nota penerangan borang pt 2013 sistem taksir · pdf filehadiah wang tunai atau kos sumbangan...
TRANSCRIPT
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
1
Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang PT bagi Tahun Taksiran 2013. Sila
baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan
bagi Tahun Taksiran 2013 adalah benar dan lengkap.
Semua rekod, helaian kerja, dokumen dan lain-lain tidak perlu disertakan semasa
pengembalian Borang PT. Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun
bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua
Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.
Bagi kes pembayaran balik, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut
yang boleh diperoleh daripada Buku Panduan Borang C dalam laman sesawang:
a) Lampiran B1 mengenai tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen);
b) Lampiran B2 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan
c) Lampiran B3 berkenaan tuntutan pelepasan cukai di bawah seksyen 132 ACP
1967; atau
d) Lampiran B4 berkenaan tuntutan pelepasan cukai di bawah seksyen 133 ACP
1967.
Menurut seksyen 75B Akta Cukai Pendapatan 1967, Pegawai Pematuhan bagi Perkongsian
Liabiliti Terhad (PLT) bertanggungjawab untuk melengkapkan dan mengemukakan borang
nyata cukai pendapatan (BNCP) mengikut seksyen 77 ACP 1967 dalam tempoh yang
ditetapkan.
Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR DALAM KOTAK yang
disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Ruangan yang tidak
berkenaan tidak perlu diisi.
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
2
MAKLUMAT ASAS
Ruang Perkara Keterangan
1 Nama Perkongsian Liabiliti Terhad
Nama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) seperti yang didaftarkan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
2 No. Cukai Pendapatan PT
Isikan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan PLT
Contoh : No. Rujukan Cukai Pendapatan : PT 2012345621
PT 2012345621
3. No. Rujukan (No.Pendaftaran)
Nombor pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
4. Tarikh Mula Akaun Tarikh mula tahun kewangan PLT.
5. Tarikh Tutup Akaun Tarikh tutup tahun kewangan PLT.
6. Negara Mastautin Sila rujuk kepada Lampiran E untuk menentukan kod Negara.
7. No. Majikan Nombor rujukan cukai pendapatan majikan.
Contoh: E 202154402
E 202154402
8. Perkongsian Liabiliti Terhad dengan sumbangan modal berjumlah RM2.5 juta dan kurang pada permulaan tempoh asas
Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya PLT itu bermastautin di Malaysia dan mempunyai jumlah sumbangan modal (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) dua juta lima ratus ribu ringgit dan kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
BAHAGIAN A : PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN, PENDAPATAN BERCUKAI & CUKAI KENA BAYAR
Ruang Perkara Keterangan
A1 Agregat Pendapatan Berkanun
Jumlah semua pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.
A2 Rugi perniagaan bawa hadapan (Terhad kepada A1)
Kerugian perniagaan yang belum diserap oleh pendapatan tahun taksiran sebelumnya.
Isikan ‘0’ jika tiada kerugian bawa hadapan.
A3 Jumlah A1 tolak A2
Pendapatan Berkanun Lain
A4 Faedah dan diskaun Amaun C dari Helaian Kerja HK-C15.
A5 Sewa, royalti dan premium
Sewa - Amaun D dari Helaian Kerja HK-C16.
Royalti - Amaun F dari Helaian Kerja HK-C15.
A6 Pendapatan lain Pendapatan selain daripada A4 dan A5 yang boleh dikenakan cukai.
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
3
A7 Pendapatan Agregat A3 + (A4+A5+A6)
A8 Rugi perniagaan tahun semasa
Gunakan helaian kerja yang berkenaan untuk membuat pelarasan kerugian. Kerugian larasan perniagaan boleh dikira berpandukan format Lampiran A1 / A2 / A3. Campur semua kerugian larasan jika PLT menjalankan lebih daripada satu perniagaan dan masukkan amaun tersebut dalam helaian kerja yang berkenaan.
