operasi perkhidmatan sokongan taman pertanian...
TRANSCRIPT
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drpd 32
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/TERNAKAN/Kuda
BUKU PANDUAN TERNAKAN KUDA
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drpd 32
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pendahuluan........................................................................................................... 4
2.0 Sifat Fizikal Kuda...................................................................................................... 4 - 8
2.1 Bahagian utama badan, warna dan tanda pada kuda 2.2 Mengukur kuda
2.3 Menentukan umur kuda
2.4 Konformasi kuda
3.0 Baka Kuda................................................................................................................. 9 - 10 3.1 Kuda Thoroughbred 3.2 Kuda Arab 3.3 Kuda Padi (kacukan)
4.0 Cara Pemilihan Baka................................................................................................. 10 - 11
4.1 Cara Pemilihan Baka 4.2 Perolehan Ternakan 4.3 Penerimaan Ternakan dan Masa Peralihan
5.0 Cara Pemeliharaan.................................................................................... ............... 11 - 12 5.1 Saiz stable yang betul 5.2 Penggunaan dan pengendalian sarap 5.3 Pengawasan dan keadaan stable yang sesuai 5.4 Pengurusan Stabel
6.0 Identifikasi Kuda....................................................................................................... 12 - 13
7.0 Keperluan Asas Memelihara Kuda........................................................................... 13 - 16
7.1 Stabel 7.2 Padok pasir 7.3 Padok ragutan 7.4 Arena 7.5 Trek menunggang 7.6 Pasung 7.7 Padok pasir kecil
8.0 Pengurusan Kuda..................................................................................................... 17 - 25
8.1 Keselamatan pengendalian kuda 8.2 Merapi kuda 8.3 Memandikan kuda 8.4 Penimbangan Kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drpd 32
9.0 Pemakanan Kuda.......................................................................................... 25 - 27 9.1 Jenis-jenis makanan kuda 9.2 Kadar pemberian makanan kuda 9.3 Faktor kadar pemberian makanan kuda 9.4 Peraturan pemakanan yang baik 9.5 Jadual pemberian makanan kuda
10.0 Pembiakan.................................................................................................... 27
11.0 Kesihatan dan wabak penyakit ......... ........................................................... 27 - 29 11.1 Tanda-tanda kuda sihat 11.2 Tanda-tanda kuda tidak sihat 11.3 Kelengkapan penting pertolongan kecemasan kuda 11.4 Masalah Kesihatan Kuda dan Rawatan
11.5 Wabak penyakit
12.0 Program Kesihatan Gerompok......................................................................... 30
13.0 Pelupusan Ternakan Mati............................................................................... 30
14.0 Pengurusan Rekod Ternakan Kuda................................................................... 30
15.0 Pengurusan Sisa Kumbahan Ternakan Kuda………………………................................ 30
16.0 Biosekuriti Ladang…………………………………………………………………………………………….... 31
17.0 Perjalanan………………………………………………………………………………………………....... 31 - 32
17.1 Keselamatan pengangkutan
17.2 Tanggungjawab pemandu
17.3 Tanggungjawab pengendali kuda 17.4 Tindakan apabila kuda terlepas ketika berhenti rehat dalam perjalanan jauh 17.5 Cara menaik dan menurunkan kuda dari float kuda
18.0 Glosari........................................................................................................... 32
19.0 Rujukan..................................................................................................... 32
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drpd 32
1.0 PENDAHULUAN
Unit Ekuin, Universiti Putra Malaysia telah diwujudkan di bawah pembangunan Universiti Putra Malaysia sebagai salah satu daripada kemudahan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Unit Ekuin sebelum ini adalah di bawah pengurusan Fakulti Perubatan Veterinar bagi kegunaan pelajar Doktor Perubatan Veterinar khasnya dan semua warga kampus amnya. Mulai 2002, Unit Ekuin telah diletakkan di bawah pengurusan Taman Pertanian Universiti (TPU) bagi membolehkan penglibatan aktiviti berkuda sepenuhnya oleh warga kampus.
Kuda telah disimpan dan diternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.
Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ), Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah). Manusia mula menjinakkan kuda dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sarkas, sukan, pertandingan dan sebagainya. Perkembangan sukan berkuda di Malaysia semakin meningkat dalam banyak disiplin antaranya dressage, showjumping dan endurance.
