numerasi wang

21
NUMERASI TAHUN 1 Hari :Selasa Tarikh :24.7.2012 Kelas : 1A3 Masa : 1.20-1.45 pm Tajuk : Wang Hingga RM10 Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : 7.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon/pensel warna Aktiviti: 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan cetakan duit syiling saiz besar di papan putih secara rawak. Edarkan satu set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. 2. Minta murid memperihalkan tentang duit syiling tersebut (nombor dan tulisan pada permukaannya, saiznya dan sebagainya) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. 3. Kemudian, minta mereka menyusun semula duit syiling tersebut daripada saiz yang terkecil kepada saiz yang terbesar. Beberapa murid diminta melekatkan cetakan syiling saiz di papan putih mengikut susunan yang sama. Soal jawab: Adakah kamu menyusun semula duit syiling dengan betul? Semak jawapan kamu. Apa yang kamu lihat apabila kamu menyusun semula duit syiling tersebut? (Saiz duit syiling semakin besar. Nombor pada duit syiling juga semakin besar.) 4. Perkenalkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. 5. Edarkan beberapa set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. Minta mereka kelompokkan duit syiling tersebut mengikut saiz atau nilai yang anda sebutkan. LINUS TAHUN 1 2012

Upload: shidi-ezane-murshidah

Post on 10-Aug-2015

63 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

latihan linus

TRANSCRIPT

Page 1: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

Hari :Selasa Tarikh :24.7.2012

Kelas : 1A3 Masa : 1.20-1.45 pm

Tajuk : Wang Hingga RM10

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

7.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas

BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon/pensel warna

Aktiviti:

1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan cetakan duit syiling saiz besar di papan putih secara rawak. Edarkan satu set sampel duit syiling kepada setiap pasangan.

2. Minta murid memperihalkan tentang duit syiling tersebut (nombor dan tulisan pada permukaannya, saiznya dan sebagainya) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka.

3. Kemudian, minta mereka menyusun semula duit syiling tersebut daripada saiz yang terkecil kepada saiz yang terbesar. Beberapa murid diminta melekatkan cetakan syiling saiz di papan putih mengikut susunan yang sama. Soal jawab:

Adakah kamu menyusun semula duit syiling dengan betul?

Semak jawapan kamu.

Apa yang kamu lihat apabila kamu menyusun semula duit syiling tersebut?

(Saiz duit syiling semakin besar. Nombor pada duit syiling juga semakin besar.)

4. Perkenalkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

5. Edarkan beberapa set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. Minta mereka kelompokkan duit syiling tersebut mengikut saiz atau nilai yang anda sebutkan.

6. Seterusnya, minta mereka menekap dan menggores duit syiling menggunakan krayon/pensel warna mengikut susunan saiz atau nilai dalam buku latihan.

Edarkan Lembaran Kerja 7.1

Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar

Refleksi :

Hari :Rabu Tarikh :25.7.2012

Kelas : 1A3 Masa : 1.20-2.10 pm

LINUS TAHUN 1 2012

Page 2: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

Tajuk : Wang Hingga RM10

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

7.2 Mewakilkan nilai wang dalam ‘RM’ dan ‘sen’

BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon/pensel warna

Aktiviti:

1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan:

sediakan atau minta murid membawa barang mainan lama, buku-buku dan sebagainya

tandakan harga setiap barang kurang daripada 1 ringgit.

2. Pada hari “Jualan Mega”:

bentukkan kumpulan (4 orang)

tetapkan beberapa kumpulan sebagai “pembeli” dan kumpulan yang lain sebagai “penjual”

susunkan meja dan barang-barang untuk jualan

edarkan sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan “pembeli”.

3. Maklumkan kepada murid bagaimana aktiviti ini dijalankan.

“Pembeli” akan menggunakan sampel wang yang mereka terima sebagai “wang belanja”. Mereka perlu membayar harga barang yang dibeli dengan jumlah wang yang betul.

“Penjual” pula perlu memeriksa jumlah wang yang dibayar oleh “pembeli” bagi barang yang mereka jual.

