nota kimia t4
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAB 2: STRUKTUR ATOM
1. Resapan- resapan ialah proses di mana zarah-zarah sesuatu bahan bergerak di antara zarah-zarah bahan yang lain.
2. resapan boleh berlaku dalam medium gas, cecair dan pepejal.
Resapan dalam gas Resapan dalam cecair Resapan dalam pepejal
3. teori kinetik dalam jirim
Pepejal Cecair Gas
Zarah-zarah hanya boleh bergetar dan berputar dalam bentuk yang tetap
Zarah-zarah boleh bergetar,berputar dan bergerak dalam cecair
Zarah-zarah boleh bergetar, berputar dan bergerak bebas
Ikatan yang kuat antara zarah-zarah
Ikatan kuat tetapi kurang kuat berbanding dengan pepejal
Ikatan lemah di antara zarah-zarah
Mempunyai bentuk yang tetap
Mengikut bentuk bekas cecair
Tiada bentuk yang tetap dan boleh dimampat
4. Dalam proses pemanasan untuk peleburan naftalene, suhu kekal sama walaupun proses pemanasan berterusan kerana haba yang diserap digunakan untuk memecahkan ikatan dalam zarah-zarah supaya pepejal bertukar menjadi cecair.
5. Dalam proses penyejukan untuk pembekuan naftalene, suhu kekal sama walaupun proses penyejukan berterusan kerana haba yang hilang ke persekitaran diseimbangi oleh haba yang terbebas di mana zarah-zarah tarik antara satu sama lain untuk membentuk pepejal.
* maklumat lanjut sila baca eksperiment penentuan takat lebur dan takat beku naftalene
6. *****NOMBOR NUKLEON = NOMBOR PROTON + NOMBOR NEUTRON
X
Xe.g atom klorin mempunyai 17 proton dan 18 neutron. Apakah no. proton
dan no nucleon bagi atom tersebut?
35
A
No proton= 17 no nukloen
17
Z
No nucleon = 17 + 18 = 35 no proton
Petala pertama ( first shell) : 2 elektron
Petala kedua ( second shell): 8 elektron
Petala ketiga ( third shell) : 8 elektron
* valens elektron adalah elektron yang terletak di petala yang paling luar.
7. Isotop adalah atom yang sama unsure dengan nombor proton yang sama tetapi nombor
neutron @ nukleon yang berbeza.
Contoh isotop: carbon- 12 & carbon-14 : klorin-35 & klorin-37
Ciri-ciri yang sama dalam isotop bagi sesuatu unsur
● Nombor proton
● Nombor elektron
● Susunan elektron
● Ciri-ciri kimianya kerana mempunyai susunan elektron yang sama
Ciri-ciri yang tak sama dalam isotop bagi sesuatu unsur
● Nombor nukleon
● Nombor neutron
● Cirri-ciri fizikanya seperti ketumpatan, takat didih dan takat lebur
Kegunaan isotop dalam kehidupan seharian
● Dua jenis isotop iaitu radioaktif ( berbahaya) dan tidak radioaktif
● iodine-131 untuk rawatan penyakit tiroid, cobalt -60 untuk rawatan
kanser, karbon-14 untuk mengesan usia tulang dan kayu.
BAB 3 – FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
Jisim atom relatif Na = 23 , Cl = 35.5 , Mg = 23, N= 14 , O=16, Zn= 65
Jisim molekul relatif NaCl = 23 + 35.5 = 58.5
MgCl2 = 24 + 35.5 (2) =95 molar mass
Zn( NO3)2 = 65 + ( 14 + 3× 16) ( 2) (jisim molar)
= 65 + 62(2)
=65 + 124 = 189
e.g.
jisim molekul relatif bagi suatu sebatian ( compound) dengan formulanya Y2SO4 ialah 142. Kirakan jisim atom relatif bagi unsur Y. ( jisim atom relatif: O= 16, S=32)
Y2SO4 = 142
Y (2) + 32 + 16(4) = 142
2Y + 96 = 142
2Y = 142-96
2Y= 46
Y = 46 ÷ 2 = 23
Jadi, jisim atom relatif bagi unsur Y ialah 23.
*******CARI MOLE
Jisim( mass) molekul relative / jisim atom relatif
1. Mol =
2. Mol= bilangan zarah (ion, molekul, atom) ÷ NA ( nilai NA akan diberi dlm soalan)
3. Mol = isipadu gas ( dm3) ÷ isipadu molar ( 22.4 dm3 mol-1 @ 24 dm3 mol-1 –soalan akan beri nilainya)
4. Mol = MV (M= kepekatan mesti dlm unit mol dm-3 , V=isipadu dlm mesti dlm unit dm3)
e.g
berapakah bilangan molekul dalam 6 dm3 gas hidrogen pada suhu bilik?
( molar volume: 24 dm3 mol-1 , NA = 6.02 × 1023 mol-1 )
langkah 1 :
cari bilangan mol dulu. ( sekiranya bilangan mol diberi dalam soalan, terus ke langkah 2)
mol = isipadu gas ÷ isipadu molar
= 6 dm3 ÷ 24 dm3 mol-1
= 0.25 mol
Langkah 2 :
Cari bilangan molekul seperti yang diminta oleh soalan
Mol= bilangan zarah (ion, molekul, atom) ÷ NA
Mol × NA = bilangan zarah
Bilangan zarah = Mol × NA
= 0.25 mol ×6.02 × 1023 mol-1
= 1.505 × 1023 molekul
* formula empirik = nisbah yang paling ringkas bagi setiap atom yang wujud dalam sebatiannya.