Klasifikasi saintifik bagi kuda ialah: Filum : Chordata Kelas : Mamalia Order : Perissodactyla Famili : Equidae Spesis : Equus caballus
2.0 SIFAT FIZIKAL KUDA
2.1 Bahagian utama badan, warna dan tanda pada kuda
Bahagian utama badan kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drpd 32
Warna kuda
Tanda pada kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drpd 32
2.2 Mengukur kuda
Ketinggian kuda diukur dalam hand yang mana bersamaan dengan 4 inci atau 10cm. 2.3 Menentukan umur kuda
Umur kuda ditentukan mengikut susunan dan bentuk gigi kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drpd 32
2.4 Konformasi kuda Konformasi adalah struktur badan dan juga bentuk kuda yang terbaik sesuai untuk tunggangan
Konformasi Asas (i)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drpd 32
Konformasi Asas (ii)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drpd 32
3.0 BAKA KUDA
Terdapat 3 jenis baka kuda di Unit Ekuin, Seksyen Ternakan, Taman Pertanian Universiti, UPM iaitu : 3.1 Kuda Thoroughbred
Berasal dari England
Kegunaannya ialah untuk latihan menunggang kuda, show jumping, dressage, lumba, polo dan endurance serta sukan ekuestrian yang lain
Ciri-cirinya ialah : - tinggi (purata 16 hands (64 inci, 163 cm)) - bentuk badan slim - kebanyakkannya berwarna bay, seal brown, chestnut, black, or gray - dikenali sebagai baka “hot-blooded” kerana ketangkasan dan kelajuannya dan
biasanya haiwan yang lebih bersemangat dan berani
3.2 Kuda Arab
Berasal dari Semenanjung Arab
Kegunaannya ialah untuk latihan menunggang kuda, show jumping, dressage, lumba, polo dan endurance serta sukan ekuestrian yang lain
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 10 drpd 32
Ciri-cirinya ialah : - Muka berbentuk cekung - Mengangkat ekor apabila berjalan atau berlari - Mempunyai tulang yang kuat - Mempunyai hidung yang mengembang - Haiwan yang sangat bijak dan sangat berminat untuk mengetahui perkara yang
berlaku disekelilingnya - Sangat mesra dan mempunyai sifat ingin tahu - Mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi - Biasanya bersaiz kecil (15/16 hands) tetapi bukan poni
3.3 Kuda Padi (cross pony)
Berasal dari Malaysia
Kegunaannya ialah untuk latihan menunggang kuda, baka dan kejohanan endurance
Ciri-cirinya ialah : - Bersaiz kecil (14 – 15 hands) - Daya ketahanan penyakit yang baik - Baka yang lasak
4.0 CARA PEMILIHAN BAKA
Pemilihan baka kuda yang baik adalah sangat penting. Dalam peternakan kuda, konformasi badan kuda terutamanya bahagian kaki serta baka yang baik dan tahan lasak menjadi keutamaan dalam pemilihan baka kuda. Tujuan utamanya adalah bagi mendapatkan kuda yang baik dan sesuai untuk tunggangan. 4.1 Cara Pemilihan Baka
Proses pemilihan baka berlaku dengan kerjasama pihak Fakulti Perubatan Veterinar, UPM yang akan menentukan kuda yang sesuai untuk dibeli. Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan perkara berikut:
i. Baka dan keturunan ii. Bentuk badan atau konformasi: iii. Kebolehan
4.2 Perolehan Ternakan
Stok kuda hendaklah diperolehi dari gerompok yang ’bebas penyakit” di mana semua ternakan mesti bebas dari penyakit tertentu melalui ujian darah atau seumpamanya kecuali protokol jabatan yang mengecualikannya. Pergerakan ternakan dilakukan hanya setelah mendapat kelulusan dan kebenaran dari Pegawai Veterinar dan pihak pengurusan TPU.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 11 drpd 32
4.3 Penerimaan Ternakan dan Masa Peralihan
Kuda perlu diangkut dalam keadaan selesa, elakkan daripada terlalu berpanas. Bagi perjalanan yang jauh, rancang perjalanan dengan mengutamakan keselesaan kuda dan pemandu. Persiapan kandang hendaklah dilaksanakan 1 – 2 hari sebelum tarikh kuda diterima. Stabel perlu dibersihkan dan disanitasi bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sebaik sampai kuda di beri ”anti stress’ atau tidak bergantung kepada nasihat Pegawai Veterinar dan dibiarkan rehat sekurangnya selama 3 hari, sebelum sesuatu aktiviti berkaitan kuda dijalankan. Kuda diberi makanan sama seperti tempat asal dan diubah secara perlahan-lahan kepada sistem pemakanan yang baru. Rekod kan aktiviti dalam;
Borang Terimaan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Terima Ternakan)
Buku Log Stok Identifikasi dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran)
Buku Log Stok Bilangan Bulanan Ternakan (OPR /TPU/BL/TERNAKAN/Bil.Stok Ternakan)
Buku Log Bilangan Susut Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Susutan) 5.0 CARA PEMELIHARAAN
Di Unit Ekuin, UPM kuda dipelihara secara sistem intensif iaitu kuda ditempatkan di dalam stabel sepanjang masa. Setiap stabel hanya boleh menempatkan seekor kuda sahaja kecuali bagi anak kuda yang masih menyusu yang perlu diletakkan bersama ibunya. Di Malaysia, ketaman papan sesuai digunakan sebagai alas (bedding) kuda di dalam stabel. 5.1 Saiz stabel yang sesuai:
i. 3.0 m x 3.0 m (10’ x 10’) untuk kuda poni ii. 3.6 m x 3.0 m (12’ x 10’) untuk kuda sederhana besar
iii. 3.6 m x 3.6 m (12’ x 12’) untuk kuda besar
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 12 drpd 32
Stabel kuda
5.2 Penggunaan dan pengendalian sarap
Sesuai menggunakan ketaman papan kerana ianya dapat menyerap urin, mudah diuruskan, mudah diperolehi dan menghasilkan haba untuk memanaskan badan kuda.
