oleh : unit peperiksaan dan penilaian bahagian pendidikan ... · unit peperiksaan dan penilaian...
TRANSCRIPT
Oleh :
Unit Peperiksaan dan Penilaian
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
03-55143656 / 3588
TANGGUNGJAWAB KETUA &
PENGAWAS PEPERIKSAAN 1. Ketua Pengawas dan pengawas peperiksaan
dikehendaki memantau pusat peperiksaan sebelum hari peperiksaan.
2. Ketua Pengawas dikehendaki memberi taklimat kepada pengawas di pusat peperiksaan yang ditugaskan dan menandatangani borang Akta 88.
3. Ketua Pengawas hendaklah mendapatkan soalan matapelajaran berkenaan di pejabat sekolah/bilik kebal sekolah yang menjadi pusat peperiksaan tersebut mengikut tarikh peperiksaan.
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
PEPERIKSAAN
4. Ketua Pengawas bertanggungjawab memastikan keselamatan kertas soalan dan buku jawapan.
5. Ketua Pengawas hendaklah mendapatkan rekod kehadiran calon peperiksaan (sidiul) yang asal dari Penyelaras SMA sekolah tersebut.
6. Ketua Pengawas dikehendaki melapor diri kepada pengurusan sekolah 30 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
PEPERIKSAAN
7. Ketua Pengawas hendaklah memastikan buku soalan yang diedar adalah betul. Laporkan segera kepada UPI Daerah sekiranya berlaku kelainan buku soalan pada hari berkenaan.
8. Pengawas peperiksaan hendaklah menyemak kehadiran calon dengan menandakan ( √ ) bagi calon yang hadir dan ( TH ) bagi calon yang tidak hadir pada rekod kehadiran calon.
9. Pengawas akan mengumumkan masa mula dan akhir peperiksaan.
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
PEPERIKSAAN
10. Pengawas hendaklah memaklumkan calon
15 minit sebelum peperiksaan berakhir.
11. Pengawas hendaklah mengawasi calon yang mohon keluar Dewan Peperiksaan untuk sesuatu tujuan.(contoh: ke tandas)
12. Ketua pengawas boleh tidak membenarkan calon menduduki peperiksaan jika tidak mematuhi peraturan peperiksaan dan melaporkan ke UPP Daerah.
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
PEPERIKSAAN
13. Calon dibenarkan meninggalkan dewan
peperiksaan 30 minit selepas peperiksaan
bermula dan 30 minit sebelum berakhir
dengan menyerahkan skrip jawapan.
14. Pengawas hendaklah mengutip dan mengira
skrip jawapan sebelum calon meninggalkan
dewan.
15. Buku jawapan yang rosak dan tidak digunakan
hendaklah dikutip secara berasingan dan
serah ke UPP Daerah.
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
PEPERIKSAAN 16. Ketua pengawas bertanggungjawab atas
kiraan skrip jawapan yang diterima mengikut
susunan angka giliran.
17. Ketua pengawas bertanggungjawab atas
penyerahan skrip jawapan termasuk buku
jawapan yang tidak digunakan kepada UPI
Daerah.
18. Ketua pengawas tidak boleh menangguhkan,
menggantung atau membatalkan sesuatu
peperiksaan tanpa persetujuan Unit Peperiksaan
dan Penilaian BPI JAIS. (contoh: bencana alam
dsb)
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
PEPERIKSAAN
19. Ketua Pengawas hendaklah melengkapkan
borang laporan yang disediakan dan serah
kepada UPI Daerah.
20. Isikan butir-butir mengenai peperiksaan
dengan betul dan jelas pada sampul /
bungkusan yang disediakan.
21.Pengawas hendaklah memastikan bahawa
segala arahan/tugasan dipatuhi dan
dilaksanakan dengan baik.
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS
PEPERIKSAAN
22. Ketua pengawas hendaklah menyerahkan
borang pemantauan pusat peperiksaan,
borang akta 88, rekod kehadiran calon,
borang tuntutan pengawas dan borang
laporan peperiksaan ke UPI Daerah.
23. Ketua pengawas dan pengawas tidak
dibenarkan sama sekali memberi jawapan
kepada calon.
PERSIAPAN
SEBELUM PEPERIKSAAN
Pihak sekolah yang menjadi pusat peperiksaan
perlu memastikan perkara-perkara berikut :
Pelan kedudukan calon telah ditampal.
Slip meja calon ditampal di penjuru kanan meja.
Kerusi dan meja calon disusun mengikut pelan.
Kerusi dan meja pengawas disediakan.
Jam dinding disediakan dan berfungsi.
Jadual waktu peperiksaan ditampal di pintu hadapan dan
belakang dewan / bilik peperiksaan.
P.A System berfungsi dengan baik (mengikut
keperluan).
PERSIAPAN
SEBELUM PEPERIKSAAN
1. SU Peperiksaan / Penyelaras Peperiksaan
bertanggungjawab memastikan label meja
calon dilekatkan di sebelah penjuru kanan
atas meja sepanjang masa peperiksaan
dengan dipantau oleh PK
Pentadbiran/Akademik.
