nota_penggunaan ke & kepada

1
Nota Bahasa Penggunaan ’ke’ dan ’kepada’ Kedua-dua ’ke’ dan ’kepada’ ialah Kata Sendi, iaitu untuk menghubungkan frasa nama. Kata Sendi ’ke’ digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat, arah, dan waktu. Ayat Contoh: Kapal minyak itu telah berangkat ke Negeri Jepun. (tempat) Saya dan ayah pergi ke masjid (tempat) sebelum azan maghrib. Jerebu itu bertiup ke arah utara Malaysia. (arah) Pejalan kaki melihat ke kiri dan ke kanan (arah), sebelum menyeberang jalan itu. Dia menelaah pelajaran dari pukul lapan hingga ke (waktu) tengah malam. Permainan wau dan lelayang masih kekal hingga ke zaman sekarang (waktu). Kata Sendi ’ke’ tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia atau binatang. Ayat Contoh: * Laporan pembunuhan itu telah diserahkan ke Pesuruhjaya Polis. (salah) * Seketul ayam itu diberikan ke kucing putih itu. (salah) Kata Sendi ’kepada’ pula merujuk manusia dan binatang. Saya mengirim surat kepada abang saya yang menetap di Australia. Beberapa biji kacang diberikan kepada burung nuri itu. Selain itu, ’kepada’ juga digunakan untuk : Mereka menulis surat protes kepada Majlis Bandaran. (Kata nama) Beliau menyerahkan koleksi kerisnya kepada Istana Kampung Gelam. (Kata Nama) Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. (pecahan) Buku itu dibahagikan kepada tujuh bab. (pecahan) (Disesuaikan daripada ruangan ’Tanya Cikgu Naim’ di lelaman Nadi.)

Upload: siti-nazira

Post on 16-Dec-2015

212 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

  • Nota Bahasa

    Penggunaan ke dan kepada

    Kedua-dua ke dan kepada ialah Kata Sendi, iaitu untuk menghubungkan frasa nama.

    Kata Sendi ke digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat, arah, dan waktu.

    Ayat Contoh:

    Kapal minyak itu telah berangkat ke Negeri Jepun. (tempat)

    Saya dan ayah pergi ke masjid (tempat) sebelum azan maghrib.

    Jerebu itu bertiup ke arah utara Malaysia. (arah)

    Pejalan kaki melihat ke kiri dan ke kanan (arah), sebelum menyeberang jalan itu.

    Dia menelaah pelajaran dari pukul lapan hingga ke (waktu) tengah malam.

    Permainan wau dan lelayang masih kekal hingga ke zaman sekarang (waktu).

    Kata Sendi ke tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia atau binatang.

    Ayat Contoh:

    * Laporan pembunuhan itu telah diserahkan ke Pesuruhjaya Polis. (salah)

    * Seketul ayam itu diberikan ke kucing putih itu. (salah)

    Kata Sendi kepada pula merujuk manusia dan binatang.

    Saya mengirim surat kepada abang saya yang menetap di Australia.

    Beberapa biji kacang diberikan kepada burung nuri itu.

    Selain itu, kepada juga digunakan untuk :

    Mereka menulis surat protes kepada Majlis Bandaran. (Kata nama)

    Beliau menyerahkan koleksi kerisnya kepada Istana Kampung Gelam. (Kata Nama)

    Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. (pecahan)

    Buku itu dibahagikan kepada tujuh bab. (pecahan)

    (Disesuaikan daripada ruangan Tanya Cikgu Naim di lelaman Nadi.)