Anggaran ketaman papan antara 1cm – 3cm (1/4” – 1”) panjang dan 0.5cm – 1cm lebar.
Ketebalan sarap adalah 24cm - 30cm (8” – 12”) untuk mengelakkan kuda dari cedera apabila duduk atau baring di dalam stabel.
5.3 Pengawasan dan keadaan stable yang sesuai
Bekas air sentiasa berisi air di sebabkan kuda memerlukan antara 60 hingga 80 liter air sehari
Kuda diperiksa dua kali sehari untuk mengesan sebarang kecederaan
Dinding dan pintu stabel dalam keadaan baik
Tiada objek yang boleh membahayakan kuda berada dalam stabel
5.4 Pengurusan stabel
Stabel perlu dibersihkan setiap hari dengan membuang najis dan urin kuda
Bekas makanan dan minuman juga perlu dibersihkan setiap hari
Sarap digantikan sekali atau 2 kali seminggu bergantung kepada keadaan sarap tersebut
Rekodkan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan stable ke dalam Senarai Semak Penjagaan Kuda (OPR/TPU/SN/TERNAKAN/Kuda)
6.0 IDENTIFIKASI KUDA
Identifikasi kuda berbeza dengan ternakan lain kerana kuda diberi pengenalan melalui penamaan bagi setiap ekor berserta pasportnya. Pasport ini mengandungi pelbagai maklumat kuda seperti :
a) Nama kuda b) Nombor pendaftaran dengan pihak EAM (Equestrian Association Malaysia) bagi
tujuan menyertai pertandingan berkuda di Malaysia c) Tarikh lahir d) Jantina e) Warna f) Ketinggian g) Tanda pada badan kuda h) Pemvaksinan
Namun, penggunaan pasport ini tidak menyeluruh kerana pasport hanya boleh dibuat bagi setiap ekor kuda apabila berumur 3 tahun ke atas kerana masih lagi membesar (masih berlaku perubahan ketinggian dan warna). Rekod ID kuda dalam Log Stok Identifikasi Dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 13 drpd 32
7.0 KEPERLUAN ASAS MEMELIHARA KUDA 7.1 Stabel
Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik. Seeloknya setiap stabel mempunyai kipas bagi membantu sistem pengudaraan yang baik. Stabel dibersihkan setiap hari. Saiz stabel yang betul :
i. 3.0 m x 3.0 m (10’ x 10’) untuk kuda poni ii. 3.6 m x 3.0 m (12’ x 10’) untuk kuda sederhana besar
iii. 3.6 m x 3.6 m (12’ x 12’) untuk kuda besar
Saiz yang sesuai berguna untuk memudahkan pergerakan kuda
Di Unit Ekuin, stabel adalah bersaiz (12’ x 15’) sebanyak 28 unit dan (12’ x 12’) sebanyak 19 unit
Bangunan Stabel
7.2 Padok Pasir
Padok pasir adalah satu kawasan yang dibina dengan sekelilingnya adalah pagar dan lantainya adalah lapisan pasir setebal 2 kaki (lapisan bawah ialah pasir kasar 1 kaki dan lapisan paling atas ialah lapisan pasir halus 1 kaki). Kemudian di bawah lapisan pasir terdapat sistem pengairan yang dibina bagi membantu pengaliran keluar air yang bertakung terutamanya ketika hujan. Padok pasir digunakan untuk latihan menunggang kuda selain menunggang di trek. Padok pasir diselenggara sekali seminggu.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 14 drpd 32
Padok Pasir
7.3 Padok Ragutan Padok ragutan adalah kawasan padang rumput di mana kegunaannya adalah bagi kuda meragut rumput segar.
Petak Ragutan
7.4 Arena
Arena merupakan kawasan padok pasir yang lebih kecil berbanding padok pasir. Arena boleh didapati dalam bentuk bulatan atau segiempat. Ukuran bagi arena di Unit Ekuin ialah 16.5 meter x 16.5 meter Arena digunakan sebagai tempat untuk latihan asas menunggang kuda bagi penunggang baru (belum pandai menunggang kuda), latihan penunggangan (berserta penunggang) dan latihan untuk kuda sahaja.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 15 drpd 32
Di Unit Ekuin terdapat 3 arena yang digunakan untuk latihan menunggang kuda. Juga diselenggara sekali seminggu.
Arena
7.5 Trek menunggang
Trek menunggang kuda ialah laluan menunggang kuda termasuklah kawasan tanah merah, pasir dan bertar, kawasan bukit dan juga kawasan ladang. Trek ini diselenggara sepanjang masa bergantung kepada keperluan dan keadaan.
