olahraga relay
DESCRIPTION
pjTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara
berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari,
melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah
dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertiman kita
tahu, olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden Pertama di Athens dalam tahun
1896dan kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun
1912. Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara
berterusan.
Menurut sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan ialah pada akhir abad
ke-19 di Amerika Syarikat dan dihasilkan oleh dua orang peminat olahraga dari
Universiti Pennysylavania, iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin. Mereka memulakan
larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari.
Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34) iaitu suku batudengan membawa baton
untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua,ketiga dan keempat akan berlari
pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam
pertandingan yang diadakan pada tahun 1893.Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi
pertandingan yang menarik danmendapat sambutan ramai.
Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau berkumpulan
dalam sukan olahraga. Ada acara untuk peserta lelaki dan ada juga acara untuk peserta
wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, acara lari berganti-ganti sering menjadi
tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta atau pun penonton. Lari berganti-ganti
juga adalah satu acara yang paling menarik dalam bidang trek dan padang. Biasanya,
acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan 4x 400 meter disusun pada akhir program
sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan pasukan-pasukan
yang bertanding dalam suatu pertentangan hebat dan segi kederasan dan kemahiran
penukaran baton. Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dapat dikesan selepas
keputusan terakhir disebarkan sebab ada kemungkinan baton terjatuh, pelari-pelari
menerima baton luar daripada zon terhad untuk penukaran baton atau pembatalan yang
lain. Dalam keadaan ini, pasukan ynag mempunyai keempat-empat pelari yang pantas
dengan hantaran yang tidak baik akan ditewaskan oleh pasukan lain di mana pelari-
pelarinya mempunyai kepantasan sederhana sahaja tetapi hantaran mereka licin dan
baik. Oleh kerana teknik larian telah dipelajari, maka pelari-pelari perlu diajar kemahiran-
kemahiran ansur maju dalam teknik menerima dan memberi baton.Susunan pelari-pelari
mengikut kualiti masing-masing perlu diambil kira “Synchronisation” antara keempat-
empat atlet sangat penting sebab ini akan memastikan kelicinan dalam teknik penukaran
baton yang baik bila mereka sampai ke peringkat pertandingan. Atlet juga perlu
mengetahui aspek-aspek kognitif dan psikomotor supaya latihan menjadi lebih
bermakna kepada mereka. Mereka juga mesti teguh dan berlatih bersungguh-sungguh
sebab acara ini perlu penyelarasan keempat-empat pelari untuk mencapai kejayaan.
2.0 PERALATAN
3.0 FASA- FASA KEMAHIRAN3.1 Gaya memegang baton
Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari
berkenaan . Bagi pelari pertama yang akan memulakan larian ,cara
memegang yang sering digunakan ditunjukan pada rajah di bawah :
PERA
LATA
N Kasut
Nombor Peserta
Blok Permulaan
Ukuran Balapan
Pakaian
3.2 Gaya dan Teknik Bertukan Baton
Perhatian utama guru hendaklah diberi kepada pengajaran pertukaran baton yang
cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti. Para
pelajar sekolah hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi dan menerima
baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi keyakinan dan keseronokan
mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam latihan olahraga.
Teknik Penukaran Baton
Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:
a) Pergerakan ke atas (upsweep)
b) Pergerakan ke bawah (downsweep)
Pergerakan ke atas (upsweep)
Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton
dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.
Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak
tangan penerima baton menghadap ke bawah.
Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk ‘V’ yang
dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.
Pergerakan ke bawah (downsweep)
Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton
dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.
Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar
kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.
3.3. GAYA PENUKARAN BATON
Pada amnya terdapat tiga gaya penukaran baton iaitu gaya selang-seli tanpa pandang,
gaya selang seli cara pandang dan cara pandang (4x400m).
Aliran Penukaran Baton
Dalam gaya selang-seli, aliran baton adalah KANAN-KIRI-KANAN-KIRI. Pelari pertama
akan membawa baton tangan kanan. Pelari kedua berdiri di bahagian luar lorong
menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ketiga berdiri di bahagian dalam lorong,
menerima baton dengan tangan kanan. Pelari keempat pula berdiri di bahagian luar
lorong dan menerima baton dengan tangan kiri.
