nota padat oumm 3203 etika

19
NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL # Bab 1 Moral Reasoning and Ethical Theory (Taakulan berprinsip moral dan Teori Mengikut Etika) The Meaning of Ethics (Makna Etika) Prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan tidak serupa untuk setiap individu. The Meaning of Professional Ethics (Makna Etika Profesional) Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka dalam menjalankan tugas megikut nilai dan amalan profesional serta bertindak mengikut etika yang ditentukan. The Formation of Individuals Ethics (Faktor Pembentukan Etika Individu) (1) Pengaruh keluarga (Family Influence) Etika ibu bapa yg baik akan diikuti oleh anak dan sebaliknya. (2) Pengaruh rakan (Peer Influence) Utk lihat peribadi seorang, lihatlah siapa rakan mereka (pepatah) (3) Pengalaman hidup (Life Experience) Sekiranya pencuri dihukum kerana mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan. (4) Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and Morals) Seseorang yg mementingkan pangkat dan kedudukan sering bertindak berdasarkan untung tanpa mengira kesannya terhadap orang lain. (5) Faktor keadaan (Situational factors) Seorang peniaga boleh mengubah penyata keuntungan perniagaan untuk menipu cukai. Pandangan tentang etika (The views of ethics) (1) Utilitarian (Kemudahan) - Suatu keputusan untuk kepentingan majoriti walaupun tindakan tersebut sama ada betul, patut atau baik beri kesan buruk pada sebahagian kecil. Perlu kenalpasti: (a) Siapa yg terjejas secara langsung dan tidak langsung (Who are directly and indirectly affected). (b) Apa untung dan keburukan yg dialami mereka (What benefits and harms they would experience). 1

Upload: kumaran-vijayan

Post on 30-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

VERSI BM TOPIK-1-8

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

# Bab 1 Moral Reasoning and Ethical Theory (Taakulan berprinsip moral dan

Teori Mengikut Etika)

The Meaning of Ethics (Makna Etika)

Prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak sama ada perbuatan

tersebut betul atau salah dan tidak serupa untuk setiap individu.

The Meaning of Professional Ethics (Makna Etika Profesional)

Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka dalam

menjalankan tugas megikut nilai dan amalan profesional serta bertindak mengikut

etika yang ditentukan.

The Formation of Individuals Ethics (Faktor Pembentukan Etika Individu)

(1) Pengaruh keluarga (Family Influence) – Etika ibu bapa yg baik akan diikuti oleh

anak dan sebaliknya. (2) Pengaruh rakan (Peer Influence) – Utk lihat peribadi

seorang, lihatlah siapa rakan mereka (pepatah)

(3) Pengalaman hidup (Life Experience) – Sekiranya pencuri dihukum kerana

mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan.

(4) Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and Morals) –Seseorang yg

mementingkan pangkat dan kedudukan sering bertindak berdasarkan untung tanpa

mengira kesannya terhadap orang lain.

(5) Faktor keadaan (Situational factors) – Seorang peniaga boleh mengubah penyata

keuntungan perniagaan untuk menipu cukai.

Pandangan tentang etika (The views of ethics)

(1) Utilitarian (Kemudahan) - Suatu keputusan untuk kepentingan majoriti walaupun

tindakan tersebut sama ada betul, patut atau baik beri kesan buruk pada sebahagian

kecil. Perlu kenalpasti:

(a) Siapa yg terjejas secara langsung dan tidak langsung (Who are directly and

indirectly affected).

(b) Apa untung dan keburukan yg dialami mereka (What benefits and harms they

would experience).

(c) Berapa lama kesan tersebut berlanjutan (How long these effects would last).

(2) Golden Rule (Aturan Emas) – Menurut agama kristian ; Lakukan pada org lain

1

Page 2: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

sepertimana kita nak orang lakukan pada kita. (“do to others as you would have them

do to you”).

(3) Kantian/Rights (Kantian/Hak) – Immanuel Kant percaya moral merupakan

sesuatu yang universal dan setiap orang ada hak yang tertentu. Antaranya:

(a) The right of free consent (Hak penyetujuan percuma).Setiap orang berhak untuk

dilayan sekiranya mereka setuju dan bersedia untuk dilayan.

(b) The right of privacy (Hak untuk bersendirian). Setiap orang berhak untuk

melakukan, mendedah atau merahsiakan kehidupan peribadi.

(c) The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara

hati). Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip

moral mereka selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.