7.6 Pasung Pasung ialah kemudahan yang dibina dari besi anti karat untuk mengekang kuda terutama bagi kuda yang agresif bagi tujuan rawatan dan sebagainya.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 16 drpd 32
Pasung
7.7 Padok Pasir Kecil Padok pasir kecil dibina sebagai tempat untuk melepaskan atau menempatkan kuda sementara stabel dibersihkan selain daripada melepaskan kuda dalam kawasan padok rumput.
Padok pasir kecil
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 17 drpd 32
8.0 PENGURUSAN KUDA 8.1 Keselamatan Pengendalian Kuda
8.1.1 Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa mendekati, menangkap dan menambat kuda :
Perlu berkeyakinan dan dalam keadaan yang tenang (tanpa rasa takut)
Mendekati kuda secara perlahan-lahan dan beransur-ansur
Berinteraksi dengan kuda (bercakap-cakap) dengan memanggil namanya atau memanggilnya samada boy (jantan) atau girl (betina)
Dekati kuda dari bahagian hadapan kuda (muka dan kemudian sisi kiri dibahagian bahu kuda)
Usap dan gosok bahagian leher kuda sambil berinteraksi dengan kuda
Gunakan kolar kepala (headcollar) untuk menangkap kuda. Pemasangan headcollar dilakukan dengan pengendali berada sebelah kiri kuda
Kuda ditambat dengan cara lead rope diikat dengan ikatan simpulan hidup (quick-release knot) bagi memudahkan kuda melepaskan diri sekiranya berlaku kecemasan
Kuda juga perlu ditambat di kawasan yang selamat (lantai tidak licin, tempat tambatan yang kukuh dan bebas daripada benda-benda yang membahayakan kuda)
Cara Menambat Dan Pemasangan Halter/Kolar Kepala (head collar)
8.1.2 Tatacara semasa mengendali dan memimpin kuda:
Pengendali perlu berada dibahagian sisi kiri depan kuda (bahagian bahu kuda)
Semasa hendak memimpin kuda (yang telah dipakaikan headcollar), tangan kanan perlu memegang lead rope dengan jarak 5”-6” dari headcollar, manakala tangan kiri memegang lebihan panjang lead rope dengan hujung lead rope dilipat dua atau tiga kali
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 18 drpd 32
Jika ingin membuat pusingan semasa memimpin kuda, pusingan perlu dilakukan dengan cara membelok ke arah sebelah kanan kuda bagi mengelakkan kaki pengendali dipijak kuda.
8.1.3 Melepaskan seekor dan sekumpulan kuda
Tidak boleh menghalau kuda ketika dilepaskan di dalam paddock untuk mengelakkan kuda menjadi agresif di masa akan datang.
Sekiranya dilepaskan sekumpulan kuda, perlulah dilepaskan kesemua serentak (bukan seekor demi seekor) untuk mengelakkan kuda dari mengekori satu sama lain (keselamatan penunggang kuda).
8.1.4 Keadaan persekitaran yang sesuai bagi kuda yang dibiarkan di halaman dan paddock:
Untuk ikatan kuda, pastikan tempat tersebut kukuh dan kuat
Permukaan lantai yang rata dan tidak licin
Tempat yang tidak sempit dan tidak sibuk
Mudah diawasi
Pastikan pengadang dibuat dari plastik atau PVC berwarna putih (untuk mengelakkan dari digigit kuda dan mudah patah)
Tempat berteduh yang dilindungi cahaya matahari sekiranya di halaman untuk mengelakkan dari panas dan hujan
8.1.5 Mengendali atau mengekang kuda semasa melakukan rawatan:
Staf perlu bersedia dengan pakaian dan kasut yang bersesuaian.
Semasa mengekang kuda untuk rawatan, perlu elakkan kuda daripada tekanan, kesakitan atau kecederaan pada ternakan.
Gunakan pasung ketika melakukan aktiviti seperti menimbang, mengambil darah, vaksinasi dan sebagainya.
Di Seksyen Ternakan pengekangan dilakukan samada secara manual atau menggunakan pasung.
8.2 Merapi Kuda
Kuda perlu dirapikan sekurang-kurangnya sekali sehari. Tugas ini dijalankan oleh staf-staf Unit Ekuin (Pembantu Veterinar, Atendan Haiwan dan Pembantu Am Pejabat).