( sila ambil perhatian eksperiment penentuan formula empirik bagi MgO dan CuO - report)
e.g 1: carikan formula empirik bagi magnesium oxide (magnesium oksida)
jisim mangkuk pijar ( crucible) + penutup (lip)= 11.02 g
jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium = 12.94 g
jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium oxide = 14.22 g
Unsur( element)
Magnesium , Mg Oksigen, O
Jisim (mass) 12.94 – 11.02 = 1.92g
Sila ingat kembali
Mol =
14.22 – 12.94 = 1.28g
Mol 1.92 ÷ 24 =0.08 1.28 ÷ 16 = 0.08
Nisbah 0.08 ÷0.08 = 1 0.08 ÷0.08 = 1
Jadi, formula empiric bagi magnesium oxide = Mg1O1 = MgO
e.g2:
kuprum (II) iodide mengadungi 20.13 % kuprum dalam jisimnya. Carikan formula empiriknya.
(jisim atom relative: Cu, 64 ; I, 127)
Unsur( element) Kuprum, Cu Iodide , I
Jisim (mass) 20.13% = 20.13 g Sila ingat kembali
Mol =
100- 20.13= 79.87
Mol 20.13 ÷ 64 =0.315 79.87 ÷ 127 = 0.629
Nisbah 0.315 ÷0.315 = 1 0.629 ÷0.315 = 2
Jadi, formula empirik = Cu1I2 = CuI2
e.g 3: sila cuba cari formula empirik sendiri !!
1.08 g aluminium bertindak balas secara kimia dengan 0.96g oksigen untuk membentuk suatu oksida. Apakah formula empirik bagi oksida tersebut?
( jisim atom relatiF: O, 16; Al, 27)
* formula molekul= sebatian yang menunjukkan bilangan atom yang sebenar dalam sebatiannya
Formula molekul = (formula empirik)n
e.g
8.5g hidrogen peroksida mengandungi 0.5g hidrogen. Jika jisim molar bagi hidrogen peroksida ialah 34 g mol-1, cari formula molekulnya.
(jisim atom relative: H, 1; O, 16)
Langkah 1 :
carikan formula empiriknya. Jika formula empirik diberi dalam soalan, terus ke langkah 2
Unsur( element) Hidrogen, H Okside, O
Jisim (mass) 0.5 g Sila ingat kembali
Mol =
8.5 -0.5 = 8 g
Mol 0.5 ÷ 1 =0.5 8 ÷ 16 = 0.5
Nisbah 0.5 ÷0.5 = 1 0.5 ÷0.5 = 1
Jadi, formula empirik = HO
Langkah 2: cari formula molekul seperti yang diminta oleh soalan
SOALAN BERI
jisim molar bagi hidrogen peroksida ialah 34 g mol-1
jisim molar = molar mass = jisim molekul relatif= 34gmol-1
Formula molekul = (formula empirik)n
34 g mol-1 = (HO) n
34 g mol-1 = ( 1 + 16 )n
34 g mol-1 = 17n
n= 34÷17 =2
jadi: Formula molekul = (formula empirik)n
= (HO)n
= (HO)2
= H2O2
Cation ( kation) Anion
Sodium (natrium) ion = Na+ Flouride ion= F-
Potassium ( kalium ) ion = K+ Cloride ion = Cl-
Hydrogen ion = H+ Bromide ion = Br-
Copper (II) ( kuprum) ion + Cu 2+ iodide = I-
Magnesium ion : Mg2+ hydroxide ion = OH-
Zinc ( zink) ion = Zn2+ nitrate ion = NO3-
Lead (II)(plumbum) ion = Pb2+ Oxide ion= O2-
Iron (II)( ferum) ion = Fe2+ carbonate ion = CO32-
Iron (III) ( Ferum) ion = Fe3+ sulphate ion = SO42-
Aluminium ion = Al3+
e.g Aluminium oxide
unsur Aluminium, Al Oxide,O
ion Al3+ O2-
Cas +3 -2
Sonsangkan nilai casnya!!
2 3
Jadi, hasilnya Al2O3
Tentukan Persamaan kimia yang berikut samada seimbang atau tidak
(kiri)Fe + CuCl2 → FeCl3 + Cu(kanan)
Kiri: Kanan:
Fe = 1 Fe =1 tak seimbang!!!
Cu= 1 Cu= 1
Cl= 2 Fe = 3
Topik 4: jadual berkala ( periodic table)
Jadual berkala moden ( yang kini kita pakai dan belajar) diperkenalkan oleh H.J.G. Moseley
- disusun secara melintang ( dari kiri ke kanan) mengikut nombor proton secara menaik
- setiap baris melintang dipanggil kumpulan ( group). Kumpulan yang sama mempunyai bilangan elektron valen (valence electron) yang sama dan menunjukkan sifat kimianya yang sama.