(d) The right of freedom (Hak untuk kebebasan). Setiap orang berhak mengkritik

suatu etika organisasi secara berhemat, selagi kritikannya tidak mencabuli hak

individu di dalam organisasi tersebut.

(e) The right of due process (Hak process berpatutan ) Setiap orang berhak

dibicarakan dengan adil sekiranya hak mereka dicabuli. Di dalam kantian/rights,

sesuatu tindakan adalah betul apabila ia meminimumkan pencabulan hak.

(4) Enlightened Self-Interest (Menyedarkan Kepentingan Diri)

Walaupun kepentingan diri menjadi satu keutamaan, kesejahteraan masyarakat masih

diambil berat dalam melaksanakan tugas. Cth jurutera proton yang bekerja dengan

kepakarannya bukan sahaja untuk memperolehi gaji bahkan kereta yang dihasilkan

memberi manafaat kepada pengguna. Suatu tindakan adalah betul dari segi akhlak

jika ia memberikan keuntungan individu tanpa memberi kerugian dan, sekira perlu

meminimumkan sebarang keburukan terhadap orang lain.

Normative Philosophy and Ethical Relativism (Falsafah normatif dan Relativisme

Mengikut Etika)

Kajian tentang pemikiran yang betul dan kelakuan mengikut norma .

Ethical Theory (Teori mengikut etika)

Segala tindakan kita dalam komuniti disempadani dengan konsep betul dan salah yang

memerlukan analisis dan pertimbangan dalam membuat keputusan atau tindakan dan

bukan satu kekurangan sekiranya kita telah mencuba tetapi tindakan tersebut kurang

tepat kerana tiada satu pun sistem etika yang sempurna tetapi terdapat 5 sistem yang

2

Page 3: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

sering digunakan:

a) Eternal Law (Undang-undang Abadi/kekal)

- Undang-undang Agama tidak berubah dan sah selama-lamanya.

- Tiada syarat atau ketetapan yang tepat memperlihatkan kebenaran.

- Setiap agama mempunyai standard moral yang berbeza untuk penganutnya

- Standard berbeda antara kumpulan yang berlainan walaupun menganut agama

sama.

- Tidak dapat dilaksanakan secara universal.

b) Utilitarianism (kemudahan)

- Merupakan suatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan masyarakat majoriti

-Sukar menentukan manfaat untuk masyarakat kebanyakkan.

- Tidak ada satu kaedah yang dapat menentukan sama ada tindakan/keputusan yang

dilakukan adalah “betul”, “baik” atau “wajar”.

- Sukar untuk mengimbangi manfaat yang diperolehi oleh masyarakat majoriti dengan

pengorbanan masyarakat minoriti.

c) Universalism (sejagat)

- Menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang

keputusan/tindakan adalah penting

- Keputusan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya semua orang yang

mengalami masalah serupa melakukan tindakan yang serupa seperti yang kita

lakukan.  

- Terlalu bergantung kepada perkiraan niat seseorang.

- Sukar mengukur kepentingan terhadap kewajiban atau tanggungjawap seseorang

individu.

- Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain kerana sebahagian dari kita akan

memikirkan kehendak diri sendiri.

d) Distributive Justice Teory (Teori Adil Pembahagi)

- Keutamaan keadilan menjadi panduan membuat keputusan dan mengambil tindakan

yang dijangka memberikan faedah kepada semua anggota masyarakat

- Keupayaan/usaha individu diabaikan/ tidak diendahkan.

3

Page 4: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

- Sebarang cadangan amat bergantung kepada kerjasama sosial keseluruhannya

untuk membekalkan faedah/keuntungan ekonomi dan social.

e) Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi)

- Keutamaan kebebasan mejadi panduan membuat keputusan dan mengambil

tindakan yang akan menyebabkan semua orang akan mendapat manfaat dan

kebaikannya.

- Ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang sempit yang menghadkan hak negatif

untuk tidak mengalami gangguan daripada orang lain.

Perbandingan Utilitarianisme dan Universalism

UtilitarianismUniversalism

Menekankan kepada kesan/keputusan/akibat

dari sesuatu tindakan dan bukannya niat

individu tersebut

Menekankan kepada niat

individu yang melakukan

tindakan atau membuat

keputusan.

Sesuatu tindakan/keputusan dikira betul

sekiranya membawa manfaat kepada orang.