8.2.1 Peralatan dan bahan serta fungsi alatan merapi kuda:
Hoof pick - membuang dan membersihkan kotoran pada bahagian tapak kaki kuda
Rubber curry comb - mengeluarkan kulit mati dan kotoran halus, lama dan degil pada badan kuda
Body brush - membersihkan kotoran halus dan digunakan pada bahagian lembut
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 19 drpd 32
Dandy brush - membersihkan kotoran kasar dan digunakan dibahagian badan kuda yang kasar
Mane comb - merapi bahagian mane dan ekor kuda
Tuala atau span lembab - membersihkan bahagian lembut dan sensitif
Minyak kuku (hoof oi) dan berus - merapi bahagian hoof kuda
8.2.2 Kaedah merapi kuda
Sebelum perapian boleh dilaksanakan, kuda perlu di tempatkan di tempat yang sesuai dan selamat dengan ditambat dengan ikatan simpulan hidup (quick-release knot)
Sediakan peralatan merapi yang diperlukan
Proses merapi :
1. Bermula dengan membersihkan keempat-empat tapak kaki kuda menggunakan hoof pick dan disapukan minyak kuku (hoof oil) menggunakan berus (bermula kaki kiri kuda diikuti kaki kanan kuda)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 20 drpd 32
Membersihkan tapak kaki kuda
Menyapu minyak kuku (hoof oil) pada hoof kuda
2. Langkah ke dua ialah membersihkan badan kuda. Proses membersihkan badan kuda bermula dengan membersihkan bahagian sebelah kiri diikuti sebelah kanan
3. Proses bermula dengan membersihkan bahagian forehead diikuti bahagian abdomen
(belly) dan seterusnya hind quarters 4. Bahagian badan dibersihkan dengan menggunakan rubber curry comb terlebih dahulu
bagi membuang kotoran halus dan degil serta mengeluarkan kulit dan bulu mati. Kemudian gunakan body brush untuk membuang kotoran tersebut serta merapi bulu dan kulit kuda (membersih sisa kotoran)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 21 drpd 32
Membersihkan bahagian badan kuda
5. Langkah 3 dan 4 diulang bagi merapi bahagian badan sebelah kanan kuda pula 6. Proses merapi kemudian dilakukan pada bahagian mane dan ekor kuda pula dengan
menggunakan mane comb
Merapi mane kuda menggunakan mane comb
Merapi ekor kuda menggunakan mane comb
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 22 drpd 32
7. Selepas itu, proses merapi diteruskan pada bahagian muka. Bahagian ini dibersihkan
dengan cara menyapu kawasan tersebut menggunakan tuala atau span lembab kerana bahagian ini lembut dan sensitif
Merapi bahagian muka kuda menggunakan tuala atau span lembab
8. Langkah seterusnya adalah membersihkan bahagian belakang badan kuda dock (lubang najis dan kencing). Bahagian ini juga dibersihkan dengan cara menyapu dengan tuala atau span lembab yang berasingan
9. Setelah perapian selesai, peralatan merapi perlu dibersihkan dan di rekodkan
pelaksanaan kerja-kerja pembersihan stable ke dalam Senarai Semak Penjagaan Kuda (OPR/TPU/SN/TERNAKAN/Kuda).
8.3 Memandikan Kuda
Kuda perlu dimandikan mengikut keperluan dan keadaan. Tugas ini dijalankan oleh staf-staf Unit Ekuin (Pembantu Veterinar, Atendan Haiwan dan Pembantu Am Pejabat).
8.3.1 Kuda perlu dimandikan apabila :
1. Setiap kali selepas latihan 2. Keadaan kuda yang kotor 3. Cuaca yang panas
8.3.2 Peralatan dan bahan dan fungsi alatan memandikan kuda
Hoof pick - membuang kotoran pada bahagian tapak kaki kuda
Body brush - membersihkan kotoran pada badan kuda
Tuala atau span lembab - membersihkan bahagian lembut dan sensitif
Sweat scrapper - menyingkirkan air dibadan kuda
Syampu - menghilangkan kotoran degil dibadan kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 23 drpd 32
Dettol/bahan - merawat tapak kaki kuda yang antiseptik bermasalah (jika perlu)
Minyak kuku - merapi bahagian hoof kuda selepas (hoof oil) dan berus dikeringkan
8.3.3 Kaedah memandikan kuda
Sebelum proses memandikan kuda dilaksanakan, kuda perlu di tempatkan di tempat yang sesuai dan selamat dengan ditambat dengan ikatan simpulan hidup (quick-release knot)
Sediakan peralatan yang diperlukan
Proses memandikan kuda :
1. Proses bermula dengan menyiram air pada bahagian tapak kaki diikuti bahagian kaki kuda
Siram air pada bahagian kaki kuda
2. Bersihkan keempat-empat tapak kaki kuda menggunakan hoof pick dan dettol (sekiranya perlu) dan bilas dengan air bermula sebelah kiri kuda diikuti sebelah kanan kuda
Bersihkan tapak kaki kuda menggunakan hoof pick
3. Kemudian, mandikan bahagian badan kuda bermula dibahagian forehead (termasuk mane) diikuti bahagian abdomen (belly) seterusnya hind quarters sebelah kiri badan kuda termasuk kaki kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 24 drpd 32
