nurul zawani binti bonyamin - faculty of … kakakku, noris dan abang iparku, sabri, jutaan terima...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN PERSONALITI DAN TEKANAN BELAJAR DENGAN
PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2006
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUNGAN PERSONALITI DAN TEKANAN BELAJAR DENGAN PENCAPAIAN
PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR
FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006
Saya NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: JLN AIR TAWAR, KG BANDAR, PN. ADIBAH BINTI ABDUL LATIF 42700 BANTING, Nama Penyelia SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: Tarikh:
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”
Tandatangan : _________________________________ Nama Penyelia : PUAN ADIBAH BINTI ABDUL LATIF Tarikh : _________________________________
HUBUNGAN PERSONALITI DAN TEKANAN BELAJAR DENGAN
PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2006
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : _________________________________
Nama Penulis : NURUL ZAWANI BINTI BONYAMIN Tarikh : _________________________________
iii
Dedikasi Sekalung budi buat bonda dan ayahanda
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini
mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…
sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…
Buat kakakku, Noris dan abang iparku, Sabri,
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan apa jua bantuan yang kuperlukan sepanjang
kajian ini dijalankan.…
Jasa dan pengorbanan kalian amat bermakna di dalam menyiapkan projek ini...
Buat semua ahli keluarga,
Terima kasih di atas segala-galanya…
Buat teman-teman
Terutamanya Ada , Su, Fida, Yu Lis, Kak Kin dan teristimewa, Nas...
jasa dan dorongan kalian terlalu besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM
ini…
dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung…
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayahNYA, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.
Dikesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam
menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada
penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Puan Adibah
Abdul Latif selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk ajar,
menasihat, menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang diberi sepanjang
tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada :
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan yang terlibat di dalam kajian ini.
Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan
dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik
kalian…
v
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis personaliti , tekanan belajar dan
pencapaian prestasi akademik yang dominan yang dimiliki pelajar. Kajian ini turut
mengkaji hubungan personaliti, tekanan belajar dengan pencapaian akademik.
Responden terdiri daripada 242 pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Johor yang dipilih secara rawak mudah. Inventori yang digunakan
untuk menguji ciri-ciri personaliti ialah soal selidik yang dibina oleh Buchanan.
Manakala item soal selidik bagi tekanan belajar adalah dibina sendiri oleh penyelidik.
Inventori bagi item personaliti meliputi lima jenis personaliti manakala bagi tekanan
belajar adalah empat jenis tekanan belajar. Kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.7967.
Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis korelasi
Pearson dan Ujian-t. Analisis deskriptif menunjukkan personaliti jenis Penyenang/
Persetujuan (Agreeableness) dan tekanan kewangan adalah lebih dominan di kalangan
pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan negatif yang
rendah antara personaliti dengan tekanan belajar. Manakala tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian prestasi signifikan akademik dan
tekanan belajar dengan pencapaian prestasi akademik. Hasil kajian juga menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan belajar dan pencapaian prestasi
akademik merentas jantina. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
personaliti merentas jantina.
vi
ABSTRACT The aim of this study was to examine the dominant of student’s personality types, the
dominant of study stress and students academic achievement among final year student at
Faculty of Education, University Technology Malaysia, Johor. Besides, this study also
investigated the relationship between personality and study stress, personality and
student’s academic achievement and relationship between study stress and student’s
academic achievement. The selected 242 samples of this study were picked randomly. A
personality inventory developed by Buchanan was used in this study that consists of five
personality types. Researcher was developed study stress inventory that consists of four
types of study stress. The reliability of the inventory was 0.7697. Data gathered were
analyzed using descriptive statistic, Pearson correlation coefficient and t-test. Results
indicated that personality type Agreeableness and study stress type financial were the
dominant factors among students. It also indicated that there were significant
relationship between personality and study stress but there were no relationship between
personality and student’s academic achievement and between stress study and student’s
academic achievement. The finding indicated that there were significant differences
among study stress and student’s academic achievement across gender. On the other
hand there were no significant differences of personality types across gender.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