Dianggap salah sekiranya membahayakan

atau mencederakan orang lain

Niat yang baik sering kali

membawa kepada kebaikan.

Sekiranya tindakan/keputusan tersebut akan

memberikan manfaat kepada majority

masyarakt maka dikira baik

Mendahului kepentingan orang

lain dari kepentingan sendiri.

# Bab 2 Moral And Social Responsibility (Moral dan Tanggungjawab Sosial)

Conditions for Moral Accountability and Liability (Keadaan dalam

Tanggungjawab Moral)

4

Page 5: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

(1) Knowledge and Freedom (Pengetahuan dan Kebebasan)

Seseorang itu bertanggungjawab atas perbuatannya dengan kerelaan hati tanpa

paksaan fizikal dan psikologi.

(2) Ignorance (Kedunguan/kebodohan/ketidaktahuan)

Alasan ketidaktahuan hanya boleh digunakan apabila sesorang tidak bersalah. Ini

berlaku apabila seseorang tidak memahami hukum alam yang terjadi atau tidak dapat

menerima semua yang munasabah yang dapat dijangka akibat daripada perbuatannya

(3) Coercion (penggunaan kekerasan / paksaan)

Pegawai bank yang menjaga kaunter yang mana menyerahkan sejumlah wang tunai

yang ada di dalam laci kepada perompak bersenjata adalah jelas tidak bersalah dari

segi moral di dalam melesapkan harta bank.

“Tanggungjawab moral” (moral responsibility)

Def: Seseorang secara moral boleh dipertanggungjawabkan terhadap tindak tanduk

mereka, sekiranya mereka mengetahui tindakan yang dibuat adalah dengan kerelaan

hati dan tanpa sebarang paksaan secara fizikal mahupun psikologi.

Perbezaan (material coorperation) dan formal coorperation (kerjasama formal)

dibawah Natural Law

Formal coorperation Material coorperation

Seseorang menjadi rakan sekerja yang

secara sukarela untuk melakukan

perbuatan yang salah, dengan

mengizinkan dan membenarkan

kejahatan dilakukan. Formal

cooperation tidak pernah dapat

ditentukan walaupun dengan

ketakutan yang amat sangat

Ia bermaksud seseorang diminta untuk

melakukan suatu tindakan yang masuk akal

(logik), tidak jahat pada amnya, tetapi pada

akhirnya ia secara tidak langsung telah

membantu orang tersebut untuk melakukan

sesuatu tindakan yang pada hakikatnya

adalah salah.

Era tanggungjawab sosial

5

Page 6: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

a) The Entrepreneurial Era (Era Perindustrian)

Berlaku lewat 1800 an. Masa ini industri mengumpul keuntungan. Masa era ini, semua

industri adalah kecil.

b) The Depression Era (Era Kemelesetan)

Berlaku pada tahun 1900, masa ini organisasi besar telah mendominisasi ekonomi US.

Orang awam telah mengkritik organisasi kerana melakukan aktiviti kewangan yang

tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya keruntuhan pasaran saham pada tahun

1929.

c) The Social Era (Era Sosial)

Wujud pada tahun 1960an dan ketidak ketentraman sosial. Ini kerana organisasi besar

telah didakwa mempromosikan peperangan di Vietnam. Empat kesatuan hak

pengguna telah menyatakan pendirian mereka kepada Presiden John Kennedy

mengenainya.

Pendapat mengenai tangunggjawab sosial

Bersetuju Tidak bersetuju

Membantu problematic (merupakan

persoalan) business

Syarikat juga anggota masyarakat

Sumber bisnis selalunya boleh

membantu menyelesaikan masalah

Tanggungjawab sosial boleh tambah

keuntungan

Keuntungan adalah objektif perniagaan

Penglibatan di dalam aktiviti sosial

memberikan syarikat tersebut kuasa

yang besar

Kemungkinan berlaku confict of interest

Kepakaran yang kurang di dalam

mengurus aktiviti sosial

Cara kerajaan mempengaruhi organisasi

Direct Regulation (Peraturan secara terus) – Memperkenalkan dan melaksanakan

undang-undang dan akan tubuhkan agensi yang akan mengawasi dan mengawal

aktiviti-aktiviti tertentu.

Inderect Regulation (Peraturan tidak langsung) – Secara tidak langsung

mempengaruhi cara organisasi tersebut membelanjakan wang mereka memelalui

cukai, sama ada melalui insentif mahupun subsidi.

