nur fara hana abdullah
TRANSCRIPT
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 685
PERANAN ZAKAT DALAM MENGATASI ISU DAN MASALAH DALAM
KALANGAN MUALLAF DI MALAYSIA1
Nur Fara Hana Abdullah2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Emel: [email protected]
Abstrak
Golongan muallaf merupakan asnaf yang layak menerima zakat sebagaimana yang
disebut dalam al-Quran. Bilangan muallaf di Malaysia semakin bertambah dan
menjadikan peranan serta tanggungjawab institusi zakat semakin besar dan penting.
Terdapat keperluan untuk menjamin muallaf supaya tidak terjebak kepada gejala
murtad yang menjadi ancaman utama kepada mereka. Murtad merupakan salah satu
daripada kesalahan hudud yang boleh membawa kepada ancaman besar kepada
akidah umat Islam. Selain itu, terdapat juga pelbagai isu dan masalah yang
melibatkan golongan muallaf seperti tidak mendapat bantuan zakat, kurang
kefahaman terhadap ajaran Islam dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini juga akan
melihat peranan zakat dalam membantu muallaf di Malaysia. Kedua, kertas kerja ini
juga akan melihat peranan zakat dalam mengatasi masalah dan isu dalam kalangan
muallaf. Kaedah penjelasan dilakukan dengan menggunakan sumber data
kepustakaan dan penganalisisan analisis kandungan. Kajian ini dapat memberi
gambaran yang jelas kepada masyarakat tentang peranan zakat oleh institusi zakat
dalam menyelesaikan isu serta masalah yang berkaitan muallaf di Malaysia.
1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
2 Nur Fara Hana Binti Abdullah ialah Pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (isdev), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 686
PENDAHULUAN
Allah SWT telah meletakkan kedudukan asnaf muallaf dalam al-quran (Surah al-
Taubah: 60) sebagai penerima zakat pada posisi keempat dimulai asnaf fakir, miskin,
amil dan muallaf yang disebut sebagai “muallafah qulubuhum”. Matlamat utama
pengagihan zakat kepada asnaf muallaf adalah untuk mendekatkan lagi hati mereka
yang telah dijinakkan kepada Islam. Pemberian zakat diharapkan dapat menjaga
kebajikan para muallaf sekaligus dapat menjadi instrumen dakwah yang berkesan.
Isu murtad dalam kalangan muallaf sering berlaku. Sebahagian besar permohonan
yang diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru.3 Antara
faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan
juga kurang ilmu mengenai Islam. Selain daripada lemah pegangan agama serta jahil
mengenai hukum hakam dan akidah, faktor kegagalan perkahwinan juga boleh
mendorong seseorang muallaf itu menjadi murtad.
Selain itu, antara isu yang melibatkan muallaf ialah berkaitan dengan isu muallaf
tidak mendapat bantuan setelah memeluk Islam, kurangnya pengetahuan muallaf
terhadap skim-skim bantuan yang disediakan,4 kurang kafahaman terhadap ajaran
Islam dan sebagainya.
Pengagihan zakat secara sistematik telah terbukti mampu untuk membebaskan umat
Islam daripada kepompong kemiskinan. Secara umumnya, golongan muallaf
termasuk dalam salah satu daripada asnaf yang layak menerima zakat sepertimana
yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pengagihan zakat kepada golongan muallaf
walaupun bukan dalam jumlah yang besar tetapi mampu untuk membantu mereka
daripada sudut kewangan.
Bagi menjawab persoalan mengenai fungsi zakat dalam membendung masalah
murtad dan isu serta masalah yang dihadapi muallaf, maka kertas kerja ini akan
meneliti secara lebih mendalam tentang peranan zakat dalam pengagihan bantuan
kepada muallaf di Malaysia serta hubungkaitnya dalam mengatasi masalah dan isu
yang berlaku dalam kalangan muallaf.
DEFINISI MUALLAF
Perkataan muallaf secara literalnya berasal daripada perkataan Arab yang
bermaksud, orang yang dijinakkan’, sementara dalam konteks yang lebih spesifik, ia
merujuk kepada mereka yang dijinakkan hatinya dengan Islam atau mula berjinak-
jinak dan mengenali Islam atau di peringkat awal memeluk Islam.
3 Norain Saleh (2011), Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad. Malaysiakini.com. diakses pada 13
November 2015 dari http://www.malaysiakini.com/news/167179.
4 Azman Ab Rahman, Ummu Salamah Ahmad & Tengku Mansur (2014), Skim bantuan zakat kepada
muallaf oleh institusi zakat di Malaysia: satu tindakan awal, Seminar Antarabangsa Masjid Zakat &
Waqaf 2014 (I-MAF), 1-2 Disember 2014, Kuala Lumpur.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 687
Mazhab Shafie mendefinisikan muallaf sebagai orang yang dijinakkan atau
dilembutkan hatinya yang telah memeluk Islam. Ini menunjukkan definisi muallaf
bagi mazhab Shafie terbatas kepada muslim sahaja.
Pandangan al-Qaradawi pula menyatakan bahawa muallaf ialah orang yang
dilembutkan hatinya dengan harapan mereka akan condong kepada Islam atau
menguatkan imannya atau menghentikan kejahatan mereka terhadap orang Islam
atau diharapkan dapat mengambil manfaat mereka semasa mempertahankan diri
daripada mereka atau menolong mereka semasa menentang musuh mereka dan
sebagainya (al-Qardawi, 2000 : 594).
Lembaga Zakat Selangor mendefinisikan muallaf sebagai seseorang yang baru
memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang
belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau
diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya
terhadap orang Islam.5
SKIM BANTUAN ZAKAT KEPADA MUALLAF DI MALAYSIA
Zakat diagihkan kepada muallaf melalui skim-skim bantuan yang disediakan oleh
Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat Negeri . Skim-skim bantuan tersebut adalah
seperti berikut:
Jadual 1: Jenis-Jenis Skim Agihan Atau Bantuan Di Malaysia
MALAYSIA Jenis dan Skim Agihan/Bantuan
1) Pulau Pinang
2) Selangor
3) Kedah
4) Terangganu
5) Johor
6) Negeri Sembilan
7) Pahang
8) Melaka
9) Sabah
10) Perlis
11) Perak
12) Kelantan
13) Sarawak
14) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15) JAWHAR
1) Bantuan Pendidikan
2) Bantuan Perkahwinan
3) Bantuan Kewangan Bulanan
4) Bantuan Modal Perniagaan
5) Bantuan Rawatan/Perubatan
6) Bantuan Pengurusan Jenazah
7) Bantuan Rumah
-sewa rumah
-membaik pulih rumah
-membina rumah
8) Bantuan Berkhatan
9) Saguhati Memeluk Agama Islam
10) Saguhati Hari Raya
11) Program Kelas Bimbingan Saudara
Baru
12) Program Kursus dan Latihan
13) Kursus Dakwah dan Kepimpinan
14) Elaun Kelas Agama
15) Elaun Guru Kelas Agama
5 Penerima Agihan Zakat. Diakses pada 13 November 2015 dari
http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 688
Jadual 1 menunjukkan jenis dan skim bantuan agihan zakat kepada muallaf di
Malaysia. Semua skim bantuan ini mempunyai perbezaan yang ketara di setiap
negeri. Terdapat Majlis Agama Islam Negeri yang menyenaraikan skim bantuan
zakat kepada muallaf secara terperinci dan sebahagiannya hanya menyenaraikan
skim bantuan ini secara umum. Contoh yang sangat jelas ialah Tabung Baitulmal
Sarawak dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyenaraikan secara
umum skim-skim mengikut bentuk bantuan seperti bantuan sosial, pendidikan,
ekonomi dan kebajikan yang melibatkan ke semua asnaf yang lain.
Skim-skim bantuan yang disediakan kepada muallaf adalah bertujuan untuk
meningkatkan tahap kefahaman mereka tentang Islam. Perkara yang amat penting
yang harus ditekankan adalah tentang penyampaian maklumat terhadap bantuan-
bantuan yang telah disediakan kepada muallaf.
Kewujudan skim-skim bantuan kepada muallaf ini dilihat sebagai satu usaha yang
baik dari pihak-pihak yang terlibat sekaligus membuktikan keprihatinan mereka
dalam memelihara kepentingan dan hak-hak muallaf sebagai salah satu asnaf yang
layak menerima zakat. Melihat kepada skim-skim yang disediakan, pengagihan zakat
kepada muallaf ini tertumpu kepada memenuhi keperluan asas yang amat diperlukan
seperti bantuan tempat tinggal dan bantuan sara hidup. Aspek permantapan akidah
dan kefahaman agama memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan para
muallaf mendapat bimbingan yang sempurna dan tidak mudah untuk kembali kepada
agama asal mereka. Fokus yang utama harus diberikan kepada pembinaan akidah
muallaf lebih daripada bantuan-bantuan yang bersifat material.
Setiap negeri di Malaysia meletakkan tempoh had panggilan muallaf melalui
keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri masing-masing. Negeri Selangor telah
menetapkan tempoh muallaf selama 5 tahun manakala Pahang dan Terengganu
selama 7 tahun. Selain itu, negeri Sabah memutuskan bahawa had tempoh 5 tahun
hingga 7 tahun untuk panggilan muallaf. Negeri-negeri lain tidak menetapkan
tempoh panggilan muallaf yang membolehkan asnaf muallaf untuk terus menerima
zakat sehingga diputuskan oleh pihak zakat selama mana mereka dapat menerima
bantuan. Setiap negeri berhak dalam menentukan keputusan dalam penentuan
tempoh penyelarasan tempoh panggilan muallaf dan mempunyai alasan tersendiri
dalam keputusan masing-masing.
PERANAN ZAKAT DALAM MENGATASI ISU DAN MASALAH DALAM
KALANGAN MUALLAF
Zakat merupakan rukun Islam ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap individu
Muslim di seluruh dunia. Kutipan hasil zakat yang telah ditunaikan ini akan
dikumpul oleh pihak yang berkuasa dan akan diagihkan kepada beberapa asnaf yang
berhak menerima zakat. Pentadbiran zakat terbahagi kepada dua tugasan utama iaitu
kutipan dan pengagihan zakat. Jika dilihat kutipan zakat pada tahun-tahun
kebelakangan ini didapati hasil kutipan tersebut amat memberangsangkan dan
mendapat sambutan yang luas dari masyarakat dan organisasi-organisasi swasta.
Manakala dari sudut agihan pula, hasil kutipan zakat ini diagihakan kepada lapan
asnaf berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Qur’an bemaksud:
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 689
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir dan orang miskin, dan amil-amil yang
mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya
dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekan dirinya dan
orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada)
jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam
perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai
satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”(al-Taubah,
9:60)
Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, terdapat sebahagian golongan
muallaf yang mendapat bantuan dari baitulmal atau pusat zakat dan sebahagian
daripada mereka tidak mendapat bantuan zakat dari institusi tersebut. Isu sama ada
zakat mampu mengatasi permasalahan murtad perlu dilihat secara menyeluruh. Ini
kerana, bukan zakat semata-mata memainkan peranan dalam memberi bantuan
peruntukan kepada muallaf tetapi semua pihak yang terlibat juga bekerjasama dalam
mengatasi isu murtad di Malaysia.
Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam memberikan kefahaman yang
jelas kepada saudara baru mengenai hukum hakam dalam Islam. Sebagai contoh,
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mewujudkan lebih banyak kelas fardhu
ain di seluruh Selangor. Terdapat banyak kelas fardhu ain dan agama telah
disediakan untuk kemudahan golongan muallaf dalam usaha untuk memberi
kefahaman terhadap Islam secara lebih jelas dan dapat menghindar masalah murtad
akibat kurangnya kefahaman terhadap Islam. Selain kelas fardhu ain dan agama,
beberapa kursus intensif juga dijalankan oleh organisasi-organisasi dakwah. Mohd
Farhan Tee (2014), menyatakan bahawa kursus intensif diadakan oleh Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kepada saudara baru yang baru memeluk
agama Islam untuk memberi penedahan tentang asas-asas Islam dan sebagai motivasi
bagi menghadiri kelas-kelas yang disediakan.
Selain itu, bagi aduan golongan muallaf yang tidak menerima bantuan zakat selepas
memeluk agama Islam dan sebagainya, hanya dengan mendaftar dengan institusi
agama peringkat negeri atau beberapa saluran berwibawa lain sahaja akan
melayakkan seseorang mendapat bantuan yang ditawarkan. Mereka juga akan
diberikan kad mualaf. Di Malaysia, banyak pihak boleh mengislamkan seseorang
tetapi tidak ramai yang mampu melaksanakan tugas menyalurkan maklumat
berkaitan pendaftaran dan bantuan selepas proses itu. Menurut Razaleigh Muhamat,
walaupun majlis agama Islam negeri boleh mengislamkan seseorang dan
mewujudkan bantuan khas untuk mualaf, kebanyakan mereka yang ingin memeluk
Islam di negara ini lebih memilih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau masjid
untuk melafaz dua kalimah syahadah. Tidak menjadi kesalahan memilih NGO
sebagai tempat untuk memeluk agama Islam tetapi ia wajar disusuli dengan
pendaftaran di pejabat agama daerah atau negeri sebagai tanda merasmikan
pengislaman muallaf.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 690
Bagi menangani isu murtad dalam kalangan muallaf, proses pengislaman perlu
diperketatkan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, faktor utama yang mendorong
muallaf untuk memeluk Islam ialah kerana faktor perkahwinan. Pihak majlis agama
Islam negeri berhak untuk memperketatkan proses pengislaman saudara baru bagi
mendidik muallaf supaya memeluk Islam dengan ikhlas dan ingin mendalami Islam
dan bukan sahaja faktor perkahwinan serta untuk mendapatkan bantuan semata-mata.