I
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN DEDIKASI
HALAMAN PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Masalah
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Hipotesis
1.6 Pembolehubah Kajian
1.7 Kerangka Konsep
1.8 Kepentingan Kajian
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xv
xvi
xvii
1
5
10
10
11
12
14
15
16
viii
II
1.9 Skop dan Had Kajian.
1.10 Definisi Operasional Pembolehubah Kajian.
1.10.1 Personaliti
1.10.2 Tekanan belajar
1.10.3 Pelajar
1.10.4 Pencapaian prestasi akademik
1.11 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
2.1 Model Dan Teori Berkaitan Personaliti
2.1.1 Model “The Big Five” Berkaitan
Personaliti
2.1.2 Model 16 Faktor Personaliti (16 PF)
Berkaitan Personaliti
2.1.3 Model Dan Teori Yang Diguna Oleh
Penyelidik
2.2 Model Dan Teori Berkaitan Tekanan
2.2.1 Model Tekanan
2.2.2 Model Interaksi Antara Pelbagai
Unsur Berkaitan Tekanan
2.2.3 Konsep Tekanan Belajar Yang
Digunakan Oleh Penyelidik
2.3 Hubungan personaliti dengan
pencapaian prestasi akademik
2.4 Tekanan- tekanan yang mempengaruhi
pencapaian prestasi akademik.
2.5 Penutup
19
19
19
22
23
23
24
26
27
27
28
29
33
34
36
37
40
42
44
ix
III
IV
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Sampel
3.2.1 Persampelan
3.3 Kaedah Pengumpulan Data
3.3.1 Instrumen Kajian
3.4 Kaedah Penganalisisan Data
3.5 Kajian rintis
3.6 Penutup
DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 4.1 Bahagian A (Analisis Deskriptif)
4.1.1 Taburan pelajar berdasarkan ciri- ciri
demografi
4.1.2 Analisis jenis domain personaliti
pelajar.
4.1.3 Analisis jenis tekanan belajar pelajar.
4.1.4 Analisis pencapaian prestasi
akademik pelajar.
4.2 Bahagian B (Analisis Inferensi
Hipotesis)
4.2.1 Analisis Korelasi
4.2.1.1 Hubungan Antara Personaliti Dan
Tekanan Belajar Di Kalangan
Pelajar.
46
46
47
48
49
49
52
53
55
56
57
57
58
59
60
61
61
61
x
V
4.2.1.2 Hubungan Antara Personaliti
Dengan Pencapaian Prestasi
Akademik
4.2.1.3 Hubungan Antara Tekanan
Belajar Dengan Pencapaian
Prestasi Akademik
4.2.2 Analisis Ujian-t
4.2.2.1 Ujian-T Terhadap Personaliti
Merentas Jantina
4.2.2.2 Ujian-T Terhadap Tekanan
Belajar Merentas Jantina
4.2.2.3 Ujian-T Terhadap Pencapaian
Prestasi Akademik (CPA/GPA)
Merentas Jantina
4.3 Penutup
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
5.1 Rumusan Dapatan Kajian
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Objektif Pertama:
Jenis Personaliti Dan Jenis Tekanan
Belajar Yang Dominan Serta Pencapiaan
Preastasi Akademik Yang Dimiliki Oleh
Pelajar
5.2.2 Objektif Kedua :
Hubungan Antara Personaliti Dengan
Tekanan Belajar
5.2.3 Objektif Ketiga :
Hubungan Antara Personaliti Dengan
Pencapaian Prestasi Akademik
64
68
70
70
73
75
75
76
77
78
78
81
81
xi
5.2.4 Objektif Keempat :
Hubungan Antara Tekanan Belajar
Dengan Pencapaian Prestasi Akademik
5.2.5 Objektif Kelima :
Perbezaan Terhadap Personaliti
Merentas Jantina
5.2.6 Objektif Keenam :
Perbezaan Terhadap Tekanan Belajar
Merentas Jantina
5.2.7 Objektif Ketujuh :
Perbezaan Terhadap Pencapaian Prestasi
Akademik Merentas Jantina
5.3 Cadangan
5.3.1 Cadangan Kepada Kajian
5.3.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang
5.4 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
83
85
86
86
87
87
88
89
91
99
100
103
104
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 : 16 Trait Personaliti Berdasarkan Model 29
16PF Cattell’s
3.1 : Jumlah pelajar tahun akhir Fakulti 48
Pendidikan, UTM
3.2 : Pembahagian Item Mengikut Bahagian 49
Soal Selidik
3.3 Tahap Pencapaian Prestasi Akademik 50
3.4 : Pembahagian Item Positif dan Item Negatif 51
dalam Bahagian B Soal Selidik4.1
3.5 : Pembahagian Item Dalam Bahagian C 52
3.6 : Penggunaan Kaedah Statistik Mengikut 53
Pecahan Objektif Kajian
3.7 : Nilai Alpha Cronbach Mengikut Bahagian 54
Soal Selidik
4.1 : Taburan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi 56
4.2 : Taburan nilai min (purata) bagi setiap jenis 58
domain personaliti pelajar.