Siram air pada bahagian badan kuda
4. Beruskan badan kuda menggunakan body brush. Kuda perlu dimandikan menggunakan syampu sekurang-kurangnya seminggu sekali
5. Ulang langkah 3 dan 4 bagi membersihkan bahagian kanan badan kuda pula
6. Kemudian, bersihkan bahagian kepala kuda bermula dengan menyiram air ke bahagian tersebut dengan tekanan air yang rendah. Bahagian kepala seperti telinga, mata, hidung dan mulut dibersihkan menggunakan tuala atau span
Bersihkan bahagian muka kuda menggunakan tuala atau span lembab
7. Ulangi kaedah 6 bagi membersihkan bahagian dock (lubang/saluran najis dan kencing)
8. Setelah selesai, keringkan badan kuda menggunakan sweat scrapper
Keringkan badan kuda menggunakan sweat scrapper
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 25 drpd 32
9. Setelah kuda kering, sapukan minyak kuku (hoof oil) pada kuku kuda sebelum kuda
ditempatkan kembali ke stable
10. Rekodkan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan stable ke dalam Senarai Semak
Penjagaan Kuda (OPR/TPU/SN/TERNAKAN/Kuda)
8.4 Penimbangan Kuda
Penimbangan berat badan kuda berguna dalam menentukan kadar pemberian ubatan dan mengesan kenaikan atau penurunan berat badan untuk tindakan selanjutnya (menambah atau mengurangkan jumlah pemberian makanan). Di Unit Ekuin, kuda ditimbang 6 bulan sekali. Penimbangan kuda dilakukan oleh staf Unit Ekuin dengan menggunakan weighing tape semasa kuda ditempatkan di dalam pasung. Rekod penimbangan ternakan dalam Buku Log Timbang Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Timbang)
9.0 PEMAKANAN KUDA 9.1 Jenis-jenis Makanan Kuda
9.1.1 Makanan asas :
- Chaff - Pelet kuda - PKE (Palm Kernel Extract) (bagi kuda yang tidak menjalankan latihan) - Hay (rumput kering)
Pelet kuda Chaff Hay (horse cube)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 26 drpd 32
9.1.2 Makanan tambahan : - Elektrolit - Blok garam mineral
Elektrolit Blok garam mineral
9.1.3 Makanan berupa rumput segar yang sesuai untuk kuda ialah rumput kerbau dan rumput gajah
9.2 Kadar Pemberian Makanan Kuda Makanan diperlukan sebanyak 2.5% daripada berat badan kuda sehari. Namun keperluan tersebut boleh berubah bergantung kepada beberapa faktor.
9.3 Faktor Kadar Pemberian Makanan Kuda
Saiz badan kuda
Aktiviti harian kuda
Tahap kesihatan badan kuda
Keadaan fizikal kuda
Kelakuan atau perangai kuda
9.4 Peraturan Pemakanan Yang Baik
Makanan dan air minuman mestilah bersih untuk mengelakkan dari terkena penyakit
Pemberian makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan kuda dari bosan
Makanan diberi mengikut kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh kuda
Makanan diberi mengikut jadual yang tetap
Kuda tidak dibenarkan terus bekerja selepas sahaja makan
Tidak boleh menukar jenis makanan kuda secara mendadak bagi mengelakkan masalah kesihatan
Makanan bermutu sepatutnya diberikan untuk menjaga kesihatan kuda
Beri makanan yang banyak mengandungi air untuk memudahkan proses penghadaman
Untuk menentukan kandungan dalam makanan campuran kuda, kita perlu melihat pada label beg makanan
Bekas makanan dan minuman dibersihkan setiap hari
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 27 drpd 32
9.5 Jadual Pemberian Makanan Kuda Kuda tidak boleh diberi makan untuk kuantiti yang banyak dalam satu masa tetapi pengagihan adalah kerap dengan kuantiti yang sedikit. Jadual pemberian makanan kuda di Unit Ekuin ialah :
Bil Masa Jenis Makanan
1 7.00 pagi - Chaff
2 11.00 pagi - Chaff - Pelet kuda @ PKE - Elektrolit
3 7.00 petang - Chaff - Pelet @ PKE - Elektrolit
4 11.00 malam - Hay
Blok garam mineral diletakkan disetiap stabel kuda
Rekod pemberian makanan tambahan dalam Buku Log Makanan Tambahan Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Makanan Tambahan)
10.0 PEMBIAKAN
Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi mendapatkan progeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan fizikal dan daya ketahanan pada penyakit. Pembiakan kuda adalah tidak bermusim. Tempoh bunting bagi kuda adalah antara 300 hingga 365 hari. Di Unit Ekuin, proses pembiakan terutamanya dari segi pemilihan baka dilakukan dengan kerjasama pihak Fakulti Perubatan Veterinar. Ia dijalankan secara pengawanan semulajadi. Rekodkan kelahiran ke dalam Log Stok Identifikasi Dan Kelahiran Ternakan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Stok-Kelahiran)
11.0 KESIHATAN DAN WABAK PENYAKIT 11.1 Tanda-Tanda Kuda Sihat (Pada Keadaan Rehat)
