nota seni t 1 asa seni reka
TRANSCRIPT
1
ASAS SENI REKA A. UNSUR SENI
1. GARISAN
~ satu deretan titik yang bersambung-sambung yang
mempunyai jarak tertentu
~ garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak,
dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
~ unsur seni yang paling asas.
Pengenalan Garisan
~ satu siri titik-titik mewujudkan garisan.
~ dihasilkan gunakan alat atau media bermula dari suatu titik permulaan merentasi
sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
~ garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan
seekor ayam menyambung garisan-garisan
berikutnya bagi struktur leher dan kepala seterusnya
menambah garisan pada ekor dan kaki dengan
mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka
terbentuklah lakaran seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
~ pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta,
corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.
ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
~ pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali,
urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan
tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
garisan pada titisan
hujan
garisan pada urat
daun
garisan pada kulit
harimau
Jenis-jenis Garisan
1. Garisan halus 6. Garisan berserabut
2. Garisan tebal 7.Garisan bersudut-
sudut
3. Garisan beralun 8. Garisan bergerigi
4. Garisan berpancar 9. Garisan berbiji
5. Garisan berlingkar 10. Garisan berbulu
11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri
Contoh contoh Garisan
garisan pada
anyaman tikar
garisan
pada
bangunan
jenis-jenis garisan
2
Fungsi Garisan
1. garisan menghasilkan rupa 2. garisan menghasilkan bentuk 3. garisan menimbulkan ilusi
ruang, cahaya dan bayang
4. garisan menghasilkan jalinan 8. Garisan menghasilkan
pelbagai asas corak garisan
grid.
garisan yang mencipta corak
7. Garisan mewujudkan ton.
Garisan, Ton dan Ruang
1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton
yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan
menampakkan ruang yang hadapan.
penggunaan perbezaan saiz
garisan boleh membezakan
ruang yang jauh/belakang
dan dekat.hadapan
perbezaan jarak garisan
juga boleh membezakan ton
yang cerah dan ton gelap
dalam lukisan, objek lebih hadapan
gunakan garisan lebih tebal / saiz pensel
tebal / berkualiti gelap; kawasan
belakang gunakan pensel lebih cerah /
kecil dengan tekanan lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan
5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan
3
9. Cetakan 10. Resis (batik / ikat
celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
penggunaan garisan
dalam karya lukisan
Teknik Catan oleh Yusuf
Ghani, Siri Topeng
karya teknik resis / ikat dan celup
jelas memperlihatkan kesan-kesan
garisan
karya tenunan juga
mencipta garisan
aplikasi garisan dalam seni
arca
garisan tampak jelas pada karya
anyaman
2. RUPA
~ Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
~ Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
~ Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid,
bulat dsb.
b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa
daun, buah, batu dsb.
~ Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu
kawasan
b- Rupa negatif – ruang di sekeliling rupa sesuatu
objek.
Contoh-contoh Rupa
Unsur-unsur Seni - RUPA
A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung
garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna
dan jalinan.
pertemuan antara
permulaan dan
penghujung sesuatu
garisan menghasilkan
rupa
rupa
rupa geometri
rupa geometri
4
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut
seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain
rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu
pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran
tertentu
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa
orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak
di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek
tersebut.
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang
lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan
kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
contoh ulangan rupa yang
dapat mencipta corak
rupa organik
rupa organik
rupa positif rupa negatif
5
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
E. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan
pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan daripada rupa
bunga dan daun
logo simbol daripada
rupa mata
logo daripada huruf
jenis logo huruf logo jenis representasi
F. Rupa dan Muka Taip
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
perbezaan rupa muka
taip serif dan san serif
muka taip serif muka taip san serif muka taip hiasan contoh-contoh rekaan rupa
muka taip
contoh-contoh rekaan
rupa muka taip
contoh-contoh rekaan rupa
muka taip
contoh-contoh rekaan
rupa muka taip
contoh-contoh rekaan
rupa muka taip
karya yang berasaskan rupa
muka taip
1. susunan selang-seli 4. Susunan orgee
2. Susunan turun separa 5. susunan cerminan
3. Susunan batu-bata 6. Susunan sisik ikan
6
3. BENTUK
~ Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih
daripada satu permukaan
~ Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3
dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan
berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi
yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk
~ mempunyai struktur jisim dan isi padu.