4.3 : Taburan nilai min (purata) bagi setiap jenis 59
tekanan belajar.
4.4 : Taburan pencapaian prestasi akademik 60
(CGPA) pelajar.
xiii
4.5 : Korelasi di antara personaliti keterbukaan 61
(Openess)danTekanan belajar di kalangan pelajar
4.6 : Korelasi di antara personaliti berhemat/ jujur 61
(Conscientiousness) danTekanan belajar di
kalangan pelajar
4.7 : Korelasi di antara personaliti Ekstrovert 62
(Extraversion) dan Tekanan belajar di kalangan
pelajar
4.8 : Korelasi di antara personaliti Penyenang/ 63
Persetujuan (Agreeableness) Dan tekanan belajar
di kalangan pelajar
4.9 : Korelasi di antara personaliti Neurotik 63
(Neuroticism) dan tekanan belajar di kalangan
pelajar
4.10 : Korelasi di antara personaliti keseluruhan dan 64
tekanan belajar di kalangan pelajar
4.11 : Korelasi di antara personaliti keterbukaan 64
(Openess) dengan pencapaian prestasi akademik
4.12 : Korelasi di antara personaliti berhemat/ jujur 65
(Conscientiousness) dengan pencapaian prestasi
akademik
4.13 : Korelasi di antara personaliti Ekstrovert 65
(Extraversion) dengan pencapaian prestasi
akademik
4.14 : Korelasi di antara personaliti Penyenang/ 66
Persetujuan (Agreeableness) dengan pencapaian
prestasi akademik
4.15 : Korelasi di antara personaliti Neurotik 67
(Neuroticism) dengan pencapaian prestasi
akademik
4.16 : Korelasi di antara personaliti keseluruhan 67
dengan pencapaian prestasi akademik
xiv
4.17 : Korelasi di antara tekanan keluarga 68
dengan pencapaian prestasi akademik
4.18 : Korelasi di antara tekanan kewangan 68
dengan pencapaian prestasi akademik
4.19 : Korelasi di antara tekanan rakan sebaya 69
dengan pencapaian prestasi akademik
4.20 : Korelasi di antara tekanan masa 69
dengan pencapaian prestasi akademik
4.21 : Korelasi di antara tekanan keseluruhan 70
dengan pencapaian prestasi akademik
4.22 : Perbandingan personaliti keterbukaan 70
(Openess) antara Jantina
4.23 : Perbandingan personaliti berhemat/ jujur 71
(Conscientiousness) antara Jantina
4.24 : Perbandingan personaliti Ekstrovert 71
(Extraversion)antara Jantina
4.25 : Perbandingan personaliti Penyenang/ 71
Persetujuan (Agreeableness) antara Jantina
4.26 : Perbandingan personaliti Neurotik 72
(Neuroticism) antara Jantina
4.27 : Perbandingan personaliti keseluruhan 72
antara Jantina
4.28 : Perbandingan tekanan keluarga antara Jantina 73
4.29 : Perbandingan tekanan kewangan antara Jantina 73
4.30 : Perbandingan tekanan rakan sebaya antara 73
Jantina
4.31 : Perbandingan tekanan masa antara Jantina 74
4.32 : Perbandingan tekanan belajar antara Jantina 74
4.33 : Perbandingan pencapaian prestasi akademik 75
(CPA/GPA) antara Jantina
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 : Kerangka Konsep Kajian 15
2.1 : Model “The Big Five” (Domain dan 28
Facet yang terkandung dalam Revised NEO
Personality Inventory-NEO PI-R).