Gaya selang seli cara pandang
Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x400meter.
Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton
kepadanya.
Gaya selang seli tanpa pandang
Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x100meter.
Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan
tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan
tangan kanan.
Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang.
Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada di
hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
3.4 GAYA PERSEDIAAN DALAM PENERIMAAN BATON
Peserta yang sedang menunggu dalam zon pertukaran baton dan bersedia untuk
menerima baton boleh menggunakan dua gaya persediaan yang biasa digunakan
seperti berikut:
(a) (b)
3.5 ZON PENUKARAN BATON
Untuk semua acara lari berganti-ganti, penukaran baton mesti dilakukan di dalam zon
penukaran baton yang panjangnya 20 meter.Untuk acara 4x100 meter, satu zon
pecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton. Zon ini
digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.
Dalam kata lain,penerima baton akan membuat satu tandaan (check mark) yang
jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang garisan mula zon penukaran baton.
Cara memberi baton
Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton.
Beri isyarat kepada penerima.
Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.
Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangan
penerima.
Cara menerima baton
Selalu berada dalam keadaan sedia.
Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton.
Sediakan tandaan. Berlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa
baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa berlari (gaya
tanpa pandan).
Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang
membawa baton.
Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
Semasa dan selepas penukaran baton
Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa melakukan pertukaran, pembawa
baton yang berkenaan dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan
memberikannya kepada pelari yang menunggu.
Pemberi baton perlulah berlari di tepi penerima baton semasa penukaran baton
untuk mengelakkan pertembungan sesame sendiri.
Sebelum dan/atau selepas menyerahkan baton, pemberi baton hendaklah berada
dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya
tidak menghalang peserta-peserta lain.
3.6 PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI (4X100METER)
Pelari pertama
Dapat memulakan larian dengan baik.
Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap
semasa menerima baton.
Pelari kedua
Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.
Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.
Pelari ketiga
Pantas berlari di bahagian selekoh.
Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.
Pelari keempat
Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya.
Pantas berlari di bahagian lurus.
Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu kerana
pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari daripada
pasukan lawan.
4.0 PERATURAN-PERATURAN
Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil
balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk
mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut
dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain.
Baton hendaklah diserah di dalam zon pernukaran baton. Kedudukan baton yang
akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton di luar
zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.
Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari
lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan pasukannya
dibatalkan.
Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan pembatalan.
4.0 LATIHAN ANSUR MAJU
Langkah-Langkah Ansur MajuBeberapa lngkah ansur maju perlu dititikberatkan dalam acara lari berganti-ganti .
dibawah ini beberapa aktiviti diikuti langkah ansur maju yang perlu dijalankan untuk atlit
beraksi lebih cemerlang :
1. Gaya Memegang baton
2. Gaya permulaan Larian
3. Cara Menukar Baton
4. Zon Pertukaran Baton
Aktiviti : Gaya memegang BatonI. Genggaman
Ansur maju
1. Genggaman bebas
Genggaman baton secara bebas
Butir-butir mengajar
i) Gunakan jari-jari untuk menggeggam
ii) Genggaman di hujung di tengah dan di pangkal baton
2 Genggaman dengan cara yang betul
Butiran mengajar
i) Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari membentuk ‘V’ menghala kebawah
ii) Letakan baton di antara bentuk ‘V’
iii) Genggam baton dibahagian hujung.
Genggaman baton yang betul
Aktiviti : gaya permulaan larian
Ansur maju
1. Lompat ketinting (menentukan kaki yang kuat)Butiran mengajar
i) Kaki sebelah di bengkokkan sebelah lagi lurus
ii) Lompat guna bebola kaki
iii) Ulang beberapa kali
Rajah 13 :Lompat ketinting
2. Duduk dekam (tanpa Blok)
a.)Cara menempatkan tapak kaki
Butiran mengajar:
i) Hujung jari kaki hadapan betul-betul di belakang garisan
ii) Gunakan kaki yang kuat dihadapan
iii) Hujung jari kaki yang kuat selari di belakang tumit
iv) Angkat kaki depan, letak betul-betul diluruh perut tapak kaki yang
kuat.
