novel 5a5

2
NOVEL 1.Huraikan dan berikan contoh nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga yang terdapat dalam sebuah novel yang telah kaji. Jawapan: Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.Terdapat beberapa contoh nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga . Antara contoh nilai kasih sayang yang terdapat di dalam novel ialah kasih sayang ibu bapa kepada anaknya. Contohnya, Datuk Johari dan Datin Salmah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak mereka, Hayati, manakala Encik Bakar dan isterinya memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak mereka, Azizah. 2.Huraikan dua pengajaran daripada dua buah novel yang telah anda pelajari Novel yang saya kaji iaitu Papa … (akhirnya kau tewas jua !) hasil karya Deana Yusof . Pengajaran yang terdapat didalam novel ini ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk. Novel yang saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil karya Abdullah Hussain . Pengajaran yang terdapat didalam novel tersebut ialah Kita hendaklah menjaga nama baik saudara atau adik beradik sendiri. Contohnya , Hilmi tidak menceritakan yang buruk-buruk tentang Datuk Johari dan Datin Salmah kepada bapanya, sebaliknya memuji-muji kedua-duanya.

Upload: salina

Post on 03-Feb-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan BM

TRANSCRIPT

Page 1: NOVEL 5A5

NOVEL

1.Huraikan dan berikan contoh nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga yang terdapat dalam sebuah novel yang telah kaji.Jawapan:

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.Terdapat beberapa contoh nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga . Antara contoh nilai kasih sayang yang terdapat di dalam novel ialah kasih sayang ibu bapa kepada anaknya. Contohnya,  Datuk Johari dan Datin Salmah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak mereka, Hayati, manakala Encik Bakar dan isterinya memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak mereka, Azizah.

2.Huraikan dua pengajaran daripada dua buah novel yang telah anda pelajari

Novel yang saya kaji iaitu Papa … (akhirnya kau tewas jua !) hasil karya Deana Yusof . Pengajaran yang terdapat didalam novel ini ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk. Novel yang saya kaji iaitu Konserto Terakhir hasil karya Abdullah Hussain . Pengajaran yang terdapat didalam novel tersebut ialah Kita hendaklah menjaga nama baik saudara atau adik beradik sendiri. Contohnya , Hilmi tidak menceritakan yang buruk-buruk tentang Datuk Johari dan Datin Salmah kepada bapanya, sebaliknya memuji-muji kedua-duanya.

Raihan Athirah Binti Mohd Roslan

3. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari .Berikan dua latar masyarakat .

Berdasarkan dua buah novel yang saya pelajari, salah satunya novel PAPA ….akhirnya kau tewas jua. Hasil karya Deana Yusof. Satu latar masyarakat yang saya perolehi ialah masyarakat Melayu yang hidup di bandar. Bukti peristiwa ialah mereka diwakili oleh keluarga Jeffri termasuklah isterinya Intan Maliana, anaknya Intan Julia dan pembantu rumahnya Mak Cik Noraini. Sehubungan dengan itu, latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat pelajar. Bukti peristiwanya ialah, Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar.

Selain itu , novel yang kedua yang saya pelajari ialah Konserto terakhir.Hasil karya Abdullah Hussain . Satu latar masyarakat ialah masyarakat yang rajin dan tekun. Bukti peristiwanya ialah Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia

Page 2: NOVEL 5A5

juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. -RIZUAN-