Suhu badan : 37.5 C – 38.5 C
Kadar dengupan jantung : 36 – 42 seminit
Kadar pernafasan : 8 – 16 kali seminit
11.2 Tanda-Tanda Kuda Tidak Sihat
Kulit kering
Tempang
Cirit-cirit
Tiada selera makan
Bengkak bahagian kaki
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 28 drpd 32
Menguis kaki
Berpeluh dalam cuaca sejuk
Mengesel ekor ke dinding
Tingkahlaku kuda tidak seperti biasa
Berhingus
Luka
Tidak aktif
11.3 Kelengkapan Penting Pertolongan Kecemasan Kuda
Kapas
Iodine
Bandage
Elastoplast
Thermometer 11.4 Masalah Kesihatan Kuda Dan Rawatan
Bil Masalah
Kesihatan Tanda-tanda Pencegahan Ubat/Rawatan
1 Tempang Pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit
-Cara latihan dan menunggang yang betul -tidak menendang dinding stabel dan sebagainya
-Flunixin -Butalone granules -rehatkan kuda sehingga sihat
2 Sakit belakang
Pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit
-Cara latihan dan menunggang yang betul
-Butalone granules -Rehatkan sehingga sihat
3 Kurap Kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding
-stabel,kawasan persekitaran dan peralatan menunggang kuda perlu sentiasa bersih
-mandikan kuda menggunakan campuran hibiscrub dan povidone iodine -sapukan krim topikal (cthnya : beavate) -Antihistamine
4 Kolik Kuda tiada selera makan, mengais, menendang, menggigit perut, berpeluh dan restless
-pertukaran makanan secara perlahan-lahan dan berperingkat -latihan yang sesuai -cuaca atau persekitaran yang tidak terlalu panas
-memimpin kuda supaya sentiasa berjalan -menggalakkan kuda meragut rumput segar -Flunixin -Cobaphos -Stress Vit -Liquid parafin -Fluids
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 29 drpd 32
5 Luka Kuda menggigit kawasan luka
- -Flunixin -Benacilin -Antitetanus
6 Selesema Hidung berair Cuaca yang baik (tidak terlalu sejuk)
-Vitamin C -Antibiotik
Rekod rawatan dalam Rekod Kesihatan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Rekod Kesihatan) dan ubatan dalam Buku Log Inventori Ubat – ubatan (OPR/TPU/BL/TERNAKAN/Inventori Ubat) oleh Pegawai Veterinar. Jika terdapat kuda yang mati, Penyelaras Unit hendaklah mengisi Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan). Jika terdapat kuda yang perlu ditakai/lupus, perlu dapatkan kebenaran Pegawai Veterinar dan tanam di tempat yang disediakan atau dihantar ke Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar. 11.5 Wabak penyakit
Definisi Wabak Penyakit Ternakan bermaksud kejadian sesuatu tanda (gejala) seperti abortion, diarrhea, masalah pernafasan, gangguan saraf, kematian dan lain-lain dalam bilangan yang banyak. Bila gejala penyakit seperti di atas dilaporkan atau dikesan oleh staf ianya hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan TPU dan Fakulti Perubatan Veterinar UPM dalam masa 24 jam selepas menerima laporan dan melakukan penyiasatan awal. Penyakit – penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi atau perdagangan adalah penyakit Kuku dan Mulut dan Penyakit Hawar Berdarah manakala Penyakit Tuberkulosis adalah penyakit zoonotik. Penyakit Zoonotik adalah penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia. Penyakit zoonotik boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan pada kulit yang luka, gigitan haiwan, udara dan makanan yang dicemari kuman dan gigitan vektor (nyamuk,kutu). Ada penyakit zoonotik bersifat subklinikal di mana haiwan dijangkiti tidak menunjukkan tanda klinikal tetapi berupaya untuk menghasilkan kuman (bakteria, virus) yang berpotensi untuk menjangkiti manusia.
Bil. Wabak Etiologi Cara penyebaran Tanda klinikal Kawalan
1 JAPANESE ENCEPHALITIS (JE)
Arbovirus (genus Flavivirus)
Melalui gigitan nyamuk Culex
murung
lemah untuk bergerak
nystagmus
sawan
Rawatan berjadual
Pemvaksinan J.E.
Kawalan nyamuk
2 EQUINE INFLUENZA (EI)
Myxovirus (Orthomyxovirus)
Lelehan mukus
batuk
muco-purulent nasal
discharge
bronchitis pneumonia
Rawatan berjadual
Pemvaksinan E.I.
Kawal kemasukan kuda baru
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 30 drpd 32
12.0 PROGRAM KESIHATAN GEROMPOK TERNAKAN KUDA:
Kesihatan Gerompok ialah program pengeluaran dan kesihatan ternakan terancang. Program ini adalah berjadual, yang mana ianya dijalankan untuk mengekal kesihatan ternakan ditahap optimum bagi mencapai pengeluaran yang maksimum. Tujuan Program Kesihatan Gerompok:
Mengekalkan kesihatan kuda ditahap lebih cekap
Mengawal, mencegah dan membasmi penyakit-penyakit merbahaya kepada kuda.
