nota pendidikan sivik tingkatan empat
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
1/12
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
NOTA TINGKATAN EMPAT
TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI
WAWASAN DIRI
1.Wawasan diri merujuk kepada suatu pandangan masa depan yang jauh
dengan matlamat yang pasti.
2.Wawasan diri yang positif harus dibina dengan:
mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
menyedari minat peribadi.
mengenali personaliti diri.
3. Wawasan diri dapat dicapai dengan menentukan matlamat yang ingin
dicapai, menggariskan rancangan yang perlu diambil dan senarai tindakanterhadap rancangan tersebut.
4. Matlamat merupakan sesuatu yang dapat dilaksanakan dan mesti
bersesuaian dengan minat dan kebolehan individu.
5. Rancangan merupakan garis panduan yang perlu dilaksanakan untuk
merealisasikan wawasan ini.
6. Tindakan merupakan usaha yang dilaksanakan untuk setiap rancangan
yang digariskan .
7. Kepentingan mempunyai wawasan diri:
menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita. Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.
Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih
teratur dan berkesan.
Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan
2020.
Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup.
8. Kita hendaklah menentukan wawasan diri yang bersesuaian dengan
kebolehan, minat dan kemahiran yang dimiliki.
PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG
1. Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan
individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
2/12
2. Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan
dan berkemahiran, berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas
tubuh badannya.
3. Intelek - merujuk kepada aspek perkembangan minda seseorang untuk
berfikir dan memahami sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan
menambahkan ilmu dan memperoleh pengalaman.
4. Rohani - merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan
dengan jiwa atau naluri manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan
amalan agama, norma masyarakat, pantang-larang dan undang-undang.
5. Emosi -merupakan unsur semulajadi yang ada pada manusia iaitu
pengawalan perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan
sebagainya. Manusia perlu mengawal emosi agar tidak mendatangkan
tindak balas yang negatif daripada pihak lain.
6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai jasmani. - Tubuh yang sihat
akan mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehatyang mencukupi serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani
yang sihat.
7. Sosial - merupakan amalan perhubungan diantara manusia dengan
manusia sebagai anggota masyarakat. Ianya merangkumi cara berhubungan ,
interaksi, kelakuan dan pergaulan dalam masyarakat. Pemilihan rakan
sebaya dan kumpulan sosial mempengaruhi setiap keputusan dalam aspek
sosial setiap individu
8. Keempat-empat aspek ini penting untuk menikmati kehidupan yang
sejahtera.
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
KEPERLUAN BERKELUARGA
1.Keluarga merupakan asas atau terkecil yang membentuk sesebuah
masyarakat.
2.Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-
anak.3.Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan
institusi keluarga.
4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap
anggota keluarga mengetahui tanggungjawab masing-masing.
5. Pelbagai cara boleh dipraktikkan bersama bagi mengukuhkan institusi
keluarga. Antaranya ialah
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
3/12
beriadah bersama, makan bersama.
meraikan hari istimewa bersama-sama.
Berkongsi suka duka bersama-sama.
Saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-
lain lagi
6. Keperluan berkeluarga boleh dilihat dari tiga aspek.
POLITIK
Menjadi ketua dan pemimpin kepada keluarga.
Melahirkan bakal pemimpin atau pelapis negara.
Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada
bangsa dan negara, menyediakan anggota tentera untuk
mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
EKONOMI
Menyediakan tenaga kerja dalam negara.
Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan
ekonomi negara selain meluaskan pasaran pengguna.
SOSIAL
Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga. Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah.
Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah,
bersekedudukan dan pembuangan bayi.
Menambahkan rakyat dalam sesebuah negara.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH
SOSIAL DALAM MASYARAKAT.
1.Terdapat pelbagai isu dan masalah social yang mengancam masyarakat
terutamanya remaja.
2.Antara masalah sosial tersebut berikut:
Penyalahgunaan dadah.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
4/12
Penderaan
Penyalahgunaan teknologi.
Pergaulan bebas.
Vandalisme
Gengsterisme.
3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan
masalah sosial dalam masyarakat:
Kepincangan keluarga.
Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh budaya kuning dari barat.
Tiada pegangan agama yang kukuh.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri, keluarga,masyarakat dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan
keamanan serta merugikan negara.
5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial
negatif:
Mengadakan kempen kesedaran.
Menguatkuasakan undang-undang.
Memberikan didikan agama dan moral.
Memberi khidmat nasihat dan kaunseling.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik iaitu memberiperhatian dan kasih sayang.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT
1. Norma komuniti merupakan peraturan dan amalan-amalan yang menjadi
kebiasaan dan diterima oleh komuniti.
2. Antara amalan norma komuniti dalam masyarakat.
Adab dalam majlis rasmi dan di meja makan.
Amalan bergotong-royong. Amalan membuka kasut sebelum masuk rumah.
Anak-anak menghormati dan mentaati ibu bapa atau orang yang lebih
tua.