2. Bagi sekolah menumpang, SU Peperiksaan
/ Penyelaras Peperiksaan sekolah tersebut
bertanggungjawab menyediakan label meja
calon sekolahnya sendiri.
PERSIAPAN
SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Semua meja dan kerusi hendaklah sesuai.
2. Jarak meja antara satu sama lain ialah tidak
kurang 1.0 meter.
3. Bagi sekolah menumpang, SU Peperiksaan/
Penyelaras Peperiksaan sekolah tersebut
bertanggungjawab membantu menyusun meja
dan kerusi.
PERJALANAN PEPERIKSAAN
1. Gunakan pen mata bola (hitam/biru), sahaja.
2. Tiada Buku jawapan atau kertas kosong
disediakan melainkan pelajar menjawab semua
didalam kertas soalan.
3. Jangan lipat, gulung, renyuk, buat lubang atau
tanda yang tidak dikehendaki di atas kertas
soalan/jawapan.
4. Pastikan nombor angka giliran ditulis pada
ruangan yang disediakan.
SALAH LAKU
DALAM PEPERIKSAAN
1. Calon dikehendaki mematuhi arahan, peraturan dan amaran yang diberikan semasa peperiksaan sedang dijalankan.
2. Kes penyelewengan ialah kes calon mendapat bahan dari sumber lain semasa peperiksaan sedang dijalankan.
3. Contohnya :
Orang luar menyamar sebagai calon.
Orang luar menyampaikan jawapan/ maklumat kepada calon.
SALAH LAKU
DALAM PEPERIKSAAN Pengawas membantu calon atau membiarkan calon
meniru.
Memberi peluang kepada calon lain untuk meniru atau menolong menjawab sesuatu soalan.
Meniru dari calon lain.
Mengedarkan kertas jawapan untuk dijadikan panduan atau menggunakan isyarat.
Mengedarkan atau mengisyaratkan jawapan bagi soalan objektif aneka pilihan.
Calon menyeludup masuk nota ke dalam bilik/dewan peperiksaan
Calon membawa telefon bimbit untuk mendapatkan jawapan dari Google.
SALAH LAKU
DALAM PEPERIKSAAN
Pengawas membantu calon atau membiarkan calon meniru.
Calon menulis nota pada anggota badan di bilik/dewan peperiksaan atau meja tulis
Calon mengambil nota dan membuat rujukan di luar bilik/dewan peperiksaan seperti di tandas
Calon membeli atau memperoleh soalan sebelum peperiksaan bermula
PEMANTAUAN PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN Pelan kedudukan calon telah ditampal
Kerusi dan meja calon disusun mengikut pelan
Kerusi dan meja pengawas peperiksaan disediakan
Jam dinding disediakan dan berfungsi
Carta atau apa-apa notis ditutup / ditanggalkan
Lampu dan kipas berfungsi
Papan putih disediakan untuk kemudahan pengawas.
Slip meja calon ditampal di penjuru kanan meja
Jadual Waktu Peperiksaan ditampal di;
- Dewan (hadapan dan belakang)
- Bilik (di setiap pintu hadapan)
PEMANTAUAN PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN
Penggunaan PA Sistem atau yang seumpamanya
Penyediaan peralatan yang diperlukan sepanjang
peperiksaan
Kawalan pelajar
Taklimat peperiksaan kepada calon
Kerjasama guru bertugas harian/menyediakan jadual
tugasan sepanjang peperiksaan.
Kebajikan calon (bilik sakit/penyediaan alat tulis
tambahan)
Kebajikan pengawas (makan/minum dsb.nya)
PELAKSANAAN PEPERIKSAAN
Disiplin calon peperiksaan
Kecekapan Pengawas Peperiksaan
Kepatuhan calon kepada peraturan peperiksaan
Semakan pengenalan calon
Keterampilan pengawas (kod etika pengawas/pakaian)
Keadaan persekitaran (cth: bising/lokasi tidak sesuai)
Rekod ketidakhadiran calon ditandakan selepas 30 minit
peperiksaan berjalan.
Kepatuhan prosedur membuka kertas soalan dari sampul
(pengawas menunjukkan kepada calon)
Kawalan keselamatan soalan
- Lokasi penyimpanan set soalan & jawapan
- Keberkesanan lokasi (melalui pemerhatian/temubual)
PEMANTAUAN PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN
Taklimat kepada calon
Edaran kertas soalan
Pengurusan masa
Kepatuhan keluar masuk dewan/ bilik peperiksaan
Tahap kawalan soalan
(cth: calon mendengar arahan sebelum membuka
soalan)
Pengawasan berterusan
Pengesanan peniruan / masalah lain
PEMANTAUAN PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN
Kertas soalan tidak mencukupi / tidak lengkap
Kesilapan item soalan
Buku soalan tidak jelas / kabur
Jumlah halaman bercetak kurang / tidak mencukupi
CALON HOSPITAL
Calon yang mendapat kemalangan / sakit / dirawat di hospital.
Calon hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada
Pengetua/Penolong Kanan Akademik samada ingin menduduki
peperiksaan atau tidak.