- setiap jalur menegak dipanggil kala (period)
Kumpulan 18: juga dipanggil noble gases ( gas adi), inert gases( gas lengai), monoatomic gas
He, Ne, Ar, Kr, Xe, Rn
-mempunyai susunan elektron yang stabil dipanggil susunan duplet (elektron valen =2***hanya helium, He sahaja) dan susunan oktat (electron valen=8). Oleh itu,semua unsur 18 adalah sangat stabil dan tidak boleh menerima atau menderma elektron kepada unsur lain.
- saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan kerana bilangan petala yang diisi electron bertambah
-takat lebur dan takat didih rendah kerana ikatan diikat bersama oleh daya van der waals yang lemah.jadi, sedikit tenaga sahaja diperlukan untuk memecahkan ikatan di antaranya.
-akan tetapi, takat lebur dan takat didih bertambah apabila menuruni kumpulan kerana bertambahnya saiz atam akan meningkatkan ikatan van der waals dalam dalam atom-atomnya
- semua unsur 18 tidak boleh mengkonduksikan elektrik dan tidak larut dalam air
* sila ambil tahu kegunaan gas adi dalam kehidupan seharian kita!!
Kumpulan 1: alkali metal ( logam alkali) –
Semua unsur dalam kumpulan 1 ialah konduksi elektrik dan haba yang baik, mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah , berketumpatan rendah dan merupakan pepejal lembut yang senang dipotong!!
Li, Na, K, Rb, Cs, Fr ( semua alkali metal ini sangat reaktif dan mesti disimpan dalam minyak parafin untuk mengelaknya dari bertindak balas dengan oksigen dan wap air di udara)
Apakah yang perubahan fizikal yang berlaku kepada unsur kumpulan 1 apabila menuruni kumpulan??
- Saiz atom/ jejari atom bertambah apabila menuruni kumpulan 1 kerana bertambahnya bilangan petala yang diisi oleh elektron
- takat lebur dan takat didih berkurang apabila menuruni kumpulan 1 kerana saiz atom yang bertambah menyebabkan ikatan logam ( metallic bonding)dalam atom menjadi lemah. Jadi kurang tenaga haba diperlukan untuk mengatasi ikatan logamnya.
Apakah sifat-sifat kimia bagi unsur kumpulan 1 dan apakah perubahannya apabila menuruni kumpulan????
- semua unsur kumpulan 1mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai bilangan elektron valen yang sama. ( kumpulan 1 , elektron valen = 1)
- kereaktifan unsur kumpulan 1 bertambah apabila menuruni keumpulan 1. Mengapa??
- semua unsur kumpulan 1 mempunyai satu electron valen. Jadi, setiap atom logam alkali akan menderma satu elektron valen apabila bertindak balas untuk mencapai susunan duplet atau oktat yang stabil. ***ION BERCAS +1 AKAN TERBENTUK
-apabila menuruni kumpulan, saiz atom yang bertambah menyebabkan elektron valen terletak jauh dari tarikan nukleus. Jadi, elektron valennya lebih mudah didermakan. Jadi, kereaktifannya bertambah apabila menuruni kumpulan 1.
*** notes that unsur kumpulan 1 adalah agen penurunan( reducing agent) yang baik dan kuat. Apabilan menuruni kumpulan, kekuatannya sebagai agen penurunan pun bertambah.
**** sila ambil perhatian eksperimen chemical properties Group 1 in reactions with water, oxygen, chlorine/bromine gas)
Kumpulan 17 : halogens
F2, Cl2, Br2, I2, At2 ( wujud dalam dwiatom- diatomic)
- takat lebur dan takat didih yang rendah kerana semua molekul halogen diikat bersama oleh daya van der waals yang lemah. Oleh itu, sedikit tenga haba sahaj diperlukan untuk mengatasi ikatanya semasa peleburan dan pendidihan proses.
- tidak mengkondusikan elektrik , konduksi haba yang lemah dan berketumpatan rendah.
Apakah perubahan cirri-ciri fizikalnya apabila menuruni kumpulan 17???
- saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan 17 kerana petala yang diisi oleh elektron bertambah.
- takat lebur dan takat didih bertambah apabila menuruni kumpulan keran saiz yang bertambah akan menyebabkan daya van der waals pun bertambah. Jadi, lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi ikatan di atara molekulnya.
- warna unsur kumpulan 17 menjadi lebih gelap apabila menuruni kumpulan.
Apakah perubahan sifat-sifat kimianya apabila menuruni kumplan 17??
- semua halogen mempunyai elektron valen 7. Jadi, semua halogen perlu menerima 1 elektron untuk mencapai susunan gas adi ( duplet / octat) yang stabil.**bentuk ion bercas -1
- apabila menuruni kumpulan 17, saiz atom yang bertambah menyebabkan petala terluar ( outermost shell) terletak jauh dari nukleus.
- oleh itu, keupayaan nukleus untuk menarik satu elektron ke petala terluar untuk mencapai susunan (konfigurasi) elekton gas adi yang stabil menjadi lemah.
- Jadi, kereaktifannya berkurang apabila menuruni kumpulan 17.
***notes that unsur kumpulan 17 adalah agen pengoksidaan yang baik ( good reducing agent). Apabila menuruni kumpulan 17, kekuatan unsur kumpulan 17 sebagai agen pengoksidaan berkurang.