Penerapan ilmu agama yang mantap dapat menghindarkan golongn ini daripada isu
murtad (Che Mohd Noor Lee, 2014).
PUNCA UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA ISU DAN MASALAH
DALAM KALANGAN MUALLAF
Masalah utama yang menjadi ancaman kepada muallaf ialah murtad. Secara
umumnya, terdapat banyak punca yang boleh mendorong berlakunya gejala murtad.
Antara puncanya ialah kurang pengetahuan tentang agama Islam. Kebanyakan
muallaf yang baru memeluk Islam akan diberikan kursus oleh pihak Majlis Agama
Islam dan pihak-pihak tertentu. Namun, terdapat sebahagian daripada mereka yang
tidak hadir dalam kursus yang disediakan. Selain itu, punca lain yang mendorong
berlakunya murtad dalam kalangan muallaf ialah disebabkan oleh orang Islam
sendiri yang telah berkahwin dengan saudara baru tetapi tidak membimbing
pasangan mereka mengenai Islam. Kebanyakan kes muallaf yang murtad selepas
bercerai dengan pasangannya yang beragama Islam. Peranan suami atau isteri yang
berkahwin dengan saudara baru perlu ditekankan agar mereka sentiasa mendidik dan
membimbing saudara baru dalam mengenali Islam dengan lebih mendalam. Namun,
masih terdapat dalam kalangan orang Islam itu sendiri yang lalai dalam melakukan
perintah dan larangan Allah SWT.
Selain itu, salah faham tentang agama Islam, kemiskinan serta membesar dalam
keluarga bukan Islam dan desakan hutang yang menghimpit menjadi punca kepada
murtadnya para muallaf. Sebagai contoh, bebanan hutang yang menghimpit telah
menyukarkan mereka untuk meneruskan hidup dan sebagai alternatif, mereka
meminta bantuan dari pihak gereja yang memberi bantuan kepada orang Islam yang
lemah pegangan iman dan akidahnya dari segi keperluan hidup. Hal ini berlaku
kerana, terdapat muallaf yang tidak menerima bantuan setelah memeluk agama
Islam.
Menurut Aidit Ghazali dan Zulkifli Abd Majid (2013), pengetahuan muallaf terhadap
bantuan-bantuan yang disediakan oleh pusat zakat Selangor ialah pada tahap yang
kurang memuaskan kecuali pada program-program yang wajib diikuti oleh mereka.
Hal ini berlaku kerana kurangnya hebahan terhadap skim-skim bantuan zakat oleh
institusi zakat. Di Selangor, isu ini tidak akan timbul jika seseorang yang memeluk
Islam itu mengikuti kursus asas muallaf yang diwajibkan oleh MAIS secara
konsisten (Siti Hamisah Manan, 2015). Dengan menghadiri kursus itu, mereka secara
tidak langsung akan mendapat maklumat dan penerangan khas tentang bantuan yang
boleh dipohon, selain dapat mendalami ilmu agama.