Dilarang melakukan jenayah yang salah di sisi undang-undang.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
5/12
3. Peraturan pula adalah segala yang ditetapkan sama ada secara lisan atau
bertulis dan harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
4 Antara kepentingan norma komuniti, peraturan dan undang-undang dalam
masyarakat adalah:
Membentuk anggota masyarakat yang beradab, beretika, berdisiplin
dan bertanggungjawab.
Menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.
Membimbing dan mendorong kehidupan yang lebih baik dan
sempurna.
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Mengawal tingkah laku dan perlakuan serta kehidupan dalam
sesebuah komuniti.
5. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yangdilakukan oleh golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.
6. Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara
sebaliknya akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry
Gurney yang dikelolakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
6/12
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI
AGAMA
1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai
yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani
hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain
bebas diamalkan secara aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama
seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi
manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing danmengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain
dan menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira
waktu.
5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih
kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan
dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah pada orang lain,
selain benar dan amanah.
6. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada
pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai
pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa
menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
7. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan
segala-galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan
keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
8. Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa
dirahmati Tuhan.
KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM
PERAYAAN PELBAGAI KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai
perayaan.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
7/12
2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai
keunikannya tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama dengan kaum lain
dengan perasaan muhibah dan perpaduan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari
Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas,
Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan
Vaisakhi.
4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya
sesuatu perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.
6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika
sambutan perayaan. Secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat
dipupuk.
7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya
Puasa. Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham danmemulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.
8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan
perayaan-perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan memasak makanak
tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering
diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum.
Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk
semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak
ansur antara pelbagai kaum di negara ini.
KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN
Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
Mengekalkan amalan dan tradisi setiap kaum.
Mewujudkan perasaan hormat, toleransi dan saling faham-memahami
antara kaum.
Daya penarik pelancong.
AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI
Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum berhari
raya.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
8/12
Membayar zakat fitrah.
HARI RAYA AIDILADHA
Menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya.
Penyembelihan binatang akan dilakukan dan dagingnya akandisedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama
Islam.
TAHUN BARU CINA
Mengadakan makan besar bersama semua angggota keluarga .
Tradisi mengunjungi dan memberi angpau kepada mereka yang belum
berkahwin.
HARI DEEPAVALI
Menyalakan pelita di kawasan rumah.
Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan
pembuangan dosa.
HARI KRIMAS
Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum
keluarga.
Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.
TADAO KEAMATAN
Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda
kesyukuran.
Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.
HARI GAWAI
Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
Menghidangkan air tuak.
HARI VAISAKHI
Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
Menggantikan bendera suci di Gudwara.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
9/12
Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)
TEMA 5: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi
asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.2. Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi
kekuasaan Yang di- Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan
Mahkamah.
3. Perkara 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan
sendirinya.
4. Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:
Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran
sesebuah negara. Menentukan pembahagian kuasa dan pelaksanaan kuasa
sesebuah pemerintahan.
Sumber kepada penggubalan undang-undang negara.
POLITIK
menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
Menjamin pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, adil dan telus.
Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan
negeri. Merupakan panduan pemerintahan negeri.
Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
EKONOMI
Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.
Kestabilan politik menjamin perkembangan ekonomi.
Kestabilan politik juga menarik kedatangan pelabur luar.
SOSIAL
Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang
bersatu padu dan taat setia kepada negara.
Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
di Sabah dan Sarawak.
Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
10/12
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183
perkara.
2. Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa,
agama, kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun
penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
AGAMA
Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas
mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak
terhadap negara.
Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan
dan menjunjung perlembagaan.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH
DAN SARAWAK
Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam
perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.
HAK ASASI
Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama
masing-masing.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
11/12
Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-
undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum,
dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah
menubuhkan persatuan.
Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti
ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
PENGGUNA RASIONAL
1. Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau
perkhidmatan yang ada di pasaran.
2. Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat
keputusan, bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarangtindakan. Pengguna rasional selalunya akan berbelanja secara
berhemah dengan membuat bajet dan mengikut keperluan serta
kemampuan.
3. Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak
dengan bijaksana. Terdapat 8 hak pengguna:
Hak mendapatkan keperluan asas.
Hak untuk bersuara.
Hak mendapatkan jaminan keselamatan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
Hak mendapatkan maklumat. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.
Hak membuat pilihan.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
4. Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard
kepenggunaan dalam kehidupan seharian. Sebagai pengguna yang
beretika, kita tidak harus membeli barangan seludup atau curi.
5. Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan
dan harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM
dan Jabatan Standard Malaysia.6. Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu
produk supaya kehidupan lebih selamat dan terjamin.
7. KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
menjaga kepentingan pengguna daripada penindasan peniaga.
-
8/3/2019 Nota Pendidikan Sivik Tingkatan Empat
12/12
8. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk
melindungi hak pengguna dengan menyediakan alternatif selain
mahkamah bagi pengguna menuntut ganti rugi.
9. Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk
memperluaskan pengetahuan mereka agar tidak mudah dieksploitasi
oleh peniaga atau pengeluar.