4. Beredar di sekeliling kelas untuk membantu mereka dalam aktiviti ini dan kenal pasti masalah pembelajaran murid.

5. Edarkan Lembaran Kerja 7.2.

Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar

Refleksi :

Hari :Khamis Tarikh :26.7.2012

Kelas : 1A5 Masa : 4.40-5.30 pm

Tajuk : Wang Hingga RM10

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

LINUS TAHUN 1 2012

Page 3: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

7.2 Menukarkan a) duit syiling sehingga RM1 b) wang kertas sehingga RM10

BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon/pensel warna

Aktiviti:

1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan Papan 100 pada papan tulis. Edarkan set sampel duit syiling, Papan 100 dan pelekat kepada setiap pasangan.

2. Minta murid melekatkan duit syiling 10 sen pada petak ’10’ di Papan 100 mereka. Soal jawab:Adakah ini...(Tunjukkan dua cetakan duit syiling 5 sen pada sebelah tangan.) ... sama nilainya dengan yang ini?(Tunjukkan cetakan duit syiling 10 sen pada tangan sebelah lagi.)

3. Untuk duit syiling 5 sen yang pertama, minta murid membuat lompatan ke petak nombor ’5’. Untuk duit syiling 5 sen yang kedua, minta murid membuat 5 lompatan bermula daripada petak ’5’. Mereka akan berhenti pada petak yang ada duit syiling 10 sen tadi. Jalankan yang serupa pada Papan 100 di papan tulis. Soal jawab:

Adakah nilai kedua-duanya sama? Mengapa?(Mereka sepatutnya boleh menyatakan “5 dan 5 jadi 10”. Tuliskan di papan putih ‘5 sen + 5 sen = 10 sen’.)

4. Ulang Langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3(a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang bersama pasangan dan

kemudian bincangkan jawapan mereka bersama-sama. Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan.

6. Edarkan Lembaran Kerja 7.3.

Nota: Garis nombor boleh digunakan untuk aktiviti ini. Aktiviti yang serupa diulang untuk “Menukarkan Wang Kertas Sehingga RM10”. Gunakan Lembaran Aktiviti 7.3(b).

Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar

Refleksi :

Hari :Rabu Tarikh :01.8.2012

Kelas : 1A3 Masa : 1.20-2.10 pm

Tajuk : Wang Hingga RM10

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

1. Menambah dan menolak

a) duit syiling sehingga RM1

b) wang kertas sehingga RM10

LINUS TAHUN 1 2012

Page 4: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon

Aktiviti:

1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan Papan 100 pada papan tulis. Edarkan set sampel duit syiling, Papan 100 dan pelekat kepada setiap pasangan.

2. Minta murid melekatkan duit syiling 10 sen pada petak ’10’ di Papan 100 mereka. Soal jawab:

Adakah ini...

(Tunjukkan dua cetakan duit syiling 5 sen pada sebelah tangan.)

... sama nilainya dengan yang ini?

(Tunjukkan cetakan duit syiling 10 sen pada tangan sebelah lagi.)

3. Untuk duit syiling 5 sen yang pertama, minta murid membuat lompatan ke petak nombor ’5’. Untuk duit syiling 5 sen yang kedua, minta murid membuat 5 lompatan bermula daripada petak ’5’. Mereka akan berhenti pada petak yang ada duit syiling 10 sen tadi. Jalankan yang serupa pada Papan 100 di papan tulis. Soal jawab:

Adakah nilai kedua-duanya sama? Mengapa?

(Mereka sepatutnya boleh menyatakan “5 dan 5 jadi 10”. Tuliskan di papan putih ‘5 sen + 5 sen = 10 sen’.)

4. Ulang Langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

5. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3(a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang bersama pasangan dan kemudian bincangkan jawapan mereka bersama-sama. Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan.

6. Edarkan Lembaran Kerja 7.3.

Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar

Refleksi :

Hari :Ahad Tarikh :05.8.2012

Kelas : 1A3 Masa : 4.40-5.30 pm

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

1. Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul

BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari

Aktiviti:

1. Tunjukkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari.

LINUS TAHUN 1 2012

Page 5: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

2. Minta murid memperihalkan tentang gambar tersebut. Perkenalkan dan tulis perkataan ‘pagi’, ‘tengah hari’, ‘petang’, ‘malam’ dan ‘tengah malam’. Kemudian minta mereka menyebut dan mengeja perkataan dengan betul.

