajaan Malaysia mengenai pencapaian Program Transformasi Negara. Kami di Infokerjaya Resources lampirkan di sini untuk
bacaan tambahan anda
TEKS UCAPAN OLEH YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN
PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA PADA 19 MAC 2013 (SELASA), JAM 8.05 MALAM
BERTEMPAT DI AUDITORIUM PERDANA ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR.