nota ppismp kurikulum

Upload: shiangtsaan

Post on 06-Jul-2015

512 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PJ2311 Pendidikan Jasmani Akademik 1 (Komponen: Kurikulum PJ di Sekolah Rendah)

NOTA DAN LATIHAN (Interaksi Minggu Ulangkaji) Kurikulum merupakan dokumen yang digunakan sebagai panduan atau pedoman kepada seseorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan memenuhi kontan ilmu bidang atau disiplin ilmu yang digunakan dalam sesuatu proses pembelajaran. Senaraikan falsafah-falsafah yang digunakan dalam pembentukan sesuatu kurikulum. Terdapat dua jenis penilaian dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif merupakan penilaian yang digunakan bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang kelas pelajaran dan dapat membantu guru membimbing pelajar yang agak ketinggalan upaya dapat dipertingkatkan kemajuannya secara tersusun. Contoh 1 Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asas dalam permainan bola sepak. Sebelum guru beralih kepada kemahiran asas seterusnya guru akan bertindak menguji semula latihan asas yang telah diberikan. Jika guru telah berpuashati bahawa kemahiran tersebut telah dikuasai oleh murid maka guru boleh beralih kepada kemahiran seterusnya berdasarkan maklumat ujian yang telah dilaksanakan oleh guru itu sebelumnya. Jika keputusan yang diterima sebaliknya guru boleh mengulangkaji dan menambah latih tubi kemahiran itu ataupun bertindak memodifikasikan cara latihan yang sedang diamalkan.

Contoh 2 Guru telah mengajar sesuatu topik yang berkaitan seperti keselamatan ketika beraktiviti dan guru telah memperjelaskan semua isi kandungan pelajaran, guru boleh bertindak menguji secara lisan bagi melihat timbal-balas akan aras kefahaman murid.

**** Cuba anda berikan pula maksud Penilaian Sumatif dan berikan contoh yang sesuai seperti contoh yang diberikan di atas. Tahukah anda......... Antara rasional pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani bertujuan membantu pengajaran dan pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERIS, sebagai garis

3 Disediakan oleh Puan Israh Binti Aripin Jabatan PJK, IPG Kampus Gaya

PJ2311 Pendidikan Jasmani Akademik 1 (Komponen: Kurikulum PJ di Sekolah Rendah)

panduan dan penentu sempadan ilmu serta untuk menguatkan hubungan kekeluargaan masyarakat majmuk, sayang dan cinta tanah air.

Terdapat beberapa reka bentuk yang terkandung dalam Kriteria Kurikulum Berpusatkan Subjek iaitu Rekabentuk Matapelajaran, Disiplin, Bersepadu dan Korelasi. Sila berikan beberapa lagi kriteria pembentukan kurikulum dan berikan reka bentuknya.. Antara ciri-ciri pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani yang baik bagi perkembangan individu yang lengkap haruslah bersifat futuristik, perlu fleksibel dan dinamik serta dapat menangani cabaran yang dibawa arus globalisasi serta ledakan ilmu dan maklumat. Mengapa dan kenapa ciri-ciri tersebut perlu ada?????? Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam KBSR kepada murid-murid adalah untuk menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Selain itu, dapat juga memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Seterusnya, murid-murid dapat mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup. Adakah anda juga dapat menerima perubahan dalam kehidupan harian anda hasil daripada dua semester mempelajari kursus Pendidikan Jasmani di institut ini?

4 Disediakan oleh Puan Israh Binti Aripin Jabatan PJK, IPG Kampus Gaya