3. Minta murid memperihalkan aktiviti dalam sehari mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka. Bincang tentang persamaan dan perbezaannya. Contohnya:

• Saya memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur.

• Saya tidak tidur pada waktu siang, tetapi saya tidur pada waktu malam.

• Pada waktu siang saya dapat melihat matahari. Pada waktu malam saya melihat bulan.

• Saya makan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

• Ada orang suka pergi ke taman pada waktu pagi. Saya suka pergi ke taman pada waktu petang.

• Saya tidak boleh menonton televisyen sehingga larut malam. Saya akan mengantuk di dalam kelas.

4. Minta murid menyusun gambar tersebut mengikut turutan bahagian dalam sehari yang betul.

5. Edarkan Lembaran Kerja 8.1.

Aktiviti Pengukuhan : Kertas mah-jong, Krayon/Pensel warna Pen marker

Refleksi :

Hari :Selasa Tarikh :07.8.2012

Kelas : 1A3 Masa : 1.20-1.45 pm

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

1. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari

BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari

Aktiviti:

1. Bentukkan kumpulan (3 orang). Minta murid menyenaraikan aktiviti harian yang berlaku pada hari persekolahan. Soal jawab:

LINUS TAHUN 1 2012

Page 6: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

Apakah yang kamu buat selepas bangun tidur?

Apakah yang kamu lakukan selepas itu?

Apakah perkara yang kamu lakukan apabila tiba di sekolah?

2. Edarkan keratan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari kepada setiap kumpulan. Minta murid mewarna, menggunting dan melekatkan gambar tersebut pada kertas mahjong mengikut turutan bahagian-bahagain hari yang betul. Minta mereka menuliskan situasi di bawah setiap keratan gambar.

3. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka. Pamerkan carta-carta tersebut pada papan kenyataan. Carta ini akan digunakan lagi dalam Unit 8.5.

4. Edarkan Lembaran Kerja 8.2.

Aktiviti Pengukuhan : Kertas mah-jong, Krayon/Pensel warna Pen marker

Refleksi :

Hari :Selasa Tarikh :07.8.2012

Kelas : 1A3 Masa : 1.20-1.45 pm

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

1. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari

BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari

Aktiviti:

1. Minta murid menceritakan tentang hari lahir mereka. Kemudian, minta murid yang lahir pada bulan berikutnya untuk menulis tarikh lahir mereka di papan putih.

LINUS TAHUN 1 2012

Page 7: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

2. Lekatkan kalendar besar di papan putih dan edarkan kalendar kecil kepada setiap murid. Perkenalkan kalendar tersebut kepada murid-murid. Soal jawab:

Ini adalah kalendar bulan ... (nama bulan) Bilakah hari lahir ... (nama murid)?

Hari apakah sebelum hari lahir ... (nama murid)?

Hari apakah selepas hari lahir ... (nama murid)?

3. Tandakan kesemua tarikh-tahir lahir tersebut.

4. Kemudian, baca nama hari dalam 2 minggu pertama bersama-sama bermula dari ‘Ahad’. Soal jawab:

Kita bermula dengan hari Ahad.

Dari hari Ahad hingga Sabtu, kita panggil satu minggu.

Berapakah jumlah hari dalam seminggu?

Mari kita tandakan dan bilang bersama-sama.

(Minta murid manandakan () bersebelahan ketujuh-tujuh hari tersebut. Bilang tanda tersebut.)

5. Bacakan nama-nama hari tersebut semula sehingga ‘Sabtu’. Soal jawab:

Apakah hari berikutnya?

(Minta mereka menuliskan ‘Ahad’ dalam lajur ‘Hari’.)

Selepas itu?

(Minta mereka menuliskan ‘Isnin’.)

6. Teruskan sehingga lengkap seminggu. Bimbing murid untuk melihat pola (nama-nama hari tersebut diulang semula selepas ‘Sabtu’). Kemudian, minta murid melengkapkan nama hari seterusnya pada kalendar.

7. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu “Twinkle Twinkle Little Star”):

Ahad, Isnin, Selasa

Rabu, Khamis, Jumaat

Sabtu pula akhirnya

Mari sebut semula!

Ahad, Isnin, Selasa, Rabu

Khamis, Jumaat dan Sabtu!

8. Edarkan Lembaran Kerja 8.3.

LINUS TAHUN 1 2012

Page 8: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

Aktiviti Pengukuhan : Kertas mah-jong, Krayon/Pensel warna Pen marker

Refleksi :

Hari :Khamis Tarikh :09.8.2012

Kelas : 1A5 Masa : 4.40-5.30 pm

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

2. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari

BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari

Aktiviti:

1. Bantu murid untuk membina kalendar mingguan. Gunakan kertas warna dan krayon/pensel warna. Minta murid membawa pulang kalendar tersebut agar mereka dan ahli keluarga mengisi ruangan peristiwa harian bersama-sama. Mereka bebas untuk melukis dan menghias kalendar tersebut, contohnya:

2. Minta mereka bawa kalendar tersebut pada sesi akan datang untuk dibincangkan bersama-sama. Minta mereka melekatkan kalendar itu dalam buku latihan.

LINUS TAHUN 1 2012

Page 9: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

3. Kemudian, minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu “Are you sleeping Brother John?”):

Hari ... (nama hari ini)

Hari ... (nama hari ini)

Sepanjang hari, sepanjang hari.

Semalam hari ... (nama hari sebelumnya)

Esok hari... (nama hari berikutnya)

Seronoknya!

Seronoknya!

Aktiviti Pengukuhan : Kalender,warna

Refleksi :

KALENDAR

OGOS 2012

Hari Tarikh

Peristiwa

Ahad 1

Isnin 2

Selasa 3

Rabu 4

Khamis 5

Jumaat 6

Sabtu 7

Ahad 8

Isnin 9

Selasa 10

Rabu 11

Khamis 12

Jumaat 13

LINUS TAHUN 1 2012

Page 10: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

Sabtu 14

Ahad 15

Isnin 16

Selasa 17

Rabu 18

Khamis 19

Jumaat 20

Sabtu 21

Ahad 22

Isnin 23

Selasa 24

Rabu 25

Khamis 26

Jumaat 27

Sabtu 28

Ahad 29

Isnin 30

Selasa 31Hari :Ahad Tarikh :26.8.2012

Kelas : 1A5 Masa : 4.40-5.40 pm

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

8.5(a) (i) Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam

BBM: Jam analog,Gunting,Kad manila (digunting mengikut saiz yang sama dengan muka jam dan dilubangkan di tengah-tengahnya),Gam,Split pin, Krayon/Pensel warnaBahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.)

Aktiviti:

1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan jam analog. Soal jawab:Ini apa? Kita gunakannya untuk apa?Terangkan pada saya.

2. Minta murid memperihalkan jam tersebut (nombor dan susunannya, jarum panjang dan jarum pendek) mengikut pemerhatian dan pengetahuan mereka.

3. Edarkan Lembaran Aktiviti 8.5(a), gunting, kad manila, gam dan sepasang split pin kepada setiap pasangan.

LINUS TAHUN 1 2012

Page 11: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

4. Minta murid menggunting petak nombor dan melekatkannya pada muka jam. Mereka juga boleh membuat hiasan pada muka jam atau melukis gambar kesukaan mereka di tengah muka jam.

5. Apabila selesai, minta mereka menggunting muka jam tersebut dan melekatkannya pada kad manila. Bantu murid mencantumkan dan menyematkan jarum panjang dan jarum pendek di tengah muka jam menggunakan split pin.

Minta murid menulis nama masing-masing di belakang muka jam. Muka jam disimpan dengan cermat supaya ia boleh digunakan untuk sesi pengajaran yang berikut.

Aktiviti Pengukuhan : Kalender,warna

Refleksi :

Hari :Khamis Tarikh :30.8.2012

Kelas : 1A5 Masa : 5.10-6.10 pm

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

8.5(b) (i) Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam

BBM: Jam analog

Aktiviti:

LINUS TAHUN 1 2012

Page 12: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

1. Murid duduk secara berpasangan (pasangan yang sama dalam sesi yang lepas). Edarkan semula muka jam yang telah mereka hasilkan. Gunakan 5 buah muka jam untuk tunjuk cara berikut.

Muka jam Soal jawabDi manakah jarum panjang?(Pada nombor 12.)Di manakah jarum pendek?(Pada nombor 1.)Waktunya pukul satu.(Tuliskan ‘Pukul 1’ pada papan tulis.)Di manakah jarum panjang?(Pada nombor 12.)Di manakah jarum pendek?(Pada nombor 2.)Waktunya pukul dua.(Tuliskan ‘Pukul 2’ pada papan tulis.)Di manakah jarum panjang?(Pada nombor 12.)Di manakah jarum pendek?(Pada nombor 3.)Waktunya pukul tiga.(Tuliskan ‘Pukul 1’ pada papan tulis.)

Lihat jarum panjang.Lihat jarum pendek.Pukul berapakah sekarang?(Pilih murid untuk menulis waktunya.)

Lihat jarum panjang.Lihat jarum pendek.Pukul berapakah sekarang?(Pilih murid untuk menulis waktunya.)

2. Ulang langkah terakhir dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Bimbing mereka melihat bahawa apabila jarum panjang berada pada ‘12’ dan jarum pendek berada pada angka yang lainnya, kita lihat pada angka pada jarum pendek untuk menyatakan waktu.

3. Kemudian sebutkan waktu. Minta murid menunjukkan waktunya pada muka jam masing-masing dan menuliskannya di papan tulis.

4. Edarkan Lembaran Kerja 8.5.

Aktiviti Pengukuhan : Kalender,warna

Refleksi :

Hari :Isnin Tarikh :03.09.2012

Kelas : 1A5 Masa : 3.40-4.40 pm

Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

LINUS TAHUN 1 2012

Page 13: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

9.1 Mengenal dan menamakan bentuk 3D

Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid

BBM: Lembaran Aktiviti 9.1,Pelbagai objek yang mewakili setiap bentuk 3D,Papan putih individu,Pen marker

Aktiviti:

1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa beberapa objek seperti tin kosong, kotak kosong, topi hari lahir, kon ais krim, kotak tisu kosong dan sebarang jenis bola. Guru perlu ada satu set objek yang mewakili setiap bentuk 3D.

2. Bentukkan kumpulan (4 orang). Perkenalkan bentuk-bentuk 3D. Pastikan murid dapat menyebut dan mengejanya dengan betul.

3. Minta murid berkongsi objek yang dibawa bersama ahli kumpulannya. Bincang tentang persamaan dan perbezaan bentuk 3D tersebut, contohnya, tin sadin dan lilin kedua-duanya berbentuk silinder tetapi tin sadin pendek dan lebar manakala lilin panjang dan kurus.

4. Edarkan papan putih individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan sebuah bentuk 3D. Minta murid menyebut dan menuliskan nama bentuk tersebut pada papan putih. Semak jawapan mereka.

5. Edarkan Lembaran Aktiviti 9.1 kepada setiap murid. Minta mereka melengkapkan lembaran tersebut secara berkumpulan. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkannya dalam buku latihan.

6. Edarkan Lembaran Kerja 9.1.

Aktiviti Pengukuhan : Tanah liat,Bentangan bentuk 3D,Set bentuk 3D,Gunting,Pita pelekat

Refleksi :

Hari :Khamis Tarikh :06.09.2012

Kelas : 1A5 Masa : 5.10-6.10 pm

Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

LINUS TAHUN 1 2012

Page 14: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

9.1 Mengenal dan menamakan bentuk 3D

Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid

BBM: Lembaran Aktiviti 9.1,Pelbagai objek yang mewakili setiap bentuk 3D,Papan putih individu,Pen markerAktiviti:

1. Bentukkan kumpulan kecil. Edarkan tanah liat (untuk membentuk sfera), suatu bentuk 3D, gunting dan pita pelekat kepada setiap kumpulan. Edarkan juga bentangan bentuk tersebut kepada setiap murid.

2. Tunjukkan cara bentuk 3D dibina. Secara berkumpulan, minta murid membina sendiri bentuk tersebut menggunakan bahan-bahan yang diberi dan berkongsi hasil kerja mereka dengan murid lain.