6

Page 7: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Cara organisasi mempengaruhi kerajaan.

a) Personal Contact (Hubungan peribadi) – Hubungan peribadi dan jaringan

perniagaan.

b) Lobbying – Mempengaruhi pembuat undang-undang oleh pihak individu

mahu pun kumpulan tertentu

c) Political Action Committee (Tindakan komiti politik) – Sumbang wang kpd

ahli politik untuk kempen.

d) Favours (keramahan) – Bergantung kepada keramahan untuk mendapatkan

sokongan

Cara organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab sosial

(1) Legal compliance (Mematuhi Undang-undang) – Organisasi patut mematuhi

undang-undang.

(2) Ethical compliance (Mematuhi Etika) – Ikut etika yang biasa boleh diterima

masyarakat

(3) Philanthropic giving (Suka menderma) – Beri sumbangan/dana dlm program

kebajikan

Natural Law, alasan paksaan hanya boleh digunakan di dalam kes dimana

ketakutan berlakunya kemusnahan kebebasan seseorang di dalam kerelaan

melakukan tindakan tersebut.

Kerjasama Cooperation bermaksud tindakan yang dilakukan adalah bermoral

pada asasnya, tetapi orang lain telah menggunakannya untuk melakukan

perbuatan tidak bermoral.

Kerjasama Formal bermaksud seseorang melakukan tindakan tidak bermoral,

bermaksud moral yang salah dan beliau bekerjsama melakukan perbuatan jahat

secara moral.

Kerjasama material adakala boleh dijustified sebagai alasan yang baik,

biasanya di dalam kepentingan diri. Tetapi kerjasama formal di dalam melakukan

kejahatan tidak pernah diizinkan.

# Bab 3: The Nature of Ethics in Modern Business (Etika di dalam perniagaan

alaf baru)

7

Page 8: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Etika dalam pengurusan

Masalah di dalam pengurusan/pengelolaan kerana konflik di antara

keuntungan/prestasi syarikat dengan tanggungjawab/prestasi sosial. Cth :Pengurangan

pekerja di dalam sesebuah syarikat boleh menjimatkan kos dan menaikkan

keuntungan tetapi menyebabkan ramai akan menjadi penganggur.

5 masalah etika di dalam pengurusan:(Akibat dari keputusan yang dibuat)

a) Akibat berpanjangan – Sebarang keputusan yang dibuat akan memberikan kesan

yang berpanjangan kepada masyarakat. Sebagai contoh, pengeluaran produk tidak

selamat akan mengancam nyawa individu.

b) Mempunyai berbagai pilihan altenatif – Berbagai pilihan alternatif perlu

dibuat/dirancang apabila membuat sebarang keputusan atau pilihan etika.

c) Mempunyai akibat yang banyak (bercampur aduk) – Keuntungan dan kerugian

sosial serta juga pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan

pilihan alternatif etika yang dipilih.

d) Mempunyai akibat yang tidak pasti – Akibat dari sesuatu keputusan atau

pilihan etika yang diambil tidak dapat dipastikan.

e) Mempunyai impak peribadi – Keuntungan dan kerugian sosial serta juga

pulangan kewangan dan perbelanjaan sering kali berkait dengan impak peribadi di

dalam pilihan alternatif etika yang dipilih.

Mekanisma menganalisis permasalahan etika di dalam pengurusan

a) Analisis Ekonomi – Teori Makro dan Mickro ekonomi bergantung kepada

keadaan pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu

di dalam sebahagian pemasalahan etika .

b) Analisis Undang-undang – Sekiranya masalah etika menjadi terlalu

besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.

c) Analisis Etika – Dalam suasana normative philosophy, setiap orang

mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang

sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat

layanan yang adil.

8

Page 9: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Contoh masalah etika di dalam pengurusan

(1) Paras Harga (Pricing Level) – Turun naik harga barangan adalah masalah asas

ekonomi tetapi ia memberikan impak kepada masyarakat

(2) Mesej Pengiklanan (Advertising messages) – Kebenaran dan penipuan terhadap

mesej pengiklanan haruslah dianalisis untuk membuang keraguan di dalam minda

masyarakat, akibat yang tidak pasti, uncertain

(3) Promosi Produk (Product promotions) – Ini adalah agenda pengiklanan.

Masyarakat tidak sepatutnya dipengaruhi secara negatif mesej promosi yang

diiklankan.