Pengetua/Penolong Kanan Akademik bertanggungjawab
memberitahu Penyelia Akademik Daerah bagi calon hospital
yang hendak menduduki peperiksaan untuk urusan tempat
peperiksaan dan pengawas peperiksaan.
Penyelia Akademik Daerah pula bertanggungjawab untuk
memaklumkan kepada Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI
JAIS mengenai calon hospital untuk urusan penyediaan buku
soalan.
JADUAL MASA TAMBAHAN
Masa yang diperuntukan ini adalah untuk semua
jenis kertas peperiksaan.
Calon yang mengalami kemalangan :
- calon yang tidak boleh menulis dengan tangan
yang biasa digunakan untuk menulis.
Lain-lain kecederaan boleh diberi pertimbangan atas
nasihat Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS
JADUAL MASA TAMBAHAN
BIL MASA YANG DIPERUNTUKAN
DALAM JADUAL WAKTU
MASA TAMBAHAN
YANG DIBERI
1.
1 jam 30 minit
atau
kurang
30 minit
2.
Lebih 1 jam 30 minit
hingga
2 jam 30 minit
1 jam
JADUAL MASA TAMBAHAN
BIL MASA YANG DIPERUNTUKAN
DALAM JADUAL WAKTU
MASA TAMBAHAN
YANG DIBERI
1. 1 jam atau kurang 15 minit
2. 1 jam 15 minit 20 minit
3. 1 jam 30 minit 25 minit
4. 1 jam 45 minit 30 minit
5. 2 jam 30 minit
ARAHAN AM
KEPADA CALON
Anda hendaklah berada di tempat duduk dalam bilik /
dewan peperiksaan 10 minit sebelum masa yang
ditetapkan bagi peperiksaan itu.
Calon yang tiba lewat dikehendaki memberi sebab yang
munasabah kepada Ketua Pengawas.
Buku soalan tidak akan diberikan kepada calon yang tiba
lewat lebih daripada 30 minit kecuali dalam keadaan
yang istimewa.
Semak butir-butir pada pelekat meja anda. Jika semuanya
betul turunkan tandatangan anda pada pelekat itu.
ARAHAN AM
KEPADA CALON
Beritahu pengawas dengan serta-merta jika anda diberi
kertas soalan yang berlainan daripada yang tercatat di
dalam Jadual Waktu atau menerima kertas soalan yang
tidak lengkap.
Baca semua arahan pada kertas soalan dengan teliti
sebelum anda mula menjawab.
Gunakan kedua-dua belah buku jawapan. Biarkan ruang
di tepi kiri dan kanannya kosong.
ARAHAN AM
KEPADA CALON
Tuliskan dengan terang nombor jawapan anda mengikut
nombor soalan seperti yang diberikan dalam kertas soalan
pada permulaan tiap-tiap jawapan. Jangan buang masa
menyalin soalan.
Tuliskan jawapan anda dengan menggunakan pen berdakwat
biru atau hitam.
Apabila anda disuruh berhenti menulis, Pastikan anda telah
menulis angka giliran yang betul pada buku jawapan anda.
Pastikan buku jawapan anda tidak terlipat. Anda mestilah duduk
di tempat anda dan senyap semasa buku jawapan anda
dipungut oleh Pengawas.
ARAHAN AM
KEPADA CALON
Jangan keluar dari bilik/dewan peperiksaan sebelum tamat
masa yang diperuntukkan bagi kertas soalan itu, melainkan
dengan kebenaran Pengawas.
Anda tidak dibenarkan membawa kertas soalan keluar dari
bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang
dijalankan.
Anda tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit ke
dalam bilik/dewan peperiksaan.
AMARAN
KEPADA CALON
Jangan lipat buku jawapan anda
Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca
oleh calon lain.
Jangan meniru atau memberi peluang meniru kepada calon lain.
Jangan berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar
bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.
Jangan bawa masuk ke dalam bilik/dewan peperiksaan
sebarang buku, nota catatan atau sebarang kertas, termasuk
Jadual Waktu ini kecuali alat-alat yang dibenarkan untuk
kegunaan semasa peperiksaan.
AMARAN
KEPADA CALON
Jangan bawa keluar dari bilik/dewan peperiksaan buku
jawapan sama ada yang belum ataupun yang telah digunakan.
Jangan menukar tempat duduk yang telah ditetapkan kepada
anda tanpa kebenaran daripada Pengawas.
Jangan mengganggu ketenteraman di dalam bilik/dewan
peperiksaan semasa peperiksaaan sedang berjalan.
Calon sekolah dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah.
AMARAN
KEPADA CALON
Calon yang melanggar mana-mana amaran di atas boleh
dikenakan tindakan yang setimpal seperti berikut :
- Disingkir daripada mengambil peperiksaan.
- Dilarang meneruskan peperiksaan bagi kertas-kertas
selanjutnya.
- Dibatalkan keputusan mata pelajaran atau keseluruhannya
keputusan peperiksaan.
- Digantung daripada mengambil peperiksaan selama
beberapa tahun.