ntara kemahiran bercakap dan kemahiran

2
ntara kemahiran bercakap dan kemahiran bahasa Kemahiran bahasa meliputi komponen linguistik. Ini termasuklah kata nama, kata kerja, kata hubung, memahami makna perkataan dan konsep, penggunaan imbuhan, susunan ayat dan penggunaan ayat mengikut konteks persekitaran. Kemahiran bercakap pula meliputi dari pernafasan, getaran pita suara, pergerakan lidah dan bibir, kesengauan serta perubahan intonasi suara. Kedua-dua kemahiran ini (bahasa dan percakapan) saling berhubung kait. Sebelum kanak-kanak boleh bercakap, mereka mendengar pertuturan orang dewasa. Walaupun kanak-kanak berumur 1;06 belum boleh menyebut banyak perkataan, tetapi dia boleh faham arahan, anggota badan dan barang-barang yang berkaitan dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa perkembangan kefahaman kanak-kanak amat penting untuk membentuk kemahiran pertuturannya. Ramai ibu bapa yang mengadu, “Puas saya suruh dia sebut, tapi di buat tak tau saja”. “Dia sibuk nak main dengan cara dia ja, tak nak sebut.” “Dia sebut pelat-pelat. Bila kita betulkan, kadang-kadang boleh. Bila dia cakap selalunya memang hujung-hujung saja”. Bagi kanak-kanak yang masih lemah tahap kefahamannya berbanding umur sebenar, maka latihan kefahaman akan ditekankan dalam sesi terapi. Contohnya jika kanak-kanak berusia 4 tahun, tapi tahap kefahamannya seperti kanak-kanak usia 2 tahun, maka latihan kefahaman amat penting. Contohnya melatih memahami kata kerja, memahami konsep besar/kecil, memahami preposisi (lokasi tempat) dan sebagainya.

Upload: sulochana-chan

Post on 23-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

ntara kemahiran bercakap dan kemahiran bahasa

Kemahiran bahasa meliputi komponen linguistik. Ini termasuklah kata nama, kata kerja, kata hubung, memahami makna perkataan dan konsep, penggunaan imbuhan, susunan ayat dan penggunaan ayat mengikut konteks persekitaran.

Kemahiran bercakap pula meliputi dari pernafasan, getaran pita suara, pergerakan lidah dan bibir, kesengauan serta perubahan intonasi suara.

Kedua-dua kemahiran ini (bahasa dan percakapan) saling berhubung kait.

Sebelum kanak-kanak boleh bercakap, mereka mendengar pertuturan orang dewasa. Walaupun kanak-kanak berumur 1;06 belum boleh menyebut banyak perkataan, tetapi dia boleh faham arahan, anggota badan dan barang-barang yang berkaitan dengan dirinya.

Ini menunjukkan bahawa perkembangan kefahaman kanak-kanak amat penting untuk membentuk kemahiran pertuturannya.

Ramai ibu bapa yang mengadu,“Puas saya suruh dia sebut, tapi di buat tak tau saja”.“Dia sibuk nak main dengan cara dia ja, tak nak sebut.”“Dia sebut pelat-pelat. Bila kita betulkan, kadang-kadang boleh. Bila dia cakap selalunya memang hujung-hujung saja”.

Bagi kanak-kanak yang masih lemah tahap kefahamannya berbanding umur sebenar, maka latihan kefahaman akan ditekankan dalam sesi terapi.

Contohnya jika kanak-kanak berusia 4 tahun, tapi tahap kefahamannya seperti kanak-kanak usia 2 tahun, maka latihan kefahaman amat penting. Contohnya melatih memahami kata kerja, memahami konsep besar/kecil, memahami preposisi (lokasi tempat) dan sebagainya.