*** sila ambil tahu serba sikit pasal eksperimen unsur kumpulan 17 bertindak balas dengan air, ferum ( iron), dan natrium hidroksida ( sodium hydroxide)
Unsur dalam kala ( selalunya exam tanya kala 3 sahaja)
- kala yang sama mempunyai bilangan petala yang sama. Bilangan kala menunjukkan bilangan petala yang diisi oleh elektron. E.g : kala 3 = 3petala diisi elektron
- alumiunium oxide = amphoteric oxides ( menunjukkan sifat acid + alkali)
Apakah perubahan yang berlaku apabila merentasi kala 3 dari kiri ke kanan??
- saiz atom berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan
- bilangan proton( cas positif dalam nucleus) dan bilangan valen bertambah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.
- ini menyebabkan daya tarikan dari nukleus ke atas elektron yang terletak di petala terluar menjadi kuat. Jadi, saiz atom berkurang apabila merentasi kala.
Unsur peralihan logam ( transition metal)
Ciri-ciri istimewa peralihan logam:
1. membentuk ion atau sebatian berwarna2. menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza-beza3. membentuk ion kompleks4. boleh bertindak sebagai mangkin ( catalyst)
***mangkin adalah bahan yang boleh mempercepatkan tindak balas kimia di mana tindak balas akan melalui lintasan tenaga pengaktifan yang lebih rendah.
Proses haber –proses penghasilan amonia = mangkinnya ialah Fe
Proses sentuh ( contact process)-proses penghasilan sulfurik asid = mangkinnya ialah V2O5
Proses Ostwald-proses penghasilan nitrik acid = mangkinya ialah Pt
TOPIK 5 : IKATAN KIMIA ( CHEMICAL BONDS)
- semua unsur kumpulan 18 tidak terlibat dalam membentuk sebatian kimia ini kerana semua unsur kumpulan 18 mempunyai susunan duplet dan octat yang stabil dan bersifat sacara lengai secara kimia.
** Jenis-jenis ikatan kimia
1. Ikatan ionik ( ionic bond)
- membentuk sebation ionik( ionic compound)
- terbentuk hasil dari pemindahan elektron(transfer electron)dari unsur logam(kumpulan 1, 2,13) ke unsur bukan logam ( kumpulan 16,17) **Hidrogen adalah unsur bukan logam!!!
2. Ikatan kovalen ( covalent bond)
- membentuk sebatian kovalen ( covalent compound)
- terbentuk hasil dari perkongsian elektron ( sharing electron) antara unsur bukan logam dengan unsur bukan logam.
CUBA LUKISKAN SUSUNAN ELEKTRON YANGMENUNJUKKAN CARA PEMBENTUKAN SEBATIAN BAGI:
a. NaCl b. MgO
a. HCl d. K2O
a. Cl2 f. NO2
a. N2 h. CO2
( pastikan anda faham susunan elektron bagi sebatian ionik dan kovalen )
Perbandingan cirri-ciri antara sebatian ionik dengan sebatian kovalen
Sebatian ionik Sebatian kovalen
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
* kerana ion-ion positif dan negatif ditarik bersama oleh daya elektrostatik yang kuat. Jadi banyak tenaga diperlukan untyk mengatasi ikatanya yang kuat itu.
Takat lebur dan takat didih yang rendah
* daya tarikan yang lemah antara molekul-molekuk. Jadi, hanya sedikit tenaga diperlukan untuk mengatasi ikatannya.
Boleh konduksi elektrik dalam keadaan leburan (molten state) atau larutan berair ( aqueus solution) tetapi tidak konduksi elektrik dalam keadaan pepejal
* kerana dalam keadaan leburan atau larutan berair, ion-ion positif dan negatif bergerak bebas( free mobile ions)
Dalam keadaan pepejal, ion-ion berada dalam keadaan yang tetap dan tidak bebas bergerak. Jadi dalam keadaan pepejal tidak boleh konduksi elektrik
Tidak mengkonduksikan elektrik dalam apa jua keadaan
* wujud dalam keadaan molekul dalam apa jua keadaan. Jadi, tiada ion yang bebas bergerak tidak boleh mengkonduksikan elektrik.
Biasanya larut dalam air tetapi tidak larut dalam larutan organik seperti benzene,alkohol
Biasanya larut dalam larutan organik dan tidak larut dalam air
TOPIK 6 : ELEKTROKIMIA ( electrochemistry)
Elektrolisis ialah proses di mana suatu sebatian bercerai kepada komposisinya apabila bekalan elektrik melaluinya.
Proses elektrolisis melibatkan 2 langkah:
i. pergerakan ion-ion dalam elektrod.
- kation (ion positif) bergerak ke arah katod (elektrod negatif, anion ( ion negatif) bergerak ke arah anod ( elektrod positif)
ii. nyahcas ion
-ion yang dipilih untuk dinyahcas dipengaruhi oleh kedudukan ion dalam siri
elektrokimia, kepekatan ion dalam elektrolit dan jenis elektrod yang digunakan.
-kation dinyahcas di katod dengan menerima elektron manakala anion dinyahcas di
anod dengan menderma elektron.
-elektron mengalir dari anod ke katod melalui sambungan wayar.
-apabila ion dinyahcas di elektrod, atom @ molekul akan terbentuk.