Amaun di A8 dihadkan kepada amaun di A7. Jika amaun di A8 melebihi amaun di A7, masukkan amaun A7 dalam ruang ini.
Pindahkan amaun dari ruang A8 (kerugian yang boleh diserap) ke helaian kerja yang berkenaan.
A9 Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan
Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)
Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6)
Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen 44(11B).
Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)
Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A)
Hadiah wang tunai yang tidak melebihi RM20,000 bagi bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8)
Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11).
A10 Zakat perniagaan Rujuk kepada subseksyen 44(11A) untuk menentukan kelayakan. Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di A7.
A11 Jumlah Pendapatan A7 tolak (A8 hingga A10)
Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.
A12 Pendapatan berkanun daripada dividen
Masukkan amaun C dari Helaian Kerja HK-C14.
Terhad kepada
7% daripada
pendapatan
agregat di ruang
A7
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
4
A13 Pendapatan Bercukai A11 campur A12
Isikan ‘0’ jika PLT tidak ada pendapatan bercukai.
A14a Pecahan pendapatan bercukai – 20%
Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 20% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).
A14b Pecahan pendapatan bercukai – 25%
Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 25% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).
A14c-e Pecahan pendapatan bercukai – kadar lain
Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar selain daripada yang dinyatakan di ruang A14a hingga ruang A14b (rujuk Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali di Lampiran F).
A15 Jumlah cukai pendapatan dikenakan
Jumlahkan cukai pendapatan daripada ruang A14a hingga ruang A14e
A16 Tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen), seksyen 110(lain-lain, Seksyen 132 dan 133
Tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen)
Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun Y) dari Lampiran B1 ke dalam ruang ini.
Tolakan cukai seksyen 110(lain-lain)
Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun B) dari Lampiran B2 ke dalam ruang ini.
Tolakan cukai Seksyen 132
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal.
Rujuk Lampiran F untuk menentukan negara-negara yang
telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di Negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132
di Lampiran B3. Pindahkan amaun B dari Lampiran B3 ke ruang ini.
Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.
Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.
Tolakan cukai Seksyen 133
Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.
Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di Negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Lampiran B4. Pindahkan amaun B dari Lampiran B4 ke ruang ini.
A17 Cukai kena dibayar A15 tolak A16
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
5
A18 Cukai kena dibayar balik
A16 tolak A15
Ruang ini berkenaan jika jumlah tolakan dan pelepasan di ruang A16 melebihi jumlah di ruang A15. Sila kemukakan Lampiran B1 / B2 / B3 / B4 (yang mana mana berkenaan) bersama Borang PT.
A19 Bayaran ansuran yang telah dijelaskan
Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan di mana amaun tersebut akan diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.
A20 Baki cukai kena dibayar / Cukai terlebih bayar
Baki cukai kena dibayar : A17 tolak A19
Cukai terlebih bayar : A19 tolak A17
AKUAN OLEH PEGAWAI PEMATUHAN
Isikan nama pegawai pematuhan seperti yang disimpan di pejabat berdaftar di Malaysia. Potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan dan isikan nombor pengenalan pegawai pematuhan. Nyatakan tarikh borang nyata ini dilengkapkan.
Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata ini kepada LHDNM.
BAHAGIAN B : MAKLUMAT KEWANGAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD
Ruang Perkara Keterangan
B1 Nama perniagaan Isi nama perniagaan
B2 Kod perniagaan Isi kod perniagaan (rujuk Lampiran G) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isi kod perniagaan bagi perniagaan yang mempunyai perolehan yang terbesar.
B3 Jualan/perolehan Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama termasuk pendapatan terakru.
Isikan ‘0’ jika tiada pendapatan.
B4 Stok awal Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
B5 Belian Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, B1.
B6 Kos pengeluaran Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.
B7 Stok akhir Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.
B8 Kos jualan (B4 campur B5 campur B6 ) tolak B7.
Isikan ‘0’ jika tiada.
B9 Untung / Rugi kasar B3 tolak B8
Tandakan ‘X’ dalam petak yang disediakan jika nilai negatif (rugi).
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
6
B10 Keuntungan pertukaran wang asing
Jumlah keuntungan pertukaran wang asing seperti yang diambil kira dalam Akaun Untung Rugi.
B11 Pendapatan perniagaan lain
Jumlah pendapatan bersih daripada punca perniagaan selain daripada B1.
B12 Pendapatan lain Jumlah pendapatan bersih daripada semua punca bukan perniagaan. Ini termasuk bahagian pendapatan/perolehan luar biasa yang layak dikenakan cukai dan pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967.
B13 Keuntungan tidak dikenakan cukai
Ruang ini mengambil kira keuntungan belum direalisasikan, keuntungan modal dan bahagian pendapatan/perolehan luar biasa yang tidak dikenakan cukai. Ini tidak termasuk pendapatan yang dikecualikan cukai.
B14 Faedah Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.
B15 Bayaran profesional,
teknikal, pengurusan dan kos guaman
Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi.
B16 Bayaran fi teknikal kepada penerima bukan pemastautin
Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi
B17 Bayaran kontrak Amaun bayaran kontrak yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi. Ini tidak termasuk bayaran kontrak yang diklasifikasikan sebagai kos jualan.
B18 Gaji dan upah selain pekongsi
Ini termasuk bonus, elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.
B18a Gaji dan upah Pekongsi
Ini termasuk bonus, elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.
B19 Royalti Jumlah kasar sebelum ditolak cukai pegangan.
B20 Sewa / Sewa pajakan Jumlah yang dibayar untuk sewa premis, tanah, kenderaan, peralatan, lain-lain sewaan dan pajakan yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B21 Penyelenggaraan dan pembaikan
Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B22 Penyelidikan dan pembangunan
Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B23 Promosi dan pengiklanan
Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B24 Perjalanan dan penginapan
Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B25 Kerugian pertukaran wang asing
Jumlah kerugian pertukaran wang asing seperti yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
B26 Perbelanjaan -perbelanjaan lain
Jumlah semua perbelanjaan selain daripada B14 hingga B25, yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
7
B27 Jumlah perbelanjaan Jumlah perbelanjaan dari B14 hingga B26.
B28 Untung / Rugi bersih Untung atau rugi bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif.
B29 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan
Perbelanjaan yang tidak dibenarkan :
Perundangan Perkara
33(2) Faedah yang tidak boleh ditolak daripada
pendapatan perniagaan
34(4) Caruman kepada skim yang diluluskan yang
melebihi 19% daripada saraan pekerja
39(1)(a) Perbelanjaan peribadi atau domestik dalam
apa jua bentuk
39(1)(b) Perbelanjaan yang dilakukan tidak
kesemuanya dan semata-mata untuk
menghasilkan pendapatan kasar
Contoh:
Perbelanjaan mencetak dan mengedar laporan tahunan dan kos mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat tergempar
Perbelanjaan untuk penyenaraian dalam bursa saham
Perbelanjaan sebelum perniagaan bermula atau perbelanjaan untuk menutup perniagaan
Perbelanjaan guaman berhubung dengan pemerolehan aset atau untuk urusan peribadi
Derma
Denda atas kesalahan melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan rayuan cukai pendapatan
Perbelanjaan hadiah (kecuali untuk pekerja sendiri)
Bayaran keahlian kelab dan yuran ahli kelab persendirian
Bayaran untuk pinjaman dan perjanjian agensi
Pembelian aset dan perbelanjaan yang seumpama dengannya
Perbelanjaan lain
39(1)(c) Modal ditarik balik atau sebarang jumlah
digunakan atau bermaksud digunakan sebagai
modal
39(1)(d) Bayaran kepada kumpulan wang simpanan
yang tidak diluluskan
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
8
39(1)(e) (i) Perbelanjaan lombong yang layak (Jadual 2)
(ii) Perbelanjaan pertanian / hutan yang layak (Jadual 3)
(iii) Perbelanjaan cari gali yang layak (Jadual 4)
39(1)(f) Bayaran faedah atau royalti kepada bukan
pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109
39(1)(g) Bayaran lesen atau permit membalak yang
dibayar kepada pihak lain selain daripada
Kerajaan Negeri
39(1)(i) Bayaran kontrak yang dibuat tanpa mematuhi
seksyen 107A
39(1)(j) Bayaran kepada bukan pemastautin tanpa
mematuhi seksyen 109B
39(1)(k) Bayaran sewa kenderaan bukan komersil
melebihi RM50,000.00
39(1)(l) Keraian
39(1)(m) Perbelanjaan tambang cuti untuk pekerja di
dalam atau luar Malaysia
- Semua jenis peruntukan (termasuk hutang
ragu am) selain daripada peruntukan hutang
ragu spesifik
- Perbelanjaan berhubung dengan pindaan
modal dibenarkan dan modal berbayar
- Perbelanjaan profesional berhubung dengan
pemerolehan aset tetap dan pelaburan
- Pengubahsuaian dan tambahan kepada
bangunan
- Perbelanjaan selain daripada di atas
B30 Kenderaan Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B31 Loji dan jentera Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.
Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B32 Tanah dan bangunan Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B33 Aset tetap lain Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.
B34 Jumlah aset tetap Jumlah dari B30 hingga B33.
B35 Jumlah kos aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas
Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
9
B36 Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap.
B37 Penghutang perdagangan
Penghutang perdagangan seperti dalam Kunci Kira-kira.
B38 Penghutang lain Penghutang lain seperti dalam Kunci Kira-kira tetapi tidak termasuk pinjaman kepada pekongsi.
B39 Stok Stok akhir termasuk bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap seperti dalam Kunci Kira-kira.
B40 Pinjaman kepada
pekongsi Jumlah seperti dalam Kunci Kira-kira.
B41 Baki tunai dan baki di bank
Jumlah seperti dalam Kunci Kira-kira.
B42 Aset semasa Lain Aset semasa selain daripada B37 hingga B41.
B43 Jumlah aset semasa Jumlah aset semasa dari B37 hingga B42.
B44 Jumlah aset Jumlah B34, B36 dan B43
B45 Pinjaman dan overdraf
Dalam bentuk jangka pendek seperti overdraf bank, ‘banker’s acceptance’, ‘trust receipt’ dan sebagainya.
B46 Pemiutang dagangan Jumlah yang berbangkit daripada pembelian barang Dagangan dan perkhidmatan yang diterima.
B47 Pemiutang lain Pemiutang selain daripada pemiutang dagangan dan pinjaman daripada pekongsi.
B48 Pinjaman daripada pekongsi
Dalam bentuk pinjaman dan pendahuluan seperti dalam Kunci Kira-kira.
B49 Liabiliti semasa lain Liabiliti semasa selain daripada B45 hingga B48.
B50 Jumlah liabiliti semasa
Jumlah dari B45 hingga B49.
B51 Liabiliti jangka panjang
Pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berpenggal, debentur, bon dan lain-lain seperti dalam Kunci Kira-kira.
B52 Jumlah liabiliti B50 campur B51.
B53 Sumbangan modal Amaun sumbangan modal yang telah dibayar.
B54 Akaun Pengasingan Untung / Rugi
Baki dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi termasuk untung tertahan seperti dalam Kunci Kira-kira.
B55 Akaun Rizab Ini termasuk semua akaun rizab kecuali untung tertahan.
B56 Jumlah Modal Jumlah B53, B54 dan B55.
B57 Jumlah Liabiliti dan Modal
Jumlah B52 dan B56.