(4) Persekitaran Kerja (Working Condition) – Persekitaran tempat kerja mestilah

conductive/sesuai

(5) Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service) – Pelanggan mestilah diberi

keutamaan di dalam urusan perniagaan.

# Bab 4 Managerial Ethics and the Rule of Law

Penggunaan Undang-undang dlm membuat keputusan

Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk

menguasai/mengawal kelakuan di dalam masyarakat tersebut. Oleh itu kita perlu

merujuk kepada undang-undang apabila kita menghadapi dilema etika di dalam

sesuatu organisasi apabila memilih antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.

Biarkan undang-undang menentukan segalanya kerana masyarakat telah membina

satu set peraturan yang dibuat secara kolektif (berkumpulan) oleh anggota

masyarakat tersebut mengenai tindakan dan kelakuan yang harus dibuat dan ia akan

memberi kesan kepada kebajikan terhadap masyarakat tersebut.

Mengimbangi prestasi ekonomi dan sosial

Retrenchment (Pemberhentian pekerja) – Berhentikan pekerja utk atasi kerugian.

Menghapuskan perkhidmatan orang tengah – Cth dell jual komputer terus tanpa

lalu org tengah

Menjual terus produk tersebut kepada pengguna terakhir.

Undang-undang

9

Page 10: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Def: Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten yang dibuat oleh

masyarakat untuk mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published),

diterima (generally accepted) dan dikuatkuasakan.

Ciri Undang-undang

Consistent (Konsisten) – tiada bantahan di dalam peruntukkan

Universal (Menyeluruh) – dapat dipakai oleh semua orang yang

menghadapi keadaan/situasi yang sama

Published (Diterbitkan/dicetak) – ditulis, dicetak dan dapat dicapai

oleh semua orang

Accepted (Diterima) – biasanya di patuhi oleh masyarakat

Enforced (Dikuatkuasakan) – Langgar undang-undang, berjaya

dibuktikan , terima hukuman.

Proses Pembentukan Undang-undang

Proses Individu - Proses ini melibatkan pendirian norma individu

(individual norms), kepercayaan (belief) dan nilai (values) di dalam undang-undang

Proses Kumpulan – Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau

persekitaran yang mengabungkan nilai ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan

ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial, Politik

Proses Sosial – Perubahan di dalam norma (norms), kepercayaan (belief)

dan nilai (values) akan memberikan kesan yang ketara di atas undang-undang

Proses Politik – Wakil yang dilantik/dipilih dengan rasmi adalah

bertanggungjawab untuk membuat rumusan mengenai undang-undang di dalam

sistem yang diwakili.

10

Page 11: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

# Bab 5 Kod Etika

Def: Norma (kebiasaan) dan kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah organisasi.

Kod-kod Etika

Norma Norma adalah standard perlakuan; cara

bagaimana pegawai atasan mahu kakitangannya

bertindak bila berhadapan dengan situasi tertentu.

Contoh norma dalam etika ialah:

Pekerja syarikat tidak dibenarkan menerima hadiah

peribadi bernilai lebih RM 25

Dalam bentuk pernyataan-pernyataan yang

negatif

Kepercayaan Cara berfikir yang dikehendaki oleh pegawai

atasan pada kakitangan terhadap tugas.

Dinyatakan dalam bentuk yang positif.

Contohnya:

“Tanggungjawab utama kita ialah para pelanggan”

5.2 Jawatan Ombusman

Ombusman ialah seorang yg ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pekerja

lebih muda mengenai hal-hal berkenaan masalah kerjaya, kesukaran yang dihadapi

organisasi dan isu-isu etika.

5.3 Punca-punca Kelakuan Tidak Beretika

Pembahagian struktur dalam organisasi mewujudkan pembahagian kuasa; bidang

kuasa untuk produk, pasaran dan perubahan dalam proses diberikan kepada

pengurus-pengurus bahagian, yang secara tidak langsung dipertanggungjawabkan ke

atas prestasi ekonomi.

11

Page 12: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Kesannya

(1) hubungan antara bahagian tidak dapat dimanfaatkan sebagai asas kepada

ekonomi kerana persekitaran berbeza dalam setiap bidang.

(2) Pengurusan korporat dalam pembahagian kuasa mempunyai sedikit kawalan ke

atas bahagian-bahagian lain

5.4 Pembangunan Sistem Perancangan Baru

Sistem Perancangan General Elektrik (GE)

Kaedah perancangan strategi dikenali sebagai ‘portpolio model’ kerana ia menilai

setiap unit proses pasaran dalam syarikat sebagai satu pelaburan yang boleh

ditingkatkan, dikekalkan atau dikurangkan mengikut masa.