2.2 : Model Tekanan 35
2.3 : Model Interaksi Pelbagai Unsur. 36
xvi
SENARAI SINGKATAN
CGPA - Purata Himpunan Mata Nilai
SPSS - Statistical Packages For Social Science
xvii
SENARAI LAMPIRAN
BIL. TAJUK
Lampiran A Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan,
UTM
Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik
Lampiran C Jadual Penentu Sampel Krejcie, R.V., & Morgan,
D.W
Lampiran D Soal Selidik
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Setiap insan dilahirkan dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri ini sama ada
ciri-ciri luaran atau dalaman, unik dan berbeza-beza antara satu individu dengan
individu yang lain. Tiada seorangpun termasuk kembar seiras yang benar-benar
menyamai antara satu sama lain , khasnya dari segi tingkah laku atau personalitinya.
Tingkah laku setiap insan berbeza-beza kerana setiap insan mempunyai personaliti yang
tersendiri dan berbeza dengan insan yang lain.
Personaliti adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan keunikan
manusia (Fiest dan Fiest, 1998). Ini kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai
persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Tidak kiralah sama ada aspek luaran ataupun
dalaman individu itu. Bak kata pepatah “rambut sama hitam tetapi hati lain-lain”. Maka
tidak hairanlah apabila terdapat ahli teori personaliti yang percaya bahawa setiap
individu adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan orang lain (Engler, 2003).
2
Allport (dalam Nicholson, 2000) banyak mengkaji personaliti manusia dan beliau
berpendapat personaliti setiap individu adalah berbeza daripada individu yang lain dan
ianya bersifat unik.
Personaliti dapat dibayangkan oleh kecenderungannya sendiri untuk bertingkah
laku mengikut cara tertentu (Kamaruddin Hj. Hussin ,1996:36). Di samping itu ,
personaliti juga merupakan seluruh organisasi mental seseorang insan dalam semua
peringkat perkembangannya (Warren dan Carmichael,1930:333). Personaliti juga boleh
ditakrifkan dengan proses-proses psikologikal dan keadaan seseorang individu ( Linton,
1945:84). Pervin (1975) pula mentakrifkan personaliti sebagai cara individu berinteraksi
di antara satu sama lain atau juga dalam bentuk peranan yang dikaitkan dan diamalkan
oleh seseorang individu di dalam masyarakat. Personaliti merupakan organisasi watak,
perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya
yang unik dengan persekitaran.
Secara ringkasnya, personaliti menentukan tingkah laku individu yang berlainan
dalam gerak balas terhadap alam persekitaran. Oleh kerana itu, terdapat perbezaan
tingkah laku antara seseorang dengan seseorang yang lain. Ini bererti tidak ada dua
orang yang mempunyai personaliti yang sama. Setiap seorang mempunyai keunikannya
yang tersendiri, tidak mengira sama ada seseorang itu mempunyai taraf akademik yang
tinggi atau hanya sekadar menamatkan sekolah rendah.
Seseorang yang berpendidikan tinggi mungkin mempunyai personaliti yang
berlawanan dengan seseorang yang berpencapaian rendah. Dan begitulah juga
sebaliknya. Terdapat kemungkinan personaliti menjadi salah satu faktor yang
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah mahupun di pusat pengajian
tinggi.
3
Personaliti sememangnya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan
setiap individu. Personaliti merupakan latar belakang yang dapat menonjolkan tingkah
laku seseorang secara amnya. Alder (1964) menyatakan, gaya hidup (lifestyle)
merupakan kesatuan personaliti seseorang individu yang merangkumi segala pendapat
kreatif terhadap diri sendiri, masalah kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap dirinya
dan orang lain. Ini membuktikan bahawa personaliti sememangnya mempengaruhi sifat
dan tingkah laku individu sepanjang menjalani kehidupan. Personaliti yang berbeza
antara setiap individu dengan individu yang lain menambah variasi dan corak
kehidupan.