~ mempunyai lebih daripada satu
permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
~ merupakan satu unsur yang amat
penting dalam penghasilan karya seni
yang bersifat realistik.
~ Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan,
jalinan, rupa, ruang dan warna.
~ Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan
mata.
Ciri-ciri bentuk ~ Bersifat tiga dimensi (3D) – ketinggian, lebar dan kedalaman
~ Berstruktur – berangka membolehkan membentuk form atau isipadu
dengan tepat dan sempurna
~ Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
~ Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit ~ Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi, dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
~ mempunyai ciri-ciri nyata, maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
~ Contoh; batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
B. Bentuk Ilusi ~ bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-
unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
~ objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi,
cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
~ tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria
penglihatan.
~ Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang
merupakan faktor terpenting.
penghasilan bentuk melalui
teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui
teknik lukisan
bentuk
ilusi teknik
komputer
grafik
bentuk ilusi
teknik catan
Vincent
Van Gogh
'Still Life"
7
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca
dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu
daripada teknik anyaman dapat
menghasilkan bentuk konkrit
lipatan-lipatan kertas mencipta
bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod
mecipta bentuk kotak
seni origami
penggunaak kertas yang disulam
dan dilipat menghasilkan bentuk
bentuk yang dihasilkan daripada
bahan tanah liat
bentuk dicipta daripada plaster
of paris
penggunaan kaca juga dapat
menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin
ukiran bentuk arca menggunakan sabun
4. JALINAN
~ kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
~ terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan
catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan
seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
Apa Itu Jalinan ~ kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut,
kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
~ Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
~ Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.
8
jalinan pada keratan rentas
batang pokok
jalinan pada kulit harimau
belang
jalinan pada kulit siput
Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi
rekahan pada tanah
jalinan kasar pada
permukaan batu
jalinan berduri pada
kulit durian
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh ~ kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui
sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
~ dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa
teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
2. Jalinan Tampak ~ kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit
tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak
tekstil dan sebagainya.
Fungsi Jalinan 1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga,
harimau dan kuda belang
2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
Contoh Jalinan Pada Benda
Buatan Manusia
jalinan pada langit-langit rumah
Jalinan Sentuh - kulit
kerang Jalinan Sentuh - tayar
motorsikal
Jalinan Tampak -
kertas dinding
Jalinan Tampak - kulit
tembikai
jalinan pada
kuda belang
jalinan pada sesumpah
9
4. Pengaliran air dan udara
tapak kasut
jala ikan
corak
Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
gosokan teknik gosokan menggunakan bahan
berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana
permukaan kertas hendaklah diletakkan di
atas benda berjalinan seperti duit syiling,
batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel
warna untuk digosokkan atas permukaan
kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan kaedah ini banyak digunakan
sebagai aktiviti di sekolah rendah,
menggunakan bahan-bahan
berjalinan sentuh seperti daun,
sayur-sayuran, ubi kentang,
kacang bendi, lalu di sapu warna
dan dicap pada permukaan kertas.
ikat dan celup menggunakan kaedah pengasingan
warna dengan menggunakan cara
mengikat bahagian-bahagian kain yang
tidak ingin diwarnakan. Selesai
mengikat dengan getah atau tali rafia,
kain hendaklah dicelup ke dalam
pewarna atau dye mengikut warna yang
dikehendaki
Pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna
minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam
tray lalu di titiskan dengan cat minyak.
Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan
air yang mengandungi cat tersebut.
Batik
Kaedah batik termasuklah batik
blok, batik canting dan
sebagainya
lukisan dan catan menggunakan pen, pensel warna, pensel
atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi
jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
anyaman penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh,
anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat
mewujudkan kesan jalinan sentuh
sulaman semua jenis sulaman temasuk
sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan
sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh
kolaj merupakan kaedah potong dan tampal,
selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat
daripada bahan-bahan seperti daun, kacang,
pasir, kulit siput dan lain-lain
10
5. RUANG
~ Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu
objek.
~ Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
Ruang dan Perspektif 1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek
tersebut dilihat pada jarak jauh.