3. Sebutkan nama suatu bentuk 3D. Murid yang memiliki bentuk tersebut diminta berdiri dan menunjukkannya kepada semua.

Aktiviti Pengukuhan : Tanah liat,Bentangan bentuk 3D,Set bentuk 3D,Gunting,Pita pelekat

Refleksi :

Hari :Ahad Tarikh :23.09.2012

Kelas : 1A5 Masa : 4.40-5.40 pm

Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

LINUS TAHUN 1 2012

Page 15: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

9.1 Mengenal dan menamakan bentuk 3D

Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid

BBM: Lembaran Aktiviti 9.1,Pelbagai objek yang mewakili setiap bentuk 3D,Papan putih individu,Pen marker

Aktiviti:

1. Bentukkan kumpulan kecil. Edarkan tanah liat (untuk membentuk sfera), suatu bentuk 3D, gunting dan pita pelekat kepada setiap kumpulan. Edarkan juga bentangan bentuk tersebut kepada setiap murid.

2. Tunjukkan cara bentuk 3D dibina. Secara berkumpulan, minta murid membina sendiri bentuk tersebut menggunakan bahan-bahan yang diberi dan berkongsi hasil kerja mereka dengan murid lain.

3. Sebutkan nama suatu bentuk 3D. Murid yang memiliki bentuk tersebut diminta berdiri dan menunjukkannya kepada semua.

Aktiviti Pengukuhan : Tanah liat,Bentangan bentuk 3D,Set bentuk 3D,Gunting,Pita pelekat

Refleksi :

Hari :Isnin Tarikh :24.09.2012

Kelas : 1A5 Masa : 3.40-4.40 pm

Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

LINUS TAHUN 1 2012

Page 16: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

9.2a Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan melengkung

BBM: Tin aluminium (susu, sadin, milo dsb.)Objek yang mempunyai permukaan melengkung,Set bentuk 3D,Lembaran Aktiviti 9.2

Aktiviti:

1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Edarkan sebuah tin aluminium kepada setiap kumpulan. Minta mereka perhatikan tin tersebut. Soal jawab:

Apakah yang diberikan kepada kamu?Apa yang kamu lihat pada tin tersebut?(Bincangkan mengenai tulisan, bentuknya, cara ia bergolek jika digolekkan dan sebagainya.)

2. Perkenalkan “permukaan melengkung”. Minta murid menyentuh permukaan melengkung tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan melengkung, contohnya topi hari lahir, botol, bola dan sebagainya. Minta murid menyentuh permukaan melengkung setiap objek tersebut. Soal jawab:

Ini adalah “permukaan melengkung”. Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan melengkung?(Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan melengkung setiap objek tersebut seperti berikut.)

Bolehkah kita golekkan ... (nama objek) ini pada permukaan melengkung? (Tunjukkan setiap objek tersebut bergolek pada permukaan melengkung seperti berikut.)

Berapakah bilangan permukaan melengkung yang ada?3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan, dan Lembaran Aktiviti 9.2 kepada setiap murid.

Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual tersebut (lajur pertama) berpandukan bentuk 3D yang diberi.

4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan.

5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(a).Aktiviti Pengukuhan : Lembaran Kerja

Refleksi :

Hari :Khamis Tarikh :27.09.2012Kelas : 1A5 Masa : 5.10-6.10 pmTajuk : Bentuk Tiga DimensiStandard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

9.2b Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan rata

LINUS TAHUN 1 2012

Page 17: Numerasi Wang

NUMERASI TAHUN 1

BBM: Tin aluminium (susu, sadin, milo dsb.)Objek yang mempunyai permukaan melengkung,Set bentuk 3D,Lembaran Aktiviti 9.2Aktiviti:

1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Edarkan tin aluminium (yang telah digunakan dalam pembelajaran yang lepas) kepada setiap kumpulan. Soal jawab:

Tunjukkan saya permukaan melengkung pada tin ini.Ada 2 permukaan lagi pada tin. Tunjukkan pada saya.

(Murid menunjukkan 2 permukaan rata.)Ini adalah “permukaan rata”. (Tunjukkan permukaan rata.)

2. Minta murid menyentuh permukaan rata tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan rata, contohnya meja, buku, kotak dan sebagainya. Minta murid menyentuh permukaan rata setiap objek tersebut. Soal jawab:

Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan rata?(Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan rata seperti berikut.)

Bolehkah ... (nama objek) ini digolekkan pada permukaan rata? (Tunjukkan setiap objek tersebut tidak boleh bergolek pada permukaan rata.)Berapakah bilangan permukaan rata yang ada?

3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur kedua) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi.

4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama.

5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(b).

Aktiviti Pengukuhan : Lembaran Kerja

Refleksi :

LINUS TAHUN 1 2012