BAHAGIAN C : MAKLUMAT LAIN
Ruang Perkara Keterangan
C1 107A Cukai pegangan seksyen 107A. Jumlah Kasar Dibayar
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
10
Amaun kasar bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor bukan pemastautin mengikut peruntukan seksyen 107A. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM 10% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(a)] Tambah 3% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(b)] (Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit/Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi). Jumlah Bersih Dibayar Jumlah Kasar Tolak Jumlah Cukai Dipegang dan Diremit kepada LHDNM
C2 109 Cukai pegangan seksyen 109 Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967: Faedah - 15% atas jumlah kasar Royalti - 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F). Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Amaun dari Helaian Kerja HK-M. Jumlah Bersih Dibayar
Keterangan seperti C1.
C3 109A Cukai pegangan seksyen 109A Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15% atas jumlah kasar. Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar yang dibayar kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Keterangan seperti C2.
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
11
Jumlah Bersih Dibayar
Keterangan seperti C2.
C4 109B Cukai pegangan seksyen 109B Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F). Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang dibayar kepada bukan pemastautin. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Keterangan seperti C2. Jumlah Bersih Dibayar Keterangan seperti C2.
C5 109F Cukai pegangan seksyen 109F Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar perolehan atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia. Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Keterangan seperti C2. Jumlah Bersih Dibayar Keterangan seperti C2.
BAHAGIAN D : MAKLUMAT LAIN
Ruang Perkara Keterangan
D1 No. Telefon Nombor telefon di premis perniagaan.
D2 Alamat Laman Sesawang (jika ada)
Alamat laman sesawang / blog (jika ada).
D3 Nama bank Nyatakan nama bank di mana PLT mempunyai akaun bank. Untuk tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui bank), sila pastikan maklumat bagi ruang D3 dan D4 adalah betul.
D4 No.Akaun Bank Nombor akaun bank PLT berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang D3.
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
12
D5 Telah melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah
Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan asset atau ‘2’ jika tidak berkenaan.
D6 Telah melaporkan pelupusan kepada LHDNM
Ruang ini hanya perlu diisi jika D5 = ‘1’. Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan Perkongsian Liabiliti Terhad harta tanah berkenaan (pelupus).
BAHAGIAN E : MAKLUMAT PEGAWAI PEMATUHAN
Ruang Perkara Keterangan
E1 Nama Nama pegawai pematuhan
E2 No. Pengenalan Nombor kad pengenalan pegawai pematuhan
E3 No.Pasport Nombor pasport pegawai pematuhan
E4 No.Cukai pendapatan
Nombor cukai pendapatan pegawai pematuhan
E5 Alamat surat-menyurat
Alamat surat-menyurat pegawai pematuhan
E6 No. Telefon Nombor telefon pegawai pematuhan
E7 e-Mel e-Mel pegawai pematuhan
BAHAGIAN F : MAKLUMAT PEKONGSI
Ruang Perkara Keterangan
F1 Nama Pekongsi Nyatakan nama tiga (3) pekongsi utama
F2 No. Pengenalan / Pasport / pendaftaran pekongsi
Nombor kad pengenalan, nombor pasport atau nombor pendaftaran untuk tiga pekongsi utama tersebut mengikut susunan seperti di F1 iaitu Pekongsi I, Pekongsi II dan Pekongsi III.
BAHAGIAN G : MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI
Ruang Perkara Keterangan
G1 Nama Firma Nama firma ejen cukai yang mengisi Borang PT ini.
G2 No. telefon Nombor telefon firma ejen cukai/telefon bimbit ejen cukai.
G3 No. Kelulusan Ejen Cukai
Untuk diisi oleh ejen cukai yang mendapat kelulusan di bawah peruntukan perenggan-perenggan 153(3)(b) dan 153(3)(c) ACP 1967.
G4 e-Mel e-Mel ejen cukai.
G5 Tandatangan Tandatangan ejen cukai yang mengisi borang ini
Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
13
KOD NEGARA
Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang C untuk mendapatkan senarai lengkap.
Nama Negara Kod
Negara Nama Negara
Kod Negara
Nama Negara Kod
Negara
Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH
Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA
Brunei BN Japan JP Singapore SG
Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA
Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK
China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW
Denmark DK Malaysia MY Thailand TH
Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB
India IN New Zealand NZ United States US
Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN
Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of