v) Angkat kaki yang kuat, letak hujung jari selari dengan belakang
tumit kaki tidak kuat
Cara menempatkan tapak kaki tanpa blok
b) gaya kegarisan
Butiran mengajar
i) letakkan kaki yang tidak dominan di hadapan
ii) kaki yang dominan letakan di belakang
iii) lakukan (i) dan (ii) seperti aktiviti di 2 (a).
iv) Bengkokkan lutut , bwa berat badan kehadapan
v) Lutut selri dengan hujung jari kaki di hadapan
vi) Jarak lutut dan kaki dihadapan ialah satu tapak tangan
vii) Tangan di buka seluas bahu
viii) Buka jari dan mencecah bumi
ix) Genggam baton tanpa menyentuh tanah
x) Kepala relek , mata tumpu ke satu titik sejarak satu meter
kehadapan
Rajah 15 :Gaya kegarisan tanpa blok
c) Gaya sedia.
Butiran mengajar:
i) Kepala menunduk angkat punggung
ii) Kedua-dua tangan lurus dan masih seluas bahu
iii) Pinggang dan punggung lebih tinggi dripada paras kepala dan bahu
iv) Sudut lutut di kaki hadapan dalam 90 darjah
v) Sudut lutut dikaki belakang dalam 100 darjah
vi) Tangan sebagai sokongan
Rajah 16 :Gaya sedia tanpa blok
d) Gaya Berlepas
Butiran mengajar:
i) Hanyunan tangan kencang dan pantas
ii) Tekanan kaki sama berat dan serentak.
iii) Rerus meluru ke hadapan
iv) Badan condong ke hadapan , lutut di angkat tinggi.
Gaya berlepas tanpa blok
3. Duduk dekam dengan blok
a) Cara menempatkan blok
Butiran mengajar :
i) Jarak hadapan bahagian blok dengan garisan antara 30 cm
hingga 50 cm
ii) Jarak bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan
bergantung kepada gaya dekam seseorang atlit .
iii) Pasang blok dengan ketat .
Rajah 18 : Cara menempatkan blok permulaan
b) Kedudukan ke garisan
i) Letakkan kaki yang kuat di belakang dan sebelah lagi di hadapan
ii) Kaki di hadapan selaras dengan lutut kaki di belakang
iii) Luruskan kedua-dua tangan semasa menyokong berat badan
iv) Buka tangan seluas bahu
v) Letakan kedua-dua tangan di belakang garisan
vi) Buka jari tangan bebas
vii) Genggam baton tanpa menyentuh tanah , tetapi jari masih menyokong
viii) Mata pandang satu titik yang jaraknya satu meter kehadapan.
Kedudukan kegarisan dengan blok
b) Kedudukan sedia
Butiran mengajar :
i) Kedudukan lutut kaki di hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras bumi ,
lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras bumi.
ii) Pinggang lebih tinggi dari bahu
iii) Bahu lebih tinggi daripada kepala
iv) Tangan diluruskan
v) Kepala masih kedudukan seperti dalam aktiviti ke garisan
vi) Tekan kedua-dua kaki dengan kuat pada blok permulaan
vii) Kedudukan mata sama seperti dalam kedudukan ke garisan
Rajah 20 : Kedudukan sedia dengan blok
d) Kedudukan berlepas
Butiran mengajar:
i) Tolak blok permulaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki
ii) Bergerak lurus ke hadapan
iii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan
iv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan
v) Jarak langkah pertama secara sederhana
Rajah 21 :Kedudukan berlepas
4. Hayunan tangan semasa berlari
Ansur-ansur maju :
a) Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur (tanpa
baton)
Butiran mengajar :
i) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan disisi badan
ii) Hayun tangan ,jari-jari tangan tidak menyentuh lantai
iii) Badan condong kehadapan
iv) Bawa siku jauh ke belakang
Aktiviti menghayun tangan
d) Kedudukan berlepas
Butiran mengajar:
i) Tolak blok permukaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki
ii) Bergerak lurus ke hadapan
iii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan.
iv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu perlepasan
v) Jarak langkah pertama secara sederhana
5. Hayunan tangan semasa berlari
Ansur-ansur maju :
a) Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur ( tanpa
baton)
Butiran mengajar :
i) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan di sisi badan
ii) Hayunkan tangan , jari-jari tangan tidak menyentuh lantai.
iii) Badan condong ke hadapan
iv) Bawa siku jauh ke belakang
b) Menghayun tangan dengan baton sambil berdiri (statik)
Butiran mengajar :
i) Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang.
ii) Badan condong kehadapan sedikit
iii) Bengkok siku 90 darjah , tangan di sisi badan
iv) Hayunkan tangan , jari tidak melepasi bahu
v) Tolak siku ke belakang sejauh yang mungkin
Menghayun tangan dengan memegang baton
6. Ketinggian lutut semasa berlari
Ansur-ansur maju :
a) Lari setempat.