Unit-unit produk – pasaran – proses di GE diistilahkan “Strategik Business Unit” atau

SBU. Ia mengandungi bahagian-bahagian produk yang berkaitan dan bersama

mempunyai keupayaan untuk bersaing dalam industri melalui Strategi yang telah

dijelaskan.

Pengurusan korporat akan mampu mengawal persaingan dan mengarah strategi

menerusi peruntukan sumber dengan cara menggunakan modal perancangan korporat

dan bukannya proses belanjawan modal. 250 bahagian produk yang disentralisasikan

di GE telah digabung menjadi 73 unit strategic business yang separa berpusat.

Prinsip yang mendasari model perancangan korporat separa berpusat yang

dibangunkan oleh GE ialah setiap “SBU” berbeza dari 2 dimensi:

Daya terikan industri tersebut

Kekuatan syarikat dalam industri tersebut.

# Bab 6 The Moral Dimensions of an Economic System (Prinsip Dimensi suatu

sistem Ekonomi)

12

Page 13: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Strategi memotivasikan dan memuaskan hati para pekerja

1. Menyediakan latihan sama ada di dalam dan di luar waktu kerja kepada para

pekerja mereka.

2. Memberi maklumbalas sekiranya mutu kerja pekerja mereka didapati berkesan.

3. Membenarkan mereka (pekerja) mengambil bahagian dalam membuat

keputusan yang berkaitan dengan struktur dan objektif kerja mereka .

4. Menyediakan peluang kepada mereka untuk naik pangkat.

5. Menyediakan suasana kerja yang selamat untuk mereka berkerja.

Kebebasan dalam sistem kapitalis

Hak untuk menggaji tetap, hanya utk pekerja yang dapat memenuhi tuntutan

perniagaan dan beroperasi secara berkesan pada keuntungan yang memuaskan

Hanya mengambil pekerja yang mempunyai pendidikan, kemahiran dan

kewibawaan yang layak untuk melaksanakan sesuatu operasi perniagaan

tersebut.

Andaian dalam ekonomi kapitalis:

1. Pilihan hidup dipilih sebebasnya oleh anggota-anggota masyarakat sama ada

melalui proses demokrasi atau melalui kontrak sosial yang tersembunyi.

2. Masyarakat yang terus hidup dalam sistem ini tanpa bantahan secara politik,

secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka memilih sistem ekonomi

tersebut (yang berbentuk kapitalis).

3. Kebebasan majikan mengupah dan mendapatkan pekerja yang layak sahaja

bermaksud tiada seorang pun ahli masyarakat yang boleh menuntut secara

moral ke atas sebarang pekerjaan tertentu yang ditawarkan di dalam sektor

swasta.

Affirmative Action Preferential Treatment

13

Page 14: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Pekerjaan dan peluang

kenaikan pangkat terbuka

kepada semua tanpa mengira

jantina, bangsa, agana, umur

dan sebagainya

Juga dikenali sebagai ‘Setting

Quotas’ – menetapkan kuota,

amalan mengutamakan

menggaji atau menaikkan

pangat individu dari kelompok

kaum minoriti berbanding

individu dari kaum bukan

minoriti.

6.1.4 Wages (Upah)

Upah/gaji pekerja biasanya ditentukan oleh pasaran dan ia bertujuan untuk menarik

minat orang untuk menjadi pekerja ataupun untuk mengekalkan pekerja yang

berkebolehan.

6.15 Equal Pay for Equal Work

(Upah yang sama untuk kerja yang sama)

Konsep ‘upah yang sama untuk kerja yang sama’ telah diterima pakai sebahagian

dari undang-undang buruh Amerika Syarikat.

Pekerja yang melaksanakan satu jenis pekerjaan yang sama mestilah mendapat gaji

yang sama kecuali didapati sesetengah daripada mereka dapat melaksanakan kerja

mereka dengan lebih pantas atau lebih cekap kerana mereka lebih berpengalaman. Ini

memberikan mereka hak untuk mendapatkan upah yang lebih berbanding pekerja

baru walaupun mereka membuat kerja yang sama.