Terdapat muallaf yang membuat aduan tidak menerima bantuan zakat walaupun
sudah lama memeluk agama Islam. Walaupun majlis agama Islam negeri boleh
mengislamkan seseorang dan mewujudkan bantuan khas untuk mualaf, kebanyakan
mereka yang ingin memeluk Islam di negara ini lebih suka memilih pertubuhan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 691
bukan kerajaan (NGO) atau masjid untuk melafaz dua kalimah syahadah dan butiran
diri mereka tiada dalam rekod pihak berkuasa, tiada dalam statistik dan seterusnya
terlepas peluang menerima zakat asnaf mualaf yang diperuntukkan untuk mereka
(Razaleigh Muhamat, 2015). Tidak salah untuk memilih NGO bagi memeluk Islam
tetapi ia wajar disusuli dengan pendaftaran di pejabat agama daerah atau negeri
sebagai tanda 'merasmikan' pengislaman mereka. Hanya dengan mendaftar dengan
institusi agama peringkat negeri atau beberapa saluran berwibawa lain sahaja akan
melayakkan seseorang mendapat bantuan yang ditawarkan. Mereka juga akan
diberikan kad mualaf.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulannya, zakat merupakan salah satu dana yang boleh membantu muallaf
dalam memulakan hidup baru mereka sebagai umat Islam. Zakat juga berperanan
mengurangkan beban saudara baru sekiranya mereka menghadapi masalah dalam
kehidupan baru. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi zakat telah memainkan
peranan dalam mengagihkan zakat kepada semual asnaf termasuk juga muallaf.
Dalam aspek pengurusan, pengurusan saudara baru merupakan satu perkara yang
sangat penting bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu pengurus zakat dan muallaf
mengetahui tugas-tugas dan hak mereka. Orang awam juga perlu didedahkan dengan
pengurusan saudara baru yang betul agar mereka tidak terus menuduh institusi zakat
tidak melaksanakan tugas dengan baik. Memperkemas dan menambahbaik sistem
pemantauan (follow up) bagi muallaf yang pernah menerima zakat perlu dilakukan
agar selari dengan perkembangan teknologi terkini.
Segala urusan yang berkaitan dengan pemberian bantuan zakat kepada muallaf perlu
diuruskan dengan sistematik dan teratur. Pihak institusi zakat dan majlis agama Islam
negeri perlu memastikan kakitangan yang bertugas adalah mencukupi dan mahir
untuk memastikan proses pengagihan zakat kepada muallaf yang telah diatur berjalan
dengan lancar. Setiap aduan yang diterima daripada saudara baru mengenai masalah
mereka selepas memeluk Islam perlu disiasat oleh institusi zakat dan
penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan kebajikan muallaf terjaga.
Sistem pengajian muallaf yang sistematik dan komprehensif perlu disusun atur.
Pengajian mengikut tahap kefahaman muallaf secara teratur akan dapat memastikan
muallaf mendapat input yang bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka. Mereka
yang memeluk Islam terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan, justeru tenaga
pengajar yang dilantik oleh MAIS juga perlu setaraf dengan tahap pendidikan
muallaf, ini perlu bagi memastikan muallaf yang berpendidikan tinggi menerima
input yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka.
Perkara yang perlu ditekankan di sini adalah semua pihak di setiap lapisan
masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam membantu muallaf. Kepentingan dan
tanggungjawab memelihara akidah umat Islam adalah menjadi pokok utama bagi
agama Islam. Oleh itu, umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang mantap dan
syariat serta akhlak yang jelas berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah agar dapat
menjadi individu muslim yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah
SWT.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 692
RUJUKAN
Al-Zuhailiy, Wahbah. (1991). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari’ah wa al-
Manhaj, Jld. 10. Beirut: Daral-Fikr al-Mu’asir.
Asnaf Zakat. Lembaga Zakat Selangor. Diakses pada 13 November 2015 dari
http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/.
Che Mohd Lee (2014), Isu murtad saudara baru : faktor dan langkah Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) menangani isu murtad saudara baru, Klang,
Selangor.
Ghazali, Aizat,Abd Hamid, Zulkifli (2013), Kajian berkaitan kepuasan responen
terhadap program bantuan kepada muallaf Selangor. Persidangan
Antarabangsa Pembangunan Muallaf 2013, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.
Izra Abd Rahman & Sofea Susan (2015), Maklumat lengkap mudahkan proses
bantuan mualaf-NGO. Diakses pada 14 November 2015 dari
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/05/ngo-mualaf-
perlu-inisiatif/.
Izra Abd Rahman & Sofea Susan (2015), Tiada syarat khas pengislaman punca
bantuan mualaf tercicir - ahli akademik, Diakses pada 14 November 2015
dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/05/ngo-
mualaf-perlu-inisiatif/.
Mohd Mahyeddin M.Salleh, Nisar M.Ahmad, Azman Ab.Rahman (2013), Peranan
zakat dalam mengatasi masalah murtad di kalangan muallaf di Malaysia :
satu tinjauan awal. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2).
Nurul Afifah Musameh & Siti Aisyah Hadi (2014), Isu murtad dalam kalangan
saudara baru : satu kajian di negeri Selangor, UKM.