Butiran mengajar :
i) Lompat berselang seli , lutut diangkat setinggi yang boleh
ii) Mulakan dengan perlahan-lahan diikuti dengan pantas
Perhatian
Lakukan berulang-ulang
:Larian Setempat
b) Lari Skip
Butiran Mengajar :
i) Melonjak dengan bebola kaki dibelakang , jangkau menggunakan kaki di
hadapan sejauh mungkin
ii) Lutut kaki dibelakang dikuncikan semasa melonjak ,lutut kaki dihadapan
diangkat setinggi boleh
iii) Kuatkan hayunan tangan semasa melonjak .
:larian Skip
c) Menglangkah dengan melepasi halangan 0.5 meter
Butiran mengajar :
i) Angkat lutut setinggi yang bolehdan jangkau ke hadapan sejauh yang
boleh .
ii) Hayunkan tangan dengan kuat
Melangkah dengan melepasi halangan
Aktiviti :Cara Menukarkan Baton ( dari bawah ke atas )
Ansur-ansur maju :
a) Menghantar tanpa baton (statik)
Butiran mengajar :
i) Hayun kaki sepantas yang boleh.
ii) Semasa tangan lurus disisi badan ,hulurkan tangan ke hadapan
iii) Separas pinggang (45 darjah) sepantas yang boleh.
iv) Condongkan badan sedikit.
v) Sebelah kaki dibelakang dan sebelah lagi dihadapan.
menghantar tanpa baton (static)
b) Menerima tanpa baton (statik)
Butiran mengajar:
i) hayun tangan sepantas yang boleh
ii) kemudian luruskan siku ,jari-jari menhala ke bawah
iii) Ketika tangan disisi badan,hayunkan tangan ke belakang
iv) Sepantas yang boleh separas pinggang
v) Tapak tangan dibuka dan menghala ke bawah
vi) Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari untuk membenyuk huruf ‘V’
vii) Ibujari menghala ke arah badan
viii) Tangan sentiasa lurus dan tidak di goyang-goyangkan
menerima tanpa baton (statik)
c) Menghantar dan menerima tanpa baton (berpasangan) secara
statik.
Butiran mengajar :
i) A berdiri di hadapan kanan B di belakang kiri dalam jarak satu meter,
ii) Berdiri dengan sebelah kaki dihadapan dan sebelah kaki di belakang.
iii) Condong badan sedikit.
iv) Hayun tangan sepantas yang boleh
v) A segera meluruskan tangan kiri dan menghulurkan ke belakang
vi) Separas pinggang apabila mendapat isyarat ‘up’ daripada B
vii) Jari-jari A dirapatkan kecuali ibujari yang membentuk ‘V’
viii) Menghala kebawah.Ibujari menghala kebadan
ix) B dengan segera meluruskan tangan kanan dan menghulur kehadapan
lalu memukul tapak tangan A dari bawah ke atas.
x) Kaki di belakang B ikut lajak
Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara statik
Peringatan:
1. Lakukan beberapa kali dan ubah kedudukan B sebagai penerima dan A
sebagai penghantar
2. Bagi aktiviti menghantar dan menerima tanpa baton secara dinamik
a) Ulang butir-butir mengajar di atas
b) Satu kumpulan empat orang.
d) Pelari pertama dan ketiga mengunakan tangan kanan manakala
Pelari kedua dan keempat menggunakan tangan kiri
e) Berlari perlahan-lahan, setiap pelari akan bergilir-gilir memukul
Tapak tangan pelari di hadapannya
f) Pelari pertama akan memukul tangan pelari kedua , kemudian
Pelari pertama akan berlari ke hadapan pelari keempat
g) Seterusnya pelari kedua memukul tapak tangan pelari ketiga dan
pelari kedua akan berlari kehadapan pelari pertama tadi.
h) Lakukan aktiviti itu berulang-ulang sehingga tamat dalam jarak 20
meter.