Selain keunikan manusia, personaliti juga banyak memberi kesan terhadap
tingkah laku manusia terutamanya pelajar. Di sekolah mahupun di pusat pengajian
tinggi, setiap pelajar tidak dapat lari dari tekanan yang selalu menghantui diri mereka
semasa bergelar pelajar. Ciri-ciri personaliti yang berlainan inilah yang dapat
membezakan seseorang individu di dalam mengatasi segala tekanan yang mereka hadapi
mengikut cara mereka masing-masing.
Personaliti amat penting bagi setiap individu untuk mengenali diri masing-
masing dan memahami kehendak dan kelebihan serta kelemahan diri. Dengan ini setiap
individu dapat menghadapi segala rintangan hidup dan tekanan yang bakal dihadapi
dengan mudah.
Tekanan bermaksud pelbagai desakan yang dialami oleh seseorang individu
hingga menjejaskan ketenteraman fikiran dan perasaannya (Ibrahim Hashim, 2000: 119).
Tekanan adalah istilah yang merangkumi beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik,
perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Gejala tekanan ini terhasil apabila
seseorang itu merasa bahawa keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada
pada dirinya.
4
Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.
Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mencapai apa yang dihajati dan
melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan
individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan
hidupnya. Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan
lebih cenderung kepada tekanan yang dicipta dalam dirinya sendiri.
Reaksi tekanan adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definisikan
sebagai tekanan, bagaimana kita beraksi kepada tekanan dan bagaimana baiknya kita
mengawal tekanan adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya
dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam
kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.
Personaliti pelajar sering dikaitkan dengan hasil pencapaian. Menurut Cattel
(1975:78) adalah perkara biasa bagi para pendukung yang berpengalaman dalam hampir
semua bidang mempercayai bahawa personaliti dan kebolehan menentukan hasil dan
keputusan, cuma kepentingan kedua-dua unsur ini berbeza-beza mengikut bentuk
pencapaian yang terlibat. Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar
adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan
sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar. Faktor diri sendiri seperti di atas adalah
terkandung di dalam personaliti seseorang individu atau pelajar. Oleh itu, personaliti
dapat dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah mahupun di pusat
pengajian tinggi. Setiap pencapaian yang diperolehi biasanya disokong oleh sesuatu
perangsang dalaman mahupun luaran dari seseorang individu.
Pencapaian pelajar biasanya dapat dilihat dari segi pencapaian akademik pelajar
di sekolah. Biasanya apabila mula melangkah kaki ke sekolah mahupun ke pusat
pengajian tinggi, bermakna telah wujudnya satu beban yang perlu dipikul oleh pelajar,
iaitu untuk mencapai pencapaian akademik yang baik. Ini juga jelas sebagai tekanan
yang perlu dihadapi oleh setiap insan yang bergelar pelajar.
5
Namun tekanan ini tidak akan berlaku kepada individu yang akur dan
menghubungkan diri dengan kekuasaan diri dengan penciptanya. Justeru ia selaras
dengan personaliti yang wujud di dalam diri individu yang sentiasa menanamkan sikap
takut kepada penciptanya. Hal ini kerana dia meyakini bahawa Allah sahaja yang boleh
memberikan ketengan dan hajat yang dikehendaki oleh hambanya.Justeru, halangan dan
dugaan dilihat sebagai satu ujian daripada Allah yang semestinya ditangani dengan baik.
Dia ( orang mukmin) juga dibebaskan oleh Allah S.W.T. dari perasaan khuatir, bimbang
dan dukacita. Firman Allah dalam al-Qur’an, bermaksud:
“ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata “
Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan
pengakuan iman dan tauhid itu) ; maka tidak ada kebimbangan ( dari sesuatu yang tidak
baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah Al-Ahqaf :13)
1.1 Latar Belakang Masalah
Kehebatan bidang pendidikan di Malaysia sudah tidak dapat dinafikan lagi.
Terdapat begitu banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi, tidak kiralah kerajaan
mahupun swasta telah didirikan ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Justeru
peluang untuk pelapis negara mendapatkan pendidikan begitu luas terbentang di
hadapan mata. Namun tidak dinafikan , persaingan yang sengit juga wujud di kalangan
pelajar-pelajar bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam pencapaian
akademik mereka. Persoalannya di sini adakah semua pelajar yang memperolehi
pencapaian akademik yang cemerlang tanpa sebarang masalah?
Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik pelajar adalah dipengaruhi
oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan
6
persekitaran pelajar. Faktor diri sendiri seperti di atas adalah terkandung di dalam
personaliti seseorang individu atau pelajar.
Jika kita renungkan personaliti seseorang individu dengan individu yang lain
mempunyai perbezaan. Menurut (Engler, 2003) perbezaan ini wujud akibat daripada
faktor genetik dan faktor persekitaran. Terdapat pertentangan anggapan di antara pakar
teori personaliti. Sebahagiannya berpendapat personaliti terbentuk akibat daripada faktor
genetik dan sebahagiannya lagi berpendapat ia disebabkan faktor persekitaran (Robbins,
2000). Misalnya, perbezaan personaliti pasangan kembar seiras. Dengan ini, ia dapat
merujuk kepada pelajar-pelajar yang juga mempunyai personaliti yang berbeza di antara
satu sama lain. Hatta pelajar itu juga terdiri dari pasangan kembar seiras.
Menurut Cattell (dalam Engler, 2003) walaupun fizikal pasangan kembar seiras
dilihat serupa namun mereka sebenarnya mempunyai perbezaan. Perbezaan nyata yang
boleh dilihat ialah personaliti. Menurut Cattell (dalam Engler, 2003) lagi, perbezaan
personaliti kedua-dua kembar seiras sebenarnya disebabkan oleh kesan genetik dan
pengalaman hidup yang dilalui oleh kedua-duanya adalah berbeza. Ini menunjukkan
faktor genetik dan persekitaran hidup seseorang sebenarnya saling mempengaruhi
pembentukan personaliti seseorang (Feist dan Feist, 1998). Oleh itu corak pemikiran
bagi setiap individu juga adalah berbeza selaras dengan personalitinya yang berbeza.
Personaliti dihubungkaitkan dengan pelbagai aspek di dalam kehidupan.
Personaliti juga dihubungkaitkan dengan teori pembelajaran. Oleh itu, hubungan di
antara personaliti dan pencapaian akademik perlu dikaji atau ditinjau dengan sistematik
dan saintifik. Kajian-kajian lepas kebanyakannya melibatkan hubungan personaliti
dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, kajian kali ini
penyelidik memfokuskan di kalangan pelajar universiti. Kajian ini lebih diperlukan lagi
kerana didapati pencapaian akademik pelajar di universiti sememangnya penting untuk
persediaan bagi mereka bekerja kelak.
7
Dalam kehidupan harian, ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang pelajar
akan menentukan cara penyelesaian masalah hidupnya. Masalah-masalah ini
termasuklah masalah pembelajaran sama ada tekanan yang dihadapi semasa belajar atau
sebaliknya. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri personaliti sendiri adalah penting bagi
setiap pelajar supaya membantunya memahami diri sendiri.
Dengan itu, kajian ke atas ciri-ciri personaliti memanglah penting, khasnya di
dalam memotivasikan diri pelajar untuk mencapai pencapaian akademik yang
cemerlang. Persoalanya di sini, apakah ciri-ciri yang ada pada pelajar-pelajar di
universiti? Wujudkah perbezaan personaliti antara mereka? Wujudkah perbezaan
personaliti di antara pelajar lelaki dengan ciri-ciri personaliti pelajar perempuan?Adakah
personaliti berkaitan dengan pencapaian akademik? Adakah terdapat satu corak
personaliti bagi pelajar yang cemerlang dan kurang cemerlang di dalam akademik.
Semua ini akan dikaji oleh penyelidik di dalam kajian hubungan personaliti dengan
tekanan belajar dan pencapaian akademik.
Diketahui bahawa tidak semua pelajar di universiti mempunyai pencapaian
akademik yang cemerlang. Ini kerana setiap individu mempunyai personaliti yang
berbeza. Smith (2003) berpendapat bahawa personaliti mempunyai kesan yang
signifikan terhadap cara seseorang berfikir. Oleh itu, kebiasaannya pelajar yang
mempunyai personaliti yang positif memperolehi pencapaian akademik yang jauh lebih
cemerlang berbanding pelajar yang mempunyai personaliti yang negatif. Ini kerana cara
berfikirnya adalah berbeza.