Proses elektrolisis
A
Elektrolisis leburan plumbum (II) bromide ( molten lead (ii) bromide)
Karbon/ grafit elektrod
Leburan plumbum (II) bromide
Dalam keadaan leburan plumbum (II) bromide,
Hanya ion plumbum , Pb2+ dan ion bromide , Br-sahaja dalam leburan!! Ingat !!
Mangkuk pijar
Heat
Anod: 2Br- → Br2 + 2e
Pemerhatian: gelembung gas terbebas / gas perang terbebas.
Inference / conclusion: gas bromin terbebas
Katod: Pb2+ + 2e → Pb
Observation: shiny grey solid found at the bottom of the crucible
Inference/ conclusion: pepejal plumbum termendak di dasar mangkuk pijar
Elektrolisis larutan berair ( aqueous solution)
Asid Sulfurik cair , H2SO4
Ion yang wujud: H+, SO42-, OH-
Anod: OH- dipilih untuk dinyahcas 4OH- → O2 + 2H2O + 4e
Katod: H+ dipilih untuk dinyahcas 2H+ + 2e → H2
Sodium chloride, NaCl solution
Ion yang wujud: Na+, H+, Cl-, OH-
Anod: OH- dipilih untuk dinyahcas 4OH- → O2 + 2H2O + 4e
Katod: H+ dipilih untuk dinyahcas 2H+ + 2e → H2
A
Carbon/grafit elektrod
SIRI ELEKTROKIMIA MESTI INGAT!! ION YANG KEDUDUKANNYA TERLETAK DI BAWAH SIRI ELEKTROKIMIA DIPILIH DINYAHCAS
KATION ANION
K+ kalo F- Fazrul
Na+ nak SO42- Sangat
Ca2+ cari NO3- Nak
Mg2+ makwe Cl- Cari
Al3+ Ali Br- Bini dipengaruhi oleh kepekatan (
concentrated)
Zn2+ Zamru I- Isteri
Fe2+ Fredy OH- Orang
Sn2+ Sanggup
Pb2+ Pergi
H+ Hari2
Cu2+ Curi
Ag+ Ayam
Makin senang dinyahcas
Ringkasan :
Elektrolit (electrolyte)
Leburan NaCl Larutan NaCl 2.0moldm-3 NaCl solution ( concentrated)
elektrod Karbon/grafit Karbon/grafit Karbon/grafit
Ion-ion yang wujud Na+ , Cl- Na+ , Cl- , OH-, H+ Na+ , Cl- , OH-, H+
Ion dipilih dinyahcas Na+ , Cl- OH-, H+
(ion yang kedudukan terletak di bawah siri elektrokimia dipilih untuk dinyahcas)
Cl- , H+
(Cl- dipilih dinyahcas kerana dalam keadaan pekat)
Anod 2Cl- → Cl2 + 2e 4OH- → O2 + 2H2O + 4e
2Cl- → Cl2 + 2e
katod Na+ + e → Na 2H+ + 2e → H2 2H+ + 2e → H2
PENGARUH JENIS ELEKTRODA
Cu elektrod / Ag elektrod
CuSO4 / AgCl
Mangkuk pijar
Heat
Jenis elektrod Anod Katod
Cu Cu → Cu2+ + 2e Cu2+ + 2e → Cu
Ag Ag → Ag+ + e Ag+ + e → Ag
Pemerhatian Anod menipis ( thinner) Katod menebal ( thicker)
Bagi elektrolit yang menggunakan CuSO4, kepekatan warna larutan biru bagi elektrolit kekal sama kerana kepekatan ion Cu2+ kekal sama.
Elekrolisis dalam industri
* Cryolite ditambah untuk untuk merendahkan takat lebur Al2O3 (dr 2045 ke 900oc)
Anod: O2- -2e → O2
Katod: Al3+ + 3e → Al
* oksigen gas yang terbebas di anod akan bertindak balas dengan elektrod carbon dan menghasilkan carbon dioxide gas!! C + O2→C O2
OLEH ITU, ANOD AKAN MENIPIS
+
a. Pengekstrakan logam ( extraction of metals)-
Karbon ( katod)
Karbon ( anod)
Leburan Al2O3 + Cryolite
Leburan Al
(keadaan leburan, ion wujud Al3+ , O2-)
Penulenan logam ( purification of metals)A
b. ANOD: kuprum tak tulen (impure copper)
Pemerhatian: anod menipis Cu → Cu2+ + 2e
KATOD: kuprum tulen ( pure copper)
Pemerhatian : katod menebal Cu2+ + 2e →Cu
* kuprum yang tak tulen akan larut dan bendasing akan termendak di dasar bikar
CuSO4
ANOD: kuprum
Pemerhatian: anod menipis Cu → Cu2+ + 2e
KATOD: sudu besi ( iron spoon )
Pemerhatian : pepejal coklat meyaluti pada permukaan sudu Cu2+ + 2e →Cu
* tujuan penyaduran adalah untuk melindungi objek ( sudu) daripada terhakis serta memperbaiki kecantikan permukaanya.