Menghantar dan menerima tanpa baton
d) Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara statik
- berpasangan
Butiran mengajar
i) Hayun tangan sepantas yang boleh ,penerima berdiri dihadapan
Kanan dan pemberi berdiri di belakang kiri atau sebaliknya.
ii) Badan condong ke hadapan
iii) Pemberi memberi isyarat ‘up’ kepada penerima
iv) Penerima meluruskan tangan dan menghulurkan ke belakang
separas pinggang tanpa melihat tanpa melihat .
v) Jari-jari penerima di rapatkan kecuali ibu jari ,untuk membentuk ‘V’
Menghala ke bawah
vi) Pemberi meluruskan tangan dan menghulurkan baton dari bawah
Sehingga memasuki bentuk ‘V’ (diantara ibu jari dan jari telunjuk)
Penerima
vii) Penerima memegang baton yang berhampiran pegangan pemberi
menggunakan jari telunjuk dan ibu jari kemudian di Bantu jari-jari
y
ang lain .
viii) Pemberi lepaskan baton setelah baton itu ditarik oleh penerima
ix) Pastikan kedua-dua pelari menggunakan tangan yang berbeza.
x) Kaki di belakang pemberi ikut lajak
Menghantar dan menerima baton (static)
Perhatian:
1. Lakukan aktiviti di atas berulang-ulang dimana kedua-dua pelari bergilir-
gilir kedudukan
3. Aktiviti menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara dinamik :
a) Secara empat orang, berdiri dalam jarak satu meter bagi setiap
pelari .
b) Ulang butir-butir mengajar di atas (d)
c) Lari perlahan-lahan, setiap pelari bergilir-gilir menghantar dan
menerima baton
Larian beberapa langkah mesti dilakukan kepada pelari seterusnya.
a) Pelari keempat akan meletakan baton diatas tanah setelah menerima
baton ,perlari pertama akan mengutip baton semula dan mengulangi
aktiviti menghantar dan menerima baton.
b) Lakukan aktiviti ini dalam jarak 30 meter.
:menghantar dan menerima baton (dinamik)
4. Aktiviti berlari dalam jarak 20 meter bagi setiap perserta.
a) Ulang butir-butir mengajar di atas.
Berlari dalam jarak 20 meter
Aktiviti :Larian di selekoh
Ansur-ansur maju:
1. Berjalan laju dalam jarak 20 meter.
Butiran mengajar :
i) Berjalan sedekat mungkin dengan garisan dalam lorong yang
digunakan.
ii) Hayun tangan kanan laju ,manakala tangan kiri di hayun dengan
perlahan
iii) Panjangkan langkah kanan ,pendekkan langkah kaki kiri
iv) Angkat lutut setinggi yang boleh
v) Condongkan badan
vi) Mata pandang 3 hingga 5 meter kehadapan.
Berjalan laju di selekoh 20 meter
Peringatan:
1. Ulang aktiviti di atas beberapa kali
2 Aktiviti-aktiviti lain:
a) berlari pecut (20 hingga 30 meter)
i) Ulang butir-buir diatas (1)
ii) Lakukan beberapa kali.
Berlari pecut di selekoh
b) Berlari biasa jarak 20 meter diikuti lari pecut 30-50 meter
i) Ulang butir-butir mengajar (1)
ii) Lakukan beberapa kali.
:Berlari dalam jarak 20 meter dan diikuti lari pecut
c) Berlari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit sebelum sampai
ke tandaan 30 meter:
i) Ulang butir-butir mengajar di atas (1)
ii) Lakukan beberapa kali
Berlari sambil mencuit pasangan
Perhatian :
1. Ansur-ansur maju di atas boleh juga di gunakan untuk larian di lorong
lurus.Butir-butir mengajarnya seperti di bawah :
i) Hayunkan tangan sepantas yang boleh.
ii) Melangkah dengan kaki di belakang menolak,angkat lutut kaki
dihadapan setinggi yang boleh dan jangkau sejauh yang dapat
iii) Condongkan badan
iv) mata pandang pada satu titik tumpuan dalam jarak dua hingga
tiga meter kehadapan.