6.1.6 Equal Pay for Comparable Work

(Upah Sama Rata Untuk Kerja Yang Setanding)

Beberapa tahun kebelakangan ini, konsep “Upah Sama Rata Untuk Kerja Yang

Setanding” semakin diterima di beberapa negeri di Amerika dimana kakitangan

kerajaan akan diberikan upah yang sama sekiranya didapati kerja-kerja mereka

walaupun berbeza pelaksanaannya, memerlukan tahap pendidikan, pengetahuan dan

14

Page 15: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

pengalaman yang sama. Contohnya upah di antara pekerja am Majlis Perbandaran dan

jurutaip. Bidang berbeza tetapi kelayakan sama.

6.1.7 Who Get What Share of the Return on Resources (Siapa yang

memperolehi keuntungan dari sumber yang ada)

Terdapat hubungkait antara jumlah sumber bahan yang digunakan oleh syarikat dan

kewajiban mereka untuk mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada ahli

masyarakat. Keuntungan ini bukan hanya bergantung kepada jumlah sumber bahan

yang telah digunakan tetapi juga:

Bagaimana syarikat mengurus sumber bahan tersebut; dan

Tahap produktiviti para pekerja mereka

6.2 Rangking and Rating (Kedudukan dan Penilaian)

Berapa baik/banyak pekerja dibayar gaji/upah biasanya bergantung kepada penilaian

pegawai penyelia yang melihat bagaimana pekerja tersebut melakukan tugas mereka

dari kaca mata penyelia tersebut.

Prestasi kerja dan potensi untuk naik pangkat adalah dua benda yang berbeza.

Seseorang yang dilihat mampu memegang tanggungjawab yang lebih besar tidak akan

dinaikkan pangkat sekiranya prestasi kerja dalam jawatan yang sedang dipegangnya

tidak memuaskan.

6.3.1 A Few Key Ethical Do’s and Don’ts for Performance Appraisal (Beberapa

kod etika – apa yang harus dan tidak harus dilakukan untuk Penilaian

Prestasi)

1. Pekerja haruslah jelas dengan objektif yang ditetapkan sepanjang tempoh penilaian

dan mereka harus berperanan aktif dalam mencapai okbjektif ini.

2. Maklum balas daripada majikan haruslah disampaikan secara berterusan. Adalah

tidak adil bagi seseorang pekerja sekiranya diberitahu mengenai prestasi kerjanya

yang teruk hanya pada akhir tempoh penilaian tersebut.

15

Page 16: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

3. Prestasi harus dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang sahih (valid). Tidak adil

untuk menilai prestasi pekerja menggunakan pelan yang tidak disahkan oleh syarikat.

4. Penyelia perlu mencatatkan maklumat secukupnya berkaitan dengan kecekapan

atau ketidak kecekapan pekerja yang dinilai sepanjang tempoh penilaian prestasi

tersebut. Majikan yang bergantung kepada penilaian yang tidak dicatatkan sebaiknya

semasa proses penilaian mungkin mengakibatkan ada pekerja yang cemerlang tetapi

tidak mendapat ganjaran/penilaian sewajarnya kerana majikan yang menilai tidak

mencatat data secara sistematik.

5. Pekerja yang tidak cekap/tidak memuaskan harus dimaklumkan mengenainya. Ini

adalah tanggungjawab seorang majikan. Pekerja berhak untuk mendapatkan khidmat

nasihat, latihan, tunjuk ajar untuk memperbaiki prestasi kerja mereka.

6. Hanya orang yang berkelayakan sahaja yang seharusnya menilai pekerja-pekerja.

Bab 7 Employee’s Privacy (Privasi Pekerja)

7.1 Respecting Empolyee’s Rights to Privacy (Menghormati hak Pekerja

untuk Privasi)

Semua syarikat mempunyai hak untuk melindungi kepentingan syarikat dari penipuan,

kebocoran maklumat sehinggalah kerosakkan ke atas kemudahan syarikat, pekerja,

pelanggan atau pengguna awam yang menggunakan perkhidmatan mereka.

- pengurus sentiasa perlu mengetahui sejarah peribadi pemohon-pemohon pekerja ke

syarikat mereka.- ujian pra-pekerjaan , Ujian polygraph (ujian mengesan

pembohongan)

7.2 Substance Abuse (Pengkhianatan yang paling asas)

Tiada syarikat yang mahu diletakkan dalam kedudukan yang terancam akibat

pekerja mereka yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka kerana

pengaruh dadah dan arak. ujian penggunaan dadah menjadi sebahagian dari

keperluan dalam pengambilan pekerja baru dalam kebanyakkan perniagaan.