Penyaduran logam ( electroplating of metalA
c. )
CuSO4
V
Sel Voltaic / Daniel Sel ( voltaic cell/ Daniel cell)
Mg Cu
ZnSO4 CuSO4
Titian garam ( salt bridge) *berfungsi membenarkan pengaliran ion untuk melengkapkan litar
Mg bertindak sebagai terminal negatif (anod) kerana Mg kedudukannya terletak di atas Cu siri elektrokimia.
e.g: tentukan terminal negative dan nilai perbezaan keupayaan,V (potential difference) bagi pasangan logam yang berikut:
Mg
2.7 v
0.3 v
Zn 1.6 v
Fe
Cu
Pasangan logam Terminal negatif Perbezaan keupayaan, VMg & Cu Mg 2.7VZn & Cu Zn [2.7-1.6 (cari atr Fe&Cu) +
0.3] = 1.4 V
Fe & Cu Fe 2.7- 1.6 = 1.1 VCu & Cu - 0.0
* Contoh sel :
Jenis sel Kebaikan Kelemahan Lead-acid accumulator (plumbum asid akumulator)
Boleh dicas balik apbl bateri hbs pakai
Mahal
Dry cell ( sel kering) Murah Tidak boleh dicas balik , tidak tahan pakai lama
Sel basah Tahan pakai lama Tidak boleh dicas balikTOPIK 7: ASID DAN BES ( ACID AND BASE)
- Asid ialah bahan yg bercerai (ionizes/dissociates)dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen,H+
Asid KUAT ( STRONG ACID)
Nitric acid , HNO3 Hydrochloric acid, HCl Sulphuric acid, H2SO4
H2O
HNO3 → H+ + NO3-
H2O
HCl → H+ + Cl-
H2O
H2SO4 → 2H+ + SO42-
Monoprotic acid
1mol HNO3 bercerai
menghasilkan 1 mol H+
Monoprotic acid
1mol HCl bercerai
menghasilkan 1 mol H+
Diprotic acid
1mol H2SO4 bercerai
menghasilkan 2 mol H+
H2O
Acid lemah ( weak acid) CH3COOH CH3COO- + H+
- Bes ialah bahan yang bercerai di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-
-alkali ialah base yang larut dalam air dan bercerai untuk menghasilkan ion hidroksida, OH-
alkali KUAT ( STRONG Alkali)
Natrium hidroksida , NaOH Kalium hidroksida , KOH
H2O
NaOH → Na+ + OH-
H2O
KOH → K+ + OH-
Alkali lemah ( weak alkali) NH3 + H2O OH- + NH4+
*** asid dan alkali hanya menunjukkan sifat asid dan sifat alkalinya apabila larut dalam air. Ini adalah kerana hanya dengan wujudnya air, baru acid dan alkali data bercerai untuk menghasilkan H+ & OH-. Tanpa air, acid dan alkali wujud dalam bentuk molekul.
** asid dan alkali juga boleh konduksi elektrik dengan wujudnya air kerana adanya ion-ion yang bebas bergerak ( free mobile ions @ free moving ions)
pH 1 7 14makin kuat asid neutral makin kuat
alkali
Acid kuat,( HCl, HNO3, H2SO4)
Acid lemah ( CH3COOH)
Alkali lemah ( NH3) Alkali kuat (KOH, NaOH)
Bercerai lengkap dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang tinggi
Bercerai separa dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang rendah
Bercerai separa dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang rendah
Bercerai lengkap dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang tinggi
** molarity is the number of moles solute present in 1dm3 of solution.
÷ m. mass
Kepekatan ( concentration)
× m. mass
Kepekatan (g dm-3) =
Molarity (mol dm-3)=
e.g
200cm3= dm3
= 0.2 dm3
4.0g natrium hidroksida, NaOH dilarutkan dalam 200cm3 air. Berapakah kepekatan larutan yang dihasilkan dlm unit g per dm3?
Kepekatan=
= 20 g dm-3
e.g (Jisim atom relatif:Na, 23; O,16; H,1)
4.0g natrium hidroksida, NaOH dilarutkan dalam 200cm3 air. Berapakah kepekatan larutan yang dihasilkan dlm unit mol per dm3?
Mol =
Step 1: cari mol dulu
Mol =
200cm3= dm3
= 0.2 dm3
= 0.1 mol
Molarity =
= 0.5 mol dm-3
Rumus BAGI proses pencairan ( dilution process) M1V1=M2V2
E.G : berapakah isipadu ( volume) 2.0 mol dm-3 asid sulfurik diperlukan untuk menyediakan 100cm3 1.0 mol dm-3 asid sulfurik?
M1 = 2.0 mol dm-3 M2= 1.0 mol dm-3 Ganti msk rumus M1V1=M2V2
V1 = cari V2= 100cm3 2.0 mol dm-3×V1 =1.0 mol dm-3×100cm3
V1= 50cm3
Proses Peneutralan ( neutralisation process)
Kaedah penitratan ( titration process)
Asid (e.g 0.1 mol dm-3 HCl)
Alkali ( e.g 25cm3 0.1 mol dm-3 NaOH)+
beberapa titik penunjuk (indicator)
( indicator such as phenolphthalein / methyl orange)
Penunjuk acid Neutral Alkali Phenolphthalein Colourless Colourless Pink Methly orange Red Orange yellow
Sorg pelajar menjalankan eksperimen di atas, keputusan diperolehi spt di bwh:
Trial 1 2 3
Isipadu HCl ( cm3)
25.10
24.50 24.60
* ingat!!Bacaan buret mesti 2tempat perpuluhan
a. Kirakan isipadu HCl yg digunakan
= 24.73 cm3
b. Apakah perubahan warna yang berlaku jika phenolphthalein sebagai penunjuk?Warna berubah dari tidak berwarna kepada warna merah jambu ( colourless to pink)
***sila baca soalan dgn teliti, kalau alkali berada di buret dan acid berada dlm kelalang kon, warna berubah dr merah jambu ke tidak berwarna jika phenolphthalein sbg penunjuk.
e.g apakah isipadu 2.0 mol dm-3 asid nitrik diperlukn untuk meneutralkan 0.14g kalium hidroksida? ( O,16; k,39, H,1)
langkah 1: tulis persamaan kimia yg seimbang dulu, petik maklumat dari soalan dan carikan bilangan mol bagi salah satu reactant.