Aktiviti program kesihatan gerompok kuda :
Bil Perkara Kekerapan
1 Suntikan vaksin Japanese Encephalitis (JE) 12 bulan sekali
2 Suntikan vaksin Equine Influenza (EI) 6 bulan sekali
3 Ubat cacing 6 bulan sekali
4 Pemeriksaan gigi (teeth rasping) 12 bulan sekali
Rekod aktiviti Program Kesihatan Gerompok dalam Rekod Kesihatan Ternakan (OPR/TPU/BR/TERNAKAN/Rekod Kesihatan)
13.0 PELUPUSAN TERNAKAN MATI
Kuda yang mati dihantar ke makmal post moterm di Fakulti Perubatan Veterinar UPM bagi membuat analisis punca kematian. Kemudian bangkai kuda akan diserahkan kepada pihak Fakulti Perubatan Veterinar UPM bagi urusan pelupusan. Rekodkan maklumat di dalam Borang Pelupusan (OPR/TPU/BR/UMUM/Pelupusan)
14.0 PENGURUSAN REKOD TERNAKAN KUDA
Terdapat 5 jenis rekod penting yang perlu direkodkan : 1. Rekod Stok Ternakan 2. Rekod Kematian 3. Rekod Kelahiran 4. Rekod Rawatan/Kesihatan Ternakan 5. Rekod Makanan
15.0 PENGURUSAN SISA KUMBAHAN TERNAKAN KUDA
Sisa buangan ternakan kuda terdiri daripada najis, sisa urin dan sisa habuk papan. Di Unit Ekuin sisa kumbahan ini diselenggara dengan cara mengumpulkannya ke dalam tong sampah yang disediakan dan akan dibawa keluar dari Unit Ekuin.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 31 drpd 32
16.0 BIOSEKURITI LADANG
Bagi biosekuriti ladang, sekeliling kawasan ladang dipagar menggunakan sistem pemagaran yang sesuai. Manakala bagi kawalan lalat, kawasan Unit Ekuin disembur racun (fogging) dengan kadar sekali sebulan yang dilaksanakan oleh staf Unit Ekuin sendiri. Selain itu, kawalan lalat juga dilakukan dengan menggunakan tong sampah bertutup (bagi tong sampah kecil) manakala tong sampah besar (tidak bertutup) akan dibawa keluar dari Unit Ekuin 2 kali seminggu.
17.0 PERJALANAN
Apabila perjalanan melibatkan ternakan kuda, pelbagai langkah keselamatan perlu diambil. Kuda dibawa ke suatu tempat dengan menggunakan float (selain menunggang).
17.1 Keselamatan Pengangkutan
Keselamatan Perjalanan Kuda
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 02 TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 32 drpd 32
17.2 Tanggungjawab Pemandu
Mempunyai lesen memandu yang sesuai (lesen F)
Memastikan penyangkut kuat dan sesuai dengan float
Memastikan semua sambungan letrik baik dan sesuai
Enjin berkuasa tinggi untuk penarikan float
Memastikan jumlah muatan tidak melebihi had
Memeriksa lantai dan pembahagi dalam float
Memastikan minyak penuh dan tayar berkeadaan baik
17.3 Tanggungjawab Pengendali Kuda
Memastikan kuda menggunakan boot perjalanan atau bandage
Memastikan kuda diletakkan di sisi yang betul dan selamat
Membekalkan air dan hay yang mencukupi untuk kuda
Menyediakan peralatan tambahan seperti koler kepala (head coller) dan lead rope
Memeriksa makanan dan bandage ekor untuk setiap tiga jam
Duduk di tempat yang mudah untuk memerhatikan kuda
17.4 Tindakan Apabila Kuda Terlepas Ketika Berhenti Rehat Dalam Perjalanan Jauh
Kawal trafik
Tidak panik atau mengejar kuda tersebut
Beri tumpuan pada kawasan yang merbahaya
17.5 Cara menaik dan menurunkan kuda dari float kuda
Pengendali berada di sebelah kiri kuda
Berjalan terus menaiki float sambil menarik kuda
Tidak menggunakan saddle bridle
Tidak menunggang masuk ke float
Tidak mengikat simpulan mati
Semasa menurunkan kuda, undur secara perlahan. 18.0 GLOSARI
Stabel - kandang ternakan kuda Kolik - kuda mengalami sakit perut kerana tidak dapat mengeluarkan najisnya atau seperti sembelit Float - kenderaan khusus untuk membawa kuda 19.0 RUJUKAN
1. Buku Nota Kemahiran Asas Dalam Penjagaan Kuda, Majlis Ekuin Malaysia 2. Protokol-Protokol Kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan, Jabatan Perkhidmatan
Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia. 3. www.dvs.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5abbf3aa.