Ada dua keadaan dimana ujian rambang boleh dilaksanakan.

16

Page 17: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

1. Prasangka yang berasas bahawa seseorang pekerja itu ketagih dadah.

2. Bukti sahih secara statistik yang menunjukkan kejadian penyalahgunaan

dadah oleh pekerja tersebut.

7.3 Abusing Employees (Penderaan Pekerja)

Mungkin agak jarang berlaku seorang boss mengamuk dan mencaci maki pekerja

bawahan mereka di hadapan pekerja-pekerja lain dalam satu mesyuarat/

perjumpaan syarikat. Pekerja juga mungkin diancam akan kehilangan pekerjaan

sekiranya tidak bersetuju mengenai:

1. Memalsukan penyata kewangan

2. Melayan permintaan hubungan seks dengan boss

3. Lari dari tugas juri awam di mahkamh (di US sahaja)

4. Membuat sumpah palsu bagi pihak syarikat

Bab 8 Loyalty To A Company (Kesetiaan Kepada Syarikat)

8.1 What Layalty Means (Apakah Makna Kesetiaan)

Apabila seorang menerima suatu pekerjaan dengan satu syarikat, dia perlu setia

kepada syarikat tersebut, sama ada semasa berkerja disitu dan kadang-kala selepas

meninggalkan syarikat tersebut.

8.2 Whistle Blowing (Whistle blowing)

Whistle blowing di dunia perniagaan adalah seseorang yang menuduh rakan

sekerjanya, penyeliaan atau pegawai syarikat tindakan tidak sah atau tidak moral

Terdapat 2 jenis whistle blowing:

Dalaman - Jika tuduhan dibuat melalui talian penyeliaan atau saluran yang

tertentu di dalam syarikat tersebut.

Luaran – Sekiranya tuduhan tersebut dilaporkan kepada orang luar atau

agensi-agensi diluar syarikat, seperti pihak berkuasa atau kepada media.

17

Page 18: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

8.2.1 Internal Whistel Blowing (Kaki adu dalaman)

Mungkin berlaku apabila seseorang pengurus mengesyaki pengurus lain,

Memalsukan akaun perbelanjaan

Mengambil bayaran balik yang diberikan oleh pembekal

Menggunakan bahan atau kemudahan syarikat untuk tujuan peribadi

Mencuri bekalan atau peralatan syarikat

Bekerja sambilan dengan syarikat pesaing

8.2.2 External Whistle Blowing (Whistle blowing Luaran)

Berlaku apabila pengurus/pekerja membuat laporan mengenai salahlaku syarikat

kepada pihak berkuasa atau pihak media

Pengawasan yang sepatutnya masih gagal menghentikan salahlaku tersebut.

8.3 The Morality of Firing Whistle Blowers (Memecat kaki adu)

Penyebar whistle blowing, sama ada dalaman atau luaran dianggap melakukan

sesuatu yang bermoral sekiranya mereka berniat untuk menghalang sebarang

musibah yang mungkin berlaku kepada orang ramai atau ke atas alam sekitar.

Musibah yang mungkin dibenarkan oleh pegawai-pegawai syarikat. Maka adalah

sesuatu yang tidak adil dan jelas tidak bermoral untuk menghukum seseorang yang

melakukan tindakan yang bermoral semata-mata untuk membalas dendam atau

mengambil hati pihak atasan yang tidak suka perbuatan yang tidak suka perbuatan

‘membuka pekung di dada’ dalam syarikat mereka.

8.4 What Loyalty Does Not Mean (Kesetiaan Yang Tidak Bertempat)

Kadang-kadang pengurus beranggapan bahawa kesetiaan itu termasuklah

perbuatan ‘menutup’ kesalahan serius atau salahlaku yang dilakukan oleh bos.

Tanggapan ini adalah tanggapan yang salah.

18

Page 19: Nota Padat Oumm 3203 ETIKA

NOTA PADAT REVISI ETIKA PROFESIONAL

Mereka juga bertanggungjawab untuk memaklumkan majikan mengenai tindakan

seseorang pekerja atau sekumpulan pekerja yang mungkin memberi kesan buruk ke

atas operasi majikan. Tetapi, salahlaku majikan juga tidak seharusnya dibiarka

Selebihnya sampai Bab 7 baca sendiri.

19