HNO3 + KOH → KNO3 + H2O
V=??, M=2.0 mol dm-3 jisim (mass)=0.14g
Mol =MV Mol=
= 0.0025mol
Dari persmn di atas, 1 mol HNO3Ξ 1mol KOH
Jadi , ? mol HNO3Ξ 0.0025mol KOH
Sudah tentu 0.0025 mol HNO3 !
Mol = MV
0.0025mol = 2.0 mol dm-3 V
V= 0.0125 dm-3 = 12.5 dm-3
Kegunaan Proses peneutalan dlm kehidupan seharian
a. dalam sektor pertanian- merawat tanah yang terlalu berasid atau beralkalib. dalam perubatan- Mg(OH)2 untuk rawatan sakit gastrik
TOPIK 8: GARAM ( SALT)
Warna-warna logam
Cu - brown
Cu0 - black
Zn0 - when hot : yellow , when cold : white
Mg0 - when hot : brown , when cold : yellow
Pb0 - when hot : brown , when cold : yellow
Fe2+ ~ pale green
Fe3+ ~ brown / pale yellow
* all metal shiny grey but/ except Cu !!!
Ujian pengesahan kehadiran anion
Carbonate ion, CO3
2-
Chloride ion , Cl- Sulphate ion, SO42- Nitrate ion, NO3
-
+ HCl cair + HNO3 cair + AgNO3 + HCl cair + BaCl2 + H2SO4 cair + FeSO4 + H2SO4 pekat
Gas terhasil menukar air kapur menjadi keruh
Mendakan putih ( white precipitate) terbentuk
Mendakan putih terbentuk
Brown ring
Ujian pengesahan kehadiran kation
Ammonium ion, NH4+
Iron(II) ion, Fe2+ Iron(III) ion, Fe3+ Lead (II) ion, Pb2+
+ nessler’s reagent + potassium hexacyanoferrate(III)
+ potassium hexacyanoferrate(II)
+ NaCl
Brown precipitate formed
Dark blue precipitate formed
Dark blue formed
* if use potassium thiocyanate, KSCN, blood-red colour seen
Mendakan putih larut dalam air panas dan muncul balik apabila sejuk
Garam larut dan garam tak larut
Jenis garam Larut ATAU tak larut dalam air ??
Ammonium salts (NH4+) Semua larut dlm air . cthnya garam NH4Cl
Nitrate salts (NO3-) Semua larut dlm air. Contohnya garam Mg(NO3)2
Sodium & potassium (Na+, K+)
Semua larut dlm air. Cthnya garam NaCl, KNO3
Chloride salts (Cl-) Semua larut kecuali AgCl, HgCl dan PbCl2
Sulphate salts ( SO42-) Semua larut kecuali PbSO4, CaSO4, BaSO4, Ag2SO4
Carbonate salts ( CO32-) Semua tak larut kecuali Na2CO3, K2CO3, (NH4)2CO3
Lead (II) salts (Pb2+) Semua tak larut kecuali Pb(NO3)2
Reaction double decomposition
Prosedur:
1. pilih larutan garam larut yang mengandungi kation bagi garam yg tak larut itu
2. pilih larutan garam larut yang mengandungi anion bagi garam yang tak larut itu
3. campurkan dua larutan berkenaan
4. turas, basuh dan keringkan mendakan yang terhasil.
Tindak balas:
Acid + metal @ acid + metal oxide @ acid+ metal hydroxide @ acid + metal carbonate
Prosedur:
1. tambah pepejal ke dalam larutan asid cair yang panas
2. turaskan pepejal yang berlebihan
3. didihkan larutan garam agar proses penyejatan berlaku untuk mendptkan larutan garam yang pekat.
4. biarkan larutan garam yg pekat sejuk untuk mendpt Kristal garam
5. turas,basuh dan keringkan Kristal garam
Cara penyediaan garam larut dan tak larut
No
Garam larut tak??