2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau
kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan
ilusi 3 dimensi melalui 3 cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap ~ berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang.
~ Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap
Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan
memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi
bahagian terdekat atau paling hadapan.
Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap
Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan
bangunan-bangunan yang tinggi
11
6. Warna
~ Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’
dan Ungu ‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
~ Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya,
kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)
~ Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan
kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih,
damai dan tenang)
PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam
gubahan seni visual
1. Harmoni
~ istilah bahasa harmoni membawa maksud aman
dan damai
~ istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan
dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
~ Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan
warna
~ Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
~ Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau
bercanggah dalam sesuatu gubahan
~ Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus,
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
~ Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik
dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
~ Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol,
kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
~ Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
~ Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang
hendak ditegaskan
harmoni dari segi
garisan
harmoni dari segi bentuk
harmoni dari segi bentuk
kontra dari segi
bentuk kontra dari segi
warna
objek bangunan di tengah menimbulkan
penegasan
12
4. Imbangan
~ Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan
~ Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan
atau atas dan bawah (garisan ‘axis’dilukis di tengah-tengah
pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
~ keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar,
bersinar-sinar dsb
~ Fungsi; untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik
terhadap sesuatu gubahan
~ Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak,
taufan dsb
6. Kepelbagaian
~ wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang
berbeza dalam sesuatu gubahan
~ dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan
~ dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
~ bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
~ dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
Imbangan simetri
Imbangan tidak simetri
ulangan objek yang
menimbulkan pergerakan
arca pergerakan/irama
kesatuan tema
kesatuan tema jenis objek dan warna
kesatuan warna, objek, dan rupa
13
LUKISAN
Pengenalan ~ Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang
lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
~ Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan
sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.
~ Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan
matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.
Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan 1. Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.
2. Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton,
cahaya, ruang dan komposisi.
3. Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat
yang memerlukan bahantara air dan minyak.
4. Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.
Teknik Melukis
1. Teknik garisan 2. Teknik garisan pangkah 3. Teknik titik
4. Teknik lorekan 5. Teknik campuran.
Media Lukisan
1. Pensel ~ Dibuat daripada arang dan tanah liat.
~ Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis
lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
~ Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan
pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.
2. Arang ~ merupakan arang batang kayu yang terbakar.
~ Media yang tertua sekali.
~ Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam,
lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
~ Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.
arang yang digunakan untuk melukis
arang juga dibuat seakan-akan pensel
bagi memudahkan pengendalian
Beberapa jenis arang yang terdapat
di pasaran
Kesan lorekkan daripada arang
Hasil karya daripada media arang
Hasil karya lukisan media arang
pensel mempunyai pelbagai saiz
saiz yang berbeza memberi
kesan ton yang berbeza
Contoh lukisan pensel
14
3. Media Pen dan ink ~ Pelbagai pen yang boleh digunakan
untuk menghasilkan lukisan seperti, pen
kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan
sebagainya
~ Pen-pen tersebut memberi kesan
lorekan yang berbeza
~ Pen teknikal memberi kesan yang
lebih halus dan terperinci
4. Media Pastel ~ Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil
pastel dan soft pastel, kedua-duanya
memberi kesan lorekkan yang berbeza.
~ Lukisan menggunakan pastel
handaklah dimatikan menggunakan fixer
atau pemati warna bagi menghalang dari warna
tersebut tertanggal
Asas Sebelum Melukis
1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang
serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi.
Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan
pemandangan.
3. Memilih objek untuk dilukis.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat Lakaran objek.
6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik
lenyap.
7. Tetingkap Fokus
~ Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
~ Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
~ Memilih sudut yang menarik dan indah.
~ Digunakan untuk melukis di luar studio.
Pengetahuan Asas
1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.
2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.
3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk
Pen teknikal beri
kesan halus pada
lukisan
Pen teknikal
mempunyai pelbaga
saiz
Pen kaligrafi juga
mempunyai pelbagai
saiz
lukisan media pen
Lukisan pen
menggunakan teknik
titik
Kesan lorekan oil pastel dan soft pastel
Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi
lebih lembut dari krayon
Soft pastel - seperti
kapur, dan digunakan untuk menghasikan
lukisan potret
lukisan media pastel
Lukisan media pastel