Namun tidak dinafikan juga terdapat pelajar yang mempunyai personaliti yang
positif memperolehi pencapaian akademik yang kurang cemerlang. Ini mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor. Menurut Marimuthu (1990), pencapaian akademik
pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor diri sendiri,
rakan sebaya, keluarga dan persekitaran pelajar. Faktor-faktor ini juga merupakan
8
tekanan yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar walaupun mereka
mempunyai personaliti yang positif.
Menurut Dr. Hm. Tuah Iskandar Al-Haj (2004) tekanan boleh melahirkan
perkara baik dan buruk. Oleh itu, tekanan ini bergantung kepada individu itu sendiri
untuk mentafsir dan menanganinya. Tidak semua tekanan yang hadir di dalam diri
individu merupakan faktor negatif untuk seseorang itu beroleh pencapaian akademik
yang cemerlang. Walaupun seseorang itu mempunyai personaliti yang positif, namun
mungkin terdapat kekurangan diri yang tidak disedari oleh pelajar itu sendiri sehingga
menjadikan tekanan sebagai halangan untuk dirinya mencapai pencapaian akademik
yang cemerlang.
Menurut Malekzadeh dan Nahavandi (1999) pula faktor individu yang
menyebabkan tekanan terbahagi kepada tiga iaitu peristiwa hidup, personaliti dan
hubungan personal. Faktor yang mempengaruhi peristiwa hidup seharian dan
mengakibatkan tekanan adalah personaliti. Hatta dan Mohamed Hatta (2002) turut
berpendapat personaliti boleh menyebabkan berlakunya tekanan di dalam diri seseorang.
Hal ini telah diterangkan melalui Model Interaksi Unsur yang menyatakan bahawa
faktor-faktor seperti personaliti, pengalaman, pengaruh emosi dan kepintaran akan
menentukan pentafsiran kognitif seseorang terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku
sehari-harian berinteraksi boleh mendatangkan tekanan. Ini menunjukkan personaliti
berperanan di dalam menentukan tahap mana seseorang individu mampu bertahan
terhadap setiap masalah yang dihadapi. Dengan ini secara tidak langsung mempengaruhi
pencapaian akademik setiap pelajar.
Senario pada masa kini golongan remaja yang merupakan pelajar juga
menunjukkan ramai yang telah terbabit di dalam jenayah seperti penyalahgunaan dadah.
(Harian Metro:3 September 2005) seramai 120 orang penagih tegar yang terpilih
mengikuti program perintis penggunaan dadah gantian (methadone) dimestikan
mengambil ubat berkenaan di hadapan doktor bagi mengelakkan penyalahgunaan dadah.
9
Walaupun menurut Menteri Datuk Seri Hishamuddin Hussien tidak semua lima juta
pelajar kita bermasalah namun segelintirnya sememangnya telah terjebak di dalam
kancah jenayah ini.
Berikutan ini, adalah mungkin disebabkan oleh faktor tekanan yang dihadapi
oleh pelajar sehingga terjebaknya di dalam kancah jenayah ini. Seterusnya boleh
membawa kepada kesan negatif seperti penyakit merbahaya, emosi yang terganggu.
Justeru, ianya secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar
tersebut. Hal ini disokong oleh Yeo (1996) yang berpendapat tekanan boleh memberi
kesan negatif yang tidak diminta seperti kesakitan fizikal, keletihan emosi dan beberapa
gejala penyakit yang lain.