Tindak balas peneutralan ( asid + alkali→ garam + air
Prosedur:
1. gunakan kaedah penitratan untuk meneutralkan larutan asid dan alkali utk menghasilkan larutan garam ( refer to titration acid-base)2. sejatkan larutan untuk menghasilkan larutan garam yang pekat3. biarkan larutan sejuk utk membtk Kristal garam4. turas, basuh dan keringkan Kristal garam
yes
No
Adakah garam Na+, k+ , NH4+ ????
yes
TOPIC 9: BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRY ( manufactured substances in industry)
Proses sentuh ( contact process)- proses penghasilan asid sulfurik
Peringkat 1: penghasilan sulfur dioksida
Sulfur dibakar di udara untuk menghasilkan sulfur dioksida S + O2 → SO2
Peringkat 2: penukaran sulfur dioksida kepada sulfur dioksida
Campuran sulfur dioksida dengan oksigen yang berlebihan dialirkan melalui converter
Sulfur dioksida dioksidakan mengaji sulfur trioksida SO2 + O2 2SO2
Suhu (Temperature): 4000C
Tekanan(Pressure): 1atm
Mangkin (Catalyst): vanadium (V) oxide
Peringkat 3: penghasilan sulfurik asid
Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik yang pekat untuk menghasilka oleum, H2S2O7
SO3 + H2SO4 → H2S2O7
Oleum kemudian dilarutkan dalam air untuk menghasilkan asid sulfurik. H2S2O7 + H20 → 2H2SO4
**Asid Sulfurik digunakan dlm pembuatan baja, detergen.
**kesan hujan acid termasuk menyebabkan kakisan bangunan dan menjejaskan pertanian kerana tanah menjadi berasid.
Proses haber (Haber process)-proses penghasilan ammonia
Campuran gas hidrogen dan gas nitrogen dengan nisbah 1: 3 pada suhu 4500c 200 atm dialirkan ke atas lapisan mangkin ferum dalam mesin tindak balas( reactor)
N2 + 3H2 → 2NH3
1mol 3mol
*** ammonia digunakan untuk membuat baja, mengelak pembekuan lateks getah.
Proses Ostwald( Ostwald process) –proses penghasilan nitrik asid.
Ammonia dioksidakan kepada nitrogen monoksida dgn kehadiran Pt sbgi mangkin
4NH3 + 5O2 4NO + 6H2O
Nitrogen monoksida kemudianya dioksidakan kepada nitrogen dioksida
2NO + O2 → 2NO2
Campuran nitrogen dioksida dan udara dilarutkan dalam air untuk menghasilkan asid nitrik
4NO2 + O2 + H2O → 4HNO3
Aloi ( alloy)
- Aloi adalah campuran 2 atau lebih unsur dengan komposisi yang tertentu.
- Aloi lebih kuat,keras, tahan kakisan, tahan karat&lebih cantik permukaanya berbanding dgn logam tulen.
- kehadiran atom unsur lain telah menganggu susunan atom dalam logam.dengan itu,lapisan atom logam dielakkan daripdan tergelincir antara satu sama lain. Ini menjadikan aloi lebih keras
*** sila rujuk buku rujukan anda ttg eksperimen “ to compare the hardness pure metal and its alloy “ dan eksperimen “ to compare the rate rusting of iron, steel and stainless steel” . Ada pihak yg spot keluar soalan ini dalam kertas 3.
aloi komposisi Ciri-ciri Kegunaan
Bronze 90% kuprum, 10% stanum(tin)
Keras, kuat, tidak mudah hakis, bersinar permukaan
Sbgi bahan seni ( art objects)
Brass 20% kuprum, 30% zink Keras, kuat, tidak mudah hakis, bersinar & cantik permukaan
Alatan muzik, barangan dapur
Steel 99% ferum, 1% karbon Kuat dan keras Badan kereta
Duralumin 93% aluminium, 3% kuprum, 3%magnesium, 1% mangan
Ringan dan kuat Badan kapal terbang
Pewter 37.5% gold, 11% silver, 51.5% copper
Kuat, bersinar, tidak mudah berkarat
Bahan seni, souvenirs
Polymer ( polimer)
Cth polimer semula jadi ialah lateks ( monomer isoprene)
Cth polimer sintesis ialah plastic. Polimer sintesis dihasilkan melalui proses penambahan polimer dan kondensasi polimer.
Nama polimer Ciri-ciri kegunaan
Polyethylene Ringan dan mudah lebur Plastik cawan, alat mainan
Polypropylene Ringan, mudah lebur Botol, alat mainan
Polyvinyl chloride Elastik, blh diwarnakan Paip air, wayar
polystyrene Ringan, penebat haba Alat mainan, penebat haba
Kaca
Fused glass Takat lebut yg tinggi, lutsinar erhadap sinaran UV
Peralatan kaca dlm makmal, kanta teleskop
Soda-lime glass Takat lebur rendah, mudah retak dgn perubahan suhu
Cermin, mentol
Borosilicate glass Tahan dgn bahan kimia, tahan dgn perubahan suhu
Peralatan masak, peralatan kaca dlm makmal
Lead crystal glass Lembut dan senang lebur, ketumpatan tinggi
Kanta, kristal
Seramik ( ceramics)
-Seramik diperbuat daripada tanah liat yang dipanggil kaolin yang kaya dengan kaolinite.
- seramik sangat kuat dan tahan, takat lebur tinggi, penebat haba elektrik yang baik, bersifat lengai dan tidak terhakis.
Bahan komposit ( composite materials)
-Bahan komposit adalah bahan yang terhasil daripada gabungan dua atau lebih bahan seperti logam, aloi, kaca, seramik dan polimers.
- bahan komposit mengabungkan kebaikan&kekuatan bahan-bahan terpilih tanpa kelemahanya.
-example composite materials: reinforced concrete,superconductor, fibre optic, fiber glass, photochromic glass ( refer to reference. Text books abt the properties & the uses of each materials)