Larian dilorong lurus
Aktiviti :Zon pertukaran Baton
Ansur-ansur maju :
1. Tanda zon permulaan.
Butiran mengajar :
i) Gunakan tapak kaki untuk membuat jarak pada garisan
permulaan.
Zon pertukaran baton
Peringatan:
2. Menghantar dan menerima baton di dalam zon pertukaran.
a) Setiap pelari yang menunggu baton ,perlu mengukur jarak dengan
tapak kaki masing-masing
b) Setiap jarak yang dilakukan semasa menunggu adalah berbeza
bagi setiap pelari mengikut kepantasan masing-masing.
c) Jarak yang di buat lebih kurang 13 hingga 25 tapak
d) Lakukan aktiviti ini sehingga pertukaran di dalam zon dilakukan
dengan lancar dan pantas.
e) Pelari yang menerima baton haruslah bersedia dan memecut
apabila pelari yang dating sampai ke tempat yang di tandakan.
:Menghantar dan menerima baton di dalam zon pertukaran
Di atas adalah beberapa aktiviti dalam acara lari berganti-ganti 4X 100
meter.Setiap aktiviti telah dicadangkan beberapa langkah-langkah ansur-maju
dengan butir-butir mengajar supaya dapat membantu atlit terlibat menguasai
kemahiran-kemahiran dalam acara tersebut.
5.0 FAKTOR KESELAMATAN
Keselamatan merupakan factor yang amat penting dalam perlaksanaan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran.Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu
diberi perhatian serta dititikberatkan semasa mengajar acara tersebut.
1. Kesihatan:
Sebelum menjalani satu-satu sesi latihan,seseorang atlit itu perlu di soal selidik dari segi
kesihatan fizikal,mental dan emosinya.Selain itu perlu diketahui beban latihan yang
sesuai dengan keadaan atlit.
2. Pakaian:
Para atlit mesti mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa ( tidak ketat ) untuk
membuat pergerakan .Selain itu para atlit di larang memakai barang-barang perhiasan
diri seperti barang kemas yang tajam kerana dikuatiri mencederakan.Kasut atlit haruslah
sesuai dan selesa ( mempunyai tapak yang ada gaseran atau tidak haus) supaya
pergerakan tidak licin atau tidak mudah jatuh.Sarung kaki juga perlu dipakai.Bagi atlit
yang bertudung,ikat dengan kemas (supaya tidak terjerut leher).
3. Tempat Latihan:
Kawasan latihan yang digunakan tidak basah dan licin.Permukaan padang atau balapan
tidak berlubang-lubang (mesti rata).Tiada halangan-halangan seperti tunggul-tunggul
kayu,batu-batu,lonkang,parit dan sebagainya.Ruang yang digunakan hendaklah
selesa,sesuai dan selamat.Elakkan paraatlit menghadap cahaya matahari (ikut
kesesuaian).
4. Alatan:
Semua alatan yang digunakan hendaklah mencukupi dan sesuai dengan bilangan
atlit.Penggunaan alatan juga hendaklah sesuai dan selamat.Penggunaan alatan yang
tajam dan keras seperti blok permulaan dan baton perlu perhatian guru/jurulatih.Segala
arahan pastikan diikuti oleh semua atlit.Para atlit perlu diberi tunjuk cara ( demonstrasi)
tentang cara membawa,memegang,mengguna dan menyimpan alatan tersebut.
5. Prosedur/Disiplin:
Di dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mesti memberi arahan ansur maju bagi
acara yang di ajar.Selain itu pastikan semua atlit mengikut arahan peraturan yang
ditekankan semasa mengajar acara tersebut.Pastikan kedudukan para atlit selamat
ketika menghantar dan menerima baton supaya tidak berlaku perlanggaran dan
sebagainya.
BIBLIOGRAFI
BUKU
Wee Eng Hoe.(2001).Panduan Pengajaran Olahraga.Selangor: Karisma Publications
Sdn. Bhd.
INTERNET
http://www.brianmac.co.uk/sprints/relay.htm
http://gamechangers2013.weebly.com/non-visual-exchange.html
http://treebuilder.blogspot.my/2011/01/lari-berganti-ganti.html