Selain daripada itu melalui kajian yang dilakukan oleh pensyarah Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Zuria
Mahmud mendapati hanya beberapa kes pelajar bunuh diri dilaporkan berlaku di tiga
tempat yang dikajinya iaitu Seremban, Kuala Lumpur dan Selangor (Utusan
Malaysia,2005). Menurutnya, kajian yang dilakukannya mendapati pelajar yang
cenderung membunuh diri terdiri daripada mereka yang mempunyai tingkah laku yang
terpinggir. Ini menunjukkan pelajar tersebut mempunyai personaliti yang negatif seperti
merasa rendah diri, tidak suka bergaul dengan orang lain dan biasanya pelajar seperti ini
sentiasa bersendirian. Tingkah laku sebegini akan menjadi lebih buruk apabila ia
menjadi satu tekanan di dalam diri pelajar sehingga tidak dapat membendung lagi lalu
mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Ini menunjukkan bahawa tingkah laku atau personaliti yang negatif
mempengaruhi tahap tekanan pelajar di dalam diri mereka. Secara tidak langsung ianya
mempengaruhi pembelajaran pelajar tersebut dan semestinya ia mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar. Menurut Profesor Madya Dr. Zuria Mahmud (Utusan
Malaysia,2005), kajian beliau turut menyentuh perkara berkaitan masalah dadah, rokok,
laku musnah, menonton video lucah yang disebabkan oleh kurangnya motivasi di
kalangan pelajar dan tekanan yang dihadapi kebanyakan mereka tidak meminati bidang
10
ilmu dan akademik. Ini menunjukkan pengetahuan tentang personaliti yang ada di dalam
diri pelajar sememangnya penting di dalam membina sahsiah diri yang baik. Secara
tidak langsung ketiadaan minat terhadap bidang akademik dapat diatasi dengan
penyesuaian bidang yang diminati seperti dalam bidang teknikal, sukan atau muzik.
Secara keseluruhannya, banyak kajian dan teori menunjukkan personaliti yang
berbeza banyak mempengaruhi tingkah laku pelajar di dalam pembelajaran khususnya
tekanan belajar dan pencapaian akademik. Personaliti boleh diibaratkan sebagai
serampang dua mata yang boleh memberikan impak atau kesan yang baik terhadap
pencapaian akademik dan pada masa yang sama boleh menyebabkan kesan buruk seperti
berlakunya tekanan di dalam belajar. Maka perbezaan personaliti seperti inilah yang
cuba dikupaskan melalui kajian ini.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis personaliti yang dimiliki oleh pelajar
UTM.Selain itu mengkaji tentang hubungan personaliti dengan tekanan belajar dan
pencapaian akademik pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Kajian juga dilakukan dengan melihat perbezaan merentas jantina.
1.3 Objektif Kajian
Secara khususnya objektif kajian ini ialah :-
1.4.1 Mengenal pasti jenis personaliti dan jenis tekanan belajar yang dominan serta
pencapaian prestasi akademik yang dialami oleh pelajar.
11
1.4.2 Mengkaji hubungan antara personaliti dengan tekanan belajar di kalangan
pelajar.
1.4.3 Mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan pencapaian prestasi
akademik di kalangan pelajar.
1.4.4 Mengenal pasti hubungan antara tekanan belajar dengan pencapaian prestasi
akademik di kalangan pelajar.
1.4.5 Mengenal pasti perbezaan personaliti pelajar merentas jantina
1.4.6 Mengenal pasti perbezaan tekanan belajar merentas jantina.
1.4.7 Mengenal pasti perbezaan pencapaian prestasi akademik merentas jantina.
1.4 Persoalan Kajian Melalui hasil kajian ini, ia diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan
mengenai hubungan jenis personaliti dan tekanan belajar dengan pencapaian prestasi
akademik. Beberapa persoalan ingin ditimbulkan melalui kajian ini iaitu:
1.1.1 Apakah jenis personaliti, tahap tekanan belajar yang dominan dan pencapaian
prestasi akademik yang dialami oleh pelajar?
1.1.2 Adakah terdapat hubungan di antara personaliti dengan tekanan belajar
dikalangan pelajar?
1.1.3 Adakah terdapat hubungan di antara personaliti dengan pencapaian prestasi
akademik pelajar?
1.1.4 Adakah terdapat hubungan di antara tekanan belajar dengan pencapaian prestasi
akademik pelajar?
1.1.5 Adakah terdapat perbezaan terhadap personaliti merentas jantina?
1.1.6 Adakah terdapat perbezaan terhadap tekanan belajar merentas jantina?
1.1.7 Adakah terdapat perbezaan terhadap prestasi pencapaian akademik merentas
jantina?